Tuesday 11 March 2014

Najib 'Bunuh' Konsensus Nasional?


Harapan rakyat untuk melihat wujudnya konsensus atau rekonsilasi antara kerajaan dengan pembangkang dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara, akhirnya lebur menjadi debu. Anwar Ibrahim secara rasmi semalam mengumumkan bahawa PR menarik balik usaha ke arah itu dan akan terus bersikap "lawan tetap lawan" terhadap kerajaan.

Penarikan diri PR daripada konsensus ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menghukum Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dan kemudian dihukum penjara lima tahun. Bagi Anwar, hukuman itu bermotifkan politik, biadap, dijalankan secara tergesa-gesa, tidak berdasarkan fakta serta semata-mata bertujuan menghalangnya daripada bertanding di DUN Kajang.

Berikutan hukuman tersebut dan Anwar tidak layak mengemukakan kertas pencalonannya di Kajang, tempat beliau kini digantikan oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan berhadapan satu lawan satu dengan calon BN, Chew Mei Fun.

Konsensus yang bermaksud mewujudkan sebuah kesepakatan yang dipereetujui bersama setelah adanya dialog dan penelitian manakala rekonsilasi pula yang bermaksud tindakan memulihkan persahabatan atau menyelesaikan perbezaan, dibangkitkan oleh PR dan BN sebaik PRU 13 berakhir berikutan mendesaknya isu-isu yang melibatkan kaum, agama, perpaduan dan sebagainya.

Najib sendiri telah menulis dalam blognya pada 25 Februari lalu yang mengatakan kerajaan akan membentangkan pelan rekonsilasi itu dalam beberapa bulan akan datang dengan butirannya sedang dikemaskini serta diperhalusi ketika ini manakala PR sudah lebih awal iaitu sebaik PRU 13 berakhir sudah menyarankan usaha ke arah itu.

Pada umumnya, harapan rakyat juga tinggi untuk melihat adanya konsensus atau rekonsilasi itu berikutan selepas berakhirnya PRU 13, rata-rata rakyat sudah mulai letih dengan pelbagai kecelaruan dalam politik dan ingin melihat sesuatu yang lebih bermakna antara kerajaan dengan pembangkang buat sementara sebelum kembali bertarung dalam PRU 14 yang akan berlangsung kira-kira empat tahun lagi.

Namun haruslah diakui bahawa hukuman keatas Anwar ini menggagalkan segala-galanya. Walaupun ia merupakan keputusan mahkamah yang sepatutnya bebas tetapi sesiapa pun tidak mampu menolak adanya campurtangan penguasa dalam hal ini kerana ianya begitu jelas terbentang di depan mata.

Bermula dengan tindakan melewatkan tarikh penamaan calon oleh SPR, ia kemudian dijadikan ruang untuk menetapkan tarikh perbicaraan secara tergesa-gesa dengan hakim Mahkamah Rayuan terpaksa bersidang sehingga jam 7 malam semata-mata agar hukuman dapat dijatuhkan sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Kajang.

Lebih dari itu, peguam yang yang dikenali sebagai peguam UMNO dan didapati berada di rumah Najib ketika Saiful mengadu mengenai kejadian liwat yang melibatkan dirinya, Shafee Abdullah turut diletakkan sebagai ketua pasukan pendakwa di Mahkamah Rayuan melalui kebenaran khas.

Dalam hal ini, tidak dapat dielakkan persepsi bahawa Najib begitu takut untuk membenarkan Anwar bertanding di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Meski pun pada awalnya BN mengumumkan bahawa mereka akan menghadapi Anwar di Kajang secara "gentleman" tetapi terbukti akhirnya Najib langsung tidak "gentleman".

Jika Najib benar-benar seorang yang "gentleman" dan memikirkan soal kepentingan negara dan rakyat melalui konsensus atau rekonsilasi melebihi kepentingan mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri, mahkamah sepatutnya dibiarkan bebas dan benar-benar dilihat bebas daripada campurtangan pemerintah.

