Monday, 27 June 2016

APA NASIB TUN MAHATHIR SETERUSNYA?


Tun Mahathir Mohamad, musuh utama Najib Razak kini satu demi satu sedang ditarik kemudahan dan keistimewaannya hanya kerana bersikap kritikal terhadap Perdana Menteri.

Bermula dengan kedudukannya sebagai Penasihat Petronas dilucutkan,  desakan berterusan yang akhirnya membuatkan Tun Mahathir sendiri memilih berundur sebagai Pengerusi Proton kerana tidak mahu menyusahkan syarikat kereta nasional itu dan kemudahan polis pengiring disekat kecuali untuk program rasmi, minggu lalu bantuan kerajaan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana pula diumumkan ditarik balik oleh Najib.

Dengan penarikan bantuan kerajaan itu yang antaranya melibatkan pembayaran gaji kakitangan dan bil ulitili, kedudukan Yayasan Kepimpinan Perdana berada dalam keadaan tidak menentu, kecuali jika ia memiliki dana sumbangam korporat yang masih mencukupi untuk terus bertahan untuk beberapa tahun akan datang.

Jika akhirnya Yayasan Kepimpinan Perdana tidak mampu membiayai kos bulanannya dan terpaksa ditutup, Tun Mahathir hanya mempunyai satu saja lagi kemudahan pejabat untuknya iaitu di Yayasan Al Bukhary berhampiran Masjid Negara.

Namun demikian, oleh kerana Syed Mokhtar Al Bukhary mempunyai banyak urusan perniagaan dengan kerajaan, tidak mustahil beliau juga sedang ditekan agar berhenti daripada menyediakan kemudahan itu kepada Tun Mahathir.

Najib tentunya akan menjadi paling gembira jika berjaya membuatkan Tun Mahathir tidak mempunyai satu pun kemudahan pejabat dan akhinya terpaksa mengeluarkan pembiayaan sendiri bagi tujuan tersebut.

Tidak disangsikan bahawa penarikan balik bantuan dan semua kemudahan itu ialah dengan tujuan untuk menyekat kelancaran Tun Mahathir daripada bergerak dan menjalankan aktiviti yang dirasakan boleh menggugat kedudukannya.

Bersama Muhyiddin Yassin, Mukhriz turut dipecat daripada UMNO. Ini menjadikan Tun Mahathir dan satu-satu anaknya yang aktif dalam UMNO tidak lagi berada dalam parti yang sedang dipimpin Najib.

Seorang lagi anak Tun Mahathir, Mokhzani yang kini menjadi Pengerusi Litar Sepang, barangkali turut dalam perhatian untuk diambil tindakan juga oleh Najib.

Dalam masa yang sama, berikutan beberapa ucapan dan tulisan Tun Mahathir yang dianggap menghasut serta membahayakan kedudukan Najib, lima kertas siasatan telah dibuka dan sedang berada dalam pertimbangan pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Apakah, selain satu demi satu kemudahan dan bantuan kerajaan ditarik balik, Najib juga akan mengheret Tun Mahathir sehingga ke mahkamah dan kemudian terpaksa menghuni penjara?

Melihat kepada gerak laku dan kecenderungan Najib dalam bertindak terhadap musuh-musuh politiknya, segala tindakannya adalah serba mungkin terhadap Tun Mahathir. 

Tanpa menghiraukan sumbangan dan jasa besar Tun Mahathir kepada negara, kedudukannya sebagai negarawan dan peranan melatih serta memberi ruang sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri, pertimbangan utama Najib tidak lain ialah mempertahankan kedudukannya semampu yang mungkin.

Yang paling dibimbangi Najib, berikutan skandal 1MDB, dana SRC International dan caca-marba kenyataan berhubung wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, jika beliau disingkirkan ia mungkin boleh membawa dirinya kepada proses pendakwaan dan pengadilan di mahkamah juga.

Sebab itu, bertahan sedaya yang mungkin di samping mengepung segala kuasa dalam negara menjadi pilihannya.

Berbeza dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang juga aktif mengkritik dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri ketika Tun Mahathir berkuasa, tetapi Bapa Kemerdekaan itu tidak pernah diperlakukan seburuk ini.

