Saturday, 30 January 2016

DULU TAKUT DENGAN MAHATHIR, KINI TAKUT DENGAN ANAKNYA PULA

Mesyuarat MT UMNO semalam tidak membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Meskipun Najib Razak sudah mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memohon perkenan melantik Menteri Besar yang baru, tetapi beliau mengatakan ia akan diumumkan kemudian.

Bermakna, sehingga angkat sumpah diadakan, Mukhriz masih kekal dengan kedudukannya yang ada sekarang.

Tetapi, semalam beliau sudah pun dihalang daripada menghadiri mesyuarat MT sedangkan masih lagi berkedudukan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Kedah.

Walaupun kehadiran Mukhriz dalam mesyuarat MT hanyalah dalam kapasiti "turut hadir"  berikutan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, namun selagi jawatan itu masih disandangnya, beliau tidak seharusnya "dihalau"  begitu saja.

Harus ada sedikit hormat atas jawatan yang disandangnya itu, lainlah jika beliau sudah digugurkan daripada mengetuai UMNO negeri Kedah.

Kenapa jadi begini?  Apa yang Najib takut sangat dengan Mukhriz daripada menghadiri mesyuarat MT itu?

Apa yang cuba dirahsiakan dalam mesyuarat MT semalam?

Mengapa menutup terus telinga daripada mendengar penjelasan Mukhriz sekiranya timbul perbincangan mengenai jawatannya yang mahu dilucutkan?

Sebelum ini Najib didapati takut dengan Tun Mahathir Mohamad dalam program NothingToHide dan takut dengan Muhyiddin Yasin sehingga tidak membenarkannya merasmikan mesyuarat sayap-sayap serta berucap menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO, rupa-rupanya beliau juga gentar untuk berdepan anak bekas Perdana Menteri itu.

Apakah Najib hanya berani dalam komunikasi sehala saja? Kenapa sebagai individu paling berkuasa dalam negara, Najib masih ada rasa takut dalam dirinya?
Memang hak Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk menukar mana-mana Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO, tetapi beliau juga seharusnya tahu menghormati kedudukan seseorang yang masih ada kedudukan dalam parti dan kerajaan.

Belajarlah daripada Tun Mahathir yang masih memberi ruang kepada Tun Musa Hitam merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada pemilihan 1987 meskipun ketika itu bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermusuh dengannya.

Juga, belajarlah bagaimana Tun Mahathir masih membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat MT dan membela dirinya sebelum memecatnya pada 1998 dahulu.

Kalau pun perlantikan Menteri Besar memerlukan sedikit masa lagi untuk Najib menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu, kenapa tidak digugurkan saja jawatan Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan terlebih dahulu agar tidak berbangkit keperluannya menghadiri mesyuarat MT UMNO?

Mukhriz sendiri pun barangkali lebih memahami ketidakperluannya hadir dalam mesyuarat MT jika jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu sudah dilucutkan daripadanya.

Meskipun dilaporkan Mukhriz telah dihubungi melalui telefon, namun surat pemberitahuan mengenai ketidakperluannya hadir itu hanya disampaikan setelah beliau memasuki bilik mesyuarat di Menara Dato' Onn, PWTC.

Bukankah lebih baik, bersekali dengan pengguguran Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, Tengku Adnan Tengku Mansor juga perlu digugurkan sama sebagai Setiausaha Agung UMNO? (SH 30/01/2016).

53 comments:

  1. kalau situasi yang nampak kebabian najib kita perlu rujuk ag kita yang maha bijaksana...pasti ada jawapan yang serius menggerunkan persis mukanya...

    ReplyDelete
  2. Sapa suruh lawan cakap Boss.Boss ada ada kuasa untuk memecat atau melantik seseorang yang dia suka.Nak selamat dengan kedudukan ikut lah cakap Boss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ale uto kamu

      Delete
    2. ikutlah cakap boss segala boss. itulah yang paling selamat.

      setakat boss sebuah negara apalah sangat kalo nak banding dengan sekelian alam ni

      Delete
    3. Macam AG apandi si lawyer buruk tu juga ker? Makan gaji dengan the big boss, kena ikut cakap the big boss.