Tidak perlu menggunakan mahkamah melalui canpurtangan yang begitu ketara untuk menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang. Biarkan beliau bertanding dan menang di Kajang. Jika selepas itu, beliau menjadi Menteri Besar Selangor, ia juga harus dibiarkan kerana ia adalah urusan dalaman PKR dan PR.

Dan sekiranya selepas itu, berlangsung perbicaraan di Mahkamah Rayuan, jangan dibimbangi apa pun keputusannya. Jika Anwar didapati tidak bersalah, terimalah seadanya tetapi sekiranya hukuman bersalah itu dijatuhkan ketika Anwar memegang jawatan Menteri Besar, biarkanlah undang-undang berfungsi sepenuhnya.

Najib dan BN tidak perlu takut untuk menerima cabaran hukuman bersalah dijatuhkan ketika Anwar menjadi Menteri Besar kerana UMNO sebenarnya sudah sarat dengan pengalaman beberapa bekas Menteri Besar Selangor yang pernah dijatuhkan hukuman dan terpaksa berundur sebelum ini. Harun Idris dijatuhkan hukuman kerana suatu kes rasuah ketika menjadi Menteri Besar, Mat Taib dipaksa berundur kerana kesalahan undang-undang di Australia juga ketika menjadi Menteri Besar dan Abu Hassan juga diminta berundur kerana ada masalah peribadi ketika menjawat jawatan Menteri Besar.

Lagi pula, lebih mudah memberi kefahaman kepada rakyat berhubung hukumah mahkamah ketika segala ruang dan kebebasan sudah diberi sepenuhnya, berbanding hukuman yang dijatuhkan semata-mata untuk menyekat di permulaan langkahnya lagi.

Anwar dan PR kini bukan saja mengumumkan menarik balik persetujuan untuk konsensus dan rekonsilasi itu, bahkan sudah pun memulakannya ketika memulau jamuan teh selepas pembukaan sidang Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong semalam, bahkan juga memboikot sidang Parlimen hari pertama hari ini.

Selepas ini,yang nyatanya tiada lagi perdamaian antara PR dengan BN atas apa isu jua pun. Ia sudah bertukar menjadi "lawan tetap lawan" yang berpanjangan. Sehingga pilihanraya akan datang suhu politik nampaknya sentiasa panas dan membara. Najib juga sudah boleh menyimpan semua idea yang mahu dibentangkannya mengenai rekonsilasi atau konsensus ini.

Di mata rakyat, kerana berjiwa kecil dan takut menerima cabaran, Najiblah yang dianggap membunuh usaha perdamaian itu. (SH 11/03/2014)

15 comments:

  1. Sekumpulan kecil pimpinan tertinggi UMNO yang terlibat dalam konspirasi liwat 1 dan 2 ni setaraf dengan pemimpin zionis Israel saja. Dan yang menyokong kumpulan ni adalah umpama pro zionis Yahudi. Geng pro zionis UMNO ni kalau mak bapak mereka dianiaya seperti apa yang berlaku keatas Anwar, mereka akan bersyukur dan senyum bangga. Kalau bini mereka main dengan puak zionis Melayu ni pun mereka tentu akan buat kenduri kesyukuran dan akan berbangga. Kalau hati dah hitam legam dikelabui habuan projek dan wang ringgit..inilah natijahnya. Soal keadilan dan dosa pahala tidak penting buat mereka. Sebab itu kaum Melayu tetap keyinggalan berbanding kaum lain walau pun yang memerintah Malaysia sejak ianya terbentuk adalah orang Melayu, bukan Ci a, bukan India dan bukan yang lain. Tapi malang, melayu yang memacu pentadbiran ini adalah sekumpulan melayu zionis yang dikepalai melayu celup Kerala. 1 MalaySial nilah punca segala kebobrokan di Malaysia hari ini. SATUUU MALAYSIAAALLLL inilah punca segalanya termasuklah kes liwat 1 dan 2 Anwar Ibrahim tu. Konsensus Nasional kepala bapak apa macam niii?.

