Monday 11 January 2016

SIAPA MUSUH SEBENAR PAS DALAM PRU 14 NANTI?

Pas sudah secara rasmi menolak kerjasama politik dengan UMNO dan dalam masa sama, parti itu juga tidak menganggotai Pakatan Harapan atau PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Asas penolakan Pas menolak menyertai PH ialah kerana tidak mahu sekelambu dengan DAP dan Amanah. Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO. Bagaimanapun, Pas masih menjalin kerjasama politik dengan PKR, salah satu parti komponen dalam PH.

Baru-baru ini, PH menandatangani kod etika bersama yang antaranya tidak menggunapakai lagi amalan "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kesepakatan gabungan baru itu untuk berhadapan dengan UMNO dan BN.

Dengan itu, antara lain perkara yang paling bermakna di sebalik persetujuan itu ialah pembahagian kerusi dalam PH nanti akan dilakukan secara konsensus dan persetujuan bersama secara mutlak antara ketiga-tiga partinya.

Kalau bersetuju, mesti setuju dengan sejujurnya dan jika tidak bersetuju, mesti juga tidak setuju sepenuhnya.

Tiada lagi kemungkinan berlakunya persetujuan dimungkiri atau terjadinya pertandingan sesama sendiri yang semata-mata berdasarkan andaian atau syak wasangka calon parti rakan itu tidak boleh dipercayai, disyaki berfahaman sosialis, terlibat dengan pil kuda atau sebagainya.

Melalui persefahaman yang sudah dicapai dalam PH itu, secara tidak langsung bermakna pembahagian kerusi antara PKR, DAP dan Amanah sudah boleh dilaksanakan mulai sekarang agar tempoh masa tidak sampai tiga tahun menjelang PRU 14 akan datang, gerak kerja yang lebih mantap dapat dilaksanakan ke arah mencapai kemenangan.

Secara teorinya, oleh kerana Pas tidak termasuk dalam gabungan PH, kerusi-kerusi yang yang ditandingi oleh parti itu dalam PRU 13 lalu sudah boleh diambilalih oleh Amanah untuk PRU 14 akan datang.

Jika ada pun sebahagian kerusi itu yang tidak sesuai ditandingi oleh Amanah, ia mungkin boleh diserahkan secara sukarela sama ada kepada PKR dan DAP.
Pas pula, disebabkan sudah menjadi parti sendirian berhad yang tidak mahu menyertai PH dan menolak juga kerjasama dengan BN, tentu saja boleh memilih untuk bertanding di mana-mana saja kerusi yang diminatinya.

Sehingga ini, Pas hanya bertahalul siyasi dengan PKR saja, tetapi tetap menganggap UMNO, DAP dan Amanah sebagai musuhnya.

Jadi, di kerusi manakah Pas akan bertanding dalam PRU 14 nanti?

Disebabkan adanya kerjasama dengan PKR, Pas mungkin memberi laluan untuk pertandingan satu lawan satu di kerusi-kerusi yang PKR bertanding berhadapan dengan UMNO dan BN, namun bagaimana dengan kerusi yang ditandingi oleh DAP dan Amanah?

Meskipun ada pendapat mengatakan Pas berhak bertanding di kerusi-kerusi lamanya, Amanah juga merasakan hak itu sudah berpindah kepada mereka sebagai rakan gabungan dalam PH, manakala Pas sudah bersendirian.

Adakah Pas akan berkeras mahu bertanding  juga, lalu menjadikan berlakunya pertandingan tiga penjuru?

Jika ia berlaku, siapakah yang berpotensi mencapai kemenangan?

Di kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO, apakah pula sikap dan pendirian Pas nanti?

Memandangkan Pas kekal menganggap UMNO sebagai musuhnya, adakah parti itu akan meletakkan calon-calonnya juga untuk bertanding di semua kerusi UMNO dan menjadikan berlakunya perebutan tiga penjuru?

Sekali lagi, di kerusi yang menjadi dominan UMNO, apakah lebih menguntungkan bagi Pas untuk turut bertanding atau membiarkan saja PH berhadapan satu lawan satu?

Bagaimana pula ketika kempen berlangsung,  khususnya di kawasan yang berlaku pertandingan tiga penjuru, siapakah sasaran serangan dan kecaman Pas di pentas-pentas ceramahnya nanti - UMNO dan BN atau PH, DAP dan Amanah?

