Friday 4 October 2013

Nama Najib Dijaja Lagi Dalam Pemilihan UMNO Wangsa Maju


Menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober depan, antara bahagian yang dijangka menyaksikan pertandingan sengit ialah di bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. Bekas Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan, Shafie Abdullah kali ini akan ditentang oleh bekas Pemangku Ketua UMNO bahagian itu, Zainal Nazeri Zainuddin.

Dalam pemilihan 2008 lalu, Zainal Nazeri terpaksa mengundurkan diri kerana diasak terlalu kuat oleh Shafie yang ketika itu masih berjawatan Setiausaha Politik kepada Najib. Beliau bukan saja seringkali membawa Najib datang ke bahagian Wangsa Maju untuk menggambarkan hubungan rapatnya dengan Perdana Menteri, bahkan bibirnya juga ketika itu sentiasa basah dengan sebutan nama Najib.

Dia suatu peringkat juga, Shafie telah membawa Zainal Nazeri bertemu dengan Najib di Kementerian Kewangan untuk memaksanya tidak meneruskan hasrat bertanding dan memberi laluan kepada Shafie memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian secara percuma.

Di hadapan Najib, Zainal akhirnya terpaksa akur untuk memberi laluan kepada Shafie demi UMNO dan juga kerana menghormati kedudukan Najib ketika itu.

Setelah menjadi Ketua bahagian dan kemudian diberi peluang menjadi calon dalam pilihanraya umum lalu, Shafie bagaimanapun telah gagal menjadi pemimpin yang inklusif kepada penduduk Wangsa Maju berikutan sikapnya yang pilih bulu dan pendendam. Beliau bukan saja gagal menyatupadukan UMNO, bahkan bermusuh teruk dengan MCA sehinggalah sekarang.

Ini menjadikan beliau kalah kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti 5511 undi berbanding kekalahan calon BN dalam pilihanraya 2008 yang hanya 150 undi sahaja.

Berdasarkan kegagalan itu, wujud keperluan di kalangan ahli UMNO Wangsa Maju untuk menukar kepimpinan Shafie atas keyakinan bahawa sikap pilih bulu dan pendendam yang diamalkannya itu tidak akan mampu membawa cahaya kejayaan kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya ke 14 akan datang.

Apatah lagi, dalam masa yang sama juga, beliau turut tidak disambung khidmatnya sebagai Setiausaha Politik Najib dan jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan yang kini dibawah pimpinan Tengku Adnan Tengku Mansor juga sudah digantikan dengan orang lain.

Ini memberi gambaran bahawa di mata Najib dan UMNO Wilayah Persekutuan, Shafie bukanlah lagi watak penting dan dialu-alukan kehadirannya.

Adalah dipercayai, antara sebab khidmatnya sebagai Setiausaha Politik tidak disambung ialah kerana rasa kecewa Najib dengan kekalahan BN di Wangsa Maju dalam pilihanraya lalu dengan majoriti yang lebih besar sedangkan sebelum itu Najib begitu diyakinkan akan kemampuan dan peluang cerah untuk memenangi kawasan itu.

Kekalahan dengan majoriti yang jauh lebih besar itu membuatkan Najib seakan-akan ditipu dan dipermainkan oleh Setiausaha Politiknya sendiri.

Namun, dalam usaha mempertahankan jawatannya kali ini, walaupun tidak lagi berjawatan Setiausaha Politik dan tidak juga berupaya lagi membawa Najib menjejakkan kakinya ke Wangsa Maju sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Shafie tetap menjaja dan menjual nama Najib untuk memastikannya terus kekal sebagai Ketua Bahagian.

Dalam majlis taklimat kepada ketua-ketua cawangan berkaitan prosedur pemilihan yang diadakan baru-baru ini, tanpa rasa segan, Shafie menyebut bahawa beliau masih lagi menjadi orang keperluan dan berada dalam "inner circle" Najib sehinggalah sekarang walaupun tidak lagi berjawatan Setiausaha Politik.

Sambil itu, beliau merayu kedudukannya agar dikekalkan lagi. Dalam masa yang sama, Shafie juga didapati turut menjaja nama Najib dalam beberapa perjumpaan dan perbualan dengan ketua-ketua cawangan untuk meyakinkan mereka agar terus mengekalkannya sebagai Ketua Bahagian sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Sementara pimpinan UMNO Pusat seringkali mengingatkan pemimpinnya di semua peringkat agar bertanding secara bersih dan menggunakan kekuatan diri sendiri, sebaliknya di Wangsa Maju penggunaan nama Najib didapati terus berleluasa dan menjadi-jadi. Lebih malang lagi, penggunaan nama Najib dilakukan pula oleh individu yang dilihat tidak lagi penting dan pernah mengecewakan Najib sebelum ini.

Walaupun diketahui beliau tidak penting lagi dalam perjalanan politik Najib tetapi jika tidak dibendung dan disekat, penyalahgunaan nama Perdana Menteri, dipercayai amalan itu akan terus berleluasa dan mungkin merebak kepada perkara-perkara yang lebih serius lagi.

Oleh itu, adalah penting bagi UMNO Pusat atau Jawatankuasa Pemilihan memantau dan menyiasat perkara ini. (SH 04/10/2013)

3 comments:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hello Everybody,
    My name is Mrs.Irene Query. I live in Philippines and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $150,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of$150,000.00 US. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs.Irene Query, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  3. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...