Sunday, 12 June 2016

HISHAM LAGI PELIK....


Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO yang dibisik-bisikkan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dilaporkan pelik terhadap tindakan Tun Mahathir Mohamad yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada calon Amanah dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Saya pelik sebab peringkat awal Tun Mahathir kata akan sokong pembangkang untuk kalahkan BN, tetapi sekarang nampaknya beliau hanya sokong Amanah saja sedangkan Pas pun pembangkang juga.

"Jadi saya tak faham, menyokong pembangkang pun tak jelas, pembangkang yang mana? Pas ke? Amanah ke? DAP ke? Semalam (di Sungai Besar) beliau turun di atas platform DAP.

"Saya tak faham rasionalnya Tun Mahathir berbuat begitu," kata sepupu Najib itu ketika bercakap dengan media di Kuala Kangsar.
Alahai...kesiannya, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau benda semudah ini pun sukar memahaminya.

Kalau Hishammudian mengatakan beliau pelik dengan sikap Tun Mahathir, kegagalan memahami langkah mudah bekas Perdana Menteri itu jauh lebih pelik lagi sebenarnya.

Kenapa perlu pelik sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi sudah mengatakan beliau akan turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu calon daripada parti yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Sudah ke nak faham parti mana yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Tentang Tun Mahathir turun dalam program anjuran DAP di Sungai Besar, bukankah parti itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan Amanah?

Apa salahnya Tun Mahathir hadir dalam program anjuran DAP yang merupakan sebahagian aturcara kempen memenangkan calon Amanah yang bertanding?

Tidakkah Ia lebih kurang sama macam Najib hadir dalam program anjuran MCA saja, lalu apa yang peliknya?

Hishammuddin juga tidak perlu pelik mengapa Tun Mahathir tidak memberi sokongan kepada Pas kerana mustahil beliau tidak menyedari bahawa parti itu kini lebih ghairah untuk "berpeluk dan bergesel pipi"  dengan Najib berbanding menentang kemungkaran dan penyelewengan dalam negara.

Takkan Hishammuddin tak sedar Hadi dan Najib sudah sedondon berbaju merah jambu, malah Pas dalam muktamarnya baru-baru ini juga turut bertanjak, berpulut hijau dan menjulang keris gergasi?

Jadi apa yang peliknya bila Tun Mahathir tidak menyokong Pas, tetapi memberi sokongan kepada calon Amanah yang bukan saja menyokong Deklarasi Rakyat, bahkan ingin bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara dek onar dan bahana angkara Najib yang sudah menjadi perbualan di seluruh dunia?

Dalam waktu yang sama, sebagai pemimpin dan manusia yang waras, apakah Hishammuddin tidak pelik dengan skandal dan hutang yang mencanak tinggi melibatkan 1MDB?

Apakah Hishammuddin tidak pelik dengan dongengan bahawa ada orang sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta kepada Najib?

Tidak tercabarkah rasa kepelikan dalam dirinya apabila Najib mengatakan beliau tidak tahu wang sebanyak RM42 juta dalam akaun peribadinya datang daripada SRC International, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan?

Tidakkah lebih pelik di sebalik tidak tahu itu, wang tersebut sebaliknya bukan saja tidak dipulangkan, tetapi turut dibelanjakan Najib, antaranya untuk membayar hutang kad kreditnya?

Tidak pelikkah sebagai salah seorang menteri apabila melihat bagaimana isteri Najib, Rosmah Mansor boleh berbelanja mewah di seluruh dunia sambil bergentayangan menaiki jet milik kerajaan?

Bukankah semua yang dilakukan Najib dan Rosmah itu pelik-pelik belaka?

Memang pelik kalau Hishammuddin tak terasa pelik dengan semua perkara pelik yang dilakukan Najib, tetapi tiba-tiba boleh pelik bila Tun Mahathir turun padang menyokong Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. (SH 12/06/2016).

67 comments:

  1. Rakyat kena sepakat
    Tetapkan hari
    Mogok umum seluruh negara
    Lucut jawatan najib
    Lucut jawatan agong

    Kerajaan sementara ambil alih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kalo nama ada Melayu ja nak join, sampai 7 kali ulang kiamat pun, x akan ada apa2 perubahan.

