Wednesday, 29 June 2016

MAHATHIR LEBIH TOLERANSI BERBANDING NAJIB


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi disiasat polis berhubung kenyataannya yang menyifatkan Najib Razak sebagai "Idi Amin Malaysia".

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah siasatan polis yang kelapan terhadap Tun Mahathir.

Kes ini adalah dibawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana menyamakan Najib dengan Idi Amin, kata Khalid dipetik sebagai berkata kepada media petang tadi.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah antara tahun 1971 hingga 1979 dan terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan menggunakan harta negara sehingga ia ditolak oleh rakyat negara tersebut.

Tun Mahathir juga pernah disamakan dengan Firaun dan digelar Mahafiraun selama bertahun-tahun oleh penentangnya, namun tidak pernah sesiapa disiasat polis kerana perbuatan itu.

Berbanding Idi Amin, Firaun adalah sosok pemimpin yang boleh dikatakan lengkap ciri-ciri kekejamannya sehingga mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebelum akhirnya mati ditelan Laut Merah.

Ternampak bahawa di sebalik perbandingan liar dan keterlaluan terhadapnya, Tun Mahathir tetap ada sisi toleransinya.

Dalam reaksi berhubung siasatan polis terhadapnya, Tun Mahathir berkata, beliau tidak menuduh Perdana Menteri  membunuh orang, tetapi mengakui membuat perbandingan dengan Idi Amin untuk menggambarkan Najib bukan Presiden (UMNO) yang baik.

Saya tidak akan tarik balik kenyataan itu. Bagi tuduhan khusus ke atas saya, saya akan jawabnya di mahkamah, tegas Tun Mahathir.

Pada malam kemenangan BN di Sungai Besar, Najib membalas gelaran yang menyamakannya dengan Idi Amin itu dengan mengatakan, "nampaknya Idi Amin Malaysia lebih popular."

Daripada lapan siasatan polis terhadap Tun Mahathir setakat ini, berapa agaknya yang akan membawa kepada pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah?

Menjelang pilihanraya akan datang pula dan melihat bagaimana Tun Mahathir terus menjadikan Najib sasaran serangannya, berapa banyak lagi siasatan dan pertuduhan akan dikenakan terhadapnya? (SH 29/06/2016).

25 comments:

  1. Sdr Budin,
    Biarkan la apa mereka nak buat,bagi Tun M semua ini hanya sebahagian daripada permainan catur yang sadang berjalan antara tun M (hanya solo) menentang Najib(penyeleweng harta negara) dan kuncu kuncu( pemimpin dlm umno dan menteri dedak) yang beriman dengan nya.

    Saya sangat sangat berharap pihak Idi Amin malaysia mengambil tindakan keatas Tun M lagi ganas lagi bagus kalau boleh biar la Tun M mereka dera macam Idi Amin sebenar ,kerana semua orang tahu apa saja IGP dan pihak polis lakukan ia adalah atas kehendak Rosmah aka najib.

    Bukan macam TS Rahim noor yang lebamkan mata Anuar kerana insiden tersebut berlaku spontan akibat bangkitan marah rahim noor keatas Anuar yang maki hamun beliau sebagai anjing semasa di lokap (ini petikan perbicaraan kes makamah keatas TS Rahim Noor mencederakan anuar) bukan atas arahan kerajaan atau PM seperti era sekarang yang banyak di pengaruhi Rosmah aka najib .

    Jadi kita tunggu dan lihat apa jadi seterusnya ,adakah pihak najib akan sumbat Tun M kepenjara ekoran Najib dan kuncu kuncu mendapat semangat gila kerana kemenangan PRK Sg, Basar dan kuala kangsar,tapi percaya la sekiranya majoriti rakyat yang diam ini boleh menguna akal yang bijak dan tahu dedak itu rasuah dan rasuah itu dedak sebarang silap langkah dalam permainan catur ini akan memberi kesan psywar kepada majoriti rakyat tersebut.
    Insha Allah yang benar akan ujud yang bathil akan musnah .wallah hua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Dr Mahathir merintah 22 tahun banyak faedah kpd rakyat dan negara, walau pun ada juga kelemahan nya. Tapi ramai rakyat yang terus menghormati nya, menyokong dia, dalam dan di luar parti, walau pun dia bukan lagi ahli UMNO.

