Friday 14 March 2014
Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia
Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, lagi lama misteri kehilangan pesawat MH370 berlarutan, lagi berat tekanan yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Ini kerana seluruh dunia sedang memberi tumpuan tentang bagaimana kerajaan menyelesaikan krisis tersebut yang sudah berlangsung selama hampir seminggu tanpa sebarang petunjuk positif.
Jika di awal bermulanya tragedi ini, kerajaan dipertikai kerana sering memberikan maklumat yang tidak telus dan tidak tepat dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dengan penerbangan dan keselamatan pula saling bercanggah dalam memberi maklumat, keadaan kini bertambah buruk dengan imej Najib mula dipertikai dan diperlekeh di peringkat antarabangsa.
Ketika episod pesawat hilang ini juga, terdedah pelbagai kelemahan kerajaan seperti pintu masuk negara yang mudah dibolosi walau dengan pasport curi, ketiadaan persiapan menghadapi krisis dan lebih buruk lagi ia turut menyerlahkan sikap pimpinan politik dan kerajaan yang turut tidak berwibawa dengan bukan saja memberi maklumat tidak tepat, bercanggah dengan anak buah sendiri serta menempelak kakitangan agensi di bawah kementerian sendiri tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Sementara pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menjalankan tugasnya dan melebarkan lagi lingkungan pencarian, kehadiran seorang bomoh silat yang bernama Ibrahim Mat Zain melakukan upacara ritual di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat yang hilang itu, bukan saja mengundang kritikan dalam negara, bahkan juga melebar sehingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan ritual pertama menggunakan teropong buluh dan bubu manakala ritual kedua pula menggunakan tikar terbang dan buah kelapa serta mendakwa dijemput untuk melakukan ucapaca itu oleh seorang VIP, Najib segera dikritik oleh media Arab sebagai mengamalkan ilmu sihir untuk mencari pesawat yang hilang itu.
Di Barat pula, pengguna media sosialnya melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tiada otak serta memalukan rakyat Malaysia kerana membenarkan upacara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kemajuan manusia itu diadakan sebanyak dua kali di KLIA tanpa sebarang halangan.
Di Parlimen pula, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut menyelar kehadiran bomoh beserta amalan syirik dan berlawanan dengan ajaran agama itu serta menuntut kerajaan menjelaskan, siapakah yang membenarkan dan membayar untuk bomoh tersebut menjalankan kerjanya.
Walaupun beberapa pemimpin kerajaan seperti Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin menafikan penglibatan kerajaan dalam menaja bomoh tersebut tetapi yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana kerajaan yang mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan dan beribu-ribu anggota, tetapi tiada satu pun yang berani menyentuh raja bomoh itu sehingga ini.
Ia seolah-olah ada benarnya pengakuannya sebelum ini bahawa kehadirannya itu adalah atas jemputan seorang VIP yang mempercayai kebolehan dan kemampuan ilmu perbomohannya.
Tindakan raja bomoh ini, jika berdasarkan cemuhan di peringkat antarabangsa dan media Arab, jelas sudah memalu serta mengaibkan Najib dan kerajaan. Najib akan dipandang buruk di peringkat antarabangsa selepas ini dan kehadirannya di mata dunia seolah-olah sudah tercabut wibawanya. Bagaimana Najib mahu berhadapan dengan pemimpin dunia selepas ini?
Dengan media Arab pula menuduh Najib mengamalkan ilmu sihir, bagaimanakah negara mahu berhadapan dengan pemimpin dan masyarakat Teluk itu sedangkan sebelum ini mereka begitu menyanjung amalan dan perkembangan Islam kita.
Tetapi mengapa masih tiada tindakan diambil? Kenapa juga tiada laporan polis dibuat terhadap raja bomoh itu?
Jika dalam isu kangkung misalnya, begitu ramai yang tampil membuat laporan polis terhadap individu tertentu yang dianggap memalukan Perdana Menteri, kenapa pula dalam isu raja bomoh ini semua berdiam diri sedangkan aib yang dilakukannya kepada Najib meluas sehingga ke seluruh dunia?
