Sunday 6 October 2013
Kenapa Zahid Hamidi Terlalu Emosional?
Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya.
Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.
Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan.
Sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu peranan media menyebarkan maklumat kepada orangramai, tindakan Zahid dilihat agak keterlaluan dan tidak matang. Kalau pun beliau ingin menunjukkan ketegasan dan keberanian serta tidak mahu dibayangi Menteri Dalam Negeri terdahulu yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tentulah bukan begitu caranya.
Media mempunyai peranannya yang tersendiri kepada masyarakat dan mereka seharusnya dilayan dengan baik dan sopan. Anggap saja kehadiran mereka sebagai tetamu. Jika tidak, maklumkan daripada awal bahawa sidang akhbarnya itu hanya untuk media tertentu saja dan selainnya diminta meninggalkan majlis dengan baik.
Jika laporan portal berita berkenaan didakwa sering memutar-belit kenyataan dan memberi laporan tidak tepat, Zahid bukan saja boleh membetulkannya, bahkan boleh saja mengambil tindakan mahkamah dan menuntut gantirugi sebagaimana sebuah akhbar arus perdana yang sering disaman dan terpaksa membayar banyak gantirugi kerana laporannya yang salah dan tidak tepat.
Namun, portal berita yang didakwa Zahid sering memutar-belit kenyataan itu, tidak pula kedengaran pernah disaman oleh mana-mana pihak sebelum ini.
Dalam majlis lain di Melaka hari ini pula, kerana menyedari ucapannya di majlis tertutup turut dihadiri wartawan, beliau turut melontarkan amaran agar tidak menyiarkan ucapannya berhubung isu keselamatan atau berhadapan dengan kemungkinan syarikat akhbar yang berbuat demikian ditutup.
Ramai juga pemimpin lain yang mengadakab majlis tertutup, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan tidak mahu maklumat dalam majlis itu disiarkan tetapi tidak pernah pula ada yang sampai memberi amaran mahu menutup akhbar yang menyiarkannya. Biasanya permintaan dibuat dengan baik supaya akhbar tidak menyiarkannya dan memaklumkan ianya adalah perjumpaan tertutup. Dan media tiada masalah untuk mematuhinya.
Apa perlunya sampai mahu menunjuk-nunjuk kuasa menutup syarikat akhbar?
Zahid adalah antara pemimpin yang dirasakan mempunyai masa depan yang cerah. Dalam pemilihan 19 Oktober ini, beliau dijangka tiada masalah mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya. Sesetengah penyokong meramalkan beliau bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ada juga yang meramalkan bakal Perdana Menteri suatu hari nanti. Tidak ada salahnya bagi penyokongnya meramalkan demikian, bahkan tidak ada salahnya juga jika Zahid turut menyimpan cita-cita sedemikian.
Tetapi untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi, Zahid juga perlulah menunjukkan wataknya yang sesuai. Lihat sahaja Najib, Muhyiddin atau Mahathir misalnya, walaupun mereka juga dikririk teruk oleh media namun tidak pernah sesekali mereka menunjukkan sikap emosional yang berlebih-lebihan. Semua pemimpin berkenaan menghadapi media, sama ada yang menyokong atau yang kerap mengkritik, dengan cara yang matang, berhemah dan penuh budi bahasa.
Kalaulah mahu dibandingkan dengan Menteri-Menteri Dalam Negeri terdahulu yang sering dianggap mempunyai wibawa dan ketegasan tersendiri seperti Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie atau Musa Hitam, mereka juga tidak pernah sama sekali menunjukkan sikap yang keterlaluan dalam menangani karenah media.
Sebagai pemimpin, seseorang itu perlulah menunjukkan sikap yang berbeza dengan orang kebanyakan yang mudah emosional, marah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya kematangan dan kedewasaan dalam menangani situasi sukar itulah yang membezakan seseorang pemimpin itu itu dengan rakyat yang dipimpinnya.
Banyak lagi luahan sikap yang tidak sewajarnya dipamerkan Zahid sejak menjadi Menteri Dalam Negeri ini. Jika dulu rakyat resah dengan menterinya yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tetapi sekarang ini rakyat turut resah kerana Zahid seolah-olah menteri yang terlebih amaran dan tidak sabar-sabar mahu menggunakan kuasa yang ada padanya.
Meskipun ramai yang memahami perlakuan Zahid ini lebih untuk memancing perhatian perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti 19 Oktober ini, namun berpada-padalah. Tindakan yang berlebih-lebihan atau "over do" boleh juga memakan dirinya sendiri.
Terutama ketika berhadapan dengan media dan jika ingin terus menyimpan cita-cita sebagai penimpin masa depan, sikap emosional itu hendaklah ditangani dengan baik. Jika tidak, cita-cita itu hanya tinggal angan-angan saja. (SH 06/10/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zahid pon manusia juga ,serupa macam Anuar apabila didesak , "you ulang I saman you ".
ReplyDeleteanuar lain..yg ulang tu membelit-belit berita dia
DeleteZahid telah melampau! Menteri tidak ada kuasa mengancam mana-mana pihak. Jika salah polis yang akan mengambil tindakan. Jika mengambil tindakan berasas peribadi, itu dikenali sebagai salahguna kuasa. Abuse of power! Seorang yang melakukan semacam itu walaupun dia timbalan pernah menteri seketika dulu boleh dihadapkan ke makhamah!
ReplyDeleteHello Tebing Tinggi: Anwar di tuduh berulang kali pada perkara sama, berulang ulang dan semua orang sudah muak mendengar nya, dah lah perkara yang tidak betul lagi di tanya berulang kali bila di saman memanjang jer pemfitnah kalah tapi buat lagi fitnah dan lagi dan lagi... yang kes Zahid pula, kenapa tidak menjawab perkara yang memang berlaku? Kenapa mengelak untuk menjawabnya? Ada beza soalan untuk Anwar dan Zahid.
ReplyDeletesyabas!!!!!!!!mlysia akan jd spt mesir.dpt mentri gila babi nk bunuh rkyt..thniah al sisi laknat mlysia
ReplyDeleteini satu hal lg,, mak sibuk dgn pemilihan MT, tp anak sibuk nak menipu org..apekejadah?
ReplyDelete''dengar anak kepada calon ni, mempunyai 2 lagi rakan perniagaan dan salah seorangnya pula merupakan calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala juga tak mahu nak sebut siapa tapi calon EXCO Pemuda ni dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur''..
''Pelabur akan memegang syer sebanyak 50 peratus, anak kepada calon dan calon EXCO Pemuda tadi masing masing 5 peratus dan presiden persatuan tadi sebanyak 40 peratus dan mereka yang memegang syer 5 peratus tadi akan diberikan wang tunai sebanyak 100 ribu seorang dan keuntungan perniagaan setiap tahun mengikut nilai syer''.
PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
Dapat geran RM10 juta dari Kementerian Sumber Manusia 8 bulan lepas, geran utk bagi training. Masa tu Datuk Maznah adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.
Anak lelaki beliau ada share dalam Puncak Idia Bersatu. Sekarang semua partner bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur supaya anak dia dapat majority share instead of 5%. Cerita ni dah keluar kat blog ni
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html