Saturday, 30 August 2014
Peringatan Untuk Najib - Lebih Separuh Sentimen Ahli UMNO Sokong Mahathir
Meskipun tindakan Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya merupakan pukulan paling berbisa kepada Najib Razak sepanjang lebih lima tahun pemerintahannya, Perdana Menteri masih lagi memikir-memikir apa langkah yang mahu diambil seterusnya.
Sambil enggan mengulas panjang mengenai beberapa kritikan Mahathir terhadapnya, Najib hanya menyatakan pemimpin UMNO menyokong barisan kepimpinan sedia ada, di samping menghormati Mahathir sebagai seorang negawaran kanan negara. Ia seolah-olah memberi maksud bahawa Najib tidak peduli dengan sebarang teguran selagi pimpinan UMNO bersama dengannya.
Beliau juga belum pasti sama ada akan menemui Mahathir secara peribadi atau tidak, sebaliknya hanya menyatakan tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian.
Tambah Najib lagi, "apa-apa kemungkinan boleh berlaku, tetapi kita anggap ini sebagai masalah dalaman parti dan harap dapat menguruskannya dengan sebaik-sebaiknya".
Reaksi Najib ini muncul setelah beliau dilaporkan memanggil Ketua-Ketua UMNO ke kediamannya untuk mendapatkan sokongan dan sebagai percubaan terus meminggirkan Mahathir yang mula tidak sehaluan dengannya.
Selain beberapa pemimpin kanan UMNO sebelum ini sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib, bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam juga turut bersuara dengan menyatakan Mahathir sebenarnya tidak akan duduk diam sehingga seorang Perdana Menteri yang benar-benar sehaluan atau "klon Mahathir" muncul mentadbir negara ini.
Mengimbas kembali pertelingkahan Mahathir dengan beliau, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi yang semuanya berakhir dengan penyingkiran, Musa Hitam juga percaya episod Mahathir dengan Najib ini menjurus kepada pengakhiran cerita yang sama.
Bagaimanapun jika Najib memandang ringan teguran Mahathir dengan berbangga sokongan bulat daripada pimpinan UMNO yang diterimanya tidak mungkin menggugat kedudukannya, beliau mungkin silap kali ini. Memang benar, mereka yang bergelar pimpinan utama di peringkat bahagian menyokongnya tetapi sentimen ahli adalah sebaliknya.
Memandangkan teguran-teguran Mahathir berkaitan ISA, Ordinan Darurat, masalah ekonomi, kaum, agama dan sebagainya adalah juga keresahan majoriti ahli UMNO peringkat bawahan dan pertengahan terhadap kepimpinan Najib yang boleh didengari di mana-mana, tidak dapat dinafikan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri ini bakal menghakis lagi sokongan arus bawah terhadap Perdana Menteri.
Harus diakui majoriti ahli UMNO tidak setuju dengan penghapusan ISA kerana ia dianggap seperti kerajaan membuang senjatanya sendiri manakala meniadakan Ordinan Darurat pula menjadikan penjenayah bebas berkeliaran. Kelemahan Najib dalam menguruskan isu berkaitan kaum dan agama sehingga timbul beberapa ketegangan turut merimaskan kebanyakan ahli UMNO dan mereka kini merindui semula ketegasan Mahathir sepanjang 22 tahun memerintah negara sebelum ini.
Selama ini, mungkin sudah banyak perkara itu cuba diluahkan, sama ada dalam mesyuarat cawangan atau bahagian tetapi ianya tidak diendahkan kerana keinginan pimpinan bahagian memperlihatkan sokongan yang padu kepada Perdana Menteri. Tetapi apabila Mahathir menyuarakannya, semangat ahli bawahan kini melonjak kerana suara mereka yang selama ini terperam di bawah sudah mulai sampai ke telinga Putrajaya.
Sudah tentu yang mendapat keuntungan ialah Mahathir. Masalah yang dibangkitksn Mahathir dalam tegurannya kepada Najib juga sebenarnya bukanlah masalah dalaman UMNO tetapi berkaitan cara menguruskan negara. Walaupun menjadi kesukaan Najib menangguhkan penyelesaian masalah dengan menyapunya ke bawah karpet dan menjadikan permukaan seolah-olah bersih, beliau tidak harus lagi sekadar diam dengan teguran Mahathir ini.
Teguran Mahathir memperlihatkan semua masalah yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan Najib yang secara umumnya menjadikan beliau tidak layak lagi mentadbir negara ini. Tafsiran daripada tindakan Mahathir ialah Jika Najib terus dengan gayanya sekarang memimpin negara ini, lebih banyak masalah dan kemusnahan akan berlaku.
Oleh itu, Najib mesti menyatakan sama ada beliau sedia berubah sebagaimana yang dikehendaki oleh Mahathir dan dituntut oleh majoriti ahli UMNO itu. Jika sedia untuk berubah, bersedialah untuk bertemu dan mendengar rungutan seorang 'bapa' serta kemudian mencari persefahaman dengannya.
Jika dengan mula mengumpul Ketua-Ketua UMNO dan meminta sokongan pelbagai pihak sebagai isyarat Najib sedia untuk "berperang" dengan Mahathir dan tidak mahu mendengar sebarang teguran lagi, beliau juga harus lebih berani dengan tampil secara terbuka menyanggah hujah-hujah bekas Perdana Menteri itu sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abdullah Badawi dahulu.
Tetapi sebelum itu haruslah juga disedari bahawa bergaduh adalah kegemaran Mahathir kerana ianya adalah terapi yang sering menjadikan beliau lebih sihat, aktif dan bertenaga. (SH 30/08/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun aku amat membenci Tun Mahathir kerana memfitnah dan memenjarakan Anwar suatu masa dahulu tetapi aku juga jauh menyukai cara berpolitik dan kepimpinan beliau melebihi dari Najib Razak yang sentiasa ada seekor Iblis betina yang mengawal setiap pergerakan dan keputusan beliau.
