Monday 31 March 2014
Bersediakah Kita Menerima Seorang Lagi Anak Bekas PM Jadi PM?
Sementara usaha pencarian pesawat MH370 masih buntu walaupun setelah memasuki hari ke 24 dengan pelbagai teori dan kemungkinan mengenai nasib 239 penumpangnya boleh didengar di mana-mana, insiden ini juga seperti dilorongkan untuk menjadi rahmat dan keuntungan kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang dalam masa sama memangku jawatan Menteri Pengangkutan.
Dengan kapasitinya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan yang diberi tugas berhadapan dengan media untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu, keupayaan dan kemampuannya mengendalikan pelbagai asakan media, terutamanya daripada luar negara, segera membangkitkan keyakinan banyak pihak tentang potensinya sebagai bakal PM selepas ini.
Hanya kerana itu,ramai yang mulai melupakan pelbagai kelemahan dan ketidakmampuannnya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam negara ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu yang menyebabkannya nyaris-nyaris kecundang sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2013 lalu.
Juga, hanya kerana kemampuan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan MH370, ramai yang terlupa bahawa ketika pesawat itu didapati berpatah balik daripada laluannya, ia telah pun mula dikesan oleh radar TUDM tetapi tiada tindakan diambil, sama ada untuk memintas, mengejar dan berusaha lebih sedikit untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
Jika jawapan Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Rahim Bakri di Parlimen bahawa TUDM tidak berbuat apa-apa terhadap pesawat yang didapati berpatah balik itu kerana menyangka ianya adalah arahan daripada pusat kawalan udara di Subang sebagai "lawak jenaka yang tidak menggelikan hati" dan sekaligus memalukan negara, janganlah lupa bahawa Menteri Pertahanan ialah Hishammuddin juga.
Kegagalan TUDM bertindak lebih awal terhadap pesawat MH370 yang akhirnya menjadikan usaha pencarian berlarutan sehingga kini, di samping mendatangkan kesan sampingan lain kepada imej negara di di mata dunia, beban pertanggungjawaban utama seharusnya dipikul oleh Menteri Pertahanan.
Namun kerana kekerapannya Hishammuddin muncul dalam sidang akhbar dan disertai dengan kemampuan mengendalikan sidang media itu,imejnya lebih tertonjol sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan berbanding Menteri Pertahanan sedangkan pemangkuan jawatan Menteri Pengangkutan itu hanyalah sementara dan Kementerian Pertahanan juga adalah kementerian kanan yang diberikan kepadanya atas hireaki nombor tiganya dalam UMNO.
Tetapi kelebihan Hishammddin sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan lebih diperkatakan berbanding peranannya sebagai Menteri Pertahanan. Peranan Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dalam kes MH370 ini hanya nampak tertonjol apabila beliau dilaporkan akan melengkapkan sistem pertahanan udara seperti satelit, radar dan lain-lain lagi berikutan kelemahan yang dikesan berikutan insiden ini memperlukan penambahbaikan segera.
Secara berseloroh, beliau berkata, Najib perlu mencari wang untuknya selepas ini bagi memperbaiki kelemahan sistem pertahanan udara yang menjadi perbualan dunia ketika ini.
Selain bakal mendapat dana besar, kelebihan berhadapan dengan media yang mula diperkatakan itu, beliau kini semakin hangat ditonjolkan sebagai bakal PM selepas ini. Hishammuddin bukan saja telah menenggelamkan Muhyiddin yang memegang jawatan TPM tetapi juga semakin meninggalkan pesaingnya yang lain iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal.
Namun demikian, dengan pelbagai masalah dan kelemahan yang dilakar dan dipetakan oleh Najib Razak selama ini, bersediakah kita menerima seorang lagi anak bekas PM menjadi PM?
Hishammuddin mungkin ada kelebihan daripada segi mengendalikan media tetapi aspek itu sebenarnya hanyalah satu aspek daripada berpuluh aspek lain yang diperlukan untuk menjadi PM yang baik bagi negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia ini. Aspek ketegasan, keberanian, adil, jujur, amanah, tidak mementingkan keluarga dan kroni, memberi kemakmuran kepada rakyat dan berbagai lagi adalah lebih penting kerana kualiti-kualiti itulah akhirnya yang akan menentukan kestabilan dalam negara.
Setelah hampir lima tahun negara berperdana-menterikan Najib Razak yang merupakan seorang anak bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, di sebalik segala isu, masalah dan kemelut yang muncul di era pentadbirannya, sebahagian besarnya adalah dikaitkan dengan kedudukannya sebagai anak bangsawan yang lahir di dalam dulang emas dan membesar dengan segala kemewahan.
Keadaan itu menjadikan banyak program pembangunan dan aspek yang kononnya untuk kepentingan rakyat lebih merupakan retorik politik dan tidak menyentuh hati nurani rakyat. Sebagai anak bangsawan yang tidak pernah memahami erti kemiskinan, jauh sekali bermain dengan selut dan lumpur, erti kesusahan dan kemiskinan rakyat itu tidak difahami sepenuhnya oleh beliau.
