Monday, 20 June 2016

TAKUT DISOAL DI AKHIRAT, SYUKUR KITA ADA PERDANA MENTERI MACAM NAJIB!!


Alhamdulillah...walaupun baru menang selesa di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Najib Razak tetap merendah diri dan menunjukkan beliau juga sentiasa mengingati hari matinya.

Di Kelantan semalam, beliau berkata, kerajaannya bersikap adil terhadap rakyat negeri itu, meskipun ia bukan ditadbir oleh BN.

Tambah Najib, di sebalik ramai yang mendakwa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan, hakikatnya peruntukan besar telah disalurkan, khususnya bantuan rumah banjir yang membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat negeri itu.
Orang kata Kelantan anak tiri, tapi itu tuduhan tidak benar. BN tetap adil kerana pemimpin perlu bersikap adil, saya tak mahu dipersoal di akhirat nanti, tambahnya lagi.

Sekali lagi, syukur Alhamdulillah kita ada Perdana Menteri yang takutkan hari akhirat macam beliau ini. 

Jamil Khir Baharom, menteri yang jaga agama pun jarang-jarang sebut tentang hari akhirat.

Tetapi adakah bab itu saja yang Najib takut dipersoalkan di akhirat nanti?

Bab-bab lain macam mana?

1MDB, wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, pembaziran, bermewah, memecat Peguam Negara, menerima wang daripada SRC International dan banyak hal lagi - tak takutkah juga disoal di akhirat nanti? (SH 20/06/2016).

72 comments:

  1. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping memberikan analisis umum berhubung kekalahan calon Pakatan HARAPAN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar semalam berpunca pertandingan 3 penjuru.

    Jumlah undi yang dimenangi pembangkang adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas katanya.

    Undi peratusan pula adalah 46 peratus berbanding 54 peratus pada PRU lepas . Oleh itu, pertandingan tiga penjuru memberi manfaat buat BN. Jika PAS tidak bertanding PH boleh bersaing sengit dengan BN.

    "Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi Pas perlu ikhlas," katanya.

    Yang peliknya DAP dan PAN tidak melihat dirinya yang cuba menganggu kawasan PAS yang sudah menjadi tradisi berpenggal-penggal.

    DAP dan PAN lah yang membuatkan BN boleh memang selesa di situ.

    Adakah DAP dah mula meroyan kerana selepas ini banyak lagi kawasan DAP akan tumbang kerana sikapnya yang biadap semasa berada dalam Pakatan Rakyat dulu berlagak macam BOSS BESAR semua orang kena ikut DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menang itu DUIT dan janji-janji manis, Anon 7.39. Duit rm50 dalam envelope, kain batik sehelai, beras sekampit untuk pengundi-pengundi Melayu. Manakala pengundi Cina di Skincan pula, di beri janji manis rm200 juta untuk pembangunan mereka dan mereka boleh mintak apa sahaja kepada Najib. Cash is king!!!!!!
      AMANAH mana ada janji semua ni.
      Mereka party miskin, tak berduit tapi dapat juga jumlah undi 7,500 melebihi undi PAS yang menjanjikan SORGA kepada pengundi Melayu.
      HEHEHEHE

      Delete
  2. Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyaksikan PAS telah 'dimalukan' oleh parti serpihannya sendiri, Parti Amanah Negara (AMANAH), menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

    Katanya PAN @ AMANAH kini wajar dilihat sebagai pencabar yang serius buat PAS dan kesan buruk tersebut akan turut dirasai oleh parti pembangkang lain kerana akan menghadapi masa yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika PAS terus 'memaksa' pertandingan tiga penjuru dengan PAN.

    Saya rasa Wan Saiful ini terlalu emosi kerana parti PANnya tidak mendapat tempat pada pengundi Melayu.

    Mengulas PAN mempunyai kekuatan itu suatu yang dangkal. Wan Saiful sedar tak bahawa pilihan raya kecil banyak dibantu oleh orang luar untuk mengerakkan parti PAN. Cuba Wan Saiful bayangkan nanti jika PRU-14 semua akan bergerak di tempat masing-masing menjaga kawasan masing-masing.

    Adakah Wan Saiful fikir bahawa Lim Kit Siang akan mengiring calon PAN setiap masa? Wan Saiful fikir Tony Pua akan keluar belanja untuk belikan bendera untuk PAN?

    Jangan kerana emosi akhirnya Wan Saiful membuat satu rumusan yang dangkal dan menunjukkan dirinya seolah-olah tidak memahami realiti politik Malaysia semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN,PAS,PKR dan UMNO...parti melayu.mengkianati sesama sendiri.mementingkan diri sendiri.
      Siapa yang rugi.

      Delete
  3. Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS.


    Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.

    Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah.

    “Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.

    “Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

    Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.

    “UMNO jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.

    “UMNO perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.

    “Jika UMNO terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.

    Sambil membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.

    “Kenali musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini professor kentut. Apa yg boleh diharap dari kentut. Tentulah angin saja.

      Delete
    2. Ini professor kentut. Apa yg boleh diharap dari kentut. Tentulah angin saja.

