Saturday, 26 October 2013

Bajet Mungkir Janji, Ramai Menyesal Mengundi BN


Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.

Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihanraya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.

Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6 peratus berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.

Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.

Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.

Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis - suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar. Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.

Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihanraya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?

Dalam hal ini, benarlah kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat, berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan harga barang.

Janji yang paling ketara dimungkiri oleh Najib ialah mahu menaikkan nilai BR1M daripada RM500 kepada RM1200 yang dibuat dalam pilihanraya lalu. Dengan wajah selamba dan seolah-olah tidak merasa berdosa kerana memungkiri janji kepada rakyat, Najib hanya mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM150 sahaja kepada RM650.

Dengan kenaikan sebanyak RM150 setahun tetapi dalam masa yang sama GST dikuatkuasakan, harga gula dinaikkan yang akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut meningkat dan jika dicampur dengan kesan kenaikan minyak sebanyak 20 sen sebelum ini, tiada lebihan apa-apa yang dinikmati oleh rakyat yang menerima BR1M itu. Bahkan duit mereka sudah pun disedut terlebih dahulu sebelum kenaikan RM150 itu diberikan.

Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihanraya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini. Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan.

Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihanraya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata kerana bonus yang diberi hanya setengah bulan saja sedangkan tuntutan Cuepacs mahukan dua bulan. Dalam keadaan harga barang makin meningkat sekarang ini, apalah yang boleh dibuat dengan bonus setengah bulan atau minima RM500 itu.

Kegagalan Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam pilihanraya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.

Ramai yang berkata, jika PR yang menang dalam pilihanraya lalu, bukan saja tiada GST tetapi juga dapat menikmati penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam dan juga harga kereta yang lebih murah lagi.

Bajet kali ini bukan saja menyebabkan kehidupan rakyat bawahan bertambah parah menjelang bajet seterusnya pada tahun hadapan atau sshingga pilihanraya akan datang, tetapi juga akan terus berpanjangan seusia kehidupan sekiranya perubahan kerajaan tidak dijadikan kenyataan. (SH 26/10/2013)

14 comments:

  1. Ya ke menyesal undi BN? Esok PRU14 BN gak menang. Sblum PRU13 janji BRIM 1000 ke 2000. Lepas PRU13 terus dpt 650. Nak PRU14 BN buat janji lagi, eh.. rakyat caya lagi dan undi BN lagi dan lagi dan lagi kena tipu Sehingga Kehujung Nyawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha. Masuk yg ni dah 13 kali dah menyesal. Biarkan Luncai terjun...

      Delete
  2. nasi dah jadi bubur...tgu keputusan PRK Sg Limau...minyak mgkn akan naik lg...hahahahaha padan muka mangkuk2 47 %

    ReplyDelete
  3. Aku sokong barang naik hampa tak mau sokong hampa punya pasai, sebab hampa bodoh pi dok pangkah lambang kati kecoh.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    Pertama, dalam mengulas isu ini, saya rasa kefahaman kita terhadap beberapa prinsip asas ekonomi sangat penting dan jangan juga terbawa-bawa dengan emosi.

    Kedua, GST, jika dilihat secara keseluruhan sebenarnya lebih baik berbanding dengan cukai jualan dan perkhidmatan. Itu hakikat. Tanyalah mana-mana ahli ekonomi yang tidak bias, jawapannya sama. Yang patut dipersoalkan bukan GST, tapi cara pelaksanaannya. Ia sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat bukan sekali harung.

    Satu lagi, kita patut gusar tentang keupayaan kerajaan melaksanakan GST. Mampukah ia dilaksanakan secara menyeluruh/semua peringkat atau berlaku kelompangan di sini sana dan akhirnya kerajaan hilang sebahagian daripada pendapatan.

    Tentang penghapusan subsidi gula itu saya rasa ia langkah yang wajar. Saya juga antara yang akan menerima kesannya tapi dengan mengurangkan kunjungan ke kedai kopi; insyaAllah kesan itu taklah terasa sangat. Lagipun, semua subsidi sewajarnya dihapuskan perlahan-lahan; secara berperingkat. Secara jangkapanjangnya ia tidak menguntungkan sesiapa.

    Saya tidak membela Najib, kerana seperti Anwar Ibrahim, dia bukanlah pemimpin yang saya rasa boleh saya harapkan untuk mempertahankan agama dan bangsa saya. Tetapi dalam soal BR1M saya rasa saudara tersilap. Yang saya ingat, Najib berjanji akan menaikkan BR1M sehingga RM1,200 dalam masa 5 tahun, bukannya terus naik dari RM500 ke RM1,200.

    Tapi saya tak kisah tentang itu. Yang saya kisahkan ialah untuk apa BR1M diteruskan? Manusia jenis apakah yang sedang cuba dilahirkan oleh kerajaan melalui pemberian 'sedekah' berterusan itu. Cukup-cukuplah menghabiskan wang pembayar cukai macam kami untuk meraih populariti politik.

