Sunday 17 January 2016

KU NAN PATUT DITANGKAP DAN DISIASAT

Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor tiba-tiba menyenaraikan beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara yang didakwanya akan menjadi sasaran serangan pengganas.

Kawasan-kawasan  yang disebutnya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas, pusat membeli belah Publika, Solaris serta juga Curve.

Bagaimanapun pihak polis kemudian meminta orangramai bertenang dan jangan mempercayai kenyataan yang menyenaraikan kawasan-kawasan tertentu sebagai tumpuan serangan pengganas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menulis di twitternya dengan meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara yang boleh merunsingkan rakyat.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad pula berkata, pihak polis tidak pernah menyenaraikan secara khusus tempat-tempat tertentu yang kononnya menjadi sasaran pengganas.

Tambahnya, PDRM juga memandang berat kenyataan-kenyataan seperti itu kerana ia boleh menimbulkan kerunsingan serta ketakutan kepada masyarakat umum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa turut menafikan dakwaan bahawa kawasan-kawasan tertentu di ibu negara menjadi sasaran serangan pengganas.

Tiada laporan daripada cawangan khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, tegasnya.

Dari segi keselamatan negara,  tentulah kita lebih mempercayai kenyataan pihak polis berbanding "gebang" seorang menteri, apatah lagi Tengku Adnan bukanlah menteri yang bertanggungjawab kepada soal keselamatan negara. 
Tetapi, apabila Tengku Adnan dengan penuh yakin menyebut tempat-tempat tersebut sebagai sasaran pengganas sambil mengatakan ia berdasarkan risikan yang diterimanya, ia sekurang-kurangnya hendaklah disiasat.

Yang menimbulkan kemusykilan ialah bagaimana Tengku Adnan sebagai seorang menteri dan Setiausaha Agung UMNO boleh memperolehi dan seterusnya tanpa ragu-ragu mendedahkan maklumat seperti itu?

Adakah beliau sebenarnya mempunyai maklumat-maklumat tertentu yang tidak diketahui oleh pihak polis?

Jika orang awam atau pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang membuat dakwaan sebegitu rupa, sudah tentu mereka akan disiasat atau diminta memberi keterangan lanjut kepada pihak polis, sedangkan seharusnya siapa pun yang membuat dakwaan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat, ia memang patut disiasat atau ditangkap bagi mengesahkan kesahihannya.

Apatah lagi, dalam dakwaan yang dibuat oleh Tengku Adnan itu, ia bukan saja merunsingkan penduduk tempatan, malah juga kepada pelancong serta penduduk warga asing yang banyak menetap di sekitar Bangsar, Hartamas, Publika dan Solaris.

Secara langsung, dakwaan Tengku Adnan boleh menjejaskan imej negara di kalangan penduduk warga asing serta merencatkan sektor pelancongan negara.

Oleh itu, menangkap dan menyiasat Tengku Adnan untuk memperolehi maklumat lanjut bagi mengesahkan kebenaran dakwaannya, bukan lagi suatu pilihan, tetapi merupakan suatu kemestian yang tidak harus dilengah-lengahkan.

Lagi pun, sebagai pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan, malah "berketurunan tengku-tengku"  pula, mungkin juga dakwaan Tengku Adnan itu ada "daulatnya"  yang pihak polis tidak tahu.

Manalah tahu kannn....(SH 17/01/2016).

34 comments:

  1. Menteri serba tahu...kalau Tanya dia tarikh kematian kita pun dia tahu...yang x tahu cuma tarikh kematian dia je...sebab nak hidup 1000 tahun lagi...asal barang jadi duit!!!

    ReplyDelete
  2. Saja cari isu..dah lama tidak keluar berita tentang dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak keluar untuk sama-sama menunjukkan kebangangan nya

      Rakyat di suruh terus melapurkan pada polis. Jangan pandai-pandai dedahkan melalui internet.

      Delete
    2. Undang undang apa ni? Undang undang kepala But.h!!!

      Delete
    3. Dia tak bodoh cuma dia ni dah terlajak pandai..

      Delete
  3. Menteri Wilayah harus tahu semua perkara sebelum, semasa dan yang akan datang yang melibatkan wilayah yang ditadbir. Dalam konteks ini, sudah tentu maklumat diperoleh dari sumber yang sah. Cumanya apakah ianya perlu di umumkan sebelum atau sesudah nasi jadi bubur yang harus difikir beribu kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg harus dipercayai Polis atau Tengku Nan? Kdn?

