Tuesday, 14 June 2016

JIKA AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR, TIADA ALASAN HADI BERBAIK DENGAN NAJIB


Selepas didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Hadi Awang dengan pantas mengesahkan mengenai pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan kira-kira tiga bulan yang lalu.

Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas itu ialah khusus untuk memberi penjelasan mengenai salah laku Najib Razak selama ini.

Namun, di sebalik Presiden Pas itu, menurut Tun Mahathir, mengakui ada kebenaran tertentu dalam penjelasan yang diberikan, beliau menolak pelawaan untuk turut serta dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

Penolakan itu, kata Hadi adalah disebabkan Pas tidak menentang individu atau orang, tetapi menentang dasar atau konsep.

Sekiranya orang diubah, tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga, kata Hadi dipetik sebagai berkata.

Bolehkah diterima hujah Hadi bahawa penolakannya untuk bekerjasama menjatuhkan Najib ialah semata-mata kerana Pas berjuang untuk menolak dasar dan konsep,  bukan menentang individu?

Apa dasar dan konsep UMNO dan BN yang ditentang dengan serius oleh Hadi Awang selama Najib menjadi Perdana Menteri?

Apakah sikap berbaik-baik dengan Najib boleh ditafsirkan bahawa Pas benar-benar berjuang menentang dasar dan konsep?

Bolehkah perjuangan menentang dasar dan konsep diteruskan dengan jujur jika sudah berbaik-baik dengan individu?

Tidakkah apabila Hadi Awang menolak pelawaan untuk menjatuhkan Najib itu bermakna secara tersiratnya beliau ingin terus menyokong Perdana Menteri?

Dalam pada itu, seriuskah Pas berjuang menentang dasar dan konsep UMNO dan BN dengan kedudukannya yang berseorangan sekarang ini?

Sesiapa pun jika ditanya persoalan-persoalan tersebut pasti geleng kepala dengan jawapan yang diberikan Hadi Awang itu. 

Jawapan Hadi Awang itu tidak lebih sebagai alasan untuk menghalalkan keinginan untuk terus berbaik-baik dan saling bahu membahu dengan Najib. Apa untungnya hanya mereka berdua yang tahu.

Jika Hadi Awang dan Pas benar-benar berpegang kepada perjuangan amar makruf, nahi mungkar yang dikompangkannya  selama ini, tiada alasan sama sekali sebenarnya untuk beliau berbaik-baik dan bersetuju dengan individu bernama Najib yang bukan saja sarat dengan skandal kewangan yang tidak dinafikan, melakukan pembaziran, kemewahan, menyusahkan rakyat melalui GST dan penarikan subsidi, bahkan juga melakukan kacau-ganggu kepada institusi awam semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Apakah semua keburukan yang dilakukan Najib ini masih tidak memadai untuk menolak dan menjatuhkannya?

Menolak untuk bersama-sama menjatuhkan Najib, bermakna Pas secara tidak langsung menolak untuk melakukan kebaikan dan mengelak daripada mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa.

Tidakkah Hadi sedar usaha menjatuhkan Najib yang dipelopori oleh Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat dan disokong oleh Pakatan Harapan bukan saja untuk menukar individu, tetapi juga melakukan reformasi institusi?

Sebaliknya berbaik dan bersama Najib, apa konsep dan dasar pemerintahan sekarang yang mampu diubah oleh Hadi Awang?

Lebih buruk lagi kerana harapan Hadi Awang yang kononnya untuk terus berjuang menentang konsep dan dasar itu tidak mungkin menjadi kenyataan atau sekadar angan-angan saja bersandarkan kedudukannya yang semakin mengecil disebabkan bersendirian sekarang ini.

Yang jelas, enggan bersama menjatuhkan Najib tidak ubah seperti menukar amar makruf, nahi mungkar menjadi amar mungkar, nahi makruf. (SH 14/06/2016).

81 comments:

  1. Sangat,sangat dan sangat setuju. Dia lupa tujuan kewejudan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi ni seorng bodoh atau pun seorang cerdik ????

