Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkempen secara terbuka pada hari Sabtu di Sungai Besar dan Ahad di Kuala Kangsar ternyata memberi impak yang baik kepada harapan kemenangan calon Amanah pada pilihanraya kecil 18 Jun ini.
Berdasarkan pengamatan rakan-rakan yang berada di kedua-dua kawasan tersebut, mereka melihat kehadiran Tun Mahathir telah memberi kesan lebih baik kepada calon Amanah dan seterusnya menggugat harapan BN untuk mengekalkan kemenangannya.
Kata mereka, pengundi bukan Melayu yang majoritinya memang tidak bersama BN dan kerajaan selama ini akan lebih melimpah sokongan mereka kepada Amanah selepas kehadiran Tun Mahathir bersama kelompok kaum itu.
Ini kerana pengundi bukan Melayu sememangnya lebih mengkagumi dan cenderung mempercayai kata-kata bekas Perdana Menteri selama 22 itu berikutan dasar ekonomi yang pro kepada kaum tersebut sepanjang pemerintahannya.
Dengan kata yang mudah, bukan Melayu lebih percaya dan yakin serta terhutang budi kepada Tun Mahathir berbanding Najib.
Pengundi Melayu turut dikatakan mula berbelah bagi dengan kehadiran dan sokongan terbuka Tun Mahathir kepada calon Amanah berikutan logik yang diberikan olehnya amat mudah difahami iaitu kekalahan calon BN tidak sama sekali menyebabkan kerajaan bertukar, sebaliknya hanya bertujuan menghantar mesej penolakan rakyat terhadap Najib semata-mata.
Mereka juga percaya, pertambahan dua Ahli Parlimen kepada Pakatan Harapan melalui kemenangan dalam pilihanraya kecil ini tidak memberi banyak kelebihan kepada gabungan itu, tetapi ia mungkin mampu memberi sinar harapan yang lebih baik kepada masa depan rakyat dan negara.
Kata rakan yang dihubungi itu lagi, memang ramai pengundi yang ingin bersama-sama untuk menghantar mesej penolakan itu kerana kebanyakannya turut lemas dengan pelbagai isu berkaitan Najib yang terdedah satu demi satu sejak kebelakangan ini.
Secara umumnya, ramai pengundi bersungut bahawa sampai bila rakyat harus dihidangkan dengan cerita-cerita buruk mengenai Najib yang dari segi jangka panjangnya memang menjejaskan nama baik negara dan tidak memberi tekanan kepada rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Oleh itu, kemungkinannya ialah lebih ramai rakyat yang akan mengundi Amanah apabila melihatkan kesungguhan dan sokongan terbuka yang telah ditunjukkan oleh Tun Mahathir sepanjang sehari suntuk berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Dalam keadaan ini, selain jentera Pakatan Harapan perlu meneruskan kempen seperti biasa sehingga hari pengundian pada 18 Jun, diyakini juga bahawa kelebihan akan terus memihak kepada calon Amanah sekiranya Tun Mahathir dapat didatangkan sekali lagi ke kedua-dua kawasan tersebut.
Tarikh yang paling baik untuk Tun Mahathir datang kembali ialah sehari sebelum pembuangan undi sama ada berucap dalam ceramah yang diadakan secara besar-besaran atau beramah mesra dengan pengundi di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kubu kuat UMNO.
Kehadiran kali kedua beliau ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar pasti menjadikan hasrat untuk menghantar mesej penolakan rakyat terhadap Najib lebih mudah lagi menjadi kenyataan.
Pemimpin dan menteri-menteri UMNO juga jelas gusar dan panik dengan kehadiran kali pertama Tun Mahathir dengan pelbagai serangan cuba ditujukan kepadanya, tetapi dengan hadir sekali lagi barangkali juga akan membuatkan mereka terus "mengigau" dan "meracau-racau" macam cacing kepanasan tetapi tidak satu pun menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan. (SH 12/06/2016).
Setuju dgn Budin.... Tun M memang perlu hadir ke dua2 kawasan itu sekali lagi..tolong Tun M datang lagi ..nampaknya pengundi2 lebih percaya kepada Tun M..
ReplyDeleteBila datang yg benar yg bathil pasti akan hancur.
DeleteKalau sesat di hujung jalan boleh balik ke pangkal jalan.
Sayangnya bila dah sesat ingin pula menyesatkan orang lain. Inilah hakikat bodoh sombong
Akhir zaman yang amanah nak julang Islam berdasarkan al-Quran dikatakan khianat,yang berpolitik Islam berideologi akal dikatakan benar itu bila kita tinggalkan wahyu Allah dan Hadith Nabi s.a.w yang benar jadi salah yang salah jadi benar kerana fikrah Dajjal telah menguasai umat manusia apabila Al-Quran,Hadith,Ijmak Ulamak dan Qias ditinggalkan kerana manusia akan menghalalkan cara demi mencapai matlamat.Dulu Mat Sabu dan Lim Guan Eng ditahan ISA era Mahathir sekarang lawan menjadi kawan dan menolak Islam serta bersengkol dengan DAP.Allahyarham NIk Aziz melalui saluran politik Islamlah dapat menghapuskan arak dan judi dengan kuasa yang terhad dan dihlaang mahathir untuk melaksanakan hudud di Kelantan dengan menuduh hudud Pas.
DeleteNurbaiti Ramli,
DeleteMana ada amanah dalam kepimpinan PAS kalau pemimpin utamanya boleh terima dan berkerjasama dengan seorang manusia yang diamanah menjadi pemimpin negara tapi menyeleweng wang rakyat melalui 1MDB.
Jangan cakap pasal alquran ,hadis ,ijmak ulamak dan kias kalau ulamak pun berlumba lumba berkecimpong dalam politk negara yang terpaksa bergelumang dengan najis politik demi kuasa dan habuan dunia,sehingga tiada beza antara antara bathil dan kebenaran dah jadi dipandang sama.
Hudud PAS memang tak sempurna kerana bukan hudud sebenar ,hudud sebenar berkonsepkan Allah tuhan sekian alam bermakna bila hukum Allah jatuh maka wajib dipakai kepada semua insan ,bukan hanya pada melayu bukan melayu tak yah apa ini ,dah jadi zalim.
