Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.
Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.
Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.
Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?
Bersama pengesahan mengenai Jho Low itu, sekurang-kurangnya tujuh negara juga masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram.
Dalam tempoh setahun dua akan datang, pasti banyak lagi berita-berita sensasi mengenai 1MDB yang dihidangkan kepada kita. Di akhir cerita, pasti nama Najib yang menubuhkan 1MDB sukar dielakkan daripada terpalit sama.
Mungkin pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak berapa peduli mengenai 1MDB, Jho Low, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, pembelian hartanah oleh anak tiri Perdana Menteri di luar negara dan macam-macam lagi kaitannya dengan syarikat yang berhutang lebih RM50,000 juta itu, tetapi tentunya ramai pengundi PRU 14 nanti yang celik mata mengenainya.
Ini kerana, berbanding pilihanraya kecil yang hanya untuk memilih wakil rakyat atau Ahli Parlimen, pilihanraya umum adalah memilih kerajaan dan menentukan masa depan. (SH 22/06/2016).
En Budin, ya saya pun berfikiran mcm itu juga. Tetapi disebabkan mentaliti majoriti pengundi maseh di selubungi asap hitam 'ketakutan' yg menebal, jadi saya percaya BN TETAP meraih kemenangan. Isu2 skandal pemimpin nasional tidak menjadi penting lagi. Yang penting diri sendiri disebabkan 'ketakutan2' yg sengaja di reka2.
ReplyDelete'Ketakutan2' yg di maksudkan:
1- pengundi di kampong2 ditakut2kan dgn kemudahan2/dedak2 akan di tarik sekiranya tdk mengundi BN.
2- tnh melayu & keistimewaan bangsa melayu akan terhapus jika mengundi pembangkang @dap.
3- pengundi ktgan kerajaan akan diugut, serupa ayat ugutan thn2 praya sebelumnya.
4- pengundi2 dikalangan pelajar2 pula akan ditarbiah dgn budi kerajaan berkaitan pemberian ptptn & biasiswa.
5- kesilapan BESAR dari pembangkang di mana tiada kerjasama yg kukuh & TIDAK ada satu DASAR yg betul2 blh meyakini pengundi@rakyat.
nanti dia tambah BRIM kita punya mulut kena gam..da..
DeleteKalau lebai lebai musang berjanggut masih percaya kpd ketua Musibah Dedak Beracun(MDB), apatah lagi rakyat yang jahil dan pendek aqal di kampung kampung....
DeleteYa Allah, selamat kan tanahair kami dari musibah dedak beracun ini.
Kan PM dah kata Allah merestui kemenangan dia di dua PRK dahulu ! Jadi Allah merestui juga segala apa yang telah dia lakukan selama ini. Bak kata seorang ustaz popular "Dia ingat Allah tu pak sedara dia apa ka!!!"
DeleteKan PM dah kata Allah merestui kemenangan dia di dua PRK dahulu ! Jadi Allah merestui juga segala apa yang telah dia lakukan selama ini. Bak kata seorang ustaz popular "Dia ingat Allah tu pak sedara dia apa ka!!!"
DeleteEn Budin, ya saya pun berfikiran mcm itu juga. Tetapi disebabkan mentaliti majoriti pengundi maseh di selubungi asap hitam 'ketakutan' yg menebal, jadi saya percaya BN TETAP meraih kemenangan. Isu2 skandal pemimpin nasional tidak menjadi penting lagi. Yang penting diri sendiri disebabkan 'ketakutan2' yg sengaja di reka2.
ReplyDelete'Ketakutan2' yg di maksudkan:
1- pengundi di kampong2 ditakut2kan dgn kemudahan2/dedak2 akan di tarik sekiranya tdk mengundi BN.
2- tnh melayu & keistimewaan bangsa melayu akan terhapus jika mengundi pembangkang @dap.
3- pengundi ktgan kerajaan akan diugut, serupa ayat ugutan thn2 praya sebelumnya.
4- pengundi2 dikalangan pelajar2 pula akan ditarbiah dgn budi kerajaan berkaitan pemberian ptptn & biasiswa.
5- kesilapan BESAR dari pembangkang di mana tiada kerjasama yg kukuh & TIDAK ada satu DASAR yg betul2 blh meyakini pengundi@rakyat.
Doakan sahaja aku menjadi Superman yang mempunyai kuasa seperti dalam movie Marvell, nescaya dalam separuh hari sahaja aku boleh menangani semua pemimpin korup termasuk ketua2 penguatkuasa yang korup di negara ini.
ReplyDeleteSuperman asal dari DC Comic, bukan Marvel Comic, harap maklum.
DeleteSetuju, Spiderman dari Marvel Comics. Spiderman pun hebat juga.
Deletesamb.
ReplyDelete6- pengundi2 Cina/india di layan serta dilulus serta merta projek2 pembangunan setempat yg menjadi isu kaum Cina selama ini.
7- pengundi2 di Felda - layanan 1st class utk mereka akan menyusul dgn syarat sokongan kuat utk BN.
samb.
ReplyDelete6- pengundi2 Cina/india di layan serta dilulus serta merta projek2 pembangunan setempat yg menjadi isu kaum Cina selama ini.
7- pengundi2 di Felda - layanan 1st class utk mereka akan menyusul dgn syarat sokongan kuat utk BN.
ini semua takdir tuhan agama terbenar sekali didunia!
ReplyDeleteOrang sibuk pasal politik, kau mabuk komen pasal agama
DeleteBudin,
ReplyDeleteSaya juga sama sependerian dengan tuan,menjelang PRU 14 ,akan ada banyak skandal ,isu akan timbul berkenaan penyelewengan 1MBD ini,malangnya pembangkang sukar mengeksploitasi isu ini secara berkesan dan PAS pula cuba sedaya upaya meremehkan isu ini dengan mengujudkan isu isu yang boleh menipu minda orang melayu dan penyokong tegar mereka agar Najib dan UMNO bukan gejala memburukkan negara tapi blok DAP dan AMANAH pula dilihat mengancam negara walaupun yang menyeleweng wang negara adalah Najib dan kuncu kuncu kapitalis nya .
Ini la pengkianat negara sebenarnya iaitu puak puak penyokong najib dalam umno dan pemimpin pas yang rela menipu minda umat islam ,yang senyum lebar adalah Rosmah aka Najib sebab terlalu banyak melayu yang mengemari dedak dan terlalu banyak melayu suka telan cerita penglipulara dari Perausah UMNO dan PAS.
