Saturday 2 January 2016

LAGU WARISAN TIDAK SESUAI LAGI UNTUK KURSUS UMNO


Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus kepimpinan anjuran UMNO atau kendalian Biro Tatanegara (BTN), tentu biasa dengan lirik lagu di atas ini.

Sebenarnya ia adalah lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang merupakan lagu wajib didendangkan kepada kepimpinan UMNO setiap kali mereka menghadiri kursus bagi menyemai semangat perjuangan dan cintakan negara.

Lagu itu juga bertujuan menerapkan semangat mempertahankan setiap inci hak dan kedaulatan negara daripada tergadai ke tangan asing.

Oleh kerana kepimpinan UMNO selalu disumbatkan ke telinga mereka dengan lagu tersebut tersebut, termasuk Najib Razak yang mungkin turut puluhan kali hadir dalam kursus kepimpinan UMNO atau anjuran BTN, harapan kita tentulah sedikit-sebanyak bait-bait lagu itu meresap dalam jiwa mereka.

Namun perkembangan yang berlaku dalam penyelesaian hutang 1MDB baru-baru ini jelas memperlihatkan lirik lagu tersebut sudah menjadi umpama "hampas" atau "sampah" belaka. 

Puluhan tahun menyanyi dan menghafal lagu Warisan itu, akhirnya aset dan tanah milik negara tetap tergadai juga.

Barangkali sudah sampai masanya bagi UMNO dan BTN membuang segera lagu Warisan itu dan menukarnya dengan lagu lain untuk setiap kursus anjuran mereka mulai sekarang.

Mengekalkannya lagi sudah boleh dianggap suatu penghinaan kepada lagu tersebut yang terang-terang sudah dicabuli keindahan makna dan liriknya.

Zahid Hamidi yang sedang mengendalikan kursus Keris 2314 untuk kepimpinan UMNO di seluruh negara bagi menghadapi pilihanraya akan datang mungkin patut memulakan langkah segera ke arah itu.

Pilihlah apa saja lagu lain yang sesuai, malah kalau susah sangat ambil saja lagu Putus Terpaksa yang menjadi juara Gegar Vaganza baru-baru ini. Lagi pun ramai yang "kaki karaoke"  yang sedang gila  mendendangkan lagu tersebut dalam bilik-bilik gelap ketika ini. (SH 02/01/2016).

24 comments:

  1. Saya cadangkan umno menjadikan lagu kebangsaan negara china sebagai ganti lagu anak kecil main api....apa beza Malaysia dgn tanah besar china sekarang ni?

    ReplyDelete
  2. masih sesuai untuk puak lolombu

    ReplyDelete
  3. kalau lagu gali lobang tutup lobang pun sesuai jugak untuk lagu baru umno.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. pilihan untuk umno di sini
    https://www.youtube.com/watch?v=4IicuTexDiE

    ReplyDelete
  6. Dah lama sepatutnya UMNO tukar dengan lagu penyamun yang menuju ke gua.

    Rasanya ada jugak yang keluar air mata bila seni kata 'Bumi di pijak milik orang'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg jual kalau bukan Najib sendiri

      Delete
  7. Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di pentas dunia

    Ya, nombor tiga rasuah ...

    ReplyDelete
  8. lebih mulia mati kerana najib dari mati kemalangan jalan raya....sila beri pendapat anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar kali ni jet yg membawa najib jatuh ke lautan India

      Delete
    2. Marsh sngat tu.

      Delete
  9. Lagu yang patut menggantikan lagu warisan adalah lagu "enjit2 semut". Lagu tu amat sesuai sekali untuk ahli2 UMNO kerana liriknya amat senang dan amat mudah untuk diingati. Lagipun ianya tak ada seruan yang sukar untuk dihayati mahupun dilaksanakan oleh ahli2 UMNO terutama pemimpin2 mereka. UMNO adalah parti nyanyok yang sudah tak relevan lagi kepada rakyat terutamanya bagi orang melayu sebagaimana "lagu warisan" itu tidak lagi relevan kepada UMNO.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Ali Baba dgn 40 Penyamun lagi bagus. tapi tuakrlah wajah mereka dulu dan skrip sebenar zaman semasa. Mainkan. Anak umur dua tahun pun dah boleh nyanikan dan nanti bila mereka dewasa akan ingat lagu warisan ini dan mereka dan penyamun harta negara yang menyebabkan kena tanggung hutang sampai tak tahu bila?Kalau Marcos ketika berhutang RM27billon zaman 70'an rakyat Filipina terpaksa tanggung sehingga tahun 2027, tak tahu pula rakyat Malaysia sampai tahun berapa?

