Sunday, 20 October 2013

Menunggu Mahathir Bersuara...


Apa yang paling ditunggu di sebalik keputusan pemilihan UMNO semalam ialah apakah reaksi bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengenainya. Ia bukan saja mengenai kekalnya status quo Naib Presiden yang menyaksikan anaknya, Mukhriz kalah dan gagal mencetuskan perubahan dalam UMNO tetapi juga berikutan senarai pemenang jawatan MT turut memperlihatkan pemikiran statik lebih menguasai parti itu berbanding agenda ke arah perubahan.

Walaupun mungkin komen dan penilaian Mahathir mengenai keseluruhan rupa bentuk UMNO selepas pemilihan ini turut dinanti, tetapi yang paling mahu didengar oleh ramai orang ialah reaksinya mengenai kekalahan anaknya yang juga MB Kedah itu.

Apatah lagi, sebelum ini pertandingan ini, beliau sudah pun menjangkakan peluang tipis Mukhriz memenangi pertandingan kali ini berikutan dia bukanlah calon pilihan Perdana Menteri. Calon pilihan Najib ialah Zahid, Shafie dan Hishammuddin. Selain itu, Mahathir juga bimbang dengan amalan politik wang yang didakwanya terus berleluasa turut mengecilkan peluang anaknya memenangi salah satu kerusi Naib Presiden ini.

Dengan menjangkakan peluang tipis anaknya, Mahathir mungkin berharap ada simpati perwakilan terhadap Mukhriz di sebalik adanya arahan supaya status quo dikekalkan, semakin agresifnya calon-calon penyandang berkempen di saat-saat akhir, dakwaan adanya amalan politik wang dan timbulnya pelbagai serangan persepsi oleh pelbagai pihak terhadap keputusannya bertanding jawatan nombor tiga itu.

Tetapi nampaknya kenyataan Mahathir itu tidak mengubah apa-apa, termasuk Najib juga tidak memberi respon atau menjanjikan untuk meletakkan Mukhriz sebagai calon pilihannya. Akhirnya sebagaimana yang dijangka oleh Mahathir, anaknya kecundang lagi dalam persaingan jawatan dalam UMNO meskipun kalau dikira berdasarkan undi popular, kemenangN berpihak kepadanya berbanding Hishammuddin yang mendapat tempat ketiga itu.

Kekalahan Mukhriz ini juga menyaksikan beliau agak tidak bernasib baik apabila bertanding dalam UMNO. Pada 2004, beliau kalah dalam percubaannya mahu menjadi Ketua Pemuda Kubang Pasu, pada 2009 kalah pula kepada KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan kini kalah pula untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau hanya menang Exco Pemuda UMNO pada 2004 dan semalam juga menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

Jika kekalahan Mukhriz kepada KJ pada 2009 menyebabkan Mahathir selalu menyebut mengenainya pertandingan itu yang dipaliti dengan amalan politik wang sehinggalah sekarang, kekalahan kali ini tentunya lebih melukakannya. Ini kerana amalan politik wang bukan saja terus berlaku dan diakui oleh salah seorang calon MT, Nur Jazlan yang menyebut perlu ada sekurang-kurangnya RM13 juta untuk seseorang menang Naib Presiden, kekalahan Mukhriz juga dikaitkan dengan pendirian Najib yang tidak terbuka dan lebih condong menyokong status quo.

Walaupun Mukhriz juga anak bekas PM tetapi Najib hanya berminat menyokong seorang saja calon daripada kalangan anak bekas PM iaitu Hishammuddin yang juga sepupunya. Dalam masa yang sama, KJ yang juga menantu bekas PM turut diketahui tidak berpihak kepadanya.

Ini menjadikan dalam usaha Mukhriz mahu menempatkan dirinya sebagai Naib Presiden, cabarannya bukan saja kerana tidak menjadi calon pilihan Najib tetapi juga kerana beliau terpaksa berhadapan dengan tiga keluarga bekas PM iaitu keluarga Tun Rasak, Tun Hussein dan Tun Abdullah atau Pak Lah yang dilihat mahu menghalang kemaraannya.

Walaupun Pak Lah tidak campurtangan tetapi beberapa hari sebelum hari pengundian, ibu KJ iaitu Rahmah Abdul Hamid turut memberikan pandangannya mengenai ketidakwajaran Mukhriz bertanding dengan alasan beliau sepatutnya lebih menumpukan kepada peranan dalam politik kedah bebanding di peringkat nasional.