Tidak mengapa saudara budin cuma kita berdoa la agar PRU tidak sama senario dengan PRK jajaran dan skop lebih luas dan matlamat lebih kepada penukaran kerajaan daripada hanya menukar MP tapi kerajaan tidak tukar dan harap semua pembangkang dari sekarang memastikan dan study demografi pengundi dan tiada berlaku penipuan dalam pendaftaran semula pengundi dimulai dari sekarang sehingga PRU 14 ,kurangkan pergeseran dan banyak kan penjelasan dalam bayangan kabinet serta apa yang boleh pembangkang buat bila mengambil alaih kerajaan ini mesti dijelas disamping memanupulasi isu dengan baik dan berkesan terutama pada golongan menengah , pekerja swasta malaysia serta belia yang akan menjadi majoriti di PRU 2018 kelak.
Akhir sekali saudara budin cuba kamu korek korek hal Rosmah bersama Beg beg yang dibawa bersama keTurki(sebenarnya singgah tempat lain),saya ada info cerita amat menarik dan amat mengejutkan serta boleh buat kamu mengeluh panjang mengenang nasib masa depan malaysia.
roslan othman
Pulau Pinang
Saya setuju dgn Sdr Roslan. Bukan lagi hanya BN malah PAS akan menyebabkan masalah yang jauh lebih besar kepada mereka yang mahukan reformasi atau perubahan.
DeleteMasalah yang paling ketara adalah soal kerusi Parlimen dan DUN yang mana PAS tidak akan bertolak ansur. PAS juga akan bertanding di tempat yang mana PAS akan kalah di bandar-bandar besar yang mana pengundi cina ramai.
Inilah cabaran yang perlu diharungi oleh PH pada PRU14.
Rakyat tak ambil kisah pada 1MDB,2MDB,3MDB apa MDB pun.Masa undi,tetap pangkah dacing.
ReplyDeleteLanun,perompak,penipu atau apa pun,rakyat peduli apa? Tetap dgn BN.
Bila laaaa rakyat malaysia nak sedar.
Mengeluh shj tak dapat ubah keadaan
DeleteEven with cold hard evidence presented and the party is proven guilty beyond reasonable doubt, they will never ever own up and admit it. Like ever. They will feign ignorance, keep on turning and twisting until everyone lose interest. So what to do? In the end, like that PAC guy once said, everyone just need to cari makan ma..
ReplyDeletedah puluhan tahun kena sihir dedak
ReplyDeletesusah nak diubati lagi
berjangkit kat anak cucu
dedak punay penangan
cuba n cuba
Rakyat Malaysia yang tidak sensitif atau ambil tahu tentang perkara sebesar dan sepenting ini boleh dianggap sebagai rakyat "bodoh" yang boleh merosakkan negara sendiri. Bagi yang berkepentingan khususnya menteri2, kita tahu sebab mereka bertindak demikian, iaitu kerana kepentingan peribadi. Tapi rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi ini benar benar bengap jika penyelewengan sebesar dan semega ini sukar untuk difahami dan tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Golongan ini terlalu mudah dipermainkan kerana saluran TV pemerintah bagaikan "al quran" bagi mereka, apa yang dihidangkan adalah wajib dipercayai.
ReplyDeleteJgn samakan quran dgn saluran tv.
DeleteApsal pulak? Sedangkan dlm Al Quran pun ada memberitahu bahawa Nabi sendiri menggeluh kerana umat baginda telah meninggalkan Al Quran. (Q25:30).
DeleteItupun kalau tuan rajin baca & faham Al Quran larrr...
Anon 04.04..tak payah la bg perumpamaan lebih2. Al quran kitab suci umat islam. Nak pegang pun bdn kena suci, ambik wuduk dulu. Jgn samakan dgn apa2 yg lain.
DeleteAyat mana ada dalam Quran yg tuan rujuk tu? Benar sungguh ayat Q25:30 iaitu ramai yg telah meninggalkan Al Quran dan merujuk kitab2 rekaan manusia.
DeleteMcm mana badan boleh suci sedangkan perut berisi najis? Yg dimaksudkan membersih diri itu ialah pembersihan mental drp naratif Arab..
Al Quran adalah panduan untuk manusia, kalau baca dalam bahasa Arab dan sepatah haram pun tak faham, macamana boleh dapat panduan drp membacanya?
Bila bagi komen je, tuan2 hentam rakyat cakap bodoh la, tak sensitif la...mcm bagus2 je. Stkt itu usaha anda? Patut la kalah. 2 parlimen (sg besar & kk) bukan pengukur sbnr tahap sokongan rakyat kpd bn. Tak faham lg ke? Dua2 parlimen tu mmg kubu bn. Dah diberi peluang, pembangkang ego berpecah. Masing2 nk tunjuk kuat. Takpe, kat situ pas dpt pengajaran. Kat situ juga amanah test power. Lagi 2 tahun je PRU 14...dulu2 masa anwar belum dipenjarakan, tempoh 2 tahun sblm pru, aktif dgn ceramah pkr, pas & dap. Apa jd skrg? Lesu...malas ke atau kurang dana? Masuk la ceruk2 kampung...terangkan secara jelas isu nasional. Undi orang kampung sbnrnya penentu nasib orang di bandar. Jgn pandang hina terhadap mereka..tuan2 jgn berkokok bg komen mcm bijak pandai. Tolong pesan pada jentera pembangkang, giatkan usaha anda..jgn lupa adakan ceramah luar bandar secara berterusan.
ReplyDeleteSetuju
DeletePenceramah dah tak laku, muka dah comot dengan dedak....ha ha ha
DeleteNajib wajar diturunkan dan DAP juga wajar dihapuskan. Ini lebih bagus dan kembali aman negara ini. Cina yg menjadi kurang ajar mengajar melayu makan rasuah. Cina yg bawa budaya beri rasuah utk dpt projek. Cina yg bawa budaya pelacuran, berjudi dan menipu. Melayu yg nak cepat kaya dan lemah iman menyerapkan budaya jahat ini merosakkan negara
ReplyDeleteRasuah tak kira kaum. Zaman sekarang, diorang mintak rasuah terang-terang. Siap cakap tak cukup. Bukan orang offer. Lagi satu, zaman sekarang, ppuan pegang kuasa pun mintak rasuah.