      Delete
  4. Jumlah undi yang dimenangi pembangkang (PAS dan PAN) di Kuala Selangor adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas. Undi peratusan pula adalah 46% berbanding 54% pada PRU lepas .

    Daripada 46% tersebut PAS memperolehi 53.5% undi pembangkang manakala gabungan PAN, DAP dan PKR pula mempunyai 46.5%.

    Manakala di Sungai Besar PAS memperolehi 47.6% undi daripada pembangkang.

    Daripada analisis ini menunjukkan bahawa PAS adalah penyumbang terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan menolak momokkan bahawa PAS kuat kerana adanya Pakatan Rakyat dan undi DAP.

    DAP dan PKR hanya menyumbang separuh dan PAS pula sepearuh kalau dikira secara purata. Tapi malangnya dua parti DAP dan PKR membuli PAS sehingga semua gerak geri PAS mesti merujuk kepada mereka. Memang kalau mengundi dalam Majlis Presiden Abdul Hadi selalau kalah 1 nisbah 2 kerana DAP dan PKR sentiasa membangkang apa yang PAS nak buat sedangkan PAS mempunyai kuasa separuh pengundi yang membantu kedudukan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Tapi, dengan bersatu dengan umno pun, apa yang PAS dapat..............????????

      Delete
  5. Kemenangan namanya apabila berjaya mengalahkan golongan syaitan yang berupa jin atau manusia. Kemenangan namanya apabila berjaya meletakkan diri dalam perjuangan menegakkan hukum Allah. Kemenangan namanya apabila berjaya berlepas diri daripada hasutan dan tipudaya syaitan yang penuh kepalsuan.

    Jadi apabila PAS tewas dan kehilangan undi-undi bukan Islam, tiada satu yang menggusarkan PAS. Ada suara-suara dari kelompok PAN yang jelas gusarnya. Kegusaran itu tergambar dari tingkah mereka yang meminta ahli-ahli PAS menolak TGHH. Apa kena-mengena mereka dengan PAS? Bukankah golongan pengkhianat di dalam PAS sudah dibersihkan dan kini bersama-sama dengan mereka? Yang tertinggal hanyalah Mahfuz Omar yang masa perginya bila-bila masa untuk menjejaki Husam Musa.

    Pakatan Harapan khususnya PAN tak perlu menakut-nakutkan PAS dengan menyembunyikan ketakutan sendiri. Kali ini PAS teruji di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Inilah perancangan Allah yang penuh hikmat. Pakatan Harapan baik PAN, DAP dan PKR jangan lupa giliran mereka akan menyusul.

    Bolehkah kita bayangkan kerusi-kerusi yang disandang oleh mereka akan gugur secara segugus dalam PRU14 nanti? Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah serta geng PAN-nya; yakinkah mereka dapat terus menjadi MP selepas PRU14 nanti? Siapa di kalangan MP PAN yang yakin selamat kerusinya dalam pertandingan 3 penjuru nanti? Rafizi, Azmin dan Wan Azizah serta geng PKR-nya; adakah dapat berdebat di Parlimen lagi? Pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini menang kerana sokongan undi Melayu ahli PAS, adakah masih bertahan lagi?

    Selangor dan Pulau Pinang; masihkah nanti ditadbir oleh PKR dan DAP? Berdasarkan PRK Kembar ini, siapakah sebenarnya gelisah dan ketakutan? Kalau PAS tak pernah takut dan gelisah kerana berpegang dengan janji dan redha Allah; maka siapakah sebenarnya yang amat cemas sehingga mengintai rumahtangga PAS dan mengajak PAS berdamai. Percayalah, mustahil sama sekali PAS akan berdamai dengan PAN yang menjadi pengkhianat dan DAP yang menjadi juara penentang Islam. Andaikata TGHH tiada lagi, selagi PAS dipimpin oleh kepimpanan ulama yang jujur dan istiqamah, PAN dan DAP jangan mimpi dapat bersama PAS. Ini adalah suatu peringatan agar PAN dan DAP tidak bermimpi di siang hari.

    PAS bersedia bila-bila masa berhadapan pertandingan 3 atau 4 penjuru. Kenapa kamu yang gusar? PAS kemas keming menggengam prinsip berjuang untuk menegakkan Islam hingga syahid atau kemenangan. Kenapa kamu yang gundah? Ahli PAS sebulat suara berazam bertekad bersama dengan kepimpinan ulama berketuakan TGHH? Kenapa kamu yang gelabah? Golongan pengkhinat dancacarmarba sudah tersisih antah dari beras putih bersih. Kenapa kamu yang gentar?

    Justeru, golongan pandir usahlah menjolok PAS dengan kekalahan ini. Jiwa kami jiwa merdeka bersama Islam. Sedangkan jiwa kamu adalah jiwa terjajah oleh tekanan undi bukan Islam. Kamu dengan amal kamu. Kami dengan amal kami. Itu pesanan Tuan Guru. Berpatah sayap bertongkat paruh; panji Islam tetap dijulang hingga kemenangan.

