Saturday 10 June 2017

MENGEKALKAN BN YANG PADU LEBIH BAHAYA DARIPADA MEMILIH PH YANG TIDAK BERSATU


Kata mereka yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh dipilih sebagai kerajaan kerana tiada parti yang dominan dan tidak tahu siapa ketua dalam gabungan itu.

Juga kata yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh jadi kerajaan yang baik kerana mereka selalu berbalah dan sukar mencapai kata sepakat, waima dalam perkara yang mudah.

Lagi kata yang ragu, Pakatan Harapan adalah gabungan yang tidak kukuh dan tidak mungkin mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.

Lagi-lagi kata yang ragu, lebih baiklah kita kekalkan UMNO dan BN daripada memilih Pakatan Harapan yang selalu celaru serta tidak keruan hala tuju.

Benarkah begitu?

Pemilihan kerajaan adalah berkaitan kehidupan masa depan. Baik kerajaan yang dipilih, maka terang dan terbukalah laluan untuk membina kehidupan.

Jika masih ada yang sukar dan ragu dalam membuat pilihan dalam pilihanraya akan datang, pertimbangkan dulu fakta-fakta ini:-

- siapa yang hilangkan duit rakyat dalam kes 1MDB dan rakyat menanggung bebannya?

- siapa yang mencekik poket rakyat dengan cukai GST sambil menabur janji "harga barang akan turun kerana GST"?

- siapa yang mengurangkan bajet pendidikan dan kesihatan?

- siapa yang menyebabkan ekonomi merudum dan angka-angka yang selalu ditunjukkan hanya bagai jenaka, sedangkan rakyat tidak merasa apa-apa?

- siapa yang menghapuskan subsidi atas nama rasionalisasi?

- siapa yang menyerah banyak kontrak, menjual tanah, pelabuhan dan segala macam yang lain kepada China?

- siapa yang menyebabkan kehidupan dan poket rakyat terus terjejas, tetapi yang diberi bukan penyelesaian, sebaliknya cuma dekoder untuk melekakan?

- siapa yang menyebabkan hutang negara mencecah hampir 1 trilion sehingga setiap bayi yang lahir, bukan cahaya kehidupan, tetapi hutang yang lebih dulu menunggu?

Adakah Pakatan Harapan yang celaru dan tidak bersatu melakukan semua perkara di atas itu?

Apa guna memilih BN yang lebih bersatu dan padu, tetapi mereka juga "bersatu dan padu" dalam merompak kekayaan negara dan meninggalkan sengsara buat rakyat jelata?

Bayangkan pula akan berlaku seterusnya jika BN yang "bersatu dan padu"  itu dikekalkan lagi kuasanya?

Pakatan Harapan, ambil saja contoh di Selangor dan Pulau Pinang, sebelum menang pada piliharaya 2008 dulu, memang mereka tidak menamakan siapa jadi bakal jadi ketua dan bagaimana bentuk kerajaan yang akan dibina.

Tetapi, lihat bagaimana hasilnya hari ini?

Adakah rakyat Selangor dan Pulau Pinang lebih derita?

Bandingkan pula dengan Kedah, Negeri Sembilan atau Melaka misalnya, adakah ketiga-tiga negeri itu terlalu berbeza dengan Selangor dengan Pulau Pinang?

Berapa rezab yang ada di negeri-negeri berkenaan dan berapa bonus yang mampu mereka bayar untuk kakitangan awamnya?

Hakikatnya, memang Pakatan Harapan ada masalah tertentu dan tidak sebaik BN dari segi bersatunya mereka, tetapi apabila kuasa diperolehi, mereka tahu bagaimana menguruskannya dan keutamaan terhadap rakyat tetap agenda nombor satu.

Lebih-lebih lagi Pakatan Harapan juga mempunyai ramai barisan pemimpin yang berpengalaman yang jauh lebih dipercayai berbanding Najib Razak dan Zahid Hamidi dalam menguruskan negara ini.

BN memang dilihat bersatu, tetapi mereka juga bahaya kepada masa depan rakyat. Pakatan Harapan mungkin kurang berpadu dan ada masalah tertentu, namun tidak bersatu dan kurang berpadunya mereka itu menyebabkan mereka tiada masa untuk merompak harta dan kekayaan negara. (ShahbudinHusin 10/06/2017).

137 comments:

  1. Kalau betul anwar penyebab PH tak bersatu untuk menang, sahlah bukan pembangkan yang mahu kalah tetapi individu yang berharap sangat hendak jadi PM.....

    Oleh yang demikian, rakyat malaysia bersedialah untuk dizalimi oleh kerajaan kleptokratik.

    YANG MANA ANDA PILIH, perjuangan untuk individu bernama anwar atau untuk rakyat dan negars malaysia berdaulat?????

    Jangan tuding telunjuk pada orang lain.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pilih mak nenek ko yg dok mengangkang kat bajib setiap hari dalam kebun sawit Felda


      Apamacam ok ?

      Delete
    2. Untuk rakyat dam mesia daulat?....berdaulat ape serba serbi mahal...blm abis bulan poket dah hampir kosong...
      Minyak sawit dlm negera tapi harga melambong....tak payah daulat2 ler kalo hidup ducekik umno mata duitan..kdnk tinggi tapi rakyar susah...

      Delete
    3. Ko pilih je lah si Mak Lampir tu.....

      Delete
    4. Sdra Malaysiabaru 9:59..

      Ohhh...jadi itulah sebabnya harga sawit terus menjunam & saham Felda/SGV bernilai keciput, yer?

      Tak patut..tak patut...!!

      Delete
  2. Replies
    1. Saya ingin mencadangkan senarai kepimpinan Pakatan Harapan seperti berikut:

      LEMBAGA PENASIHAT

      Terdiri dari:

      PKR : Anwar
      DAP : Lim Kit Siang
      AMANAH : Mat Sabu
      BERSATU : Tun M

      Setiausaha : Rafizi (merangkap Pengerusi Mesyuarat)


      BARISAN KEPIMPINAN

      Presiden : Mahyuddin
      Timbalan : Azmin

      Naib Presiden

      PKR : Nurul Izzah
      DAP : Lim Guan Eng
      AMANAH : Ust Ahmad Awang
      BERSATU : Mukhriz


      Proses yang berlaku ialah:

      Presiden membawa sebarang usul kepada Lembaga Penasihat(LP).

      LP kemudiannya membuat keputusan dan setiausaha LP akan sampaikan kepada Presiden.

      Barisan Kepimpinan akan melaksanakan.

      LP tidak mempunyai ketua supaya setiap ahli bebas memberi pendapat. Setiausaha bertindak sebagai pengerusi setiap mensyuarat.


      Kelebihan sistem yang dicadangkan:

      1. Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa mutlak. Setiap keputusan adalah secara konsensus.

      2. Salahguna kuasa dan rasuah dapat dibendung.

      3. LP berkuasa memecat ahli Barisan Kepimpinan.

      4. Terdapat sistem semak dan imbang.

      5. Tidak akan berlaku ketidak puasan antara parti komponen.

      6. Presiden dan Timbalan hanya untuk dua penggal sahaja. Sistem penggiliran dilaksanakan. Pemilihan pengganti akan diperhalusi oleh LP.

      7. Dasar jangka panjang negara dapat diteruskan walau bertukar kepimpinan kerana adanya LP.

      8. Pemilihan ahli untuk LP dan Naib Presiden ditentukan oleh parti yang berkenaan.

      9. Apabila PH semakin kukuh maka setiap parti komponen boleh dibubarkan dan yang ada hanya Pakatan Harapan yang mungkin ditukar kepada nama nama lain yang sesuai.


      Saya berharap ini akan dapat memberi keadaan menang menang pada setiap parti serta keyakinan pada pengundi untuk memilih Pakatan Harapan.


      -fauziasmara-

      Delete
    2. Si Nuar tu...Nauzubilah lah....

      Delete
    3. Hakim 3ekor tu rentung dalam neraka.. Dulu semua hakim mati tak betul.. Ada yg sakit otak ada yg stroke ada yg masuk icu bertahun.


      NAUZUBILLAH

      bekas CJ nih kami nak tengok cara dia mampos...

      Tunggguuuuuu

      Delete
  3. Saya tidak mahu Anwar atau TDM jadi PM. PH kena segera cari calon yang berkebolehan untuk mengambil tempat ini. Calon itu haruslah dari luar kelompok keluarga Anwar atau TDM. Anwar dan TDM disyorkan menjadi Penasihat.

    Rakyat Malaysia mesti mengambil peluang menjatuhkan BN dan beri peluang untuk PH mentadbir Negara. Sudah cukup teruk kita diperbodohkan dan disengsarakan oleh BN dari masa lampau sehingga kini.

    Bukankah kita amalkan sistem Demokrasi. Kalau PH nanti tak boleh buat kerja degan baik, kita angkat Rani Kulop jadi PM lak, apa kata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu sape suka atau x suka seseorang x boleh jadi PM.. ikut suka majoriti rakyat la..