Lebih malang lagi, perbincangan mengenai kemiskinan itu selalunya diadakan di bilik berhawa dingin, ditemani hiasan kristal dan sambil menikmati jamuan yang enak-enak dan menghisap cerut yang mahal. Lalu, di mana nilai kemiskinan dan kesusahan rakyat di hati pemimpin yang sebegini?
Hishammuddin, walaupun penglibatannya dalam politik melalui berbagai pertandingan dan tidak seperti Najib yang hanya diberi "smart tag" percuma, selain bersepupu dengan Najib, beliau juga adalah bekas PM, Tun Hussein Onn. Kedudukannya sebagai anak bangsawan, lahir di dulang emas, hidup serba mewah, tidak pernah bermain selut dan lumpur adalah tidak kurang membentuk pemikirannya sama seperti Najib juga.
Kelebihan Hishammuddin, sama juga seperti Najib adalah kerana mereka berdua anak kepada bekas PM. Jika bukan kerana berbinkan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, nasib mereka dalam UMNO mungkin berbeza seperti yang dinikmati sekarang.
Terlalu awal sebenarnya untuk menilai kemampuan Hishammuddin sebagai bakal PM hanya berdasarkan kemampuannya mengendalikan media mengenai kehilangan pesawat MH370 ini saja. Selain rekod kepimpinannya selama ini perlu diselak untuk dinilai semula seperti dalam isu Lahad Datu, perhimpunan aman dan sebagainya, cerminan yang telah dipantulkan oleh kepimpinan Najib sebagai anak bekas PM haruslah juga menjadi perkiraan utama.
Sebagaimana selalu disebut dalam masyarakat bahawa anak ulama tidak semestinya menjadi ulama seperti bapanya, anak Tun Razak telah terbukti semakin jauh daripada kualiti dan legasi yang menjadi tinggalan bekas PM kedua itu. Dan Hishammuddin, sebagai seorang lagi anak bekas PM, jika berdasarkan rekod kepimpinannya sebelum ini yang banyak kelemahan dan diragui, senario negara mungkin bergerak ke arah yang lebih buruk jika beliau juga diangkat sebagai PM. (SH 31/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesian pada saudara, hidup dalam api marah dan dendam. Mesti tak bahagiakan ?
ReplyDeleteSentimen pemilek blog mewakili sebahagian besar rakyat meng3nai kepimpinan negara. Inilah suara majoriti rakyat yang memberi 52% undi kepada PR.
DeleteYang kesian sebenarnya segelintir rakyat seperti sdra yang bukan sahaja merelakan diri diguna dan beban dengan pelbagai bebanan oleh pemimpin negara dan pemimpin parti sdra untuk kepentingan mereka dan kaum kerabat mereka.
Yang membuat l3bih kesian ialah sdra dan kumpulan minoriti sdra yang bernaung dibawah UMNO Baru sanggup mengadai masa depan anak dan keturunan semata-mata nak memastikan pemimpin sdra hidup mewah.
Kenkadang sedih juga melihat perangai dan gelagat set3ngah melayu ni.
Setuju dengan Kenyataan saudara Shahbudin, kriteria untuk menjadi PM yang baik harus fahami setiap masalah dinegara yang punyai pelbagai kaum.
ReplyDeleteBlogger ni makin hari makin merepek...
ReplyDeleteKalau nak yang sehati sejiwa masuk blog orang tua Aspan...
DeleteJauh panggang dari api Tuan.
ReplyDeleteSamada hisham berpotensi sebagai pm atau tidak, terletak di tangan ahli umno (itu masalah dan hal ehwal dalaman umno - yg bukan ahli umno - tolong diam)
ReplyDeleteBagi sesetengah ahli umno dan rakyat malaysia yg tidak mahu hisham sebagai pm - sila pastikan bn dan ummo tewas dlm pru akan datang.
Jika mahu peliwat dan yg seangkatan dngnya jadi pm - pastikan pkr menang pru akan datang,
Nak bising lebih buat apa.
peliwat rakyat lagi keji...
DeleteKalau yang hendak ditentukan jawatan PERDANA MENTERI UNTUK PARTI UMNO JE- memanglah orang yang bukan ahli UMNO jangan dok gatai nak masuk campor.
DeleteKalau jawatan PM itu untuk memerintah negara, menggunakan duit dari hasil dan cukai rakyat - ia adalah urusan semua warganegara malaysia.
Kesian 47%!
ReplyDeleteMenjadi Pemimpin mesti berkebolehan. Ini bermakna kita faham bahawa ada kretria atau syarat-syarat nya. Paling afdhal dan di tuntut, menyalin ketokohan Nabi Muhammad. Yang terbaik. Namun manusia punya hati....