    Motif tulisan aku kali ini ialah untuk menjawab provokasi musuh dan mendedahkan rasa cemas mereka dek ketakutan mereka yang mula bersarang. Inilah gema suara sebulat kata ahli dan akar umbi PAS pasca PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akidah ugama dah menyeleweng maka macam mana mahu jujur dan lurus? Bukankah TGNA yang mengajar orang bahawa Nabi kita hanya seorang mat budak kampung sebelum terima wahyu pada usia 40 tahun? Dia tu belajar dimana? Sungguhnya bukan dari ahli sunnah wal jamaah ulama Kelantan.

      https://www.youtube.com/watch?v=B1NUoWGAynk

      Delete
    2. Pergi jahanam dengan pas.parti
      orthodok yang tak kenal dunia.
      memalukan negara.bangga dengan
      undi yang dapat di sg besar dan
      k kangsar tapi masih tewan

      Delete
    3. Jelasnya si Nik itu tidak di lantik Tuhan sebagai waliullah rahimullah; malangnya ia terjadi wali politikus yang dikasihi para ahli ad-dunyawi yang berjuang untuk kuasa dan pangkat!

      Delete
    4. Sebagai orang islam kita jangan takabur,wajib muhasabah diri ,Undi cina sukar diramal terutama dalam PRK kerana sering ditawar ganjaran lumayan dan senario politik tak berubah.

      Delete
  6. 4 komen diatas adalah komen syok sendiri Macai Pas. setaraf otak Hadi pencandat sotong tanpa sokongan fakta yg jitu

    ReplyDelete
  7. Caca marba....
    singkir Muhyiddin, shafie Afdal tu bersikap adil kah..... kita berkata, orang menilai.
    wallahhuaalam.

    ReplyDelete
  8. Calon PAN Abdul Syukur kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.


    Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

    Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).

    Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).

    Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.

    Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.

    Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.

    Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).

    Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi BN tu kerana $$$$ dan janji-janji manis pembangunan. Undi PAS kerana nakmasuk Sorga. Undi PAN sahaja berdasarkan air lior Tun Mahadir.

      Delete
  9. "Takut disoal di akhirat sahaja? Setahu saya Najib juga terkenal dengan takut disoal oleh Tun M, wartawan dan rakyat dengan apa sahaja yang berkaitan dengan 1MDB dan duit berbilion ringgit dalam akaun dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing menuju kebaikan, dan kebaikan akan membimbing menuju surga. Sesungguhnya seseorang akan bersungguh-sungguh berusaha untuk jujur, sampai akhirnya ia menjadi orang yang benar-benar jujur. Dan sesungguhnya kedustaan akan membimbing menuju kejahatan, dan kejahatan akan membimbing menuju neraka. Sesungguhnya seseorang akan bersungguh-sungguh berusaha untuk dusta, sampai akhirnya ia benar-benar tertetapkan di sisi Allâh sebagai pendusta."
      [hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

      Delete
  10. "pas bersedia menghadapi pertandingan 3/4 penjuru pada bila2 masa".....Bodoh tak?

    kalau 3 penjuru pun BN sudah majoriti 6000 lebih....

    Pru14 majoriti ?

    Pru15 majoriti?

    pru16 majoriti ?

    jadi apa kemajuan Pas?....sampai kiamatpun tak kan menang. Amal tanpa ilmu .....Kelaut

    ReplyDelete
  11. Bajet Peruntukan bagi semua negeri termasuk Kelantan
    pentadbiran pembangkang adalah wajib di-tunaikan oleh
    parti kerajaan yg memegang tampuk kuasa.

    Tun Mahathir pun laksanakan masa beliau jadi PM dan arwah
    TGNA pernah memberitahu pemberita bahawa Kelantan menerima
    rm$600 juta dari pemerintahan BN nasa Tun jadi PM....BEZA
    nya yg sekor ni suka canang benda yg wajib di-lakukan.

    Yg soal 1MDB...2.6 BILLION...gaya hidup mewah anak beranak...pentadbiran yg penuh tonggang langgang...defisit
    negara yg menyebabkab hutang di-tanggung rakyat...GST etc...itu SEMUA tak payah di-soalkan di-akhirat ke?? Ni
    Najib ingat di-akhirat ada soalan bocor ke?

    SIAPA agak nya penasihat atau guru agama NAJIB ni...Hadi,ASYRAFF...jAMIL?? ni di namakan bodoh
    dan sombong.

    ReplyDelete
  12. Najib ingat rasuah 2.6B sudah selesai dengan kemenangan BN tempohari ? Rasuah tetap rasuah, penyalahgunaan kuasa tetap telah berlaku. Yang melakukan jenayah wajib diseret ke mahkamah untuk diadili !!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  13. Assalam Bro ,sememangnya Perdana Menteri kita ni bukan sahaja bodoh tetapi bengong !

    ReplyDelete
  14. Assalam Bro,Perdana Menteri kita ni bukan sahaja bodoh tetapi bengong !

    ReplyDelete
  15. Shabery berkata kredibiliti AMANAH dilihat masih lagi diragui pengundi dan tidak mempunyai sasaran penyokong yang tetap kerana bergantung kepada jentera dan pengundi DAP.