      Portugis datang pun x melawan, Belanda datang pun x lawan. Lagikan melawan British!!! Mujurlah tetiba British dah menyampah dah x mau tinggal dan xder bende nak hisap lagi hasil mahsul Tanah Melayu.

      Kalo harapkan melayu, jadi barua British lagi la. Tgk skrg la, melayu ni Allah Taala cipta mmg jenis pengecut dan spesis khas untuk jadi barua.

      Jangan mimpi la nak berubah. Kahkahkah..

      Delete
    2. Betul...aku rasa biar raja jadi baja...agong jadi jagong....satu pehak wat kerja...satu pehak dok cangkung

      Delete
    3. saya setuju 200% apa yang saudara nyatakan melayu ni satu spesis yg amat PELIK.
      maaf cakap bangsa melayu ni amat BODOH dan PELIK.
      sedar lah wahai bangsa ku MELAYU.

      Delete
    4. Melayu banyak raja tapi tak bolih menang satu raja dari siam. Banyak lawan satu pun bolih kalah? Lupa negeri utara dapat ke siam? Nak harapkan raja2 sebab tu rakyat harus bangkit melawan najib agar raja2 sedar diri. Kalau mereka tidak mengutamakan rakyat baik jadi republik saja tak banyak habiskan boreh boh!

      Delete
    5. Melayu asalnya sblm kedatangan Islam beragama Hindu Buddha, jd baka perangai Hindu-Buddha 2000 tahun dulu masih dok ada lagi dlm otak sesetengah org Melayu.

      Delete
    6. Shima...Shima...apa nak jadi dgn ko ni? Tak ada tulang belakang ker?

      Delete
    7. Shima mana ada ekor

      Delete
    8. jgn la kutuk lebih bangsa melayu... kita org yg bertamadun... ada 1 bahasa, 2 tulisan (rumi & jawi) tak ke power tu... yg bangunkan malaysia nie pun org2 kita, gaya kita... cacat2 sikit tu okey la... tutup aib... cumanye kita tak berapa setuju dengan pemerintahan sekarang, supaya kegemilangan kita tinggi waktu zaman tun... kutuk depa yg pelik2 sudah la...

      Delete
  2. Yang pelik bin ajaib gerombolon amano mati matian sokong dedak dan badak.kena pukau la tu bencong jdi pelik.yang jelas tun dr.mahathir mohamad adalah wira negara yang akan tewaskan tag team dedak dan badak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pelik kalau sepupu najib pelik. Tak tahulah otak nya dimatikan atau tercicir kat mana. Nak jadi PM? Pemimpin selalu berjuang diatas kebenaran yang dia nie takut menggigil eh poh dah

      Delete
    2. KJ pun sama...ranap tamadun melayu kalau pemimpin tidak utamakan kebenaran tapi mengutamakan munafiqun

      Delete
    3. Kejadian ni lagi PELIK tuan2....

      Yg duit 2.6B.....42 juta tetiba ada dalam akaun tu amat PELIK.

      Pastu pulangkan balik duit tu.....bertambah PELIK.

      Tak tau syarikat Aabar tu rupanya Aabar ciplak.....berganda PELIK

      Tandatangan buta tak baca apa......paling pelik antara yg PELIK.

      Delete
    4. Ni ada satu matematik PELIK untuk pengundi2 Sg Besar dan Kuala Kangsar.

      Sila KIRA berapa JUMLAH BRIM yang kita dapat dalam SETAHUN??

      Cuba KIRA berapa JUMLAH GST yang kita bayar untuk barang keperluan kita dalam SETAHUN??

      JUMLAH yang mana LEBIH BESAR ??

      Tangan kanan MEMBERI, tangan kiri MENGAUT (malah lebih lagi).

      Delete
  3. Mogok umum serentak

    Edar risalah
    Edar media

    Mogok seminggu
    Mogok sebulan
    Mogok setahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju....mari berjuang dari dibodohkan sedemikian rupa. Humbankan semua petualang negara...Humbankan semua yg bersekongkol....ayoh!

      Delete
  4. Aiyaaaaaaa....Orang Melayu rasa lagi pelik kalau mangkuk ni bercita cita hendak jadi pm.

    Dia lah yg menjunjung keris pacak ke langit penuh semangat berkobar kobar. Dia jugalah yg melafaskan sumpah keramat. Diiringi tepukan bak petir sambar menyambar dia terus cium keris tersebut tiba tiba esok pagi dia dah minta maaf.