Kenapa pihak polis dan Jakim tidak menangkap saja raja bomoh itu? Kalau sebelum ini mereka yang terlibat dengan syiah dan anti hadis juga gagal ditangkap, walaupun ada menteri yang bercakap berdegar-degar mengenainya, kegagalan bertindak terhadap raja bomoh yang jelas melakukan perbuatan syirik lagi sesat ini, jelas merupakan satu lagi episod yang memalukan negara.
Dalam hal ini, kerajaan yang dipimpin Najib langsung tidak diyakini untuk bertindak terhadap perkara yang kecil sekali pun tetapi jelas sesatnya kepada masyarakat. Selagi raja bomoh yang bernama Ibrahim Mat Zain ini tidak ditangkap atau tidak diambil tindakan, selagi itulah masyarakat mempercayai bahawa pihak kerajaan di belakangnya sambil negara dan pemimpin kita akan terus ditertawakan oleh dunia. (SH 14/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib dan NAJIS bagai aur dengan tebing. Rosmah sendiri pun sangat fanatik dgn spiritual bomoh ni dan ini diperakui saudara lelaki Rosmah sendiri. Bagi Najib dan UMNO BN, matlamat menghalalkan cara. Sebab itu Najib dan UMNO berterusan bergantung hayat kepada lubang najis Saiful (dulu Azizan) demi kelangsungan kuasa. Jadi apalah nak hairan mainan bomoh kurafat di KLIA berbanding lubang najis Saiful. Ibrahim Mat Zain digelar bomoh VVIP. Siapa dia VVIP tu kalau bukan pembesar pembesar UMNO?. Kematian seorang kuat politik UMNO ditangan bomoh Mona Fandi adalah bukti jelas pemimpin pemimpin UMNO kuat mengamalkan perbuatan kurafat. Dan hari ini ruang yang diberi seluasnya kepada bomoh Ibrahim Mat Zain mengesahkan lagi kaitan Najib serta UMNO BN dengan benda benda setaraf najis.
ReplyDeleteNAJIB DAN NAJIS TIDAK BANYAK BEZANYA, HANYA HURUF "S" yang juga melambangkan dia MATA DUITAN.
umgok kan syaitan so bomoh2 ni dh ibarat isi dn kuku...padan muka najis di malukan ALLAH seluruh dunia....tepuk tangan ramai2
ReplyDeleteseronoknye aku.....drama memalukan umporno ni aku doakan agar berlanjutan berminggu2 atau berbulan2...biar dia rasa mcm mn anwar di malukan
ReplyDeletemalu rasanya nk mengaku rakyat malaysia...kita cuma harapkan nicol dn lee chong wei je mengharumkan nama malaysia.....tapi regim DACING suka kasi taik....malu 7 keturunan
ReplyDeletePenguasa yang bodoh saja yang boleh membenarkan bomoh bodoh VVIP tu buat kerja bodoh secara terbuka begitu. Kalau benar penguasa tu cerdik, kerja bodoh begitu tak akan berlaku di airport. Apakah keluarga PM Najib merestui usaha mahaguru VVIP itu?. SAH sudah perbuatan bomoh ini telah memalukan negara Malaysia dimata dunia. Jika tiada tindakan sewajarnya diambil keatas Ibrahim Mat Zain ni, rakyat kian yakin Najib dan UMNO adalah penggemar bomoh dan mungkin ada kepentingan tertentu. Saranan Khairi agar bomoh ini ditangkap dan didakwa perlu dipertimbangkan. Khairi tidak perlu bimbang dengan ancaman bomoh sombong ini sebagaimana dalam youtube tu. Kami rakyat Malaysia yang rasional dan tidak ingin kesucian agama Islam terjejas oleh orang orang cuba ambil kesempatan dari tragedi MH 370 ini berdiri teguh dibelakang Khairi untuk berhadapan dengan bomoh tersebut dan pengikut pengikut taksubnya.