      Delete
    2. Oi..mamat..dah besar besar masih 'kulub' lagi ka?
      You tau apa itu 'kulub'?
      Orang kelantan cakap ' kulub' itu tanda berlum berkhatan(bersunat)....sebab itu masih ada 'kulub'!!!.

      Delete
  4. kakakakkaka....bang duk bawah tempurung ke bang...org lain duk pikir nak selamatkan negara dari dirompak BARISAN NASIONAL khususya UMNO awak masih ngan isu Anwar nak jadi PM. Bang isu ANwar nak jadi PM tu dedak UMNO yang kuarkan nak divert dari isu 9.5 Mil tu bang...sian abang ehh..ke dapat HP baru nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN akan guna apa saja strategi untuk becah belahkan Pembangkang.
      Contoh membawa usul anuar jadi pm.
      Pembawa usul itu mungkin gergaji bermata dua.
      Hati hati jgn bergaduh sesama sendiri terhadap sesuatu yg belum pasti.
      BIAR MENANG DULU....BARU PILIH PM.

      Delete
  5. Pas pis pus..lobai pas x nk komen ke?

    ReplyDelete
  6. Lobai pas tengah posa...tak leh nak komen...takut batallll posa.

    ReplyDelete
  7. Bro mabuk ketum ke atau baru main telur
    Kes kami mahu Anwar jadi pm dah lama yg dedak 9 juta tu baru lagi

    ReplyDelete
  8. Kesatuan dlm UMNO/BN nampak palsu dan banyak pura2.
    Satu contoh ialah porak peranda yg kini melanda kumpulan FELDA.

    ReplyDelete
  9. Bagi aku pilihan yg ada hari ni, tak ubah seperti keluar dari mulut harimau akan masuk kedalam mulut singa.

    Apa yg BN ada dan buat akan diulang pula oleh PH dlm tempoh 10 tahun mrk memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam dah tahu je yg ko ni lepas raya mati kena langgar lori! ahli nujum terbaik tu...

      Delete
    2. 10 tahun tu lambat lagi...skarang kena pikir nak tangkap dan hukum perompak dulu...baru hidup kita tak tercekik...yg 10 tahun tu tentu ade caranye...

      Delete
    3. Memang akan jadi gitu. Tapi lebih baik daripada terus bagi kat pencuri sedia ada. Pencuri baru akan ambil masa utk belajar klepek. Tapi pencuri lama dah la klepek duit dan salah guna kuasa. Makin lama dapat benda baru yg tak elok.

      Delete
    4. Standard Melayu Bangang Abadi = Sharuddin Dali.

      Orang lain xder masalah mcm ko pun. Saper yg ko nak pun x tau. Ko tu dah la hampeh. Mana la mampu pikir nak memilih. Tapi xper, bukan ko berseorangan. Berjuta lagi Melayu tak mampu berpikir mcm ko. Aku ucapkan supaya ko #silameninggalsajalah. Itu saja ucapan bulan posa ni dari aku. Jangan berubah. Maintain status quo gini. Ko akan lebih selesa.

      Delete
    5. Janagan harap le PH nakmenang...tak lama lagi melingkoplah tu...

      Delete
  10. Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat
    BERHENTILAH MENGELIRUKAN RAKYAT DENGAN MEMANIPULASI DATA EKONOMI

    Kenyataan Media | 09 Jun 2017

    Saya berasa lucu apabila membaca kenyataan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan selaku Menteri Jabatan Perdana Menteri yang begitu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan sekali lagi hanya menggunakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai petunjuk ekonomi.

    Rahman Dahlan masih tidak serik cuba mengelirukan rakyat dengan memanipulasi data ekonomi semata-mata untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Umno BN yang imejnya kian tercemar dengan budaya pembaziran, rasuah dan tatakelola yang buruk.

    Dengan menjaja nama Bank Dunia yang membuat unjuran bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan berada pada paras 4.3 peratus, angka ini sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju atau negara berpendapatan tinggi.

    Mengikut pengiraan atlas, Bank Dunia mendefinisikan negara berpendapatan tinggi iaitu apabila KDNK per kapita (jumlah tahunan KDNK dibahagikan bilangan penduduk Malaysia) mencecah USD 12,475 atau lebih kurang RM53,181. Sedangkan pada tahun 2016, KDNK per kapita Malaysia sekadar mencecah sekitar RM37,104 sahaja.

    Dengan suasana ekonomi yang muram, ditambah lagi meningkatnya pengangguran dan inflasi. Negara akan semakin sukar untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Seperkara lagi adalah peningkatan dan kejatuhan kadar matawang ringgit Malaysia yang mempengaruhi pengiraan KDNK.

    Amalan boros dan pembaziran kerajaan Umno BN dapat dilihat dalam dasar fiskal yang diamalkan. Acapkali pembentangan bajet tahunan, Kerajaan Persekutuan akan mengusulkan belanjawan defisit iaitu jumlah perbelanjaan akan melebihi pendapatan.

    Meskipun Rahman Dahlan menyatakan bahawa jurang defisit semakin menguncup, hakikatnya Malaysia mempunyai pertambahan hutang negara yang semakin tinggi hingga menyebabkan Najib Razak terpaksa mengusulkan belanjawan tambahan.

    Kenaikan kos sara hidup, pertumbuhan gaji yang rendah, jurang kaya-miskin yang melebar dan bertambahnya bilangan penerima bantuan kebajikan jelas menunjukkan bahawa data ekonomi yang digemburkan adalah retorik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

    Saya sarankan Umno BN untuk berhenti mengelirukan rakyat dengan mengemukakan data-data ekonomi yang kononnya mengandungi angka-angka positif sedangkan rakyat secara realitinya berhadapan dengan suasana yang sukar.

    Kerajaan Umno BN seharusnya menggubal polisi ekonomi yang mengutamakan kebajikan rakyat dan bukannya melebihkan poket kroni, kleptokrat dan hartawan yang sekian lama telahpun memiliki kekayaan yang lebih banyak berbanding rakyat kebiasaan.

    Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
    Setiausaha Agung
    Parti KEADILAN Rakyat

    ReplyDelete
  11. Siapa pun layak jadi PM

    Masuk parlimen beremtaplah...

    Kalau Tun rasa hebat dia boleh cuba

    Kalau nuar rasa dapat sokongan dia boleh cuba


    Siapa jadi PM kita kena sokong


    Andaiakata BN menang pru14 Najib kekal PM maka semua wajib sokong itu kehendak majirity dan rakayat 45% telah memaafkannya.. Agong pun setuju. Jadi jgn lawan Agong!

    Biarlah MALAYSIA JAHANAM DAN MELAYU JADI TOLOL..itu kehendak melayu yg masih sokong umno dan Najib

    PH masih dok angan angan nak cari calon PM.. Apa kata semua presiden penasihat 4party jadi calon PM dan biar parlimen yg luluslan

    Kami pasti Tun akan dinpilih oleh bersatu dan umno di parlimen nanti.. Nuar jangan keciwa...

    Selepas pru14 berwntaplah kamu semua!!! Biar jahanam Malaysia... Itu JAM kami masuk sapu semua barang Malaysia dgn harga lelong dan murah!

    Melayu akan jadi hamba Abdi donia selamanya... Sama tarap mcm puak tamil estate atau puak Arab badwi...higigihigi
    Kikiki

    ReplyDelete
  12. Anwar is only politician. He has no quality as a nation builder.

    Mat sabu pun sama, not a thinker

    Lim kit siang is a seasoned politician but has limited perspective of what malaysia is all about.

    Mahathir is a foreward thinker, nation builder, proven for the last 22 years ALBEIT IMPERFECTIONS....

    Muhyiddin adalsh lembab namun given right advice and coaching, is far better thdn najib and zahid or hisham.

    The choice is yours.

    I have the same age as malaysia...if given a choice, i would still vote for mahathir and give him 2 years to bring back malaysia to where it was before walaupun luka kiri kanan.

    You may not agree with me but ir u choose to quarrel over selection of a good leader, let najib stays....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree.

      My family and i will never ever vote bn again if mo1 or his deputy or his cousin as pm.

      Enough is enough.

      Delete
    2. Yes....pastikan BN tumbang kali ini.
      Pengkhianat bangsa mesti dihukum!!!.

      Delete
    3. TSMY lembab i dont think so. He has proven his leadership when he was the Johor MB, SEDC Johor flourish under during his reigns, smpi kena tukar kpd Johor Corp sbb dh melabur kt luar negara, ramai org kedah, perak kltn hijrah ke Johor sbb peluang pkjaan yg bnyk,Johor catat pelaburan yg tinggi hingga ada satu ketika Johor minta pelabur yg nk labur kt johor labur kt trengganu, sbb dh bnyk sngt pelaburan yg Johor trima, sbb setiap kali TSMY gi luar negara tiap kali tu la dia bwk blk pelaburan ke Johor DT

      Delete
  13. Apalah rakyat hendak takutkan
    Pakatan Harapan penuh pergolakan?
    Hanya kerana ucapan dari beberapa pimpinan
    Bolehkah kita jadikan ia satu kesimpulan?..