      Delete
    2. Hardie ah wang semakin lama semakin bangang.Apakah kewajaran pendapat dia menghina hak-hak seorang pengundi yang bebas mengundi mana-mana parti dikaitkan dengan hina celaka dan menyebabkan allah murka.Sempit sangatkah sampai hal-hal politik pun allah mahu masuk campur pilihan pengundi yang haknya memilih dijamin oleh perlembagaan malaysia.

      Ulardalamsemak ini tidak mahu bangkang sebab otaknya bangang.Apakah allah tidak murka apabila ulardalamsemak membuat suatu amanat 1981 yang memecahbelahkan umaamat Islam.

      Delete
    3. Saya hairan kenapa ada lagi banyak ahli PAS yang menyokong pemimpin macam Hadi ini, yang terus terang telah menolak amaran dari Tok Gugu Nik Aziz, selama ini yang UMNO itu ada lah racun yang akan meracuni sesiapa yang mendekati parti racun ini.

      PAS tentunya akan dipatok kali kedua oleh ular yang keluar dari lubang yang sama. Kita tunggu dan lihat, kecuali ahli ahli PAS mula mengambil langkah menyekat Hadi dari apa yang dia sedang lakukan sekarang.

      Delete
    4. Tn.Shah...
      sya pinjam kata2 MP Raub..
      "Pres.Past nih.., sedang menunggang harimau. dia tak tahu mcmna nak berhentikan harimau dan turun darinya". Kalu tersilap turun, takut akan di ngap harimau pulak...

      Past dlm keadaan delima skrg. nih....??
      kesian past...!!

      Delete
    5. ternyata admin dan yang komen tidak matang dalam menilai perjuangan menegakkan islam. tuan mesti tahu dasar dan konsep rejim umno bn dan mungkin tuan semua tahu dasar perjuangan pas. dalam perkara ini sepatutnya tuan2 dah faham akan perjuangan pas sekiranya islam tetapi bagi yang bukan islam mereka bebas untuk menyatakan pendapat mereka. dekrasi rakyat berjuang cuma untuk menjatuhkan najib seperti kata tun m dan untuk mengantikan pm tetapi siapa yang akan menganti najib. umno dah tentu tidak mahu parti lain menjadi pm jadi pengantinya dah tentu dikalangan pemimpin umno yang mana umum mengetahui corak pemerintahan umno. tuan ada berkata pas akan dipatuk dua kali tetapi sekiranya najib dapat dijatuhkan maka pakatan pembangkang yang menyokong dkrsi rakyat akan di patuk berkali2 bukan dilubang yang sama tapi di setiap lubang yang ada. siap pemimpin umno yang bakal jadi pm muhidinyasin, atau zahid hamidi entahlah siapa pun tetapi mereka tetap umno. semasa tun m letak jawatan dan serah pada pak lah umno tetap kuat dan tetus memerintah walaupun pak lah dikatakan lemah. sekeranya peralihan kuasa berlaku boleh dikatakan semua ahli umno yang beralih arah akan kembali semula kepangkuan umno dan umno akan menjadi kuat semula. sekarang umno lemah dan menghadapi masaalah dalaman jadi masa nilah peluang kita untuk menjatuhkan umno bn pada pru14 dengan pilihan dari rakyat. baru perubahan kuasa yang sebenar dan merubah segala dasar umno bn. pandangan tghh jauh kerana nak malaksanakan dasar islam caranya adalah dengan menjatuhkan umno bn, sekiranya najib jatuh pm baru tetap tidak akan buat dasar islam jadi dekrasi rakyat gagal untuk menerapkan dasar islam dalam pemerintahan negara dan ini merugikan pas dan menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan. hasil dari penilakan tghh walaupun pas bersendiri ruu aktar355 berjaya dibentangkan diparlimen walaupun difitnah bermacam2 tuduhan ruu tersebut akan dibahaskan pada persidangan oktober 2016. baru sedap berbahad masa panjang masa tu umat islam malaysia dapat menilaikan pemimpin mana yang menolak, menyokong dan yang berkecuali. pru14 dijangka pada 2018 pembentangan tersebut dapat mempengaruhi umat islam malaysia membuat pemilihan. moga allah swt menolong perjuangan menegakkan islam.