DeleteKenapa mesti menyalahkan kelemahan kaum sendiri ke atas kaum lain yang nyata berbeza nilai dosa pahala kehidupan. Sekali pun lemah semangat dan tipis iman lebih baik memperkukuh jatidiri dan menebalkan iman daripada menyalahkan orang lain.
DeleteKenapa mesti menyalahkan kelemahan kaum sendiri ke atas kaum lain yang nyata berbeza nilai dosa pahala kehidupan. Sekali pun lemah semangat dan tipis iman lebih baik memperkukuh jatidiri dan menebalkan iman daripada menyalahkan orang lain.
DeleteHairan betul. Bila kita rasuah, kita salahkan kaum lain. Bila UMNO menyeleweng, DAP pulak yang harus dihapuskan.
DeleteHebat sungguh pemikiran Melayu kita ni.
Bukan rakyat sahaja yang terima, BN akan buli semua institusi yang ada di negara ini demi mengekalkan kuasa.Cash is King.
ReplyDeleteStakat pakai bukti pengakuan dr informer yg tak mau dinamakan,atau yg ntah wujud ke ntah tidak..mana lah nak menang..pi mlalak sampai ke FBi tp takda bukti kukuh,bwk masuk PaC pun tan seng giaw kata takda salah laku sampai tony chicken pua meroyan..pastu kalah nak ckp org yg tak undi dia bodoh,ko tu yg bodoh sbenarnye..menang kalah adat pertandingan..tak pernah terima kekalahan dgn positif punye mangkuk2 sekalian akan slamanye meroyan tak menang2
ReplyDeleteYang report keseluruhan pssal 1mdb ialah wsj, bloomberg, cnbc , dibaca di seluruh dunia kerana integriti mereka tinggi....bukan macam tv3, utusan, nst, yang dibaca oleh orang kota belud dan kawasan kawasan sekampong dengannya. Laporan wsj ini menang anugerah kewartawanan SOPA. Dan...laporan ini tak pernah dicabar di mahkamah mengenai kesahihan kandungannya oleh mana mans pihak....dan FBI fia orang buat kerja senyap senyap, tak rajin paksi twitter...tubggulah apa FBI cakap nanti. Dia orang lebih pentingkan integriti institusi mereka dari maruah negara kita.
Deleteanon 6.51 kepala butt kamu cuba baca laporan PAC sah yang wang RM 14 billion lesap dan ujud isu menipun dalam pentadbiran ,jgn tulis macam duduk dalam jamban ja baca la sikit.
Deletesekarang summer biasanya mereka buat kerja persediaan kes
Deletetunggulah fall nanti
Bak mai la laporan pac kata 14b ilang..klu btul ilang baik tan seng giaw (dia tu DAP) da tentu bekokok sekampung..ingat senang ke nak lesapkan 14b dr ekaun tanpa org tak nampak,lebih2 lg disemak oleh org2 yg tidak pro pada kamu..tolong aa simpan mengap tu skit..ilang 14 juta pun skali kelip ekauntan da bley tau,ko penah blajor basic ekaun ke tidak ?..wsj tak menamakan sumber camne nak saman ? Tp barry wain personally tanpa berselindung berulang kali kata madey rembat 100b dlm buku dia,dan dia cabar mamak saman,tak pulak mamak brani saman.
Delete10 Julai ni genap usia Tun Dr Mahathir 91 tahun..memang ada sebab mengapa Tun gagahkan diri pada usia tersebut menentang najib razak. Bukan sengketa hal peribadi, Tun pun dah pernah berada di kemuncak & tak hairan pangkat/harta. 1mdb, gst, "derma" meragukan, hidup mewah berlebihan najib..tak siapa berani menentang habis2an kecuali Tun. Kita harus berterima kasih. Tapi, mana perginya panglima yg lain?? Tan sri, datuk seri..yg masih dlm umno tapi tak bersetuju dgn najib tu kenapa tak bantu? Kesian tun..takkan nak perah kudrat tun seorang diri? Kami ni rakyat biasa..kalau bersuara, orang tak dengar. Umno penuh dgn sifat cantas & dengki. Tuan2 syg umno, umno hari2 cari jln nak singkirkan tuan. Kalau boleh, sebelum PRU 14, duduk di bwh 1 platform..atas niat yg sama. Bangkit singkirkan najib razak..
ReplyDeleteBapa Perampok Negara. cilakalah kau
ReplyDeleteTimbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat yang dilakukan bersama Pakatan Harapan (DAP, PKR dan PAN) baru-baru ini adalah untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
ReplyDeleteMenurut Malaysiakini, Muhyiddin menyatakan perkara itu dalam ucapan ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana,Puchong, malam tadi.
Bekas timbalan perdana menteri itu turut menafikan tuduhan pihak tertentu konon deklarasi bersama Pakatan Harapan (PH) itu adalah untuk menumbangkan kerajaan.
“Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!,” kata Muhyiddin yang dipetik dari Malaysiakini.
Muhyiddin memberitahu, persetujuan bersama yang dilakukan antara DAP, PKR dan PAN dengan pihak Tun Mahathir dalam 'Deklarasi Rakyat' baru-baru ini juga bukan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Mereka (DAP, PKR dan PAN) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak perdana menteri undur dan negara ini diselamatkan,” tegas Muhyiddin lagi.
Selain itu, Muhyiddin turut menolak dakwaan konon beliau calon pengganti Perdana Menteri namun beliau tidak menolak untuk bersetuju menjadikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai calon pengganti Datuk Seri Najib.
“Kalau dia (Najib) pergi (berundur), maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu maka akan kembali menyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya.
dulu waktu umno ada majoriti pemimpin bagus, pembangkang buat cerita tanpa bukti. penyokong umno tak percaya.
ReplyDeletesekarang bila majoriti pemimpin umno buat palat, pembangkang bagi bukti jelas pun penyokong umno tak percaya
dah macam cerita pengembala dan serigala
PAS berpendapat pembangkang perlu kembali bekerjasama antara satu sama lain bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang sekiranya ingin mengekalkan kerusi masing-masing.
ReplyDeleteTimbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembangkang perlu mencari mekanisma baru dalam mengekalkan kerjasama, seperti mana dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu bagi memastikan konsep satu lawan satu dapat dicapai.
