Sunday 3 January 2016

TRANSFORMASI UNTUK PENIAGA BANYAK HUTANG


Cara 1MDB menyelesaikan hutangnya dengan menjual tanah kepada pihak asing secara tidak langsung boleh dianggap suatu lagi transformasi bernilai tinggi yang cuba diperkenalkan oleh Najib Razak dalam memimpin negara.

Ia seperti memberi isyarat bahawa mana-mana syarikat atau ahli perniagaan yang banyak hutang, boleh dengan segera memohon tanah-tanah kerajaan yang akan diberikan dengan harga paling murah untuk melangsaikan beban tanggungan mereka.

Oleh kerana ini merupakan suatu lagi transformasi yang cuba diperkenalkan Najib, maka menjadi tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri sama menyahutnya dengan turut memberi kelulusan tanah kepada syarikat dan ahli perniagaan yang bermasalah dan banyak hutang.

Dengan ini semua tanah-tanah yang bernilai tinggi atau yang terletak di tengah-tengah bandar sepatutnya segera digazetkan untuk program transformasi kerajaan membantu syarikat atau ahli perniagaan yang terbeban dengan hutang yang banyak itu.

Sebaik saja kelulusan tanah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh syarikat atau ahli perniagaan yang memperolehinya ialah mengemukakan cadangan pembangunan yang menarik dan kemudian segera mencari pembeli atau pelabur asing untuk membelinya.

Jangan cari pelabur dalam negara kerana tidak banyak syarikat tempatan yang ada banyak duit ketika ini. Sebaiknya carilah pembeli dari Singapura, China atau mana-mana negara Arab yang banyak wang.

Jangan juga tanah itu diusahakan sendiri kerana ia tidak menunjukkan jiwa global dalam perniagaan.

Kemudian juallah sama ada 60 peratus, 70 peratus atau kalau harganya terlalu menarik, jangan dilepaskan peluang menjual 100 peratus atau semuanya sekali kepada syarikat asing itu.

Jangan hiraukan jika ada kritikan yang mengatakan penjualan kepada pihak asing itu suatu perbuatan aniaya kepada bangsa dan negara sendiri atau mungkin kemudian menyebabkan lebih ramai rakyat negara asing berhijrah ke sini.

Fikirkan hanya tentang wang dan agar hutang boleh diselesaikan dengan segera.

Dengan sekian banyak wang yang diperolehi itu, bayarlah segala hutang bertimbun yang ada yang mungkin kerana hutang keliling pinggang itulah menyebabkan mereka turut dipandang serong oleh masyarakat sekeliling selama ini.

Selepas hutang-hutang dibayar, sebagai meraikan kejayaan mengorak langkah menarik minat syarikat asing membeli tanah atau syarikat itu, bawalah isteri dan anak berjalan-jalan makan angin mengelilingi dunia.

Pilihlah mana saja - New York, London, Dubai, Hong Kong dan sebagainya.

Setelah puas bershopping, mencuci mata, mengelilingi dunia dan sebelum kembali ke rumah sendiri, jangan lupa singgah ke suatu tempat yang amat penting ini - Mekah dan Madinah.

Buatlah umrah sebelum pulang ke tanahair. Kalau ada Facebook atau masuk mana-mana grup Whatsapp, layangkanlah sekeping dua gambar sedang menunaikan umrah atau ketika memakai jubah di kota suci Mekah itu.

Jika ada lebihan wang setelah ditolak membayar hutang tadi, belilah sedikit buah tangan berupa kurma, jubah, sejadah dan tasbih untuk diberikan kepada kawan atau rakan, orang surau, orang kampung atau mereka yang rapat sebagai tanda kenang-kenangan.

Sekembalinya ke tanahair pula, teruslah berjubah dalam seminggu dua dan dalam masa yang sama rajin-rajinlah juga bersolat jemaah di surau atau masjid.

Secara perlahan-lahan, percayalah, semuanya akan dilupakan. Orang tidak akan menyebut lagi bahawa hutang perniagaannya selama ini  kerana banyak bersukaria dan berfoya-foya.

