Monday, 25 January 2016

SAYA DAN TASIK KENYIR


Sebaik saja telefon bimbit saya mendapat semula "nyawanya" tengahari tadi, terdapat beberapa pertanyaan daripada kenalan dan rakan mengapa blog ini tiada artikel baru sejak Sabtu lalu.

Ada yang bertanya ke mana saya menghilang dan adakah saya tidak sihat sehingga tidak memuatkan tulisan-tulisan baru?

Seorang kawan yang biasa berbahasa kasar dengan saya pula menghantar pesanan melalui Whatsapp, "Hoiii, mana pergi. Senyap je blog. Cal aku balik."

Selebihnya ada juga yang berkongsi maklumat mengenai perkembangan politik Kedah untuk saya tulis dalam artikel-artikel seterusnya.

Kepada yang bertanya  ke mana saya menghilang, kenapa tiada artikel baru atau kepada yang beberapa kali membuka blog ini tetapi tidak terjumpa penulisan baru  sejak Sabtu lalu, sebenarnya saya menyertai suatu percutian bersama beberapa kenalan  sahabat ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Setiap kami membawa keluarga masing-masing ke sana. Bermakna, selain mengeratkan hubungan sesama rakan serta berbincang isu-isu tertentu, pemergian ke Tasik Kenyir itu juga ibarat percutian keluarga bagi kami.

Berada di atas Bahtera Kenyir 1, semua perhubungan telefon dengan dunia luar terputus sama sekali. Sebab itu, bila sampai ke jeti di Hulu Terengganu tengahari tadi, ribuan pesanan sudah pun berada dalam kotak simpanan telefon.

Di sini, selain tempat yang sesuai untuk merehatkah minda, ia juga syurga bagi kaki pancing, peminat ikan sungai serta pencinta keindahan alam sekitar.

Pengalaman paling menyeronokkan ialah berkunjung ke pusat penternakan ikan kelah yang dikenali Kelah Santuari di mana kita boleh memberi makan, menyentuh dan membelai sendiri ikan-ikan tersebut.

Sebenarnya, pusat tersebut ditutup ketika ini sehingga Mac depan dan terima kasih atas kebenaran khas yang diberi kepada rombongan kami untuk mengunjunginya.

Bagi yang belum pernah sampai ke Tasik Kenyir, cubalah meluangkan masa dan anda pasti tidak menyesal pergi ke sana. 

Saya masih dalam perjalanan pulang ke "kediaman rasmi" di Lembah Kelang setelah dibawa pula singgah ke sebuah restoran yang menjual ikan kelah di pekan Hulu Terengganu, mudah-mudahan dengan izin Allah saya akan menulis seperti biasa selewat-lewatnya mulai malam nanti. (SH 25/01/2016).

Antara ratusan pulau yang terdapat di Tasik Kenyir.

Salah satu air terjun yang cantik dan menyamankan untuk mandi manda.

Jambatan gantung untuk menuju ke Kelah Santuari.

Memberi makan dan bermain-main dengan ikan kelah.

Lihatlah betapa manja ikan-ikan kelah ini...

Ikan Sebarau yang dapat dibawa pulang dengan memancing dari atas kapal.

Seekor lagi ikan Sebarau yang diperolehi dengan memancing

Ikan Toman seberat 3.8 kilogram berjaya dipancing oleh salah seorang rakan.


Saya bersama Chef Alias yang mengetuai empat petugasnya yang menyediakan makanan sepanjang berada dalam Bahtera Kenyir 1.

17 comments:

  1. Yes please write something as I've been waiting and looking almost every hour on your blog.
    I don't read others except yours, Putra, din turtle, syed outbox, and tukar tub.
    I stop reading Tuscan and never watch Tv3, tv1, and Astro Alwani.
    So, please write something bro...
    Hope you have very good vacations with your family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you have to read both side of the divides or else you will end up like the Dapster -- win the battles but losing the wars.

      Delete
    2. I've done that those days, but not now...

      Delete
    3. Agreed. Utusan, rtm, tv3, nst are simply not worth reading/watching. Umno still think old fashion propaganda contents can influence people's mind, heart and soul. And there is still a Jabatan Penerangan, what is there to terang...and now, kelab komuniti bestari or some sort hantar pegawai masok kampong bagi ceramah, and expect budak2 kampong yang ramai pakai smartphone to believe whatever rubbish they say. Really sad that they stilk dont realise that we are now living in the 21st century.

      Delete
  2. wah budin.. hang bikin suspen saja.. mmg boring blog hang tak update.. buleh jadi gila babi woi tak dapat baca hang punya tulisan..

    mujur la 2-3 hari ja.. mau buat satu minggu.. meleleh ayaq liuq gitu2 ja kami..

    ReplyDelete
  3. Well...., good retreat with families & friends. Salam from your reader in North America.

    It should be invigorating and you should come up with a new 'BITE' with whats happening in the country.

    Thanks for sharing some pics.

    MLN

    ReplyDelete
  4. semasa hendak dibina empangan berkenaan, banyak yang menentang termasuk dari dalam dan luar. kini kumpulan yang sama terpegun dengan kecantikan tasik buatan. nah, tak kenal tak cinta.

    ReplyDelete
  5. Tuan Budin, dengar geng Najib dh kumpul 19 SD2 daripada Adun2 Kedah utk dipersembahkan kpd Sultan Kedah.

    Bagus jugak tu. Bersamaaan itu, Geng mahathir patut serah 111 SD2 MP kepada Agong/Sultan Kedah utk suruh Najib berhenti. Tk bolih dpt ke lagi SD2 MP.

    Jadi bolih lah Kedah dan Msia dpt MB dan PM baru.

    ReplyDelete
  6. Shah.Good you are back.moga percutian bersama keluarga tercinta dan suasana yg alami rehatkan hati dan fikiran.Kalau ada lapang saya undang bercuti ke Jakarta bersama keluarga dan boleh berehat dan tambah idea di Puncak Peranginan bogor.Saya ada kediaman di Pergunungan tersebut.Salam Hormat.

    ReplyDelete
  7. Ye Din kami tunggu garapan kritis tuan selanjutnya
    Berasaskan suasana politik & ekonomi semasa

    ReplyDelete
  8. Rindu dengan tulisan anda cek budin

    ReplyDelete
  9. Rasa dop lekap hidop ,kalu dop baca tulisan cik budin.

    ReplyDelete
  10. Ni Mr budin la ni main pulak kes Tabung Haji ,ada surat dari zeti bagi ingatan kewangan TH teruk cuba rujuk Outsyedthe box boleh komen tambah lagi beban pada lanun nak tengok budak hitam dengan Ustaz tentera nak kata apa

    ReplyDelete
  11. Orang kedah panggil orang mcm ni bewak gabuk atau kawaq
    Jamil khir mesti tahu bewak gabuk tu apa.
    Azeez munkin tak tau.

    ReplyDelete
  12. Gelaran ustaz masa dia jadi tentera saja. Bila dah jadi yb dia pun cari fulus juga. Cash is King. Nak jadi king mesti ada cash. Sekarang ni dialah King di Yan Kedah. Istana dia pun ada di Yan. Kalau betul2 ustaz mana dia nak berkomplot nak jatuhkan orang yg pilih dia untuk jadi calon dan memenangkan dia di Yan tu. Dia pun sama juga dgn muaiyah abu sofian khalifah abbasiah tu.Mana cukup jadi khalifah di Yan saja. Mesti nak try jadi khalifah Kedah pula sebab madu lebah dan madu kelulut di Kedah paling mahal di pasaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...