    Sumpah Pemuda dan sumpah keramat pun masuk ke dalam tong sampah.

    Boleh percaya ker cakap dan sumpah keramat manusia seperti ini?

    Dapat gelaran pun menteri amaran!!!!

    Oiiiii..Cau...Cau...Cau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi berperang di lahad datu pun ajak bini tolong temankan. Berjihad ker tu?

      Delete
    2. Isham bangang. Ni puak2 ni mana ada kote, telor pun senget. Sama bodoh atau lebih bodoh dari jibon. Puak ni nak lawan sapa paling bodoh. Dasar bacul.....

      Delete
  5. Sokong Pas = sokong Umno.

    ReplyDelete
  6. Budin,
    Hishamudin adalah diantara beberapa pemimpin UMNO yang tinggal yang mewarisi kepimpimnan parti ini dan beliau termasuk golongan pemimpin umno yang lemah dan bermasalah dari segi kebijaksanaan dan paling takut untuk mengambil dan membuat keputusan.

    UMNO menjadi lemah dan 'PARIA' disebabkan memiliki pemimpin macam hishamudin ini ,sepatutnya sejak awal awal lagi orang seperti ini tewas dalam pemilihan agung perti umno.

    Pemimpin yang berhati besar dan berAMANAH adalah pemimpin yang berani kerana kebenaran dan mereka sanggup menghadapi risiko bencana dan rintangan demi kebenaran walaupun terpaksa dipecat ini berlaku kepada TS muhyidin ,Shafei Afdal dan Mukhriz Mahathir ,malangnya orang orang macam ini disingkir oleh ahli dan pengikut UMNO yang buta tuli tapi jilat macam pak lahap pemimpin pemimpin korup ,penakut dan kaki ampu macam Hishamudin ,KJ ,Zahid hamidi,Nazri Aziz ,Said kruak dan lain yang akan menjahanamkan UMNO ini lah akhir zaman dimana manusia dah tak dapat beza yang baik dan buruk hanya mahu wang haram untuk kesenangan dan takut dan setia kepada pemimpin zalim dan tidak AMANAH.Wahai ahli UMNO sedar la satu hari akan tiba saat dimana UMNO akan terkubur disebabkan oleh kamu dan pemimpin pemimpin yang cintakan kesenangan dari harta haram dan membela ketua yang rosak.

    ReplyDelete
  7. Budin,
    Hishamudin adalah diantara beberapa pemimpin UMNO yang tinggal yang mewarisi kepimpimnan parti ini dan beliau termasuk golongan pemimpin umno yang lemah dan bermasalah dari segi kebijaksanaan dan paling takut untuk mengambil dan membuat keputusan.

    UMNO menjadi lemah dan 'PARIA' disebabkan memiliki pemimpin macam hishamudin ini ,sepatutnya sejak awal awal lagi orang seperti ini tewas dalam pemilihan agung perti umno.

    Pemimpin yang berhati besar dan berAMANAH adalah pemimpin yang berani kerana kebenaran dan mereka sanggup menghadapi risiko bencana dan rintangan demi kebenaran walaupun terpaksa dipecat ini berlaku kepada TS muhyidin ,Shafei Afdal dan Mukhriz Mahathir ,malangnya orang orang macam ini disingkir oleh ahli dan pengikut UMNO yang buta tuli tapi jilat macam pak lahap pemimpin pemimpin korup ,penakut dan kaki ampu macam Hishamudin ,KJ ,Zahid hamidi,Nazri Aziz ,Said kruak dan lain yang akan menjahanamkan UMNO ini lah akhir zaman dimana manusia dah tak dapat beza yang baik dan buruk hanya mahu wang haram untuk kesenangan dan takut dan setia kepada pemimpin zalim dan tidak AMANAH.Wahai ahli UMNO sedar la satu hari akan tiba saat dimana UMNO akan terkubur disebabkan oleh kamu dan pemimpin pemimpin yang cintakan kesenangan dari harta haram dan membela ketua yang rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, harus ambil kesempatan untuk membuang segala tunggul mati. Hishamudin, Zahid, KJ dan yang lain juga adalah pemimpin tiada pendirian termasuk ketua2 UMNO. Malang lah Melayu jika pemimpin2 begini masih diberikan peluang. Untung tidak malahan rugi.

