Thursday, 14 January 2016

MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"


Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Dalam hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.

Sebaliknya, kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang kelemahannya.

Itulah Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.

Sama ada kita mengenalinya atau tidak,  pernah hidup di zamannya atau sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai untuk rakyat dan negara.

Selain itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah, menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.

Di ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh Najib,  anak sulung Tun Razak sendiri.

Najib yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
Sebagai anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan"  akan menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.

Itulah yang seting dilakukan oleh Najib selama ini. Di sebalik kedudukannya  semakin jauh daripada hati rakyat berikutan pelbagai isu, kelemahan dan kesilapan sepanjang mentadbir negara sejak 2009 lalu, sering pula nama Tun Razak digunakan untuk melonjakkan imej dirinya.

Lantaran itu, mengadakan seminar khas untuk memperingati jasa dan sumbangan Tun Razak, di sebalik nama anaknya makin membusuk, lebih menjadikan Najib subjek perbandingan dengan bapanya.

Tun Razak akan terus diingati dan dikenang, tetapi menjadikan Najib kian jauh dari keperluan untuk terus memimpin negara. Tidak ada perbandingan itu yang memberi kelebihan kepada Najib.

Dalam semua segi, bukan saja tidak mungkin ada yang mengatakan Najib lebih baik atau menyamai bapanya, bahkan untuk menyatakan 50 peratus atau 30 peratus warisan pemikiran dan karektor kepimpinan Tun Razak ada padanya pun barangkali ramai yang ragu-ragu untuk menganggukkan kepala.

Najib dilihat terlalu jauh berbeza dengan Tun Razak. Tidak saja pemikiran, idea, gaya kepimpinan, gaya hidup, bahkan hampir segala-galanya berbeza.

Yang paling membezakan anak dengan bapa itu ialah kehidupan mewah, boros berbelanja, mengamalkan pemikiran "cash is king" dan sehingga membenarkan di akaun peribadinya berlabuh wang sebanyak RM2,600 juta.

Kemudian, demi untuk melindungi dan mengekalkan kuasanya, sanggup pula memperkenalkan beberapa akta, selain memecat Peguam Negara dan melakukan beberapa kacau ganggu yang lain dalam pasukan yang terlibat dalam penguatkuasaan.

Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan, bukan saja oleh Tun Razak, malah sesiapa juga Perdana Menteri sebelum Najib. Selemah-lemah dan segagal-gagal Tun Abdullah Badawi pun tidak sampai ke tahap itu kelakuannya.

Oleh kerana kontranya yang terlalu ketara, semakin Tun Razak dikenang dan diingati jasa serta sumbangannya, dalam masa yang sama ia secara tidak langsung menjadikan kepimpinan Najib kian tidak bernilai dan "kosong markahnya".

Tidak kedapatan sama sekali ciri-ciri Tun Razak pada Najib. Perbezaan dan jurang yang dalam itu sehingga membuatkan Nazir Razak beberapa kali tidak bersetuju dan menyanggah gaya kepimpinan abangnya.

Maka itu, apabila Najib turut mengatakan dalam seminar khas tersebut bahawa beliau sentiasa bekerja untuk mengikut jejak bapanya, orang-orang yang lebih mengenali Tun Razak pasti akan tersenyum-senyum saja dibuatnya. (SH 14/01/2016).

33 comments:

  1. Beza seperti langit dengan bumi. Kata Mohamed Hanif Omar, pembantu khas Abd Razak Hussein, Tun berkira-kira menggunakan dana awam untuk perbelanjaan diri apatah lagi untuk anak isteri. Raha Noah terpaksa keluar uwang sendiri untuk menyertai bekas PM itu ketika lawatan rasmi. Begitu sekali berjimat dan berlaku adilnya Abd Razak terhadap uwang rakyat.

    Mohd Najib Abd Razak sudah salah makan agaknya. Masakan dia tidak langsung berasa hati terhadap cemuh cela rakyat terhadapnya dan berusaha berubah. Makanan apakah yang menghitamkan (membutakan) hati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Tun Razak membangunkan negara
      Najib pula memporak porandakan negara
      Kenapalah Tun Razak yg mati dulu. Alangkah baiknya kalau najib yg mampus dulu.
      Kecik kecik tak mau mampus dan besar cukup menyusahkan seluruh rakyat Malaysia

      Delete
    3. Di hati si bapa terpahat gagasan jimat-cermat manakala si anak terpahat "Cash is King" di dahi. Dalam masa yang sama si anak hendak jejak legasi si bapa? Mmmm..

