Friday, 24 June 2016

TAK CUKUP SEKADAR TIDAK BERMUSUH, TUN M PERLU SEGERA BERDAMAI SECARA TERBUKA DENGAN ANWAR


Di bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar Ibrahim tentunya sesuatu yang menggembirakan sesiapa jua yang cintakan perubahan.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kepada Al Jazeera, "saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar, itu semua adalah masa lalu.

"Dia sekarang ditahan di penjara pun bukan kerana saya, tetapi kerana Najib."
Walaupun mungkin Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, ahli keluarga dan ramai penyokongnya yang lain masih terguris hati dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dalam episod hitam 1998 yang lalu, yang harus disedari juga ialah bukan saja pemenjaraan sekarang tiada kena mengena dengan Tun Mahathir, malah kegawatan kronik dalam negara sekarang amat memerlukan penyatuan kedua-dua tokoh tersebut.

Melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam negara di bawah Najib sekarang, mesej penyatuan semula dan saling bermaaf-maafan antara Tun Mahathir dengan Anwar tidak mustahil akan mewujudkan gelombang yang lebih baik dalam sokongan rakyat ke arah perubahan.

Kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar, walaupun salah seorangnya berada di penjara, tetapi penyatuan hati mereka bakal mampu menarik sokongan rakyat pelbagai kelompok, apatah lagi melihat keadaan dalam negara yang begitu terancam dan memalukan di mata dunia sekarang ini.

Sebelum ini, program Selamatkan Malaysia yang ditunjangi oleh Tun Mahathir, di sebalik mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan pelbagai ketua masyarakat sivil, bukan saja Anwar terus melahirkan kebimbangan melalui surat yang ditulisnya dari dalam penjara, malah Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan mereka yang pro keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengasingkan diri daripadanya.

Ini menjadikan seolah-olah Pakatan Harapan sendiri tidak memberi sokongan yang padu kepada agenda untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Blog ini sendiri pada 17 Mei lalu pernah menyarankan tentang perlunya Tun Mahathir dan Anwar segera bersatu dan berhenti mengungkit kesalahan serta menuding antara satu sama lain, jika benar Najib yang ingin ditumbangkan.


Maka itu, sebaik  Tun Mahathir sudah mengatakan beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar, suatu pertemuan antara beliau dengan keluarga Anwar seharusnya dapat segera diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Anwar sejak dulu lagi sering mengatakan sudah memaafkan kesalahan Tun Mahathir terhadapnya. Ketika bekas Perdana Menteri itu melancarkan gerakan Deklarasi Rakyat baru-baru ini pun, Anwar pada awalnya secara terbuka menyatakan sokongan dan menyebut tiada dendam peribadi antaranya dengan Tun Mahathir.

Hanya dalam surat yang ditulisnya saja Anwar meminta pimpinan PKR agar berwaspa dengan agenda Tun Mahathir, itu pun barangkali setelah melihat bekas Perdana Menteri itu dalam interbiu dengan media asing masih menyebut mengenai kesalahan masa lalu bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu sambil menanggapi Anwar mungkin sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.

Serangan berterusan Tun Mahathir itu tentu saja menyinggung Anwar yang menderita dalam penjara, lalu merangsangnya menulis surat kepada pimpinan PKR yang bukan saja mengingatkan agar berwaspada, tetapi juga menyebut beberapa perkara yang dilihatnya sebagai kesalahan pentadbiran masa lalu bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi keputusan pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini jelas memperlihatkan Tun Mahathir perlu berbaik-baik semula dan bersatu dengan Anwar untuk melonjakkan sokongan rakyat menolak Najib.

Sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sudah melupakan derita dan sengsara pernah dipenjara ketika Tun Mahathir berkuasa dan kini sanggup bergandingan tahun demi Malaysia, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan lain-lainnya juga harus sama-sama berjiwa besar.

Menunjukkan jiwa besar, apatah lagi untuk kepentingan negara, akan menjadikan sesiapa yang berbuat demikian lebih dihormati dan disanjungi.

Najib dengan segala kelebihan jentera kerajaan, kuasa dan wang tanpa had, bukan semudah itu mahu dikalahkan.

Penyatuan semula Tun Mahathir dan Anwar untuk menghadapi PRU 14 adalah berita baik untuk rakyat, namun tentunya dalam waktu yang sama khabar menakutkan buat Najib. (SH 24/06/2016).

41 comments:

  1. Ingat ketua dedak nak diam ke??habis renovate bilik penjara macam hotel 5 bintang untuk anwar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha,yg ni win..!