      Delete
  8. Dont worry be happy,ini pun salah seorang yang mungkin juga yang membawa mala petaka kapada Malaysia.Biar masa menentukan nya.

    ReplyDelete
  9. Lagi pelik jika umno kalah KO dlm prk nanti , manakala Amanah akan ganti Pas nanti, hj hadi pulak kena tendang keluar parti.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila di tendang keluar hari hari dia akan pergi mencandat sotong bersama dengan "ANAK ANTU" nya Din Ayam. Melain kan kalau hari itu Mokhtar Senik meramal kan melalui "CHAI" bahawa sotong berkurangan di hari tersebut.

      Delete
  10. Dia digelar si shima lembut
    Jadi pemimpin bersifat takut
    Bersumpah keramat tak boleh ikut
    Dia ni rangup seperti biskut

    Kempen Tun dia pun pelik
    Rasa kerongkong bagai tercekik
    Tuduhan DAP amatlah molek
    Dia tak tahu rakyat dah celik

    Nampak dangkal bodoh dan bangang
    Tun kempen dia tercengang
    Sepupunya khianat negara berhutang
    Itu pun dia buat tak pandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun mengena Bro, good job!

      Delete
  11. Tahniah pantun drp en. FanTun. Inilah shima bongok. Atau hisamudin auwww. Huhu. Ada hati nk jadi pm. Cermin diri lah oiii. Jadi pm ni pesaka bapak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyata nya banyak hal lagi yang Hishamuddin tak faham pasal kemaslahatan rakyat... tapi yang dia tahu itu pasal penyelewengan Ahjibgor dia buat macam tak kenal apa itu kejahatan. Kebenaran telah dia buangkan di tepi jalan - dia faham main politik kuasa saja!

      Delete
  12. Tak de yg pelik...mana ada menteri Umno yg cerdik???semua bangang sebab termakan dedak...yg pi oxford pun selepas makan dedak jadi bangang..apa nak heran ngan Hisahmudin ni...cousing sendiri jadi penyamun dia tak heran...

    ReplyDelete
  13. Yang lebih peliknya dia berkempen untuk balu pemimpin umno yang bukan asalnya orang kk, macam dah takde orang lain,betul2 nepotisma tidak memberi jalan langsung pada yang lain eh macam sama pulak ya,sama pelik dia tu sepupu pm, jika apapun pm buat mestilah betul, lagi2 dalam keadaan pm sekarang,lindung jangan tak lindung.. Yang lain tu yang dah lama tu cukup2 la jadi barua, bagi la peluang orang2 muda jadi pemimpin barulah malaysia jadi lebih dynamik, ini muka2 lama tu jugak , kami dah jemu tenguk muka toya, muka samseng, muka penyamun,muka meloya. Kami dah meluat sangat ni, cepat2 la pergi.
    Ingatan juga pada pemakan2 dedak, wang diterima tu adakah wang telah diberi secara ikhlas dan wang halal? Jangan kerana wang roh tergadai.jagalah mertabat orang islam, jangan kerana wang kita sanggup jual diri dan maruah, yang haram tetap haram.

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan anon 6.11, tandatangan Deklarasi Rakyat iaitu bantahan secara aman pun gigil ni pula turun demonstrasi atau bantahan jalanan...tapi cadangan anon 5.56 pun boleh dipertimbangkan kerana masih dalam kerangka bantahan cara aman tapi kerana akta MKN (NSC) telah diwartakan mungkin diguna untuk isytihar darurat maka mungkin bermaharajalelalah lanun yang akhirnya rakyat terpaksa keluar ke jalanraya seperti yang pernah berlaku di Filipina,Indonesia,Thailand dll yang makan korban nyawa
    Tapi jangan lupa percaturan kuasa besar
    Amerika.. seperti yang berlaku di Mesir, rakyat melakukan spring
    akhirnya naik kerajaan boneka Amerika juga..
    Adalah diharapkan DR berjaya disampaikan pada YDP Agong dan Majlis Raja Raja untuk tindakan yang bersesuaian demi menyelamatkan Malaysia dan generasi akan datang.