Tidak menjadi kesalahan kalau mat sabu ,guan eng dan mahathir berkerjasama untuk menahan pemimpin mungkar dunia akhirat yang merosak negara dengan melakukan penyelewengan.
nurbait ramli masih tak sedar dan paham apa yg sedang berlaku skrg. maafkan lah dia.
DeleteNurbaiti ramli apa punya manusia hang ni? Hang pi lah jadi bini muda hadi awang tu. Sesuai sgt lah hangpa berdua ni
DeleteSetuju dgn Budin.... Tun M memang perlu hadir ke dua2 kawasan itu sekali lagi..tolong Tun M datang lagi ..nampaknya pengundi2 lebih percaya kepada Tun M..
ReplyDeleteDalam usia yg begitu lanjut Tun Mahathir masih sudi membantu kita walhal beliau boleh memilih untuk berehat saja bersama anak cucu dan membuat kerja2 yg beliau sukai tanpa perlu memeningkan kepala beliau.
ReplyDeleteSayangnya masih ramai lagi di kalangan kita orang2 Melayu yg masih tidak sedar diri lagi.
Masih memilih untuk besikap tidak apa sepanjang masa.kita cuma sedar bila terantuk baru tergadah.
sebab beliau sayangkan tanahair
Deleteapa yg beliau lakukan dari beliau masih kecil pd zaman penjajah hinggalah sekarang , semua utk Malaysia
Anon 23.32,
DeleteSeorang menteri lemah akal iaitu Ismail Sabri bertahu Tun M mengkianati melayu dengan kerjasama dengan pembangkang,tapi yang siNajib berkerjasama dengan Jho low untuk mencuri wang negara melalui jaminan kerajaan dan guna 1MB pada kejadahnya ,ini lebih daripada pengkianat pada negara ,bangsa dan agama islam.
Setelah gagal nak menyamun telaga minyak terengganu atas nasihat Jho low ,Najib dan Jhgo low berkerjasama pula dengan kapitalis YAHUDI sekular iaitu GOLDMAN SACH untuk hutang bank seluruh dunia menguna jaminan rakyat malaysia(kerajaan) dan hutang ini akan ditanggung kemudian oleh rakyat malaysia ,tapi wang hutang berbillion dollar dilesap oleh najib dan kumpulan kapitalis sekular ini yang berkiblat di New York dan London. Ini la dia wahai Ismail Sabri pengkianat negara sebenar iaitu Najib kalau kamu bodoh dan lembab.
Sebenarnya Isamail sabri dan lain lain menteri najib adalah pengkinat melayu dan bangsa malaysia kerana cover Najib.
Anon 23.32,
DeleteSeorang menteri lemah akal iaitu Ismail Sabri bertahu Tun M mengkianati melayu dengan kerjasama dengan pembangkang,tapi yang siNajib berkerjasama dengan Jho low untuk mencuri wang negara melalui jaminan kerajaan dan guna 1MB pada kejadahnya ,ini lebih daripada pengkianat pada negara ,bangsa dan agama islam.
Setelah gagal nak menyamun telaga minyak terengganu atas nasihat Jho low ,Najib dan Jhgo low berkerjasama pula dengan kapitalis YAHUDI sekular iaitu GOLDMAN SACH untuk hutang bank seluruh dunia menguna jaminan rakyat malaysia(kerajaan) dan hutang ini akan ditanggung kemudian oleh rakyat malaysia ,tapi wang hutang berbillion dollar dilesap oleh najib dan kumpulan kapitalis sekular ini yang berkiblat di New York dan London. Ini la dia wahai Ismail Sabri pengkianat negara sebenar iaitu Najib kalau kamu bodoh dan lembab.
Sebenarnya Isamail sabri dan lain lain menteri najib adalah pengkinat melayu dan bangsa malaysia kerana cover Najib.
En. Roslan .
DeleteSaya ingin menambah lagi salah laku Najib sebagai pengkhianat Negara .
Bukan saja dia bersekongkol dengan Jho Low , tetapi di lelongnya Tanah kerajaan ia itu Bandar Malaysia kat syarikat dari Cina .
Tak cukup dengan menjual Tanah , di jualnya EDRA juga kepada syarikat dari Cina . Elok elok syarikat yang berada di bawah EDRA di punyai olih rakyat Malaysia , tup tup dah jadi syarikat Republik Rakyat Cina . Konon nak selesaikan hutang 1MDB , la ni hutang 1MDB tak juga selesai .
ayuh terus lemaskan amno jnagn bagi tali lagi
ReplyDeletetanpa amno hidup lebih bermakno
inagt amno ingat gst
geng suka tipu
Jenis manusia yang benci hudud memang tidak boleh dipercayai, hukum Allah pun dimainkan, yang lain-lain tak ada maknanya
DeleteSiapa yang benci hudud Tuan ,yang di benci hudud ciptaan PAS yang penuh penipuan dan tidak ada keadilan tolong faham ,Hukum allah swt sempurna tiada beza untuk melayu dan bukan untuk kafir kerana konsep allah swt adalah tuhan seluruh alam ,makna kalau jatuh hukum allah akan jauth pada semua insan ,jadi kalau rasa tak mampu takzir seperti diajar dalam mazhab 4 al sunnah.Jangan ditipu oleh ahli agama suk.
DeleteOrang islam wajib percaya hukum islam..tapi di negara kita ni adakah boleh adil..takutnya rakyat miskin la yg terhukum..
DeleteSekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.
ReplyDelete“Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun,” kata Ahmad Maslan
seperti biasa ahmad maslan tersasar
ReplyDeletePerjuangan TDM adalah mewakili suara rakyat yg majoritinya malu dan marah kerana maruah negara kian membusuk di persada dunia.
ReplyDeleteKenaikan kos barangan begitu dirasai sejak gst di laksanakan. Peluang pekerjaan kian tipis.
Penipuan demi penipuan dilakukan oleh mereka yg rakyat beri amanah utk mentadbir negara. Apakah perkara ini harus dibiarkan berlaku begitu saja? DI MANA MARUAH KITA SEBAGAI WARGANEGARA?
FAHAM DAN FIKIRKAN YG TERBAIK.....