      Delete
    6. artikel panjang tapi Hampeh....bodoh dan bangang.

      1. Kamu dah baca habis deklarasi rakyat?

      . Ruu hadi belum dibaca, dibahas, diundi. baru nak bentang dah tangguh. siapa yg tangguh? hadi sendiri. Jadi siapa yg halang sebenarnya?

      Delete
    7. Kak Arouse oii..Anon 14:59 tu gamaknyer dah buke puase ngan ketum ais ikat tepi..tu yang lalok semacam jer tuh. Pas dah jadi kacang pis..kene gulai di umngok masak taucu. Berkawan dengan kadiaq anak mamak juai kacang kuda..yang sejak ah di wang jadi MB dulu lagi terkenal sbg menteri yg lantang menentang hudud yang dibawak oleh ah di wang..camana orang nak caya lagi ngan ah di wang nih? Ni bukannyer beristiqomah tapi beristrirosmah jugak la nampaknyer!!

      Delete
    8. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. PAS ni...bergabung je la dgn UMNO.Malu-malu pulak.

    PRK ni,nak lawan PH ke BN?
    Pengundi tengah bingung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawan kedua2nya sebab ph dan bn sefahaman.

      Delete
    2. Mabuk dedak ke???

      Siapa yg nak jadi punasihat umno/bn? Politik matang konon.
      Lebih tepat lagi politik carimakang (bukang politik matang).

      Delete
  3. Hadi buang semua bukan ulama dari PAS tu bukan kerana individu ke.Apa kah konsep perjuangan mereka itu berbeza dari PAS. Mereka ini lah yg menaikkan PAS ketahap sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yang kuar pas bukan pas pecat mereka.

      Delete
  4. Aku hormati Tun M, aku benci dengan perangai buruk pemimpin UMNO, Tapi...Kesian aku tengok korang, PAS nak bersendirian pun korang sakit ati. Bila PAS bersama dengan korang dulu, korang punya pemimpin kurang ajar dgn ulamak. Pemimpin liberal Korang ketepikan ulamak PAS. Bila isu agama Islam pemimpin korang putuskan hal agama macam pandai sgt hal agama.

    Puak DAP kafir yg korang puja tu tolak hudud, lepas tu sokong kalimah Allah dihina kristian korang senyap. Sebab korang terpaksa jaga hati depa sbb nak undi puak musyrik tu sokong korang. Jadi yg salah depa buat pun korang senyapkan.

    Ulamak PAS sedar korang lebih utamakan dunia dari akhirat korang putar kata PAS pula utamakan kuasa di dunia.

    Aku nak tanya perangai sesetengah pemimpin liberal korang suka mainkan hukum Allah, berbaik dengan musuh Allah terang terang lawan syariah dan nak hapuskan hak melayu, kalau nak banding dengan GST dan rasuah mana lebih Allah murka?

    Korang pilih GST dgn rasuahkan? Sebab itu elok PAS tinggalkan korang sbb korang tak paham hal syariat Allah ni mana satu kena dahululukan. yg korang dulukan ialah ekonomi kemudian baru hal akidah.

    PAS cuba berbaik dengan UMNO korang berbaik dengan DAP, aku pening dgn korang, DAP semua hal pasal DAP adalah kearah daulatkan kekufuran. Jgn tertipu dengan kebaikan depa yg sikit. Semua hangpa buat ok wlwpun salah di sisi Islam. Tapi korang berperangai macam UMNO juga, org lain semua salah, tapi korang aje betul.

    UMNO mmg seleweng dan korup tapi depa masih mahu mengaku Islam. DAP depa lawan Islam terang terang. Hanya org buta hati je tak nak ngaku.

    Biarkan la PaS dengan strategi depa. Cara depa, tujuan depa. Kalau tak suka keluar dari PAS dan pi masuk apa yg hangpa suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh!...........APA yang ko bebel ni, tak faham...???
      Adakah ko sokong PAS bersekutu dengan UMNO.....????
      Atau adakah ko nak PAS bersendirian........????
      Tak tahu, apa yang dia nak sampaikan.

