Friday 8 January 2016

AMANAH JANGAN AWAL SANGAT MAHU MENGADA-NGADA...

Parti Amanah dilaporkan masih menimbang sama ada mahu menerima atau tidak peruntukan lapan kerusi  ahli majlis di PBT Selangor dalam agihan baru yang dibuat baru-baru ini berikutan kurang berpuas hati dengan jumlah tersebut.

Ia susulan parti itu sebelum ini meminta diperuntukkan sekurang-kurangnya 24 kerusi ahli majlis daripada keseluruhan 288 kerusi PBT yang terdapat di negeri itu.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dipetik sebagai berkata, masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak peruntukan lapan kerusi yang diagihkan oleh kerajaan negeri itu.

Agihan baru itu dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali berikutan kewujudan Amanah sebagai parti baru yang kini menganggotai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP, sementara Pas walaupun tidak menganggotai gabungan baru itu, tetapi kekal bertahalul siyasi dengan PKR.

Kerajaan negeri  pula dilaporkan enggan melayan rasa tidak puas hati Amanah itu, sebaliknya meminta mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya "daripada kosong, kini sudah ada lapan kerusi ahli majlis dalam PBT yang dimiliki."

Dalam hal ini, Amanah harus kembali kepada realiti. Mereka adalah parti baru yang masih belum diuji sokongan rakyat dalam mana-mana pilihanraya. Semua kerusi Parlimen atau DUN yang mereka menangi sekarang adalah atas tiket Pas.

Oleh itu, ada baiknya mereka menerima saja peruntukan lapan kerusi yang diperuntukkan itu dan membuktikan keinginan untuk bekerjasama memenangi hati rakyat terlebih dahulu melalui kemampuan dalam pilihanraya akan datang.

Amanah tidak perlu menunjukkan mereka terlalu "mengada-ngada" inginkan kerusi, jawatan dan kedudukan, sebelum kemampuan sebenar mereka diuji sama ada diterima rakyat atau sebaliknya.

Yang penting buktikan kemampuan terlebih dahulu melalui kejayaan memenangi kerusi dalam pilihanraya dan membantu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan mengekalkan kerajaan negeri yang ada.

Kalau pun mahu "mengada-ngada"  dalam menuntut apa jua agihan, kerusi, jawatan dan ganjaran, tunggulah selepas PRU 14 nanti. (SH 08/01/2016).

31 comments:

  1. Pimpinan Amanah negeri perlu belajar dengan pimpinan Amanah nasional, yakni merendah diri dan underground. Setuju dengan Tuan Shah, tunggu sehingga terbukti sokongan pada pilihanraya nanti kemudian tuntutlah yang selayaknya. Jangan bawa genetik 'lebai segera' PAS dan 'bangsawan' UMNO

    ReplyDelete
  2. Belum apa2 lg dah minta macam2.tunjuk dulu kemampuan.kalau ikhlas berjuang kerana rakyat,jawatan x penting.
    Lagi satu,pakatan ni macam mana nk dapat sokongan rakyat asyik bertelagah je.

    ReplyDelete
  3. kao parti apa sekali pun...kalau bani melayu, sifat ego sombong dan tamak x dapat dipisahkan
    baru menetas nak berkokok.....pooodah yanaddeeee

    ReplyDelete
  4. Betul!!!! asal nama Parti Melayu, perangai tamak Haloba,ego,sombong tak boleh dipisah.ketua cakap lain anak buah paham lain,buat kerja tak seberapa upah je yg dikejar,belum ape2 lagi dah mintak macam2..Ape jenis manusia kalian ni??.."Yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran".itulah perangai Parti Melayu..nak harap yg nama Parti Islam 2x5 jugak,sebelum dapat istiqomah,wala,taatla,sabarla,ikhlasla..selepas dapat membujur lalu melintang aku sapu..lastly Rakyat jugak jadi mangsa..Semua Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  5. Ada dua lagi kerusi yang masih kosong... Tak silap Shah Alam dan PJ.
    Amanah nak tambah satu je bukan nak dua-dua. Bagi lah satu pada Khalid Samad. Kalau tidak pasal Khalid Samad, bukan Azmin jadi MB tetapi Hasan Ali.

    ReplyDelete
  6. Macam mana? Semua dah cerai bini talak 3 ker?

    ReplyDelete
  7. Saya sangat setuju dengan pandangan diatas. Tertubuhnya PAN, (asalnya PASMA, kemudian bertukar jadi GHB) dan diterajui President yang tidak punyai apa-apa 'Kerusi', baik di DUN atau Parlimen dan lebih-lebih lagi apabila tersingkir dari pemilihan Party, amat menghairan dan memperbodohkan permikiran kebanyakan Rakyat yang jujur dan lurus-bendung, seperti saya.