Ini kerana ketika itu, penentangan terhadap Tun Mahathir lebih bersifat politik, kepimpinan dan pengurusan negara semata-mata. Tidak pernah Tun Mahathir dituduh, apatah lagi disiasat, berkaitan pemilikan harta curi atau wang dijumpai dalam akaun peribadi.

Tetapi, berdasarkan rekod Tun Mahathir yang tidak pernah kalah dalam menjatuhkan beberapa pemimpin sebelum ini, adalah dipercayai segala apa yang dilakukan Najib ini akan merangsangnya untuk bertindak dengan lebih aktif selepas ini.

Cuma, apakah sebagai tindakan melawan, Najib juga akan menjadi lebih keras lagi?  (SH 27/06/2016).

41 comments:

  1. Jika apa yang Encik Budin ramalkan akan dilakukan oleh rejim Najib,...tunggulah nasib Najib dalam PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agenda politik negara ni, sangatlah kecil. Ciputttt ja.

      X ramai antara kita mempedulikan diri kita dan bakal keturunan kita terus terperangkap sbg tentera Dajjal tanpa disedari dikuasai keturunan Namrud dan Firaun. Tanpa disedari, Syiah sbg satu pecahan agama Yahudi, telah menguasai seluruh negara2 arab.

      Kalo takat parti PIS tu.. langsung x ada apa2 nilai..

      Delete
    2. Lupakan saja PRU14!!! Rakyat sedang leka dibuai dedak. Juga sama 2x5 dgn pemimpin pembangkang.

      Delete
    3. betul mabuk dedak amat membimbangkan. Sekali tabur BN UMNO akan menang. Cash is a King. Cash is power. Sekuat2 PIS pun jadi lembut kerana termakan dedak. Dedak dan Ajib berpisah tiada.

      Delete
    4. kita kena yakin setiap yg kita pilih adalah tepat selagi tidak melanggar hukum Allah swt. jgn sesekali gentar, kita akan runtuhkan segala tembok besi yg cuba dibina oleh najib fan kunco2 nya. indyaAllah kita akan berjaya jika kita bersihkan niat dihati dan bersatu utk kehidupan yg lebih baik fan harmoni

      Delete
  2. Tun pernah berpesan, jangan dikasihan nasibnya...

    Tetapi kasihanilah nasib kita, nasib anak cucu
    nasib bangsa negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluangman,
      Saya setuju dengan anda ,kita dah biasa dengsn cerita cerita perjuangan Tun M sejak zaman beliau masih muda,Tun M bukan la macam ,lain lain pemimpin dari UMNO yang kebanyakan asal dari golongan bangsawan dan kaya raya ,pernah menjadi penjaja waktu jepun dan pernah jatuh wakyu Tengku dan tidak bertindak dengan buat rusuhan tak macam najib sedari kecil sampai besar hidup senang lenang tak pernah susah malah masuk politik pun di jemput dan diberi jawatan MB.

      Anuar pun lebih kurang sama la masuk MCKK pun atas kabel bapa yang jadi pegawai politik pada menteri malah bapa beliau pernah jadi setiausa politik dan aktif dalam UMNO ,tapi kira Anuar ini bagus sikit la sebab dia naik atas usaha sendiri dan memang ada bataun laluan dari Tun M. Jadi setakat nak tahan dan batal semua bantuan kepada Tun M tu bukan la perkara yang mendukacitakan malah Tun m akan lebih berusaha keras mendedahkan penyelewengan Najib untuk pengetahauan rakyat.

      Najib boleh la heret Tun m kemakamah dengan akta hasutan kerana rakyat dah terlalu lama nak dengar cerita Najib dimakamah silakan Najib kapundek marang sekrepel. Malah boleh juga nak try bawa masuk ke Penjara ...dan lihat la hasilnya nanti.

      Delete
  3. Najib dan BN akan menang besar dalam PRU14. Lihat segala persiapan sedang di lakukan. Tak percaya tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus kan lah wahai mat jenin 11:33....KK & SB menang, Pagoh sudah jadi bebas....mungkin Semporna?

      Tak kemana sombong kamu dengan bongkak nyer Najib.....jatuh juga akhir nya!