ReplyDeletedua-dua khianat melayu untuk temolok sendiri cuma berbeza pendekatan.
ReplyDeleteSiapa yang berpihak pada Najib atau yang berpihak pada Mahathir akan menanggong risiko yang sama. Mereka perlu ingat, menang jadi besi kalah jadi abu mayat.
ReplyDeleteIni adalah peperangan yang merebut ekonomi yang bernilai ratus billion ringgit. Bukan seperti yang berlaku dinegeri Selangor hanya bernilai tiga billion ringit saja.
Pencacai limapuluh sen tidak akan faham peperangan orang bangsawan yang mereka sanjung dan puja sedang melakukan serangan dan menyerang balas diantara satu sama lain. Mereka hanya nampak krisis menteri besar Selangor saja.
Ramai yang menyangka Mahathir sudah bersara dari jawatannya sebagai perdana menteri tidak akan mampu menggugat kedudukan Najib tapi kita jangan lupa Mahathir pandai berbudi pada penjawat awam dan ahli UMNO Baru yang pernah bekerja dengan beliau. Sehingga kini mereka masih terkenang-kenang budi dan jasa yang telah ditabur oleh Mahathir.
Kedua kumpulan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang seimbang dari segi mempertahankan diri mahu pun menyerang pihak lawan masing-masing.
Kekuatan nya tidak lain adalah memperalatkan ahli UMNO Baru yang bangang dengan pelbagai cara agar menyokong pihak mereka. Disamping menabur duit yang mereka kumpulkan melalui kronisme, tiris, seleweng duit projek, komisyen dan juga makan rasuah.
Kelemahan mereka pula, masing-masing ada terpalit kes jenayah kelas pertama yang dilindungi oleh UMNO Baru. Kedua-dua mereka dibenci oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Cuma kali ini Mahathir perlu mendapatkan nasihat dari orang tertentu dalam menghadapi tentangan dari Rosmah yang dianggap ahli sihir yang hebat dalam memberi kekuatakan pada Najib kekal berdiri sebagai perdana menteri, presiden Barisan Nasional dan juga presiden parti UMNO Baru sehingga saat ini.
Siapa yang akan menang dalam peperangan saraf pemimpin UMNO Baru ini ? Masih belum boleh menduga kerana Najib seperti biasa tidak memberi respon secara jelas. Rosmah seperti masih bersembunyi disebalik tabir. Dan Mahathir pula dilihat seperti orang tua yang tidak cukup oksigen dalam menyerang Najib.
Ada orang mengatakan Najib sudah mendapat sokongan dari akar umbi khasnya ahli UMNO Baru yang makan rasuah. Namun sokongan yang diberikan pada Najib sebenarnya masih dalam lingkungan gimik saja.
Jika Mahathir beri lebih sedikit dari apa yang pencacai itu terima, sokongan akan berubah arah. Ini adalah tradisi yang diamalkan oleh UMNO Baru sebagai baruah British dalam meraih sokongan.
Begitu juga Najib boleh lakukan pekara yang sama.... jika beliau lambakkan duit seguni didalam rumah penulis pro Mahathir, Kadir atau Zainuddin, sudah pasti kedua pengkritik ini akan berubah arah membodek Najib pula dan mereka tanpa ragu-ragu akan menghina Mahathir sebagai orang tua kutuk tak sedar diri...rumah kata pergi, kubur kata mari....masih nak berpolitik lagi. Dalam politik tiada apa yang mustahil.
Tanyalah pada Khairi Jamaluddin... kenapa beliau tidak mahu komen tentang perang saraf diantara Najib dengan Mahathir ?
Kalau dinilai dari gerak kelaku beliau, boleh kita rumuskan bahawa beliau mahu kedua-duanya pupus dengan segera agar mereka yang muda mudah ambil alih kuasa tanpa halangan.
Apa yang sering kita lihat, untuk tutup kebodohan dan kelemahan Najib menerajui negara Malaysia.....ada sekumpulan pencacai buka cerita Anwar Ibrahim Liwat, Anwar Ibrrahim 'raja nepotisme', Anwar Ibrahim melaksanakan Langkah Kajang untuk menukar menteri besar Selangor bagi menyelesaikan krisis peribadinya.
Anwar Ibrahim...Anwar Ibrahim... Anwar Ibrahim...Agaknya tanpa Anwar Ibrahim.... pada siapa UMNO Baru nak berlindung ?
Macam-macam gila ada dalam UMNO Baru....
Ko ni ada masalah wire putus ke?
DeleteASALKAN BUKAN UMNO. ABU!!!
DeleteAnon 21:16
DeleteItu lama punya celita lea aa , sikalang olang cekap ABPR loo aa !.
Kedua-dua malaon ni sama saja. Mahathir dan Najib dua-dua dari geng ali baba dan 40 penyamun.Dua-dua bawa celaka pada negara ini. Semua berperang kerana nak kan bahagian yang besar,akhir sekali Anwar juga di salahkan.Sebab kalau Anwar naik dua ekor ni takkan terlepas.Dua-dua akan rasa macam mana si Nuar kena dulu.Masa akan menentukannya.
DeleteMacai2 hampeh...nasrudin serban besar...ding ayang kcf...rd zuhder....hahaha...
ReplyDeleteYg sayang sangat dengan Anwar tu boleh ikut sekali masuk Sungai Buluh.Ada lagi bilik kosong tu.
ReplyDelete