      Delete
    2. Polis lah tapi kalau anon berani buat lah lapuran ke atas Adenan dan kita tenguk siapa yang kena tahan untuk di siasat .. hihi

      Delete
    3. Selepas tragedi 9/11, persepsi dunia ialah bahawa pihak tertentu memiliki maklumat tentang tragedi yang akan berlaku.

      Susulan itu satu dunia mencemuh kenapa sudah tahu tapi buat buat tidak tahu sedangkan impaknya boleh dikurangkan kalau betul dengan gayanya.

      Justeru terdapat desakan untuk maklumat seperti itu didedahkan dan ada juga yang tidak berapa bersetuju yakni ada dua pendapat popular yang berbeza di sini.

      Pendapat mana betul dan yang mana salah tidak siapa boleh tentukan yakni kalau ancaman tragedi 9/11 di hebohkan awal pun mungkin di kecam juga.

      Apa yang jelas ialah kata putus sama ada dedah atau tidak adalah keputusan politik kerana kalau tidak dibuat dan berlaku sesuatu, merekalah yang akan di'goreng'.

      Delete
  4. Dia ni sebenarnya talibarut is.teuku nan ni org aceh.patut d pancung..

    ReplyDelete
  5. Jika berlaku letupan di tempat lain, ini bermakna Adenan telah memberi maklumat palsu atau mungkin juga terlibat dengan penganas kerana sengaja mengalihkan perhatian polis ke kawasan lain.

    Bagaimanapun kerana rakyat sudah tidak mempercayai kabinet Najib dan ramai pula yang bebal, isu ini tidak mendapat sebarang reaksi sehingga rakyat panik.

    p/s Pelik jugak, apabila salah seorang penganas yang baru di tangkap boleh terus mengaku terlibat ?

    ReplyDelete
  6. Masa Tun Razak ada ke Menteri-Menteri macam ini ??

    Kerajaan boleh haramkan pakai baju kuning. Tentu Kerajaan boleh haramkan membawa beg sandang di Kuala Lumpur. Membawa beg lebih bahaya dari memakai baju kuning....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Tun RaZak dulu ada Tun Mahathir ada Tan Sri Ghazali Shafie atau lebih dikenali sebagai King Ghaz.

      Zaman najib ada toyol,lembu, adnan mansor ular sawa, ahmat maslan talam dua muka, hamzah zainuddin, malik ayam dan ramai lagi kerbau kerbau dalam kabinet 1 MDB tu. Semuanya bodoh bodoh belaka

      Delete
  7. bagaimana kalau apa yang dicakapkan Tq Adnan adalah betul?, cuma pihak polis tidak mahu suasana panik di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pun, Adnan tak boleh buat kenyataan terus terang. Cakap lah berhati-hati apabila berada di tempat yang menjadi sasaran penganas. Bukan Adnan sahaja yang boleh buat ramalan sebab kerja penganas ini bukan setahun dua.

      Delete
  8. Yang tungku tungkuan je buat keje macam nih...apa lagi Polis panggi je tungku tungkuan tu..apa hal dia ambik keje Polis...hampehh..susah kalo ade orang buat buat pandai nih..buat resah orang dan buat malu KDN je...

    ReplyDelete
  9. Yang tungku tungkuan je buat keje macam nih...apa lagi Polis panggi je tungku tungkuan tu..apa hal dia ambik keje Polis...hampehh..susah kalo ade orang buat buat pandai nih..buat resah orang dan buat malu KDN je...

    ReplyDelete
  10. Teuku...teuku..
    Kerabat mana la ko ni.jangan jadi sarkis la oii.mengaku darah raja konon.buat malu la wei

    ReplyDelete
  11. Ini lagi satu menteri bangang cakap itu ikut mulut je apa dia ingat dia tengku boleh cakap suka2 klu org lain cakap katanya menyebar fitnah klu hebat vertandinglah kat bukit bintang ke pandan ke alamat tertonggiglah dgn bn tu cakap tak serupa bikin haprak sungguh

    ReplyDelete
  12. Ini lagi satu menteri bangang cakap itu ikut mulut je apa dia ingat dia tengku boleh cakap suka2 klu org lain cakap katanya menyebar fitnah klu hebat vertandinglah kat bukit bintang ke pandan ke alamat tertonggiglah dgn bn tu cakap tak serupa bikin haprak sungguh

    ReplyDelete
  13. Best gak jadi menteri. Bangang mcm mana skali pun tak kene tangkap... Gaji masyuk.... Teringin gak dpt pegang jawatan menteri. Tak yah buat kerja... Buat statement baghal pun gaji jalan...

