Tuesday, 7 June 2016

UGUTAN NAMPAKNYA SUDAH BERMULA


Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pengundi di Sungai Besar perlu memilih calon BN dalam pilihanraya kecil 18 Jun ini sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan Pusat.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya wakil pembangkang yang menang, ia menyebabkan bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan lambat tiba.

Kalau Budiman tidak dipilih nanti, kadang-kadang bantuan agak lambat sampai kerana bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasanya kalau sesama parti dalam kerajaan, ia lebih mudah dalam membantu dan memberi perkhidmatan kepada orangramai, katanya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
Tidakkah ini sebenarnya suatu ugutan kepada pengundi?

Sejak bila bantuan kerajaan berdasarkan parti? Bukankah semua rakyat, tanpa mengira parti apa sekali pun, mereka membayar cukai yang sama kepada kerajaan?

Adakah BN sudah mula cemas dan terdesak di Sungai Besar sehingga terkeluar kata-kata berupa ugutan seperti itu?

Ini baru ugutan secara terbuka, belum lagi yang dilakukan secara tertutup, yang disampaikan kepada kumpulan kecil pengundi, dibisikkan dari telinga ke telinga dan pelbagai cara lainnya.

Ini juga baru seorang menteri yang dikesan melakukan ugutan, mungkin semua menteri yang datang ke Sungai Besar turut melakukan perkara yang sama.

Apakah menteri ini ingat sekarang seperti di zaman 60an atau 70an di mana segala-galanya mesti bergantung kepada kerajaan persekutuan?

Sedarkah beliau bahawa kerajaan negeri Selangor pun tidak lagi dipimpin oleh parti yang sama dengan kerajaan persekutuan dan banyak kerusi Parlimen di negeri itu juga adalah milik pembangkang?

Pernahkah kita dengar ada rakyat Selangor "mati tak makan" atau kebuluran semata-mata kerana bantuan kerajaan persekutuan lambat sampai?

Jika kerajaan persekutuan tidak mahu membantu, bukankah kerajaan negeri sentiasa ada sebagai galang gantinya?

Dengan ugutan terbuka Nancy yang mewakili kerajaan pimpinan Najib Razak itu, adalah penting untuk pengundi Sungai Besar membuktikan bahawa mereka ada maruah, harga diri dan bukan "pengemis"  yang segala-galanya mesti bergantung kepada kerajaan persekutuan.

Kalau pun kerajaan persekutuan memberi bantuan, bukankah ia sebenarnya sebagai balasan atas pelbagai cukai, sama ada secara langsung dan tidak langsung, yang dibayar oleh rakyat?

Jangan lupa juga, di sebalik kononnya kerajaan pusat sedia memberi bantuan, mereka sudah pun membebankan pengundi Sungai Besar dengan cukai GST, hutang 1MDB, beban hutang negara yang berkali ganda, penarikan subsidi serta membayar sebahagian kemewahan pemimpin, anak isteri dan keluarganya. ( SH 07/06/2016).

37 comments:

  1. Dia juga ugut ponteng bila pembentangan hudud tuang amanat.Harap-harap ke jepung makang sushi masa hudud dibentangkan oktober nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ugutan ini adalah ugutan halal dan suci telah disahkan logo halal dari Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut...

      Delete
    2. Oiii..nancy shukri kau ni daripada ulu mana?
      Prk dan lain2 pilihanraya adalah untuk mencari wakil rakyat yg dipilih sendiri oleh rakyat.
      Kau faham ke tidak?
      Mengapa kau nak ugut rakyat?
      Siapa kau?
      Rakyat bayar cukai
      Cukai untuk bayar gaji kau.
      Kau ingat ini sarawak ker?
      Nak ugut2 rakyat sesuka hati kau.
      Sarawak bolehlah halang orang masuk ke sana sesuka hati.
      Bodoh punya menteri
      Kau ingat orang malaya ni bodoh ker
      Kami bukan macam orang sarawak.