      Serupa juga dengan barua barua UMNO seperti anon 0912. Barua barua umpahan yang makan upah dan makan suap.

      Barua barua melayu ini seperti di zaman penaklukan jepun di tanah melayu dulu. Mereka cukup bermaharaja lela menyeksa sesama orang melayu walaupun mereka pun makan ubi kayu juga. Hanya jepun yg makan nasi.

      Bila jepun kalah. Apa yg terjadi kepada barua barua jepun ini akan pasti terjadi juga kepada barua barua najib.

      Mana kau orang nak lari?

      Delete
    4. Anon 13.47

      Kalau kau jadi big boss,kau nak orang sokong kau atau tentang kau.Cuba jawap dengan jujur,pasti kau nak orang bawah sokong kau.

      Delete
    5. Kalau boss yg baik dan kelakuan yg baik disokong, kalau tidak baik dan kelakuan tidak baik nk sokong mcm mn. Kalau jenis anon 16.28 ni kalau jd bini,laki buat dosa pn sokong janji aku dapat dwit. TSMY cuma xsokong cara jib layan 1mdb sj, kna pecat. Kalau 1mdb tu jejas jib sorang lantak pi kt hg lah nk senyap pn, ni melingkup org melayu, umno dan negara.

      Delete
    6. Anon 1628. Kau tak pernah baca buku sejarah ker?
      Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah. Ini kan pula pm cabut.

      Delete
    7. biar aku ingatkn hgpa suma, titik hancoq umno mula dr sini. punah ranah, ingat lah ini dlm sejarah moden malaysia utk cucu cicit kenang sbgai detik jadi pariah tanah air sendiri!

      Delete
    8. anon 18:53

      Pm cabut pun tetap pm...masih ada kuasa..rakyat cuma tunggu PRU14 tapi tak gerenti Umno akan kalah...malah penyokong umno cuma tak suka PM je...tetapi tetap sayang pada umno.

      Delete
    9. anon 13:47 dalam umno ada barua,dalam pas pun ada barua ..tak sokong Tuan Presiden pun kena cantas...apa cerita...

      Delete
    10. anon 13:47....matt..apa citer zaman jepun pulak,zaman jepun dah berlalu ...gua rasa lu mimpi ke...

      Delete
    11. rina idzhar...Lu dapat boss tak baik pun...depan-depan lu sokong,belakang je berani.ada berani ka...entah2 br1m pun lu rembat...hahaha...

      Delete
    12. Anon 2045 sebab tu lah kau buta sejarah.

      Delete
    13. Bos yang maha berkuasa (Allah azza wajalla) menyuruh segala bos di dunia ini supaya amanah...tapi bos malaysia dah kantoi..so nak ikut bos tu lagi ke?

      Delete
  3. Mukriz patut belajar dan ambil iktibar dari Perdana menteri Aust Mr Abbot, Apabila ada tentengan tentang kepimpinannya, Abbot terus adakan Parliamentary sitting utk menguji samada dia masih mendapat kepercayaan. Dia tinggalkan jawatan PM secara hormat setelah tidak mendapat kepercayaan.

    Mengapa Mukriz bagitu bodoh sehingga sanggup ditendang melalui pintu belakang olih Najib yg berbekalkan 19SD yg mana setengahnya diragui. Dlm, isu Nizar Sultan Perak enggan memanggil sidang DUN utk bahas undi tidak percaya. Dia bersekongkol dgn Najib dan memecat Nizar melalui pintu belakang.

    Apasal Mukriz bagitu bodoh tidak memanggil sidang khas DUN utk menguji samada 19SD Najib tu valid atau tidak. Dia mcam bapa dia juga, main pintu belakang. Najib pun ikut cara bapa Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua kaki fitnah ..elok la jadi macam ni..PM,ka.MB,ka,bekas PM ka..semua kaki finah.

      Delete
    2. anon 9.13 apa yang hang merepek tu ha ha ha cuba study fakta betul betul.

      Delete
    3. Fakta yg betul...cuba huraikan dengan lebih lanjut..

      Delete
    4. anon 11.01

      macai umno mana bolih faham perkara2 mcm ni...