    ReplyDelete
  14. Best gak jadi menteri. Bangang mcm mana skali pun tak kene tangkap... Gaji masyuk.... Teringin gak dpt pegang jawatan menteri. Tak yah buat kerja... Buat statement baghal pun gaji jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Hasnal,bila nak tambah bini boleh la cari artis.

      Delete
  15. Ku nan tahu...sebab, tempat-tempat tersebut adalah ..tempat-tempat high class untuk aktiviti riadah para2 pak menteri,kaki jilat menteri..tauke2, bos2.. lepak..cuci mata melihat..pelacuran/simpanan, bar-bar parti buih.

    Ku nan tahu..geng2 Isis akan menyerang tempat sedemikian.

    ReplyDelete
  16. berani ka polis tangkap tungku acheh ni???? gebang ja polis kita ni..polis pun kecut teloq nak tangkap.. mengkala orng melayu biasa, laju mengalahkan kilat pegi tangkap..

    ReplyDelete
  17. Kalau pemimpin pembangkang yg keluar kenyataan tu, Khalid Twitter sudah suruh polis siasat dibawah Akta hasutan, Nan mansor buat kenyataan, Khalid tak berani siasat.

    Jadi mesti ada orang buat laporan polis terhadap kenyataan Nan Mansor yg merupakan dan berbau hasutan dan mengelisahkan orang ramai. Biar polis siasat. Nak tunggu Khalid beri arahan polis siasat, yg selalu dia buat terhadap pemimpin penbangkang atau aktivis NGO, kena tunggu kucing bertandok.

    ReplyDelete
  18. Tak mungkin KBAB akan siasat Teuku Adnan kerana dia dibayar gaji untuk melinsungi Najib dan menteri kabinetnya

    ReplyDelete
  19. Kesalahan Tengku Adnan ialah 'mendedahkan rahsia risikan negara'.

    Pegawai Risikan juga perlu di siasat mengapa memberi maklumat kepada bukan kepada orang yang mempunyai kuasa dan tanggung-jawab dalam hal-hal keselamatan negara.

    Jika tidak di tangani sekarang ada kemungkinan maklumat boleh di jual kepada pihak yang tidak bertanggung-jawab apa lagi Kerajaan Najib sekarang memerlukan wang untuk bayar hutang.

    ReplyDelete
  20. Yang patut jadi sasaran utama ialah Adnan, yang selalu cakap celupar dan sombong, yang menyusahkan peniaga2 melayu di wilayah, yang mengarahkan rumah2 kampung pesisir Badndaraya dirobohkan.

    ReplyDelete
  21. Antara politikawan yang berkuasa dan arm chair critics yang merasakan dirinya mesti didengari, rata rata akan mendengar apa yang politikawan berkuasa katakan berbanding apa yang armchair critic usulkan terutama dalam isu sebegini.

    ReplyDelete
  22. berhati2 lebih baik, dulu kes penyeludupan manusia kat sempadan malaysia-thai pon kdn dan polis nafi kan jugak

    ReplyDelete
  23. tengku nan adalah SU ameno. rakyat tanya mane duit billion derma umno tu.. apsal takdak dlm akaun..dia buat muka seperti tiada apa yg berlaku ala ajibgore..so dia gempaq ada teoris ini amat baik utk mempromosikan NSC dan "kepentingannnya" ..almaklumlah...too many things to hide... klu ada nsc nanti senang tutup mulut rakyat dan pengkritik..entah2 nanti kawasan pengiraan undi ge14 jadi kawasan keselamatan yg hanya boleh dimasuki tentera ajibgore saja..sebab banyak teroris dah dlm negara

    ReplyDelete
  24. ....semoga IS mari bom 2ekor bapa anjing...cepat mampuih lgi baik untuk Malaya....

    ReplyDelete
  25. jom bt lporan polis trhdp bbi nan nie brmai2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...