      Delete
  4. Bukan Mohd Najib Abd Razak yang membuat semua keputusan-keputusan jelik ini. Kita tahu siapa dibelakangnya. Najib terikat kaki tangan selepas tragedi wanita Mongolia. Semenjak itu negara Malaysia bagaikan milik peribadi mereka!

    Dr Mahathir dan PH sepatutnya mengalihkan serangan mereka kepada 'the King maker'. Hanya dengan itu seluruh Regim akan hancur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya satu cadangan baik.

      Delete
  5. PRU14 tetap serong kepada BN, cayalah.... Penipuan, propaganda yang dimainkan, arus perdana, polis n tentera tetap memihak pada BN... Jangan marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak marah sebab pendapat ,tapi memang ada kebenarannya ,kadang kadang rasanya cara yang paling afdal seperti mana berlaku di Indonesia,Filipina dan Thailand baru la negara ini bebas dari belengu di momok minda rakyat dengan penipunan supaya kekal kusa dan dapat jarah harta.

      Masalahnya adakah rakyat kita bermarwah untuk melakukan perngorbanan ini.

      Delete
    2. Jangan mengharapkan rakyat yang leka menghadam dedak untuk bersatu menentang kebatilan " Melayu Mudah Lupa".

      Delete
  6. Kata kata mufti pahang arahan dari umno najib
    Ini tak dikira hasutan?
    Ini lah nyata sikap dajjal?

    ReplyDelete
  7. Laknat belaka pengampu najib

    Cepat 3m tubuh parti baru

    ReplyDelete
  8. Semoga Tun teruskan perjuangan insyaallah satu hari ia akan dimakbulkan dan penyangak penyamun dan perasuah ini agar dimasukan kedalam neraka jahanam nanti ammiinn

    ReplyDelete
  9. Yang paling menghairankan adalah mengapa para menteri saperti zombies - tiada lagi amanah dan ketulusan.

    Jika UMNO sudah jadi sarang penyangak yang taat pada pemimpin kerana jawatan dan harta, maka UMNO harus dikalahkan pada PRU14.

    Tahap barah dedak saperti akar pokok yang terlalu menyeluruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya ramai lagi orang melayu yang mentaliti kelas bawahan...sokong membabi buta walaupun nyata berlaku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya terutamanya orang melayu di luar bandar...

      Delete
  10. kita bolih merencana tapi Allah swt juga yg menentukan perlaksanaan nya. "we propose but God disposes"

    kita bolih merancang tetapi Allah swt adalah perancang terulung. " we can plan but God is d best of all planners"

    ReplyDelete
  11. Tak pecah ruyung tak dapat sagu
    Disengat lebah sebelum madu
    3M dan rakyat sama beregu
    Gembeling tenaga usaha sepadu

    Jatuh kan dia dari hiraki
    Perbuatannya hina keji dan nista
    Seperti negara dia miliki
    Kejam angkuh pertahankan tahta

    Berdiri teguh rakyat bersama
    Pada Tun sokongan diberi
    Dugaan rintangan kita terima
    Usaha dan doa setiap hari..


    ReplyDelete
  12. Babila najib ni

    ReplyDelete
  13. Kalahkan najib di pekan.. Masa berkempen nt buat pengumuman besar2 debat dgn najib di pekan depan rakyat.. Sudah tentu najib takut dan pengecut.. Ambik peluang tu hebahkan pada umum.. Fokus di pada pengundi pekan bahawa najib takda telor.. Hanya ada duit.. Kempen tentang maruah lebih baik dari duit.. Semua gerakan pembangkang (tolak pas sbb pas takkan joint) dan ngo bebas kena turun kempen di pekan.. Tolak najib di pekan.. Letak muhyiddin situ atau org melayu lain.. Mohon ahli keluarga rosmah (yg terbuang) kempen situ.. Bawak bapa dam family altantuya.. Lawat pekan.. Bila najib jatuh pemimpin umno yg lain kecut.. Takut pekung didada.. Meletup.. Buat gerakkan di baju warna apa pun takpa di pekan.. Yakinkan pengundi muda di pekan.. Mereka kunci utama.. Mohon sampaikan maklumat pada yg tua.. Mohon semua kerjasama di pekan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata aku ke pekan
      jika aku kalah tapi dgn org kuat ,aku tak malu
      jika dia kalah .........2 tahun lagi ok aku fikir

      Delete
    2. tidak mustahil
      najib pernah menang di pekqn dgn hanya majoriti bbrp ratus aje

      Delete
    3. masalahnya undi pos pun dah berpuluh ribu kat situ...banyak kem tentera...dia pernah menang dengan 291 undi majoriti...