    ReplyDelete
  15. Muhyiddin pi mana? Senyap jer. Pi uzlah ke umrah? Shafie dah turun sg besar buat u turn. Hihi. Muhyiddin tak turun sg besar k.kangsar ker? Takot atau malu. Hihihi. Saja tanye jgn marahh. Kalo nk berjuang mesti berani mcm tun mahadir mat sabu kit siang dll. Jgn mcm chipsmore. Kejap ado kejap hilang. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang tak blh harapkan org2 cam muhjiddin & shafie afdal ni. Kejap ada kejap takde.... lg2 si shafie tu memang jenis pemimpin penakut

      Delete
  16. Bro. Muhyidin ni tak pernah susah. Habis belajar join umno. Jadi mb johor. Pastu menteri pulak. Tpm pulak. Aku tak caya dia boleh berjuang utk rakyat. Maaf cakap. Bye muhyidin. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedakpunyapasei he he he!!!

      Delete
    2. Dedakpunyapasei he he he!!!

      Delete
    3. Tsmy ... dsmm...dssa...masih ahli umno rasa tak molik berkempen untuk pembangkang secara terus....ketiga tiga mempunyai cara berbeza menjatuhkan najib...ni pendapat

      Delete
    4. Betul... mula2 ingatkan muhyiddin ni jenis fighter & consistent lawan najib... tp bila rakyat dah letak harapkan tetiba dia jd slow and tenggelam timbul. Pemimpin cam ni tak blh ikut sbb jenis takde pendirian

      Delete
  17. Bodohnya manusia ini Tun sokong Amanah sebab ia pembangkang Pas pula ialah sahabat umno siapa nak sokong hailah menteri sebab tak fahamlah yg dia org ni sokong Rm2.6b sapu duit 1mdb termasuk perompak penyamun dan perasuah kesian bn dan umno

    ReplyDelete
  18. Bodohnya manusia ini Tun sokong Amanah sebab ia pembangkang Pas pula ialah sahabat umno siapa nak sokong hailah menteri sebab tak fahamlah yg dia org ni sokong Rm2.6b sapu duit 1mdb termasuk perompak penyamun dan perasuah kesian bn dan umno

    ReplyDelete
  19. Tiga perkara yg merosakkan agama. Pemimpin yg zalim. Ulamak jahat dan mujtahid yg jahil - Hadith. Now negara kita dah alami keadaan ini. Wallahu aklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong 100%!Mereka adalah taukeh candu.Bab menyatakan kebenaran,...mereka kata no komen...itu politik punya hal.Bab bercakap pasal surga...itulah bidang kepakaran mereka.Adakah semua ulamak di Tanah Melayu ini adalah ahli surga,...walaupun mereka tidak menentang rompakan yang dilakukan oleh pemimpin dan kuncu-kuncunya?Jawapanya adalah,...ya.Surga yang mereka ciptakan.

      Delete
  20. Dia org mcm dah ade semangat - alang2 dah jahanam, mari hancurkan... aduhai pak menteri oiii...

    ReplyDelete
  21. And what you have missed saying dear Shah is the following strange thing happening among some Malays including an umno person such as that minister in your piece above: that that president of them appears to be bigger than Malaysia, the Malay ummat and the like to the point that he needs to suffer no consequences from the very debacle which he has brought this nation into as a result of the 1MDB never ending and extremely pathetic saga!

    Betullah kata orang, kuman di seberang laut nampak jelas, gajah di depan mata...

    And that statement pelik of his comes from someone who is supposed to have some prime ministerial qualities in him? We Malaysians are really so lucky!

    I want to puke.

    ReplyDelete
  22. Halim rushdie. U kata kat sapo makan dedak? Muhyddin ker. Hihi

    ReplyDelete
  23. Apa yang nak di pelik kan kerana wajah nya sendiri mengambar kan "KEPELIKAN"

    ReplyDelete
  24. Yang lebih peliknya dia berkempen untuk balu pemimpin umno yang bukan asalnya orang kk, macam dah takde orang lain,betul2 nepotisma tidak memberi jalan langsung pada yang lain eh macam sama pulak ya,sama pelik dia tu sepupu pm, jika apapun pm buat mestilah betul, lagi2 dalam keadaan pm sekarang,lindung jangan tak lindung.. Yang lain tu yang dah lama tu cukup2 la jadi barua, bagi la peluang orang2 muda jadi pemimpin barulah malaysia jadi lebih dynamik, ini muka2 lama tu jugak , kami dah jemu tenguk muka toya, muka samseng, muka penyamun,muka meloya. Kami dah meluat sangat ni, cepat2 la pergi.
    Ingatan juga pada pemakan2 dedak, wang diterima tu adakah wang telah diberi secara ikhlas dan wang halal? Jangan kerana wang roh tergadai.jagalah mertabat orang islam, jangan kerana wang kita sanggup jual diri dan maruah, yang haram tetap haram.