Aku setuju ngan kau Din. Kalau kesihatan Tun mengizinkan, dijemput sekali lagi berkunjung ke SB dan KK. Kasi tapau BN kaw kaw..
ReplyDeleteUndi BN umpama membenarkan segala tindak-tanduk kesalahan Najib Razak sebaliknya jika kita undi Amanah maka pembaharuan akan muncul dan kemungkaran yang selama ini dilakukan oleh keldai-keldai asuhan Najib dapat kita sama sama membanteras dan kita dapat melenyapkan rasuah di bumi Malaysia yang tercinta ini,,insya'allah say no to BN & say no to 1MBD & say no to Jho Low brengsek
ReplyDeleteTak tido mlm geng2 Hamno kah kah kah
ReplyDeleteDia orang ini mana pernah tidur malam pun asyik berfikir nak cari jalan mcm mana nak tipu rakyat di prk kuala kangsar dan sg besar.
ReplyDeleteKalah saja bn di dua kawasan ni runtuhlah tembok kesombongan mereka selama ini.
Ajal mereka dalam pru 14 nanti bakal tiba.
Prk kali ini adalah ibu segala pilihan raya kpd bn dan kekasihnya pas.
Pilihanraya kali ini ada pertembungan di antara rakyat dgn najib serta barisan menteri2 1MDB.
Piliharaya kali ini menuntut kembali kuasa rakyat dikembalikan semula kpd rakyat. Tak payah nak buat undang2 baru untuk rskyat seperti sosma pota dan sebagainya.
Rakyat pun nak buat undang2 podah!!! Kpd pemimpin yg tidak sedar diri dan mencuri harta benda rakyat.
Rakyat masih ingat bagaimana nazri aziz tunjukan isyarat lucah kepada rakyat.
Kami tidak pernah lupa dan tidak akan lupa selama lamanya
ayoh...kita tumbang kan umno. najib adalah pengkuanat negara. menteri2 najib tahu najib seorang pencuri dan penipu. tapi d sebabkan kedudukan dan kemewahan yg d kecapi oleh menteri2. mereka sokong seorang pengkianat negara. inulah menteri2 umno.
ReplyDeleteTuhan makbulkanlah doa rakyat yang teraniayaa..tumbangkanlah BN Umno.Aminnnn
ReplyDeleteWahai org melayu di kk dan sg besar dengarlah nasihat bekas pm 22tahun bahawa org umno yg jadi pemimpin sekarang ini amat memalukan rasuah penyangak seluruh dunia puntahu maka hancurkan bn umno dlm prk ini agar mereka sedar ayuh tun teruskan aura tun madih berbisa
ReplyDeleteWahai org melayu di kk dan sg besar dengarlah nasihat bekas pm 22tahun bahawa org umno yg jadi pemimpin sekarang ini amat memalukan rasuah penyangak seluruh dunia puntahu maka hancurkan bn umno dlm prk ini agar mereka sedar ayuh tun teruskan aura tun madih berbisa
ReplyDeleteJangan BERANGAN MAT JENIN....ORANG MELAYU DAN CINA HARI NI PERLUKAN DUIT UTK MAJU KEDEPAN...Kami orang orang UMNO tidak gusar dgn KEHADIRAN TUN...dia tidak ada DUIT...datang dengan TANGAN KOSONG...NAJIB datang dengan kata kata dan tangan yg penuh DUIT...cukup ke dgn BERBUAL KOSONG...CUKUP KE DENGAN JERITAN...CUKUP KE DENGAN JANJI KOSONG...CUKUP KE DENGAN HANYA BERKUMPUL BERAMAI RAMAI.? Kami di sungai besar di layang dgn wang laaa...bukan di layan dgn BERARAKAN.
ReplyDeleteOrang SB dengan KK semua ahli Umno ke? Semua gila duit ke? Semua makan dedak ke?
DeleteMahatma Gandhi dulu pun hanya berbekalkan seruan dan semangat juang yang tinggi. Tak tabur duit walaupun majoriti orang India adalah fakir miskin yang mana duit adalah senjata utama tetapi gerakan beliau berjaya sehingga British berjaya diusir dan India dimerdekakan.
Martin Luther King tak pernah tabur duit dan sogokan untuk menjayakan civil right movement. Berbekalkan oratory yang menjadi senjata utama beliau, orang kulit hitam tidak lagi dipinggirkan dan dilayan seperti rakyat kelas dua dengan tertubuhnya undang-undang civil rights yang menghapuskan sistem pengasingan.
Ya orang Melayu dengan Cina memang perlukan duit tapi duit bukan segala-galanya. Orang Melayu dan Cina perlukan duit tapi bukan cara mengemis kepada orang kaya. Mereka boleh mencari nafkah sendiri dan kerajaan hanya perlu wujudkan peluang pekerjaan persekitaran ekonomi yang sihat bagi rakyat untuk mencari rezeki. Bukannya tabur duit every now and then to buy loyalty. Yang lebih penting bagi mereka adalah untuk mewariskan bumi Malaysia ini kepada anak cucu mereka dalam keadaan aman dan sejahtera ekonominya tanpa dibebani hutang yang 7 keturunan belum tentu habis bayar..
Din, betoi apa yg hang kata...kita berdoa agar Allah beri kekuatan pada Tun untuk terus turun padang bagi mematikan najib and pencacainya.
ReplyDeleteAku berharap dan menyeru pengundi di KK and SB utk pangkah calon amanah and not UMNO or PIS.
Zahid Jawa dah gelabah bila press tanya pasai 230 juta duit dia...ha ha ha.
Kepada go fly kite...today Isnin and ESOK SELASA...
RM230 juta tu commission kot?
ReplyDeleteTetapi kerajaan masih kata tak ada bajet. Ketua ketua jabatan kerajaan kalau mesyuarat pun bawa air sendiri.
Tapi kalau menteri2 atau ksu bermesyuarat siap panggil catering lagi.
Roslan Othman 0050,hang cakap dengan puak-puak yang telah dimandrumkam oleh perosak negara macam tuang air atas daun keladi,tak berkesan.Dari yang terpelajar mereka telah jadi yautoon,apabila jin duit telah mengoda.punah segala-galanya walau pun agama tinggi.
ReplyDeleteAyuh pengundi2 di SB & kk.
