Wednesday 12 March 2014
Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib
Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.
Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan perbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.
Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat.
Namun hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kira tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa. Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini.
Hishammuddin Hussein yang diberi dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan memangku di Kementerian Pengangkutan oleh Najib Razak sebagai sebahagian pelan meningkatkan imejnya di kalangan perwakilan UMNO dan seharusnya bertanggungjawab penuh dalam menyeleras dan memastikan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelbagai pihak, ternyata gagal berbuat demikian.
Bloomberg hari ini, setelah hari kelima kehilangan pesawat itu masih menjadi misteri, secara terbuka mengkritik ketidakselarasan dan ketidakcekapan Malaysia dalam mengurus krisis yang digambarkan sebagai salah satu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri kerana masih terbelenggu dengan kawalan ketat terhadap maklumat yang diamalkan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu.
Di samping melaporkan kebimbangan China yang meminta Najib supaya lebih bersikap telus dalam menangani krisis yang menjadi perhatian dunia ini, peranan sepupunya, Hishammuddin dalam mengamalkan ketelusan dan tidak menjadikan usaha mengendalikan isu global seperti menguruskan isu politik domestik, nyata suatu gambaran yang memalukan negara.
Kritikan itu tentunya bukan saja kerana peranan pemangku Menteri Pengangkutan yang tidak menyerlah sejak lima hari yang lalu dalam mengetuai operasi, tetapi juga penglibatan beberapa menteri lain yang menjadikan keadaan tambah serabut. Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi misalnya, ketika mengulas mengenai wujudnya penumpang yang menggunakan pasport curi telah menempelak kakitangan Jabatan Imigresen di KLIA yang didakwanya tidak dapat membezakan antara wajah orang Asia dengan Eropah.
Dengan hanya bersandarkan andaian kerana dua warga Italy dan Austria itu kehilangan pasportnya di Thailand, Zahid terus beranggapan bahawa pemegang pasport curi itu juga berasal daripada Thailand. Ia nyata memalukan Zahid kerana akhirnya terbukti kemudiannya mereka yang memiliki pasport curi itu adalah warga Iran yang kita semua maklum mempunyai bentuk wajah dan kulit hampir sama dengan orang Eropah.
Di ketika yang lain pula, sementera berpuluh-puluh kapal laut dan kapal terbang sedang dikerahkan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan dan Selat Melaka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob pula dikhabarkan telah mengerahkan lebih 1700 bot nelayan dan lebih 20 ribu nelayan bagi membantu operasi mencari pesawat MH370 ini.
Terlihat bahawa kenyataan ini lebih didorong oleh keghairahan terhadap publisiti semata-mata kerana apalah yang boleh dilakukan oleh bot-bot nelayan yang tiada kelengkapan mencari dan menyelamat itu. Bot nelayan yang tiada kelengkapan mencari dan menyelamat hanya lebih kurang sama dengan kapal selam Scorpene yang tidak digunakan untuk mencari pesawat MH370 kerana tidak dilengkapi kemudahan seperti itu. Apa yang boleh dilakukan oleh nelayan hanya menyampaikan maklumat sambil mereka menangkap ikan. Tidak perlu dikerah nelayan untuk berbuat demikian tetapi sekiranya mereka nampak kapal terhempas atau menjunam ke dalam laut, sudah pasti mereka akan memberikan maklumat secara sukarela kepada pihak berkuasa.
Di sisi lain pula, maklumat antara MAS, Jabatan Penerbangan Awam dan polis sering pula bercanggah antara satu sama lain. Dalam isu penumpang membeli tiket tetapi tidak menaiki kapalterbang dan isu pemilik pasport curi, jelas terlihat ada percanggahan memalukan antara jabatan ini.
Jabatan Penerbangan Awam misalnya mengesahkan ada pembeli tiket yang tidak menaiki pesawat tetapi kemudiannya dinafikan oleh MAS dan polis. Pada peringkat awal juga Jabatan Penerbangan Awam mengatakan pemilik pasport curi itu berkulit hitam tetapi akhirnya terbukti merupakan rakyat Iran.
Dalam masa yang sama, rakyat dalam negara tambah keliru dan semak perut apabila pelbagai berita yang tidak disahkan kebenarannya seperti pengakuan nelayan, petani dan orang awam yang mengaku melihat pesawat yang hilang itu, turut dijadikan bahan berita dan dijadikan rujukan.