    ReplyDelete
  25. Calon bn datin mastura kata nk tanya olamak hukum keluar mengundi bg balu dlm edah. Hihi. Kelakor. Sebenornye jadi calon pon tak layak. Kalo i jadi presiden umngok dia senarai ke 100. Hihi. Kalo tanya harussani dia kata balu jadi calon haruss. Keluar undi lagi ke wajib. Harussana harussini. Bila mau pencen. Jadi mufti sampai mati ker?? Kesiannn. Kahkahkah

    ReplyDelete
  26. Hisham ni nasiblah arwah bapak dia bekas PM ..kalau tak lama dah kena tempeling kat org. Bodoh macam tu nak jadi PM. Jangan terkejut bro. Dalam UMNO ni boleh berlaku. Org melayu di agungkan anak bekas pemimpin. Sekarang ni balu bekas pemimpin pun org angkat. DALAM UMNO NI SEMUA PUN BOLEH !!!!

    ReplyDelete
  27. Tuan Budin. Sekarang nama menteri umno/bn je,mmg pelik sb deria rasa malu dah hilang

    ReplyDelete
  28. Tuan Budin. Sekarang nama menteri umno/bn je,mmg pelik sb deria rasa malu dah hilang

    ReplyDelete
  29. Keris mereka lebih besar daripada hang punya hingga mereka nak hendak hunus macam hang pun bermasalah kerana keris terlalu besar! Dengan itu mereka terpaksa julang keris besar itu macam menjulang cangkul.

    Mungkin mereka nak bukti kepada hang bahawa dalam bab menghunus keris ni depa lebih hebat darpada hang kot?

    Masih tak cukup punya sarkas, timbul pula lepas tu 4 orang fancy-dress-party-goers yang bersinonim dengan watak-watak Wak Mustarjo dan 3 orang pedekar seperti dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

    Gerenti hang sendiri pun senyum sinis melihat gelagat mereka, kerena beria-ia hendak membuktikan kepada hang bahawa mereka sebenarnya berjiwa UMNO.

    Hanya orang yang pelik dan sewel macam hang saja yang berkata mereka tu adalah orang-orang PAS, mereka itu adalah pembangkang.

    Hanya orang waras sahaja akan berkata kelibat mereka mirip tak lain dan tak bukan kepada hasil daripada orang-orang yang telah makan dedak.

    Dengan itu mereka sekarang adalah penyokong-penyokong UMNO dan tanpa syak lagi jauh sekali mereka bersifat pembangkang.

    Masuk akei ke untuk Dr M sokong mereka?

    ReplyDelete
  30. Isham ni dulu masuk mckk,lepas tu homesick...asyik nangis kat hostel.....
    Abah dia tu jam pm,ambek balik hantar pergi london....org mcm ni nak jadi pm ? Ptuiiiii....
    Satu malapetaka utk negara melantik Isham bacul ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu lsham skrng ni Shima...auwwwww...auwwwww

      Delete
    2. Oiiiii shima. Terima lagu "TERINGIN" ini untuk mengubat hati dikala duka dan lara.

      Semuga terhibur...

      Delete
  31. mufti Perak pelik. cina Bela soap bagi Kereta met lagi

    ReplyDelete
  32. HAHAHAHA.........Saya gelihati betul tengok
    tajuk-tajuk blog PROJIB - semuanya dah macam
    CACING KEPANASAN bila Tun turun berkempen di
    Sg.Besar dan Kuala Kangsar. Bukan blog-blog je
    dah merapu-rapu, Hishamuddin, Zahid Komidi semua
    nya dah mula bertandak kepanasan.
    Dengan orang tua 91 tahun yang baling gelas pun gtak
    pecah lagi sudah nyanyok pun boleh buat mereka
    bertandak!...memang lucu sangat baca tajuk-tajuk
    blog mereka.
    SERUPA DAN SAMA!!!
    Agak-agaknya dapat skrip daripada Saleh Krook.

    ReplyDelete
  33. Salam semua pembaca,

    Syabas saudara Budin terhadap jawapan yg diberikan, tepat faktanya.