      Delete
    2. Mufti pun dah termakan dedak

      Delete
    3. ...17:00...dedak pun dedaklah..tah tah duit zakat pun dia tutuh sama....koot..kooot laaaa..sekali kali pikiak...baik cari sendri yg layak boleh terima jakat....p bgi serah terusss...

      Delete
  2. Sdr Budin,
    Berdamai dan bermaaf maafan memang dituntut oleh islam ,cuma yang penting kalau benar terjadi hubungan baik antara Tun M dan Anuar pihak penyokong dan pengikut sama peringkat bawah dan kepimpinan parti terbabit jangan pula masih mengungkit kisah lama dan jadi batu api kerana semua yang terjadi ada sebab musababnya dan semuanya adalah kententuan allah swt ,kita wajib reda dan akur.

    Yang akan berusaha menghalang berlakunya hubungan semula ini sudah tentu datang dari pihak najib dan kuncu kuncunya kerana mereka akrif dengan kebolehan Anuar mengerakkan sentimen melalui perang saraf dan ceramah umum ditambah pula kepintaran Tun M mengantur strategi untuk bertempur ini membebankan UMNO BN ,begitu juga dengan PAS/piss/puss , maka sdr lihat la akan ada musuh musuh dalam selimut menghalang usaha ini ,malah Najib kalau boleh akan menawarkan kedudukan sangat menarik kepada Anuar untuk bersamanya ,dan PAS/PISS akan berhempas pulas memulakan kempen fitnah dan hasut minda untuk mengagalkan usaha penyatuan Tun M/Anuar ini ,sdr lihat la , maka musuh dalam selimut seperti kucing kurap iaitu manusia macam cikgu Bard (ini cikgu songsang) dan lain lain akan juga diguna oleh najib dangan 'Cash is king' memabokkan mereka.

    Mungkin landskap politik negara akan lebih menarik dan menempuh perubahan ,apa pun saya sangat sangat berharap sekiranya kedua dua veteren politik boleh berdamai dan bersatu maka usahalah kepada pembaikan dan perubahan malaysia yang lebih baik dan jangan la ,ada pihak mula menjadi tamak dan memikirkan kedudukan,sebagai genarasi baru kita berharap selepas najib pucuk kepimpinan negara diberi kepada orang baru( kalau boleh orang muda bawah 50 thn) dengan falsafah malaysia baru dan semangat baru yang tua tua dan veteren tu cukup la sebagai penasihat dan the guardian ,insya Allah berjaya.

    ReplyDelete
  3. Anwar itu dia makhluk politikus lain dari lain...jangan main-main dengan sekutu zionis ni mahupun kaki main belakang laki turut budaya pak badui ... dan lagi pengasas politik wang dan croni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengampu rosmah. Hari-hari training cium tangan pemimpin umno. Hidup segan mati tak mau.

      Delete
  4. Saya rasa tidak betul untuk terus menayalahkan Tun M DALAM kes Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh mahka,ah dalam sodomi 1. Anwar berjaya bersama PR membuat impak besar dalam politik Malaysia. 5 negeri dimenangi oleh PR. Rakyat makin yakin untuk ke Putrajaya.Tetapi Anwar tersilap langkah. Dia berasa begitu kuat dan mula alpa perangkap samar yang dipasang oleh Najib. Najib sebenarnya lebih licik dan jahat daripada Mahathir. Episod mahathir berkrisis dengan Anwar telah berlalu selepas Anwar dibebaskan. Anwar sepatutnya menggunakan pengelaman dijel oleh regim mahathir dan kebebasan tidak bersalah selepas dibebaskan dengan sebaiknya. Tapi seperti yang dikatakan dia alpa. Dia mengambil Saiful (tak ada orang lain ke) sebagai pembantunya, sedgkan dalam PKR ada banyak yang lebih baik dan layak. Saiful budak drop out pun diambil bekerja. Najib melihat ini sebagai peluang, lalu dipasang perangkap dan Anwear terjebak. Jadi betul kata Mahathir. Yang memenjara Anwar adalah Najib bukan dia lagi. Masa dia telah berlalu. PKR sepatutnya melawan dan memeusuhi Najib.

    ReplyDelete
  5. PAS, PKR, dan PAN wajar dibubarkan untUk menjadi satu parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubar?? Kemudian bentuk satu parti ke bang?

      Pas + pkr + pan = PPP??