    ReplyDelete
  2. Anon, Allah mahu tahu. Kalau liwat ini perkara benar benar berlaku( Tidak dinafikan ada air mani Anwar dalam dubur Saiful ) maka kamulah yang zalim. Sebab itu jangan menghukum kalau kamu tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan klise penyokont UMNO bila sukar mempertahankan tindakan pemimpin partinya.

      Segala-galanya adalah dalam kekuasaan Allah. Jika inilah hakikat yang dipegang oleh pemimpin UMNO, segala rasuah, penindasan, membolot projek kerajaan secara tak betul yang menjejaskan rakyat tak berlaku. Janganlah guna Allah bila tersepit je. Time nak melakukan kemungkaran politik Allah hilang tak tahu kemana.

      Delete
    2. mahkamah pun xbleh tentukan dna anwar dalam jubor saiful tu dr sperma atau pun bukan....ko lak tahu ek....memang dulu kini selamanya bodoh lah ko ni....

      Delete
    3. Anon 13:01,
      Awak ni baru ngaji TADIKA ke atau Darjah 1?. Dangkal sangat knowledge awak. Allah beri akal...guna sebaiknya. Jangan cuma dapat projek, BR1M dan sewaktu dengannya dari UMNO BN, awak rela perbodohkan diri menelan najis kelentong pemimpin awak tu. Malas nak ulas panjang2 la sebab akal awak tak mampu nak analisa.

      Delete
    4. pencacai umno hanya pencacai. dia tau sex saja. mana kenal erti perjuangan. mana bayar cukai, tau nk mengipas jer. hancurlah kamu

      Delete
  3. kalau pun betul, tak payah makamah buat keputusan gopoh-gapah. Ni pulak sampai 7 ptg. Kalau bukan motif tak betul ni, apa lagi??

    ReplyDelete
  4. 'Dan sekiranya selepas itu, berlangsung perbicaraan di Mahkamah Rayuan, jangan dibimbangi apa pun keputusannya. Jika Anwar didapati tidak bersalah, terimalah seadanya tetapi sekiranya hukuman bersalah itu dijatuhkan ketika Anwar memegang jawatan Menteri Besar, biarkanlah undang-undang berfungsi sepenuhnya.'

    Kepala toraklah! Nanti kalau Anwar dihukum time jadi MB, kau orang akan kata pulak, ianya disebabkan BN dengki dan takut! Manusia macam kau orang mana erti puas hati...nak buat macam mana, bila kita jadi manusia yang tak reti bersyukur, tak boleh menerima kebenaran dan kenyataan, maka jadilah kita orang-orang yang resah gelisah. Hidup tak tenang, jiwa tak tenteram...dah tu bila hidup susah, salahkan orang lain! Kesian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ni adalah contoh terbaik ahli dan penyokong UMNO kelas bodohyg Mahathir katakan ramai dalam UMNO. Yg bijak dan cerdik lari ke PR ( ilmu cetek, cari makan dengan ilmu membodek pemimpin UMNO saja. Tu yg kuat membodek kerana cuma itu kemahiran yg ada ).

      Awak tu kaya sangat ker?. Invome awak five figure keatas ker? Kalau setakat 4 figure jangan tunjuk lagak dan sombong sampai orang yang dianiayai pimpinan parti awak seperti Anwar tu dipandang sebelah mata. Cuma pentingkan nak membuncit perut sendiri saja. Lebih baik mampus dari hidup kalau hati dan perasaan tak peka disebabkan akal mendahulukan habuan dan RM.

