Saturday, 15 March 2014

Berpunca Dari Zahid Hamidi, KJ Pula Jadi Mangsanya


Oleh kerana marah disebabkan Khairy Jamaluddin menyarankan agar beliau ditangkap berikutan memalukan negara dengan dua kejadian ritual pelik dan bertentangan dengan Islam di KLIA untuk memanggil pesawat MH370 yang masih hilang, Ibrahim Mat Zain yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP, mengugut mahu menampar muka Ketua Pemuda UMNO itu.

Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai orang tua, beliau mencabar KJ agar meletakkan jawatan sebagai menteri manakala beliau pula akan meletakkan jawatan sebagai mahaguru silat.

"Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita fight. Saya tampar dia macam saya tampar buaya baru dia tahu," demikian luahan marah dan rasa tidak tidak senangnya terhadap KJ yang mahu beliau ditangkap kerana dianggap menjalankan amalan syirik dan bertentangan dengan Islam dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Video luahan marah dan tindakan mahu menampar KJ oleh Ibrahim Mat Zain itu kini sudah tersebar luas di laman-laman sosial serta menjadi perbualan hangat pengguna internet sejak semalam.

Dalam dua kejadian di KLIA, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya telah menjalankan dua upacara ritual dengan membawa buluh, bubu, tikar dan buah kelapa sambil melaungkan perkataan Allahu Akbar. Tindakan itu mendapat kecaman di media kerana amalan yang dilakukan itu dianggap karut, syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Berikutan ritual itu juga, Perdana Menteri Najib Razak mendapat kecaman di media antarabangsa dan dunia Arab dengan mereka melabelkan Perdana Menteri sebagai tiada otak dan lebih mempercayai amalan syirik dalam usaha merungkai persoalan mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak lebih seminggu lalu itu.

Sementara Ibrahim Mat Zain mendakwa kehadirannya ke KLIA adalah atas jemputan VIP tertentu, hampir tidak ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang tampil mengecam tindakan beliau itu. Kalau ada pun hanyalah sekadar penafian ringan sahaja.

Lalu apabila KJ menyelar perbuatan itu sebagai syirik dan mahu beliau ditangkap, Ibrahim Mat Zain yang berusia 80 tahun jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Selain mahu menampar, beliau juga mahu Najib membuang KJ sebagai menteri.

Selain itu, beliau juga memberi amaran agar KJ tidak mengulangi tuduhan terhadapnya di lain ketika atau berhadapan saman malu sebanyak RM100 juta.

Walaupun KJ tidak menganggap serius ugutan itu dengan menulis secara main-main di twitternya, "Raja Bomoh VIP mahu tampar saya macam kokedai" tetapi amalan mengugut dengan penampar ini nampaknya sudah mulai menjadi budaya dalam dunia politik negara kita.

Sebelum ini, sebuah NGO yang dinamakan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia telah menawarkan ganjaran sebanyak RM500 dan kemudian dinaikkan kepada RM1200 kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video yang diterbitkan yang dianggap mempersenda Perdana Menteri.

Tindakan NGO itu mendapat kecaman pelbagai pihak kerana ia dianggap suatu bentuk ugutan serta dianggap tindakan tidak sihat dalam amalan politik kerana dalam mempertahankan pendirian, hujah sepatutnya dilawan dengan hujah. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi enggan melayan agar pihak polis bertindak terhadap ugutan seperti itu dengan menganggap ganjaran untuk penampar bukanlah suatu bentuk ancaman.

Menurut, hanya jika mereka berkata mahu membunuh, barulah ia dianggap sebagai ancaman.

Kini, berikutan sikap tidak tegas Zahid itu, seorang menteri sendiri iaiu KJ telah menerima padahnya apabila beliau pula mahu ditampar oleh seorang Raja Bomoh yang tidak berpuas hati dengannya.