      PPP??!! Eh...lain mcm jek bunyi...keh keh keh

      Delete
    2. Pas+Umno= PAU

      Ha ha ha ha

      Delete
  6. Ketokohan dan aura Dato Sri Anwar Ibrahim amat diperlukan dalam mencetuskan gelombang besar untuk menumbangkan regim Najib. Sejarah membuktikan tokoh ini amat mampu melakukannya . Gabungan Mahathir -Anwar akan mengembalikan semula kecemerlangan Malaysia satu ketika dulu dan ini amatlah baik. Jika Mahathir mampu menguruskan ego beliau dan Anwar boleh memaafkan segala kesalahan peribadi Mahathir, penyatuan ini boleh berlaku. Namun harus ingat, Anwar teguh dengan prinsipnya dan Mahathir perlu korbankan beberapa kepentingan peribadinya yang diambil dari kek ekonomi negara secara tidak adil dan kembalikan kepada rakyat untuk diagihkan samarata. Kalau ini Mahathir sedia lakukan, tidak ada sebab Anwar untuk menolak penyatuan ini. Faktur Daim Zainuddin yang merupakan sekutu rapat Mahathir berkemungkinan menjadi batu penghalang kerana Anwar tidak pun pernah memaafkan salah Daim terhadap rakyat dan negara ini, selaku bekas Menteri Kewangan satu ketika dulu, Anwar tahu apa yang telah berlaku dan inilah yang amat menghantui Daim, sekutu Mahathir tentang Anwar. Anwar adalah ancaman kepada Daim dan ini pun Mahathir perlu fikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masih diungkit perkara fitnah lebih baik tak yah bersatu,Mahathir pun bukan la kemarok sgt,dia bukan dlm penjara dan bila bila masa boleh berehat bersama anak cucu diluar negara cukup cukup la fitnah atas Tun,semua kenyataan tu rekaan puak reformasi dan Pas pd 1999 semata mata menipu rakyat dan menyedap batang tubuh saja.Fitnah sebab sampai sekarang mana dia lapan tong dokumen yg dijanjikan dulu pooorah entah entah kamu anon 13.34 masih sekolah apa masa tu.

      Delete
    2. Anon 16:01,

      Fitnah bana aper ko ni?. Sengketa Najib Mahathir ni pun dah menelanjangkan banyak perkara buruk dalam UMNO BN. Lagi lama sengketa lagi byk yag keluar. Maknanya baik UMNO era MAhathir mau pun Najib, memang buruknya tak boleh nafi. Soal kroni cukup jelas. Jangan ko perasan ko tu bijak sangat nak poorah orang sana sini. Orang bengong jer komen macam ko tu

      Delete
    3. Mak hai,Anuar masuk penjara zaman Tun sebab kes salah guna kuasa jgn silap fakta bukan meliwat dan salah guna kuasa arah polis SB tangkap saksi dan kurung secara salah,dan hal ini didiam oleh anuar dan kuncu kuncu masih guna liwat sebab tu beliau dipecat kerana ada kes makamah,sepatunya Anuar pun kena mohon ampun kerana byk fitnah atas Tun dan menghasud rakyat,kalau masih ungkit perkara tak benar ada lebih baik Tun bergerak sendiri tak rugi dan tak untung pun.

      Delete

    4. Ambo setuju 16.25


      Delete
    5. 1625..setuju!!!!
      Lain kali jgn lwn guru..!

      Delete
    6. anwar dah tak relevant
      boleh caya ke dia nak berjuang demi selamatkan malaysia

      Delete
  7. ia mungkin berlaku jika sekira nya anwar memohon maaf d atas segala keterlanjuran nya n n bertaubat nasuha dgn Allah swt.

    tindakan tun m adalah tepat kerana saya juga tahu sedikit sebanyak hal anwar semasa saya berkhidmat d bawah nya d kem kewangan.

    namun dlm politik semua nya berkemungkinan. 'the enemy of my enemy is my friend'.

    tun m bercakap menggunakan fakta n anwar berorasi melalui 'charisma' nya - kombinasi ini amat 'potent' sekali. ds najib mungkin dgn sendiri nya akan tumbang jika d tiup sedikit saja dari dlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg sedikit sebanyak yang anda tahu pasal Anwar ? Sila ceritakan.

      Delete
  8. Kita tunggu dan lihat sahaja. Lim Kit Siang yang munafik pun membelakangi Anwar untuk menyertai Pakatun. Malang sekali buat Anwar kerana ketua-ketua pembangkang lain tidak menghiraukan perasaan Anwar dan menyokong Tun M.. Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengampu rosmah. Hari-hari training cium tangan pemimpin umno. Hidup segan mati tak mau.