    Persepsi bahawa DAP menaja PAN untuk mengantikan PAS, tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Oleh yang demikian, DAP dipandang serong oleh mereka yang tiada kepentingan 'kewangan' untuk menyokong Pakatan 'Harapan'. Jika menterjemahkan perkataan 'Harapan' ke Inggeris, ia bermaksud 'Hope' yang synonym dengan gerakan Gereja Evangelist di Amerika. Mungkin sebab itu GHB (Gerakan Harapan Baru atau 'New Hope) di tukar ke PAN untuk mengaburi niat sebenar penaja-PAN. Maklumlah, kebanyakan Ahli Politik Tertinggi DAP, adalah Evangelist dan sering dilihat menyarung songkok, berbaju Melayu/kurung dan bertudung, masuk rumah-ibadat untuk meraih undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PAS tak buat taik, tidak ujud AMANAH .

      Bila PAS semasa TGNA bertemu mesra dengan Karpal Singh tak pulak sebut TGNA di taja...

      Kalau AMANAH di taja oleh DAP, apa yang PAS Selangor buat bila Azmin beri kerusi pada AMANAH.

      Oklah sebelum ini AMANAH di taja mungkin DAP pun ada taja lah sikit-sikit, tapi sekarang AMANAH dah tak perlu di taja sebab dengan ada 8 kerusi ini AMANAH tak perlu lagi di taja.

      Delete
    2. Taik apa yang PAS buat sehingga ujud PAN?
      DAP Guan Eng yang putuskan hubungan dengan Haji Hadi, tetapi dengan Party PAS masih mahu berpakat. Boleh ke macam tu? Tak mahu berkawan dengan President seorang saja. Dengan Timbalan President, OK. Bukankah itu memberi isyarat bahawa DAP mahu President PAS diganti dengan Mat Sabu?
      Harus diingat, DAP putus hubungan dengan President PAS sebelum Muktamar.

      Delete
    3. Jangan tenguk Jawatan.
      Yang kita tak suka ialah orang nya bukan jawatan.
      Putus dengan Hadi sebab Hadi yang buat taik.
      Salah isyarat tu, mula-mula cawangan telah calunkan Tuan Ibrahim tapi di tolak..
      Jika Guan Eng putuskan hubuingan dengan Hadi, so Hadi putuskan lah hubungan dengan Guan Eng, jadi tidak adalah masalah PAS Selangor jadi Exco di Selangor.. Pandai menghukum orang tapi bila kena diri sendiri, parti yang kena musibah..

      Delete
    4. Start kes Khalid Ibrahim, aku dah rasa something ngan PR ni...at the end DAP menunjukkan taringnya...Sebabnya bila DSAI dah takde, takde sapa yang leh control pakatan terutamanya DAP...mungkin PAS ada wat silap skit2 tapi still boleh diperbetulkan...but untuk aku percaya dengan DAP amat susah...agenda diorang selalunya ada udang disebalik mee...

      Delete
    5. Jawatan President.....jangan tengok macam-mana.

      Betulah kata Aspan Alias.
      Dalam BN, UMNO jadi Ketua.
      Dalam Pakatan DAP jadi Ketua. Apa yang dikatakan Lim anak-beranak adalah perintah yang mesti dituruti.
      Guang Eng putuskan hubungan dengan President dan mahu PAS ganti President mereka. Boleh ke begitu? Kalau begitu, nampaknya cara UMNO bertindak lebih demokrasi dalam BN.

      Delete
    6. Dalam Pakatan, Rakyat yang jadi Big Bos.

      Mana-mana parti dalam pakatan buat perkara yang menguntungkan rakyat dia lah jadi ketua. Dalam BN memang ada ketua tapi ketua untuk siapa? Lihat lah sekarang apa jadi, dengan hutang, dengan derma ... Pakatan, kalau ada ketua macam Najib dah lama dah jadi macam cacing kepanasan...

      Keputusan dalam pakatan di buat atas kesepakatan. Jika tersilap ketiga-tiga mengaku bertanggung-jawab. Dalam BN di ungkit-ungkit kesalahan Mahathir. Najib tidak berundur sebab bagi Najib satu kabinet dan sekelian pemimpin UMNO perlu berundur juga. Jadi ketua macam ini ke ???

      Delete
  8. Mengapa dalam gambar Azmin buat kenyataan, tidak ada wakil AMANAH??

    ReplyDelete
  9. xyah pening pasal AMANAH...harapan rakyat apa bendanya kalo awal2 hal mcmni dah bertelagah....UMNO tu yg gumbira sgt dgn kacau bilau part pembangkang.percayalah depa akan main silap mata dan bergabung balik menjelang pru 14.jgn sampai pengundi terlalu marah dgn umno dan bertindak dgn berfikiran asal bukan umno.

