Saturday 8 March 2014
Akhirnya Anwar Dihalang Daripada Menjadi MB Selangor
Sebagaimana yang diduga oleh kebanyakan orang, Mahkamah Rayuan akhirnya menerima rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Beliau dikemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan mahkamah juga menerima rayuan peguambela Anwar untuk menangguhkan sementara hukuman sehingga proses seterusnya dibawa ke Mahkamah Persekutuan pula.
Selain menerima rayuan untuk menangguhkan hukuman, Mahkamah Rayuan juga bermurah hati dengan membenarkan jaminan sebanyak RM10 ribu boleh dibayar sehingga jam 11 pagi Isnin, 10 Mac. Ini bermakna keputusan mahkamah yang bersidang sehingga jam 7 malam hari ini mengelakkan Anwar daripada dipenjara dan boleh pulang ke rumah serta menjalankan aktiviti politiknya seperti biasa.
Apa yang tidak boleh dilakukannya dengan keputusan mahkamah ini hanyalah daripada menjadi calon pilihanraya kecil Kajang yang penamaan calonnya pada 11 Mac ini. Dengan tidak boleh menjadi calon di Kajang, bermakna Anwar juga tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor sebagaimana yang dirancangnya.
Khalid Ibrahim nampaknya akan terus kekal sebagai Menteri Besar dan Zaid Ibrahim yang berhasrat bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan Khalid juga secara automatik tidak perlu lagi meneruskan hasratnya. Mahkamah Rayuan telah membantu Zaid menjimatkan wangnya kali ini.
Bagaimanapun, oleh kerana sabitan kesalahan ini ditangguhkan sehingga rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang tidak diketahui bila tarikhnya, mungkin dua tahun atau tiga tahun daripada sekarang, keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.
Anwar akan terus menjadi Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa sebarang gangguan, malah sebagaimana yang dijadualkan juga, beliau akan membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong pada Selasa, 11 Mac ini tanpa sebarang gangguan atau berkejar dengan masa.
Beliau hanya tidak boleh mengemukakan kertas pencalonannya sebagai calon PKR di Kajang pada Selasa ini dan seterusnya langkah KajangMove yang dirancang untuk menobatkannya sebagai Menteri Besar Selangor telah pun melanggar tembok. Tembok itu tidak lain dibina melalui keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang tentunya juga dengan penuh kesedaran dan pengetahuan pemegang kuasa di Putrajaya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam posting terdahulu, inilah sebenarnya muslihat mengapa tarikh penamaan calon di Kajang ini begitu lewat ditetapkan tarikhnya oleh SPR.
Dengan ini, terbuktilah apa yang sebenarnya ditakuti ialah jika Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. UMNO dan BN sebenarnya menyedari dengan kedudukan dan jawatan sebagai Menteri Besar akan melancarkan lagi perjalanan Anwar dan PR menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang nanti.
Mahathir tidak menyembunyikan kebimbangannya mengenai langkah Anwar itu. Beliau menyifatkan dengan menjadi Menteri Besar dan berjaya membuktikan kepimpinannya di negeri paling kaya itu, ia akan menjadi tangga yang bakal memudahkan lagi usaha bekas Timbalan Perdana Menteri itu menguasai Putrajaya.
Najib pula, walaupun tidak banyak mengomel mengenai langkah Anwar ini, tetapi kebimbangannya dapat difahami berdasarkan sambutan rakyat terhadap perkara ini. Lebih-lebih lagi, mereka dalam UMNO amat faham kebijaksanaan Anwar membina pengaruh dan meningkatkan sokongan jika mempunyai jawatan dalam kerajaan. Lihat saja bagaimana sejarahnya dalam UMNO, dengan jawatan Menteri Kewangannya dulu beliau mampu merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 meskipun ketika itu Tun Ghafar dilindungi oleh kouta pencalonan, undi bonus serta kelebihan sebagai penyandang jawatan.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang dimulai dengan tarikh penamaan calon dilewatkan, penetapan tarikh bicara yang tergesa-gesa dengan meminta peguambela Karpal Singh meluangkan masa antara 7 hingga 10 Mac, kesediaan mahkamah bersidang sehingga waktu maghrib dan kemudian bersikap baik hati dengan membenarkan wang jaminan dibayar sehingga jam 11 pagi hari Isnin, jelas dan tidak lain adalah semata-mata untuk menghalang Anwar daripada menjadi ADUN Kajang dan seterusnya Menteri Besar Selangor.