      Delete
    2. Aku rasa kau yg lebih munafik sebab cakap tak pakai otak. Kah koh kow !

      Delete
  9. "...pemenjaraan sekarang tiada kena mengena dengan Tun Mahathir..."
    ada kaitannya, Najib guna teknik dan skrip yang dimulakan oleh mahathir. mahathir mesti jumpa anwar, dan keluarga anwar, dan minta maaf dan mengaku salah. mati boleh datang bila2 masa... elok minta maaf sekarang semasa dua2 masih hidup, dari meredah padang mahsyar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 16.01 hai Anuar didapati bersalah kerana salah guna kuasa arah polis tahan saksi kemudian dipecat sebab ada tuduhan di makamah,pasai apa Tun pula nak minta maaf sampai ke Family anuar,anuar buat fitnah terlalu byk terhadap Tun yg sampai hari ini anuar janji ada bukti tapi tak juga bawa bukti cuma cakap saja,ada Anuar pernah saman dan rpt polis atas Tun,mak hai asyik kena tipu saja kamu ini

      Delete
    2. Kesian nya kau anon1601..anwar tak lebih kau pulak yg lebih..

      Delete
  10. Mintak maaf banyak-banyak - saya pun tak suka Anwar.
    Kalau dia jadi PM sekarang, tak banyak berubah. Cuma orangnya saja yang berbeza. Songlap tetap songlap.
    Najib dan Anwar 2X5 = 10.
    Dua-dua greedy dan penyonglap.
    Saya ahrap akan muncul pemimpin muda yang boleh di harap. Tidak sekarang mungkin di masa hadapan.
    Allah sentiasa ada perancanganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik minah. apa maksud anwar dan najib 2x5?. kat mana yg sama?

      anwar belajar di UM, najib di london. anwar masuk Abim, nsjib masuk Apom. Anwar anak org biasa, najib anak PM. Anwar pengetahuan agama tinggi, najib tunggang, najib songlap duit kapal selam, tentera, 1 mdb dll. Anwar belum ada bukti. najib bunuh altantuya, anwar cari kawan. najib kahwin dua, anwar setia pd satu.

      so....apa yg sama nya

      Delete
    2. cik minah. apa maksud anwar dan najib 2x5?. kat mana yg sama?

      anwar belajar di UM, najib di london. anwar masuk Abim, nsjib masuk Apom. Anwar anak org biasa, najib anak PM. Anwar pengetahuan agama tinggi, najib tunggang, najib songlap duit kapal selam, tentera, 1 mdb dll. Anwar belum ada bukti. najib bunuh altantuya, anwar cari kawan. najib kahwin dua, anwar setia pd satu.

      so....apa yg sama nya

      Delete
  11. Sesama islam pula digalakkan saling bermaafan. Tatapi salah seorang mesti bertaubat dari memfitnah dan mohon kepada Allah diterima taubatnya.

    ReplyDelete
  12. Sebelum bermaafan dengan Anwar, Mahathir dan Budin harus mohon maaf kepada rakyat dan YDP Agong kerana cuba untuk menipu mengenai surat deklarasi rakyat 1.2 juta. Sekarang Budin dah tak tulis pasal surat deklarasi rakyat lagi. Kenapa? Adakah Saudara Budin berharap rakyat akan lupa akan penipuan tersebut?

    ReplyDelete
  13. Tun M atau Anwar akan diterima melayu sekiranya mrk berjuang tanpa DAP. Tapi malangnya minda pemimpin ini masih ditakuk lama. Mrk menyangka kemenangan mrk yg tentukan bukannya Allah.

    Sbb itu mrk melawan arus budaya dan adab melayu iaitu melayu sejati tidak buat persepakatan dgn syaitan.
    Bg mrk yg yakin alam melayu akan faham ini. Syaitan adalah musuh melayu, syaitan manusia di negara ini DAP, adalah perosak hubungan manusia sesama melayu dan manusia melayu dgn Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello mangkok!
      Yang songlap duit mdb tu china DAP atau lanun Bugis?
      Yang jual tanah rezab Melayu tu china DAP atau babi umno?
      Yang belit duit tabung haji pun DAP juga ka....bodo punya melayu!