Di antara ketiga-tiga musuhnya itu iaitu UMNO, DAP dan Amanah, siapakah yang dianggap musuh paling besar bagi Pas sehingga tidak mungkin sama sekali untuk bertolak ansur demi matlamat yang lebih besar? (SH 11/01/2016).

38 comments:

  1. Biarlah PAS menjadi melukut di tepi gantang. Parti hidup segan mati tak mau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di akhir sekali apa yang kita dapat nilai disini ialah PAS akan rugi dan akan makin mengecil , mungkin ini sudah takdir PAS , sebenarnya Islam tak boleh dijual beli untuk kuasa dunia......hihihihi

      Delete
  2. PAS sekarang ni sudah menjadi parti yang tidak berpendirian dan tiada prinsip. Hendak dikatakan parti pembangkang, PAS tak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan malah PAS berpendirian bahawa tak salah untuk membentuk kerajaan campuran dengan UMNO jika keadaan memerlukan (tak kisah pun dengan sentimen rakyat ataupun tanggungjawab moral).

    Nak dilabelkan sebagai parti komponen BN, PAS bertempik "tidak" walaupun tindak tanduk mereka kerap menyebelahi UMNO dan BN. Masa pembentangan belanjawan pun, PAS tak menolak tetapi duduk berkecuali. Apa yang nyata dengan sentimen kuat rakyat menolak UMNO dan BN, PAS dilihat sebagai parti yang boleh dicurigai kejujuran mereka untuk melawan UMNO bahkan ramai yang melihat seolah2 PAS sudah bertukar menjadi parti "talam dua muka".

    Nyata sekali bagi PAS, kemahuan rakyat sudah diketepikan dan kepentingan parti dan kepemimpinan mereka sahaja yang menjadi keutamaan. Kemungkinan besar dalam PRU akan datang, PAS akan menerima penolakan yang besar dari rakyat, malah mungkin juga menerima nasib yang sama seperti UMNO. Rakyat memerlukan ladang yang subur untuk menyemai demokrasi yang sihat tetapi PAS sudah bertukar menjadi padang yang dipenuhi lalang, hijau merimbun tapi tak dak hasil kepada rakyat sikit pun. Personally, my vote is for anyone except UMNO dan PAS!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Untuk calon calon berbibawa daripada UMNO pula ciri cirinya badan mesti pendek. Gigi mesti panjang atau jarang. Dahi mesti jendul. CGPA mesti 3.85 atau 4 flat.

    ReplyDelete
  4. Sekarang baru Pas berada di landasan yg betul,walau pun Umno adalah 'pesaing politik' tapi ianya bukan musuh utama.Pas dan Umno kena bersaing secara sihat,bagi membolehkan orang Melyu Islam memilih partimana kah yg lebih baik.Takdirnya orang Melayu Islam masih memilih Umno,redha sajalah ,tapi Pas misti terus memperbaiki diri man-man kelemahan yg ada.Ada beberapa kekurangan Pas namun ianya boleh di perbaiki dan jika kekurangan ini di perbaiki saya lebih cenderung utk bersama Pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju.
      Tetapi, PAS akan berada pada landasan yang lebih betul jika kepimpinan tertinggi mereka menyuarakan 'kehairanan' Rakyat mengenai hutang 1MDB, 'derma' RM2.6 Billion dalam akaun peribadi PM dan RM2 juta lagi dalam akaun peribadi isterinya.
      Letakkan syarat supaya UMNO menukar President dan kabinetnya sekali, sebelum adakan sebarang 'kerjasama'secara rasmi atau pun tidak, demi perpaduan ummah.

      Setidak-tidaknya dengan cara ini, PAS mampu 'jarak'kan diri dari defisit integriti dan krediliti yang mencemari UMNO.

      Delete
    2. Saya setuju dgn RD 100%

      Delete
  5. PAS tidak akan bertanding kerana mengikut kata Presiden PAS cuma ingin menjadi penasehat kerajaan dan tidak lebih dari itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ambil 20% saja drp RM2.6 bilion

      Delete
  6. Pas akan menyusahkan rakyat sahaja. Bagaimana mahu menang klu ade 3 penjuru? Alih2 umno msih kekal memerintah klu jdi mcm ni mmg slahkn pas hidyp rakyat teraniaya.