    "AMANAH dilihat diragui sokongannya dan kebergantungannya hanya pada undi dan jentera DAP, ini jelas dilihat walaupun mendapat undi yang banyak...sekarang ini kita lihat PAS dan AMANAH ibarat tidak merebut pingat emas tetapi mereka merebut pingat perak dan gangsa.

    "Sekiranya kalau salah satu parti yang bertanding adalah DAP, nyata semua orang dapat menggambarkan bahawa AMANAH bukan sahaja tidak mendapat mendapat pingat gangsa tetapi akan mendapat tempat lebih tercorot lagi...ertinya PAS ada kekuatannya, AMANAH adalah parti yang dilihat sangat terlalu bergantung kepada DAP dan AMANAH masih tiada identiti," dakwanya.

    "Umno misalnya sasarannya adalah kepada pengundi Melayu, MCA pula bergantung pada pengundi Cina, PAS juga pengundi Melayu tetapi AMANAH kita tak tahu apa identitinya sebab mereka tak boleh cakap saya kuat berdasarkan pengundi Cina kerana pengundi Cina itu adalah daripada DAP," kata beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkan lah siluncai PAS terjun dgn labu nya....semakin syok sendiri bila dipuji oleh macai macai umno.

      Kesian....

      Delete
  16. Takut rupanya soal akhirat
    Seleweng menipu tidak lah berat
    Intan permata sudah lah sarat
    Tidak takutkah nanti terjerat?

    Depan lain belakang pun lain
    Pada rakyat lain seloka
    Selewengnya umpama sekerat kain
    Tutup bawah atas terbuka

    Sudah menang takburnya kuat
    Seolah dunia tak kan kiamat
    Bertambah liar nafsu shahawat
    Sedangkan dia belum selamat


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata ia tak sudi tanggung akhirat
      Makin hari kementerian serabut
      Duit rakyat telah ia jerat
      Malang bertambah susah nak sebut

      Dari UAE ke London
      Hutangnya dituntut
      Asli makan ketan
      Marwahnya terluput

      Delete
  17. Ramai pengundi cina tak mau "kesilapan" tergesa gesa menurunkan pak lah dulu, berulang. Bila pak lah turun, najib naik, BN diubah imejnya jadi mesra rakyat, sudah ditransformasi, maka kesilapan pak lah dilupakan. Bagi undi pada BN di PRK k kangsar dan sg besar bukan bermakna menyokong, sebaliknya sekadar backhand compliment. Guan eng pon pernah kata pak lah dipilih rakyat secara demokrasi, biar dia perintah sampai tamat tempoh. Ini mentaliti penyokong DAP di 2 PRK kali ni, seperti juga di PRN sarawak, amat bijak. Saya juga percaya Hadi dan pemimpin PH pon guna pendekatan sama, tak mau kepimpinan BN tukar sekarang. Azmin nampak bersahaja, guan eng pon tak bising sangat. Saya juga percaya ada pengundi melayu di 2 kawasan ini juga guna pendekatan sama. Dia orang pon tahu isu semasa, tak lah kampong sangat, malah fikir jauh, fikir PRU nanti, fikir secara strategic. Tun pula nak kepimpinan ditukar segera, dia tak fikir pasal politik, tapi pasal masa depan negara. Bila tiba PRU nanti saya percaya pembangkang akan duduk semeja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saya faham diperingkat awal Tun M mahu Najib diturunkan kerana beliau masih sayangkan UMNO ,tapi apabila masa berlalu dan melihat keadaan semasa serta sikap pemimpin pemimpin ahli dalam UMNO yang juga tiada AMANAH akhirnya Tun M terpaksa menerima hakikat yang diPRU 14 UMNO akan tersungkur demi kebaikan UMNO juga yang sudah rosak.

      Delete
    2. Betul roslan, masalah derma kini dah jadi masalah umno, bn, kerajaan dan negara. Satu malaysia dah tahu.

      Delete
  18. Mungkin duit2 tu boleh diagih2kan nanti diakhirat nanti agaknya

    ReplyDelete
  19. Mungkin duit2 tu boleh diagih2kan nanti diakhirat nanti agaknya

    ReplyDelete
  20. Laknat bencana najib rosmah

    ReplyDelete
  21. Orang BN tak caya soal akhirat.... Kalau masih berpeluang... Rempat je, kalau saya tak rembat, orang lain juga rembat... Tu la BN....

    ReplyDelete
  22. Najib pandai menutur kata2 nista
    Kata2 yg bremosi bgi org2 mayu terpukau
    PM yg suka menipu n lidah brcabang
    P berambus Najib anak Razak

    ReplyDelete
  23. APA yang dianggap PENIPUAN..
    MENCURI dan MEROMPAK hanyalah persepsi FITNAH jika orang MELAYU reda pada apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dan akan terus bersatu di bawah Keris keramat UMNO..HIDUP UMNO!!!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Anon 13.59
      Hidup rasuah !!!

      Delete
  24. Syaitan sedang berpesta
    SiJahil menipu dan berdusta
    SiAlim aminkan untuk bermukamuka
    Demi kuasa dan juga harta.