      Delete
  14. Sesungguhnya setan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

    Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.

    syaiton musuh nyata bagi manusia
    tapi ada manusia ikut langkah syaiton
    musuh melayu jahil agama Islam
    ada melayu agama sendiri pun dihina
    tak kira bangsa sapa yang lawan Islam itulah
    pengikut syaiton
    melayu sejati ka melayu tak reti snaggup tunduk denagn hukum penjajah lodrid

    mca gelakan dap mic dll yang sekutu depa sama saja anti hukum hukum Islam

    ReplyDelete
  15. Saya rasa UMNO sudah pun menjadi parti bangsat utk melayu. Tun M tidak perlu mengotorkan dirinya dgn cuba menyelamatkan majoriti melayu yg bersekongkol menobatkan UMNO sebagai pembela melayu. Saya berasa sedih melihat muka2 melayu bangsat yg melaung2 dan mencium2 keris, menjual agama dan menjual maruah bangsa semata2 politik kotor dan sempit utk meraih keuntungan diri sendiri. Saya yakin rasa benci UMNO nie dikongsi oleh ramai org2 melayu yg lain...cuma takut menentang terang2 kerana kebergantungan hidup dgn "bantuan" kerajaan. Perjuangan Tun M mungkin meniti dipenghujung tetapi aura perjuangan beliau akan dibuktikan keberkesanannya semasa PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  16. Takut Anwar bersatu dgn jibor.

    ReplyDelete





  17. Siratol MUSTAQIM...Cahaya Yg LURUS
    Cahaya HAKIKAT...Erti Maknawi
    Cahaya Menyuloh...Yg Suci Yg KUDUS
    Menyuloh Bobrok nya..."NIAT" MenCURI


    Marilah Sahabat...Kita Ber TANYA
    Mengapa FITNAH...Boleh Ter Jadi
    HATI Yg Kudus...Akan Ber Kata
    FITNAH Ber Punca...Dek Rasuah=MenCURI


    Bila NEGARA...Telah Di CURI
    Lalu KEHAKIMAN pun...Turut Di LACURI
    Bila Si LEBAY pun...Ber Sedondon Sekali
    Kebejatan TOTAL...Pasti Menanti
    Kebobrokkan MINDA...Berleluasa Trjd
    Men CURI Disana...Men CURI Di Sini
    Ibarat VIRUS...Yg Merebak TAK Henti


    Wahai Sahabat...Yg DAHAGAkan Keindahan
    Wahai Sahabat...Yg CINTAkan Penyelesaian
    "NIAT" Men CURI...Wajib Di Hapuskan
    "SEMANGAT" Mem-BERI...Jadikan lah Impian
    Mem Fitnah Men CURI...Kan HANGUS Di Ingatan
    Saling Ber MAAFan...Santun Sanjungan






    ReplyDelete
  18. tutup buku lame buke buku baru,alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.dibuang umno bukan penamat hidup anda.Ayuh sertai Pakatan Harapan PKR-DAP-AMANAH bersame berganding bahu maju ke depan demi negare ini.Jike Anwar boleh dibuang 1998 dan bangkit hingga kini mengape tidak Mukhriz dan Muhyiddin?Jike DSAI boleh bawa Pakatan Rakyat menawan Selangor,KL,Penang mengape tidak Mukhriz membantu menawan Kedah dan Muhyiddin pula tolong tawan Johor?Tepuk dade tanya selera.Jangan disia siakan peluang untuk bersame yg lain2 demi negare yg tercinte.Lawan tetap lawan.Allah Hu Akhbar

    ReplyDelete
  19. mohyidin ni mungkin ada masaalah kut
    tak segarang menyerang lagi
    kalau nak lawan amano diri mesti bersih kalau tidak kotoran yang ada dijadikan tarohan
    anwar tidak perlu bersama mahde untuk jatuhkan najib sebab yang perlu diperjuangkan untuk jatuhkan amno bn
    selagi amano bn berkuasa jangan harap keadilan untuk semua akan dirasakan
    sistem dah korup mesti tukar baru
    tukar prosesor tak tukar motherbod baru tarak guna jugak sistem jalan macam lama jugak

    ReplyDelete
  20. Buang yang keroh dan ambil yang jernih,, Shallu Alan Nabi antara Tun M & DS Anwar Ibrahim bagi memperkukuh untuk men jatuhkan kerajaan Najib yang penuh dengan rasuah dan sebagainya.....!!!!!

    ReplyDelete
  21. Semakin kuat nampaknye Najib sekarang. Tidak lagi bergantung pada jubor Syaifool... apa-apa pun Anwar Ibrahim memang satu-satunya insan yang berjaya menyatukan Pembangkang. Setakat ni TDM tak berjaya lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...