ReplyDeleteSetelah tun sendiri yg di sanjung selama ini telah menyokong parti Amanah...maka saya & 7 klrga terus akan mengundi parti Amanah
Tak perlu nk fikir2 lagi dah.
Pemimpin & Pdntadbiran korup perlu diajar.
Ayuh pengundi2 di SB & kk.
ReplyDeleteSetelah tun sendiri yg di sanjung selama ini telah menyokong parti Amanah...maka saya & 7 klrga terus akan mengundi parti Amanah
Tak perlu nk fikir2 lagi dah.
Pemimpin & Pdntadbiran korup perlu diajar.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa sejak DAP di bawah pemerintahan Ketua Menteri Lim Guan Eng pelbagai masalah berlaku di negeri berkenaan.
ReplyDeleteSebaliknya, di Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS tidak pernah menghadapi masalah, katanya.
“Kita buktikan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu. Sepanjang kita urus tadbir, tiada pemimpin yang terlibat rasuah dengan banglo dan tanah. Ini kejayaan bahawa kita betul-betul bersih.
“DAP perintah Pulau Pinang dah berlaku macam-macam. Ia memberi isyarat untuk PRU akan datang. Kita dah berapa penggal perintah Kelantan, tapi tidak ada apa yang berlaku,” katanya ketika berucap di Restoran Kuala Kurau, yang dihadiri kira-kira 200 orang pengundi Sungai Besar, semalam.
Ahli Parlimen Marang itu berkata itu sebabnya PAS perlu dipilih bagi memberi isyarat kepada kerajaan persekutuan untuk PRU akan datang.
“Yang mampu membuat perubahan adalah PAS bukan AMANAH dan DAP,” katanya.
Hadi turut menyatakan antara punca kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak ialah beberapa pemimpin dalam kalangan gabungan tiga parti itu memakan dedak.
“Kejatuhan Perak di bawah Pakatan Rakyat bukan sebab wakil PAS tetapi wakil rakan-rakan kita yang makan dedak.
“Kita beri jaminan wakil kita akan akur pada tanggungjawab. Perkara yang betul kita sokong walau siapa kerajaan. Salah kita lawan,” katanya.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
ReplyDeleteBeliau yang ditemui ketika berkempen bagi calon AMANAH di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti AMANAH untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju AMANAH untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.
Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.
Pada PRK itu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukur selaku pengerusi AMANAH Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16% pengundi Melayu, 30.70% pengundi Cina, 1.92% pengundi India dan 0.22% pengundi kaum lain.
Saudara Admin Budin, betul.kita benci Najib.betul kita nak negara ni dipimpin melayu berjiwa ikhlas, bersih dan berwawasan..tapi tahukah apa yg sesang kita lakukan kpd masa depan tanahair melayu ini dgn bersepakat bersama DAP? berbaloikah menyertakan DAP ultra kiasu?
ReplyDeleteAku dah biasa dengar teori DAP tak akan boleh berkuasa. Kalau dia tak boleh berkuasa cuba baca apa tujuan dia ditubuhkan. Apa visi dan misi depa masuk politik? Baca semua sejarah perjuangan DAP yg taklah lama sgt mereka dah mahu hakis keistimewaan melayu dan campur hal agama suci kita.
Biar aku cerita kat kamu semua....FASA 1, DAP ditubuhkan dan dijelmakan dlm rupa demokratik. Mereka dah berjaya dan terus semakin menjadi kuat dikalangan bangsa cina.
Fasa 2, Depa hari ni mmg nampak tak mgkin berkuasa penuh tapi depa dah mula boleh diterima oleh melayu dgn dibantu oleh pemimpin dan parti melayu yg kecewa, sudah dikira kemenangan awal DAP utk fasa ini.
10-20tahun lagi, DAP akan berusaha wlwpun terpaksa berlakun, DAP akan jadi parti penentu kpd kuasa melayu mana yg akan berkuasa. Itulah kemenangan fasa ke3.
Fasa 4, depa akan jadi semi-berkuasa. DAP akan mengugut parti melayu yg berkuasa pd masa itu atas sebab sokongan kerusi parlimen DAP, sekiranya tak mahu DAP beralih ke parti melayu yg lain maka parti berkuasa mesti ubah perlembagaan. Tambah keistimewaan cina dan kurangkan keistimewaan melayu. Termasuklah artikel 153 akan diminta diubah. Itu adalah kemenangan FASa 4. Akan ramai lagi cina menyokong DAP. Melayu semakin berpecah dan bertelingkah dahsyat.
Fasa seterusnya dengan beberapa pindaan perlembagaan, termasuk kuasa Raja Berpelembagaan dikurangkan lagi dan kuasa Demokrasi berparlimen ditambah tanpa mengira bangsa dan agama, DAP atau MCA akan beroleh peluang menjadi parti berkuasa malah dilantik menjadi PM.
Jangan jadi naif dan jahil dgn perangai cina, senyum dibibir tapi pisau dibelakang pinggangnya
Mca jujur la....kenapa da 50 thun lebih cina dok atas...bkn mca punya akal ker...butoh la mat dedak..