Hanya itu matlamat dan tujuannya. Tiada yang lain. Noktah. Menang atau kalah di Kajang tidak lagi penting bagi Najib dan BN. Berapa undi yang bakal diperolehi oleh calon BN, Chew Mei Fun turut tidak penting. Siapa calon PKR yang bakal menggantikan Anwar juga tidak lagi mustahak kepada Najib dan BN. Dengan dapat menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar, Najib dan BN sekurang-kurangnya dapat bernafas lega dalam tempoh tiga atau empat tahun sebelum tibanya PRU 14.
Itulah yang penting dari segala yang penting dan malam ini Najib mungkin menikmati tidur malamnya yang paling lena.
Dengan keputusan ini juga, Najib mempunyai jalan untuk memulihkan semula hubungannya dengan Mahathir dan Daim yang semakin kerap mengkritiknya sejak kebelakangan ini. Dan sekiranya dengan langkah menghukum Anwar ini tidak juga berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya, malah mungkin membuatkan rakyat lebih kuat bangkit untuk melakukan perubahan, sekurang-kurangnya tempoh yang masih panjang sebelum PRU 14 sambil Anwar dinafikan daripada berpaut dengan kuasa, boleh digunakan untuk memikir helah serta perancangan lain pula.
Dalam jangka pendek dan sederhana, Najib dan BN memang terlihat selamat dengan keputusan mahkamah ini tetapi ia bukanlah jaminan mutlak untuk membolehkan BN berkuasa selama-lamanya. Manusia merancang, Tuhan pun merancang tetapi perancangan Tuhanlah yang akhirnya menang. (SH 08/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..lain kali liwat aje rafizi atau azmin.. kan selamat dunia akhirat.. tapi aljuburi dah jemu with those 2 assholes.. nak yg muda.. so tanggung la akibatnya.. masa trial dulu ngapa tak panggil semua saksi?.. kecik2 tak mau mampos dah besau nak meliwat & menipu aje kerja dia.. mana bisa..
ReplyDeleteApakah anda Pencacai lubang taik ?
DeleteConfirmed and undisputed, lagi mau tanya ka..
DeleteTak panggil saksi?
DeleteHoi bodoh! Doktor pertama yang memeriksa sayfull ialah doktor hospital puswari, bukan doktor HKL, dan doktor itu sudah mengesahkan tiada tembusan liwat.
Dialah doktor yg pertama memeriksa sayfull.
Peguambela DSAI meminta doktor itu dipanggil tapi hakim menolaknya..
Bodoh punya macai!
Mu di betul2 babi. Agaknya mu rela dan sanggup kalau bini dan anak mu di liwat oleh pemimpin2 UMNOGOK yang terkenal dengan kerakusan nafsu sex mereka.
DeletePada hemah saya lah, anwar tak kan dapat jadi mb pun. Kan Khalid dah kata "No!".
ReplyDeleteSaya lihat lebih baik PKR julang Khalid (yg di kata rafizi bodoh politik) sbg pemimpin. Tengok akhir2 ni Khalid yg outsmart depa semua.
Anyway, generasi saya kata Anwar is sooo yesterday.
kalau mereka fikir dengan memenjarakan Anwar satu keuntungan politik, mereka silap;
ReplyDeleteMusuh-musuh Anwar berpesta sakan malam ini
Mmg yg bodoh tu rafizi. Pengarah strategik konon... dah malu kang ni.. diam je
ReplyDeleteOrang yang mengatakan orang lain bodoh,adalah sebenarnya dia sendiri yang bodoh.