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra,

      Secara dasarnya memang GST adalah sistem percukaian yang lebih baik. Mengapa ia lebih baik? Kerana ibarat selerti penapis yang halus, ia dapat merangkumkan lebih ramai orang untuk dicukaikan. Juga cukai ini mensasarkan kepada satu aktiviti kehidupan yang dilakukan begitu kerap oleh seseorang dalam k3hidupannya - mengutip cukai terhadap pembelian barang dan perkhidmatan. Kita m3mbuat pembelian beberapa kali dalam sehari.

      Satu sifat GST ini ialah semua orang akan dicukaikan apabila pembuat pembelian tak kira siapa. Secara umumnya, budak sekolah yang tidak mempunyai pendapatan, meminta wang dari ibu/bapanya juga akan kena cukai GST.Pengemis yang mengemis untuk menyambung hidupnya juga akan dikena cukai GST bila dia membuat pembelian!. Takkan sipengemis tak beli apa-apa keperluankan. Begitu juga dengan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dari bantuan yang diterima setiap bulan, sebahagian dari bantuan itu terpaksa ditolak untuk cukai GST.

      Yang dipersoalkan ialah timing melaksanakan GST itu dalam keadaan p3ndapatan sebahagian besar rakyat masih terkial-kial untuk menampung bebanan peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan. Masih banyak lagi cara kerajaan boleh buat untuk menambah p3ndapatan negara seperti m3ngurangkan p3mbaziran dan ketirisan kewangan n3gara, mengawal p3mbelanjaan dll.

      Apakah menekan rakyat melalui GST ini hanya satu-satu cara yang ada atau ini cara paling mudah untuk m3nutup kegagalan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya? Dalam konteks senario negara semasa ia adalah untuk menutup kegagalan kerajaan dengan cara paling mudah. Kalau tidak masakan Ghana, sebuah negara miskin di benua Afrika pun pernah cuba melaksanakan GST. Ia gagal selepas 3 1/2 bulan atas pelbagai faktor.

      Now, 70% rakyat kita berp3ndapatan RM 3 000 sebulan atau kurang. 40% berpendapatan RM 1500 s3bulan atau kurang dimana 75% dari kumpulan ini atau 10 juta( jumlah keseluruhan orang melayu 19 juta) adalah orang m3layu.

      Juga, 34% pekerja-pekerja di negara kita berpendapatan RM 760 s3bulan atau kurang. RM 760 adalah angka rasmi taraf miskin yang digunapakai oleh kerajaan.

      Jadi dimana logiknya perlaksanaan GST buat masa terdekat ini? Tetapi jika kerajaan mengambil Ghana sebagai contoh.....logiklah.

      bat8

      Delete
  5. Bajet yang diumumkan oleh Najib hari jumaat adalah bajet untuk kroni yang membantu tampong duit merasuah rakyat dalam pilihanraya ke13.

    "I help U, U help me'

    ReplyDelete
  6. Bajet bukan saja nak tampung PRU 13 tapi juga nak prepare untuk PRU14.

    ReplyDelete
  7. Padan muka orang Melayu kampong la.....undi la BN terus kena tipu dengan UMNO...ini bajet nak kaya kan kroni lagi...projek sana sini orang kampong melopong la...serve them right...

    ReplyDelete
  8. Kepada mereka yang tak pangkah BN, apa saja yg BN naikkan kita anggap sebagai ujian dan bersabar dengan apa yg berlaku.

    Kepada yang pangkah BN anggaplah kenaikan harga minyak, gula dan kepayahan hidup rakyat sebagai HADIAH ATAS KEBODOHAN KAMU DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH PEMIMPIN KAMU.

    ReplyDelete
  9. Gua tak kisah gula naik kah, minyak naik kah, anu naik kah. Asal jangan DAP, PKR atau Parti Angguk Saja yang naik.

    ReplyDelete
  10. Bajet terbaru ini adalah hasil dari kebodohan puak puak yang memberi undi kepada parti biru karat. Bila diri sendiri sanggup diperbodohkan maka terhasillah bajet bodoh lagi hodoh ini. Gara gara laungan "hidup melayu", melayu makin layu.

    Kalau tak ada golongan bermentaliti bodoh ini...tak lah jadi begini. Melayu berjiwa hamba makin diperkuda kerana kebebalan diri sendiri. Kalau di India..melayu beginilah berkelas "pariah". Akal dan tindakan kontot sentiasa.

    Tun Mahathir pun sedar dan akui hal ini. UMNO hanya dpenuhi golongan pandir dan kurang cerdik. Bukan aku kata tapi Mahathir yang kata. Ini fakta.

    ReplyDelete
  11. stay stupid and vote bn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...