DeleteMemang ayat standard kepala butoh mat dedak la tu.. Kecik2 xnak mampos dah besar bodoh nak mampos
Deletepengerusi pan atau lebih dikenali sebagai mat sabu telah melakukan satu peringatan penting kepada ahli dan penyokong pan, ahli dan penyokong pan diingatkan oleh mat sabu bahawa dia akan masuk dap kafir jika pan kalah teruk,
ReplyDeletejika pan kalah teruk bermakna nama dan maruah mat sabu akan tercalar kerana sudah banyak tercakap lebih meter, terlebih auta, terlebih bohong dan terlebih fitnah. mat sabu dikatakan sudah mengugut jentera party pan disungai besar dan kuala kangsar kerana culaan terakhir dibuat pan tidak akan mendapat undii lebih dari 100 saja. cina sungai besar tidak mahu mengundi calon HANTU RAYA pan yang mana akan ada disungai besar 2 bulan sekali itupun kalau dia rasa seronok dan jika tak seronok dia tak akan pulang ke sungai besar. walaun walaun pan sudah bekerja habis habisan sampai solat terawih pun diwisma dap dan ceramah pan di kuala kangsar dianjurkan sebelum solat isyak lagi. pan membenarkan pemimpin kafir dap berceramah mengganggu orang ISLAM SEDANG KHUSYUK BERIBAT DI BULAN KEBERKATAN. |
mat sabu mahu dipertingkatkan lagi usaha usaha terakhir kerana mat sabu sudah tak tahan dengan dedak dap yang semakin berulat diberikannya untuk makan. mat sabu biasa makan dihotel mewah dan menikmati hidangan yam seng dengan adun sekinchan. semakin pan dan dap kafir memperhebatkan kempen semakin rendah undi yang mereka dapat. kuala kangsar membuktikan walaupun calon nuklear di hantar namun otak pemikiran calon pan setaraf dengan budak tadika yang tidak reti menulis dan membaca. walaupun mad awang gani sudin dan lim kit siang bersilih ganti mengadakan doa selamat namun sokongan semakin merundum. hujah hujah bahalol calon pan dapat dilihat disungai besar dan calon tangkap muat demi menggantikan mat sabu dan nizar. mat sabu sudah nampak kubur didepan jika pan kalah teruk. jalan terbaik adalah mat sabu MASUK DAP KAFIR. jika masuk dap kafir bermakna mat sabu akan diberikan kerusi CINA yang selamat untuk ditandingi namun tiada kawasan yang selamat untuk mat sabu yang sentiasa kalah walaupun seekor beruk di pilih menjadi calon lawannya.
Assalamualaikum,,,
ReplyDeletekan dah kata, DAP,LKS dan LGE dan lain lain pemimpin DAP mahu orang Islam berugama ikut apa yang dilakarkan mereka.Sebab itu LGE baru jer mengumumkan bantuan berjuta ringgit untuk sekolah Ikram yang dakwanya dihulurkan sempena bulan yang mulia.Yang dibantunya itulah Islam,yang tak dibantu itu bukan Islam versinya.
LKS pula baru jer mendakwa RUU pindaan akta 355 dan enakment hudud negeri Kelantan itu bukan hukum ALLAH tetapi undang undnag ciptaan manusia, sebab itu ia boleh diubah.Ringan sungguh mulut LKS bercakap pasal ugama Islam mengalahkan ulamak.Namun begitu ada juga orang Islam yang bertepuk tangan setuju dengan dia dan yang setuju itu rata rata orang Islam yang berada dalam PAN termasuk 2 orang ulamak tersohor mereka.Gembira sakan nampaknya geng PAN dengan LKS! cuma dalam mereka bergembira, mereka lupa pulak kepada saudara seIslam mereka yang semakin benci dengan LKS dan DAP.
DAP menerusi keceluparan LKS dan LGE serta beberapa pemimpin mereka yang lain tidak akan berhenti untuk mengajar ugama kepada orang Islam, tinggal lagi setuju atau tidak dengan ajaran itu, dan kita semua tahu apa saja yang dikatakan oleh LKS dan pemimpin DAP tentang Islam akan diyakan oleh geng PAN.Tak pernah mereka membantah pengajaran LKS malah dalam kes kes tertentu LKS dianggap lebih ulamak dari TGHH, TGHH yang pada mereka bodoh dan sudah digula gulakan oleh Najib.
Kenyataan terbaru LKS pasal undang undang ciptaan manusia sebenarnya sudahpun dibuat oleh Mahathir lama dulu.LKS bukan saja jahil pasal Islam, pasal perintah Islam dan pasal suasana yang berbeza beza bagi perlaksanaan hukum Islam yang memerlukan flexiabliti dan flexiabliti ini diharuskan oleh Islam dan setiap hukum yang nak diubah itu hanyalah hukum takzil bukannya hudud yang sudahpun ditetapkan hukumannya oleh ALLAH dan sekali hukuman itu ditetapkan ianya tak akan diubah sebanyak manapun perubahan dibuat keatas enakmen yang merupakan kanun atau undang undang bertulis.LKS sama macam Mahathir tak tahu apa apa tentang ini tetapi mahu bercakap dengan mulut lepasnya mengatakan undang undang ciptaan manusia.Inilah cakap orang bodoh sombong, bodoh tapi tetap sombong untuk mengakui kebodohan itu.
Tapi kesianya geng PAN lah kerana masih tetap memegang erat tangan DAP walaupun DAP sudah semakin terang tak payah bersuluh membenci Islam dengan menggunakan alasan benci kapada PAS yang tak mahu bergabung untuk menang PRU.menang PRUlah jadi alasan geng PAN ini untuk terus menempek macam belangkas dengan DAP dengan meninggalkan jati diri Islam.DAP yang benci Islam disokong,PAS yang nak bawa Islam ke dalam kehidupan orang Islam ditentang.
Esok, apa saja LKS kata pasal Islam, geng PAN akan angguk tanda setuju.Kalau LKS kata tak payah ijab kabul untuk kahwinpun geng PAN akan kata betul.LKS kata minum arak yang tidak mabuk tidak lagi haram, geng PAN akan angguk juga, agaknya lah.................
Saya baru terbaca tentang si Hadi membuat kenyataan tentang 'hukum' Tuhan bagi sesiapa yang membuat pilihan salah bagi MP dalam pilihan raya kecil yang akan datang. SIAPA KAMU WAHAI HADI YANG TAK BERGUNA? Bulan puasa tak bulan puasa...kalau jenis ini boleh membuat kenyataan mengalahkan munafik sedangkan dikatakan semua setan dan iblis dikuncikan dalam bulan yang mulia ini...apakah dia ni?
ReplyDeleteUnik. Para penyokong yang menghadiri ceramah Umum PRK Kuala Kangsar Pakatan Harapan Perak malam ini mendapat 'buah tangan' berupa sayur sawi.
ReplyDeleteSayur sawi segar itu dibawa oleh penyokong pakatan itu dari Cameron Highlands.
Situasi itu menarik perhatian wartawan yang bertugas membuat liputan ceramah berkenaan.
Sayur berkenaan diedarkan kepada pengunjung ketika ceramah sedang berlangsung.
Menurut beberapa penyokong yang ditemui Sinar Harian memberitahu mereka mendapat sawi itu kira-kira jam 9:30 malam tadi.