Bomoh dan pawang yang membawa bubu dan tikar terbang juga terlihat menjalankan upacara peliknya di KLIA sambil mendakwa mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini. Sudahlah kelewatan dan ketidakselaran menyalurkan maklumat merupakan sesuatu yang memalukan negara di mata dunia, kemunculan bomoh ini menambahkan lagi malu yang ada.
Seharusnya dalam menangani bencana besar dan menjadi tumpuan seperti ini, sesuatu kawalan hendaklah diadakan bagi mengelakkan perkara karut-marut ini daripada turut menyibuk sama. Di sinilah sebenarnya mustahaknya nilai-nilai kepimpinan yang berwibawa dalam diri individu yang mengetuai operasi menyelamat ini.
Daripada semua percanggahan, kecelaruan, ketidakcekapan dan kelambatan maklumat dalam krisis MH370 ini, ia secara perlahan-lahan mula menyerlahkan bahawa pasukan pentadbiran Najib lebih banyak dipenuhi oleh individu yang tidak cekap dan kurang upaya. Kebolehan mereka hanyalah membodek, mencium tangan dan menyerang parti-parti pembangkang.
Lagi lambat MH370 ini ditemui, lebih banyak kelemahan yang selama ini tersembunyi akan terdedah kepada umum. Kritikan antarabangsa juga akan meningkat. Selain pasukan penyelamat Vietnam yang sudah menggantung operasinya kerana masih menunggu jawapan sejak dua hari lalu tetapi masih tiada jawapan mengenai lokasi sebenar pesawat itu dipercayai hilang, pasukan daripada China juga dilaporkan sudah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Malaysia berikutan usaha pencarian selama ini seolah-olah tidak berfokus.
Pasukan penyelamat Thailand juga dilaporkan mengambil tindakan yang sama dengan Vietnam sehingga mereka benar-benar diberikan maklumat yang sahih dimanakah pesawat itu kali terakhir dilaporkan hilang oleh pihak kerajaan kita.
Najib yang baru terselamat daripada tekanan dalam negeri berikutan kejayaan menghalang Anwar Ibrahim daripada bertanding di Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, kini diburu tekanan yang tidak diduga berikutan kehilangan pesawat MH370 ini. Tekanan terhadap keupayaan kerajaan yang sedang dipimpinnya kini mulai datang daripada banyak penjuru di dalam dan juga luar negara.
Semakin lama kehilangan pesawat ini menjadi misteri antarabangsa, ia dipercayai semakin menggoncang kedudukan Najib. Jika di Jepun atau beberapa negara lain, kejadian seperti ini pasti menyebabkan ada pemimpinnya yang berani memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, seseorang juga mesti bertanggungjawab atas insiden MH370 ini, apatah lagi jika akhirnya nanti diketahui tragedi kehilangan ini ada kaitan dengan rampasan kapalterbang. (SH 12/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penulisan yang baik dan tepat pada masanya
ReplyDeletesaya pon setuju......
DeleteAmat setuju..
DeleteINFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
Deleteorang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan mbah hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa mbah patok harga yaitu 1,7MILIAR, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan AKI Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari'nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
TAHUN
SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
&PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
2 SISTEM BELI: HARGA 1,7 MILIAR
HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
TLP :
082-310-142-255
(AKI DARMO
anda juga biasa dapatkan angka goib yang akurat tembus 100%dan pasti jebol.
info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU ATAU MEMINTA ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D,
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
DeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Salam Tuan.Inilah nasib rakyat malaysia yang 47% yang masih percaya pada Najib dan sepupunya yang tiada kaliber dan karisma sebagai pemimpin.Lagi mau percayakah pada manusia macam ni.Mereka berdua ingat memimpin negara seperti mengetuai pertubuhan belia 4B kot?Mari kita war-warkan pada rakyat sekalian pemimpin macam ni tak perlu berada atau duduk dalam negara Malaysia. Memalukan umat melayu saja.
ReplyDeleteYea ke cbe bg kau pemimpin apa jd negara nie jadi ek
Deletepenulis yang budiman,tak perlu untuk kita menunding jari serta mencari kesilapan orang.setiap orang ada melakukan kesilapan masing2.encik sendiri mungkin pernah melakukan kesilapan dalam tugasan.senang bercakap dan mengkritik dari melaksankan...