    Cuba anda semua fikirkan
    Yang mana satu perlu diutamakan
    Berbeza pendapat untuk melakukan negara kebaikan
    Atau bersatu seperti BN dalam melakukan kerosakkan..

    Walau apa pun yang cai katakan
    Pakatan ditubuhkan untuk satu tujuan
    Menjatuh pemimpin korup punca kerosakkan
    Agar ekonomi negara pulih serta rakyat lebih aman..

    Ini bukan satu sembangan
    Kalo nak tahu boleh pastikan
    Pilihanraya nanti pilihlah pakatan
    Inshaa Allah, dah tentu anda tak salah pilihan..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum Pilihanraya PH akan lagi terok bergolak....Berangan je la...dah nak melingkop dah....

      Delete
  14. LObai pas takleh jd pm..jgn harap..abis jd mcm kelantan..perintah berpuluh taun , air bersih pun tarak

    ReplyDelete
  15. Sebab mengapa rakyat perlu tolak @dapmalaysia & pembangkang dalam #PRU14 #Negaraku #Malaysia
    Sanggupkah anda menggadaikan masa depan anak dan cucu kepada Lim Kit Siang?
    (1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika PKR menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan.



    Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? TPM pasti dan tentunya salah satu Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.



    (2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP....

    Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mrk campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP.

    Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:

    (1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP

    (2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.

    (3). Speaker dewan rakyat milik DAP

    (4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP

    (5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP

    Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak (Nizar) suatu ketika dulu dan MB Sgor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.

    Mari kita lihat bagaimana PAP yang menjadi rujukan PH memerintah singapura...

    Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia. Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara. Di Singapura, Lee Kuan Yew juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.

    Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu mca mic yg menentang ruu tu boleh pulak kau pelukcium?

      Munafik sungguh kau nih!

      Delete
    2. Madey dan Lim Kit Sial tengah memadu asmara....Udah-udahle macai ...Raja U Turn...Raja Hipokrit...

      Delete
  16. Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat bagi ahli-ahli DAP)

    - ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar yg menentang PAP.

    - Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan PAP.

    - Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).

    - Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan PAP.

    - Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan PAP.

    - Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)

    - Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan PAP, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan)

    - Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.

    - Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua Cina.

    - Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) milik PAP untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China (ethnic residential quotas 1989).

    - Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.

    - Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india dan melayu menyewa rumah mereka.

    - Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahu pun India

    - Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi Melayu.

    - Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.

    Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?

    Adakah Rakyat Malaysia yg majoritinya Islam mahu Bukan Islam memerintah kamu?

    Apa akan berlaku jika kuasa politik org Melayu Islam hilang di tanah air sendiri?

    Bukalah minda tu wahai bangsa melayu. Jgn kerana kebodohan kamu akan merosakkan tanahair ini dan masa depan keturunan kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komdrad 1040,1038.
      Mahalaja Hq CCP, PRC akan hantar haliah kamu seorang sekoyak sarang bilung walid. Ubat tahan lama.
      Sulah lapat tingkatan paler huja melayu kamu.
      Singapor pun musuh sama PRC, lia suker USA pun.
      KITA pastikan Nanyang....ooops! Malaya melayu seramat.Kamu 2 boleh submit borang minta kelejer sweeper diPutayayer.

      Komdrad C.Peng

      Delete
    2. Olang celita pasal itu pemimpin melayu dali bn tilah curi luit lakyat. Itu celita manyak butut dan ala fakta. Tapi itu olang melayu dalam umno semua tatak picaya sama ini celita. Meleka hanya picaya sama itu penculi sahaja looo. Manyak negala kata itu pemimpin melayu penculi, tapi itu ahli umno manyak muta hati, muta akal. Meleka celita pekala lain. Manyak bodoh la lu. Lu memang bodoh sangat. Bodoh sampai lu talak fikilan mau pikir. Memang lu bodoh bangat.

      Delete

    3. 1055 1116

      Macam mana aku nak percaya kamu.... Kamu hanya membebel...Dan melebel org lain saja?


      Delete
    4. Aku nak tanya kau je ni...

      Singapore ada YDP Agong ke?

      Takde kan? So sudah2la tu nak takutkan umat Islam negara ini pasal Dap...dah tak laku dah tu...

      Delete
    5. 10.40

      Majoriti warga Singapura adalah berbangsa Cina. Jadi bangsa-bangsa yang lain tu pandai-pandai la bawak diri kalau nak hidup.

      Macam di Malaysia jugak la. Majoriti adalah Melayu, jadi yang lain tu....


      Delete
    6. Sebelum.merdeka mat Salleh dan cina dah control Singapore.. Melayu semua lari ke mekah..

      Melayu minority d Singapore..dan melayu juga yg pilih kekal d Singapore..

      Kak IJAT pun suka dok Singapore siap beli condo utk binatang kesayangan duduk..

      Kami pun doa agar duit Singapore naik dan mahal.. Boleh ler jual property kami di Singapore dgn untung lipat kali ganda..

      Setakat malaysiaL PM Bugis tolol apa ada untung.. Jual.cipap pun tak balik modal

      Delete
  17. Pilih yg sedia ada memang bebal sangat kepala otak tu. Pilih pas pun bebal juga sebab nak menang 40 dr 100 kerusi, tak boleh nak perintah. Pilih pakatan ada harapan baru. Pm sapa pun tak kisah asalkan bukan pencuri dan klepek duit negara. Mungkin pm yg baru dari parti yg baru lebih baik kerana ingin tonjolkan kewibawaan mereka lebih baik. Yg lama tu memang nampak klepektokasi

    ReplyDelete
  18. Jangan Hanya Jadi Hero Di Laman Media Sosial
    SETAKAT Februari 2017, sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi.

    Jumlah itu merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

    Ini bermakna seramai 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang didapati masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.

    Jumlah itu adalah sesuatu yang cukup serius dan tidak sepatutnya berlaku.

    Daripada jumlah 4.1 juta itu juga, anak muda Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi.

    Perkara itu bukan perkara baharu, tetapi telah lama berlarutan.

    Sehingga kini, masih tiada kesedaran dalam kalangan golongan muda terutama Melayu untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.

    Persoalannya, kenapa golongan muda Melayu tidak mahu berbuat demikian?

    Adakah mereka tidak mengetahui kepentingan mengundi?

    Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang amat penting untuk sesebuah negara yang merdeka.

    Melalui pilihan raya, rakyat diberi peluang secara bebas untuk memilih dan menentukan parti mana yang layak memerintah negara.

    Justeru, setiap rakyat yang layak wajib mendaftar dan keluar mengundi ketika pilihan raya.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.

    Berdasarkan statistik terkini itu jelasnya, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

    Tegasnya, jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna untuk bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah di dalam bentuk undi.

    Berbeza situasi dengan kaum lain, kita dapat lihat DAP misalnya agresif merancakkan kempen-kempen bagi menggalakan kaum Cina mendaftar sebagai pengundi.

    Tetapi orang Melayu seakan-akan tidak mengendahkan peranan politik yang harus mereka mainkan.

    Apa yang lebih diminati orang Melayu khususnya anak muda?

    Orang Melayu hanya berminat dengan hiburan di kaca televisyen dan internet sekali gus tidak mahu terbabit secara langsung sebagai kuasa penentu politik di negara.

    Jadi, apa makna kaum Melayu dan bumiputera menjadi majoriti?

    Sudah tidak bermakna lagi andai kata apabila tiba pilihan raya, kita langsung tidak keluar mengundi.

    Di Kuala Lumpur sebagai contoh, kaum Melayu yang layak mengundi adalah sebanyak 50 peratus, namun mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi hanya 37.5 peratus.

    Berbalik kepada golongan muda Melayu, kita dapat melihat jika terdapat sebarang isu dalam negara, mereka pasti yang pertama akan menonjolkan diri.

    Bukan sahaja di dalam perhimpunan atau demonstrasi yang diadakan, kita juga dapat melihat golongan muda ini begitu aktif di laman media sosial.

    ReplyDelete
  19. Sebagai contoh, di laman sosial, golongan mudalah yang sering mengkritik dan menegur tindakan beberapa pemimpin parti politik.

    Mereka jugalah jaguh dalam memberi pelbagai pandangan untuk mengatasi segala isu yang melanda negara daripada Cukai Barang dan Perkhidmataj (GST) sehinggalah perihal harga minyak dunia.

    Golongan muda juga yang sering meluahkan perasaan kecewa melihat perbalahan politik yang tidak henti-henti di medan sosial antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Pakatan Harapan.

    Namun, apabila tiba PRU14 nanti, golongan muda ini hanya berpeluk tubuh.

    Itu bukanlah penyelesaian kepada kemelut politik yang sedang melanda.

    Anak muda Melayu tidak boleh lagi berdiam diri di rumah ketika hari mengundi sambil berbaring di atas katil dan melihat status-status dan gambar Instagram atau Facebook rakan-rakan yang keluar mengundi.

    Jangan nanti kita hanya menang sorak di Facebook, tetapi kampung yang sebenar pula tergadai.

    Adakah anak muda Melayu sekadar menjadi ‘hero’ di laman media sosial?

    Tepuk dada tanya dan diri masing-masing kerana keputusan di tangan kita sendiri.