Dengan kedudukannya sebagai besan kepada bekas PM dan veteran UMNO, komennya itu juga dilihat sebagai usaha mahu menghalang kemaraan Mukhriz dan menjadikan KJ lebih selesa berada di belakang ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada.

Begitu juga, walaupun sukar dibuktikan adanya arahan daripada Najib mahu melihat Mukhriz kalah tetapi dengan tiada satu undi pun diperolehinya daripada 14 bahagian di Pahang dan juga dari menteri atau pemimpin yang diketahui rapat dengan Najib, hakikat adanya campurtangan Najib sukar ditolak begitu saja.

Berdasarkan semua elemen yang menyebabkan Mukhriz kalah kali ini, ternyata ia lebih dahsyat dan tersusun berbanding kekalahan Mukhriz pada 2009 dulu. Untuk itu, kebarangkalian untuk Mahathir sekadar berdiam diri dan redha saja dengan kekalahan anaknya ini, barangkali jauh panggang daripada api.

Ia juga menampakkan seolah-olah Mahathir mahu dikurangkan pengaruhnya dalam UMNO, selain budi dan jasanya membantu memenangkan BN dalam pilihanraya lalu juga bagaikan tidak lagi dihargai.

Dengan ini, Mahathir pasti akan melontarkan suaranya, kalau pun tidak menghalakan meriamnya kepada Najib dan UMNO. Dan muntahan peluru daripada Mahathir ini sedang ditunggu oleh semua orang. Tetapi oleh kerana pilihanraya kecil Sungai Limau akan diadakan dalam waktu yang terdekat ini dan ianya sekali lagi merupakan cabaran kepada Mukhriz, mungkin Mahathir menangguhkan dulu serangannnya itu sehinggalah pilihanraya kecil itu berakhir.

Yang ditunggu juga, apakah serangan Mahathir kali ini akan menyebabkan hanya Najib yang tersungkur atau turut membuatkan UMNO tumbang akhirnya? Dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama, percayalah, detik-detik dramatik itu pasti akan bermula. (SH 20/10/2013)

13 comments:

  1. Manusia yang paling banyak muslihatnya, pastinya akan jatuh juga dengan muslihat tersebut. Lebih baik hidup bersederhana dan bertawakal kepada-Nya, pastinya di akhir perjuangan mendapat kejayaan yang manis.

    ReplyDelete
  2. Ramalan pak shahbudin banyak meleset la..syok sendiri je banyak..kui3

    ReplyDelete
  3. Kami orang muda bersama-sama menyokong mukhriz mahathir kerana kami mahukan kepimpinan baru. Kalau umno masih syok sendiri, cuba review 2 pru yang lepas, pru 12 dan 13. Apakah ada menang 2/3 parlimen? Jaga jaga. Silent majority dan pengundi atas pagar akan menentukan kerajaan baru untuk 5 tahun akan datang.

    Kalau bukan usaha Mukhriz merampas kembali kedah, dah lama umno/BN lingkup disebabkan gagal merampas selangor dan P.Pinang untuk penggal kedua pru. Malah keputusan kedua-dua negeri juga menunjukkan kemerosotan penguasaan kerusi parlimen BN terutama di kawasan urban.

    Hidup mati umno adalah pru-14. Dengan jangkaan DAP/PR mungkin menyapu bersih kerusi bukan Melayu, MCA/MIC/Gerakan, hanya tinggal kerusi parlimen yang dikuasai Melayu saja jadi taruhan untuk umno walaupun di sabah dan sarawak akan terus memberi kemenangan selesa untuk BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau isu kalimah dimainkan lagi dan lagi oleh pembangkang maka ahli umno yg beragama kristian disabah mungkin ubah sokong kpd pr, ini juga boleh berlaku di sarawak....kali ini umno telah menipu ahlinya sendiri dgn janji mahu bawa perubahan@transformasi tapi akhir najib kembali kelubuk tahi semula dgn mengambil perasuah dan si lembik semula...cian umno

