Saturday, 7 April 2012

Bersih 3.0 - Antara Pilihanraya Bersih Dan UMNO Yang Tidak Bersih

Perhimpunan aman Bersih kali ketiga akan kembali lagi pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Ia adalah lanjutan daripada dua perhimpunan sebelum ini yang bertujuan menuntut kerajaan dan SPR agar mengendalikan pilihanraya secara adil dan bersih serta memuaskan hati semua pihak.

Perhimpunan kali ini bukan saja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga akan diadakan di semua bandar besar di seluruh dunia di mana terdapat rakyat Malaysia tinggal dan bermastautin.

Dalam perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini, lapan tuntutan telah dikemukakan kepada kerajaan iaitu penggunaan dakwat kekal, membersihkan daftar pengundi, reformasi undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan amalan politik kotor.

Untuk menunjukkan sikap terbuka serta bertanggungjawab dan akur kepada tuntutan itu, Najib kemudiannya bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau PSC yang diketuai oleh Dr James Ongkili serta turut dianggotai oleh tiga wakil pembangkang untuk tujuan mengkaji syor-syor yang terkandung dalam tuntutan Bersih 2.0 dan memastikan pilihanraya dapat diadakan dengan adil dan bebas.

Malangnya setelah enam bulan bersidang, cadangan yang dikemukakan oleh PSC telah dibawa ke Parlimen dan diluluskan tanpa bahas. Sebanyak 22 cadangan dikemukakan oleh PSC tetapi daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 hanya satu sahaja cadangan yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Semua tujuh tuntutan lain tidak dimasukkan sama-sekali.

Najib seperti cuba menunjuk baik dengan menubuhkan PSC tetapi dalam masa yang sama bermain wayang dengan menolak tuntutan dan cadangan Bersih 2.0. Maka, logiknya wajarlah perhimpunan "Duduk dan Bantah" Bersih 3.0 ini diadakan.

Ia bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan SPR supaya benar-benar ikhlas dalam usaha memastikan pilihanraya yang adil dan bersih untuk Malaysia ini.

Isu pembersihan daftar pengundi adalah isu besar dan ia penentu kepada sebuah pilihanraya yang bersih. Sementara PSC bersidang, telah didedahkan banyak perkara mengenai daftar pengundi yang meragukan oleh beberapa Ahli Parlimen dan NGO tetapi SPR nampaknya tidak mahu bertindak proaktif ke arah itu. Senarai daftar pilihanraya kita masih kotor dan merisaukan.

Bukan saja terdapat pengundi berganda, orang mati kekal sebagai pengundi, satu alamat terdapat 100 pengundi, dewan didaftarkan sebagai pengundi, pertambahan jumlah pengundi terlalu mendadak dalam tempoh singkat, pengundi hantu di mana-mana dan pendaftaran rakyat asing yang berleluasa sebagai pengundi berdaftar.

Dalam keghairahan Najib untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan di mana beliau pernah menang hanya 241 undi pada piliharaya 1999, jumlah pengundi di Pekan didapati bertambah sebanyak 18,000 menjelang PRU 13 ini. Soalnya siapakah 18,000 pengundi ini? Adalah mereka rakyat tempatan Pekan atau orang Kemboja atau Thailand?

Begitu juga dalam keghairahan untuk menawan semula Selangor yang menjadi mimpi Najib, didapati jumlah pengundi baru di Selangor bertambah mendadak sebanyak 40,000. Tentunya pertambahan ini menimbulkan persoalan dan kesangsian kepada sesiapa pun yang berakal waras.

Sementara itu, pemindahan tempat pengundi juga banyak berlaku. Adalah menjengkelkan bila tiba-tiba seseorang itu beralih tenpat mengundinya sedangkan mereka tidak pernah berbuat demikian. Bagi mereka yang cerdik dan ada kemudahan internet, mungkin boleh menyemak daftar pemilih mereka semingggu sekali untuk memastikan tidak dipindahkan tetapi bagaimana nasib pengundi luar bandar dan orang tua yang tiba-tiba mendapati tempat pengundi mereka sudah berpindah pada hari pengundian. Hak mengundi mereka tentunya diabaikan. Termasuk menjadi mangsa pemidahan ini ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Kalau seorang Menteri Besar boleh dipindahkan tempat mengundi, tentulah tidak mustahil orang lain juga boleh diperbuat demikian.

Isu pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi didapati begitu berkeluasa sekali. Di Selangor dilaporkan ramai orang Indonesia dan Bangladesh yang diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Di Pahang pula tumpuan diberikan kepada rakyat Kemboja, Thailand dan Myanmar. Sebagai upah untuk menambahkan undi UMNO dan BN, mereka bukan saja diberikan kad pengenalan tetapi juga diberikan tanah untuk mengusahakan ladang pertanian seperti nanas dan sayur-sayuran serta disediakan sebuah perkampungan khas.