    ReplyDelete
  7. Politik bangang.. Hanya ade dua pilihan..elok bubar PAS jadi NGO dakwah shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga idea ni.
      Bubar PAS, jadi NGO saja. Lepas tu, dan jika PM dan kabinetnya telah ditukar, suruh bekas-ahli PAS pangkah UMNO dan BN, PRU14 nanti.
      Setelah BN menang PRU14, kemungkinan besar bekas-ahli-politik PAS akan dilantik segani Timbalan Menteri di JPM.

      Delete
  8. "Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO". Tak pasti samada ini adalah kenyataan rasmi PAS atau pun sekadar tanggapan penulis. Tetapi sekiranya benar maka PAS sebagai parti yang pemimpin mereka war-warkan adalah mewakili Islam telah pun berlaku khianat terhadap ahli-ahlinya yang taksub dengan parti itu. Kenapa tidak? Tidak kah ayat di atas itu sudah bercanggah dengan tuntutan ugama supaya umat Islam tidak bermusuhan sesama sendiri? Sebaliknya PAS mahu kekalkan status bermusuhan dengan orang Islam didalam UMNO. Sekiranya benar maka pemimpin parti PAS telah gagal untuk memahami maksud hadis Baginda Rasulullah :” Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan tali silaturahim.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Dan dari Al Quran surah Muhammad 22-23 “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”

    Didalam hal ini maka setiap orang Islam harus bijak untuk menggunakan akal yang ALLAH telah kurniakan pada setiap manusia untuk berfikir samada pendapat pemimpin PAS untuk kekalkan permusuhan dengan orang islam UMNO selari atau tidak dengan tuntutan hadis Rasulullah SAW dan Al Quran?

    Sebenarnya tidak susah untuk melihat yang mana yang putih dan yang kelabu pada scenario politik Malaysia hari ini. Ketepikan semua sentimen kepentingan diri sendiri mahu pun kepentingan parti politik itu dahulu kemudian kita lihat prinsip parti politik itu sendiri dan tanggapan rasmi mereka terhadap ajaran Islam. Kemudian ambil satu isu besar di dalam negara ini yang semua orang sudah tahu dan sudah pun melalui pengalaman itu sendiri. Contohnya isu kalimah ALLAH yang sedang di perjuangkan oleh gereja Evagelist untuk disyirikkan kedalam bible modified bahasa melayu yang disokong sepenuhnya oleh pemimpin Cina DAP.

    Jika kita lihat dari sudut fakta ttg apa yang telah berlaku kita akan dapati pemimpin parti DAP dan PKR tidak ada masalah untuk merestui kehendak gila pihak gereja Evangelist. Pemimpin parti PAS pernah juga merestui kehendak mereka tetapi telah menarik balik sokongan parti itu tentang isu kalimah ALLAH itu. Tetapi pemimpin parti PAN Mat Sabu tidak pernah kita lihat membantah kehendak pemimpin DAP. Perlu dingat bahawa memberi sokongan kepada parti DAP, PKR dan PAN bererti kita merestui kehendak pihak gereja Evangelist. Tidak kah sokongan ini akan mengundang dosa syirik?

    Surah An Nisa ayat 48: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

    Kesimpulannya apabila pemimpin PAS masih kekal untuk bermusuhan dengan UMNO maka kita akan dapat “markah” yang sesuai dengan hadis dan maksud al Quran seperti di atas. Sebaliknya apabila kita memberi sokongan kepada parti pembangkang maka kita akan berdepan dengan ayat al Quran 4:48. Musuh yang kita cuba untuk mencari itu sebenarnya memang sudah ada didalam diri kita sendiri dan perlu ditangani dengan menggunakan akal untuk berfikir. Sebab kegagalan untuk berfikir hanya akan membuatkan keadaan kita sama seperti digambarkan didalam surah Al Mulk ayat 10.

    67:10 Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka"
    Ikhlas dari saya sebagai hamba Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk pasal definasi 'musuh'
      Amanat Hj Hadi lagi dahsyat dari makna 'musuh'.

      Delete
    2. Khalimah Allah mahkamah dah selesaikan.

      Kes hudud PAS, apa cerita ?

      Delete
    3. Dosa syirik apa?

      Kalau vape boleh di haramkan ikut negeri-negeri pulak tu, haramkan lah kerjasama dengan DAP.