    Datuk Hisham..anda dibesarkan di kws perumahan taman sentosa, Larkin,JB.Masyarakat pinggiran JB di situ yg sosiolisasi sesama sendiri mereka agak kurang tidak akan dapat mengajar anda utk menyelami perit hidup sebagai masyarakat kg.Perkara ini anda kena akur.

    Oleh itu jika anda ada visi nak jadi PM yg berjaya buangkanlah status kebangsawanan yg ada dlm diri anda, perlu sanggup tanggung risiko dan keberanian(tapi saya tak fikir anda berani)utk menegur penyelewengan Najib.
    Yakinlah kpd ketentuan Allah ia berkuasa melakukan apa saja yg dikehendakiNya.

    ReplyDelete
  34. Salam semua pembaca,

    Syabas saudara Budin terhadap jawapan yg diberikan, tepat faktanya.

    Datuk Hisham..anda dibesarkan di kws perumahan taman sentosa, Larkin,JB.Masyarakat pinggiran JB di situ yg sosiolisasi sesama sendiri mereka agak kurang tidak akan dapat mengajar anda utk menyelami perit hidup sebagai masyarakat kg.Perkara ini anda kena akur.

    Oleh itu jika anda ada visi nak jadi PM yg berjaya buangkanlah status kebangsawanan yg ada dlm diri anda, perlu sanggup tanggung risiko dan keberanian(tapi saya tak fikir anda berani)utk menegur penyelewengan Najib.
    Yakinlah kpd ketentuan Allah ia berkuasa melakukan apa saja yg dikehendakiNya.

    ReplyDelete
  35. Hishamuddin tak layak menjadi yang hanya senyum melihat sepupunya Najib melakukan banyak kemungkaran di Negara ini, hanya berdiam dan membisu bererti bersetuju dan redha dengan kejahatan yang dilakukan oleh sepupunya sendiri,,apakah jenis menteri yang begini rupa kita boleh harapkan...!!!!

    ReplyDelete
  36. ....x lama dah tu....mudahan akan ada prk diSembrong pulak lpas ini...semoga x pelik jika benar berlaku pun...

    ReplyDelete
  37. kalau bercerita bab politik semua berapi.....sembang ja deras....knapa janda tu jd calon pun xleh nak tangkap....kalau janda tu menang secara x langsung bukak jalan tuk mak badak jd PM....jangan tkejut kalau janda tu menang seminggu lepas tu org jumpa bugis warrior dlm tong n mak badak pun diangkat jadi PM sebagai mewarisi takhta mendiang suami mak badak....

    ReplyDelete
  38. Setuju sgt dgn kata-kata pemimpin umno skrng ni semuanya bodoh dan pembodek. Tiada seorang pun yg jadi wira pembela rakyat.
    Wira pembela rakyat yg sebenarnya ialah pemimpin umno yg dipecat dulu tu. Mereka ini berani kerana benar.
    Legasi Najib semuanya wayang dan bertopengkan syaitan.
    Bercakap tidak ikut kejujuran hati.
    Sampai bila rakyat nak diperbodohkan oleh mereka ini.
    Segeralah bangkit dan menghapuskan legasi Najib.
    Jika tidak....Malaysia ini akan jadi boneka dan rakyat terus tertindas secara terhormat.

    ReplyDelete
  39. Setuju sgt dgn kata-kata pemimpin umno skrng ni semuanya bodoh dan pembodek. Tiada seorang pun yg jadi wira pembela rakyat.
    Wira pembela rakyat yg sebenarnya ialah pemimpin umno yg dipecat dulu tu. Mereka ini berani kerana benar.
    Legasi Najib semuanya wayang dan bertopengkan syaitan.
    Bercakap tidak ikut kejujuran hati.
    Sampai bila rakyat nak diperbodohkan oleh mereka ini.
    Segeralah bangkit dan menghapuskan legasi Najib.
    Jika tidak....Malaysia ini akan jadi boneka dan rakyat terus tertindas secara terhormat.

    ReplyDelete
  40. Woi korang yang kutok2 aku sume..abang jib aku akan pastikan..dengan kuasa cash is king dan cincin rosie of the ring..aku..aku..SHIMA..(sebut betul2) akan dilantik jadi Piem a.k.a new king..jage korang!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...