Sebagai parti yang sedang berkuasa, sudah tentulah hanya UMNO dan BN yang boleh berbuat demikian terutama dalam hal pemberian kad pengenalan. Parti yang hanya menguasai kerajaan negeri tiada kuasa memberikan kad pengenalan.

Berleluasanya semua hal ini tentunya menjadikan piliharaya tidak lagi bersih. Rakyat asing sudah menjadi penentu kemenangan pilihanraya. Itu belum lagi diambil kira peranan media yang berat sebelah, amalan rasuah, politik kotor dan penggunaan istitusi awam sewaktu kempen piliharaya diadakan.

Dengan hanya menggunakan dakwat kekal tetapi menolak tuntutan- tuntutan yang lain, tidak akan menjadikan pilihanraya bebas, adil dan bersih. SPR harus menjadi benar-benar bebas dan tidak menunjukkan kecondongan yang terlampau dalam hal ini.

Tetapi halangan besar SPR ialah kerana ia telah diperalatkan oleh UMNO dan BN yang sudah sekian lama begitu selesa memenangi pilihanraya dengan cara yang tidak bersih.

Semakin tinggi kesedaran rakyat tentang pilihanraya yang bersih, pihak yang tidak bersih tentunya mempunyai kebimbangan yang semakin tinggi juga. Oleh itu, jom ramai-ramaikan Dataran Merdeka 28 April ini. (SH 07/04/2012)

1 comment:

  1. Tuan,

    Melihat kepada pertambahan mendadak jumlah pengundi di Selangor dan seluruh negara, kita sebagai rakyat menjadi cemas dan bimbang. Apatah lagi mendengar desas desus yang pendatang asing dari bangladesh, myammar, indonesia dll telah diberi kad pengenalan/kerakyatan segera dan didaftarkan sebagai pemilih untuk PRU 13 ini. Tentunya mereka ini adalah akan menjadi pengundi untuk BN tidak Pakatan. Gilalah kerakyatan diberi kepada warga asing untuk menjadi pengundi kepada pembangkang.

    Soal kepincangan daftar pemilih kita semua maklum dengan bukti dan pendedahan bukti oleh pihak pembangkang.

    2. Antara kedua isu yang saya bangkitkan diatas, saya begitu marah, kecewa jika benar warganegara asing diberi kerakyatan segera dan didaftarkan sebagai pengundi untuk mengundi/memenangkan UBN dalam PRU 13 ini.

    Hati menjadi begitu marah apabila nilai kerakyatan kita menjadi BEGITU MURAH/TIADA NILAI sehingga boleh diberi sewenang-wenangnya hanya untuk menang/menipu dalam PRU 13 nanti.

    3. Sudahlah nilai kerakyatan kita ini tak ada nilai, tetapi bagi mat bangla, mat indon, mat kemboja mereka mendapat KEUNTUNGAN YANG MAHA BESAR iaitu MENJADI MELAYU BUMIPUTRA ! Mereka-mereka ini secara AUTOMATIK BERHAK MENDAPAT SEGALA KEISTIMEWAAN HAK-HAK ORANG MELAYU SEPERTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA !!!!!

    Apakah kehebatan, apakah keistimewaan mat bangla, mat indon, mat kemboja ini yang rata-rata kelas buruh diberi PENGHORMATAN YANG BEGITU BESAR?.....ADAKAH SEMATA-MATA KERANA umno bARU NAK RAMPAS SELANGOR DAN MENGEKAL KUASA AGAR DAPAT TERUS MEROMPAK HARTA NEGARA? BANGSAT SUNGGUH UMNO BARU !!....MEREKA SANGGUP MENJADI PENGKHIANAT/TRAITOR KEPADA NEGARA DAN ORANG MELAYU HANYA KERANA NAK MENANG PRU 13!

    4. Melayu-melayu segera ini akan bertapak di negara ini. Beranak pinak di sini. Itu belum kira yang akan punggah saudara mara dari negeri asal ke negara ini lagi.

    Kita tengoklah dalam 30 tahun lagi. Anak cucu mereka ini akan bersaing dengan anak cucu kita yang tulin melayu dalam serba segi kerana mereka juga telah menjadi melayu. Kita kena berkongsi dan berebut hak pendidikan,perniagaan, tanah-tanah dengan anak cucu mereka ini. Mampukah kita orang melayu yang serba leka bersaing dengan anak-anak mereka ini?

    jadi fikir-fikirlah. penyokong-penyokong UMNO Baru dah tertutup rapat mata dan telinga mereka dengan ancaman ini. sedangkan anak cucu merekalah yang akan tertindas nanti.

    sebab itulah perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 april ini penting bagi kita yang sedar. Ayuh kita keluar beramai-ramai. Kita perlu pastikan pilihanraya 13 ini dijalankan dengan menggunakan daftar pemilih yang bersih, perjalanannya telus dan adil. Saya dan keluarga akan turun ke dataran Merdeka. Saudara mara di kampung akan turun ke bandar terdekat menuntut hak kita dan menghapuskan pengkhianat negara!

    bat8

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...