Wednesday, 20 August 2014
Najib Lebih Berani Daripada Obama Dan Putin...Inilah Idea Paling Wow Yang Dicari-Cari Muhyiddin
Walaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba membodek serta mengampu Najib dan bukannya menjawab intipati teguran yang dibangkitkan.
Jika dilihat dalam teguran Mahathir itu, beliau membangkitkan mengenai sikap Najib yang suka melayan permintaan musuh seperti menghapuskan ISA dan undang-undang buang daerah, terlalu merendah diri kepada negara jiran, menggunakan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan rakyat sehingga mereka terlalu bergantung kepada kerajaan, import barangan digalakkan tetapi industri tempatan diabaikan, menambah cuti, menaikkan gaji minimum tanpa mengambil kira kenaikan kos dan sebagainya.
Selain kesal kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada keputusan buruk pilihanraya 2013 berbanding 2008 yang menjadikannya lebih lemah berbandung Abdullah Badawi, Mahathir juga kecewa kerana Najib terlalu lembut, tiada respon, senyap dan tidak bertindak walaupun ada masalah.
Bagi Mahathir, banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.
Tetapi tiada satu persoalan-persoalan yang dibangkitkan Mahathir ini dijawab atau cuba dijelaskan oleh mana-mana pemimpin UMNO. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi hanya menepis kritikan itu dengan mengatakan Najib bukan saja perlu dihormati oleh rakyat tetapi juga oleh bekas pemimpin di negara ini.
Ini kerana, tambah beliau, Najib sudah diberi mandat mentadbir negara dan berhak pula menuntut kesetiaan daripada rakyatnya.
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula meminta Mahathir supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan, sebaliknya mahu sebarang teguran atau pandangan dilakukan secara tertutup.
Begitu juga dengan Shahidan Kassim yang mengatakan perbezaan pendapat antara pemimpin UMNO dan BN yang dibuat secara terbuka hanya memberi ruang kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan, sambil menyifatkan teguran melulu juga tidak wajar di ketika negara sedang berhadapan dengan situasi genting melibatkan pesawat MH370 dan MH17 sekarang ini.
Sepupu Najib, Hishammuddin Hussein lebih tersasar hujahnya dalam mempertahankan Najib daripada kritikan Mahathir dengan menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang lebih berani berbanding Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berdasarkan kejayaan berunding dengan ketua kumpulan pemisah Ukraine berhubung tragedi MH17.
Bagi Hishamuddin, apa yang dilakukan Najib itu tidak mampu dilakukan baik oleh Obama mahupun Putin.
Soalnya, apakah kejayaan berunding dengan ketua puak pemisah itu boleh membuatkan kita semua redha atau menghalalkan saja semua kesilapan dan kepincangan yang dilakukan Najib sebelum ini sebagaimana yang dibangkitkan oleh Mahathir itu?
Ternampak jelas bahawa Hishammuddin hanya mahu membodek dan mengampu Najib berbanding menjelaskan apa yang Mahathir bangkitkan dalam tegurannya.
Sekali lagi, baik Zahid, Tengku Adnan, Shahidan mahupun Hishammuddin, mereka hanya cuba mempertahankan Najib dan mempertikaikan tindakan Mahathir yang membuat teguran terbuka dengan diselitkan elemen-elemen mengampu Perdana Menteri tanpa cuba sedikit pun menjawab isu-isu yang menjadi kerisauan bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun dalam semua kenyataan oleh para pemimpin UMNO setakat ini, apa yang disuarakan oleh Hishammuddin paling menarik kerana ia hanya menunjukkan betapa tingginya tahap keghairahannya mahu mengampu dan membodek Perdana Menteri.
Jika beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mencabar UMNO bahagian-bahagian agar tampil mengemukakan idea-idea luar biasa dan mempunyai faktor wow ke arah memastikan UMNO terus relevan dan diterima ramai, sambil menawarkan ganjaran RM10 ribu, tidak syak lagi apa yang disuarakan Hishammuddin inilah paling layak memenangi tawaran itu.
Berikan saja ganjaran RM10 ribu kepada Hishammuddin dan UMNO Bahagian Sembrong yang diketuainya.
Inilah sebenarnya idea paling bernas dan luar biasa yang wajar dikempenkan kepada semua rakyat, terutama makcik-makcik di kampung dan pakcik-pakcik peneroka Felda di seluruh negara. Dengan memberitahu bahawa Najib lebih hebat daripada Obama dan Putin, tentunya terpesona semua mereka bahawa selama ini tanpa disedari Najiblah pemimpin paling hebat di alam maya ini.