      Delete
    3. 20:25

      Marahkan nyamuk jangan kelambu dibakar.
      Marahkan Nancy jangan satu Sarawak dihina.

      Agak-Agak dalam berkomen.

      Kita sokong BN sebab BN control budget. Undi pembangkang maksudnya memang tidak ber-jalan raya, ber-lampu, ber- air terawat lah di Kg2 kami.

      Jangan salahkan kami bila kami cuma minta kemudahan "ASAS" yang telah lama kamu di Semenanjung nikmati. Sekarang baru ada KM yang prihatin.

      Jangan salahkan kami bila menteri kami yang buat statement. Kami tidak terlibat.

      Jika begitu, laknat dan celakalah orang Pahang melahirkan PM macam sekarang. Adilkah?

      Delete
    4. Salahkah kami meminta dari kerajaan kamu di sana untuk memajukan negeri kami setelah kamu mengambil hasil bumi di negeri kami untuk memajukan negeri kamu di sana yang akhirnya jatuh di tangan orang yang berpaling tadah kepada kerajaan kamu di sana?

      Salahkah kami bila kami tidak mampu membayar cukai pendapatan kerana gaji kami adalah benar-benar di bawah tahap kemiskinan bandar mahupun luar bandar tetapi kami juga dikenakan GST setaraf dengan kamu di sana?

      Salahkah kami masih memangkah kerajaan kamu di sana apabila kami di sini telah dan sering dipandang hina dan rendah oleh mata-mata kamu di sana?

      Memang kami di sini ada Kaum berbangsa Ulu yang merupakan 8% keseluruhan kaum yang pelbagai di negeri kami. Tapi kami di sini dilimpahkan dengan rahmat berbangsa sebanyak 20+ kaum di negeri kami.

      Janganlah salahkan kami dan pandang hina, kerana kami juga adalah rakyat Malaysia dan sejati di tanah negeri kami. Tidak datang dan tidak juga pergi.

      Delete
    5. Rakyat Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang belum ada yg mati tak makan.
      Jalanraya api dan air pun tak ada masalah yg kritikal.

      Malah bertambah baik
      Jadi buat apa nancy datang nak ugut ugut pula.
      Adakah dalam manifesto bn apa yg nancy kata?
      Nancy ni wakil rakyat negeri fixed deposit mana?
      Sedangkan nyamuk aedes pun menjadi kewajipan kerajaan membasmikannya.
      Laknat dan celakalah orang pahang melahirkan pm mcm skrang itu orang sarawak yg kata.

      Delete
    6. Tuang guru Amanat 1981 kate orang serawak pandai mengundi sebab pakai"cawat".

      Delete
    7. Sbb tu parti PAS tak menang satu kerusi pun kat Sarawak.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Syndrome mudah lupa dalam kalangan menteri dah mula balik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nancy ini gila
      Jgn dah jadi menteri dah mula lupa daratan. Walau pun kau dah jadi menteri kau tetap wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat dan yg paling penting yg perlu kau ingat kau juga adalah rakyat.
      Jgn jadi gila sebelum ditakdirkan tuhan
      Ingat tu nancy anak shukri!!!!!
      Gila babi punya nancy

      Delete
    2. Nancy ni kalau melocok dia pandailah

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujah BATU API ..,.biasanya org Umno atau Pas saja yg ada ilmu ni

      Delete
    2. hujah BATU API ..,.biasanya org Umno atau Pas saja yg ada ilmu ni

      Delete
    3. Hujah bodoh daripada seorang menteri yg tidak ada pelajaran daripada sarawak.

      Delete
    4. Bila dah tak ada alasan yang relevan....kenalah guna alasan bodoh.

      Rata-rata rakyat Malaysia sekarang semua dah educated. Kebanyakan rakyat sekarang degree holders.

      Tak payahlah nak takut-takut dan ugut-ugut rakyat. Cukup-cukuplah MEMPERBODOHKAN rakyat....!! Tolonglah cerdik sikit....!! Lagi rakyat dibodohkan lagi mereka bangkit.