Namun bertegas tidak mahu mengorbankan kerusi PAS bagi memberi laluan kepada parti lain dalam PH untuk bertanding.
“Saya tengok ada keperluan, tidak semestinya gabungan. Saya rasa ada mekanisma lain yang perlu dicari. Saya sebut dulu bahawa diantara mekanisma yang boleh PAS terima ialah sepakat untuk satu lawan satu.
“Tapi PAS tegaskan setuju satu lawan satu di kedua PRK ini tapi bukan prinsip kita terpaksa korbankan kerusi PAS, itu tidak betul dari segi sepakat. Kita kena hormati hak kerusi yang sedia ada dan parti lain tidak perlu sertai sama. Itu sepatutnya dihormati.
“Kalau prinsip itu tidak dihormati maknanya kita bergabung tapi kita terpaksa korbankan kita punya kerusi, saya fikir tidak betul dari segi kaedah kerjasama,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Ini kerana Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberikan isyarat bahawa pengundi muak dengan perpecahan yang dihadapi pembangkang yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS yang menentang Barisan Nasional (BN).
Kepimpinan PAS sebelum ini bertegas tidak akan kembali menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dibentuk DAP, PKR dan PAN.
PAS takkan gadai prinsip
Tetapi Tuan Ibrahim, PAS masih berpendirian untuk tidak menggadai prinsip perjuangan Islam yang dibawa parti itu.
“Saya fikir dengan DAP, PAN (Parti Amanah Negara) tidak mungkin (akan kerjasama). Sebab prinsip PAS orang (PAN, DAP) tidak boleh terima, itu tidak mungkin berlaku. Sebab kita bekerjasama (dalam PR) sampai kita hilang prinsip yang kita perjuang, PAS fikir tidak ada parti yang sanggup begitu.
“Sebenarnya kita tengok PAN ini lahir daripada sikap agak menyecewakan PAS. Mereka tewas pada muktamar dan menarik ahli-ahli parti keluar, saya fikir ini kita tidak boleh terima begitu,” jawab Tuan Ibrahim.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan, selepas kalah di kedua-dua PRK semalam.
Justeru PAS akan menggerakkan peranan ‘blok ketiga pembangkang’ yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Mengulas mengenai kerjasama dengan IKATAN dan beberapa NGO lain, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan menguatkan
“Memang kita akui (perlu kerjasama politik) sebab itu kita akan memperkasakan Blok Ketiga sebab altenatif kepada rakan dalam PAS. Blok Ketiga ini tidak menonjol dalam PRK baru ini walaupun kita akui bahawa Parti Ikatan juga turun bantu tapi kita akan perkasakan lagi blok ketiga,” ujar Tuan Ibrahim.
Dalam pada itu, PAS mengakui kurang mendapat sokongan kaum Cina di PRK Sungai Besar sepertimana yang diperoleh mereka semasa dalam PR pada PRU lalu, sekaligus menyebabkan undi kaum itu kembali menyokong BN.
“Kami akui juga PAS (sebelum ini bertanding di atas tiket Pakatan Rakyat) dapat sokongan daripada pengundi Cina, tapi kali ini pengundi Cina tidak menyokong PAS dan PH, sebahagian mereka menyokong kembali BN.
Dalam PRK Sungai Besar, PAN mengatasi pungutan undi daripada PAS dengan 707 undi dimana Azhar Abdul Shukor memperoleh 7,609 undi manakala Dr Rani Osman yang mewakili PAS memperoleh 6,902 undi.
Sementara di Kuala Kangsar calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad memperoleh 5,684 undi, mengatasi calon PAN Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) – AP
Sebenarnya PAS wajib terajang keluar Hj Hadi dan Haron Din kerana mereka dah sinonim dengan Najib,kalau tidak PAS akan terkubur.
DeleteKami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuamgam adil untuk semua oleh DAP, PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.
ReplyDeleteDAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam.
Perbezaan diantara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan,kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua.
Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana mana bangsa, agama ataupun jantina.
Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam Negara yang berlarutan lebih 50 tahun.
Kami merayu rakyat Malaysia sokonglah Pakatan Rakyat pada 5hb Mei 2013.
Tengok bulan pangkah bulan,
Tengok mata pangkah mata,
Tengok roket pangkah roket,
Selamatkan Malaysia !!!
Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS.
ReplyDeletePada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi.
Mereka masuk dengan arahan dan restu Anwar. Apabila PKN ditubuhkan 1999 dengan bantuan PAS atas nasihat pimpinan Ustaz Fadzl Nor, Shaari Sungib telah ditawarkan sebagai SU Agung PKN tetapi beliau menolak kerana mahu “duduk” dalam PAS dahulu bersama Dr Dzulkifli Ahmad. Rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.
Apabila IRC gagal kuasai UMNO, mereka cuba kuasai PAS. Ketika itu JIM-IRC pecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya. IKRAM bersama PAS. Selama lebih 10 tahun, kumpulan JIM-IRC membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka selain Kamarudin Jaafar yang berjaya dilantik sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka.
Selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan persitiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya.
Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS.<
Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider, dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu “dipujuk’ untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.
Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui Konsensus Nasional. Anwar dicadang menjadi MB untuk liase dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat pulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya.
Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika KN berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.
jangan la nak pandai pandai buat cerita yang Tun M menghidu konspirasi najib Anuar ,kalau benar memang benar Anuar dan Najib berpakat untuk share kuasa memang patut pun Tun M tentang dan pejatuhkan najib sah mereka dah buat pakatan haram melingkup malaysia ,tengok sekarang apa najib dah buat dengan seleweng dana 1MDB .kalau ada Anuar sah dua dua tak guna, Tun M sekarang bergerak sendirian jangan pandai fitnah kroni yang dok bantu dia semua nya tiada kuasa dan perana kecil dalam umno itu pun dah dipecat. Guna akal sikit
DeleteKajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.
ReplyDeleteKemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS. Perkara ini disebut dalam kertas Grand Design yang ditulis pada tahun 1991, iaitu menubuhkan satu NGO sekiranya gagal kuasai PAS, dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.
Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Pakhrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IRC-JIM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS.
Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IRC-JIM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.
Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan JIM-IRC dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah. Pemilihan JK ini dibuat melalui cara demokrasi yang telus dan dikendalikan oleh Asmuni Awi.
Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas “arahan” dan “pujukan” pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.
Bagi IRC-JIM-PAN, mereka suka menumpang orang lain macam pokok dedalu. Mereka pernah menumpang UMNO. Mereka pernah PAS. Tapi mereka gagal kuasai UMNO dan PAS. Kini mereka menemui jalan buntu. Jalan seterusnya tidak digariskan oleh ini tidak dihuraikan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design mereka pada tahun 1991. Jalan keluar dari JALAN MATI ini ialah dengan berpaut pada DAP.
PAN kini dikuasai oleh DAP. Ia menjadi proksi kepada DAP sebagai jambatan untuk dekati dan kuasai orang Melayu. DAP telah melabur banyak wang dan tenaga “membela’ dan “membiayai” individu dalam PAN, dan pastinya DAP akan tuntut pelbagai perkara dibuat oleh PAN bagi pihak DAP. DAP kini menjadi ALONG kepada PAN. Percubaan pertama DAP menguji PAN ialah di PRK Sarawak dan ujian kedua ialah di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAN kelihatan positif untuk terus digunakan oleh DAP untuk hadapi PRU 14.
Persoalannya: mampukah PAN keluar dari ugutan dan arahan DAP sebagaimana ALONG lakukan ke atas peminjam dedak atau penerima dedak? Mampukah mereka memelihara iman dan akhlak sebagai seorang Muslim? Mampukah mereka bertahan untuk tempoh 1 tahun akan datang? Ini semua tidak digariskan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design.
Sama-sama kita tunggu episodnya.
topik kamu ini tiada kaitan dengan tajuk isu dibincang diblog ini kamu nak sangat bicang isu gila kamu ini lebih baik la masuk harakah ,sini kamu silap kolum dan tiada siapa minat pun.
DeleteHahaha.. kelakaq!!!
DeletePas tidak akan berundur walau selangkah untuk menagih simpati daripada blok parti pembangkang (Pakatan Harapan).
ReplyDeleteTimbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun kecewa dengan keputusan PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Pas tetap istiqamah meneruskan agenda memperbaiki kerosakan negara dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang Sejahtera' (BPMS) sepertimana digagaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas menghormati keputusan rakyat mengekalkan penguasaan BN di kerusi tersebut namun dalam masa sama, Pas akan tetap sentiasa berusaha memenangi semula hati pengundi secara berhemah dan profesional pada PRU14.
"Pas memasuki PRK Sungai Besar secara ‘underdog’, tetapi Pas ditohmah tidak mempunyai semangat setia kawan, tidak boleh dibawa berunding dan segala macam tohmahan negatif dilemparkan sedangkan parti hanya ingin meneruskan kesinambungan perjuangan di kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini.
"Malah Pas mempunyai sejarah perjuangan politik dalam negara ini selama lebih 62 tahun dan selayaknya Pas mendapat sewajarnya daripada blok part pembangkang di dalam usaha jatuhkan Umno/BN," katanya
Ahmad Yunus yang juga Exco Selangor berkata, beliau kecewa apabila kalangan pimpinan yang sebelum ini pernah bersusah payah berjuang di dalam Pas, memburukkan parti di atas pentas ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) dengan hasrat untuk menarik undi ahli-ahli tegar Pas.
Katanya, betapa rasa terhinanya apabila orang-orang yang pernah berjasa ini akhirnya ditempelak dan dicemuh kerana meninggalkan perjuangan gerakan Islam yang diterajui Pas.
Menurutnya, Pas Selangor akan mengaplikasikan gagasan BPMS secara bersungguh-sungguh di dalam gerak kerja dan tindakan bersepadu semua jentera parti Pas Selangor di semua peringkat.
"Inilah penyelesaian kita kepada rakyat supaya dapat berikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Pas dan Kuasa Ketiga bagi menjatuhkan BN daripada tampuk pemerintahan negara ,"katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Yunus berterima kasih kepada calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang memikul tanggungjawab berat sebagai calon Pas untuk PRK Sungai Besar.
Walaupun dicemuh dan difitnah, namun beliau tetap dengan politik matang sejahtera menyantuni masyarakat setempat dan pimpinan parti lawan.
"Terima kasih juga kepada pimpinan Pas Pusat dan juga petugas serta sukarelawan Pas yang hadir membantu," katanya.
Pemuka-pemuka PAN, DAP dan PKR usah nak ugut PAS dengan ancaman kejatuhan Kelantan jika PAS tidak mahu berunding atau bersatu dengan Pakatan Harapan. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang si kafir laknatullah memang tak tahu sirah dan jatidiri pejuang Islam. Yang Melayu PAN pernah berusrah apa ke bala? Melayu PKR buat tak reti tu, apa cerita?
ReplyDeleteMereka merancang untuk bertanding 3 penjuru di Kelantan. DAP mahu PAN dan PKR bertanding semua kerusi di Kelantan pada PRU14 nanti. Aku lebih yakin ini bukan sekadar ugutan kepada PAS agar PAS beralah dan menyembah kemahuan mereka. Perancangan ini memang hajat mereka demi mencapai terlaksananya dendam kesumat, yang rakyat dapat tonton dengan terang pada hari ini.
Mereka sangka dengan perancangan itu PAS akan lemah, pejuang Islam akan menggelabah. Mereka lupa dan DAP jahil perancangan Allah. Usah kata hilang Kelantan, hilang nyawa pun kami sanggup. Biar hilang Kelantan, biar hilang nyawa, hanya jangan hilang redha Allah. Ini bukan emosi bukan juga retorik. Ini track rekod kami.
Kami pernah menang dan kami pernah tumbang. Kami menang di Terengganu dan tumbang selepas itu. Kami bangkit 10 tahun kemudian. Ada kami hancur? Kami menang dan kemudian tumbang di Kedah, ada kami lebur? Pejuang kami memilih syahid di Memali dan Lubuk Merbau. Ada yang terkorban dalam gerakerja membantu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam bulan Ramadhan. Ada suami isteri yang berjauhan kerana ditukar ke sana sini, ada kami undur?
Maka jelaslah motif tulisanku kali ini untuk membuktikan kami bukan beremosi bukan juga beretorik. Sila hamparkan medan perlawanan 3 penjuru di seluruh negara. Syahid atau kemenangan, itu cita-cita kami.