ReplyDeleteanonymous yg budiman....mmg stiap org ada yg melakukan kesilapan...ttp kesilapan yg telah dilakukan oleh mentri2 kanan spt hishamudin, zahid dan beberapa org jabatan kerajaan trsebut td seharusnya x berlaku...kerana mereka tidak berkerja secara sendirian...dah nama lg kementerian @ jabatan...xkn sorg je yg buat keje??...bukankah mereka harus merujuk terdahulu kpd pembantu atau penasihat masing2 sebelum mengeluarkn sebarang kenyataan???tidak perlu pakar politik atau perundangan untuk mengulas ucapan mereka dalam siasatan kes ini....rakyat biasa pun tahu kenyataan mereka itu x profesional...sekadar ulasan yg diucapkn dikedai2 kopi...
DeleteKau cakap senang la. Cuba klu kau yg duduk kat situ. Buat PC. Speaking pun berterabur. Ini la masalah bila kepala otak nak berpolitik sepanjang masa. Otak tak membangun. Kau tu yg gebang je lebih. Langsung tak membantu sedara seugama. Apa teruk sgt ke Hishamuddin, Zahid tu? Klu kau jadi menteri, kau jgn pulak tolong mak bapak adik beradik kau tau. Bole ko buat?
DeleteMenteri hanya memberi arahan sahaja, manakala 1000 pegawai dan pekerja (perkhidmatan awam) yang buat kerja. Bahalul punya khinzir....itu pun tak boleh fikir ke? Itu pasal lah tak cerdik boleh jadi menteri kat negara ini asalkan pandai menipu dan manipulasi isu semasa terhadap rakyat.
DeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
DeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
Fokus kpd mencari bangkai kapalterbang !
ReplyDeleteHal lain cerita kemudian..ada kelemahan dan kekurangan di pihak kerajaan tetapi lebih baik dari 'yang pandai bercakap' !
Pencarian MH 370 tu sedang giat dijalankan oleh pakar-pakar dari pelbagai negara. Mereka mempunyai pelbagai teknologi dan kepakaran. Pak Mat tempe sebelah umah aku pakar tempe je.....boleh ke dia sumbang kepakaran dia?
DeleteBak kata setengah pembahas, bila tang orang, puak UMNO hangpa 36 jam sehari semalam dok bantai. Dengar kata meraya sakan kat dataran ilmu di janda baik bila berjaya kenakan Anwar 5 tahun. Bila kena tang batang hidung sendiri....macam2 songeh plak!
Setuju sangat2
Deletekenapa govmnt malysia tidak wujudkan badan siasatan rasmi untuk siasat insiden ini???bukankan lebih mudah dgn menubuhkn satu badan siasatan rasmi yg dianggotai oleh individu dr kementerian dan jabatan kerajaan yg brtanggungjwb??? siasat dan rumuskn secara bermesyuarat dan melantik seorg jurucakap badan siasatan kpd pihak media setrusnya kpd org awam...bukankah cara ini dapat mengelakkan kekeliruan dalam penyampaian maklumat???
ReplyDeleteSatu persatu kelemahan kepimpinan PM terserlah....inilah org cakap;bila kita buka aib org or fitnah org,Allah akan buka aib atau kelemahan kita...Wallahua'lam....
ReplyDeleteKau blaja skolah kat Israel aku rasa. Sbb itu ckp mcm org tak de otak. Apa kau ingat Pok Nik kau tu bole bagi tiket syurga? Sikit2 aib AI. Yg Pok Nik kata Allah mencarut tak pulak korang kutuk. Siap bela lagi. Teruskan mengutuk DSN kerana skrg pahala kau dah 0. Semua dah pegi kat Najib. Syukur. Rilek Dato. Allah bersama mu.
DeleteAllah memang bersama orang yang benar dan tidak zalim. Ok Ah Jib Gor pastinya Kak Ros dan rakyat yang buta fakta dan buta hati kerana cintakan Utusan Sex dan TV3 seperti Babun Anonmous di atas ini sahaja yang akan bersama mu di neraka Will (untuk manusia Munafik dan jahil).