      Aku bukan cari makan dengan kerajaan UMNO. Tak pernah aku makan gaji satu sen dengan kerajaan UMNO sejak dulu lagi. Malah aku adalah antara penyumbang company tax kepada kerajaan. Tapi aku tak pernah nak lupa diri. Bagi aku benar tetap benar. Kalau sorang pemimpin yg perjuangkan keadilan dianiayai dan tidak dapat pembelaan, aku bimbang esok esok tidak ada lagi orang yg berani berkata benar dan perjuangkan kebenaran. Jika ini berlaku..negara akan hancur termasuklah aku dan zuriat aku. Nak menyokong dan membodek pun biar berpada pada

      Delete
  5. Kalau kita lihat agenda politik semasa, saya percaya konsensus nasional yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim kepada Najib Razak mempunyai motif yang pelbagai. Ada kepentingan peribadi, kepentingan bersama dan kepentingan nasional.

    Namun sebelum merealisasikan kepentingan bersama dan kepentingan nasional Anwar mengambil kira kepentingan peribadinya terlebih dahulu. Beliau mengharapkan Najib memberi keadilan wujud dalam apa jua perbicaraan yang dikenakan keatasnya.

    Sebagai orang yang berakal waras, kita tidak seharusnya mengutuk cadangan Anwar yang beriringan antara kepentingan peribadi dan kepentingan nasional itu kerana beliau berusaha menyelamatkan maruah diri dan keluarganya dari terus diaibkan oleh pemimpin UMNO semenjak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sehingga hari ini.

    Tapi Najib pula guna kuasanya menghalang permintaan itu. Maka mahkamah rayuan menurut skrip yang ditetapkan telah menjatuhkan hukaman penjara 5 tahun keatas beliau.

    Bagi pandangan sesetengah pemimpin UMMO Baru, kegagalan konsensus nasional ini tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap UMNO Baru atau pun Barisan Nasional. Sama seperti rakyat Malaysia memandang intelektual Najib dan menteri kabinetnya sebagai bodoh tidak boleh diajar tapi mereka tidak peduli malah mereka gembira menerimanya kerana mereka kekal menjadi menteri dan menikmati segala keistimewaan yang selayaknya mereka dapat.

    Pada pandangan saya pula, kegagalan konsensus nasional itu akan membuatkan Najib tidak dapat sokongan dari Pakatan Rakyat mengekalkan kedudukannya untuk masa lebih lama. Dan tanpa konsensus nasional itu juga akan memberi ruang untuk NGO pro pemimpin tertentu dalam UMNO Baru yang anti beliau akan menimbulkan lebih banyak masaalah sebagai isyarat kepimpinan nya tidak diperlukan lagi, sila berundur.

    Walau apa pun analisanya... pekara yang baik dan jahat itu datangnya dari ketentuan Allah. Allah yang mengkabulkan perbuatan orang jahat dan Allah juga mengkabulkan permintaan orang yang baik. Bukan semua doa orang baik akan terkabul dan bukan semua perbuatan orang jahat akan dilindungi.

    Bersedialah menghadapi takdir Allah.

    ReplyDelete
  6. Bukankah kegagalan sesaorang yang menghadapi tudohan dimahkamah itu bergantong kapada kebijaksanaan peguam belanya yang menidakan penglibatanya .
    Hakim hanya memutuskan hanya berdasarkan hujahan , tampa mengambil kira pekara-pekara yang lain.
    Rujuk kenyataan Majlis peguam berkenaan penghakiman Anuar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian... Anon 17:28
      Sila tanya pada.V.K. Linggam kenapa dia sebut korek...korek....korek...ketika dia berbual dengan sesorang ditalipon ?

      Nanti anda akan tahu pandangan anda seperti itu betul atau salah.




      Delete
  7. Kes Liwat I dan II Anwar Ibrahim, Kes Pembunuhan Altantuya, Kes Pembunuhan Norita dan beberapa lagi kes mahkamah yang melibatkan para VVIP dibicarakan oleh Mahkamah Kartun Malaysia.