Bagaimana syarikatnya diuruskan, wang syarikat dibelanjakan dan tanah pemberikan kerajaan yang diperolehi dengan harga murah dijual kepada syarikat negara asing juga akan turut dilupakan dan tidak disebut lagi.

Yang lebih disebut akhirnya ialah pemergian ahli perniagaan itu  menunaikan umrah, jubah yang dipakainya serta buah tangan yang dibelinya di Mekah. Semua yang buruk dan kepincangan selama ini seolah-olah telah dicuci dengan mengerjakan umrah tadi.

Ya, begitulah selalunya...(SH 03/01/2016).

27 comments:

  1. Susah2 aje nak selesaikan hutang tapi senang pula dapat derma.Bila dah dapat derma tu pi la bayar utang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Penipu ni dah lupa apa yang dia tipu.
      Kalau dia pinjam RM42 billion mana perginya duit tu. Itu yg rakyat nak tahu.
      Ini tidak. Dengan tiba2 kena bayar hutang pulak.
      Tak payah tipu oranglah najib dgn pergi umrah itu semua lakunan saja

      Delete
  2. Haramjadah tu bg ke kalau aku minta?

    ReplyDelete
  3. Aduh..pedas ni Shah..sampai merah bibir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bercakap berdentam dentum kononnya ekonomi negara bertambah baik.
      Kalau ekonomi negara bertambah baik kenapa masih berhutang. Nak bayar hutang 1MDB saja pun sampai gadai harta negara dan duit rakyat.
      Kalau ekonomi negara bagus sangat mustahil ringgit jatuh harga sampai perniaga siam di sempadan pun tak mau terima.
      Kalau ekonomi negara bertambah baik kenapa harga ikan kembung ikan rakyat tu naik sampai RM16 sekilo? Kenapa harga barang tinggi melambung lambung? Ini lah perdana menteri yang hisap darah rakyat sendiri. Mudah mudahan terhempas kapal terbang kau najib

      Delete
  4. Jual aset byr hutang. Duit yg dihutang tu mana pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi shopping dan round the world dgn bini dia lah. Bagi kat anak tiri dia buat filem dan beli condo serta bunglow mewah di london

      Delete
  5. YESSSSSSSSS...KEPIMPINAN MELALUI TELADAN. Jgn lupa para penjawat awam. Banyak banyakkan cari DERMA kat luar negara terutamanya dari TOK ARAB TOK ARAB KAYA PEMURAH. PAstikan DERMA masuk akaun sendiri ya. Kalau boleh biar billion bilion ya. Tak perlu buat penyata akaun dan transaksi apa pun. Cukup guna dengan NIAT utk perangi IS dan musuh Islam. Insyallah BERKATTT.Ada duit lebih kerap keraplah jemput YAHANANA, Dan selalu lah bercakap tentang hadis dan Islam ya....pasti makmur negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hari raya buat rumah terbuka besar besaran supaya rakyat nampak PM dan menteri menteri ingin sangat beraya dgn rakyat. Ingin berjumpa rakyat dan bagi duit raya

      Delete
    2. Gadai teloq hang laa Jib kalau tak dak duit nak byr hutang 1MDB hang tu. Yang hang dok gadai harta negara ke jadah apa?. Memang hang manusia mangkok hayun tak blh pakai. Dah la Tg Pagar kat Singapore lepas kat orang...tanah strategik dlm negara pun hang gadai kat org asing. Patriotik kepala bana apa hang ni Najib oii?. Buat malu mak bpk hang saja sdgkan hang tu memang jenis muka tak malu

      Delete
  6. Teringat saya kat Kak Ijat yg tersohor dgn kes lembu kondo 250 juta dulu..

    Tiba di KLIA ja.. trus bitau dia balik umrah.. dah 4 kali uuuuu.. auw..

    Skrg kes lembu dah sunyi sepi. Lps tu kluar pulak berita.. kes dah tamatttt.. happy ending sungguh slps merembat 250 juta..

    Trend yg sama juga akan selamatkan Najib.. pergi umrah.. ulang alik berumrah.. kes selesai.. malah diberkati Ilahi.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://m.youtube.com/watch?v=G9kUMEvUULQ

      3x ja.. lawak gila body language tu..

