Sunday 10 January 2016

APABILA MUHYIDDIN TURUN PADANG...

Semalam Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat pasar malam popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membeli beberapa juadah sambil beramah mesra dengan peniaga serta orangramai di situ.

Untuk tahun 2016 ini, Muhyiddin belum lagi bercakap soal politik dan kedudukannya kerana didakwa melakukan kesalahan berikutan ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga tidak diketahui lagi sama ada akan diambil tindakan disiplin oleh MT UMNO atau sebaliknya.

Jelas dapat dilihat, meskipun dipecat daripada jawatan kerajaan, popularitinya di hati rakyat sentiasa meningkat. Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.
Malah gambar-gambar itu yang disiarkan di laman Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri itu sehingga ini sudah mendapat lebih 28,500 "likes" dan komen-komen yang menyokongnya.

Mungkin ada baiknya, selain bercakap soal politik dan negara di waktu-waktu yang sesuai, Muhyiddin perlu lebih kerap turun padang ke tempat-tempat tumpuan ramai untuk beramah mesra dengan rakyat bagi memahami dengan lebih dekat lagi perasaan mereka.

Sambil itu, jika ada kesempatan luangkan masa juga untuk minum-minum dengan mereka dan jika ada pertanyaan mengenai Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya, ambillah peluang untuk menjelaskan mengenai kedudukan sebenarnya secara santai.

Tengoklah...jika lebih selalu bersama rakyat begitu, tentu selepas ini ada yang akan turun padang juga sama seperti yang dilakukan Muhyiddin itu. (SH 10/01/2016).

18 comments:

  1. TSMY bukannya turun padang. Dia memang sudah berada diatas padang semenjak tidak memegang lagi jawatan dalam kabinet. Teruskan perjuangan tan sri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSMY pergilah melawat universiti2 di Malaysia ni. Najib,Zahid dgn Mat Maslan sibuk berniaga. Mereka tak ada masa nak ambil tahu masalah anak bangsa.Pergilah tengok nasib student2 tu.Jangan biarkan sehingga ada yg mati kebuluran.

      Delete
    2. Setuju. Beliau sering menghabiskan masa melawati universiti2 tempatan. Antara pemimpin yg sering keluar padang ialah Mustapha Mohd dan arwah JJ, yang lain batang hidung pun tak nampak

      Delete
  2. Ada yang saja-saja ambil gambar nak uploadkan dalam FB. Tapi kalau dah meluat sangat, jangan nak ambil gambar, di pandang pun tidak.

    Siapa yang tuan maksudkan yang akan turun? Orang yang cuma dapat 2000 likes dengan 400 kritikan..

    Hj Hadi tolong lah nasihat kan kawan baik awak, jangan lah nak turun padang kalau tidak ada program ..

    ReplyDelete
  3. Najib lah yang patut turun padang dan berjumpa rakyat menerangkan pasal 1MDB dan duit derma. Bukan Muhyiddin. Sebab selepas ini SB akan di arah mengekori Muhyiddin. Silap haribulan, kena tuduhan cuba menghasut.

    Tindakan Muhyiddin juga menunjukkan ahli UMNO semua nya tak berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada siapa dah yg ambil peduli kalau najib. Kemungkinan besar kena baling dgn telur,tomato atau tembikai memang ada.

      Delete
  4. Assalam..Bro
    Tolong muat turun titah ucapan Sultan Perak ttg definisi derma boleh?

    ReplyDelete
  5. Tenggelam timbul tenggelam timbul.. x power sangat nak kacau Najib.

    ReplyDelete
  6. Dah kena tendang baru nak turun padang,...nampak sangat berlakunnya.Sekolah diSerawak compang camping pun sebelum ni dia tak jumpa,tapi jadi menteri berkaitan.

    ReplyDelete
  7. ...lupa...tmbah cikit...PELIAK Muhyyidin aaihh...ciiit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hish... jin ni tak abis2 nak skodeng peliak orang.

      Delete
  8. pejuang kena buang
    lawang sampai awang

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat terutama di kawasan kawasan kawasan kota Dan pinggir kota termasuk di pedalaman

    ReplyDelete
  10. sebenarnya konsep pergi cari rakyat dan bukannya buat event lapik dgn hiburan keluar berjuta2 tapi pengisiankosong dan syok sendiri gunakan jentera paksa orgramai berkumpul.sepatutnya ini amalan wajip bg pemimpin yg dahulukan rakyat.sepatutnya hal2 begini xperlu membayar penasihat utk aturkan.mantan TPM pun ada unsur lupa diri tetapi sekurangnya better late than never.ada hikmah.

    ReplyDelete
  11. Jangan terperanjat, TSMY next PM, tak pecaya tunggu PRU 14,

    ReplyDelete
  12. Jangan terperanjat, Hj Hadi next PM< tak percaya tunggu lah PRU 14. Hidup PAS. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Amiiinnn....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...