    Sepatutnya anak muda Melayu mencontohi golongan muda kaum Cina dan India yang semakin sedar tentang kepentingan untuk mengundi.

    Anak muda Cina dan India tidak mahu melepaskan hak mereka sebagai pengundi.

    Bagaimana pula kita sebagai anak muda Melayu, di mana kesedaran kita?

    Sudah sampai masanya anak muda Melayu mengambil peranan yang lebih aktif untuk menghidupkan amalan demokrasi yang penting ini.

    Tindakan kita seharusnya lebih realistik dan strategik untuk memastikan kepentingan orang Melayu dan umat Islam terus terbela.

    Andai kata anda layak tetapi belum mendaftar mengundi, daftarlah sekarang.

    Jangan hanya ‘bising’ di laman sosial namun hakikatnya tidak mendaftar lagi sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  20. ISU PEMBAHAGIAN KERUSI TAK SELESAI ,
    KINI BEREBUT JAWATAN PM
    KUALA LUMPUR – Belum pun selesai isu pembahagian kerusi, kerjasama politik antara PPBM dan juga Pas, pakatan harapan kini berdepan dengan masalah baru apabila jawatan Perdana Menteri pula menjadi rebutan kepimpinan parti politik pembangkang yang bergabung dalam pakatan harapan.

    Demikian ulas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berhubung isu terkini tentang calon Perdana Menteri Pakatan Harapan di mana kini, nama Tun Mahathir pula disebut-sebut untuk kembali menjadi PM, sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU ke 14 ini.

    Menurut beliau lagi, usaha untuk menaikkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri jika pakatan menang, sudah pasti tidak disenangi oleh parti seperti PKR atau PAN, di mana mereka dilihat lebih pro dan cenderung kepada Anwar Ibrahim.

    “Saya yakin apabila nama Tun Mahathir mula ditonjolkan oleh kepimpinan pembangkang seperti Zaid Ibrahim dari Dap, sudah tentu ianya mengundang rasa tidak puas hati berhubung perkara tersebut.

    “Kita boleh lihat daripada reaksi komen Anwar Ibrahim baru-baru ini yang ternyata tidak senang dengan usaha tersebut. Apatah lagi, apabila pemimpin yang dilihat amat kuat berkempen untuk itu adalah pemimpin yang datang daripada parti Dap.

    “Perkara ini sudah tentu menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya kepada PKR terhadap Dap. Mengapa Dap membiarkan salah seorang pemimpinnya bersuara dan seolah-olah berkempen agar Tun Mahathir kembali menjadi PM?

    “Adakah Dap menyokong perkara tersebut dan kenyataan mereka yang mahukan Wan Azizah sebagai PM baru-baru ini hanya lakonan semata-mata. Dan Guan Eng juga enggan memberikan komen ketika diminta mengulas perkara ini.

    Apatah lagi tambah beliau, telah terbongkar pertemuan antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir sepertimana yang didakwa oleh bekas Naib Presiden Dap, Tunku Aziz, di mana pertemuan sulit itu bertujuan untuk berunding tentang perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

    “Malah telah timbul juga spekulasi yang mendakwa bahawa Dap sebenarnya berkehendakkan dua jawatan tertinggi itu maka sebab itulah berlakunya rundingan antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir seperti yang didedahkan Tunku Aziz itu.

    “Apa yang lebih membimbangkan rakyat ialah, adakah wujudnya persetujuan yang terselindung di sebalik rundingan itu di mana bukan sahaja jawatan perdana menteri bahkan besar kemungkinan jawatan-jawatan lain juga telah diagihkan oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dengan mengenepikan PKR dan PAN.

    “Dan segala syak wasangka serta persoalan yang timbul ini akhirnya akan mewujudkan satu masalah baru yang membabitkan rasa tidak puas hati bukan saja dikalangan pemimpin pembangkang, tetapi saya yakin ianya turut merebak sehingga ke akar umbi di dalam pakatan harapan.

    “Mereka seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga apabila masalah-masalah sebelum ini berhubung isu pembahagian kerusi, isu CEC Dap, isu persefahaman, dan beberapa isu lain masih tidak dapat diselesaikan,timbul pula masalah baru seperti ini yang menjadikan pembangkang semakin berkecamuk dan celaru,”ujarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. DA,
      Mereka seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga apabila masalah-masalah sebelum ini berhubung isu 1mdb, isu Felda, isu Shagie 9.5, dan beberapa isu lain masih tidak dapat diselesaikan,timbul pula masalah baru seperti ini yang menjadikan UMNOBN semakin berkecamuk dan celaru", tidak diujarnya.

      Delete
    2. PH-akan baling kerusi antara satu sama lain sebelum Pilihanraya...melingkop sebelum bertanding...Lu tengok le nanti....

      Delete
  21. JANGANKAN DAP DAN PKR, MUHYIDDIN YASSIN PUN MELUAT DENGAN KEINGINAN GILA DR. MAHATHIR NAK JADI PERDANA MENTERI KEMBALI!!!
    Muhyiddin Yassin tidak dapat menyembunyikan rasa meluatnya kepada Dr. Mahathir yang masih lapar kuasa. Apatah lagi pada ketika dia dikesampingkan dan mula disingkirkan oleh Dr. Mahathir daripada hierarki Cap Bunga bagi memberi laluan kepada anaknya yang tidak berbakat, Mukhriz Mahathir.

    Bekas Perdana Menteri itu tidak tersenarai langsung dalam hierarki kepimpinan Pakatan Harapan yang menyaksikan nama-nama seperti Mat Sabu dan Azmin berada dalam senarai sebagai Naib Presiden manakala Mukhriz pula adalah Timbalan. Jawatan Pengerusi pula menjadi rebutan antara Dr. Mahathir dan Wan Azizah yang disokong kuat oleh suaminya, Anwar Ibrahim.

    Mungkin disebabkan rasa meluatnya itulah, Muhyiddin berkata, perebutan jawatan Perdana Menteri seharusnya dibuat secara senyap-senyap dan tidak bising-bising menggunakan media. Bahkan Muhyiddin Yassin juga berkata, isu tentang siapa yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pada PRU akan datang, sepatutnya tidak timbul.

    Sementara itu, sudah dua kali Dr. Mahathir menyatakan hasratnya untuk kembali menjadi Perdana Menteri. Kali pertama pada 1 Jun 2017 ketika dalam satu temubual di Facebook. Kemudian sekali lagi dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review di Jepun pada 6 Jun 2017.

    Sekaligus menunjukkan keazaman dan iltizam sebenar Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

    Namun Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang menolak hasrat Dr. Mahathir itu. Pada 6 Jun 2017, dalam Malaysiakini, Guan Eng secara tegas menyatakan, Pakatan Harapan belum dan tidak pernah memutuskan siapa bakal calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pada PRU-14 nanti.

    Dengan penguasaan kerusi yang lebih banyak, Lim Guan Eng memberi isyarat kepada Dr. Mahathir dan para pengikutnya, perlantikan atau pencalonan Perdana Menteri hanya boleh dibuat dengan persetujuan atau diluluskan oleh DAP.

    Musuh lama Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim juga menolak hasrat Mahathir.

    "Ia bukan keputusan Mahathir. Ianya keputusan Pakatan Harapan. Seseorang itu tidak boleh menawarkan diri (menjadi Perdana Menteri) begitu sahaja sebaliknya perlu kesepakatan," kata Anwar di Kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Jun 2017.

    Kata-kata Anwar Ibrahim adalah undang-undang PKR. Begitu juga dengan Lim Guan Eng. Dalam bahasa yang lebih mudah, DAP dan PKR memang tidak mahu Dr. Mahathir. Sebaliknya Dr. Mahathir hanya digunakan untuk memancing undi terutama daripada kalangan pengundi-pengundi Melayu untuk PKR dan DAP pada PRU-14.

    Malam tadi, mesyuarat antara pemimpin Pakatan Harapan telah dilangsungkan. Butirannya tidak banyak tetapi sudah tentu isu membabitkan calon Perdana Menteri akan terus diperkatakan. Begitu juga dengan peranan serta fungsi Cap Bunga di dalam Pakatan Harapan sehingga membuatkan Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan yang membayangkan perasaan meluatnya kepada Dr. Mahathir.

    Sesuatu yang pasti ialah, Cap Bunga nampak semakin lemah. Ramai ahlinya bertindak keluar parti. Di Negeri Sembilan dan Perak, Cap Bunga seperti lumpuh. Pergaduhan dan perebutan kuasa dalam sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

    Dr. Mahathir langsung tidak berusaha menangani krisis tersebut tetapi dia lebih gila untuk menjadi Perdana Menteri. Anaknya pula, langsung tidak boleh diharap!