      Delete
    2. Bersilat lidah nak support parti PASt..nampak pandai menulis ttp. Tetap bodoh!... Suruh blogger umno ajar lagi cemaner nak tulis please...

      Delete
    3. mangkok ni pun lebih kurang mcm hadi juga. BODOH

      Delete
    4. Seekor lagi,...dengan korang,korang,korang,korang.Itu saja.

      Delete
    5. Anon 09:45, yang ini macam mana pula?

      TUANG AMANAT 1981 KAFIRKAN UMNGOK

      Rupanya anon 09:45 2x5 serupa pencacai 1MDB maselan keruak mempertahankan bijan, bezanya menjawab bagi pihak TUANG AMANAT 1981.

      Delete
    6. Anon 9:45

      Kesian kau kena tipu, Presden PIS yg bercumbu politik dgn Presden UMNO demi kuasa dan harta.

      Pendedahan Dato Husam adalah benar,tidak dinafikan oleh Presden PIS, sebaliknya Dato Husam dipecat kerana bocorkan rahsia PIS main kayu tiga dan bercumbu politik dgn UMNO dalam gelap menyebabkan Pakatan Rakyat hancur...isu hudud dijadikan gimik politik utk mengabui mata rakyat, penyokong dan ahli2 PIS.

      Delete
    7. puak sekular kepanasan fitnah tiada bukti dijaja. dalam amanat haji hadi dimana tercatat pas mengatakan umno kafir cuba tunjukkan, kena faham tghh menujukan kepada semua kaum muslimin sekiranya mengamalkan politik suku agama suku. cuba baca dengan hati terbuka dan fahami sekiranya tak boleh baca suruh org tolong bacakan lepas tu pegi masjid buat solat istiharah minda allah swt beri petunjuk. ini ikut cakap org yang fasik terus terima. dlm bab husam dia yang suruh pas pecat dia sebab tu dia buat hal sebab dia takut pada daiah dia pada allah swt jadi dia buat onar memburuk2 pas kelantan dan tghh. kalau husam ada bukti atas tuduhan dia suruh dia buktikan pas minta bukti tapi tiada. tntg ug dng umno itu pun fitnah dan tiada bukti yang trbukti ph bergabung dengan bn. tuduhan tiada bukti fitnah.

      Delete
    8. abih mca mic tu sokong hudud ke bodoh

      Delete
    9. najib tu sokong sgt ke hudud? bkn dia ke yg buat sidang media ckp yg xkn laksanakan? mknanya seme ini ape? mainan politik..ada otak tu gna la..

      Delete
  5. Ceteknya pemikirannya...janji melayu tu islam apa Yg dilakukan kira halal lah ye?...takpayah berjuang lg bubarkan pas n sertai umno... Betulkan dr dlm...bersatu melayu dibawah satu paying... Payong Najib buat permulaan... Ada berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata2 anon 10:35 tu..
      past tgh. bekira2 nak bubar pati dah.. barangkali ahli2 n penyokong past saja yg tak sedor lgi kot...??

      kpd. ahli2 past, tlng. makan ubat bagi cepat sedor dgn. ape yg. sedang berlaku...

      Delete
  6. Berentilah panggil Hadi ni tok guru. Langsung tak layak dia ni. Pembohong besar dan cakap belit macam Najib. PAS ni kalau ditukar dengan pemimpin lain boleh jadi parti yg hebat. Sayanglah pasal Allah Maha Adil. Takde yg sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tok guru HARAM JADAH...

      Delete
    2. ...fren 14jun2016@11:19...tepat kamu kata...kamu lebih celik iman dri melayu yg sokong and ikut PIS...

      Delete
    3. gadai agama sendiri demi dap.

      Delete
  7. Setiap apa yang keluar dari mulut si hadi ini adalah ayat syaitan.Menyokong Anwar dengan pembelaan syaitan yang berbunyi,"video itu besi".Dasar iblis,...itu yang dia suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah jenis ulama' bis su'u... ertinya ulamak jahat. Dasarnya adalah mengkafirkan orang Muslim melayu. Konsepnya adalah hukum hukum hukum. Malangnya, dia sendiri telah melampaui batas dalam bersyubahat dengan pezalim dan pengkhianat.