PAS sudah serik 'dipermainkan' DAP sepanjang menjalinkan hubungan politik dengan parti itu menerusi Pakatan Rakyat, justeru tidak hairanlah parti Islam berkenaan menolak sebarang cadangan untuk bergabung dengan gagasan politik baru, Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
ReplyDeletePenganalisis politik, Dr Jeniri Amir menambah PAS juga nekad menolak jemputan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan kerana gagasan itu turut dianggotai parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN).
DAP selama bertahaluf siyasi dengan PAS kerap membangkang agenda perjuangan Islamnya manakala PAN dianggap sebagai pengkhianat selepas keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baru, yang mirip wadah perjuangannya.
"Tidak mahu pisang berbuah dua kali, begitulah pegangan PAS kerana mereka merasa sudah dipermainkan oleh DAP.
"PAS melihat permainan politik ini sudah mengajar mereka banyak perkara jadi tidak mahu terjerumus lagi dalam lubang yang sama," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Terdahulu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Antarapos, bahawa PAS meletakkan syarat untuk bergabung dengan parti pembangkang sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Syaratnya adalah PAS tidak mahu menyerahkan atau mengorbankan kerusi mereka kepada parti lain selain pembangkang perlu komited untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu pada PRU14 kelak.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menyaksikan pertembungan empat kerusi antara PAS dan PKR makalan pertindihan lima kerusi antara PAS dan PAN.
Malah PAS juga cuba dinafikan hak untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Namun tegas Jeniri, sekiranya PAS masih tetap dengan syarat mereka, ia tidak akan menguntungkan bukan sahaja parti itu tetapi pembangkang yang lain.
"Kalau PAS bertindak bersendirian, PAS tidak akan ke mana-mana. Sama juga dengan parti komponen pembangkang yang lain, hakikatnya mereka saling memerlukan.
"Jadi kalau betul-betul kedua-dua belah pihak nak menakluki Putrajaya (mereka) tak ada pilihan lain kecuali semua parti berkorban (kerusi) (dan) perbetul kesilapan yang dialami semasa berada dalam Pakatan pembangkang sebelum ini," tegasnya.
Tetapi ujarnya, walaupun PAS bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihan raya akan datang, adalah mustahil untuk parti itu menyerahkan kerusi mereka kepada parti komponen Pakatan Harapan.
"Itu yang jadi masalahnya, Amanah (PAN) akan ambil kerusi dari mana? Amanah (PAN) akan ambil kerusi daripada PAS dan tidak mungkin daripada DAP dan PKR. Jadi sebahagian besar itu adalah pertembungan antara PAS-Amanah (PAN)," ujarnya.
Malah katanya pembangkang perlu sedar isyarat yang dihantar pengundi pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar hujung minggu lalu, kerana mereka sudah jemu dengan pergolakkan yang tiada kesudahan.
"Sekarang pengundi sudah menghantar mesej dengan jelas dalam dua PRK ini, jadi pola dan corak pengundian itu sebenarnya menggambarkan apa yang bakal berlaku dalam PRU akan datang kalau parti komponen pembangkang ini tidak mengambil iktibar," katanya.
Beliau turut yakin sekiranya pembangkang gagal mencapai kata sepakat sebelum PRU akan datang, kedegilan PAS akan menjadi punca kepada kemenangan.
Orang sebok pasal Jho low dan Najib yang menyeleweng kamu ini gabra cerita pasal PAS yang nak mampos apa hal ini ,kamu pun lapar dedak ka.
DeleteMejar Zaidi bekas ahli PAN yang kini bersama DAP telah menghantar surat terbuka kepada Mat Sabu Presiden parti PAN. Katanya dia nak tulis sudah lama tetapi tunggu sehingga PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar selesai.
ReplyDeleteMejar Zaidi mempertikaikan penyertaan parti PAN di dua PRK berkenaan dan hanya mengsyorkan PAN hanya bertanding di satu sahaja memandangkan jentera PAN yang lemah. Lagi pun jika berlaku pertembungan 3 penjuru sudah pasti BN akan menang.
Mejar Zaidi mengkritik cara PAN mengurus ceramah;
Susun atur program penerangan yang agak caca merba. Jika ianya dibuat dengan lebih teratur dan tersusun maka sudah tentu impaknya lebih baik lagi. Ada ceramah yang sepatutnya saya hadiri tetapi tempatnya tidak dijumpai dan picnya tidak dapat dihubungi.
Ada yang langsung tiada poster atau ada poster gambar penceramah tidak lengkap dan yang lebih teruk penceramah yang ada gambarnya di poster tetapi langsung tidak muncul untuk berceramah (ini seolah2 menipu orang ramai).
Sikap terhadap hudud juga menjadi sebahagian daripada surat terbuka berkenaan.
Isu “HUDUD” atau RUU Akta 355 merupakan isu utama pada PRK ini kerana ia melibatkan kawasan Melayu. Namun dalam menangkisnya pemimpin2 PH tidak menggunakan nada yang sekata sehinggakan ada yang bersikap provokatif dan menyentuh sensitiviti agama.
Mejar Zaidi juga menegur sikap parti PAN yang yakin menang tanpa bersandarkan ALLAH. Yang jelas Ahmad Awang hanya sebagai tukang baca doa sahaja.
Cakap berlapik contohnya perkataan INSHA ALLAH. Rasulullah SAW sendiri wahyu tidak turun agak lama kerana Baginda SAW tidak menyandarkan dengan INSHA ALLAH.
Tuan dalam ceramah memperkenalkan calon di K.Kangsar telah menyatakan dengan yakin bahawa Amanah akan menang di kedua2 PRK tanpa menyandarkannya dengan Insha Allah.
Dalam majlis yang sama juga Ustaz Ahmad Awang telah dijemput di akhir majlis untuk membacakan doa.
Apa salahnya jika beliau dijemput untuk menyampaikan “pesanan dan kata2 perangsang kepada para pengundi dan petugas DAN SETERUSNYA membacakan doa.
Ini untuk menangkis dakwaan yang mengatakan ustaz2 dalam Amanah hanya tukang baca doa saja.
Mejar Zaidi juga mempertikaikan peranan ulama dalam PAN @ AMANAH sekadar simbol tak ubah macam UMNO.
