Sunday, 17 August 2014

Mari, Mari, Mari...UMNO Untuk Dijual?


Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melontarkan cabaran kepada UMNO bahagian seluruh negara agar mengemukakan idea luar biasa ke arah memastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Bagi merangsang munculnya idea luar biasa dan mempunyai faktor wow itu, beliau juga mengumumkan ganjaran RM10 ribu kepada bahagian yang berjaya nanti.

Di samping meminta setiap bahagian menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea yang mahu dicari itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sebuah jawatankuasa di peringkat Majlis Tertinggi akan turut ditubuhkan bagi menilai idea-idea yang diterima daripada seluruh bahagian itu.

Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ini? Nakkan idea bagi kepentingan parti dan kelangsungan masa depannya pun terpaksa ditawarkan wang sebanyak RM10 ribu.

Apakah jika tiada ganjaran, UMNO tidak mampu memberikan idea yang bernas dan terbaik? Atau ini merupakan cara terbaru Muhyiddin mendidik ahli UMNO mengenai nilai perjuangan dan bagaimana berjual-beli mengenainya.

Tidakkah beliau sedar, UMNO cawangan setiap tahun mengadakan persidangan tahunan, begitu juga UMNO bahagian setiap tahun juga mengadakan mesyuarat perwakilannya. Perhimpunan Agung UMNO juga diadakan tiap-tiap tahun. UMNO bahagian pula biasanya setiap bulan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya, begitu juga peringkat Majlis Tertinggi.

Apakah dalam semua mesyuarat itu selama ini dan begitu banyak yang bercakap atau berucap, tidak ada satu pun di antara mereka itu memberikan idea-idea bernas atau mempunyai faktor wow? Atau hanya Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO tidak pernah menyemak idea-idea yang dilontarkan dan membiarkan saja buku laporan mesyuarat tahunan terperosok di sudut stor tanpa diusik?

Secara sedar atau tidak, sebenarnya amat memalukan bila Muhyiddin menawarkan ganjaran RM10 ribu semata-mata untuk mendapatkan idea terbaik bagi kelangsungan masa depan parti itu sendiri. Seolah-olah ahli dan pimpinan UMNO hanya boleh bergerak dan berjalan pemikirannya apabila ditawarkan wang ringgit saja.

Jika tiada wang, semuanya beku dan kaku.

Kalau sudah begitu nazaknya, lebih baiklah Muhyiddin cadangkan saja UMNO ini diswastakan sebagaimana kerajaan menswastakan TNB, Telekom, Pos, MAS dan sebagainya sebelum ini. Dengan ini bolehlah mereka yang memiliki UMNO itu memikirkan idea-idea baru dan fantastik serta memasarkannya seperti barang dagangan kepada rakyat.

UMNO yang sudah diswastakan ini bolehlah pula memilih sesiapa yang difikirkan layak untuk mentadbir kerajaan dengan syarat beberapa peratus daripada gaji dan projek yang dikendalikan oleh kementerian mesti diserapkan kepada UMNO yang sudah dimiliki oleh kaum pedagang dan kapitalis yang mungkin dari dalam dan luar negara itu.

Atau kalau susah sangat dan Muhyiddin sendiri sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan sudah tidak boleh memikirkan bagaimana untuk memastikan UMNO ini terus relevan dan diterima rakyat, buatlah tender terbuka agar ia dijual terus kepada mana-mana usahawan Melayu yang berminat membelinya.

Dengan itu, para pemimpin UMNO sekarang tidak perlu berfikir langsung bagaimana untuk memastikan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Ganjaran RM10 ribu juga tidak perlu ditawarkan kepada bahagian-bahagian lagi. Biarlah pemilik barunya, yang mungkin dibelakangnya tauke besar atau mafia daripada China, Amerika, Perancis, Australia, Afrika atau Amerika Selatan memikirkan idea-idea wow itu. (SH 17/08/2014)

9 comments:

  1. Dlm UMNO yg susahnya pemimpin ta mahu dengar pandangan ahli biasa bila mesyuarat. Jika diberi cadangan diterima semasa tetspi tidak akan berbangkit lepas tu

    ReplyDelete
  2. Ada tiga cadangan setakat ini:
    Mencadangkan percutian mewah Presiden UMNO ditetapkan dua kali setahun.
    Mencadangkan UMNO masuk maharaja lawak
    Jika pemimpin ketandusan idea, atas dasar apa mereka dipilih..naik kerana pandai merasuah? Tolong berundur..

    ReplyDelete
  3. banyak nya hiburan dan kurangnya membaca dan penyelidikan,itu sebahagian punca anggota masyarakat cacamarba dan tidak produktif.

    ReplyDelete
  4. Pasal memazir berikan lah kepada UMNO-BARU. Mana tidak nya kerana kebanyakan bahagian tidak punyai premis sendiri. Selain tawaran ganjaran sebanyak RM 10 ribu, UMNO-BARU terpaksa membayar sewa bangunan atau hotel. Untuk itu sahaja sudah berapa?.

    Di Mersing bukan tak ada bangunan sendiri. Mungkin ruang nya tidak mencukupi maka puak puak yang suka bergaya ini menyewa dewan di Timotel. Nak mengunakan dewan sekolah sekolah tak boleh kerana hari persekolahan. Kalau tidak sudah pasti puak puak ini akan mengunakan dewan Sekolah Menenggah Sain Mara saperti mana yang pernah di lakukan sebelum ini. Di kala itu Timotel kelihatan seolah olah mereka yang punya kerana di sekiling nya penuh dengan bendera yang melambang keris telanjang.

    ReplyDelete
  5. Selama umno wujud setiap idea yang dilontarkan dalam perjumpaan rupa-rupanya tidak boleh dipakai sampai mahu membeli idea. Pemintaan TPM ini sebenarnya adalah penghinaan kepada mereka yang 'membazir' air luar berucap di perhimpunan umno selama ini.

    ReplyDelete
  6. Punya lah teruk UMNO ni. Dah NO UMMM dah. Apa nakbuat sbb semua pemimpin dok fikir fulus and kat mana nak cuti. Sbb tu ALLAH turunkan banyak bala, banyak dosa. Fikirkan rakyat sama wahai pemimpin2.

    ReplyDelete
  7. TSKI KENA CEPAT2 BUAT KERJA SBLM MB BARU MASUK PEJABAT...HEHEHE...AKHIRNYA...DUN BUBAR....MARI KITA LIHAT SIAPA YG KENA....TSKI PUN DAH SLOW LANGKAHNYA...FAEKAH PUN DLM MBI DUK BERSENANG LENANG LAGI NMPKNYA....

    ReplyDelete
  8. Tuan Sha, idea luar biasa kepala bapak dia. Tak perlu fikir2 lagi. Humban saja pemimpin2 yang sedia ni kedalam zoo. Cari yang baru yang betul2 menjwai rakyat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...