DeleteKan da kena
DeleteSatu lagi episod hitam dimana mahkamah dan sistem kehakiman dimanipulasi sesuka hati oleh sekelompok individu yang tamak haloba yang kini dipuncak kekuasaan. Tidak dapat dinafikan bahawa orang yang bertanggungjawab merintis dan merogol sistem perundangan negara ini ialah Mahathir Mohamad, seorang keturunsn imigran berdarah kitol mandeliar. Sejarah keruntuhan kerajaan Melayu lama nampaknya berulang dimana pemimpin Melayu dan kaum Melayu sendiri mudah diperbodohkan oleh spesis mandeliar ini. Sumbangan spesis mandeliar dalam kes Anwar dimahkamsh yang terbaru ini bukanlah kecil gara gara peranan mandeliar yang diberi peranan sebagai pendakwa untuk mematikan seorang pemimpin Melayu berwibawa. Episod malang ini hakikatnya berdalangkan sekelompok kecil saja Melayu yang dikuasai Mandeliar yang sehingga hari ini telah menguasai bahagian terbesar kekayaan ekononomi negara. Mereka inilah yang menggerakkan Malaysia secara autopilot. Semua PM selepas era mandeliar bernama Mahathir Mohamad hanyalah patung wayang kulit dimana tari dan gerak mereka ditentukan oleh sidalang berdarah kitol ini. Keresahan kelompok haloba ini tidak pernah sepi selagi Anwar Ibrahim tidak disumbat ke jerejak besi apa tah lagi bila sosok Melayu berjiwa rakyat ini dilihat mereka kian kuat dan diterima majoriti warga Malaysia. Apa yang berlaku kepada bekas PM Abdullah cuma hanya kerana cuba menegakkan kebenaran dengan membebaskan Anwar dan ini adalah dosa maha besar Abdullah kepada mandeliar Mahathir ini. Malah PM Najib akan terus didesak dan diserang golongan ini selagi Najib tidak berupaya memastikan Anwar ker jerejak besi. Inilah antara sebab kenapa Daim yang banyak menelan jasa mandeliar Mahathir mula bersuara setiap kali Anwar mengorak langkah kehadapan.
ReplyDeleteYakinlah wahai rakyat Malaysia. Selagi "remote control" ditangan kelompok haloba ini tidak dirampas, kekayaan Malaysia akan terus menjadi milik keturunan mereka ini umpama tanah pusaka. Undang undang dan sistem kehakiman akan terus dirogol tanpa henti selagi ada Melayu sebenar yang berjiwa rakyat cuba menongkah dan menghalang niat mereka. Percayalah selagi kelompok ini yang mempunyai kekayaan luar biasa diizinkan terus menguasai politik negara, Malaysia tidak mungkin memiliki sebuah sistem pentadbiran yang adil dan saksama. Tidak akan wujud peluang yang samarata dan kekayaan negara akan selamanya dikuasai kumpulan ini.
Sampai ketikanya untuk seluruh rakyat Malaysia bangun dan melawan ketidakadilan ini dengsn memastikan mereka mereka yang tamak ini yang bermukim dalam UMNO BN dihumban ke tempat sewajarnya. Tekanan dari kelompok ini ke atas PM Najib adalah penyebab kenapa Anwar dipastikan bersalah dalam drama liwat II terbaru ini. Perhati dan analisa dengan teliti perjalanan kes ini dimahkamah dan bandingkan dengan kes kes lain yang serupa yangvtidak melibatkan Anwar. Jelas keputusan kehakiman amat berbeza. Kerana apa?. Tidak lain tidak bukan kerana Anwar cuba menegakkan kebenaran demi rakyat dan ini yang tidak digemari kelompok haloba ini. Jika keadilan berjaya ditegakkan, natijahnya kelompok ini amat menyedarinya kerana mereka tahu dosa apa yang telah mereka lakukan. Selamanya mereka ini hidup diburu dosa dan dalam ketakutan setiap kali mereka melihat keadilan kian hampir mengambil tempat.
Satu soalan saya kepada penyokong tegar UMNO BN dan kumpulan kokok yang sewaktu dengannya. Jika anda ditempat isteri dan anak anak Anwar, adakah anda bahagia melihat apa yang berlaku keatas suami atau ayah anda seperti mana yang sedang berlaku keatas Anwar?. Jika anda benar bahagia dan rela amggota keluarga anda diperlakukan sedemikian rupa, maruah anda sebenarnya setaraf dengan binatang kalaun pun tidak setaraf khinzir. Menjual maruah semata mata untuk kesenangan dan kepentingan diri dan keluarga tak ubah bagai pelacur yang melacur untuk kesenangan cara mudah.