    Usia Cap Bunga, tak sampai pun 41 kali Jumaat. Sembang memang gah tetapi bernilaikah Cap Bunga di dalam Pakatan Harapan terutama apabila DAP dan PKR sudah tentu tidak akan bermurah hati bersedekahkan kerusi DUN atau Parlimen mereka untuk ditandingi oleh Cap Bunga. Dengan kegilaan dan keserakahan Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dan memaksa kehendaknya ke atas para pemimpin Pakatan yang belum lama lagi menyatakan kebencian dan permusuhan mereka terhadapnya, sudah tentu akan memendekkan lagi usia Cap Bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuatu yang pasti ialah, UMNOBNPAS sudahpun lemah. Ramai ahlinya tidak ada suara dalam parti. Di Semua negeri,UMNOBNPAS lumpuh. Perasaan kecewa yg dalam masih disembunyikan lagi.

      Delete
    2. Parti cap munge dah bertaburan dah....Madey oh Madey... nak harapkan Jidin ...tak ade makne nye....

      Delete
  22. Ketika diwawancara di Jepun, Mahathir terlepas cakap, dia ingin menjadi Perdana Menteir 'walaupun hanya untuk sementara waktu.'

    Justeru timbul persoalan, kenapa sementara waktu sahaja? Apakah bagi memudahkan dia meluluskan atau menyelesaikan hal-hal kroninya yang cukup besar dan telah disekat oleh Najib selama ini. Atau Mahathir akan meletak jawatan dan jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Mukhriz?

    Seperkara yang pasti ialah, parti-parti politik termasuklah Cap Bunga amat bergantung kepada funder. Apakah hasrat Mahatahir itu sebenarnya untuk meyakinkan funder bahawa Cap Bunga masih ada harapan jikalau dia menjadi Perdana Menteri? Atau sebenarnya Mahathir mahu meyakinkan funder agar tidak lari dan akhirnya menyusahkan partinya?

    Semenjak Julai 2015, pelbagai cara telah dilakukan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Semua usahanya gagal. Mahathir dipercayai banyak menggunakan sumber kewangan dari funder kroninya. Pun begitu, pembiayaan tersebut tidak menjayakan hasratnya dan sudah ada funder yang menarik diri dan angkat bendera putih, enggan lagi bersama-sama Mahathir.

    Kerana sumber yang digunakan itu semakin menyusut dan semakin mengecil, perpecahan dan pergaduhan dalaman khususnya di Perak, berlaku. Mahathir mungkin melihat, satu-satunya cara untuk mengekalkan bantuan dan pembiayaan daripada funder-funder tersebut adalah dengan meyakinkan mereka, dia akan memulangkan kembali semua pembiayaan apabila dia kembali menjadi Perdana Menteri.

    Cuma sekarang, batu halangan terbesar Mahathir adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kedua-dua orang ini jugalah yang sedang meletakkan Parti Cap Bunga yang dipengerusikannya dalam keadaan yang sangat sukar untuk bertahan walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan anaknya cuba meyakinkan mereka mampu menarik undi daripada masyarakat Melayu khususnya di Felda-Felda dan di Kedah untuk Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma sekarang, batu halangan terbesar Najib adalah TunM. Anwar Ibrahim. Kedua-dua orang ini jugalah yang sedang meletakkan UMNOBNPAS yang dipengerusikannya dalam keadaan yang sangat sukar untuk bertahan

      Delete
    2. MADEY tu Raja U Turn...Si Jijah Kipas tu nak cari jalan lagi macam mana nak kenakan Madey ni lagi sekali....

      Delete
  23. Ya Allah, Bukakanlah Hati Umat Islam Di Tanah Air Ini Untuk Sedar Tentang Ancaman Rencana Kristianisasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, Bukakanlah JUGA Hati Umat Islam Di Tanah Air Ini Untuk Sedar Tentang Ancaman kleptokrasi,Akristokaratsi dan Jumud keterlaluan sehingga menerima mungkar seperti 1mdb dan salah guna kuasa berterusan.
      Aamin.

      Delete
  24. TAHAP KEMATANGAN RAKYAT TENTUKAN BAIK ATAU BURUK ‘VIRAL’ DI MEDIA SOSIAL
    Penggunaan internet memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita hari ini termasuklah rangkaian media sosial. Kajian pada tahun 2015 memberitahu sebanyak 18 juta pengguna media sosial yang aktif di Malaysia dan angka ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.

    Sedar atau tidak, pengaruh media sosial sangat hebat hari ini. Dan apabila menyentuh berkenaan media sosial, perkara yang viral atau tular ini adalah topik utama. Persoalannya, adakah ia baik atau tidak?

    Tamparan media sosial sangat menakjubkan, ia boleh jadi kedua-duanya sekali. Antara baik dan juga buruk.

    Oleh kerana ianya percuma, semua orang bebas menyebar sesuatu isu tanpa sempadan baik berbentuk cerita, berita, video atau gambar. Siapa yang paling hangat, dialah yang paling mendapat perhatian.

    Kalau hendak dibandingkan, berita berunsur negatif lah yang paling banyak mendapat perhatian. Tak kiralah samada berita pak cik berkopiah bermanja-manja dalam kereta, makcik tua bergaduh di tempat letak kereta atau seumpamanya. Cepat sangat tersebar.

    Zaman sekarang semua orang mahu jadi yang paling cepat sebar berita. Sahih atau tidak itu belakang kira.

    Sebenarnya yang mendorong tindakan ini adalah pemikiran individu tersebut termasuk yang menyokong. Tahap kematangan seseoranglah yang menentukan siapa mereka. Kalau anda lihat lebih banyak keburukan di media sosial, itu petanda tahap kematangan rakyat Malaysia masih lagi dalam paras kritikal.

    Setiap orang bertanggungjawab dengan apa yang mereka sebar di media sosial, termasuk yang berkongsi. Pastikan setiap perkara yang ingin disebarkan benar, tidak menceroboh hak peribadi orang lain termasuk unsur berbaur fitnah serta hasutan.

    Sifirnya, orang yang baik tidak suka berkongsi sesuatu yang sia-sia seperti berita kotor, khabar angin, atau gosip murahan semata-mata dahagakan perhatian. Berbeza dengan orang yang sebaliknya.

    Apa yang anda kongsi sedang memberitahu siapa anda.

    Jadikan medium internet hari ini membentuk komuniti yang membawa kebaikan khasnya rakyat Malaysia. 3 Tahun lagi kita hampir mencapai wawasan 2020, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan aplikasi dalam media sosial terus relevan sebagai penyalur maklumat yang positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifirnya, orang yang baik suka berkongsi sesuatu yang penting seperti berita pendedahan mungkar, khabar berbukti, bagi tujuan kenalpasti pembaikan. Berbeza dengan orang ingin menghentikan pembongkaran mungkar yang sebaliknya.

      Delete
    2. Ini mesti satu geng ngan Si Rapuji sotong tu.....

      Delete
  25. Waah, Ardikel Maikumut dan Halamkah manyak masok ini pagi. Kesian pun, blog plogomen itu tader sambutan.

    Bejet sula masok sana itu Ehnain dan Kiuseben.
    UMNOBNPAS misti mau kasi kekal Melayiu bodoh, felda terus bangap. Baru CCP puas hati,tambah wilayah balu Nanyang.
    Teruskan perjuangan Komunis.

    C.Peng,
    Tkt 2.6,
    Komplex Songlap,
    Unit kutipan balik PTPTN merangkap Ahlong 1mdb.
    1,Jalan Lilit 1,
    Putayaya,
    Nanyang

    ReplyDelete
  26. MAKIN NAJIB BERTAMBAH KUKUH, MAKIN RAFIZI BERTAMBAH PANIK
    Cuba lah bayangkan betapa perasaan Fafizi Ramli hari ini.

    Tugas beliau di persoal oleh kepimpinan PKR kerana Najib Razak di lihat bertambah kukuh dan teguh yang mana sepatut nya sudah goyang dan lemah.

    Hari hari sekian lama selama beberapa tahun selepas PRU13 , kerja Rafizi mencipta pelbagai isu dan tuduhan serta tidak kurang fitnah nya , namun Najib Razak bertambah kukuh.

    Rafizi puas bermain isu wang RM2.6 tetapi Najib dan pihak nya berjaya patah kan tuduhan serta lawatan Raja Arab Saudi membuktikan fitnah Rafizi tidak menjadi apa apa kesan kepada Najib.

    Sebalik nya Rafizi yang terkesan kerana tewas di mahkamah dalam hampir semua kes fitnah nya.

    Malah nama Rafizi tercemar kerana kes NFC di mana nyata sekali dia memfitnah .

    Kemudian pada kes cincin Rosmah, Rafizi akur dan mengaku salah serta menyatakan fitnah itu sekadar “saya hanya bergurau”.

    Setelah membawa jutaan orang masuk ke api neraka dengan fitnah nya , Rafizi hanya berkata dia bergurau sahaja.

    Begitu juga pada kes kes lain seperti Tabung Haji, ramai juga yang terpedaya dan tidak faham bahawa wang pelaburan terasing dari wang induk lalu mengeluarkan simpanan dan kemudian rugi dividend nya tetapi Rafizi pula mendapat dividend puluhan ribu. Itu lah bodoh nyata bagi yang percaya kepada Rafizi.

    Terbaru Rafizi beralih kepada wang 9 juta bayaran guman pula.