"Sawi ini diberi secara percuma dari penyokong Pakatan Harapan. Mereka bawa dua bakul besar ke sini.
"Tadi ada petugas yang beri kepada kami, waktu ketika ceramah berlangsung,"jelas beberapa penyokong yang menerima sawi berkenaan.
Dalam ceramah itu, antara yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, calon Parti Amanah Negara (Amanah), Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli dan beberapa pimpinan pembangkang yang lain.
Ceramah di adakan di Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar. - SH
Sebelim ini Rafizi marahkan kononnya komen di FBnya adalah datang daripada PAS, hari ini FB Rafizi sekali lagi diserang dengan pertanyaan untuk meminta Rafizi mengira berapa kos membawa Tun Mahathir ke Kuala Kangsar dengan Jet Peribadi. Nampaknya Rafizi tak menjawab seperti biasa. Ramai yang membidas Rafizi dah kantoi!
ReplyDeleteJuara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi atau dikenali juga dengan panggilan “Keon” hadir memenuhi program Santai Anak Muda sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar di Dataran Menora, di sini semalam.
ReplyDeletePelbagai acara diadakan pada program yang turut disertai calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad itu khususnya untuk penduduk tempatan antaranya penyelenggaraan enjin dan tukar minyak hitam enjin motosikal.
Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak itu turut berkonvoi dan menerapkan tata hemat penunggangan beriman serta klinik motosikal, sebelum berakhir dengan iftar jamaie di Kampung Bendang Panjang.
Pada program tersebut juga Khairul Idham menerima plak Ikon Anak Muda (Sukan) yang dianugerahkan kepada beliau pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-57 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Plak anugerah itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria setelah Keon tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi latihan di luar negara.
Remaja berusia 17 tahun itu pulang seketika ke kampung halamannya di Kampung Gajah, sebelum berangkat semula Isnin ini bagi menyambung latihannya di Sepanyol.
Mewakili Honda Asia Team, Khairul Idham melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu.
Sementara itu, Dr Najiha dalam ucapannya pada majlis itu menyeru anak muda agar memikirkan masa depan mereka yang tidak menentu kerana dasar kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan.
Katanya, anak muda kini termasuk para graduan universiti ramai yang menganggur selain terbeban oleh hutang pinjaman pendidikan PTPTN.
Jelasnya, kegagalan Kerajaan BN mengurus ekonomi dan polisi telah meminggirkan kemahiran dan bakat anak muda untuk diketengahkan serta dilibatkan dalam sektor pekerjaan sebaliknya boleh mengutamakan warga asing.
Beliau menyeru anak muda khususnya para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar melakukan perubahan dan memberi undi kepada PAS.
Sedangkan si Abduh sudah terang-terang menyatakan mahu bersama UMNO, jadi apakah cakap putar-belit yang diluahkan juak PIS ni?
DeleteCalon Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (PAN) sudah dijangka sukar untuk meraih undi penduduk Parlimen Sungai Besar, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
ReplyDeletePenganalisis politik, Profesor Madya Dr. Baharuddin Aziz berkata meskipun Azhar Abdul Shukor mendakwa dirinya sudah menyiapkan diri sejak 36 tahun lalu untuk menyertai pilihan raya, hakikatnya bekas guru itu belum bersedia.
Lebih memburukkan keadaan apabila, Azhar dilabel sebagai boneka DAP oleh banyak pihak termasuk PAS.
Ini berikutan Azhar dilihat lebih kerap diiringi pemimpin DAP ketika berkempen sempena PRK Parlimen itu.
"Azhar (calon PAN) dilihat sebagai calon yang ditaja oleh DAP walapun dia tunggu 36 tahun pun, tapi dia bertanding bukan atas tiket yang sesuai, saya rasa pengundi di sini sukar untuk menerima Azhar," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengaku Azhar sukar untuk mendekati pengundi Sungai Besar.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, PKR yang turun membantu kempen calon terpaksa memakai baju berlogo PAN, bagi memastikan pengundi kenal akan jenama parti serpihan PAS itu.
Mengulas lanjut Baharuddin berkata walaupun Azhar anak kelahiran Sungai Besar namun faktor itu tidak membantu sementelah beliau tidak dibesarkan kawasan itu malah menghabiskan masa di luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
Azhar berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman untuk merebut kerusi Sungai Besar.
"Azhar bukanlah tinggal disini.
Bukan kenyataan Azhar sahaja yang menarik perhatian ramai, calon PAN PRK Kuala Kangsar juga mengusik hati pengundi Parlimen itu.
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli ketika menyampaikan ceramah memberitahu beliau tidak berminat untuk menjadi wakil rakyat.
Termizi berkata beliau hanya bersetuju untuk bertanding pada PRK kali ini kerana mahu membalas jasa rakyat yang 'membiayai' pendidikan beliau di peringkat profesional.
Ujar Baharuddin pengundi Kuala Kangsar tentunya mempersoalkan sejauhmanakah pakar fizik itu ikhlas menjaga kebajikan mereka, jika diberi mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar kelak.
"Lebih baik tumpu perhatian kepada bidang sains fizik kerana bukan ramai di Malaysia ini. Daripada nak terjun ke bidang politik, mungkin akan memesongkan daripada kerjaya dan kursus yang diterima beliau. Saya boleh faham rasa serba salah dia (sebagai calon PAN)," jelas Dr. Baharuddin.
Ujar Baharuddin peranan Termizi dalam bidang sains fizik lebih berharga kepada masyarakat.
Bukak blog sendiri la jilake
DeleteParti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengugut media yang merujuknya sebagai “PAN” supaya menggunakan nama “Amanah” atau berdepan tindakan dilarang menghadiri sidang media parti itu.
ReplyDelete“Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional,” kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
“Jika tidak mungkin, kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda.”
Menurut Asmuni, “Amanah” adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan “PAN” mengelirukan pengundi.
Lidah rasmi dan pemimpin PAS sering merujuk parti serpihan PAS itu sebagai “PAN”.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengugut media yang merujuknya sebagai “PAN” supaya menggunakan nama “Amanah” atau berdepan tindakan dilarang menghadiri sidang media parti itu.