Fikirkanlah dimana letaknya maruah anda. Mahu terus menyokong kezaliman atau menegakkan kebenaran? Anda sendiri yang tentukan.
Dok sibuk nak suruh orang bayangkan kalau berada di tempat anak isteri Anwar...
DeletePernah kau bayangkan orang-orang yang Anwar jadi mangsa permainan politik kotor Anwar masa dia dalam UMNO dan berkuasa dulu. Dari zaman Datuk Suhaimi Kamaruddin, siapa pintas jalan dia, habis dicantas...
Zalim? Bila keputusan mahkamah memihak pada Anwar, tak pula kau orang kata macam tu...Tapi bila sebaliknya, kau orang melompat-lompat. Yalah, bila Allah dah tutup pintu hati, tak boleh nak beza antara yang betul dan yang tidak, apa nak heran. Sebab tu orang yang ada rekod berbohong berkali-kali macam Anwar pun disokong juga...
Anin 22.44 oii !
DeleteAnwar zalim saper dulu. Dah budaya UMNO macam tu. Soal tendang menendang dalam UMNO memang dah budaya sejak Mahathir lagi. Nak salah Anwar pasai apa?. Kalau Anwar tak bagus, tak mungkin dia dapat sokongan ramai. Ada ka Anwar letup orang dengan C4?. Ada ka Anwar rogol sistem perundangan dan mahkamah?.
Bila aku kata hang bodoh..nanti marah pulak.Keputusan mahkamah tu memang dah dirancang macam tu agar orang tak nampak sangat mahkamah ni senget sebelah. Fakta dan cara kendalian kes tu sumbang sangat dan tak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman di Malaysia sebelumnya melainkan ia berlaku kepada Anwar. Patut laa hang ni jadi pak turut pemimpin atasan UMNO saja sebab depa lebih bijak dari hang. Cara depa memanipulasi keputusan mahkamah dan buat orang2 macam hang ni percaya sangat sangat.
Pernah hang tanya pasai apa Sirul dan Hazilah yang juga pengiring Najib boleh bunuh Altantuya?. Pernah hang tanya macam mama malaun dua orang ni kenal Altantuya?. Otak hang singkat laa kawan oii. Macam ni punya kes , terang lagi jelas hang tak boleh fikir. Patut laa jadi pak angguk dan penyokong kuat UMNO BN. Mahathir pun dah kata..penyokong BN tinggal yang bodoh bodoh saja. Tak percaya...hang pi tanya Mahathir.
Telah ditakdirkan nak buat camna, Dulu Anwar pernah dinasehatkan supaya tidak mengambil Saipol sebagai pembantunya kerana jaringan hubungan beliau dengan pihak musuh amat ketara. Tapi Anwar berkeras maukannya. Selepas itu sejarah!
ReplyDeleteTUAN SHAHBUDIN MACAM TU LAH ALLAH MENENTUKANNYA KITA BUKAN BOLEH BUAT APA-APA. TELAH DITULIS OLEH ALLAH SEBELUM DILAHIR TELAH DITULIS NAK BUAT MACAM MANA. BILA KENA HUKUM PENJARA MANUSIA JAHAT KALAU TAK KENA HUKUM ALLAH YANG MAHA KUASA YANG TOLONG. YANG MANA SATU YANG BETUL.
ReplyDeleteKerajaan UMNO BN terang terang telah mempermain dan memperalatkan undang undang dan mahkamah sesuka hati. Bukan sekali, bukan dia atau tiga kali. Banyak perjalanan kes di mahkamah amat meragukan terutamanya jika ia berkait dengan pimpinan dan parti UMNO BN itu sendiri. Nampaknya rakyat Malaysia perlu alternatif lain selain pilihanraya kerana tidak ada tanda tanda kerajaan UMNO BN ini merasa bersalah kerana merperkosa mahkamah dan kesucian undang undang bermula era Mahathir dulu sampailah kini sekali pun rakyat telah memberi signal penolakan melalui GE13 lepas. Barangkali gerakan secara gerila diperlukan bagi memburu kumpulan pengkhianat ini secara lebih fokus. Mereka mereka ini WAJIB dinyahkan dari bumi Malaysia hatta dengan apa cara sekali pun selagi ianya tidak menyalahi tuntutan agama Islam. Persetankan dengan undang undang berat sebelah ciptaan manusia yang tidak mampu menegskkan kebenaran di Malaysia hari ini.