Mengangkat martabat ulama untuk bukan setakat menjadi pembaca doa tapi benar2 mampu menyumbang kepada ummah. Dalam konteks ini perlukah Amanah mewujudkan dewan ulamanya dan mursyidul am yang tidak sama dengan MA PAS di mana kuasanya hanya terhad menasihati presiden/ Ajk pusat namun tidak di bawah pengaruh mereka. Tugas ulama2 ini bukan setakat menasihati pemimpin tapi yang lebih penting ialah mentarbiah ahli2 agar menjadi ahli2 yg berkualiti
Mejar Zaidi keluar PAS dan masuk parti PAN tapi malangnya tak lama terus dia masuk DAP. Saya berpendapat Mejar Zaidi bila dia masuk PAN dia baru tahu PAN ni sebenarnya "BUSUK SAMPAI KE KEPALA"
Habis tu apasal mejar mangkok ini tak masok PAS pasal masok DAP kata cina makan babi dan jahat ,ini menunjukan PAS bukan saja busok tapi pengkianat bangsa.
DeleteKenyataan media Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepadanya menjadi viral di media sosial.
ReplyDeleteGesaan Wan Azizah itu juga turut mendapat liputan di portal berita Post Metro dan Bicara News.
Kenyataan media Wan Azizah yang dipetik dari Facebook Aboo Muaz adalah seperti berikut :
AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA
Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.
Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-
1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00
2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00
3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00
4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00
Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.
Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.
Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.
KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
21 Jun 2016
Semua orang tahu bro dalam PKR geng Nenek kipas sedang bergelut dgn geng Azmin ini la hasil cerita yang kamu tulis biasa la politik melayu bunuh membunuh
DeletePemimpin lebih tahu dan mendalam ilmu politiknya. Sebab itu mereka dilantik, diberi kepercayaan untuk memimpin dan diberi wala’. Kadang-kadang pemimpin ada strategi parti yang tidak perlu dimaklumkan kepada ahli. Kalau dimaklumkan, bukan strategi lagi namanya itu. Jadi tak perlulah kita mengajar dan mendesak pemimpin. Namun izinkan ahli akar umbi memberi sedikit pandangan andai pandangan ini berguna.
ReplyDeleteSecara tepat dan halus memang sukar untuk kita ketahui baik buruk kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Mungkin banyak manfaatnya daripada buruknya. Dan mungkin juga banyak buruk daripada baiknya. Hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu. Kita tidak mahu keputusan dibuat kerana sentimen atau emosi. Apalagi kerana ego atau telinga kuali.
Namun bagi aku yang daif ini, ada beberapa persoalan yang bermain di minda. Pertama, andai kita berpakat dengan PH untuk kembali pada ‘1 lawan 1’ dengan BN, tidak mustahilkah PH akan mengkhianati PAS? Contohnya, Cina DAP berpakat dalam gelap agar tidak memberi undi kepada PAS kerana mereka lebih rela BN menang. Kita yang jujur ini pula tergamak mengundi mereka kerana mahu lihat pihak pembangkang ke Putrajaya.
Aku bersangka demikian kerana aku rasa dendam si kafir DAP tak pernah padam terhadap Islam. Bukankah mereka berkeras tak mahu RUU Syariah? Bukankah mereka tak mahu PAS menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Bukankah mereka bimbang TGHH terpilih menjadi PM? Bukankah mereka bimbang PAS memimpin barisan pembangkang? Atas sebab itu tak mustahilkah PH berpakat agar ‘faham-faham’ jangan undi PAS tetapi undilah calon BN?
Kedua, tidak mustahilkah pada hari penamaan calon PH memasang proksi-proksi mereka daripada kalangan ahli mereka untuk memecah-belah undi PAS? Kalau itu terjadi atas strategi mereka, tidakkah PAS terperangkap dek kejujuran sendiri? Bagi aku mereka hanya hendak bekerjasama dengan PAS untuk menyelamatkan kerusi-kerusi mereka; bukan kerana mereka redha PAS menang.
Mereka juga prejudis tak berkesudahan terhadap PAS. Mereka bersangka apabila menang PAS akan berUG dengan UMNO/BN. Jadi bagi mereka, buat apa bagi PAS menang? PAS bukan ahli Pakatan Harapan. PAS tak terikat. Maka tak mustahilkah, formula ‘1 lawan 1” hanya untuk menyelamatkan mereka dan memberi keuntungan besar kepada mereka sahaja?
Ketiga, katakanlah perkara pertama dan kedua tidak berlaku. Ditakdirkan pakatan pembangkang menang PRU14 sama ada di peringkat nasional atau negeri. Mereka bertiga dengan 3 undi (PKR, DAP dan PAN), PAS keseorangan. Adakah mereka bersedia untuk mengizinkan TGHH menjadi PM sekiranya PAS menguasai kerusi Melayu terbanyak? Apakah sekali lagi mereka menekan TGHH dan PAS untuk melaksanakan kehendak dan dasar-dasar mereka? Mereka nak buat TGHH macam Nizar Jamaluddin ketika memerintah Perak? Buat perjanjian macam-macam dan ugutan yang tak berkesudahan. Sebaliknya, adakah PAS dibenarkan melaksanakan kehendak dan dasar-dasar yang selama ini diperjuangkan oleh PAS?
Justeru, aku melihat jemputan untuk bekerjasama dengan mereka hanya untuk menyelamatkan mereka. Mereka menakut-nakutkan PAS untuk menyembunyikan ketakutan mereka. Setelah berlaku apa yang telah berlaku sejak fitnah UG, Langkah Kajang, tertubuhnya PAN oleh angkara DAP, IKRAM dan para petualang, isu hudud dan RUU; maka akar umbi PAS lebih rela berlaku persaingan 3 atau 4 penjuru dalam PRU14 nanti. PAS mestilah mula membuat kajian, mengorak langkah dan strategi. Perkasakan Blok Ketiga dan DHPP. Jangan hanya gah pada nama tapi umpama lalang yang tiada isi.
Akhirnya, apabila aku telusuri tulisan dan komen-komen dalam blog-blog, facebook, whatsapp dan perbincangan di alam maya, aku dapat rumuskan bahawa majoriti ( lebih 90%) akar umbi PAS bersedia untuk pertanding 3 penjuru dalam PRU14 nanti. Akar umbi PAS sudah serik berhabis tenaga, berhabis wang dan berhabis masa bekerja untuk mereka yang kini berada dalam Pakatan yang mengkhianati mereka. Rasanya, tuan-puan sudah faham motif tulisanku.
DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT … EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.
ReplyDeleteOleh : Lim Sian See
Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.
PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.
Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.
Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? … JOM TERJAH!!!
1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.
Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus – bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.
Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.
PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS – sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.
Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR – sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.
Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.
Petikan akhbar – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.
Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.
“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” – Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW
Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini – Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.
2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.
ReplyDeleteMelihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan – sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.
Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.
Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.
Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti – lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.
Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.
Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.
“…dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.
“Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. ”
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut.”
—
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744
Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.
Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB
Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.
Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.
3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.
2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD
Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR ‘curi’ dua barua PAS sokong Azizah)
Mejar Zaidi Ahmad sebelum terdedah mengenai penyelewengan penggunaan dakwat kekal oleh SPR pada PRU-13 adalah ahli biasa PAS. Apabila namanya telah terkenal kes ini dan ada perbezaan pandangan dalam PAS, Mejar Zaidi telah mendaftar sebagai ahli PAN. Dia dilantik sebagi Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.
ReplyDeleteItu kelemahan PAS. Macam Isu Datuk Fauzi Abdul Rahman juga telah lama berjinak dan mendekati PAS, tetapi Anwar Ibrahim semasa dia datang ceramah ke Pahang dia kata nak buang air di rumah Datuk Fauzi. Bila dia di sana dia bermalam di situ... Itu satu kehebatan Anwar (Ramai pimpinan PKR sekarang masuk PKR dengan cara Anwar mendekati mereka termasuk Saifuddin Nasution yang dah jadi ahli PAS 'Sepanjang Hayat')
Tak lama daripada itu Datuk Fauzi Abdul Rahman diistiharkan oleh PKR sebagai Pengerusi PKR Pahang.
Mejar Zaidi Ahmad kemudian dilantik sebagai pegawai penerangan ketua Menteri Pulau Pinang. Selepas itu dia isytihar masuk DAP tinggalkan PAN.
Dalam surat terbukanya kepada Presiden PAN, Mat Sabu Mejar Zaidi mempersoalkan peranan 'geng IKRAM' dalam parti PAN @ AMANAH. Nada persoalan tersebut Mejar Zaidi melihat satu fenomena berlaku geng IKRAM cuba menguasai parti PAN.
Penguasaan geng IKRAM dalam PAN akan merosakkan parti PAN itu sendiri dimana Presiden PAN hanya boneka IKRAM sahaja.
Mejar Zaidi bereda di Pulau Pinang dan bersama Mujahid Yusof Rawa antara tokoh IKRAM/IRC dalam PAN.
Semasa dia menjadi pengarah kemunikasi parti itu dia telah melihat bagaimana sikap dan perbuatan geng IKRAM. Adalah dipercayai keluarnya Zaidi daripada PAN ke DAP antaranya sebab IKRAM/IRC selain daripada Lim Guan Eng 'membeli' dengan jawatan.
Kita tidak hairan kalau Mat Sabu dan Mujahid yang juga dibeli oleh Lim Guan Eng dengan 2 jawatan pengerusi anak syarikat di Pulau Pinang yang memperolehi pendapatan bulanan RM30K.
Islam-islam juga tapi bila dapat duit.... Nadanya terhadap PAS sangat berbeza. itulah punca kerentakan dalam PAS sehingga tertubuhnya parti baru kerana ada pimpinan sayang untuk tinggal jawatan yang memberikan pendapatan lumayan.
Bagus la dengan analisis kamu tu ,Guang Eng beli Mat Sabu ,Najib beli Eddy Ah Wang.Yang anak syarikat PBA tu tak la betul dan tak tepat kenyataan kamu, PAs pun bukan la boleh harap sangat habis balak kat kelantan pajak dekat cina ,rakyat dapat banjir besar (malapetaka allah),lebih baik la kamu insaf.
DeleteApa yang kau melalut ni labu????
ReplyDeleteKes di seberang Tambak sudah cukup untuk mendedahkan apa yang sedang berlaku. Dalam pada iru, kes di sebelah sempadan tidak nampak sangat kemajuannya berbanding dengan Singapura. Kalau benar bukti di Thailand itu memang kukuh, bawalah ke muka pengadilan seperti di Singapura.
ReplyDeleteBukannya pengundi Kk dan Sb tak tahu penyamun penyangak 1Mdb tetapi org Melayu dan umno telah diberi dedak sebab itulah dia menang hai dedak dedak yg enak2 mewah2 disapu oleh penyamun dan penyangak
ReplyDeleteBukannya pengundi Kk dan Sb tak tahu penyamun penyangak 1Mdb tetapi org Melayu dan umno telah diberi dedak sebab itulah dia menang hai dedak dedak yg enak2 mewah2 disapu oleh penyamun dan penyangak
ReplyDeleteHi, tengok sini sekejap saya tahu isu 1MDB merupakan satu isu yang sangat hangat dan banyak orang ingin menggunakan isu ini sebagai senjata untuk mengalahkan BN tetapi mereka telah tersalah menggunakan isu. Pada pendapat saya, disebabkan kekurangan wifi atau media alternatif di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak.Isu ini susah nak dijelaskan. Banyak lagi isu yang menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran seperti, kelajuan internet, masalah sikap pemandu, kenyataan berbau perkauman dari menteri, halangan memasang parabola Kalau boleh, tangkap gambar dan tunjukkan semua ini kepada pengundi-pengundi.Bukti-bukti yang berlaku dalam kehidupan kita harus dirakamkan dan ditunjukkan kepada mereka. Kita guna slogan " Tolong simpati dengan kami" maksudnya Sabah dan Sarawak perlu fahami kesusahan yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Sebenarnya ini memang sudah TIDAK ADIL kenapalah sekejap kata parti di sarawak tidak mengena dengan UMNO tetapi bila PRU, undi kepada parti itu dianggap sebagai undi kepada UMNO? pulak. Oleh itu kita harus teruskan usaha yang wajar iaitu (menegakkan keadilan)
ReplyDeleteYa contohnya gunakan nama "Anonymous" ini dan tunjukkan kepada mereka betapa gerunnya kita terhadap kerajaan kita.
Kai pun sama jugak penakut dengan kerajaan banggang betul,, tengok aku tak takut kepada manusia...!!! Berani kerana benar samdol
Delete