    Syaitan sedang berpesta,
    Sijahil SiAlim bermain kata kata,
    Material dan agama jadi barang niaga,
    Rakyat dizalimi semakin derita.

    ReplyDelete
  25. Rakyat malaysia umunya lena dengan kealfaan selepas merdeka

    ReplyDelete
  26. Tiada lagi ruang dan peluang membetulkan yang hak

    ReplyDelete
  27. Dah fed up dengan semua ini. Simpati pada Tun M. Kesian Tun M tapi Melayu tak simpati pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  28. Kotor diktaktor jenayah politik paling licik dan terancang oleh semua agensi yang dicucuk hidung

    ReplyDelete
  29. Sayuti tidak sedar bahawa dengan memperolehi undi 6,902 itu adalah menunjukkan PAS masih kuat dan sangat mudah jika akal tidak dangkal boleh berfikiran waras membuat analisis ringkas dimana PAS mendapat 6,902 undi itu selepas PAS;

    1. Mengalami krisis yang sangat teruk dalam sejarah PAS dimana hampir 50% kepimpinan PAS yang membentuk parti baru.

    2. PAS juga keluar daripada Pakatan Rakyat dan menghadapi kritikan yang hebat oleh ramai penulis pro reformasi termasuk Sayuti yang fikiran celaru selepas sakit.

    3. PAS menghadapi serangan yang bertali arus oleh DAP dan juga PKR dalam mana-mana perjumpaan.

    4. Fitnah kepada PAS, termasuk fitnah untuk bersama UMNO dilemparkan untuk menghilangkan sokongan rakyat yang kini makin benci kepada kerajaan.

    5. IKRAM yang dulunya IRC menggunakan sepenuhnya usaha mengerakan parti PAN dan memburukkan PAS dalam perjumpaan tertutup mereka.

    6. Serangan RUU Hudud oleh DAP, PAN dan Mahathir.

    7. PAS bukan sahaja berhadapan dengan UMNO dan Jentera Kerajaan Pusat, malah PAS berhadapan dengan 2 lagi Jentera Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

    Bagi saya mendapat undi 6,902 iaitu 44% daripada undi pembangkang adalah suatu nilai yang sangat tinggi dan menunjukkan PAS mempunyai kekuatan sendiri daripada ahli akar umbinya dan juga DHPP yang baru dan sedang bertunas.

    Apabila PAS mendapat lagi ruang untuk bersama dengan NGO sudah tentu PAS akan menjadi block ketiga yang akan memberikan satu saingan yang sengit.


    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x0=0x2....semuanya syok sendiri
      Umno/BN juga yang menang.

      ha ha ha ha ha

      Delete
    2. 2x0=0x2....semuanya syok sendiri
      Umno/BN juga yang menang.

      ha ha ha ha ha

      Delete
  30. 2 PRK; Tahniah! PAS Telah Menang Menyampaikan Risalah
    Allah berfirman:
    وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
    “Dan satu lagi yang kamu cintai iaitu bantuan daripada Allah dan pembukaan yang hampir dan berilah berita gembira kepada orang-orang beriman” (Surah al-Saf ayat 13)


    1. Alhamdulillah misi perjuangan PAS telah berjaya disampaikan dalam 2 PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar. Kemenangan BN bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka telah memenangi kerusi itu sebelumnya.

    2. Menegur kemungkaran dan salah urus tadbir BN kekal menjadi amanah dakwah PAS kepada umat dan rakyat Malaysia. Menegaskan pendekatan berpolitik secara matang dan sejahtera perlu diperkasakan lagi untuk PRU ke 14. Para pejuang Islam tidak pernah kalah dalam perjuangan mereka.

    3. Ahli-ahli PAS perlu terus yakin bahawa dengan membawa prinsip perjuangan Islam yang tegas pengaruh PAS akan terus bertahan dan bertambah. Jangan bimbang! Pengaruh tidak akan hilang kerana menegaskan prinsip Islam dalam berpolitik kerana pengaruh Islam akan sentiasa berkembang.

    3. Terima kasih kepada para pengundi di Sg Besar dan Kuala Kangsar yang terus bersama dengan PAS. Juga tahniah kepada semua para petugas.

    4. Ternyata menerusi keputusan 2 PRK bahawa kekuatan PAS secara bersendiri jauh melebihi pengaruh masing-masing DAP atau PKR secara bersendiri.

    5. Parti-parti pembangkang yang menumpang kekuatan PAS sebelum ini dalam menghadapi BN perlu menginsafi diri bahawa mereka tidak akan ke mana tanpa PAS.

    6. Misi PH untuk menjadi pengacau kepada kerusi tradisi PAS dalam 2 PRK telah berjaya.

    7. Kekuatan sebenar Pakatan Harapan boleh dinilai menerusi 2 PRK ini. Maka usahlah terpedaya dengan fatamorgana di padang pasir.

    Sekian

    Dr Khairuddin Takiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x0=0x2....tulisan syok sendiri.
      Umno/BN juga yang menang!!!

      Delete
  31. Sementara itu, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin selain terbuka untuk mempelawa Pas menyertai Pakatan Harapan.