      Delete
    5. anon 18:18...macam la kau faham sangat...

      Delete
  4. Ini Malaysia ma.. apa saja boleh jadi. Pemimpin, rakyat, ulamak dan sultan.. semuanya macam beruk dan monyet.

    Apa nak jadi, semua boleh terjadi. UMNO dah tunjuk berjuta2 contoh. Tiada yg mustahil boleh berlaku. PAS dah mula tiru. Rakyat masih memerhati, apakah boleh ditiru atau tidak, tergamak buat atau tidak. Itu je. Tok2 imam pun berperangai lagi huduh, apakan pula nak harap jemaah kariyah. Tolong korek lubang kubur pun dah banyak tuah dah.

    Bolehland gitu. Apa saja boleh berlaku tanpa perlu tunggu masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tu termasuk hg lah mcm berok n monyet

      Delete
  5. Sesuai la sangat dengan perkembangan otak dalam negara membangun yang terlalu perlahan. Laksana zaman Jahiliyah sebelum kedatangan rasulullah pulak. Kahkahkah.

    Welcome to Malaysia. Tahun melawat Malaysia 500 AD.

    ReplyDelete
  6. Begitulah hinanya ahli umno ini mereka akan dicaci dihina dihalau dipandang sebagai pengemis dimalukan ditelanjangkan luar dalam jika menentang arus jadi ingatlatlah ahli umno anda akan dibuat begitu bila tidak sekelambu lagi itulah umno yg dikatakan memperjuangkan bangsa melayu agama dan negara fikir2kan lah masa pru14 aaaaammmmiiiiiiinnnnnn

    ReplyDelete
  7. Begitulah hinanya ahli umno ini mereka akan dicaci dihina dihalau dipandang sebagai pengemis dimalukan ditelanjangkan luar dalam jika menentang arus jadi ingatlatlah ahli umno anda akan dibuat begitu bila tidak sekelambu lagi itulah umno yg dikatakan memperjuangkan bangsa melayu agama dan negara fikir2kan lah masa pru14 aaaaammmmiiiiiiinnnnnn

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya dah tak ada barakah dah dengan parti umno ini memang sudah dihujung hayat kecuali orang melayu masih buta ,Bila nak kuasa mai jumpa melayu cerita pasai ugutan cina , islam dah nak lingkup dan macam macam , bila ada kuasa depa pemimpin umno ligat cari cina buat harta contoh najib cari jho low sapu harta . Lepas itu tak ada masalah apa pun sibuk rebut kuasa , mukhriz ini bukan sangat kerana wakil rakyat kedah yang tak mahu beliau jadi MB ini cerita fitnah sebenarnya mereka banyak di ugut termasuk ahmad bashah , putrajaya lah puncanya yang mahu beliau di pecat , bukan saja najib dan rosmah ini termasuk zahid hamidi , hishamudin dan KJ kerana beliau mengancam kedudukan mereka untuk jawatan naib presiden dan timbalan presiden itu sebenarnya , sedar bani melayu.

    ReplyDelete
  9. Mukhriz, baik hang pi lobi istana untuk bubar DUN kedah. Pas tu hang jangan tanding, bagi geng geng bashah dengan azeez tanding. Gerenti umno kalah. Omputih kata, kill 14 birds with one stone. Mereka semua ranap, diranapkan oleh orang kedah. Hang lagi la jadi hero, dan MT umno dapat malu besaq. Cuba hang try test.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun setuju abg botak bubar dun..... kalau MM duduk jd menteri besaq sampai election pun gerenti kalah gak... ramai orang dah meluat dengan Najib ni.... tapi yang kena OMNO sekali la...
      alang alang nak test power test tengok kat kedah.... bubar dun...
      MM nak lawan pun boleh takmau lawan sekali pun bagus gak...
      biaq depa yang lpaq dengan kuasa yang tak brapa kuat tu yang berebut.....

      anak kulim

      Delete
  10. Mahkamah Perancis mulakan dakwaan rasuah keatas pegawai Thales yg jual kapalselam second hand Scorpene ke Malaysia. Dakwaan merasuahkan pegawai Malaysia melalui urusniaga sykt2 Razak Baginda.