      Jika dia di dakwa ke mahkamah, ramai lah yang tersinggung, malah marah, kapada Najib. Peguam Negara Afandi mesti tahu keadaan begitu. Dia mesti ada saluran tak resmi dengan Pejabat PM (PMO) yang sentiasa menilai dan meramalkan apa yang Najib dan Rosmah mahu atau tak mahu di buat. Rosmah? Itu tak perlu di tanya, ada yang mengata dia yang banyak membuat keputusan.

      Delete
    2. Kalau kita teliti apa yg berlaku sekarang,kelihatan ap yg berlkua di kelilinga Mahathir semuanya umpama putaran roda.Apakah putaran roda ini akan menjadi lengkap bila ,si pendakwa akan terdakwa dan si pemenjara akan terpenjara pula?.Hanya Allah yg tahu.Maha Besar Allah.

      Delete
  2. Inshaallah....tiada apa2 akan berlaku kpd TDM. Najib tidak berani bawa beliau ke mahkamah sbb itu yg dimahukan TDM. Apa yg di OSA akan dilondeh sekiranya TDM dibicarakan.

    ReplyDelete
  3. depa tak berani dakwa mahade
    hanya siasat saja
    bnayak lagi benda lain yang patut dibuat

    kes mamat pukul anwar buakn sepontan
    sebab ada arahan tutup muka anwar digari sebelum
    mamat tu pi masuk dalam lokap bedehem pulak tu
    nak tunjuk besar kapla yalah orang kuat mahade masa tu
    apa tujuan disuruh tutup muka gari tangan ???

    salah tetap salah dah kena hukum pinjara tapi tak masuk pinjara mungkin dapat pencen lagi
    kalau ikut aturan biasa kalau lu dah kena hukum dimahkamah lu dikira penjenayah hilang semua
    hak hak penceng
    nak bodek pun patut padan lah
    bacalah buku suruhan jaya siasatan mata lebam
    boleh tengok kedzoliman dilakukan ke atas anwar
    puak amno memang cilako

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau merapu dan meroyan yang tidak ada kena mengena dengan hal Najib,,itu cerita lama kita nak tahu cerita yang latest tentang "pekong" najib,Rosmah dan Jho low

      Delete
    2. Nak buat mcm mana Salwa. Itu saja cerita yg mamat tu tahu yg lain2 tu dia belum tahu lagi

      Delete
    3. Cerita kau ini byk dah diujud oleh pauk puak zaman 1998 ,ditokok tambah oleh ahli munafik no satu malaysia Raja petra kamaruddin.Sudah la dah tak da faedah dah.

      Delete
    4. Brooooo ...kau ni bebal ..takde org bagitau kau ke

      Delete
    5. cerita lama ada penagjaran nya
      macam mana tanah melayu boleh jadi macam ni bukan kah akibat cerita lama
      penjajah tipu melayu denagn hukum lodrid
      Islam cuba disisihkan
      ada puak melayu nak cepat medeka sanggup
      gadai hak hak melayu
      melayu cepat lupa sejarah sebab tu senang ditipu
      yang tahu hanya satu nak kaya cepat tu yang merauah sana sini

      Delete
  4. Tahniah tun m
    Terus berjuang

    ReplyDelete
  5. Tun kami rakyat Malaysia yg bencikan kezaliman & pengkhianatan terhadap negara sentiasa menyokong Tun dalam apa jua keadaan..
    hidup Tun Mahathir!!

    ReplyDelete
  6. KPN=Ketua Polis N.... PDRM sudah tukar jadi PDRN ke?