      Rakyat Malaysia memang tahu akan hak sebagai rakyat. Tolong jangan nak MAIN SORONG-TARIK dengan perkara HAK RAKYAT ni. We are AWARE of our RIGHTS.

      Tolong hentikan bagi alasan bodoh, alasan tanpa bukti cakap air liur, alasan budak tadika, alasan yang berubah-ubah, alasan yang tak ada common sense.

      Tolong sedar ini 2016 bukan zaman lepas PERANG. Cuba kira berapa graduan yang keluar universiti setiap tahun....???? Tu belum masuk graduan lulusan luar negara lagi.

      Sekarang cuba rakyat Malaysia FIKIR secara LOGIK dan RELISTIK.......inikah barisan pemimpin yang nak kita PILIH....??

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. hujah BATU API ..,.biasanya org Umno atau Pas saja yg ada ilmu ni

    ReplyDelete
  7. “Strange how things turn out. Killing two birds, with one stone and all that..." she told the electorate "hahahaha, but things will work out best for the party and then we shall all work together," and a smile spread across her face as swiftly as a politician's lie.”
    ― Nancy oh Nancy!

    ReplyDelete
  8. Kalau setakat BRIM Rm500 tu, bukannya besar sangat. Itu pun nak kecoh. Lain la kalau tm5000 atau rm50,000 satu keluarga. Tapi jika warga Sungai Besar memang kebulur, undi la BN. Semoga anda berbahagia ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita buat MATEMATIK MUDAH.

      Sila KIRA berapa JUMLAH BRIM yang kita dapat dalam SETAHUN??

      Cuba KIRA berapa JUMLAH GST yang kita bayar untuk barang keperluan kita dalam SETAHUN??

      JUMLAH yang mana LEBIH BESAR ??

      Tangan kanan MEMBERI, tangan kiri MENGAUT (malah lebih lagi).

      Delete
  9. cerita lama jugak ugut pujuk
    tapi macam biasa saja lombu tak kesah
    janji ada rumput
    memang puak ni macam cilaka
    nama saja Islam bial ditanya nak sokong usul hudud pun takut nak jawab
    tak boleh diharap

    ReplyDelete
  10. Pei mampus nancy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii nancy jangan bikin sial di malaya ni lah.
      Berambus kau drp bumi malaya ini.
      Berani sungguh kerajaan bn nak ugut ugut rakyat skrng ni

      Delete
  11. Dia ni cuma dijemput jadi menteri komponen kereta..eh..sorry komponen parti BN dari Swak.dia tak tahu menahu semenanjung camana.Rakyat semenanjung tak mudah terima apa saja. Tak hairanlah, hang pi balik Swaklah, bela nasib Melayu Swak yg rata2 nya dlm kemiskinan.Yg kaya cuma bos2 besar parti hang aje. Nasib Melayu Swak yg jadi pendayung perahu tambang Sg Sarawak camana? Tahun90an dulu tambang 20sen. Skrg 50 sen. Naik lah 30 sen dlm masa hampir 20 tahun..pemimpin kayakan diri dan kroni. Datang lah Swak tgok sendiri susah payah kehidupan Melayu bumiputra rakyat marhaennya. Tanya pendayung2 perahu dan pembawa van penumpang bumiputera sekitar Sg Swak. Mereka kebanyakannya mengeluh susah..itu di Kuching ibu negeri, belum ditempat2 lain lagi.

    ReplyDelete
  12. Najib nasihat rakyat supaya jangan membazir di bulan Ramadan ini.Layakkah Najib yang dia sendiri kuat makan,menasihati rakyat?Kamu adalah munafik!!!Boleh tak nasihat bini jangan boros beli beg tangan ratusan ribu ringgit?Rakyat tahulah yang kamu itu berpendapatan tinggi,tapi menunjuk-nunjuk kemewahan itu adalah menetapi sifat seorang yang tidak layak memimpin.Kamu memang munafik!!!