      Delete
    4. Musuh dalam perang & musuh di dalam politik adalah dua perkara yang berlainan. kalaupun musuh dalam politik, tak la smpai nak putus silatulrahim. Anonymous 12:58 ni dah kemana ni. Sekarang rakyat Malaysia sudah matang berpolitik, janganla ingat kita ni di zaman batu lagi

      Delete
    5. Pas tak pernah ada pun dalam alquran dan hadis

      Delete
  9. berkerjasama dlm suasana masing2 dlm keadaan defisit keyakinan menimbulkan rasa sangsi di kalangan org ramai.UMNO dan PAS harus berterus terang dan tidak memperdagangkan istilah perpaduan.xkan PAS jugak terjangkit wabak UMNO di mana demi survival individu kepentingan parti di kemudiankan.jgn marah pada pendapat2 negetif tentang kerjasama ini kerana keikhlasan dipertikaikan..timing diragui..keadaan parti tenat..deklarasi kerjasama semuanya retorik..peranan masing2 kabur...

    ReplyDelete
  10. Anonymous 12:58.... I think you are one confused man!

    ReplyDelete
  11. En Budin.. PAS kan jadi punaisehat semua parti dan wartawan.. mereka adalah NGO bercap cangkul, yg x akan bertanding lagi dlm mana2 PRU.

    Tertakluk kpd pengakuan bersesumpah Tuan Presiden.

    ReplyDelete
  12. Sandiwara.

    Meletakkan UMNO,DAP dan Amanah sebagai musuh hanyalah sandiwara PAS kepada akar umbi dan pengundi Malaysia. Jika hasrat Haji Hadi dan Geng UG bekerjasama dengan UMNO secara terang-terangan jadi kenyataan maka berdoyon-doyon ahli dan penyokong parti 'ulama' akan menyeberang ke Amanah/PKR dan meninggalkan tuan lebai, lebai segera dan pengampu setia mereka.

    Ramai ahli akar umbi tidak mahu dan tidak mampu memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap penyokong PAS selama ini sekalipon Haji Hadi mengeluarkan 1001 dalil untuk menghalalkan apa yang suatu ketika dahulu beliau haramkan.

    Malah amatlah berbahaya jika PAS mensasarkan hanya DAP dan Amanah sebagai musuh kerana tindakan itu sama seperti menjerut leher sendiri. Pemimpin PAS akan dituduh rasis oleh pengundi bukan Islam dan lebih parah, dituduh munafiq oleh pengundi Islam kerana sanggup memaafkan UMNO yang berpuluh tahun memusuhi dan menginaya pemimpin dan penyokong parti namun tidak sanggup memaafkan 'saudara kandung' yakni bekas ahli dan pemimpin PAS yang berpuluh tahun bersama parti berjuang menentang kezaliman UMNO yang kini memperjuangkan agenda Islamisasi yang tidak jauh berbeda dengan PAS, di atas platfom Amanah.

    Ketegasan 'ulama' untuk PAS bertanding di kerusi tradisi DAP tidak lebih bertujuan memecahkan undi Melayu kepada pembangkang. PAS sedar mereka tidak mampu mempertahankan beberapa kerusi sedia ada, apatah lagi untuk menang kerusi baharu. Tujuan mereka tidak lain hanya untuk mengagalkan parti-parti Pakatan Harapan, termasuk PKR yang kononnya masih ditahalufkan.

    Tindakan mereka itu sudah pasti memberi kelebihan kepada parti kompenan BN yakni Gerakan atau MCA, jika tidakpon secara langsung kepada UMNO. Manfaatnya, BN akan menambah kerusi DUN/Parlimen dan barangkali beroleh semula majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Haji Hadi dan lebai segera yang kepingin kuasa tidak perlu menang pilihanraya untuk beroleh jawatan dan habuan. Mereka akan masuk melalui 'pintu belakang'. Cukup dengan mewujudkan pertandingan tiga penjuru. Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali dan Kassim Alias contoh terbaik kaedah pintu belakang.

    Musuh sebenar PAS bukan UMNO, DAP atau Amanah. Musuh sebenar PAS adalah 'ulama' dan lebai segera yang menggunakan agama dan bangsa untuk manfaat diri. Moga akar umbi dapat melihat dengan mata hati dan sedar sebelum terlambat. Jika Najib kekal kerana tali hayat Haji Hadi, kerosakan total akan berlaku di bumi Malaysia manakala Islam hanyalah perhiasan pakaian dan catatan pada kad pengenalan semata-mata. Itu sudah pon terjadi. Nauzubillah

    ReplyDelete
  13. Dulu undi sy untuk PAS sebab gabungan dlm PR untk melawan BN di Selangor...skrg undi sy utk PH pula...biarlah PAS tenggelam dlm laut dgn labu2nya...PAS kan kuat bersendirian...itu kata2 mereka yg takbur...kita lihat nanti di PRU14...