      Beza langit dengan bumi pun belum cukup untuk menggambarkan "kemustahilan" projek jejakan bapa itu.

      Gambaran yang hendak saya beri ialah nukilan bahawa si anak memang berada di jalan yang sedang menjejaki legasi bapanya. Tetapi malangnya si anak yang sepatutnya menuju ke arah gagasan bapanya itu sebenarnya mengostan.

      Yang anehnya beliau sendiri tidak sedar yang beliau sedang gostan. Pak Haniff, Lah, Pidah, Mahathir dll semua berteriak, "Oi, hang gostan la!"

      Tetapi pembodek-pembodeknya lebih kuat menenggelami teriakan mereka, "Jalan hang tu siratul mustakim la... teruskan, teruskan!"

      Delete
  2. Sungguh jauh perbezaannya. Tak mungkin rakyat tak nampak.

    ReplyDelete
  3. Bagaikan Najis Perasan Diri Sebagai Bunga Harum. Begitulah Najib menyamakan dirinya dengan Tun Razak. Tun Rahah nak ikut Tun Razak pun diminta beli tiket duit sendiri, tapi Najib ni beli jet untuk angkut bini dan kroni bersama. Sama kepala hotak hang Najib oii. Sudah sudahlah dok perasan. Awak tu elok berambus cepat sebagai PM kalau mahu roh arwah tu aman tenteram.

    ReplyDelete
  4. Betul sangat sangat. Tajuk ini meyatakan segala-galanya. Baca akhbar utusan meloya pagi ini itulah perasaan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dol Keropok Wak Tempe14 January 2016 at 21:57

      Aku dulu TIAP TIAP hari beli UTUSAN.
      SEKARANG NO MORE......

      Delete
    2. Setuju, wak tempe

      Delete
  5. tun razak bertuah kerana berjodoh dengan tun rahah yg tipikal malay. dsn "bertuah" kerana menjodohkan diri dengan malay tipikal mat saleh

    ReplyDelete
  6. kenapa Tun razak Dan Tun rahah mempunyai anak seperti najib???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munkin tertukar bayi masa lahir di hospital dulu ni.

      Delete
    2. di kabarkan tertukar dgn anak mamak mana tah..

      Delete
  7. Hallo bro ,

    Yang berhati busuk memang macam tu,pandang orang lain tak berguna,diri sendiri ni berguna sangat ke?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak berguna tentu bapa tiri kau si najib tu tak akan masuk seluruh ceruk kampong merayu rayu minta tolong minta undi kami.
      Lainlah anak haram macam kau

      Delete
  8. Yeah hello back..

    Biar x berguna...asalkan jgn makan duit haram...

    ReplyDelete
  9. Dengan mengenang jasa Tun Razak, harap-harap selepas ini mata wang kita meningkat dan ekonomi pun melonjak.

    ReplyDelete
  10. Minta maaf tun razak,aku benci anak hang..

    ReplyDelete
  11. Mari kita buat seminar Perbandingan Pemerintahan Najib & Tum Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Title seminar. "Siapa demokrasi dan siapa diktator".

      Delete
    2. Title seminar. "Siapa demokrasi dan siapa diktator".

      Delete
  12. Bapa Pembangunan vs Bapa Penyamun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat bapa penyamun tapi dah jadi bapak ayam

      Delete
    2. BAPA PEMBANGUNAN & BAPA PEMBANGANGAN.

      Delete
  13. saya nak tumpang glamor jugak... buley

    ReplyDelete
  14. Dalam sejarah Malaysia, belum pernah seorang PM mempunyai sebegitu ramai Penasihat Khas bertaraf Menteri.

    Dalam keadaan ekonomi negara yg tak menentu ini perkhidmatan mereka sewajarnya ditamatkan sertamerta, tidak diperlujan. Ini satu langkah proaktif dan bijaksana PM untuk menjimatkan perbelanjaan yg dianggap satu pembaziran besar.

    ReplyDelete
  15. Allahyarham adalah pemimpin yg hebat bapa pembangunan kata peceramah beliau mempunyai sikap jimat cermat minta isteri beli tiket kapala terbang sendiri batalkan hasramt nak beli hadiah utk isteri hebat sungguh tapi anak nya ada duit rm2.6b 1mdb guna jet mewah main golf dgn obama nanti jawablah depan tuhan duit dapat dari mana dan belanjakan utk apa .......amin

    ReplyDelete
  16. Kata Tun Razak anaknya hanya pandai mengejar skirt je!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...