Monday, 31 March 2014

Soalan Mudah Untuk Bakal PM: Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi?


Berikutan desakan waris penumpang MH370 daripada negeri China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein yang dikatakan terlonjak namanya sebagai bakal PM berikutan insiden ini, terpaksa membuat kenyataan berdolak-dalik untuk menyelamatkan sepupunya, Najib Razak.

Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan.

Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya.

Lagi pula selepas pengumuman itu, Najib juga memaklumkan pencarian akan dilakukan di Lautan Hindi di kawasan yang dikenalpasti itu. Kalau bukan terhempas, apa jadahnya pula pencarian dilakukan? Begitu juga tujuan Najib ke Perth Rabu ini, adakah bertujuan meninjau pencarian pesawat yang terhempas atau membeli-belah?

Sambil merakamkan rasa sedih, Najib juga menyebut kesimpulan yang dibuatnya bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi yang berdasarkan penemuan data satelit Immarsat, adalah berita sedih yang sukar diterima dan semua waris penumpang juga sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya.

Kenyataan ini pula bukankah bermaksud semua penumpangnya sudah terkorban?

Lebih daripada itu, kesokan harinya pula semua akhbar arus perdana yang semuanya dalam kawalan pejabat Perdana Menteri telah melaporkan bahawa pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi. Tidakkah ini mengesahkan lagi bahawa kenyataan Najib itu memang bermaksud MH370 telah terhempas?

Pada 25 Mac itu juga, Najib telah membawa usul takziah di Parlimen untuk merakamkan rasa dukacita kerajaan atas tragedi yang berlaku dan meminta semua pihak bersatu hati mengenainya.

Najib juga mengumumkan bahawa Majlis Fatwa akan bermesyuarat pada petang 25 Mac itu untuk menentukan bilakah sembahyang jenazah ghaib boleh diadakan. Bagaimanapun Majlis Fatwa yang bermesyuarat tidak menetapkan keperluan tarikh tertentu sembahyang jenazah perlu diadakan sehingga bukti mayat atau cebisannya ditemui terlebih dahulu.

Tidakkah semua fakta dan keterangan ini menunjukkan bahawa memang Najib bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan tiada nyawa yang terselamat, tetapi hanya berselindung di sebalik ayat berakhir di Lautan Hindi, rasa sedih, ucapan takziah dan keperluan mengadakan sembahyang jenazah ghaib?

Jika tidak bermaksus tiada yang terkorban sebagaimana kenyataan Hishammuddin hari ini, buat apa pula Najib membawa usul takziah di Parlimen, menyatakan rasa sedih dan menyatakan Majlis Fatwa akan menetapkan tarikh untuk sembahyang jenazah secara ghaib?

Dalam SMS MAS kepada waris penumpang pula sebagaimana yang dipetik oleh BBC ianya bertulis, " Dengan penuh rasa kesal Malaysia Airlines percaya bahawa tiada syak lagi MH370 telah hilang dan tiada yang terselamat."

Bagaimanapun sejak pengumuman menyedihkan itu, bukan saja tiada mayat atau serpihan pesawat yang ditemui di Lautan Hindi, bahkan objek-objek yang dikesan satelit yang sebelumnya dipercayai kemungkinan daripada MH370 hanyalah sampah-sampah yang dibuang di lautan saja.

Sumber satelit Immarsat pula kemudiannya menafikan bahawa kesimpulan MH370 berakhir di Lautan Hindi datangnya daripada mereka, sebaliknya menyatakan Immarsat hanya membekalkan maklumat tetapi kesimpulan dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Setelah seminggu sejak pengumuman Najib itu dan tempoh pencarian keseluruhan sudah menjangkau hari ke 25 tetapi tiada juga sebarang penemuan, ramai waris mangsa mula meluahkan kemarahan dan menuntut kerajaan mengemukakan bukti kukuh atau meminta maaf mengenainya.

Tindakan Hishammudin cuba mempertahankan Najib semata-mata kerana enggan memohon maaf adalah tindakan memalukan dan menjelaskan kepada dunia bagaimana standard kita menangani krisis yang menjadi perhatian dunia. Setelah kenyataan Najib bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi adalah berdasarkan kesimpulan penemuan data satelit Immarsat tetapi kemudian dinafikan oleh Immarsat bahawa mereka hanya membekalkan maklumat dan kesimpulan dibuat oleh kerajaan Malaysia, telah menjejaskan wibawa negara, penafian tanpa asas Hishammuddin terhadap kenyataan abang sepupunya itu, sekali lagi meletakkan imej negara menjadi perbualan dunia.

Sikap Hishammuddin ini bukan saja menjadikan kita sering berubah pendirian atau flip-flop dalam memberikan maklumat tetapi juga akan dikenali sebagai bangsa dan negara yang sukar meminta maaf. Apalah sukarnya meminta maaf jika benar Najib yang silap?

Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang menjadi keutamaan Hishammuddin dalam tragedi MH370 ini - Najib atau maruah negara? (SH 30/03/2014)

24 comments:

  1. Memsng samdol puak puak Najib ni. Kalau dah MH370 berakhir kay lautan hindi, kalau bukan maksudnya terhempas, apa menatang pula?. Adakah pesawat tu tergantung antara langit dan laut macam bomoh UMNO cakap tu?. Huh...Najib dan bomoh berpisah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pernah kau dengar najib minta bomoh carikan mh370.

      Delete
  2. Malu aku ada pm dan menteri cakap belit belit macam bagus tapi hancur. Sibuk semua benda dia nak rasmi walhal cukup sekadar ada menteri yang berkaitan.

    ReplyDelete
  3. Keh keh keh, lama dah tahu Najibi dengan Sham ni memang bangang.

    ReplyDelete
  4. Sudah tentu najib tidak perlu minta maaf kerana pesawat berada dalam keadaan baik dan layak untuk terbang seperti yg diperakui...berakhir dilautan hindi tidak semestinya terhempas - ia hanyalah satu bukti teknikal berdasarkan penemuan melalui satelite..ia mungkin sudah berkecai di udara sebelum berakhir di lautan hindi, ia mungkin dirampas dan dibawa ketempat lain sebelum beberapa cebisan dicampak ke situ (lautan hindi) untuk mengelirukan.

    Jika ia terhempas - di mana mayatnya?

    Apa yg berlaku adalah sesuatu yg dikesalkan, itu malaysia boleh minta maaf sebagai 'bahasa badan' tetapi bukan maaf kerana sengaja atau berlaku kecuaian hingga mengakibatkan mh370 hilang dari pandangan.

    Waris penumpang patut berterima kasih kerana malaysia sebagai sebuah negara kecil tetapi berjiwa besar terus membuat pencarian. Meminta malaysia meminta maaf adalah satu kebiadapan dan menunjukkan sikap bodoh sombong dari satu bangsa yang tidak bertamadun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda faham kah apa yang dimaksudkan perjalanan pesawat MH370 berakhir dilautan hindi ?

      Sekarang ini adalah waktu krisis. Bukan masanya perdana menteri membacakan puisi atau bersastera dengan pewaris yang amat bimbang tentang keselamatan ahli keluarga mereka. Mereka mahukan maklumat dan kebenaran. Bukanya cakap tak serupa bikin.

      Sebagai seorang pemimpin, setiap kata-katanya mesti jelas, tegas dan bersemangat dalam memberi harapan biarpun adakalanya mustahil untuk dilaksanakan. Setiap kenyataan mesti bersandarkan pada fakta bukan auta.

      Tahukah anda mengapa semua yang terlibat memberi kenyataan akhbar cakapnya berbelit, tidak konsisten dan mengelirukan ? Sebenarnya tindakan itu adalah untuk melindungi maruah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO Baru dari terus dimalukan disebabkan segala permasaalahan MH370 adalah berpunca dari pertahanan negara amat lemah, tidak berdisiplin dan makan gaji buta saja.

      Amat bercangggah sekali dengan pendapat anda "Meminta malaysia meminta maaf adalah satu kebiadapan dan menunjukkan sikap bodoh sombong dari satu bangsa yang tidak bertamadun."

      Apakah anda cuba mempertahankan kerajaan Barisan Nasional yang jelas menipu kerana tidak berkemampuan dalam menyelesaikan permasaalahan negara ?

      Delete
    2. Rosjib, Hisham dan kluangman sama je bangang

      Delete
    3. Tak yah la layan kluangman mangkok ne.
      mati nanti biar tebelit lidah.

      Belit tau abis2 makcik felda pun dah c caya

      Mangkokayun betul

      Delete
    4. kluangman bermaksud kapalterbang masih diawan lagi.....yekan kluangman? lu kan pandai.....

      Delete
  5. Pesawat itu dapat dikesan buat kali terakhir di Lautan Hindi. Kemudian datang jin menangkap pesawat lalu disorok dalam koceknya, bukan terhempas spt yg dianggapkan. Itulah sebab semua usaha pencarian selama ini tidak membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  6. come on la..asik nak ltak salah org je..ko tulis dok syok2 nak bantai PM..tp ape yg ko sumbang?xde bnde p0n..ko ni keyboard warriors je..sembang kencang la.."PENERBANGAN BERAKHIR" boleh diertikan dengan banyak makna..berakhir = terhempas, berakhir= hijacked, berakhir = pergi tempat lain..kalo ko kat tmpt PM or menteri yg terlibat lg tah ape ko jwb..jgn jd manusia bodoh sombong la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulaimen akhlaken1 April 2014 at 12:51

      Ko ni bengong atau otak udang penuh taik?ko x bc abis apa yg tn shahbudin ulas?nmpk sgt IQ ko tahap cipan.org mcm ko ni mmg x reti bhsa.klu ko ni melayu..mmg ko ni spesis 'melayu haramjadah' yg prnh PM ko sebutkan dulu..PM yg ko bela sgt tu la..