    ReplyDelete
  13. Jadi kalau calon bukan BN menang, lebih baik cukai yg dibayarkpd kerajaan persekutuan byr je kpd state govt. Pada dasarnya, kutipan cukai adalah utk diagihkan oleh sang pentadbir utk kegunaan sesama rakyat, spt jalanraya, dll kemudahan. Ianya bukanlah hak mutlak sang pentadbir. Utk mengugut bantuan lambat tiba, walhal bantuan itu sebenarnya berasal dari kutipan cukai, amatlah memalukan

    ReplyDelete
  14. Ini ugutan merepek dari Nancy,, jangan layan sangat ugutannya kita lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  15. Orang sungai Besar, kalau xde maruah undilah BN... takut nanti kebulur xdpt bantuan kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  16. Nancy ni ingat orang semenanjung bodo macam orang saarawak

    ReplyDelete
  17. NAN DAN AH JIB RAIH KEMENANGAN PISAH SARAWAK
    Kemenangan NAN yang berasas kan kepimpinan kedaerahan sempit.
    Kemenangan berharga nya amat mahal bagi 5 keluarga semananjung,yang kehilangan ahli keluarga.
    Kehilanagan Anak,Ayah,Ibu Adik.Tiada lagi tempat bermanja,tumpang berteduh,bergurau,berkasih dan di raikan dan bermeriahkan majlis sanak saudara dan kerabat.
    Harga yang mahal telah bi bayar tunai.
    Berhutang bayaran ini adalah sampai bila bila.
    Nancy lupa kamu siapa dan duduk di mana.
    NAN DAN AJIB bergelumang atas kehilangan ahli keluarga.Kamu nak join ke ? Sekejap aje keluar air mata.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  18. PRK di Sg Besar dan Kuala Kangsar memang utk mengisi kekosongan kerusi Parlimen tapi la ni org bernafsu nak tunggu PRU. Entahle kalau menteri UMNO faham atau tidak,sensitviti rakyat yg mahu mengadili kerajaan itu sepatutnya difikirkan. Bahang PRK kali ini macam sudah mahu mendengar keputusan menghukum!!!
    Memang itu hak pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar, tapi rasanye terlalu ramai mereka diluar Sg Besar dan Kuala Kangsar yang sudah "memangkah".

    ReplyDelete
  19. Anon 00.01..Saya org semenanjung tapi pernah tinggal & bekerja di Swak. Bukan semua rakyat Swak bodoh Tuan, cuma mereka tak banyak terdedah ttg kepincangan yg dilakukan oleh pemimpin2 mereka. Tak mcm di Semenanjung, rakyat lebih terbuka untuk kritik pemimpin, tapi bukan di Swak.Ramai yg mengeluh ttg kos hidup, ttg kemiskinan namun ianya cakap2 saja lah. Jika nak dibandingkan antara kehidupan Melayu bumiputera rakyat biasa dengan para pemimpin dan kroni2 nya, terdapat berbezaan yg sangat ketara. Dalam pilihanraya, Melayu digesa sokong pemerintah supaya ' cina tidak perintah'. Taktik sama juga dilakukan di Semenanjung, namun rakyat di Semenanjung lebih terbuka untuk kritik atau bersuara dalam sesuatu perkara yg melibatkan negara dan pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuang amanat 1981 tak tahu apa tu "cawat".

      Delete
  20. Dia org ibi bukan ugut saja main duit lagi banyak tak kira halal atau haram sampai duit masuk akaun pun tak tahu itulah dia umno dan bn maka org melayu belajarlah jangan jadi bodoh sangat gelap mata

    ReplyDelete
  21. Dia org ibi bukan ugut saja main duit lagi banyak tak kira halal atau haram sampai duit masuk akaun pun tak tahu itulah dia umno dan bn maka org melayu belajarlah jangan jadi bodoh sangat gelap mata

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...