    ReplyDelete
  7. Tak lama lagi nak Idilfitri
    Ramai orang nak balik kampung
    Dia patuh arahan isteri
    Nanti dimarah mulut melopong

    Suka main meriam buluh
    Bunga api pegang ditangan
    Ke mahkamah Tun tidak berpeluh
    Yang mendakwa lari nya jangan

    Disana salah berat nak dakwa
    Disini bersuara terus mengena
    Suasana kalah si ular sawa
    Perut dah kenyang tidur pun lena..

    ReplyDelete
  8. bersedialah semua.tanda2 pru 14 dah tibe nampak dah.tahun depan prulah tu.mule2 penjarekan anwar ibrahim,lepas dsai dah dalam penjare bn umno berjaye hasut hadi awang presiden pas supaya memberontak.prk2 mcm biase bagi dedak.mng 2 prk dan prn sarawak dgn kerusi yg byk mulelah overconfident siap bagitau bile nak pru 14.ni siasat lim guan eng,muhyiddin,mahathir.dah siasat semua masuk lokap satu persatu.pakatan harapan pkr-dap-pan/amanah dah boleh mule gerak kerja pru 14 dari sekarang.daftarkan pengundi2 baru seramai yg boleh.yg mane dah lame daftar tu plk semak status masing2 dgn spr tgk adeke name anda masih disitu atau ghaib hilang dipindah ke tempat lain tanpa anda sedar pun.buatlah ape2 yg patut dari sekrang.pru 14 tahun depan gempur tumbangkan terus bn umno dan sekutu2 mereka dari semenanjung dan sabah.

    ReplyDelete
  9. Setju bahawa jika siasatan seperti itu membawa dakwaan di mahkamah, Tun akan gunakan nya sebagai platform bagi nya mengeluarkan segala kutukan ke atas Najib yang di benarkan dek Hakim berkaitan tuduhan itu.

    Nyata bahawa Najib mahu elakkan pembicaraan di mahkamah yang boleh menyetuh cara dia merintah, kelemahan2 dia, salah laku 1MDB, pengsolapan berbilion Ringgit, RM4.2 bilion masuk ekaun dia, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia. SR, WSJ, NYT dll tidak di saman nya sehingga sekarang.

    Peguam Negara Afandi sedar ini semua dan sentiasa menijak lantai yang papan dah goyang secara kaki hampir tak sampai ke bawah.

    Kes Lim Guan Eng pun lama dia mengambil keputusan mendakwa ke mahkamah, ada yang syak Najib mungkin tak minat di buat begitu selagi Guan Eng tak mengkritik Najib amat sangat akibat keadaan siasatan korapsi beli rumah nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa susah? Kuasa ada ditangan. Petik saja jari segala galanya jadi.
      Pdrm dan apa saja rm ikut arahan saja. Kalau tak arah tak jadi kerja. Hanya tinggal slogan saja terpampang megah slogan saja yg stand alone

      Delete
  10. Baginilah bila kuasa menghantui iman,bila bini sendiri bawa bag banyakx naik k/terbang kita buat diam saja dan bila seorang patriot menegor kita atas sesatu sebab kita menjadi menjadi orang hilang akal.ada patutkah cuba lu orang fikir sikit.

    ReplyDelete
  11. Mcam mana nak dakwa ke mahkamah Tun kata macam Idi Amin - Najib sendiri ada kata di masa menag PRK - "nampaknya Idi Amin Malaysia lebih popular."

    Jenaka ke tak, hakikat nya dia akui dan tak bantah dia di banding dgn Idi Amin.

    ReplyDelete
  12. Tak nampak apa yang di gelar Jing Projibo keluor di sini.

    Kot dah teruk kena balun tiap kali dia keluor. Aman sikit bila gitu.

    Tapi, ada masa rasa terkilan tak dapat membalun dia bila dia tak keluor.

    ReplyDelete
  13. Tun org lama,setakat gertakan mcm ni apa nak heran..lahir pon era pasca perang,kepala dia lain,degil..hati kering punya..nak main acah2 ke dgn org mcm ni..?silap besar la..celah gigi je ni..

    ReplyDelete
  14. cakap mak kite korang ejek dia sampai nangis...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...