    Katanya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN di Parlimen berkenaan.

    Setelah hari-hari menyerang PAS nak UG dengan UMNO, tiba-tiba puak PAN dan DAP nak ajak UG dengan mereka pula. Mereka sangka setelah PAS keluar daripada PR PAS akan pupus dan tak bermaya lagi.

    Seorang budak sombong PAN, Ahmad Maslan Versi PAN ada buat komen dalam facebook sebelum PRK. (sekarang pun Ahmad Maslan ni dah buat u-turn ajak PAS duduk semeja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x0=0x2....tulisan syok sendiri.
      Umno/BN juga,yang menang.

      Ha ha ha ha ha!!!

      Delete
  32. Tapi bila keluar keputusan PRK baru mereka sedar 3 gabungan parti mereka tidak mampu bersaingan dengan PAS walaupun berseorangan. Mereka baru sedar kemasukkan mereka dengan sombong menceroboh kawasan tradisi PAS yang dah bertanding berpenggal-penggal.

    Mereka fikir mereka boleh singkirkan PAS daripada persada politik tanahair. Sebenarnya mereka silap. Merekalah menjadi tongkat kepada UMNO @ BN.

    Ahli Majlis Syura IKRAM, Maszlee Malek pun nampak lain macam nadanya. Bukan nak bagi semangat kepada PAN tapi macam putuh asa aje.

    ReplyDelete
  33. 1. CUBAAN PERTAMA TIGA PENJURU

    Kedua-dua PRK kali ini adalah cubaan kali pertama di Semenanjung untuk pola politik baru negara. Pertandingan tiga penjuru yang benar-benar tiga penjuru. Walaupun semasa PRU13 lalu ia telah berlaku di beberapa kerusi, namun blok politik masih dalam konsep dwiparti.

    Dari keputusan PRK, nampaknya bentuk sebegini amat positif terutama bagi parti yang teguh berjuang atas dasar dan prinsip masing-masing. Mereka tidak perlu berkira-kira untuk melonggarkan prinsip atau menipu pengundi semata-mata meraikan pakatan. Jangan bimbang soal membentuk kerajaan kerana pakatan tidak semestinya berlaku sebelum pilihan raya sahaja!


    2. KEPUTUSAN DUA PRK SEKATA

    Bacaan trend pengundian dilihat sama antara kedua PRK ini. Walaupun pecahan kaum agak berbeza, tetapi dari sudut yang lain ia memberikan banyak persamaan seperti bilangan keluar mengundi dan undi mengikut kaum.

    Ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran umum bagaimana trend politik semasa rakyat Malaysia. Jika diadu dengan keputusan PRN Sarawak yang baru sahaja selesai, mudah untuk mana-mana parti melakukan muhasabah dan mencatur gerak untuk menghadapi PRU14.

    3. TIADA FAKTOR CALON

    Faktor calon tidak begitu memberi kesan. Pemilih lebih melihat kepada perjuangan parti. Perkara ini berada dalam status quo. Ini biasa berlaku di kawasan parlimen dan juga kerusi campuran.

    Keadaan ini memudahkan semua parti menjelang PRU14. Yang berpakat boleh terus berbincang soal pembahagian kerusi tanpa menilai wibawa setiap calon. Tetapi barang diingat, ini hanya terpakai pada kawasan kerusi campuran.

    4. BN MENANG TAPI MENURUN

    Sekali pandang, BN menang besar kali ini dengan majoriti yang tersangat tinggi. Tetapi jika dihitung campuran undi dua pembangkang ditambah sedikit faktor pecah undi, sokongan terhadap BN boleh dikatakan statik sahaja. Undi BN nyata menurun kira-kira 2.000 undi, berbanding PRU13 walhal PRK biasanya adalah lauk BN.

    Perpecahan pembangkang tidak memberi nilai tambah yang ketara buat BN. Sokongan terhadap kepimpinan Najib masih tidak pulih. BN masih tidak boleh selesa terutama jika pembangkang menjumpai solusi untuk mengubat persepsi terhadap mereka.

    ReplyDelete
  34. PAS kuat tapi kalah. Dah kalah maknanya tak kuatlah tu.

    ReplyDelete
  35. 5. PAS RAMPAS UNDI BN

    Sebahagian undi BN adalah dari masyarakat Cina yang mula beralih dari DAP. Dengan jumlah undi keseluruhan BN yang menurun, ini bermakna sokongan Melayu terhadap BN telah pergi kepada PAS dan diganti oleh Cina.

    Ini boleh dilihat melalui setiap peti undi. Di kawasan Cina, 50% dimiliki PH dan 50% lagi dimiliki BN. Kawasan Melayu pula, 50% diperoleh BN dan 50% dimiliki PAS. Melayu sangat tidak berminat kepada PH.

    BN patut memikirkan lebih jauh terutama di kawasan majoriti Melayu intelek yang tidak boleh digula-gulakan. Potensi PAS untuk menguasainya adalah sangat tinggi sekiranya PRU dilambatkan seperti sedia kala.