      Delete
  14. Mula-mula bersemangat la tapi bila dapat dedak, pangkah lagi BN Najib. Dah masak dengan perangai orang kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan nya bagaimana nak Islamkan orang kampung yang rembat habuan sampai roboh

      Delete
  15. Semoga Tun teruskan perjuangan insyaallah satu hari ia akan dimakbulkan dan penyangak penyamun dan perasuah ini agar dimasukan kedalam neraka jahanam nanti ammiinn

    ReplyDelete
  16. Razlan Razali yang juga CEO Litar Antarabangsa Sepang juga adalah anak saudara Tun Siti Hasmah.

    ReplyDelete
  17. Kena terima Qadhak dan Qhadar...dulu kita aibkan orang, kini balasannya kita terima pula.

    JANGAN SESIAPA CUBA NAK MENIDAKKAN HAL INI!!!!

    ReplyDelete
  18. No office no problem. Work from home lerr !

    ReplyDelete
  19. Bro 14.29..bagus cadangan ini yg mesti diterjemahkan kepada tindakan. Mmglah mereka akan menggunakan wang ringgit untuk mencari pengaruh.namun wang bukanlah segala2nya. Strategi yg baik,perancangan bersepadu, dan yg paling penting keazaman untuk mengalahkan kejahatan,itu yg patut disematkan di setiap hati rakyat Pekan. Ramai anak2 muda Pekan yg boleh membantu. Bergerak secara teratur dan sistematik, dptkan bekas pemimpin2
    /orang2 berpengaruh bagi menerajui gerakan ini.Allah sentiasa bersama orang2 yang benar, insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baca berita ke ? Najib "menaburkan" wang zakat kepada para asnaf di Pekan ... ramai tu ..6 ribu lebih asnaf di Pekan !

      Soalannya : Apa yang di buat Najib selama ni di Pekan ?

      Bolih pula Najib yang hulurkan zakat kat asnaf ? Tak payah dan tak perlu melalui pusat zakat ?

      Delete
    2. Kena kempen di pekan betapa buruknya cash is king.. Lagi byk najib tabur duit lagi buruk kesannya.. Jadikan kempen cash is king najib sbg kempen di pekan.. Kalu org kg tak mampu paham hal2 besar negara mcm 1mdb.src... Tumpu pada hal yg mudah paham dan terima.. Terang betoi2 tetang duit haram.. Dan terima duit haram. Dan salah laku najib yg lain.. Termasuk kes altantuya. Rosmah.. Buat iklan yg mudah paham. Video2 youtube... Lagu2 tema cash is king najib.. Biar tersemat duit dan najib.. Buat semua secara kreatif. Sbb umno akan tetap kempen cara mereka yg slalu.. Buat mkn2.. Bagi duit pada pengundi
      Itu ha yg dorg tau.. Gerakan anti najib kena lebih byk ambik hati anak2 mudah.. Tubuhkan mata2 dlm memantau undi pos.. Kali ni ada kelebihan kerana byk org umno yg tenrang umno sendiri.. mereka lebih tau cara umno menang dan tipu undi.. Buat pantun2 melayu politik tentang salahlaku najib utk org tua mudah ingat atau dikir barat.. Atau pertandingan mancing bertema najib duit haram.. Buat pertandingan mewarna muka najib atau video game tema najib... Kempenkan najib dgn duit buruknya utk org lebih terima dari cara biasa kempen.. Ini semua kena buat hanya di pekan.. Hanya kalahkan najib di pekan akan tamat segalanya. Najib yg jatuh akan hilang maruah dan jawatan.. Siasatan akan ambil alih.. Kawan2 akan mula jauh.. Takmau telibat.. Dulu mahathir kata umno akan kuat bila najib jatuh sbb masih ada pemimpin yg baik. Sekarang semua dah di buang.. Bila najib jatuh hanya tinggal sepupu najib dan zahid sahaja. Mereka terkenal dgn penakut dan tak pandai jawap soalan.. Mudah jatuhkan mereka kerana takda pengaruh duit.. Bila mereka lemah mereka akan cari mahathir.. Atau mahathir tubuh umno baru utk tarik ahli umno yg ingin tukar umno yg lebih baik.. Hanya dgn najib jatuh baru semua menjadi