      Delete
  7. da la skrg ni CHINA n CNN dok provoke kita..ni rakyat sendiri plak yg provoke negara sndri..ape bnde la ko ni bangang sngt...plz la jgn plotikkan bnde ni..if ko x ske najib skalip0n xpayah la nak hentam pasal perkara ni..bersaTU LA

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulaimen akhlaken1 April 2014 at 13:08

      Mmg ramai rakyat malaysia yg brsatu dlm menghentam PM dn MENTERI2 CAP AYAM yg mmperbodohkan rakyat..memalukan rakyat..makan duit rakyat dn negara..dan byk lagi klu nk disebutkan 4hr 4mlm pn x abis.rakyat yg majority akan terus mnghentam REGIM UMNO BARU dan konco2nya....

      Delete
    2. Bukan sebarangan hentam bro, dah teruk dgt putar alamnya.
      bila nak insaf

      Delete
  8. Teruskan mengkritik dan dedahkan kebodohan Najib dan para Menteri Cap Ayam ini semua.Jangan gentar pada penjilat jubor ni semua saudara Shahbudin. Full support you.

    ReplyDelete
  9. siapakah sebenarnya yang menjadi keutamaan Hishammuddin dalam tragedi MH370 ini - Najib atau mangsa MH370?

    ReplyDelete
  10. Kritikan antarabangsa terhadap Malaysia haruslah diperjelaskan dan dipertahankan sampai akhir nafas. Sebagai permulaan, kita semua mesti mempunyai rasa simpati terhadap keluarga mangsa, kalaulah kita adalah mereka, apakah kita akan hanya berdiam diri?

    Yang penting, kita harus berpemikiran mantap dan tidak memberikan tanggapan / persepsi bahawa 'KITA' adalah salah. Dengan ini, kita perlu faham dan bezakan antara Malaysia (Negara yang berdaulat), Malaysian (warga Malaysia) dan Kerajaan Malaysia. Malaysia and Malaysian adalah satu, manakala Kerajaan (tidak kira parti mana) cuma satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk berfungsi dengan adil, cekap dan berprihatin. Mana-mana satu kekurangan, KITA (yakni Negara Malaysia dan warga Malaysia) tidak akan bertolak-ansur. Jauh sama sekali, KITA tidak akan mempertahankan benda-benda yang jelas sekali salah dan tidak munasabah, seperti kenyataan-kenyataan yang bercanggah, kejadian-kejadian yang jelas sekali tidak betul seperti pencerobohan 2 pemegang paspot palsu, ketiadaan-tindakan tentera apabila terkesan jet 'asing' dalam radar, dan sebagainya. Mempertahankan apa yang salah bukanlah sesuatu yang wajar ataupun bijak, kerana ini akan hanya menunjukkan KITA semua lemah dan tidak-berkebolehan. Semua warga Malaysia akan turut dibenci dan dilabel dengan prejudis. Jangan lupa, tindakan kita hari ini akan menjejaskan kedaulatan Negara dan masa depan anak-anak kita semua!

    ReplyDelete
  11. shortcut!! dah abis fikir dah...abis kuku jari aku..nanti abis pulak jari2 aku nan fikir benda ah'llah nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tahap pemikiran cai....apapun xmampu nak pikiaq...

      Delete
  12. Blogger tukang karut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sekoq lagi cai....lenkali xyah masuk sini. Akai cai xmampu nak faham. Pi masuk blog papagomo. Kat situ senang nak faham sbb byk komen-komen lucah. Benda tu je yang cai-cai mampu faham...sbb kat situ byk perkataan spt bontot, juburi dn seumpama, perkataan-perkataan yang sinonim dgn cai-cai yang muda difahami.

      Delete
  13. Anon 20:50...kalau ko rasa ko bagus sangat,ko buat la blog sendiri.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya cik shahbudin ni macam tinggi ilmunya. Tapi sayang cuba memesongkan penunjung blog anda. Buat2 niave dan konon tak faham dengan kenyataan pm kita. Kalau dah bangkang semua tak betul. Tuan shahbudin pastinya org yg piutis dan lebih bijak untuk memahami maksud tersirat. Tapi buat2 tak faham. Menyedihkan.. Apa agaknya niat tuan shah memutarbelit fikiran peminat blog mengenai usaha rakyat malaysia mencari mh370

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...