      Delete
    2. kamu telah menunjukkan diri kamu sendiri lemah dalam menilai yang baik dan jahat.kamu ikut hati org fitnah ulamak kamu pun ikut fitnah. cuba kamu senaraikan apa baiknya dap untuk umat islam.

      Delete
    3. Hei hang, kita tidak pernah sudi atau faham konsep Tahaluf Siyasi dgn DAP yang di buat Hadi ok? Tahu kita ulamak telah menggadai marwah demi mencapai tawaran kuasa politik. Lagipun keluargaku telah berpecah belah oleh Amanat Hadi Awang yang istiharkan kita UMNO zaman Dr. Mahathir sebagai kafir. Periksalah hatimu sendiri!

      Delete
    4. 15:12 berapa umur kau?Siapa yang tolong DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor kalau bukan PAS?Sudah lupa kah?Tanya balik soalan "cuba kamu senaraikan apa baiknya dap untuk umat islam." kepada Hadi yang baru lepas sahaja berpelukan dengan Lim Kit Siang.Sekarang Hadi berpelukan dengan Najib pulak.Hadi dan PAS ada sifat munafik yang disebut di dalam Al-Quran berkali-kali.Dasar PAS adalah,pecah tapi tidak perintah.Pecah belah adalah pekerjaan iblis.

      Delete
  8. bhai,

    betuikah ding ayam dpt kontrak buat hospital uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya amin lah dia mb.

      Delete
    2. Itu hal persekutuan, bukan negeri!

      Delete
    3. Itu hal persekutuan, bukan negeri!

      Delete
    4. sebab kita tak tahu.

      Delete
  9. Hadi Awang adalah ULamak yang tahu hukum..Mana boleh percaya apa yang TUN tuduh..sedangkan tiada bukti yang nayata dan hukuman pengadilan. tun pun hanya dapat maklumat dari sumber yang diragukan. Maka memang haram jika ikut kaedah tun.Seseorang hanya boleh disabitkan salah jika telah dibuktikan oleh mahkamah bersalah (itu kanun undang undang). Tuduh tuduh belum tentu benar. Mungkin dendam dsb.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Tuan fitnah pilkuda Ady Awong tahu buat FITNAH

      Sbb Tuan FITNAH Ady Awong pilkuda ini belajar drp Iblis dan setan

      Apasal Ady Awong nih bodoh sgt di hukum?

      Hukum mem FITNAH tu bgai mana??



      Delete
    2. tuan baru telan pilkuda ke.ulamak dicerca dap di sanjungi.

      Delete
    3. ok kita ketepikan sebentar pasal sumber meragukan dan pembuktian mahkamah bagai....
      TAPI kita tengoklah kiri kanan
      kita hidup yg makin terhimpit, graduan tiada pkerjaan yg wajar, harga barang makin naik, jenayah berleluasa, pdatang ramai, najib rosmah boros selah tiada hari esok....itu pun kita nak biarkan ke?
      kembalikan kemakmuran dan keselamatan tanahair ini seperti dulu

      Delete
    4. pas dari dulu menyeru kembali kepada pemerintahan islam buang umno bn tapi tak diindahkan sekarang dah jadi macam ni pun tetap ramai lagi tolak syariat allah swt.

      Delete
  10. Cuba Tun M bagitahu Hadi jika Najib dapat dijatuhkan, Hadi akan jadi TPM. Gerenti ajan keluar amanat baru supaya pakat tolak Najib. Malangnya Tun M dah tak berduit untuk bagi dedak. Lalu Hadi pun bagi lah macam2 alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronak fitnah ulamak.

      Delete
    2. Ulamak tu pewaris Nabi..sentiasa bercakap benar dan sanggup mati kerana mempertahankan yang hak..tak akan tukarkan agama dengan dunia..ada ke ciri-ciri cam tu pada Hadi Awang sekarang ni? Kalau tak de..layak digelar ularmak je la!