    Selepas ada pihak membidas pembohongan Rafizi , terus pula Rafizi menjawap ada akauin lain selepas di tutup, ketika mula mendakwa Rafizi tidak pula nyatakan itu semua.

    Sebenar nya kedudukan Rafizi amat genting.

    Selain akan di sumbat kedalam penjara kerana satu kes fitnah yang masih dalam rayuan, masa depan politik nya juga terumbang ambing.

    Ini kerana kemaraan Azmin Ali bakal membenam kan nya.

    Maka Rafizi harus bangkit kan kes guaman demi menunjuk kan bahawa kes Anwar ada merit untuk di buka semula.

    Maka nafas Rafizi akan lega jika Anwar boleh di bebas kan kerana dia tidak akan dapat perlindungan jika Azmin Ali mara keatas dalam PKR.

    Ini semua politik dalaman dan peribadi sahaja.

    Selain itu Rafizi menjadi malu kerana tugas membunuh karakter Najib masih gagal.

    Setelah sekian lama , Najib di lihat semakin kukuh, dan ini membuat beberapa pihak dalam PKR dan komponen menganggap Rafizi gagal menjalan kan tugas dan KPI nya.

    Kedudukan Najib di lihat bertambh kukuh dan bukan sebalik nya.

    Jawapan rakyat kepada PRK Sg Besar dan K. Kangsar yang bertambah majoriti memalukan Rafizi.

    Selain itu PRN Sarawak di mana Najib aktif berkempen telah akibat kan kemenangan besar BN dan najib sendiri.

    Rafizi cuba membuat undian dan bancian untuk menunjuk kan sokongan rakyat, namun Najib juga mendapat undian , tetapi undiuan sebenar vada lah PRK di mana sah rakyat memilih BN dan kepimpinan najib Razak.

    Ini lah sebenar nya masalah Rafizi, semakin kedudukan Najib bertambah kukuh, semakin Rafizi bertam,bah Panik.

    Kerana beliau di kira gagal jalan kan tugas membunuh karaktor Najib Razak.

    “Character Assisination” watak Najib Razak ada lah keutamaan Rafizi dan jelas Rafizi telah gagal, hatta terlihat lah betapa bertambah aktif nya Rafizi dengan fitnah baru untuk menutup kegagalan Rafizi sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Character Assisination” watak Rafizi ada lah keutamaan Najib dan jelas Najib telah gagal, hatta terlihat lah betapa bertambah aktif nya Najib dengan fitnah baru untuk menutup 9.5m dan Londehan terbaru diFelda.

      Delete

    2. 1113

      Cerita kau ni elok bagi kiky saja yang baca....

      Delete
    3. Si Rapuji sotong tu...Goreng topung pun sodap.....

      Delete
  27. MUKHRIZ BUAT U-TURN CADANGAN MAHATHIR JADI PENGERUSI PAKATAN
    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdolak dalik berkaitan kononnya parti itu mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.

    Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, senarai nama yang dikatakan akan menerajui barisan pimpinan Pakatan Harapan itu tidak pernah dirujuk atau didedahkan oleh mana-mana wakil Bersatu.

    Sebaliknya Mukhriz menegaskan ia hanya perbincangan dalaman parti itu yang tidak seharusnya didedahkan.

    “Senarai itu tidak dirujuk atau didedahkan oleh mana-mana wakil PPBM. Ini soal perbincangan dalaman Pakatan Harapan yang tidak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.

    ” Mesyuarat hari ini kita bincang panjang lebar mengenai perkara ini dan dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat,” ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

    Ketika diasak pertanyaan sama ada nama-nama yang disebut itu sama seperti apa yang dibincangkan dalam Pakatan Harapan, Mukhriz menegaskan: “Kita mempunyai struktur yang berlainan daripada yang asal, yang saya boleh pastikan ia tidak tepat seperti apa dilaporkan,” ujarnya.

    Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

    Mengulas mengenai perkara ini Saifuddin turut berkata, beliau dimaklumkan oleh Muhyiddin yang juga menafikan apa yang disiarkan oleh media itu dari sumber dalaman Bersatu.

    “Tan Sri Muhyiddin dalam mesyuarat menafikan apa yang disiarkan itu dari PPBM,” ujarnya.

    Difahamkan mesyuarat Pakatan Harapan Majlis Presiden yang berlansung hari ini membincangkan cadangan Bersatu itu.

    Baru-baru ini dilaporkan Bersatu mencadangkan Dr Mahathir dan Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat Pakatan Harapan.

    Dalam cadangan Bersatu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai naib presiden Pakatan Harapan.

    “Ini adalah format yang dikemukakan oleh Bersatu,” kata seorang pemimpin Pakatan Harapan seperti dilapor Malay Mail Online dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Manakala laporan Malaysia Inside pula mengesahkan cadangan Bersatu ini daripada kenyataan dibuat oleh Pengarah strategi Bersatu Dr Rais Hussin yang berkata: “Perbincangan halus sedang dijalankan secara tertutup. Saya takut saya tidak akan dapat mengulas. ”

    Lim pula dipetik berkata, bahawa senarai Bersatu itu “tidak pernah dibentangkan dan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan secara rasmi.”

    Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dilaporkan turut berkata, dia tidak tahu mengenai cadangan Bersatu, tetapi berkata beliau secara peribadi “tidak berminat” mengenai cadangan itu.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata: “Apa-apa cadangan mengenai struktur Pakatan Harapan perlu bersetuju dengan cara konsensus kerana semua pihak dalam Pakatan Harapan adalah rakan kongsi yang sama.” ujarnya seperti dilapor media.

    ReplyDelete
  28. KALAU BUKAN BANTUAN BAPA NAJIB, MAHATHIR TIDAK AKAN JADI PM KE-4
    Baru baru ini, Mahathir gila hendak jadi PM semula. Menjadi PM buat kali ke 7. Itulah apa yang Mahathir akui dalam Facebook ketika diwawancara pada 1 Jun 2017.

    Mukhriz sifatkan bapa dia buat lawak sahaja. Bukan buat lawak lagi, dan Mukhriz usahlah pura pura tidak tahu. Itulah sebenarnya niat “pak dia”. Nak “muhung apa lagi aihh”. Benda memang “betui” pun.

    Mahathir memang lupa. Dia lupa siapa yang bawa dia balik masuk dalam UMNO. Siapa yang selamatkan dia waktu dia dicabar dengan begitu hebat dalam UMNO. Najib dan Tun Razak yang tolong dia. Kalau tidak, jangan mimpilah Mahathir jadi PM yang ke 4.

    Siapa yang membawa semula Mahathir ke dalam UMNO sehingga dia naik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama? Tun Razak (bapa Najib) yang membawa semula Tun Mahathir dalam UMNO pada 7 Mac 1972.

    Pada mulanya, menurut Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rawang (1972), Usuluddin Jamil, Mahathir mahu menjadi ahli UMNO Bahagian Rawang. Namun akhirnya masuk sebagai ahli di UMNO Cawangan Kota Sarang Semut, Bahagian Kota Setar pada tahun 1972.

    Mahathir terus dilantik sebagai senator pada 1973. Kemudian menang tanpa bertanding sebagai ahli parlimen Kubang Pasu pada 1974.

    Daripada bukan ahli UMNO pada 1972, Mahathir terus melompat naik dan menang kerusi Naib Presiden UMNO pada 1975.

    Dalam masa 3 tahun sahaja. Sesuatu yang sukar berlaku pada zaman sekarang. Seorang ahli UMNO biasa sahaja boleh buat “fast track” dan menduduki kerusi penting Naib Presiden UMNO.

    Dalam masa 4 tahun, Mahathir diangkat menjadi orang no 2 iaitu Timbalan Perdana Menteri. Diangkat dan dibawa naik oleh bapa Dato Seri Najib dan bapa Dato Seri Hishammudin Hussein.

    Bertuah Mahathir kerana diangkat dan dibawa naik begitu, belum tentu keistimewaan yang sama boleh dilakukan oleh mana mana pemimpin UMNO pada hari ini.

    Kalau bukan jasa Tun Razak yang membawa masuk Mahathir balik semula ke dalam UMNO, Mahathir tentu tidak akan jadi PM yang keempat.

    Bantuan Najib Menangkan Mahathir

    Ramai yang tidak mengetahui bahawa Dato Seri Najib telah membantu Mahathir untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO pada 1987.

    Pada 24 April 1987, Mahathir telah dicabar sebagai Presiden UMNO buat pertama kalinya selepas dipilih selama 12 tahun dalam pelbagai jawatan dalam UMNO secara tanpa bertanding.

    Ianya sesuatu yang mencabar buat Mahathir kerana pencabarnya pada waktu itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Menteri Kewangan), Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO dan Presiden Belia 4B). Kem Ku Li yang berada di Hotel Regent lebih kuat dari Mahathir.

    Pada waktu itu, Dato Seri Najib adalah pemangku jawatan Ketua Pemuda UMNO bila Anwar Ibrahim melepaskan jawatan untuk bertanding Naib Presiden UMNO.

    Mahathir hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi itu datang?

    Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.

    Kira kira 11 jam lagi sebelum hari pengundian pada 24 April 1987, Dato Seri Najib hadir di Hotel Hilton untuk menyelamatkan Mahathir.