      Delete
  10. Syk strategik kerajaan niaga berhutang
    Pelan rasionalisasi tutup kecurian duit hutang jadi kebanggaan
    Bumi dipijak jadi milik orang
    Last2 tergadai warisan harta benda kepada tsunami negara Cina

    ReplyDelete
  11. Pada endapat saya cadangan utk hapuskanlagu warisan tu memang sesuai sekali dan ia perlu di ikuti dgn menghapuska Umno itu sendiri termadok pemimpinnya ug ada sekarang yg telah menggadaikan tanah sejarah Tudm Sg Besi itu yg lebih baik kerana memalukan Bangsa Melayu tetapi Orang Bugis Dan Jawa akan bangga diri katanya Melayu telah ditipu he he he he

    ReplyDelete
  12. Pada endapat saya cadangan utk hapuskanlagu warisan tu memang sesuai sekali dan ia perlu di ikuti dgn menghapuska Umno itu sendiri termadok pemimpinnya ug ada sekarang yg telah menggadaikan tanah sejarah Tudm Sg Besi itu yg lebih baik kerana memalukan Bangsa Melayu tetapi Orang Bugis Dan Jawa akan bangga diri katanya Melayu telah ditipu he he he he

    ReplyDelete
  13. rasenya lagu i fak u , u fak mi lagi ummmmphhh utk UMNO

    ReplyDelete
  14. Lagu2 sesuai utk united mengampu najib or
    1. Duit duit dimana kau duit
    2. Kalau aku kaya

    ReplyDelete
  15. Lagu kangkung remix paling sesuai.

    Kangkung dulu naik skang dah turun 5 x
    Bila naik kerajaan dipersalahkan
    Ini tidak adil 2 x

    ReplyDelete
  16. Lagu ini okay kot:-

    Kicik kicik lembu jaga
    Sudah besar masuk UMNO
    Mesti cepat jadi ketua
    Baru boleh jadi kaya

    Kicik kicik punya cerita
    Kalau dulu hanya paper
    Sekarang zaman sosial media
    Tengok nasib siapa kena
    Dengar sini kita cerita

    Pose, snap, click, send,
    Like, comment, jangan condemn
    Photo bomb dalam selfie
    Puji, maki ,Visit IG

    Ratus ribu puluh juta
    Baru sama Nora Lisa
    Makcik UMNO pun gatal berfacebook
    IG pun ada!
    Walaupun muka penuh bedak sejuk

    Kicik kicik punya cerita
    dalam poket ratus juta
    Mahu ajak tonton movie
    Kurang lebih Lamborghini

    Insta famous demand tinggi
    Feeling macam selebriti
    Rileks goyang kaki
    Upload saja duit mari

    Kecik kecik main Friendster
    Besar sikit Facebook pula
    Ahmad Maslan Selfie.. wajib!
    Jangan lupa follow.. ok!
    unfollow.. ok!
    #Hashtag banyak kata poyo
    Throwback! Followback!
    Dah berpunya kata solo

    Kicik kicik punya cerita

    Dekat timeline nak sweet sweet
    Ini semua retis tweet tweet
    Yang follow cari penyakit
    Dah viral troll berbukit
    Bila tonton mata sakit
    Semua trending putar belit
    Yang like otak sempit
    Ops! Dah tercuit

    Kacang bukannya lupa kulit
    Kulitnya dah banyak penyakit
    Hijab tutup, hijab bukak
    Kona sini, kona sana
    Yang fanatik kroni dia,
    Mmm.. biasalah orang UMNO

    ReplyDelete
  17. HOI HOI YA HOI (LAGU PENYAMUN) - P. RAMLEE


    Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
    Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
    Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
    Hoi ya hoi ya hoi ya hoi

    hoi hoi ya hoi
    Kita semua gembira hoi hoi ya
    pulang dapat harta
    Uang berbilion cincin permata

    Mari kita lekas ke gua
    bawa harta semua
    janganlah tunggu lama2
    simpan lah segera

    hoi hoi ya hoi
    Kita semua gembira hoi hoi ya
    pulang dapat harta
    Uang berbilion cincin permata
    Uang berbilion cincin permata
    Uang berbilion cincin permata

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...