      Delete
    3. terbukti semua ciri tersebuk ada pada tok guru haji abdul hadi awang.

      Delete
  11. Mana yg lebih utama..tangkap orang pakai seluar pendek atau sediakan rumah untuk mangsa banjir.Lagi satu orang islam amal rasuah jadi halal ker sebab dia islam. Orang bukan islam pulak haram kalau buat kebajikan.Ada ke hukum macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nak berilmu ke nak hina hukum niat kena betul. cegah kemungkara lebih utama sebab kemungkaran punca segala musibah.rasuah tetap haram tak kira siap pelakunya. kebajikan org bukan islam dikira disisi allah tetap tergantung selagi ia tidak beriman kepada allah. wallahhualam. sama2 kita perjuangkan hukum hudud untuk kesejahteraan kita bersama moga allah memberi rahmat kepada kita semua.

      Delete
    2. Bagaimana bisa parti yg duduk dalam tong tahi melemparkan sesuatu yg elok seperti hudud. Apakah ketahian ini.

      Delete
    3. seburuk mana orang itu sekiranya dia sampaikan benda yang baik ia tetap diberi pahala oleh allah swt dan kita kena ikut kebaikan yang disampaikan. begitulah sebaliknya. sesungguhnya allah swt maha mengetahui.

      Delete
  12. Mungkin Hadi Awang berangan-angan mat jenin menjadi Perdana Menteri ke 7 kot..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok fitnah ulamak.

      Delete
  13. Mungkin Hadi Awang berangan-angan mat jenin menjadi Perdana Menteri ke 7 kot..?

    ReplyDelete
  14. Hadi awang ni memang bodoh gila.ckp mcm org mabuk todi.yg pelih ahli pas blh kata dia ni ulamak..ulamak pokemak ia la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bahasa kamu, seronokkan fitnah ulamak.

      Delete
    2. Hanya orang yang digelapkan hatinya sahaja yang masih melihat golongan pendusta ini sebagai ulamak.Malas membaca,dan baca buku itu dengan niat nak pahala sahaja,tanpa memahami maknanya.

      Delete
    3. memg betul hanya org yang gelap hati sahaja yang sanggup menabur fitnah.

      Delete
  15. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti Islam itu kini sedang berbaik-baik dan mendekati UMNO atas satu tujuan iaitu meraih undi.

    Katanya, walaupun pendekatan itu ditentang kuat AMANAH, Hadi berkata PAS tetap mahu berbaik dengan semua pihak termasuklah DAP.

    “Dia (AMANAH) susah kalau kita nak baik dengan UMNO. Kalau tak baik dengan UMNO macam mana nak suruh orang UMNO undi kita.

    “Kena baik dengan dialah. Nak suruh berbalah dengan UMNO, DAP pun kita nak baik. Biar orang DAP undi kita, kita baik dengan semua. Yang tak baik kita bangkang. Itu pendekatan kita,” katanya ketika berucap pada Forum Perdana di Dataran Ketior Manong malam tadi.





    Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk menolak segala dasar yang berbentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa pemimpin teratas.

    Katanya, PAS dalam dua PRK ini akan menggunakan pendekatan menyokong perkara yang baik dan menentang perkara tidak baik sebagai senjata dalam menghadapi BN, DAP dan AMANAH.

    “Perkara yang baik, tolong orang miskin, tolong orang susah itu kita sokong. Yang tak baik kita lawan, yang baik kita sokong, ini calon PAS.

    “Yang UMNO, yang baik disokong tak apa, yang tak baik, disokong juga.

    “Yang pilih PAN ini, yang baik dia bangkang, yang tak baik pun dia bangkang, itu senang saja, dia ikut DAP,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa punya komen.

      Delete
    2. Macam tu lah bro bila dah sesat. Kesian kat dia...

      Delete
  16. Satu undi kepada Tan Sri Adenan Satem ialah satu undi kepada Datuk Seri Najib Razak. Begitulah propaganda DAP di portal berbahasa Inggeris ketika pilihan raya negeri Sarawak.