    AG Switzerland minta kerjasama MLA dgn AG Malaysia kerana percaya jenayah money laundering berlaku melalui bank2 Dan institusi2 kewangan Switzerland Dari syarikat 1MDB Dan sekutunya.

    Tak sia2 pendedahan demi pendedahan dari SR, WSJ, TDM, Suaram et al walaupun dikekang.

    AG telah NFA kan kes 2.6B Dan SRC. Agak menarik nak tengok bagaimana rumusan siasatan Auditor General Dan PAC mengenai 1MDB berlatarbelakangkan kenyataan media terbaru AG Swiss mengenai siasatan mereka.

    Kita tunggu juga feedback siasatan money laundering ni Dari US, Hong Kong Dan Singapore. Mungkin ada boomerang effect dari tindakan NFA AG Malaysia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pac jgn harap lg dh, hassan xada kualiti. harap swiss persecution akan dedahkn suma lendir2 yg ada

      Delete
  11. Memandangkan Mukriz Mahathir masih selamat di kerusi MB adalah dicadangkan beliau bersegera memanggil mesyuarat DUN khas untuk membuat UNDI PERCAYA kepada kepimpinannya. Jika beliau masih mendapat majoriti kepercayaan maka Mohd Najib Abd Razak perlu tunggu sehingga PRU14 untuk menukar MB.

    Jika beliau tidak mendapat majoriti di dalam DUN maka Mukhriz boleh memilih
    1. mengadap Jemaah Pemangku Sultan dan memohon DUN dibubarkan memberi laluan kepada PRN
    2. Keluar parti menjadi wakil rakyat bebas dan membentuk kerajaan bersama wakil PKR, PAS, Amanah, DAP serta wakil UMNO yang masih menyokongnya
    3. Mengundur diri secara terhormat dan mencadangkan kepada Jemaah Pemangku Sultan EXCO kanan beliau untuk mengantikannya.

    Mukhriz berhak berbuat demikian kerana BN memenangi semula Kedah dari PR kerana
    1. Kekuatan dan aura beliau sebagai pemimpin dan anak mantan PM
    2. Kelemahan pentadbiran dan perpaduan di dalam PAS dan di antara parti-parti PR Kedah
    BN tidak menang Kedah kerana Ahmad Bashah, jauh sekali kerana Najib.

    ReplyDelete
  12. Bubar sahaja DUN dan bagi peluang kpd RAKYAT KEDAH yg buat pilihan..siapa yg layak utk mewakili suara MEREKA..Itulah DEMOKRASI...HIDUP ORANG KEDAH..

    ReplyDelete
  13. Bubar je DUN Kedah...bagi balik hak memilih pada rakyat Kedah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bubar dun
      jgn kasi can najib pilih mb sebulu dgn dia
      kita rakyat kedah yg lebih berhak
      harap mukriz baca ni

      Delete
    2. bubar dun
      kita lawan tengok
      sapa UMNO
      sapa PAS

      Delete
    3. PRU 14 masuk PAS, tanding atas PAS, umum Mukhriz akan jd MB sure punya boleh menang. Org kedah terutama ank muda xkan sokong jib pnya

      Delete
    4. Najib dgn anjing anjingnya mesti diajar betul betul.
      Bukan manusia dah tu. Semuanya anjing.

      Delete
    5. Mukhriz nak masuk PAS...jgn harap la...PAS pun dah x betul,sanggup berkerjasama dengan UMNO

      Delete
  14. time ni la test power bang ooooi. Masa PRU 13 dulu depa menang sebab tumpang populariti hang, la ni nak buang hang....perangai apa lagu ni? Bagi depa chance buktikan, depa tu sapa, besaq mana, baguih tang mana. Hang tu ok, tok sah join depa tanding. Kalu hang tanding, depa pun tumpang hang jugak..apa hang dapat?

    ReplyDelete
  15. Mari kita raiikan amngok yang sedang bergelora.kita tepok tangan ramai2.Kalau dulu bolehlah mereka kata bila kita tidak sehaluan bangsa lain akan tepok2 tangan, sekarang mereka tepok2 tangan sebab masih dapat memperbodohkan kepintaran rakyat.