    Doraimon, Pokemon, Sinchan, Spongebob, Upin Ipin dan kartun kartun yang seangkatan pun akan gelak sakan kalau dapat hadir dihari perbicaraan oleh Mahkamah Kartun Malaysia ini. Sebab apa?. Kerana dalam banyak banyak kartun di tv Malaysia...kartun Mahkamah Kartun Malayia paling lawak dan kelakar. Bontot tak tembus tapi mani boleh masuk. Bukan saja mani satu orang jer dalam bontot Saiful tapi 3 mani pemilik berbeza. Hu hu...betul betul kartun.

    Terakhir...perbicaraan di Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dalam suasana perjalanan umpama kartun...laju dan cepat. Tup tup...Anwar bersalah.

    Takut bebenor para kartun kartun UMNO ni dengan Anwar. Bapak kartun Kerala boleh tidur lena selama 5 tahun. Ada peluang buat duit lagi. Lepas PETRON ambil bahagian PETRONAS, apa pula kartun Kerala ni nak ambil...tubuhkan LUT dan ambil alih LUTH pulak mamak kartun oiii!. Dasar keturunan kutty Mandeliar. Sifat tamak dan dengki berakar sejak berzaman dulu. Yang bodohnya Melayu sendiri. Melayu memerintah Tanah Melayu..tapi Melayu makin layul. Elok laa tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Lebih 50 tahun Melayu umno tadbir Malaysia tapi nasib orang Melayu tidak banyak berubah. Makin lama melayu Umno perintah, makin melayu pecah belah. Ada kuasa saja tak guna kalau rasuah mampu beli kuasa. Adakah melau Umno perlu lebih 50 tahun lagi untuk membantu kaum melayu?. Pada saya selagi Umno berkuasa selamanyalah melayu diperkosa. Atas sebab itu monopoli Umno dalam politik Malaysia wajib ditamatkan secepat mungkin kerana telah terbukti parti melayu tua ini tidak mampu mrmbela kaum melayu. Slogan saja gah tapi bombastik. Parti melayu tong kosong aka meriam buluh ni mesti dikalahkan buat seketika sebagai pengajaran. Peluang alternatif lain harus digunakan. Parti alternatif iaitu PR perlu diberi peluang membuktikan kebolehan mereka setidaknya buat 1 penggal. Susah ke nak lakukan ini?. Dah tahu umno gagal melakukannya walau lebih 50 tahun berkuasa, kenapa perlu jadi bodoh untuk terus bergantung kpd puak puak melayu bodoh berperangai hodoh ini. KITA WAJIB UBAH SEGERA. ABU!.UMNO DAH MONAPAUSE.

      Delete
  8. Yg terhormat Bpk Shahbudin,
    Slamat siang. Aku Hendra dari Bekasi, Indonesia. Mayoritas kami anak Indonesia meneliti dan follow kasus liwat Bpk Anwar Ibrahim baik di koran mau pun dari media sosial lama dulu. Malah sebagian warga di Indonesia menyakini pemerintah Malaysia melakukan sewenang dan gagal mempraktis hukum yang adil dalam kasus melibatkan Bpk Anwar. Melihat perjalanan kasus di court Malaysia dan fakta yang ditampil kedua pihak, seharusnya kasus dan pendakwaan ke atas Bpk Anwar ini dimenangi beliau namun cukup jelas hukum dijalankan sangat tidak wajar. Negara dan rakyat Malaysia kerugian karena sosok pemimpin Melayu sebagus Bpk Anwar ini telah telah diperlakukan sebegitu rupa oleh musuh politiknya juga anak Melayu. Malaysia umumnya rugi karena menafikan seorang calon Perdana Menteri yang hebat dan berkualitas. Aku melihat Malaysia sekarang berundur ke belakang, tidak seperti satu waktu dulu. Cara hukum dijalankan pemerintah Malaysia amat meragukan malah ini diperakui semua komunitas internasional.

    Aku dan simpatis Bpk Anwar di Indonesia mendoakan moga beliau diberi kekuatan dan kemenangan akhirnya karena Allah sangat mengetahui dan maha adil
    Amin.

    Hendra P Bekasi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...