    6. PH PARTI CINA

    Angan-angan PH untuk kuasai negara boleh dilupakan. Ini kerana mereka hanya mendapat sokongan kaum minoriti sahaja di Malaysia. Itupun sudah menurun drastik. Sedangkan undi teras di Malaysia adalah dari kaum Melayu.

    Faktor BN boleh memerintah sehingga hari ini adalah kerana menguasai undi Melayu walaupun pernah hilang hampir 100% undi bukan Melayu. Malangnya hakikat ini masih sukar difahami politikus PH.

    7. PAN TUNGGUL KAYU

    Nyata kemunculan PAN tidak berjaya menggantikan peranan PAS dalam PR suatu ketika dulu. Undi Melayu masih di antara BN dan PAS sahaja. DAP boleh lupakan PAN mulai sekarang kerana mereka tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada PH.

    Terserah jika PAN masih mahu berusaha. Tetapi adat politik Malaysia, parti serpihan sebegini hanya beri kesan untuk tempoh yang sebentar sahaja, itupun sebagai tunggangan parti besar buat sementara waktu sahaja.

    8. PH TERJEJAS TERUK

    PH yang bergantung penuh kepada sokongan Cina tidak lagi boleh duduk diam. Jika dahulu mereka memiliki sokongan hampir 90% masyarakat Tionghua, kali ini menurun hingga ke 50% sahaja. Perkara sama berlaku di Sarawak dalam PRN baru-baru ini. Dijangka akan terus menyusut ekoran beberapa isu urus tadbir DAP di Pinang Pinang dan lain-lain.

    Nampaknya taktik menguasai pengundi melalui sentimen Islamophobia tidak begitu berkesan. Tionghua yang celik lebih mengambil cakna soal kecekapan urus tadbir dan maslahah ekonomi mereka. Mereka lebih percaya kepada persatuan-persatuan peniaga, kebajikan dan pendidikan mereka lebih dari tipu daya politikus.

    9. PH PENGACAU POLITIK

    Sepatutnya kewujudan PH dalam politik Malaysia yang selama ini hanya mengenali PAS dan Umno mampu untuk memberi impak signifikan untuk menumbangkan BN. Malangnya mereka tidak berjaya menyentuh sedikitpun undi Umno. Lebih malang apabila kewujudan mereka hanya untuk berebut undi dengan PAS sahaja.

    Mereka langsung tidak mahu tunduk menyokong sahaja PAS yang sudah lama bertapak. Malah sikap PAS yang merendah diri menerima mereka sebagai rakan akhirnya dipijak kepala. Nyatalah apa warna PH selama ini. Sama ada gila berkuasa, tali barut BN atau semenangnya bodoh berpolitik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x0=0x2...tulisan syok sendiri.
      Umno/BN juga yang menang.

      Ha ha ha ha ha ha!!!

      Delete
  36. Assalam Bro,Kita mahu semua orang melayu bersatu,jika boleh di bawah satu parti.Tak kira parti mana TETAPI Najib mesti disingkirkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Najib di-singkirkan mana pulak orang
      Melayu UMNO nak dapat DEDAK? tak kan TUN
      Mahathir nak kasi?...kami tetap sokong
      siapa saja pemimpin yang rajin tabur DEDAK.
      cash is king OH YEAH!

      Delete
  37. 10. PH DI TAKUK LAMA

    Mereka tidak boleh pergi lebih daripada trend 2008. Seolah telah mati akal untuk mencari formula baru bagi menambah sokongan. Kononnya menganggap dengan mengekalkan status quo boleh meningkatkan sokongan sebaliknya merudum pula.

    Dengan dakwaan mewakili kelompok profesional, PH sepatutnya mencipta idea-idea baru untuk mewarnai trend politik Malaysia, bukan hanya muncul bercakap soal salah laku kerajaan sepanjang masa. Profesional mereka hanya jadi pembaca berita sahaja bukan sebagai jurutera masa depan negara. Sedangkan PAS pula walaupun dituduh jumud dan parti Pak Lebai, sudah bercakap perkara tersebut berpuluh tahun lalu sejak mereka masih ditipu BN lagi. Kini PAS sudah mula meninggalkan fasa itu untuk bergerak setapak lagi sebagai penyelesai masalah pula.

    11. HUDUD BAHAN POLITIK

    Sepanjang kempen PRK, PH jelas mempergunakan agama untuk politik walaupun PAS telah nyatakan RUU 355 bukan hudud. Ia hanya soal naiktaraf bidang kuasa mahkamah syariah. Pindaan sebegini sudah berlaku zaman 90-an dahulu dan bukan perkara pelik dari sudut perundangan.

    Mereka bercakap di hadapan audiens bukan Islam isu ini walhal tiada kaitan sedikitpun dengan mereka. Nyata ia menjadi alat untuk memburukkan Islam secara halus. Dasar politik machiavelli, sanggup mengenepikan agama demi politik.

    Namun PAS tidak peduli dan tetap bawa usul RUU sehingga dibaca. Ini menunjukkan PAS tidak sedikitpun bimbang soal sokongan kerana yang lebih mustahak adalah soal martabat agama, bukan semata-mata politik.