ReplyDeleteAku yakin Rosmah pasti mempengaruhi Najib agar tidak diambil tindakan keatas geng bomoh DOREMI tu sebab Rosmah sendiri kuat berbomoh bomoh begitu. Tengoklah nanti...kes ni sepi macam tu saja. Yang pasti maruah negara dan Islam telah terjejas dan jadi bahan ketawa dunia. Adakah nanti ada yang dakwa Anwar Ibrahim yg jemput. Tak mustahil kan? UMNO sejak Mahathir sampai hari ni semua serba boleh. Adakah air mani dalam bontot Saiful tu pun masuk kerana magic bomoh sebab tidak berlaku penembusan?. Cuba minta bomoh bantu pakai teropong buluh dan cari dari mana mani mani tu datang dan macam mana ia.masuk.
ReplyDeletePada pandangan saya, 99% rakyat Malaysia dari peringkat sultan hingga keperingkat rakyat biasa amat mempercayai kemampuan bomoh menyelesaikan pelbagai jenis masaalah yang mereka dihadapi. Maka kita tidak perlu berpura-pura tidak mempercayai kewibawaan bomoh.
ReplyDeleteJika ritual menggunakan teropong buluh dan bubu kemudian menggunakan tikar terbang ala filem jenaka klasik 'Do Re Mi' dan buah kelapa, andaikata berjaya menemukan pesawat MAS MH370 yang hilang itu, sudah pasti keadaannya amat ceria.
Dan bomoh itu akan diangkat lebih tinggi dari taraf “Datuk Mahaguru”. Kemungkinan juga kerajaan BN tanpa segan silu akan melantik beliau sebagai Bomoh 1 Malaysia. Dan Najib akan lebih yakin untuk terus berkuasa biarpun tidak dapat sokongan undi popular.
Tapi usaha itu tidak berjaya. Perbuatan menggunakan teropong buluh untuk melihat pesawat yang hilang itu jadi hina kerana merendahkan keupayaan teropong yang diguna pakai oleh semua negara yang datang membantu. Ini telah mendatangkan pelbagai kritikan dan cemohan dari masyarakat antarabangsa.
Dan tiada siapa yang mampu melindungi Najib dan kerajaannya dari penghinaan itu.
Pada pandangan saya adalah lebih baik bomoh itu gagal dalam misinya mencari pesawat yang hilang kerana dalam keadaan dia gagal mencari pesawat yang hilang melalui ritualnya, dia sempat menunjukkan pada kita sikap amarah, angkoh dan bongkaknya sehingga mahu menampar dan saman RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap atas perbuatannya yang dianggap sebagai syirik dan kurafat.
Apakah bomoh itu tidak menjadi lebih bongkak dan besar kepala jika dia berjaya menemukan pesawat yang hilang itu ? ...... kita akan menghadapi malapetaka yang lain pula. Saya berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Rujukan : http://www.youtube.com/watch?v=tAnSmDCSXBc
Bomoh samseng ni boleh hidup kerana kuat kelentong pemimpin UMNO sejak dulu sampai skrg. Cuma Khairi satu satunya yg cerdik dalam parti tu nampak macam mana bomoh ni nak ambil kesempatan dari tragedi MH 370 ni. Dah sah Malaysia diperlekehkan dunia gara gara bomoh perasan lebih ni. Saranan bomoh ni ditangkap dan diadili amat kena tempatnya. Tapi berani ke pemimpin UMNO yg kuat pakai bomoh buat begitu. Dia mengaku rapat dengan Najib dan banyak VVIP UMNO. Sebab tu senang senang dia buat kerjs kurafat yang memalukan 1 Malaysia. Jika tidak ada tindakan diambil keatas bomoh ni, akar umbi UMNO perlu ramai ramai tinggalkan parti kerana sikap tak senonoh bomoh ni yang menjejaskan maruah 1 Malaysia. Jom ramai ramai kita team dengan Khairi utk membenteras geng kurafat ni. Sombong dan bongkak bukan main. Mohon kerajaan hantar dia ni ke Israel tunjuk hebat kat sanam musih sebenar Islam ramai kat sana. Guna kehebatan tu ditempat yang sepatutnya.
ReplyDelete