      Delete
    3. Buat juga logo2 najib bersama duitnya.. Kempenkan ingat najib. Ingat duit.. Takda duit takda najib.. Semua org2 kuat pembangkang mesti turun kempen di pekan dan bantu pada bakal calon di pekan.. Paling terbaik letak mukhris sbg calon bebas.. Jgn dari pkr atau dap atas dari pas utk pecah undi.. Atau letak ustaz azhar idrus.. Sbg calon bebas.. Ustaz azhar boleh ckp pantai timur.. Org beragama yg disegani.. Melayu senang teria.. Org muda dah kenal.. Org bukan islam hormat ulama islam yg baik perangai baik... Kempen jgn bersama ustaz sbb gerakn kempen najib hanya bertujuan dedah kan perangai najib yg tak baik utk negara.. Biar ustaz kempen dgn cara lebih dakwah... Satu sisi lagi kempen yg dijalankan oleh gerakan anti najib harus berkempen tentang najib dan duitnya..

      Delete
  20. Macam Tun kata, dah berbagai cara telah di coba tak jalan, jadi dia coba apa yang di buat nya sekarang.

    Dia dah saman Najib. Memang, lambat kemajuan saman itu. Tapi saya cadangkan lebih banyak lagi saman di lakukan terhadap Najib berkenaan 1MDB - contoh nya, menjejas ekonomi negara, memburukkan nama baik negara dll dll.

    Dalam judiciary Malaysia masih ada ramai yang adil - tak payah sebut Affandi yang juga sebahagian dari judiciary, rasa nya. Yang akan proseskan kes kes saman itu dalam kadar yang berpatutan. Tambah pula, peguam boleh memfile Emergency Certificate di atas berbagai alasan bagi mendapatkan perbicaraan dalam kadar awal. PRU14 ha nya 2 tahun sahaja lagi, contoh alasan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib amat takut ke mahkamah. Tak mahu kena arah jadi saksi, di soal dek peguambela bertalu talu kot boleh tercetus skandal lagi satu.

      Itu pasal dia tak saman SR, WSJ, NYT dll hingga hari ini. Kes dia saman orang pun, 1-2 minggu lalu Najib mintak melalui loyar dia supaya Hakim buat "summary judgment", bermakna tak payah dia di panggil jadi saksi. Hakim tak kasi, kot dia akan settle out of court.

      Tapi kalau dia di saman bertalu talu, akan gigil lutut dia, mereng otak dia. Itu boleh memberi harapan dia letak jawatan. Atau dia tersasul cakap menyebabkan tupai yang pandai melompat pun boleh jatuh ke tanah.

      Delete
  21. Dr mahathir akan terus dihormati, tapi najib dicemuh krn kerosakan negara berikut perkara tak masuk akal spr kehilangan MH370, Penipuan1MDB, dan byk lagi hingga tak terbdg dgn pm sebelumnya. Pru akan menentukan nasib umno berikut semakin ramai yg sedar

    ReplyDelete
  22. bagus keluar ramai2 dari parti perkauman umno dan masuk semuanya ke dalam pakatan harapan pkr-dap-pan ok,huhuhu.yg lain2 tu bile nak keluar?komplain je tak gune tunjuk bukti ok.takkan bahagian sabah je yg gentlemen ade telo tu yg di johor dan kedah tu ape citer telo hilangke semua sekor2.jibby razak letak mb kaki lena bashah pun kedah tak kisahke?jibby tendang hero johor muhyiddin pun tengok biarkan je ke sekor2?kate bangsa johor mane buktinya,kikiki.maruah kedah dipijak pijak,maruah johor pun di lunyai2.sembang je lebih pandai semua jibby buat sesuke hati pun patuh ikut je.maruah anda boleh dijual beli dengan begitu mudah dengan wang dan ugutan sungguh memalukan ok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...