DeletePelik..klu pembangkang silap smua berebut rebut kritik dan cela..nah skg ni kelemahan pada cara dan mentality yg mentadbit negara ni terbukti huru hara..cuba buang sikap "touch-me-not" jauh jauh..jgn anggap negara ni milik sendiri..susah bila dh diterap dp kecil parti tu kerjaan dan kerajaan tu parti..klu ikhlas berkhidmat utk rakyat dengar dan ambil iktibar dp kritikan walau pedas mcm mana pun..keluar lah dp mentality 3rd world country..ni tidak..siapa xsuka suruh keluar duduk negara lain..akhirnya bila ade krisis mcm ni..tiada yg betul betul pakar..bagi press confrence pun tergagap gagap..no substance at all..apapun truskan doa kita agar penumpang dan crew mh370 selamat
ReplyDeleteinilah ujian Allah ke atas kepimpinan kerajaan yg ada sekarang....mereka baru saje meraikan kemenangan ke atas AI tiba2 datang ujian Allah utk menunjukkan kpd dunia bagaimana ketua pemimpin menyelesaikan masalah bukan hanya domestik tetapi global....cukup besar ujian ini...di sini seluruh masyrkat dunia akan melihat kecekapan serta ketelusan sorg pemimpin yg bernama NAJIB...tidak mustahil sesuatu akan berlaku dlm kepimpinan negara kita nanti...tgk sahaja laaa......
DeleteAndai kata "THE MISTERS MISSING PLANE" ini tidak timbul sudah tentu sehingga kehari ini puak puak umNOngok ini aku percaya akan terus mengungkit kesah lampau DSAI yang juga merupa kan satu incidence misters.
DeleteMungkin ramai yang tak tahu bahawa pada malam tersebut ada "PESTA" merayakan kejayaan mereka menyumbat semula DSAI ke penjara. "PESTA" tersebut berlaku di dataran Ilmu, Janda Baik.
ALLAH maha kaya dengan mengizin kan "THE MISSING PLANE" berlaku. Sehingga kini setelah 6 hari "THE MISSING PLANE" masih belum di ketemui.
kebenaran telah sudah tunjukan allah..insaf lah... dunia hanya sementara........tiada yg lebeh dr Nya.......amin
ReplyDeleteAlhamdulillah! Allah pun dah tunjuk kebenaran sapa dia Anwar Ibrahim kpd kita semua. Syukur! Tiada sapa yg dpt mengatasi kuasa Allah. Terima kasih Saiful Bukhari. Kami terhutang budi kpdmu.Harap kau pun dah insaf! Jgn sokong LG BT dan pertahankan kalimah Allah! Kau bole kan!
DeleteBaca ni plak..
ReplyDeletehttp://megachannelz.blogspot.com/2014/03/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag.html
Tragedi kehilangan pesawat penumpang MAS MH370 adalah malapetaka yang tidak pernah kita fikirkan akan terjadi tapi apa yang kita selalu fikirkan dan menjadi bualan semua rakyat Malaysia dari peringkat orang tua sehingga keperingkat anak kecil adalah kes liwat Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteSetiap hari pemimpin UMNO Baru, media yang mereka kuasai dan pencacainya mempengaruhi minda rakyat dengan mengungkit isu moral kononnya meliwat lebih hina dari makan rasuah. Aib itu dicipta khusus untuk memalukan dan menjahanamkan kerjaya seorang pemimpin berbangsa melayu beragama islam.
Kehendak mereka diluluskan oleh Allah sehingga sebahagian rakyat amat percaya fitnah liwat itu benar-benar berlaku kerana hakim telah menjatuhkan hukaman 5 tahun penjara.
Sekarang dari kes liwat sudah ditukar oleh Allah kepada tragedi pesawat hilang. Pada peringkat awal kejadian, kita lihat ramai penjawat awam dari pelbagai agensi tonjol diri keluarkan kenyataan dihadapan wartawan antarabangsa.
Mereka tak ubah seperti artis popular yang membuat sidang akhbar. Untuk menampakan lebih meriah, mereka adakan siaran secara langsung agar masyarakat boleh mengetahui dengan lebih jelas.
Tapi hasil kenyataan yang dikeluarkan itu, bercelaru. Si A kata kapal terbang hilang diudara, Si B kata, melencung ke kanan. Si C pula berkata, kapal terbang berpatah balik. Kemudian mereka kata, kami tak kata begitu.... timbul pula isu paspot palsu, bagasi, wajah penumpang namun segala-galanya memberi kesimpulan bahawa selama ini pihak Imigeresen, MAS, DCA , Polis tidak ada jalinan kerjasama diantara mereka malah boleh dilihat mereka bersikap ‘aku lebih tahu dari kamu’
Dalam masa yang sama kita diberitahu pula bahawa TUDM, TLDM yang selalu diwar-warkan oleh menteri pertahanan mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih sebenarnya tidak canggih. Banyak peralatan yang dibeli dengan harga berbilion ringgit tidak boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat. Betapa malangnya rakyat Malaysia selalu ditipu oleh perdana menteri dalam mengeluarkan bajet untuk ketenteraan.
