Monday 3 March 2014
Mahathir Dah Mula 'Geli' Dengan Najib
Dalam kritikan terbarunya terhadap pentadbiran Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mempersoalkan pula pemberian tunai BR1M yang dilakukan sejak tiga tahun lalu, sambil mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terus berada dalam khayalan bahawa kaedah itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.
Katanya, kerajaan pernah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat walaupun tanpa BR1M, malah sejak BR1M dilaksanakan serta digembar-gemburkan kesannya dalam meringankan beban kehidupan rakyat, hakikatnya bukan saja sokongan tidak bertambah, malah terdapat ramai yang miskin lagi ketika ini.
Dalam masa yang sama, menurut Mahathir lagi sekiranya jumlah pemberian BR1M ditingkatkan sehingga RM1200 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk 7 juta penerima yang layak, jumlahnya akan meningkat kepada RM8.4 billion dan ini merupakan suatu jumlah yang banyak serta membebankan kewangan negara.
Mahathir juga terasa "geli" dengan hujah Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang berbangga bahawa seramai 17,000 penerima BR1M sebelum ini tetapi mengambil keputusan menolaknya dengan alasan mereka bukan lagi dalam kategori susah dan ini menunjukkan tahap kematangan serta rasa tanggungjawab mereka yang tinggi.
Bagi bekas Perdana Menteri paling lama itu, penolakan mereka terhadap BR1M tidak mencerminkan perasaan atau sentimen mereka yang sebenarnya kerana ia diperlihatkan ketika mereka mengundi, sementara yang lain menolaknya kerana menganggap pemberian tunai itu adalah sejenis rasuah.
Kritikan Mahathir mengenai BR1M ini adalah serangan terbarunya terhadap pentadbiran Najib di mana sebelum ini beliau juga mengkritik hasrat negara mencapai tahap berpendapatan tinggi, kempen pemberian wang dan hadiah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, menyifatkan Najib sebagai lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan eketremis dan beberapa kritikan yang lain lagi.
Mahathir juga seolah-olah bersilih-ganti dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dalam melancarkan serangan terhadap Najib. Daim sudah dua kali secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib sebagai rapuh dan tidak tegas serta membayangkan jika pilihanraya diadakan dalam keadaan sekarang, ia lebih memungkinkan BN menerima kekalahan.
Dengan kekerapan Mahathir dan Daim memuntahkan peluru serangannya secara silih berganti dan semakin pedas terhadap Najib kebelakangan ini, mereka tidak ubah seperti pasukan pelari pecut yang saling bekerjasama, saling membuka ruang dan kemudian melakukan pecutan kemenangan di ketika yang sesuai.
Selama ini, sudah banyak yang mengkritik pemberian tunai BR1M kerana ia bukanlah kaedah yang mampan untuk menolong rakyat. BR1M bukan saja mirip kaedah golongan bangsawan zaman dahulu yang kerap mencampakkan syiling untuk golongan miskin, malah BR1M juga bertentangan dengan DEB kerana ia hanya memberikan "ikan" tetapi tidak membekalkan "pancing" kepada rakyat.
Beberapa kritikan Mahathir dan disusuli dengan Daim terhadap Najib dan kerajaan kebelakangan ini, jelas menunjukkan mereka sudah mulai "geli" dengan cara pentadbiran dan kepimpinan Najib yang terus-terusan lemah, merugikan negara dan tidak menguntungkan rakyat.
Semua kelemahan yang bukan saja berterusan, malah juga bertambah, lebih memungkinkan BN ditimpa kekalahan dan kehilangan kuasa dalam PRU 14 nanti. Tambahan pula dengan langkah PR yang semakin agresif melalui gerakan KajangMove yang seterusnya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tangga ke arah cita-cita menawan Putrajaya, BN dilihat semakin terhimpit dan kehilangan upaya.