    ReplyDelete
  16. Kenapa menteri menteri najib diam aje sekali ini selepas pengumuman ag tak ada support selain dr azalina.barang kali masing masing terkejut beruk dgn keputusan najib memulangkan derma.duh najib kenapa pulangkan kami sedang ternanti nanti sj.barangkali takut kantoi spt zahid dr ramai kpd seorg yg telah mati.apakah cerita duit bilion bilion akan tertanam spt cerita altantuya juga.cuma nampaknya dunia spt tak ingin menyokong najib.masihkah najib dpt bertahan dgn kuasanya.apa yg pasti ada kuasa yg lebih besar.doalah selain usaha yg kita perlukan

    ReplyDelete
  17. Kalau tak nak bangsa hancoq,
    Pertahan pemimpin ada teloq,
    Jauhi jenis jilat pungkoq,
    hingaq lebih, taik berteraboq,

    ada akai, pakai
    ada otak, pikiaq
    jangan jadi macam cibai
    nampak cash, meleleh ayaq lioq


    ReplyDelete
  18. Orang Melayu masih ada lg PERKASA..PEMIMPIN2 yg telah dipecat dan Cawangan2 UMNO yg dipinggirkan serta tidak didengari suara2 Ahli harus bergabung dgn PERKASA dan menjadikan PERKASA sebuah PARTI POLITIK seperti AMANAH..Masih ada lg masa utk PRU14..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak harap perkasa,si katak tu pun ada bisness dengan cina...

      Delete
  19. Biarkan... biarkan...
    Si Najib dan konco-konconya
    terjun dengan labu-labunya...
    Dulu mereka gulingkan
    Nizar Jamaluddin di Perak
    kerana MB itu orang PR,
    bolehlah kita bising-bising.
    Begitu juga Khalid Ibrahim
    di Selangor, takpa kita bising-bising.
    Tapi bila Mukhriz Mahathir
    mahu digulingkan sebagai MB Kedah
    tak perlulah PR bising-bising.
    Sama macam Ahmad Said di Terengganu.
    Biarkan mereka bergasak dan bergumpal.
    PR lihat saja, sejauh mana mereka pergi.
    Mahathir dan Najib 2x5 saja.
    Hanya kini, Najib nampaknya lebih
    teruk berbanding Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh PR = PKR DAP & AMANAH.
      "Menangguklah di air yang keruh".

      Delete
  20. Korang tengok..berape bijak perancangan Allah..perlu ke nak tunggu PRU 14? Jike betol negare nih amalkan demokrasi dan korang sbg rakyat bijak-bijak belake..termasok yg komen macam-macam nih..takkan la ngan PM cabok tuh korang tak bole turunkan?

    ReplyDelete
  21. Pakat ng ayahnda mahatir minta pendapat ayah Dan IBU.najib dah takada ayah Dan IBU lagi mukhriz ada IBU ayah mintalah nasihat Dan restu Ayh bonda .jangan mengaku kalah teruskan perjuangan my dato seri. Rakyat Kedah saying datuk seri.pegi surĂ u ke masjid mohon restu Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  22. Dulu rakyat Kedah bagi BN menang sebab dijanjikan Dato Mukhriz jadi MB..Sekarang janji dicapati..kalau betul Panglima Bugis, mintaklah yg 19 YB tu bubarkan DUN...kita lawan balik..tenguk rakyat Kedah nak yg mana pulak kali ini...ada berani?

    ReplyDelete
  23. kan kita tengah guna adat pepatih satu Malaysia.Buatlah sampai abis.

    ReplyDelete
  24. Memang tak faham melihat orang sekeliling yang masih membetul benang yang basah. Kenyataan menteri besar melaka yang sangat memihak pada PM tanpa mengambil kita tentang jumplah wang yang sangat besar yang dibelanja kan oleh anak tiri PM. Secara logik nya orang kampung pun akan tertanya tanya bagaimana untuk mencari wang yang begitu banyak untuk buat filem di hollywood. Manusia sekarang ni dah bukan buta hati saja...dah buta sebuta buta nya. Sedih dan kita tunggu balasan dari yang maha esa. Inshallah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...