    Jika dilihat daripada komen di bawah setiap artikel yang ditinggalkan dan juga kehangatan kempen di sosial media, timbul persepsi DAP akan memenangi jumlah kerusi yang banyak manakala Barisan Nasional (BN) dan Adenan dijangka kehilangan dua pertiga majoriti di DUN Sarawak.

    Namun yang berlaku ialah sebaliknya.

    Adenan menang 72 kerusi dengan bergaya, manakala DAP tewas di enam kerusi campuran bandar yang mempunyai jumlah peratusan pengundi Cina yang banyak.

    Terbukti, persepsi yang cuba dimainkan media dan cybertrooper ternyata jauh berbeza dengan realiti.

    Hari ini, media pro-DAP terus memainkan persepsi bahawa undi Cina akan kekal di tangan mereka sebagaimana di PRU13. Jika dilihat daripada komen “pembaca”, PAS dan BN seolah-olah tidak akan mendapat walau sekeping undi orang Cina.

    Selain itu, ada media sengaja menggambarkan hanya PAS sahaja yang rugi setelah Pakatan Rakyat berpecah, dengan hanya memberikan fokus pada kehilangan pengundi Cina daripada PAS.

    Mereka sengaja mengelak daripada membuat laporan yang menggambarkan DAP juga kehilangan undi Melayu kerana berpisah daripada PAS.

    ReplyDelete
  17. Perkara ini diulang-ulang melalui kenyataan media yang bertubi-tubi dengan niat untuk menanam persepsi ini di minda rakyat, seolah-olah itulah yang benar-benar berlaku.

    Ia sama seperti taktik mereka pada pilihan raya Sarawak menanam persepsi bahawa setiap rakyat Sarawak percaya yang undi Adenan adalah untuk memberikan sokongan kepada Najib.

    Apabila rakyat Sarawak terutamanya pengundi Cina bertindak sebaliknya, mulalah kedengaran suara menghina “kewarasan” dan “kebijaksanaan” orang Sarawak yang memilih BN.

    Rakyat dulu diajak membenci parti lawan oleh ahli politik, terutamanya pembangkang, dengan harapan mereka akan memberikan undi kepada parti yang tidak dibenci oleh mereka. Malah hari ini, sikap mengajak rakyat terus membenci dalam membuat keputusan politik masih menjadi-jadi dan terus menjadi taktik kempen sebilangan parti politik yang sanggup menipu rakyat demi kuasa yang sementara.

    Ramai menyedari taktik sama sedang digunakan di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar oleh sebilangan parti yang bertanding berdasarkan billboard dan risalah perkauman dan kebencian yang diedarkan, biarpun di bulan Ramadan.

    Tetapi rakyat sudah tidak mudah dicuci minda hari ini. Mereka menyedari bagaimana emosi mereka dimainkan dengan jajaan harapan palsu ketika PRU13 dulu oleh semua parti politik yang bertanding. Malah, mereka mereka sudah bosan dan letih dengan politik kebencian sebegini.

    ReplyDelete
  18. Kesan keletihan dan kebosanan ini tidak dapat diukur oleh sesiapa, termasuk pakar penganalisa politik.

    Ahli politik boleh merancang seperti Langkah Kajang. Akan tetapi, perancangnya sudah pasti tidak menjangka strategi ini akhirnya hanya menguntungkan lawan politiknya iaitu BN apabila Pakatan Rakyat berpecah, dan orang yang paling tidak sehaluan dengannya pula dilantik menjadi menteri besar.

    Oleh itu, bersedialah untuk keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal melanggar persepsi yang cuba ditanam oleh pakar strategi dan portal media seperti yang terjadi di Sarawak.

    Jangan terkejut kalau para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar melangkau keluar politik kepartian dan memilih individu terbaik yang mesra rakyat dan dipercayai boleh memberi khidmat terbaik dan bukannya berdasarkan parti bagi mewakili kawasan mereka.

    Silap-silap, bulan yang mengambang.

    Oleh Timothy Heng

    ReplyDelete
  19. Betoi la cara tok det... Cuba fikir.. Sapa yg buat dasar dan konsep.. Sudah tentu individu.. Justeru nak menentang dasar dan konsep haruslah bermula dari pembuat dasar dan konsep tu.. Kalu sakit akibat selumbar.. Yg patut dibuang adalah duri selumbar.. Bukan nanah..