ReplyDelete“Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional,” kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
“Jika tidak mungkin, kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda.”
Menurut Asmuni, “Amanah” adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan “PAN” mengelirukan pengundi.
Lidah rasmi dan pemimpin PAS sering merujuk parti serpihan PAS itu sebagai “PAN”.
Ketegasan TGNA dalam isu hudud patutlah diketengahkan, jangan 'select' mana-mana yang terpulih bagi tujuan politik kotor PAN.
Paling malang puak IKRAM yang sedang menguasai parti PAN hanya mendiam diri dalam isu DAP menghina agama Islam terutama hukum hudud.
Dulu berusrah, tamrin dan qiamulail tapi malangnya bila berhadapan keduanian puak-puak IKRAM/IRC menjadi buta dan tuli.
PAS terus menjadi 'punching bag' atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya.
ReplyDeleteDalam satu ceramah bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata PAS bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.
Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada PAS dan menubuhkan Amanah kerana merasakan PAS tidak mampu untuk menang secara berseorangan.
"Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan," katanya kepada kurang 100 orang yang hadir.
Beliau turut mengakui bahawa Amanah pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya.
Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan PAS untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.
"Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya PAS tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup," kata Khalid.
Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam PAS dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.
Katanya, kini PAS yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula mendakwa PAS tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, PAS juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang.
Assalamualaikum,,
ReplyDeleteNampaknya pemimpin pemimpin silanggar bai'ah PANgang makin terbuai mimpi mimpi dengan dipenuhi cerita cerita lama.Rata rata mereka seperti Khalid Samad, Mat Sabu dan Anuar Tahir hampir sekepala dengan cybertroopers mereka di alam maya, masih percaya PAS tak boleh menang bersendiri.Mat Sabu mendakwa setelah menyertai BA dan kemudian PR baru PAS boleh menang.Sekarang PAS bersendiri menjadi pengacau kepada PAN dan PH dan PAS memberi laluan mudah kepada BN untuk terus berkuasa. Itu dakwa mereka yang semacam terdesak nak menang Pilihanraya.Tapi mereka tidak perasan atau sengaja buat tidak perasan sejarah perkembangan PAS sehingga menjadi sekuat hari ni.
Orang orang macam Mat Sabu dan Khalid Samad yang terlibat dengan PAS sejak lama dulu, mustahil tidak sedar bagaimana PAS secara perlahan lahan sudahpun mempunyai akar umbi yang kuat dan semakin kukuh sejak PAS keluar dari PR.Di Kuala Kangsar dan banyak tempat lagi sokongan kepada PAS menurun ketika berada dalam PR kerana faktor kehadiran DAP yang ramai umat Islam percaya tidak akan pernah setuju dengan Islam, dan setelah PAS bersendiri, sokongan yang hilang dulu kembali kepada PAS.Mustahil orang orang macam Kahlid Samad dan Mat Sabu tidak sedar tentang perkembangan ini.
Tetapi mereka terus dengan mimpi lama, ia itu PAS tidak kuat bila bersendiri dan cuma menjadi kuat dan menang pilihanraya apabila bergabung dengan DAP.Sebab itu mereka keluar PAS dan tubuh PANgang untuk terus menang pilihanraya tetapi kehadiran PAS pula dijadikan punching beg untuk mengelakkan mereka jadi malu kalau tewas.
Sebenarnya dakwaan mereka itu ada benarnya, memang PAS tidak kuat dulu ketika bersendiri tetapi PAS berjaya membina kekuatannya sendiri setelah berada dalam BA dan kemudian PR.Tetapi rengkasnya kekuatan yang terbina ini terus kukuh setelah PAS bersendiri lagi.Dua suasana berbeza antara PAS dahulu dan PAS sekarang walaupun PAS bersendiri.Buktinya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.Kalau dulu, pasti jentera pilihanraya PAS akan longlai, nak cari anak muda memasang poster dan bendera PAS seperti dilihat hari ini, hampir mustahil.Ini adalah bukti jelas PAS sekarang walaupun bersendiri tidak sama dengan PAS yang bersendiri dahulu.Agak pelik, orang seperti Mat Sabu dan Khalid Samad yang sudah lama bersama PAS sebelum menjadi pelanggar bai'ah tidak perasan perkembangan ini?
Satu lagi, saya ingin bertanya kepada PANgang, kalau PAS tidak bertanding dan biarkan PANgang sahaja melawan BN, apakah undi PANgang akan menjadi banyak?Apakah tidak disedari bahawa kemungkinan besar penyokong dan ahli PAS tidak akan keluar mengundi kalau PAS tidak bertanding? Jadi bagaimana ketiadaan PAS dalam pertandingan boleh membantu PANgang menambahkan jumlah undi sekaligus memenangi pilihanraya?
Jadi kehadiran PAS dalam pilihanraya kecil ini amat wajar dan munasabah kerana ianya dari permintaan akar umbi dan dengan itu juga menjadikan PANgang sebagai pengacau kerana akar umbi pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahukan PAS bukan PANgang.
Mudah ajer kan?
Memang mudah. Semudah berpakaian pink sedondon.
DeleteBodoh.
Apabila satu hasil kajian mudah oleh seorang tokoh anak muda negara yang melibatkan undian lebih 20,000 pengguna twitter menunjukkan lebih 80% rakyat Malaysia menyokong pelaksanaan hukum hudud (apatah lagi jika sekadar meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355) untuk orang Islam, maka kita boleh meneguhkan beberapa hakikat berikut:
ReplyDelete1) Arus kesedaran Islam di kalangan rakyat adalah semakin bertambah baik dan kuat berbanding dulu.
2) Arus inilah yang menjadi punca kerajaan BN akhirnya bersetuju meminda Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Adalah nyata liatnya pihak kerajaan sebelum ini untuk menyokong pindaan ini. Tekanan tinggi oleh rakyat di samping faktor-faktor politik dan selainnya akhirnya memaksa kerajaan untuk bersetuju meminda akta ini melalui rang undang-undang persendirian Presiden PAS.
3) Arus kesedaran Islam adalah paling ketara di kalangan penjawat awam dan para ilmuan muslim. Merekalah sebenarnya yang berjaya meyakinkan orang-orang politik tentang tuntutan dan keperluan sistem Islam diperkasakan di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat.