    ReplyDelete
  14. Orang melayu Pulau Pinang yang undi DAP dulu sudah dapat apa yang mereka mahukan sangat-sangat sekarang. Banyak yang sudah kena halau dari kampung halaman mereka di pulau itu di bawah pemerintahan kerajaan DAP yg sungguh perihati itu.. Memberi undi pada PH adalah memberi undi kepada DAP yang memang tokey besar kepada parti serpihan Melayu PAN dan PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa sudah jadi parti membela nasib orang melayu? Dulu setiap jumaat buat demo depan bangunan TAR. Sebelum PRU, berdiri depan jentolak sampai penjawat awam kena pukul? UMNO sudah kibar bendella putih kah? OK PAS ada...

      TV pulak tunjuk nasib malang pelarian Mynmar.. Bela lah nasib orang melayu Pulau Pinang. Jangan lupa satu masa dulu Kampung Chubadak di roboh untuk bina kondo mewah..Felda bina stadium dulu dari bina rumah untuk generasi kedua..

      Dan, yang paling menyedihkan ialah Najib jual tanah pada orang China. Tanah yang kau pijak bukan lagi kepunyaan nenek moyang kau punya...


      Delete
  15. Pas ni terlalu bongkak hendak jadi penasihat umno lepas tu nak besendirian aku tak heran silap hari bulan kelantan pun hilang kat umno harap pemimpin pas ni sedarlah sikit ahli pas ni pun satu hal terlalu taksub dgn pemimpin klu pemimpin kata masuk longkang mereka pun masuk sama jelah macam umno fikir2kanlah klu nak lama

    ReplyDelete
  16. Pas ni terlalu bongkak hendak jadi penasihat umno lepas tu nak besendirian aku tak heran silap hari bulan kelantan pun hilang kat umno harap pemimpin pas ni sedarlah sikit ahli pas ni pun satu hal terlalu taksub dgn pemimpin klu pemimpin kata masuk longkang mereka pun masuk sama jelah macam umno fikir2kanlah klu nak lama

    ReplyDelete
  17. Pru 14 nanti musuh utama PARTI AMANAT HADI IALAH

    1. Rakyat tertindas terbeban kos sara hidup

    2. Golongan rakyat muslim/non muslim berpendirian dan golongan menolak modal agama untuk politik

    3. Rakyat sabah dan sarawak (apakah dengan berkerjasama dengan umno akan membolehkan pas memperolehi 1-2 kerusi dun/mp di 2 negeri tersebut)

    4. Parti Bn/umno dan pakatan harapan

    5. Ahli PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6. Golongan yang dikafirkan amanat

      Delete
  18. walaupun ramai yg hentam pas, tp kenyataannya pas berjaya tarik 65% pengundi tegar umno.. ini adalah suara hati ke hati kalangan ahli umno shj.. tk melibatkn lgsung ahli pas yg masih setia. kalu di cmpur tk mustahil pas akn mnang menang besar pru nti.. itupun bergantung jika kepimpinan skrg tdk berubah..

    ReplyDelete
  19. itu adalah kajian dlm parti sendiri, sy langsung tidak punya jwpn brp ramai ahli pas yg pergi ke amanah.. hanya ahli sendiri yg tahu

    ReplyDelete
  20. itu adalah kajian dlm parti sendiri, sy langsung tidak punya jwpn brp ramai ahli pas yg pergi ke amanah.. hanya ahli sendiri yg tahu

    ReplyDelete
  21. Kenapa org cina boleh menyokong amanah dan pkr?adakah fikrah mereka sama?sedangkan org cina amat sensitif dgn isu agama islam.itu yg harus difikirkan oleh pengundi islam dlm pru 14.

    ReplyDelete
  22. Bubarkan aje Pas, elok hj hadi dan rakan rakannya jd pendakwah bebas

    ReplyDelete
  23. Bubarkan aje Pas, elok hj hadi dan rakan rakannya jd pendakwah bebas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...