    ReplyDelete
  20. perubahan perlu dilakukn dgn segera biar pun kecil danmengikut kepentingan umum iaitu rakyat.Perubahanyg besar dan drastic boleh mengundang situasi tidakbaik.yg utama sekarang ialah mnjatuhkan najib dahulu atas dasar kepentingan rakyat diatas keselamatan pembaziran dan rasuah yg berleluasa.Perubahan yg lain akan ikut kemudian.

    ReplyDelete
  21. PAS, UMNO, AMANAH hnyelh skping krtas. Pmimpin2 & ahli2nyelh yg mncorakkn prjuangn parti. Mne munkin tolak UMNO sokong Najib?
    TGNA prnah kate PAS snggup dbubar klw prjuangn UMNO ialh utk agama sprt PAS.!

    ReplyDelete
  22. Eddie Ah Wang dah tak ada siapa2 dah. Dia hanya bergantung hidup dgn najib sajalah.
    DAP pun dah tendang dia keluar drp Pakatan Harapan. Jadi Eddie Ah wang dah hilang tempat untuk mengadu.
    Pakatan Rakyat yg dia bangga bangga tu pun hancur angkara pas juga.
    Ahli ahli pas yg berakal telah keluar meninghalkan pas dan menubuhkan PAN
    Yg masih kekal dalam pas tu hanyalah yg bangang bangang dalam erti kata lain yg dah lama sesat.Hanya bakal masuk neraka saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut telunjuk dap tentang hudud tak masuk neraka ke.

      Delete
  23. Aku bukan percaya sangat org pakai seban ni cakap lain buat lain yg penting mereka senang lenang bodoh sungguh org yg menaikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar aku percaya org pakai serban dari kafir anti islam. sebab sebaik2 org kafir hanya untuk menyesatkan umat islam.

      Delete
  24. Aku bukan percaya sangat org pakai seban ni cakap lain buat lain yg penting mereka senang lenang bodoh sungguh org yg menaikannya

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak begitu saudaraku, ugama Nabi Muhammad itu memang mulia. Hanyasanya bawakan Isle mereka itu karut!

      Delete
    2. Jgn salahkn agama islam.. Salahkn penganut yg tak ikot ajaran agama islam yg betoi.. Misalan kalu anak mencuri.. Bukanlah salah ibu bapa atau cikgu yg mengajar jgn mencuri.. Tapi yg salah adalah anak/pelajar yg tak ikot ckp.. Islam agama yg benar.. Hanya islam yg tuhan redha sebagai agama...

      Delete
    3. alhamdulilah komen yang amat baik moga allah swt memberi rahmat pada tuan.

      Delete
  26. Jgn salahkan agama islam.. Salahkan penganut yg tak ikot ajaran islam yg lurus.. Misalnya.. Seorang anak/pelajar mencuri/rasuah.. Adalah tak betoi jika kita salahkan ibubapa/pengajar yg mengajar supaya jgn mencuri/rasuah.. Yg bersalah adalah pelakunya.. Sbb tak ikot ajaran yg baik.. Islam adalah cara2 hidup didunia berpandukan ajaran dari tuhan yg mencipta.. Hanya agama islam yg diiktiraf oleh tuhan yg maha penyayang..

    ReplyDelete
  27. Tuan haji Hadi Awang benci Cina dan orang orang kafir yang lain tak tentu pasal,,Nabi Muhammad Saw biasa beri orang tua yahudi yang buta setiap hari walaupun orang tua itu hari-hari caci maki Nabi Saw,,ini contoh yang sepatutnya di contohi oleh Haji Hadi and friends....!!!! Ketahuilah walaupun mereka kafir namun mereka juga hamba-hamba Allah Azza Wajallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah memuliakan nabi muhammad saw. sesunguhnya kami pas mengikut sunah dan menghidupkan sunah dan berjuang kejalan allah swt setiap dugaan yang kami hadapi sebagai semangat untuk terus istikomah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...