    12. ISU NASIONAL TAK MAIN PERANAN

    Kesilapan PH adalah banyak berceramah isu-isu nasional tanpa menyentuh isu setempat. Mereka juga tidak ada tokoh tempatan yang lebih dekat dengan rakyat. Semuanya mengharap tokoh luar. Walaupun isu yang dibawa sangat besar dan merugikan kerajaan, tetapi ia tidak mempengaruhi rakyat.

    Rakyat perlukan pemimpin yang kenal mereka dan mereka kenal pemimpin. Rakyat tidak sempat berfikir soal jet atau 1MDB. Mereka lebih terkesan dengan isu setempat, isu harga barang, masalah JKKK, perparitan, prasarana kampung dan sebagainya.

    13. MAHATHIR TUTUP BUKU

    Nampaknya tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi kepada Mahathir. Menyatakan sokongan kepada PH pun tidak boleh berbuat apa. Sedarlah orang BN tidak wala' kepada individu walau sehebat manapun jasa dan namanya.

    Bagi yang terhegeh gilakan sokongan dari Mahathir, ingatlah kembali tegasan Presiden PAS, usaha kalian itu hanya sia-sia sahaja. Kalau alergik dengan kebenaran dari PAS sekalipun, sekurang-kurangnya renunglah kembali warkah dari penjara.

    14. ANALISIS AWAL PAKAR POLITIK TERSASAR

    Sebelum PRK, ramai menjangka PAS akan jadi parti tercorot dan hilang pengaruh. Perkara ini disebut ramai pensyarah, pengulas, peramal dan pakar politik.

    Hakikatnya apa yang disebut sekadar bersifat omongan kosong. Ataupun mereka memainkan peranan sebagai spekulator atau pencipta persepsi. Mereka tidak jujur dengan profesionaliti yang ada apabila bercakap tanpa statistik dan fakta.

    Terdahulu mereka pernah buat ramalan untuk pemilihan PAS dan PAS pasca muktamar. Nyata semua itu tersasar. Rekod-rekod ini menunjukkan ulasan mereka ini tidak boleh lagi diterima untuk akan datang. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan ulasan politikus BN lebih tepat dari mereka.

    ReplyDelete
  38. 15. WAJAH BARU PAS DITERIMA

    Undi PAS dalam PRK ini hapir sama dengan kedudukan seperti tahun 2004, sewaktu tanpa koalisi DAP. Ini menunjukkan undi teras PAS tidak tergugat. Satu petanda baik bagi PAS yang sedang mencuba pendekatan baru seperti BPMS dan blok ke-3. Penyokong PAS menerima baik perkara ini. Tuduhan bahawa PAS kini mengelirukan awam dan tersasar dari perjuangan adalah jauh dari realiti.

    Kerja bertambah mudah apabila hanya perlu memahamkan atas pagar sahaja. BPMS dan Blok ke-3 masih di peringkat permulaan. Keputusan PRK ini amat positif untuk PAS meneruskan strategi ini hingga ke kemuncaknya.

    16. KEKUATAN SEBENAR PAS

    Walaupun PAS bersendirian, jika dibanding dengan gabungan tiga parti dalam PH, undi yang diperoleh sekata. Ini bermakna PAS menyumbang hampir 50% kekuatan PR selama ini. Nyata tanpa PAS, PH tiada apa-apa. PH perlu terima hakikat yang pahit ini.

    Sedikit masa lagi PAS akan jadi parti termahal nilainya di Malaysia. Masing-masing akan berusaha merebut PAS sebagai rakan koalisi. Waktu inilah PAS boleh jual mahal, dengan mensyaratkan koalisi mestilah membenarkan PAS dengan cita-cita Islamnya.

    ALAN IBNU SHUKRIMUM

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. PM kita tak bodoh tak tonggong tapi licin macam belut. Kata kata yg terlontar dari mulutnya mengikut di mana dan siapa penonton di depan nya. Di Kelantan denga lemah lembut sopan santun mengaku takut akan balasan Allah takut akan kemurkaan Allah. Kan mereka di Kelantan ni alim alim warak warak belaka kenalah berucap macam tu. Masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum. Kalau tidak bagaimana nak pamerkan dirinya sebagai PM yang disanjung dan menjadi idola ramai.

    ReplyDelete
  42. Jangan mengada-ada benda yang tak ada bahawasanya hang takut atau tak mahu dipersoal di akhirat nanti sebab si penyoal pun dapat dedak jugak.

    ReplyDelete
  43. Atas dunia boleh ckp mcm2...boleh klentong sana sini...percaya dgn tidak saja...kat alam lagi satu tu nanti tak terklentong punya..sapa yg nak di klentong ? Sendiri mau ingat la beb...

    ReplyDelete
  44. Atas dunia boleh ckp mcm2...boleh klentong sana sini...percaya dgn tidak saja...kat alam lagi satu tu nanti tak terklentong punya..sapa yg nak di klentong ? Sendiri mau ingat la beb...

    ReplyDelete
  45. Syukur.....harap bterusan dgn menyaman wall street besok selasa krn anda tidak bslh....kuiihhkkuii

    ReplyDelete
  46. Ah jib baik ada makna tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...