      Delete
  4. nampaknya Tun Mahatir sudah mula dapat imbuhan atas segala tindakannya sewaktu jadi presiden dulu...rasa yang tun alami sekarang sudah lama dialami oleh orang lain...sudah pasti kekecewaan dari penipuan yang berupa permainan agak sakit untuk ditelan namun ini juga yg pernah dibuat oleh Tun M suatu ketika dulu sewaktu meminta Tun husin onn letak jawatan@bersara...kini hishamudin dan najib bergabung memulangkan semula paku buah keras kepada mukhriz sambil memuji walaupun mukhriz tewas agar tun m tidak sedar akan permainan ini....
    Tentunya Tengku razali hamzah pun senyum lebar kali ini melihat kemurungan Tun M...disamping itu mangsa mangsa Tun M pasti lega apabila anaknya dan proksinya dari kedah kalah dlm pemilihan ini....manakala najib pula lega dapat mengekalkan pilihannya, transformasi boleh dibuat bila bila masa pun utk umno dan melayu, dalam keadaan melayu pun tak faham transformasi maka gagal pun tiada siapa pun akan soal najib....tun m pun bakal akan dikunci mulutnya dan akan disibukan dgn siasatan rci, sprm dan mahkahmah jika tun m byk celoteh...walaupun mukhriz bersih berbanding semua menteri kabinet najib namun kotoran pada Tun m itulah ganggu gugat mukriz ditambah kelantangan mukriz pun tidak disenangi najib dan kuncu kuncunya...sekian

    ReplyDelete
  5. http://mynewshub.my/2013/10/20/tun-m-jangka-kekalahan-mukhriz-awal-awal-lagi/#.UmPhaukayK0

    ReplyDelete
  6. Tuan jaga2. satu perang besar akan berlaku. Bn akan tumbang sedikit masa lagi sebelum PRU14. sebabnya Anwar sudah bergabung dengan Mahathir. najib dan sang perasuah2 akan di bawa masuk lpkap sedikit masa lagi.

    ReplyDelete
  7. Kalau Tun Dr. Mahathir secara sukarela mengaku bahawa beliau pernah memberi rasuah pada perwakilan untuk menang jawatan tertinggi parti, maka pewarisnya juga akan melakukan pekara yang sama untuk menang dalam persaingan. Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari...

    Kekalahan Mukhriz bukan isu tapi dijadikan isu adalah untuk menutup kelemahan sistem pemilihan yang dikatakan UMNO sedang dalam perubahan.

    Sebenarnya majoriti ahli UMNO Baru tak peduli kelemahan sistem baru "electoral college" yang diperkenalkan asalkan pemilihan parti itu kekal meriah seperti majlis kenduri kendara dimana pihak perwakilan ada kepentingan.

    Oleh kerana itu Tun Dr. Mahathir perlu cari idea lain jika mahu menyerang orang yang mengalahkan anaknya sehingga tersingkir dari senarai kepimpinan parti.....

    ReplyDelete
  8. Kekalahan mukris rahmat untuk umno...

    ReplyDelete
  9. Cukup pedih dan memalukan kekalahan mukris kepada 3 org calon yg lain...mahathir pergilah engkau menangis disana...takpa aku paham..mmg berat hang nak terima kekalahan ni...lebih lebih lagi bekas presiden..banyak jasa kat mlaysia...mungkin depa tak ingat jasa hang...takpa menangis lah lagi..kuat lah sket...hihihhi haahaaaha..menangislah sampai engkau mati mahathir...inilah balasan suka mencmpuri urusan orng...mcm hang saja bagus....terimalah ini sebagai suratan dan suara orang muda...org muda kena berani...itu yg hang mau kan....aku menolak sebarang usaha menjatuhkan hisham dan khairy dengan cara kotor....kah kah kah..kah..kah ....kah...hidup umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory..rakyat xbminat dgn menteri lembik dan tau bg amaran aje.jgn lupa pd silent majoriti dan ats pagar..pasti ad prubhan drastik pru14..

      Delete
  10. Tak payah la tunggu mahathir cakap...bloomberg pon dah cerita pasal kekalahan mukriz

    ReplyDelete
  11. Klu mcm ni lh punya kes transformasi haprak yg ditunjukkan oleh najib rasanya ramai yg x kisah klu pru 14 nnti mukhriz dinaikan dgn apa cara sekalipun drpada membiarkn najib n the geng terus berkuasa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...