Apakah selepas ini, ugutan tampar ini akan terus menjadi budaya di negara kita? Apakah mungkin selepas ini Perdana Menteri atau isterinya atau Timbalan Perdana Menteri pula yang akan menerima ugutan tampar pula?

Dan bagaimana pula jika akhirnya ada pemimpin yang benar-benar kena tampar, siapa harus dipersalahkan? (SH 15/03/2014)

7 comments:

  1. elok juga pemimpin UMNO kena tampar...macam hasan malik, sahidan dan ramai lagi...tak lama lagi adalh yang kena....

    ReplyDelete
  2. Kerajaan UMNO BN pimpinan Najib akan dianggap bacul dan tidak berwibawa jika gagal bertindak keatas Ibrahim Mat zain yang telah memalukan negara. Kalau Najib terlalu kecut telur untuk pastikan tindakan diambil, elok Khairy saja mengambil tempat sebagai PM. Menteri2 UMNO lain semuanya telah bisu walau pun belum lagi
    makan penampar Ibrahim.

    Zahid Hamidi sebelum ini bukan sekadar menampar malah pernah memukul seorang pemuda sehingga dimasukkan ke hospital. Kes yang dibicarakan tiba tiba diselesaikan diluar mahkamah. Rakyat nak tengok adakah Zahid selaku Menteri Dalam Negeri berani menampar dan memukul Ibrahim Mat Zain yang terang terang telah menjatuhkan maruah Malaysia.

    Untuk Khairy, inilah masanya untuk membuktikan Pemuda UMNO bukannya tin kosong. Pemuda UMNO perlu desak Najib segera lakukan sesuatu. Jika tidak dibimbangi bertambah bongkaklah bomoh VVIP itu. Persetankan dengan pengikut yang didakwanya jutaan orang kerana ini bukan zaman Sultan Melaka dan Hang Tuah yang setia mrmbabi buta. Tak mungkin pengikut Ibrahim yang cerdik dan berakal sanggup menelan tahi hanya kerana guru menelan najis.

    Akai mau pakai laa.

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi buat la sukan tampar menampar...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Hah..belum sempat Khairy ditampar, kang bomoh VVIP makan penampar Raja Ludah beracun dulu.

    Nak tunjuk kuay daj gah konon, agaknya kalau bomoh VVIP ni kena penampar semua penyokong 1 Malaysia ( 1 Penampar 1 Malaysia ) yg malu gara gara kerja bodoh dia, mau senget muka dia. Dah tua buat la cara tua...banyak banyak kan ibadah, bukannya banyakkan kurafat. Insaflah.

    ReplyDelete
  5. Mungkin selepas ini lagi ramai yang akan kena tampar. Tiga orang jururawat di HKL mungkin di gantung kerja kerana meniru perbuatan "BOMOH VVIP" yang menaiki tikar zam zam ala kazam Yang menyedih kan mungkin tiga orang kanak kanak yang duduk di atas bantal peluk, meniru perbuatan "BOMOH 1MALAYSIA".

    Di internet kini sudah banyak kedapatan mereka yang meniru perbuatan "BOMOH" ini. Mereka melakukan bukan kerana apa, kerana nak membodohkan rakyat Malaysia. Jangan jadi saperti kes Zahid Hamidi sudah lah kerana kes di selesai kan di luar mahkamah. Semasa hamba Allah itu di belasah, bukan main "HERO" si Zahid Hamidi ini. Mungkin ugutan si "BOMOH" sama dengan kes Zahid Hamidi kot!!!.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya kedua-dua manusia ini adalah bodoh.Sebab hanya yang bodoh saja tinggal dalam umno. Yang pandai tak mau jadi bodoh macam kedua-dua manusia ni,lalu tak mahu dikaitkan dengan umno. Walhal bomoh ni kenal dengan bapa mertua si bodoh KJ tu. Mana orang tua tu tak hot.Tetapi sememangnya kedua-duanya bodoh.

    ReplyDelete
  7. Ko jer lah yg pandai!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...