    ReplyDelete
  10. Kalau tk sebab 2 Adun Amanah(dulu Pas), dh lama Sgor dperintah Umno/Pas. Pkr n Dap terganga. Sikalang ini Teng nk tunjuk sombong. Tiada masa konon. Pas bukan ahli PR. Patut Amanah dberi quota yg dminta. Sebab sokongan MP n Adum Amanah yg kuatlah berjaya PR kekal. Mengapa kena beri keutamaan pd Pas yg tidak membantu smasa krisis Sgot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat benar. Tapi ada lebih baik Amanah negeri merendah diri buat permulaan ini. Bukan tunduk kepada PKR dan DAP sebaliknya mempamer teladan kepada rakyat bahawa Amanah berjuang demi kepentingan rakyat bukan jawatan semata-mata.

      Delete
  11. Penganut/penyokong syiah semua masuk amanah. Skit tinggal dlm pas. Amanah akan kerjasama dgn siapa pun asal untung. Mcm syiah sepanjang sejarah brsekongkol dgn musuh ahli sunnah utk membantai sunni. Cthnya dkt Syiria, syiah bashar asad geng dgn Russia, Iran n hizbullata sambil direlakan oleh Amerika. Inilah Amanah yg jadi sarang pendokong syiah yg baru, tidak akan puas hati dgn hanya 8 kerusi ahli majlis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak pas ni kerja asyik fitnah org! ikut sunnah presideng yg suka fitnah maki hamun org lain.

      kalau ikut sunnah presideng, mung kena bawa 4 org saksi. tp yg peliknya, bila presideng tuduh calon pkr, tak pula dia bawa saksi. masa dia buat kenyataan anjing dan babi, tak pula dia bawa anjing dan babi yg terlibat dlm tuduhan dia tu...

      Delete
    2. Pertelingkahan Pak Arab tak ada kene-mengena dengan orang Melayu. Kita di Nusantara, lebih baik tidak membabitkan diri dengan pembunuhan sesama sendiri Pak Arab yang hanya menguntungkan Amerika dan Israel.
      Jika Saudagar Arab yang membawa Islam ke Nusantara, 500 tahun dahulu berfahaman Syiah, sudah tentu kita juga bermakzab Syiah, hari ini.

      Oleh yang demikian, serah saja pada Tuhan untuk menghakimi Makzab mana yang lebih Islam.

      Delete
  12. Paling mengada2 sekarang sikulutut label melabel, dah perjuangkan hudud sampai ke jepung sekarang pula nak bersengkongkol dengan orang yang pernah dikafirkan.masakan hudud nak sokong sekular...pulok doh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lojiknya saya nampak Amanat yang mengada-gada.

      Delete
    2. Mana logiknya ... salah ke minta kerusi lebih ?
      Bukan macam PASCAI yang bukan nak menang....

      Bila dah habis cuba dan tak dapat jugak tapi gatal jugak nak lagi kerusi itu baru lah logik mengada-gada...

      Muktamad pada 15 Januari, tarikh perlantikan..

      Delete
    3. Lojiknya amanat tuang sushi jepung mengada-gada...dulu kata kapir sekarang nak kawen.

      Delete
    4. Belum apa-apa, dah berebut 'kerusi' pulak. Tak ke gelojoh, namanya? 'Kerusi' tu, sudah tentu mendatangkan habuan. Berebut 'habuan' lah tu!

      Delete
    5. AMANAH bukan rebut kerusi.

      Kalau rebut kerusi ,, tu yang macam PAS buat di Damansara dan Sg Aceh.. ah, itu yang rebut. Dan hak orang dia nak jugak.
      Yang AMANAH ingin kan yang tuan nya dah tak ada..

      Delete
  13. Gua rasa artikal nie salah ambil petikan nie..dah kena game dengan SINAR HARIAN jika tak silap gua...

    Jadi gua harap saudara tuan punya blog silalah clearkan nama AMANAH semula...

    mereka tak mengada2 apa pon..sebaliknya mereka bersyukur dan berterima kasih dengan 10 yg diberikan tuuu

    1) AKHBAR PUTAR BELIT KENYATAAN AMANAH | http://greenboc.blogspot.my/2016/01/akhbar-sh-putar-belitkan-kenyataan.html

    2) AMANAH PUAS HATI KERUSI PBT | http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/01/08/kuota-pbt-amanah-puas-hati/

    ReplyDelete
  14. Saman ma Sinar Harian ....ada bran ke.........

    ReplyDelete
  15. Dah nama Melayu.. ginilah jadinya.. saling mengkepalabutuhkan masing2..

    Apa nak diharap lagi.. atau lebih baik bagi Cina saja perintah negara. Melayu ni terlalu ramai sangat ketebalan bebalnya.

    Lagi satu, terlalu lembab nak selesaikan sesuatu isu. Sumer delay tangguh itu ini dan birokrasi segala bagai. Memalukan Cina saja kita ni.

    Islam pun digunakan untuk mengkepalabutuhkan sesama umat Islam. Jika ada power sikik, dipanjangkan kepalabutuhnya kpd Cina India pulak.

    Mmg spesis haramjadah betul la Melayu ni. X reti nak berubah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...