Untuk menutup kelemahan dan penipuan mereka selama ini, maka mereka panggil pula bomoh main wayang kulit diairport agar semua orang yang menonton jadi terhibor dan bergembira. Kita tidak halang usaha itu tapi perbuatan bomoh itu seperti membuat lawak jenaka. Kalau usaha itu berjaya ia dianggap sebagai berbaloi malangnya bomoh sendiri berkata “Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,”.
Seluruh dunia memberi tumpuan kehilangan pesawat penumpang MAS MH370 namun dimana kemuliaan moral kerajaan Barisan Nasional menangani tragedi itu ? Tidak ada ! selama ini kerajaan BN hanya sibuk membuat persediaan dalam menguruskan kes lubang taik dimahkamah saja.
Saya juga bersetuju tulisan empunya blog....Semakin lama kehilangan pesawat ini menjadi misteri antarabangsa, ia dipercayai semakin menggoncang kedudukan Najib.
Sekarang rasakan betapa hinanya diri apabila masyarakat dunia tanpa segan silu mencerca dan maki hamun seluruh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib dan dinaungi oleh Mahathir sebagai lemah, bodoh dan lembab.
Sebenarnya kita tidak perlu pertahankan Kalimah Allah tapi kita perlu takut pada KUASA ALLAH.
BN memalukan DS ANWAR IBRAHIM satu malaysia..tapi ALLAH malukan BN 1 Dunia..Malaysia Sedang dilanda Karma...
ReplyDeletemau nangis macai klau kne ayt ni....hahaha
Deletethere is no karma in islam. sedih!
Deletepetunjuk kepada ketidaktelusan dan kawalan berita oleh kerajaan selama ini berasas, ya untuk kepentingan orang atasan tetapi derita kepada mangsa. kenapa berita perlu ditapis sedangkan media sosial bebas membuat kenyataan? 6 hari berlalu..berapa hari lagi diperlukan untuk teks ucapan rasmi PM mengumumkan kesahihan direkacipta? aduhai dunia
ReplyDeletepenulis kalau otak dah kesebelah kiri...gajah depan matamu dia kata lembu....macam penulis ini lah....kalau aku kata ini semua kerja musuh kamu percaya.....?? Sebab kamu tetap nak ganyang Datuk Najib dan menteri Kabinet...What management you re talking about....go and manage debris,waste in Sepang area..then i will see your capablity...proof to me...No need to be a hero here.....Cakap memang mudah lah!!!!!
ReplyDeleteJanganlah emosi sangat.Itu hak dilah.Yang kau nak komplen lebih baik kau buka blog sendiri.Adakah kau ni pandai macam dia?
Deletekehkehkeh...berasap nmpak..sabar la...kita tunggu la keputusannya...#PrayForMH370
DeleteJangan marahkan En Shahbudin ni bro. Dia cari makan. Dalam Umno, lepas team dia tungging di Wangsa Maju, dia dah tak boleh cari makan. Kenalah konar ke kiri pulak...
DeleteMacai umnok memang Bangkok ayun
ReplyDeleteKau lak macai DAP kan! Bravo! Aku cadang kau pi pindah Malaysia. Kau bole tinggal kat Beijing. Sana kau bole hidup bebas. Kau mmg tak kenang jasa mak abah ko yg penat berkorban pd negara. Anak derhaka pd ibubapa serta negara. So bila nak migrate??? Negara aman tanpamu.
DeleteBercakap pandai la..lbh bek bnykn bedoa.
ReplyDeleteItulah msalahnya...brgaduh sesama sendiri..perasaan ego trlalu tebal..mudah durjana US n yahudi masuj campur..pendapat saya,inilah waktunya semua parti dimalaysia bersatu dn jgn menunding jari antara satu sama lain..jgn dek kerana ego negara tergadai..ya Allah,selamatkn negaraku.
ReplyDeletePray for MH 370..
