Monday 28 October 2013

Akhirnya Mahathir Mulai Menyerang, Apakah Najib Bakal Tersungkur?


Sebagaimana yang diduga banyak pihak bahawa kekalahan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir merebut jawatan Naib Presiden UMNO pasti akan menyebabkan rasa tidak senang bapanya, akhirnya menjadi kenyataan juga. Hari ini bekas PM selama 22 tahun mendakwa politik wang masih wujud dalam UMNO sehingga menyebabkan mereka yang tidak layak berjaya menang dalam pemilihan baru-baru ini.

Walaupun tanpa menyebut siapa yang tidak layak tetapi mengamalkan politik wang itu, tetapi kenyataan Mahathir itu jelas menggambarkan kekecewaan terhadap kekalahan anaknya itu.

Sebelum pemilihan dan sepanjang kempen, Mukhriz dilihat calon paling popular untuk memenangi salah satu jawatan Naib Presiden UMNO. Ke mana-mana beliau pergi, sambutan yang diberikan cukup hangat. Dengan kemenangan tipis dalam PRU 13 serta kejayaan merampas kembali Kedah daripada pas dan terlihat adanya keperluan terhadap pemimpin muda untuk meniup angin segar dalam UMNO, Mukhriz dilihat antara pemimpin yang memenuhi kriteria itu.

Malangnya, populariti yang diterimanya tidak diterjemahkan dalam bentuk undi. Mukhriz hanya berjaya mendapat tempat keempat dengan 91 undi di belakang Hishammuddin yang mendapat 100 undi. Kekalahannya antara lain ialah kerana beliau tidak memberi wang kepada ketua-ketua UMNO cawangan dan perwakilan yang bakal mengundinya.

Berbanding calon-calon lain, bukanlah rahsia lagi ada yang memberi antara RM300 sehingga RM1000 kepada para perwakilan.

Sehubungan itu, dakwaan Mahathir bahawa sehingga berjuta wang yang mengalir dalam pemilihan kali ini, memang sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi. Bayangkan dengan 146,500 perwakilan, jika RM200 atau RM300 saja diberikan kepada perwakilan, sudah puluhan juta jumlahnya.

Sebelum pemilihan juga, Mahathir sudah merasakan peluang tipis bakal dihadapi anaknya berikutan beliau bukanlah calon pilihan Najib. Semua itu juga terbukti benar, apatah lagi 14 bahagian di Pahang, negeri yang sinonim dengan Najib, langsung tidak memberi undi kepada Mukhriz.

Dalam hal ini, memang sukar menyekat kemarahan Mahathir. Sudahlah anaknya dianaktirikan oleh Najib dengan tidak menjadikannya calon pilihan, berlakunya politik wang yang berleluasa sehingga ada yang beratur seperti menerima wang bantuan, pastilah menyukarkan lagi peluang beliau untuk memenangi jawatan itu, kecuali jika turut bersedia memberi wang kepada para perwakilan.

Dalam kritikannya hari ini, Mahathir bukan saja menyelar mengenai politik wang yang terus berlaku dalam UMNO dan menyebabkan anaknya tewas, tetapi turut mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya lemah, kurang mendapat sokongan rakyat dan sering mengalah kepada tuntutan ekstremis daripada parti pembangkang.

Menurut Mahathir lagi, kerajaan pimpinan Najib sekarang juga tidak stabil kerana wujudnya persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul menjadi pemimpinnya.

Melihat kepada serangan Mahathir ini, tidak syak lagi ini adalah permulaan perang terbukanya terhadap Najib. Selepas ini, percayalah, lebih banyak lagi kritikan akan ditujukan kepada Najib.

Mahathir juga nampaknya tidak peduli jika serangannya ini menipiskan lagi peluang UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang sedang berlangsung sekarang. Walaupun peluang BN amat tipis untuk merampas kawasan itu daripada Pas, serangan Mahathir kepada Najib ini bakal menjadi modal tambahan kempen Pas untuk mengekalkan penguasaannya di Sungai limau.

Jika ditakdirkan BN menang di Sungai Limau, Mahathir tentunya akan mendakwa bahawa pengaruh anaknya memang diterima baik oleh rakyat Kedah, walaupun kalah bertanding Naib Presiden UMNO. Ia kemudiannya akan mewujudkan persepsi bahawa perwakilan UMNO telah melakukan kesilapan kerana tidak mengundinya, sebaliknya memberi undi lebih kerana faktor wang semata-mata.

Jika BN kalah pula, ia turut membentuk persepsi bahawa kekalahan itu sedikit-sebanyak disumbangkan oleh kritikan dan serangan Mahathir terhadap Najib itu.

Ini bermakna, di Sungai Limau ini, sama ada BN kalah atau menang, kelebihan tetap berpihak kepada Mahathir dan ruang sentiasa lebih terbuka untuk beliau meneruskan siri serangannya terhadap kepimpinan Najib.

Dalam masa yang sama, serangan Mahathir ini juga menambahkan lagi hari-hari yang penuh runsing bagi Najib. Sementara Bajet 2014 yang baru dibentangkannya dikritik banyak pihak terutama hasrat memperkenalkan cukai GST, pemansuhan subsidi gula, banyak janji dimungkiri dan kegagalannya berada di Parlimen ketika perbahasan mengenai belanjawan itu bermula, Najib juga dibelenggu persepsi negatif mengenai salah seorang kakitangannya yang dikaitkan dengan homoseksual berikutan terdedahnya affidavit bekas isterinya yang sedang dalam proses perceraian.

Berita mengenai perkara itu banyak disiarkan dalam blog-blog pro UMNO yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir.