Kalau sudah lebih hebat daripada Obama dan Putin, bermakna Najib adalah pemimpin nombor satu dunia walaupun Malaysia hanya mempunyai 30 juta penduduk, sebuah negara membangun dan mempunyai kadar hutang yang kian meningkat tahun demi tahun.
Melalui penyebar-luasan penghebahan bahawa Najib lebih hebat daripada Obama dan Putin, ia juga bermakna suatu kejayaan UMNO yang tiada tolok bandingnya sehingga mampu melahirkan pemimpin sehebat itu. Maka kempen UMNO agar diterima rakyat selepas ini hanyalah dengan mengagung-agungkan Najib sebagai pemimpin nombor satu dunia yang lebih hebat daripada Obama dan Putin saja. Tidak perlu yang lain-lain lagi.
Akhirnya, melalui puji-pujian dan kekaguman terhadap Najib itu, berbondong-bondonglah rakyat, tua muda, bandar, luar bandar, petani, nelayan, profesional dan sebagainya kembali menyokong UMNO dan terus relevanlah parti itu untuk tempoh beberapa puluh tahun lagi.
UMNO juga bolehlah mengabaikan terus segala teguran Mahathir selepas ini kerana jawapan untuk memastikan UMNO terus relevan, diterima rakyat dan menang pilihanraya sudah pun berjaya dijelmakan oleh Hishammuddin. (SH 20/08/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Marilah kita berdoa banyak lagi tragedi menimpa negara supaya hisham nampak smart dan najib nampak hebat?
ReplyDeletea'aaa..obama dan putin tak sampai hati nak bom altantuya tauu...kah kah kah
DeleteDoa juga seekor kluang yang suka mencuri makan buah-buahan mampus terguling-guling.........
ReplyDeleteWhat a perfect description of this dirty species. !!!
DeleteZahid Hamidi meminta rakyaat menghormati pemimpin negara kerana katanya mereka telah dipilih oleh rakyaat.Setahu saya yang betul betul memilih Najib adalah orang didalam parlimen pekan pahang dan perwakilan umno yang menghadiri persidangan umno, saya tak terlibat dalam memilihnya.Kalau sasaorang pemimpin itu baik akhlak dan tingkah lakunya secara automatik rakyaat akan menghormatinya tak kira dari apa fahaman politik.
ReplyDeleteBerani jenis jadah apa ke ni Mahyuddin Yassin oii???. Nak masuk court dalam kes bicara liwat II Anwar Ibrahim pun kecut teloq! Nak berbahas di parlimen slps bentang budget pun mengelak.
ReplyDeleteAda ka Obama dan Putin jenis kecut teloq dan penakut macam Najib tu???. Hang ni Mahyuddin..biaq betoi sikit. Kalau nak bodek pun berpada padalah. Tak masuk akai langsung samakan Najib dengan Obama. Makin biol agaknya TPM Malaysia Darul Liwat ni!.
Ma'af anom 14:33 bukan Mahyiddin Yassin tetapi Hishamuddin awe awe a.k.a wak tempe. Perlu di ingat bahawa si wak kang ni merupa kan sifu para ahli umno di Semberong yang kerap bertukar menjadi para ahli kongsi gelap.
ReplyDeleteUntuk pencerahan:
Pada satu ketika setelah DSAI berceramah di Endau, Johor, beliau dan rombongan terus ke Semberong. Sebaik tiba di sana rombongan DSAI telah di sambut dengan lontaran batu yang meriah nya oleh "KUDA TUNGGANGAN" si sifu. Polis sendir "TERPEGUM" melihat kan aksi para kongsi-gelap itu sehingga "TAK BERANI" untuk bertindak. Ini nak mengampu konon sepupu kau lebih berani dari para pemimpin dunia. Mungkin semasa mengeluarkan kenyataan jenis mengampu itu kau sedang "MABUK" kot. Elok kau tinggalkan sifat mengampu yang meloyakan itu dan didik para pengikut kau di Semberong agar lebih berakhlak.
Setiap kali tragedi & musibbah, najib dapat nama. Pelik!
ReplyDeleteKes terhutang Budi tergadai diri. Siape nk dengar cakap sorang dendam kesumat (ala Anwar) marar `nar rejek anaknya (yang ubun-ubun masih lembut) tak jadi Timb. Pres.UMNO.
ReplyDeleteMukriz blm tumbuh gigi nk suruh makan jagung?
Esh, esh esh dh pencen nk jdi PM (in abstentia) pulak!
Jom hormat pemimpin-pemimpin kita...
ReplyDeleteTidak sokong tidak apa..
Masa mengundi kita pilih pemimpin yang kita suka..
Dulu kini dan esok (InsyaAllah) tetap karat HIJAU..