ReplyDeleteSemoga allah akan kebenaran
ReplyDeleteSetiap yang berakal berupaya untuk mengeluarkan pendapat. Penulis dengan pendapatnya, mereka yang memberi komen juga ada pelbagai pendapat tersendiri.
ReplyDeleteAllah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan mereka menanganinya. DSAI diuji dgn hukuman penjara 5tahun,mungkin itulah kemampuannya. Kerajaan Malaysia diuji dgn misteri kehilangan MH370, kualiti udara yg berjerubu, krisis air yg x berkesudahan, dan macam2 lagi, juga mungkin mengikut kemampuannya.
Ternyata ini juga satu 'PENDAPAT'. Dan mungkin juga ada yang ingin berfikir bahawa senario hukuman penjara 5 tahun dan pelbagai ujian adalah sebagai 'balasan' mengikut 'kesalahan' masing2.
Selagi kita hanya bergelar manusia yg mempunyai akal dengan pemikiran yang terbatas, selagi itu kita hanya mampu mengeluarkan pendapat.
Sesungguhnya hanya Allah yang mempunyai jawapan dan penjelasan yang nyata dan hakiki,dan sesungguhnya tiada manusia yang sempurna baiknya dan sempurna jahatnya. Berprasangka dengan tuduhan dan tohmahan hanya akan membawa banyak kemudaratan. Sentiasalah berdoa agar kita diarahkan ke jalan-Nya dan diberikan pedoman sebagai orang yang beriman.
semua berlagak pandai n bagus. poyo semua. klau korang bagus bgla tahu kt mana pesawat 2.semua benda korang nak politik kan. yg bnyk celaru maklumat dr laman sosial la. mcm penyiasat bgus je.ini dah bencana dunia. 13 negara sertai sar ni.pesawat hilang tetiba. x dpt dikesan radar. mcm mans nak cr. kaw besar. x tahu kemana dia pergi. terhempas ke apa ke. so operasi ni susah nak cr
ReplyDeletejika x bleh bantu diam. berdoa utk keselamtan mh370 pun dah ckup bagus. ari2 aku dgr politik.semua benda nak politik kan.mcm jakun politik rakyat malaysia ni
ReplyDeletecuba ke blog adibahashak.blogspot.com berkenaan undang undang berkaitan penumpang mh370 yang hilang
ReplyDeleteIni bukan soal politik. Ini soal keselamatan. Alangkah baiknya siasat semua yang berkaitan. Dari atas hingga ke bawah. Umpama suatu organisasi. Ambil contoh. Kalau duit yang hilang dalam satu company ataupun ade aset aset yang hilang.. Kita takkan siasat pegawai kewangan sahaja. tp kita akan siasat jugak dari atas hingga ke bawah. Ini bukan soal politik. Tapi soal keselamatan.
ReplyDeletebertkk smntra da msa whai mlyu.bla dh trgdai mcm sngpura bru sdar dri.
ReplyDeleteAda org yang masih lagi menunding jari kepada pm. Ketika ini jangan nak pertikaikan parti mana yg bgs. Kalau betul kita semua mendoakan kesejahteraan mh370 kenapa kita nak tundg jari pada orang yang brusaha mencari. Cuba kita suruh orang yang memandai cakap bkn2 tu ,kita suruh dye org handle semua misi pencarian ni amacam ada brann hah.kita tengok pm tak guna ke atau orang yang tak tahu amende tu yang lagi tak guna nauzubillah. Piki dgn otak bkn piki dgn bontot kau. Kalau kau kate allah dah bukakan pekong pm tu. Aku pn bleh ckp yang allah dah bkk kan pekong si anwar al juburi tu dengan seluas luas nye . Satu malaysia dah tau dia wat taik . G negra luar pastu burukkan negara sendiri. Itu baru namanya buka pekong sendiri sedara,buat mcm2 sbb nak twn malaysia nak jadi pm knon parti sndri pon x tentu hala.
ReplyDeletepemimpin malaysia dan cina jgn buat pura2 tak tau pasal mh370 ..sebelum kejadian dan hari pertama pasal mh370 oleh kerana malaysia mahu jaga hubungan diplomatik dengan cina begitu juga dengan cina mau menjaga hati rakyat sendiri kerana ramai rakyat cina penumpang mh370..maka kedua-dua negara ni buat helah masing2..Aussie pula ambil kesempatan..
ReplyDeleteThis Is What You Really Want !!
ReplyDelete>>> CLICK HERE !!<<<