ReplyDeleteKepada yang anti hadith, perkara ini begitu meragukan mereka seperti ragu nya hati-hati mereka tentang kewujudan Tuhan dan Kuasa Mutlak NYA.
Dalam konteks ini, Hishamudin bukan tokoh yang boleh di banggakan lagi. Seperti tuan tulis, ketokohan nya masih terselindung dalam tokoh-tokoh sedia ada. Kita tahu personaliti nya 'humble' dan malar dalam apa jua keadaan tetapi dalam kes rumit MH 370, umpama menarik rambut dalam tepung. Keputusan ramai dan cara beliau tangani masaalah berat ini, menyerlahkan cara diplomatik beliau dari kacamata antarabangsa. Begitu juga PM Najib. Tersepit. Negara kita memang di goyang dari luar dan dalam. Mesti terdapat tokoh yang mesti di kambing hitamkan. Ini cara WO. Malaysia memang di hujung tanduk dan kesilapan cara menonjol memungkinkan kuasa besar mendapat ruang 'menjajah' dengan cara adunan yang sudah di olah sebelum ini. Negara kita paling strategik dari segi geopolitik.
Kita boleh menerima siapa sahaja berwibawa yang memimpin tetapi kita mesti tolak kepada kafirun, pemecah ummah, lidah bercabang, berkepentingan diri dan sekeliling nya.
Paling utama agenda mendokong padu survival bangsa Melayu dalam semua aspek kehidupan, Agama Islam dan mempertahankan maruah, harta dan khazanah berserta Negara tercinta ini.
Kemajmukan Malaysia mesti terbentuk dari sudut asimilasasi kaum, budaya dan adab yang berasaskan keMalaysiaan. Bukan berpundak dari negara lain seperti berlaku sekarang. Patetik.
Bijak nya kita, jika kita betul-betul dapat menilai dengan hati yang bersih untuk melihat kebenaran.
Dua hati yang berbeza ialah yang ' berkelimbah' atau yang ' berkalimah'. Maka terserlah lah pemimpin yang kita dambakan !
Urusan kepada Allah SWT jua....
Dulu Mahathir menekan tidak hanya Tengku Abd Rahman tapi juga Hussain Onn yang didesak berundur. Sejarah lama akan berulang jika Hisyamuddin jadi PM. Anak Mahathir, Mukhriz kemungkinan akan ulangi langkah bapanya apatah lagi jika Mahathir masih bernyawa.
ReplyDeleteDari Hisyamuddin, lebih baik Zahid Hamidi. Linkungan keluarga dan kehidupan Hisyamuddin yang agak sosial seperti mana keluarga Mahathir..amat tidak sesuai sebagai PM kerana mereka gagal untuk memahami kehidupan sebenar melayu yang ramai di kampung kampung. Rakyat Malaysia perlu pastikan PM masa depan bukan lagi dikalangan warga bangsawan. Paling baik PM mesti bukan dari UMNO. UMNO BN perlu ditumbangkan utk realisasikan perkara ini
dah tentu lah Hisham bakal jadi PM... jika UMNO terus berkuasa.... senarai2 PN UMNO boleh agak...
ReplyDeleteUntuk memilih PM dan jawatan kebawah kita perlu kembali kepada asasnya. Pertama patuh kepada hukum Allah, tidak mementingkan perihal diri sendiri, Amanah & tanggungjawap dan apabila dah ada kuasa ditangan tidak melupai ia berdiri dibumi Allah dan tidak melebehi ketinggianya dari umat umat lain di sekelilingnya.
ReplyDeleteTak abis lg kluangman ne ngan liwatnya.
ReplyDeleteKe beranak ikut lubang jubo mak dia.
pak dia pun Biasa meliwat kut. Tu pasal mulut busuk
ha ha!
DeleteDatuk Seri Hishammuddin Hussein adalah pemimpin yang membawa badi sial yang sering mendatangkan nasib malang pada rakyat dan negara. Setiap jawatan yang beliau pegang pasti mendatangkan malapetaka.
ReplyDeleteEntah malapetaka apa yang akan muncul apabila beliau diangkat jadi perdana menteri Malaysia.
Bertaubatlah saudaraku. Lihat apa berlaku kepada Nik Aziz sekarang. Buang air kecil menggunakan tiub. Lihat apa jadi pada Haji Hadi, merayu agar tidak didenda. Apa jadi Anwar Ibrahim. Semua ini perlu dikaji dan diteliti...
DeleteAnda yg patut taubat. Mengaitkan kesusahan org untuk kantung najis, dosa besar beb.
DeleteMasya Allah takda orang lain lagikah dlam Malaysia ni!!!!
ReplyDeleteMasa jadi menteri pendidikan dulu datuk hishamudin failed jugak. There's nothing special about him to be crowned as the next pm. Just because his English is good doesn't mean that he is qualified as pm. Tolonglah
ReplyDelete