4) Fenomena ini menguatkan hakikat bahawa perubahan atau islah sesebuah kerajaan, sebagaimana ia bermula dari atas oleh pemerintah sendiri, ia juga boleh bermula dari bawah oleh rakyat yang menjadi faktor pendesak yang kuat.
5) Kebanyakan tuntutan perjuangan PAS yang diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan selama ini banyak dibantu dan disokong oleh arus rakyat daripada pelbagai peringkat. Ini menunjukkan PAS lebih berperanan dan lebih cepat membina pemikiran rakyat berbanding membina pemerintah.
6) Suatu hari tuntutan ke arah sebuah kerajaan yang adil, bersih, cekap dan berintegriti akan pasti tercapai. Sukar untuk melihat cepatnya kerajaan berubah. Tetapi kerajaan pasti berubah dengan berubahnya minda dan pemikiran rakyat yang sedang bergerak begitu positif.
7) Gerakan Islam (PAS) usah gusar dengan tuduhan musuh bahawa mereka hanya tahu berbicara mengenai hukum dan syariah Islam tetapi membelakangkan bicara mengenai penyelewengan dan salah laku pihak kerajaan (BN) dalam pelbagai skandal ekonomi dan kewangan. Hakikatnya PAS-lah pemilik penentangan terhadap kerajaan yang korup sejak dulu lagi. Ia sejarah yang ditulis tinta emas. Ia tidak akan berubah dengan izin Allah.
8) Hanya sanya yang menakutkan musuh adalah kecenderungan rakyat untuk kembali kepada Islam yang syumul dalam pemerintahan negara.
9) Matlamat mereka adalah menukar kerajaan BN. Matlamat PAS ialah menukar atau membina sebuah kerajaan dengan nilai-nilai Islam yang sejagat dan syumul.
10) Menjadi kewajiban setiap individu muslim untuk terus memugar kesedaran dan kebangkitan Islam dalam negara. Ia perjuangan yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Jangan terleka daripada sejarah gemilang Islam di tanah air tercinta dengan tipu daya dan makar pihak yang memusuhi Islam.
Saudara Admin Budin, betul.kita benci Najib.betul kita nak negara ni dipimpin melayu berjiwa ikhlas, bersih dan berwawasan..tapi tahukah apa yg sesang kita lakukan kpd masa depan tanahair melayu ini dgn bersepakat bersama DAP? berbaloikah menyertakan DAP ultra kiasu?
ReplyDeleteAku dah biasa dengar teori DAP tak akan boleh berkuasa. Kalau dia tak boleh berkuasa cuba baca apa tujuan dia ditubuhkan. Apa visi dan misi depa masuk politik? Baca semua sejarah perjuangan DAP yg taklah lama sgt mereka dah mahu hakis keistimewaan melayu dan campur hal agama suci kita.
Biar aku cerita kat kamu semua....FASA 1, DAP ditubuhkan dan dijelmakan dlm rupa demokratik. Mereka dah berjaya dan terus semakin menjadi kuat dikalangan bangsa cina.
Fasa 2, Depa hari ni mmg nampak tak mgkin berkuasa penuh tapi depa dah mula boleh diterima oleh melayu dgn dibantu oleh pemimpin dan parti melayu yg kecewa, sudah dikira kemenangan awal DAP utk fasa ini.
10-20tahun lagi, DAP akan berusaha wlwpun terpaksa berlakun, DAP akan jadi parti penentu kpd kuasa melayu mana yg akan berkuasa. Itulah kemenangan fasa ke3.
Fasa 4, depa akan jadi semi-berkuasa. DAP akan mengugut parti melayu yg berkuasa pd masa itu atas sebab sokongan kerusi parlimen DAP, sekiranya tak mahu DAP beralih ke parti melayu yg lain maka parti berkuasa mesti ubah perlembagaan. Tambah keistimewaan cina dan kurangkan keistimewaan melayu. Termasuklah artikel 153 akan diminta diubah. Itu adalah kemenangan FASa 4. Akan ramai lagi cina menyokong DAP. Melayu semakin berpecah dan bertelingkah dahsyat.
Fasa seterusnya dengan beberapa pindaan perlembagaan, termasuk kuasa Raja Berpelembagaan dikurangkan lagi dan kuasa Demokrasi berparlimen ditambah tanpa mengira bangsa dan agama, DAP atau MCA akan beroleh peluang menjadi parti berkuasa malah dilantik menjadi PM.
Jangan jadi naif dan jahil dgn perangai cina, senyum dibibir tapi pisau dibelakang pinggangnya
Berapa kali nak copy paste msg yg sama. Kalau dah xada modal pegi tidur je diam2.
DeleteSubliminal message from Tun M can only be understood if one cares to dissect.
ReplyDeleteIn this case, Zahid Hamidi sensed the message coming from Tun M, thus he's playing both ways in not to be seen as bulldozing Najib, yet he flaunt the 'white dove' and rightly so, Tun M was quick to respond judging from the last few hours back and forth Tun-Zahid-TUN-Zahid! Although Zahid got stung by 9 figures-hundred Million revelation whilst an UMNO Youth Leader.
Given the unthinkable, should both seats SB & KK got wrenched out from BN-UMNO....its a simple message to UMNO & BN.
The Rakyat whom will understand by voting against UMNO-BN will not bring down the government, but it will be a stern and powerful message that...DECODED....
- UMNO will need to purge the uncompromising Najib
- put UMNO house back in order
- regrouped and trimmed and nipped 'ALL' deadwood in UMNO
- repair the BADLY TARNISHED image of UMNO where the spirit of nation-building has been over-writtten by MONEY-MATERIAL POLITICS!
-BN major-dominant parties ie. MCA, MIC, GERAKAN will basically needed to do the same full overhaul just as bad as UMNO to be seen relevant again...will be extremely difficult but not impossible.
Mind Muhammad Ali's IMPOSSIBLE - Impossible is a DARE! Its a CHALLENGE!
Oh well....praying hard the people of SB & KK will heed to Tun Mahathir's call, Amin!
Salam Ramadhan to SDC and All.
MLN
PS Am Just A Concerned Overseas Malaysian