ReplyDeletePeluang Anwar ke putra jaya melalui PRU ke-14 juga agaknya tidak kesampaian....rayuan ke mahkamah persekutuan mungkin 2 atau tiga tahun lagi dilewatkan....dan keputusannya tetap sama penjara 5 tahun. Maka terlepaslah anwar untuk bertanding dalam PRU ke-14 dan ke putra jaya...Cubalah simpan telahan ini...mungkin 10001% betul.
ReplyDeleteKalau mahu lihat Malaysia makmur dan harmoni ...kekayaan negara digunakan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat....nasib rakyat terbela....perlu berani membuat perubahan dlm pru 14 nanti...peristiwa 7 mac telah mengajar saya betapa politik terlalu kotor untuk memastikan kuasa dapat dipertahankan....ingat Allah maha kuasa... Allah tidak tidur walaupun najib lena tidur...!!!!
ReplyDeleteKita orang makmur aje pun, harmoni aje pun...rahsianya? Kita orang buat kerja dan bersyukur dengan rezeki yang Allah Taala berikan. Kita orang tak buang masa melayan politik dendam kesumat dan mabuk kuasa yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim. Yang lebih penting, kita orang merasa hidup lebih aman kerana tak menjadi pak turut pada pemimpin yang hidup dalam lakonan dan penipuan macam dia.
Deletekita minta anwar bersumpah. kan dia di pihak yang benar. dulu senang-senang saja bersumpah. lepas tu kita baru kita berdemo hari-hari. tajuk di atas adalah fitnah. kes rayuan berlaku lebih awal lagi. tapi nak heran apa, fitnah dah memang makanan.
ReplyDeleteCakap hang mudah laa sebab mak bapak hang tak kena macam tu.HArmoni kepala bapak apa kalau hidup senang tapi biar orang lain teraniaya. Lebih baik jadi binatang jer laa oiii. kaum sebangsa dan seagama dianiaya, hang cuma nak lihat saja. Agama ajar hang macam tu ka?. Ajaran mak bapak hang macam ni ka?. Agaknya kalau anggota keluarag hang kena macam tu atau diletup macam Altantuya dan tak dapat pembelaan, hang seronok ka?. Cakap biar pakai akal la oiii.
ReplyDeleteYang pak turut tu hang laa. Tukang angguk spesis balam. Meh orang letup adik hang dengan C4, hang nak senyum dan tak berdendam?. Dayus laa oii.
Salam semua,
ReplyDeleteSaya dan keluarga adalah kalangan yang hidup serba mencukupi dengan limpah kurnia yang Allah bagi. Tapi hati saya tidak tenang dan tenteram selagi keadilan tidak ditegakkan di Malaysia. Cara Dato Anwar Ibrahim diperlakukan sangat melampau dan Islam tidak membenarkan ini berlaku. Jadi janganlah bongkak dan lupa diri bila kesenangan telah kita kecapi sedangkan ada sesama Islam dkalangan kita dianiaya serta diperlakukan bagaikan binatang. Saya dan keluarga mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada Dato Anwar mahu pun keluarganya. Saya yakin sebagai seorang Islam yang taat kepada perintah Allah..sudah pastinya jiwa mereka tidak akan tenteram melihat apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Keadilan yang diharapkan dari mahkamah dan perundangan sedia ada di Malaysia kini semakin tipis gara gara sekumpulan pemimpin tamak haloba. Tapi yakinilah...sejarah membuktikan kebenaran akhirnya akan tertegak juga dan mereka yang menzalimi sesama manusia akan terima akibahnya, jika tidak di dunia, diakhirat jua balasannya. Itu janji Allah dan bukan seorang Islam lah kita jika tidak mempercayai janji janji Allah.
Mereka mereka yang selesa hidup, kaya raya dan bahagia, ingatlah. Kebahagiaan dan kemewahan anda tidak akan memberi apa arti sekiranya anda membiarkan saja kezaliman berlaku didepan mata.
sokong 200%
ReplyDelete