Meskipun Najib segera mempertahankan dasar pemberian tunai ini dengan jawapan pantasnya hari ini yang mengatakan BR1M merupakan dasar yang bersasar serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalaman dan membuatkan orangramai segera ke Sogo dan pasar minggu untuk membelanjakan wang pemberian itu, hakikatnya jawapan Najib ini akan membuatkan bermulanya "episod jawab-menjawab" antara beliau dengan Mahathir.
Kecuali jika Mahathir tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, beliau pasti akan memberikan jawapan balas terhadap reaksi Najib itu.
Sebagaimana Pak Lah yang akhirnya kecundang kerana mula jawab-menjawab dengan Mahathir, Najib juga sedang memasuki episod yang bakal memerangkap dirinya kerana tiada sesiapa yang mempunyai skil menjawab dan membalas serangan sehebat Mahathir. Jika pemimpin dunia pun sering kalah dengan hujah-hujah Mahathir, Najib nyata terlalu "junior" untuk bersaing dengannya.
Jika sebelum ini Najib lebih memilih untuk berdiam terhadap semua serangan Mahathir dan Daim, tindakannya sekarang seperti menandakan bermulanya krisis terbuka antara keduanya. Episod yang lebih menarik sedang dinanti-nantikan selepas ini. (SH 03/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya pasti najib takkan kecundang atau tewas dgn serangan mahathir daim..
ReplyDeletemahathir tak boleh samakan abdullah dengan najib kerana sblum najib berada d kdudukkan sekarang najib sdh bersedia dr segenap pnjuru untuk mnangkis serangan mahathir biar najib lambat sdikit mnangkis serangan ini lagipun najib bukanlah
serapuh abdullah..
najib takkan gugur atau tewas kerana dia sdh pun mmbina ketumbukkan dgn mlantik org2nya d posisi yg penting...
Apa ke hal dengan si Mamak Karela ini!!! Bukan kah dulu dia yang beriya iya hendak kan Najib menganti kan tempat si 'MENGANTUK" kerana membatal kan "JAMBATAN BENGKOK" sehingga sanggup menguna kan si "SEMBAB" untuk "MENGAIT" beliau sehingga jatuh terduduk tanpa dapat di sambut oleh si "TINGKAT EMPAT".
ReplyDeleteKini setelah si "NAJIB-TUYYA" sedang enak berlenggang di anjung kuasa nak di jatuh kan pula, mengapa? Ke ada apa apa yang di pinta tidak di tunai kan oleh beliau?. Ada kah kerana BR1M yang tidak di minta di tunai kan oleh si "NAJIB-TUYYA" maka kau meroyan. Agak nya takut kalau kalau "BUSINESS" anak anak kau merudum, Negara tidak cukup wang untuk melakukan "BILL-OUT". Yang RM2 billions dulu tu dah di bayar atau pun belum?
Kalau ingat bahawa yang di lantik dahulu tak boleh di harap, mengapa kau letak jawatan. Sepatut nya kau duduk di kerusi itu sehingga ke nafas yang terakhir, tidak lah nanti kau akan menyalak kesana kemari macam orang "GILA TALAK".
Hentikan lah menyalak si "NAJIB-TUYYA"itu kerana dia memiliki "PENDINDING" yang kebal - si "ROSMAH".
Teruskan lah menyalak, suara tidak di dengari dan bukit pula tak akan runtuh.
najib....najib..... dulu kangkung kini sogo pulak
ReplyDeleteBRIM yang bernilai ratusan juta di Sabah sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, bekakan air bersih, bekalan elektrik, pengairan sawah padi dll yang masih berada pada tahap paling rendah yakni paling teruk di Malaysia. Itu akan lebih memberi manafaat kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup/ekonomi rakyat Malaysia di Sabah.
ReplyDelete52% rakyat malaysia 'geli geleman meloya muntah cirit' pd mahathir serta konco2nya yg tidak pernah punya maruah dn harga diri..kpd menteri2 UBN yg bebal dn dungu tahap cipan dlm mngurus rakyat malaysia...kpd penyokong2 dn macai2 tegar UBN yg sanggup 'dibebalkan' dn 'didungukan' oleh pemimpin dn menteri UBN yg dungu dn bebal tahap cipan...
ReplyDelete