Isu bil utiliti kediaman Perdana Menteri yang mencecah RM2.5 juta setahun yang sedang menjadi perbualan hanga rakyat sekarang di ketika Najib menyeru rakyat berjimat cermat, turut menambahkan lagi runsing di kepalanya.

Sepertimana kata Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub bahawa Mahathir selepas kekalahan anaknya dalam pemilihan UMNO baru-baru ini adalah umpama singa yang cedera dan akan terus menyerang Najib sebagaimana yang dilakukannya kepada Pak Lah dahulu, nyata tidak dapat disangkal lagi. Mahathir sedang menunjukkan kecenderungan akan terus bersuara dan Najib tidak mungkin dapat menjinakkannya lagi.

Tambahan lagi, peluru untuk Mahathir menembak Najib juga semakin banyak.

Walaupun sedang berada di London dalam cuaca yang mulai sejuk kerana menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ketika ini, Najib pastinya sedang berpeluh memikirkan serangan Mahathir ini. (SH 20/10/2013)

10 comments:

  1. beberapa perkara yang Najib buat wajib Tun M rasa marah...kekalahan Mukhriz itu walaupun salah 1 sebab tapi itu mungkin sebab ke 30 tun naik angin, sebab pertama Tun Marah mungkin kerana Najib menyimpan labu labu yang rosak dan mungkin tak dapat dibaiki oleh tikus, terutamanya Tauke lembu kondo, yang confirm dah buat tahi pada umno dan wang negara, kedua menyimpan tembikai yang lembik ternyata tiada performance tetapi oleh sebab dia sepupu maka dengan kedudukannya sbg pm, najib telah alih buah dengan cantik, ketiga, najib telah berisyarat kepada semua cawangan siapa yang dia mahu dalam masa yg sama ada juga kambing hitam dikorbankan supaya nampak pemilihan berjalan dgn adil dan lancar antaranya ali rustam dan isa samad terkena dgn cara halus dan diam tapi dipancung pd hari pemilihan, maka seorang lagi yg mahu najib buang tapi nasib menyebelahi dia kerana akhir2 ini dia menonjol, ya kj....apa pun mereka semua ini tanda kotor pd umno bagi Tun....

    ReplyDelete
  2. Kalau kita perhalusi tentang politik wang yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir sebenarnya orang yang menjadi petugas kepada calon yang bertanding tidak mengagih rasuah kepada kesemua 146,500 perwakilan tetapi mereka jumlah itu kepada empat kumpulan.

    Kumpulan pertama jadi tumpuan adalah orang yang mempunyai pengaruh yang kuat diperingkat bahagian dan dibayar dengan harga yang mahal. Kumpulan kedua adalah kumpulan pencacai yang rajin berkempen dan dibayar dengan harga yang murah. Kumpulan ketiga adalah kumpulan bangang yang diberikan janji kosong. Dan kumpulan keempat pula adalah kumpulan yang diabaikan.

    Walaupun begitu kempen pada hari terakhir adalah penentuan sama ada sejumlah duit perlu dikeluarkan lagi atau tidak bergantung kepada tindakan pesaing menguasai persepsi para perwakilan.....

    Oleh kerana itu bukan menjadi pekara luar biasa jika Mukhirz kalah dalam permainan ini kerana agen beliau lambat bertindak mengatasi propaganda pihak pesaing dan pembayaran upah pula tidak menyeluruh kerana ada kemungkinan Mukhriz mahu menonjolkan diri sebagai pemimpin yang bersih dari politik merasuah.

    Kalau rasuah sudah menjadi halal dalam parti, dan SPRM pula hidup segan, mampus tak mahu.... maka tiada makna jika Tun Dr. Mahathir mengungkit perbuatan terkutuk itu untuk menghina calon yang menang.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Siapa kata TDM tak layak menyertai program realiti Maharaja Lawak yang sedang berjalan sekararg. Kalau TDM masuk, sure mengigit jarilah si zizan, johan, jek dll.

    Pencipta rasuah negara yang telah menginstitusikan rasuah sebagai sebuah institusi dalam tata bernegara BERCAKAP PASAL AMALAN RASUAHHHH.......kakhkahkah.

    bat8

    ReplyDelete
    Replies
    1. bat8 ka batshit, hang bercakap ada bukti ka? Bak mai sket kita nak tengok. Time Tun M dalam kerajaan dulu, yangbawak masuk budaya politik wang ni siapa dia, PM ka, atau TPM masa tu ka? Sejarah sudah menjadi saksi, terang tak payah nak suluh. Kecuali nak suluh pungkoq kluang terbang malam.

      Delete
    2. Anda ada bukti ka membuat andaian kononnya TPM masa zaman Tun Mahathir yang bawa masuk politik wang ?

      Delete
    3. anon 08:04,

      Skit-skit minta bukti.Hangpa ni mat2 bukti ke?

      Aku tanya balik la.....hang ada bukti ke Mahathir tak bawa masuk politik wang? Jawapan aku bergantung kepada jawapan hang...

      Anon 01:09

      Hang nampak lebih cerdik dari Anon 08:04 sebab kata tau sejarah politik wang dalam Umno. Tolong sekolahkan kami semua dalam isu ini termasuk tuan blog ini.

      Delete
  4. Mujur umur subsidi tidak ditarik lagi

    ReplyDelete
  5. Tau tau awak mati dulu anon..

    ReplyDelete
  6. PM Najib layak disingkirkan kerana tak mendapat majoriti 2/3.Kami rakyat sejahtera tanpa Najib yang kaki pembohong tu...

    ReplyDelete
  7. semasa PRU13 'berlakunya politik wang yang berleluasa sehingga ada yang beratur seperti menerima wang bantuan' , mahathir tak bantah pula, malah merestuinya ada! apakah jenis sikap begini? hipokrit? munafik?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...