      Delete
    2. Menteri pergi umrah ni sandiwara saja untuk nampak baik dan alim di mata rakyat.

      Delete
    3. wah, lepas balik mekah berumrah 3 kali, semakin yakin dan yakin, langsung balik untuk terus menipu rakyat. apa yang dia buat, pasti diredhoi Allah SWT. Kelakar giler la Budin.

      Delete
    4. Pungkoq hang lah ijjat

      Delete
  7. Woi macam crita yang pernah ku baca Dan ingat melibatkan pemimpin tertinggi negara....

    ReplyDelete
  8. Jejak je kaki di bumi Malaysia ini, dengan badan masih berbau wangi minyak tar arab, yang dalam kepala otak 'apa lagi boleh di jual'..

    Sebab semasa bau wangi minyak tar ini lah kena jual apa yang ada sebab ada ulamak akan kata 'mana mungkin, dia baru balik dari Mekah'

    Yang baca macam-macam kitab pun dah dipersoalkan tindak-tanduknya, ini setakat balik umrah...

    ReplyDelete
  9. duit hutang 1mdb dia sebat...bila byr harta negara yg di mangsakan...itupun ramai lagi ahli umno yg sayang dan percaya....sudah2lah menipu...buangkanlah sifat munafik

    ReplyDelete
  10. Dia ziarah Pak Arab yang bagi derma ke sekali dengan buat umrah?

    Orang banyak hutang sah ke umrah nya?

    ReplyDelete
  11. Satu coretan artikel yang amat menarik yang penuh dengan sindiran berhemah, tajam dan tepat ke muka siapa-siapa yg berkenaan.

    Memang bangang dan bangsatlah orang-orang yang tidak faham isi maksud coretan tersebut. Buta hati dan selayaknya mereka diberi tempat duduk bersama-sama dengan panda import kita itu, bukannya kerusi-kerusi di Parlimen M'sia atau di DUN-DUN.

    ReplyDelete
  12. Satu coretan artikel yang amat menarik yang penuh dengan sindiran berhemah, tajam dan tepat ke muka siapa-siapa yg berkenaan.

    Memang bangang dan bangsatlah orang-orang yang tidak faham isi maksud coretan tersebut. Buta hati dan selayaknya mereka diberi tempat duduk bersama-sama dengan panda import kita itu, bukannya kerusi-kerusi di Parlimen M'sia atau di DUN-DUN.

    ReplyDelete
  13. Hutang negara rm 847.9 bilion
    Hutang 1mdb rm42 bilion


    Najib dapat derma rm2.6 bilion

    Rakyat dapat gst, tol naik dan kos sara hidup meningkat

    ReplyDelete
  14. Klau begitu cadangannya maka ramailah kroni umno yg minta tanah nak berniaga klu banyak hutang jual bagus tetapi klu pergi mekah tu jangan beli jubah je beli tudung juga tapi jangan sedekah je klu pakai seminggu je tak guna

    ReplyDelete
  15. Setelah 1MDB menjual tanah anugerah kerajaan kepada orang asing, tiba-tiba Ku Nan umum akan mengambil tindakan tegas untuk membenteras peniaga tempatan yang memberi lesen perniagaan kepada orang asing menjalankan pernigaaan.

    Nampaknya Ku Nan tidak mengikut trasformasi yang diperkenalkan oleh Penasihat 1MDB @ Menteri Kewangan @ Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku nan ni mana tahu apa pun. Ular sawa UMNO saja tu.
      Kawan dia tu kerbau pendik UMNO@ Ketua Penerangan UMNO

      Delete
  16. Si celaka & bangsat ni mana ada otak. Klu dia guna harta bapak dia berniaga, dah lama bapak dia merempat tepi jalan. bila nak bayar hutang dia pi gadai harta bapak dia. last2 bapak dia tinggal spender je.

    ReplyDelete
  17. Klau begitu cadangannya maka ramailah kroni umno yg minta tanah nak berniaga klu banyak hutang jual bagus tetapi klu pergi mekah tu jangan beli jubah je beli tudung juga tapi jangan sedekah je klu pakai seminggu je tak guna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...