    Mahathir sudah lupa dah perkara ini. “Ali pergi cari Najib cepat” ini ayat yang Mahathir cakap pada Ketua Pengawal Peribadinya, Pak Ali. Najib akhirnya datang bersama Dr Tiagu ke Hilton untuk bersama kem Mahathir.

    Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987).

    UMNO berada dalam krisis yang cukup meruncing ketika Mahathir menjadi Presiden. Lebih ramai yang keluar parti pada waktu itu dan sertai Semangat 46. Ahli Semangat 46 pada masa itu lagi ramai dan kuat dari ahli PPBM sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO berada dalam krisis yang cukup meruncing ketika lanun menjadi Presiden. Lebih ramai yang tak puas hati pada waktu INI dan sertai Bersatu. Ahli Bersatu pada masa INI lagi ramai dan kuat dari ahli UMNO sekarang INI.

      Delete

    2. Semua org tahu Najib adalah ketua BN.

      Siapa ketua PH, Mahathir? Anwar atau LKS?

      Tak mustahil jika PH menang.. LKS cuba menjadi juara...Dan mungkin juga akan memisahkan PP dp Malaysia. Anwar mungkin Cuba kontrol bahagian selatan Dan Mahathir kontrol bahagian utara.... Sementara PAS akan akan ambil pantai Timur.

      Perang saudara beb.

      Delete

    3. Perang saudara tak apa jika dibandingkan dengan si najib yang terus jadikan malaysia ni sebagai salah satu wilayah China...

      Delete
    4. Parti cap Menge dah bertaburan dah....dah sebelum pilihanraya melingkop le tu.....

      Delete
  29. Jumaat lepas genaplah 40 hari Jumaat kelulusan parti PPBM. Maka ditakdirkan Allah SWT juga, pada hari Khamis, 1 Jun 2017, Mahathir akhirnya menyatakan apa niat sebenarnya buat parti PPBM.

    Hanya untuk mendapatkan kuasa kembali dan mahu menjadi PM kembali. Mahathir tahu dia tidak akan mampu kekal lama kalau jadi PM sekalipun. Kalau pun jadi, situasinya berbeza kerana parti Mahathir itu dikuasai majoritinya oleh DAP.

    Jadi kabinet itu sudah tentu ramai orang DAP. Kenapa Mahathir sampai hati mengkhianati bangsa sendiri untuk beri DAP tempat di Putrajaya? Ingatlah sama siapa yang bagi laluan Mahathir jadi PM ke 4 dulu.

    Jangan mudah lupa pada jasa bapa Dato Seri Najib, dan juga pengorbanan Dato Seri Najib dulu. Namun, bagai mencurah air di daun keladi, apa guna menasihati orang yang sudah sanggup khianat bangsa sendiri.

    Kuasa penting bagi Mahathir untuk menerus legasi dan kepentingan tersembunyi kroni kroninya. Bangsa tolak ketepi, yang penting legasi, kroni dan anak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa penting bagi Najin untuk menerus legasi dan kepentingan tersembunyi agenda curi. Bangsa tolak ketepi, yang penting legasi, kroni dan anak tiri sendiri.

      Delete
    2. Madey oh Madey....Udah-udah le tu jangan ingat Duniawi sahaja....

      Delete
  30. Dah kabar tadi pengundi remaja melayu tak daftar sebagai pengundi. Pemuda cina dan india jer yg ramai. Sapa dok harap undi melayu patut takut la. Pemimpin melayu ramai juga dalam pakatan. Jadi dalam pru14 nanti, jumlah undi bertambah atau tidak? Pengundi umno 3 juta, campur pengundi mca, dan mic yg ramai pengundi muda, bn boleh menang ker? Pakatan tak ada ramai ahli. Semua dok harap undi dap dan undi ahli pas yg dah keluar pakatan. So boleh ke beri cabaran kpd bn? Kenapa takut kalu nampak orang lain lemah? Jangan kecilkan pemikiran pengundi kerana mereka juga pandai mengundi walaupun tidak jadi ahli parti politik.

    ReplyDelete
  31. CALON PM PAKATAN PRO DAP SEMAKIN BERTERABUR : PKR “NAIK HANTU” DENGAN MAHATHIR
    Nampaknya Anwar Ibrahim sudah marah dengan kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang kini terbuka dengan cadangan untuk menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua.

    Dia telah mengarahkan anak didiknya Naib President PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk mempertahan cita-citanya untuk menjadi PM.

    Tetapi Shamsul yang bangkrap idea memberitahu media kononnya semua pemimpin pakatan telah setuju secara konsesus memilih Anwar. Walhalnya Pakatan tidak pernah tetapkan calon lagi secara rasmi.

    PKR juga tahu DAP sudah berbelah bahagi menyokong Anwar. Walaupun DAP mengangkat plakad, tetapi ada yang secara terbuka menyokong dan mempertahankan Mahathir. DAP sebenarnya senang melihat PKR dan Pribumi bergaduh untuk menjaga kepentingannya sebagai “defacto” ketua Pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat-ingat senang ke si Nuar tu nak baik dengan Madey tu...pi Tanya dalam hati si Jijah tu....baik pun orang kata baik ada makne ....

      Delete
  32. Bersatu should sever its ties with Pakatan and go solo in GE 14. Or they can make a pact with Pas to face BN. The goings look tough in Pakatan right now to be honest. If they choose to go solo, they are free to contest where they want and as many seats that they want. If it is going to be 3 corner or 4 corner fight then be it. It doesn't really matter anymore. May the best man win. That's THE ONLY SOLUTION.

    If you go on your own, you're only dealing with yourself, with your own party members. Less squabbling for seats and less headache. No need to discuss and negotiate with other parties. They have proved to be unreliable and untrusted allies. Recent PKR Congress is an eye opener. They're willing to employ dirty tricks to achieve their objective. That is PKR.

    They're trying to screw Bersatu big time. In the past, they screwed TS Khalid Ibrahim and Pas. They screwed DAP in Sarawak state elections by contesting against each other. They're sleazy and slimeball lot. Leopard will never change its spot.

    If Bersatu goes on their own, tak payah pening-pening lagi nak bincang pasal kerusi dan siapa bakal PM. They can form a unity government later on if they have the numbers. After the election. After all the votes have being tabulated.

    The party that win the most seats will get to choose the partners to form a government. A unity government. Their supreme leader will be the prime minister. It is as simple as that. Majority rule. No seat warmer. No pardon board. If you're in the minority. Please behave like one.

    And Bersatu will win BIG this time. They have penetrated rural areas, kampung-kampung, and Felda settlements. They're going to get the numbers. PKR and DAP will have to sembah and melutut dengan Bersatu to form a unity government. Mahathir and Muhyiddin will going to have the last laugh..hahaha..

    ReplyDelete
  33. TIDAK WAJAR SURUH PKR, DAP, PAN BERI LALUAN PPBM JADI KETUA PH
    Tidak wajar Datuk Zaid Ibrahim menyuruh PKR, DAP dan Amanah memberikan laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengetuai Pakatan Harapan.

    Itu penegasan bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub berhubung cadangan ahli baru DAP itu.

    Zaid menerusi laman Twitternya berkata jika tiga parti itu tidak mahu kecewa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, PPBM harus diberi peluang untuk memimpin gagasan itu.

    “Namun sebagai sebuah pakatan seharusnya timbangan daripada segi ‘senioriti’ dalam gabungan pakatan pembangkang perlu diambil kira dalam konteks ini.

    “Jadi pandangan itu ada hak masing-masing mengemukakan pandangan. Walaubagaimanapun, saya kira dalam hal ini Majlis Presiden perlu secara serius melihat tentang soal hal ini,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

    PH hari ini memberitahu akan mengumumkan struktur organisasi gagasannya minggu hadapan.

    Media sebelum ini melaporkan struktur baru PH memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik sebagai pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden gabungan pembangkang itu.

    Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dilantik sebagai penasihat dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekadar timbalan presiden.

    Bagaimanapun laporan media itu dinafikan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

    Mengulas lanjut, Mustafa berkata PKR sudah tentu menjangkakan parti yang akan memimpin PH, sementelah memainkan peranan itu sejak 2008.

    Namun PPBM pula merasakan partinya lebih layak berikutan kebanyakan pemimpin partinya amat berpengalaman dalam politik.

    “Pastinya PKR merasa lebih layak sebagai tonggak atau mengetuai Pakatan Harapan. Walaupun saya faham PPBM merasakan bahawa mereka mempunyai bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri yang berada dalam PPBM.

    “Pendapat saya, perkara menentukan parti utama sebenarnya ataupun tidak itu sebenarnya dalam prinsip Pakatan Harapan dari segi kedudukan parti-parti yang ada pada umumnya mereka berada di tahap yang sama rata. Tidak ada parti dominan dalam gabungan pakatan,” katanya.

    ReplyDelete
  34. MUHYIDDIN AKUI IMEJ PEMBANGKANG SEMAKIN BURUK MENJELANG PRU14
    Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemelut pertikaian berhubung isu calon siapa yang akan menjadi perdana menteri menyebabkan imej gabungan pembangkang kini agak buruk.

    Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu membidas parti pembangkang yang sibuk membincangkan isu tersebut secara terbuka sehingga ia menyebabkan rakyat terkeliru dan salah faham berhubung siapa yang layak untuk memegang jawatan berkenaan.

    “Pada pandangan peribadi saya, lebih baik perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka kerana ia akan menimbulkan pelbagai salah faham atau kekeliruan.

    “Ia akan memberi tanggapan bahawa pembangkang ini tidak bersatu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya hari ini.

    Muhyiddin mencadangkan supaya pembangkang duduk berbincang secara tertutup dan tidak membocorkan rahsia mengenai isu calon perdana menteri kepada umum.

    “Mereka (rakyat) nak sokong kita tapi ada tanggapan yang kita ini tidak bersatu. Lebih baik kita duduk dan bincang, jangan bocorkan rahsia kita,” katanya.

    Isu calon perdana menteri diperkatakan di kalangan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

    Ia ekoran nama Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan cadangan menjadi perdana menteri sekali lagi, jika PH merancang sedemikian.

    Bagaimanapun, pemimpin dalam kalangan pakatan pembangkang itu mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat.

    Malah, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, cadangan itu hanya mungkin dicapai jika mendapat persetujuan bersama di kalangan parti pembangkan

    ReplyDelete
  35. ANWAR TEMPELAK MAHATHIR – “JANGAN CAKAP BANYAK PASAL SIAPA CALON PM”
    Public spat yang terjadi antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir sebenar nya ada lah terjemahan kesetidakfahaman antara pemimpin dalam parti komponen Pakatan Harapan.

    Itu lah sebenar nya terjemahan pendirian mereka yang mustahil untuk berkompromi.

    Setelah semua pemimpin dalam komponen Pakatan Harapan mengangkat placard “Anwar Perdana Menteri ke7″ maka itu sudah di kira konsesnsus dari pemimpin tertinggi PH.

    Maka apabila Tun Mahathir memberi kenyataan bahawa pemilihan akan berdasarkan persetujuan semua pihak , Tun Mahathir sebenar nya mewakili diri dia sendiri sahaja. Kerana pihak dia dan PPBM sahaja yang tidak setuju.

    Terkini , apabila Anwar menempelak Tun Mahathir dengan berkata ” menentu siapa Perdana Menteri bukan hak Tuyn Mahathir” ia secara langsung menyuruh Tun Mahathir berdiam dan tidak masuk campur.

    Sebenar nya memang ada masalah besar dalam kepimpinan PH sesama anggota komponen nya.

    Namun mereka seolah olah melaksana kan “gag order” demi mahu menunjuk kan mereka bersatu.

    Penamaan calon PM pun PH sudah mendapat masalah denagn Tun Mahathir kerana Tun Mahathir mahu diri nya pula jadi calon.

    Tun Mahathir amat menyedari bahawa jika Anwar Ibrahim menjadi calon dan jika PH menang ke Putrajaya , maka Anwar akan mnenjadi PM yang tidak dapat di kawal oleh nya.

    Maka atas sebab itu Tun Mahathir akan cuba gagalkan pencalonan Anwar.

    Tambah lagi Tun Mahathir amat takut diri nya akan menghadapi banyak masalah jika Anwar sebagai PM membayar dendam lama nya apabila memegang jawatan Perdana Menteri.

    Parti PKR yang ujud semata mata hanya atas sebab mahu melawan Mahathir akan kelihatan bodoh jika mereka akur kepada Mahathir.

    Laungan “Reformasi” akan menjadi sia sia jika orang yang mereka lawan sekian lama akhir nya menjadi orang yang mengepalai komponen Pakatan Harapan.

    Maka apabila Anwar Ibrahim melalui wakil nya membuat kenyataan semalam bahawa Tun Mahathir tiada hak bersuara berkenaan siapa calon Perdana Menteri atau pun menawarkan dirinya sendiri sebagai calon ia ada lah cara Anwar Ibrahim memberi tahu bahawa Tun Mahathir tidak harus cakap banyak dan sedar kedudukan nya.

    Maka sah lah pergeseran yang nyata ini berkemungkinan akan menjadi punca perpecahan dan juga bala kepada PH itu sendiri.

    Mahathir keluar dari UMNO pun atas sebab mahu kuasa Perdana Menteri , mana mungkin mahu terima orang lain pula jika bukan legasi nya atau pun proksi nya sendiri dan kemudian diri sendiri.

    Sehingga hari ini Mahathir berjaya menipu rakyat Malaysia dengan alasan alasan yang di cipta dan di biyai nya untuk menjatuhkan Najib Raaak.

    Tetapi lama kelamaan semakin menonjol sebab sebab nya , ia itu tuduhan dan alasan itu semua termasuk lah isu 1MDB ada lah karut semata mata.

    Jika Mahathir masih belum sedar bahawa kenyataan terbaru Anwar Ibrahim ada lah cara menyedarkan nya supaya duduk diam dan faham peranan nya , maka sah lah Tun Mahathir telah hilang deria akibat terlalu tua.

    Tugas Mahathir dalam PH hanya lah untuk memancing sedikit undi orang Melayu untuk kemenangan PH , tetapi Tun Mahathir telah melampaui batas tugas nya.

    Itu sebab apabila Mahathir memberi tawaran dia mungkin terpaksa menjadi Perdana Menteri jika keadaan memaksa tidak lansung di sahut oleh mana mana orang penting Pakatan Harapan selain Tien Chua dan Mukhriz sahaja.

    Sepatut nya Mahathir malu dan sedar diri, namun sama ada yang di kejar Mahathir itu terlalu besar bernilai ratusan billion maka malu dan sedar diri tiada langsung dalam kamus nya.

    Apa pun “drama king” Mahathir akan tetap mencari jalan lain kerana perjuangan nya itu sahaja , ia itu kuasa Perdana Menteri kerana itu sahaja yang boleh membuat perjuangan nya selesai.

    ReplyDelete
  36. MENGAPA TUN DR MAHATHIR SEDIA JADI PERDANA MENTERI SEMULA?
    Setelah berulangkali menafikan beliau mahu berkuasa kembali, 1 Jun lalu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyebut beliau bersedia menimbang untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya ia dicadangkan dan dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

    Kesediaan beliau menimbang untuk menjadi Perdana Menteri semula ini kemungkinan besar berpunca daripada empat faktor.

    Faktor pertama adalah kerana beliau sejak awal lagi tidak dapat menerima Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon Perdana Menteri.

    Paling tinggi Mahathir boleh menerima Anwar adalah setakat berusaha membebaskan beliau seperti dengan memakai lencana “Free Anwar Now” (Bebaskan Anwar Sekarang) atau menandatangani petisyen pembebasan Anwar sahaja.

    Untuk Mahathir menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak mungkin, dan ini terpahat di dalam penegasan pada memoir beliau yang tidak pernah ditarik kembali, iaitu bahawa memecat Anwar pada 1998 adalah tindakan tepat dan bukan satu kesilapan.

    Sebab itulah bila pemimpin dan penyokong PKR mengangkat Plakad ‘Anwar PM Ke-7’ di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 pada 21 Mei, Mahathir tidak mengangkatnya.

    Sebab itulah juga bila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengumumkan, pada 24 Mei, dapatan kaji selidik Invoke Malaysia bahawa 23.5% daripada respondennya bersetuju agar Anwar menjadi Perdana Menteri jika PH menang, Mahathir menyifatkannya sebagai “syok sendiri”.

    Bersekali dengan penolakan Mahathir terhadap Anwar ini adalah penolakan beliau terhadap isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang terbukti di dalam tindakan beliau mempersoalkan cadangan awal Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, untuk melantik Wan Azizah ke jawatan itu.

    Faktor kedua adalah kerana kegagalan beliau mencari seorang calon Perdana Menteri yang sedia dikawal dan boleh mengikut telunjuk beliau bagi memastikan kepentingan beliau terjaga, termasuk bagi mengelakkan mengelakkan kemungkinan beliau berhadapan dengan masalah ekoran tindakan lampau beliau, jika PH memerintah.

    Kemungkinan beliau berhadapan dengan masalah ini adalah nyata jika dilihat kepada sikap negatif sekumpulan pemimpin dan penyokong PKR terhadap Mahathir, termasuk tindakan merujukkan beliau sebagai ‘maha firaun’ dan ‘maha zalim’ di dalam Himpunan Anti-GST pada 2 April 2016 serta tindakan mengherdik dan menolak gesaan untuk melupakan sengketa lama di dalam Konvensyen Reformis Malaysia pada 25 Februari.

    Perlu diingat, Mahathir sendiri pernah, pada 21 September 2016, menyatakan, jika PH menang, calon Perdana Menteri ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Bila Mahathir bersedia menimbang untuk menjadi Perdana Menteri semula, ini bermakna Muhyiddin sama ada sudah tidak lagi diyakini untuk menjaga kepentingan beliau atau sudah tidak lagi diyakini untuk diterima oleh pemimpin PH lain.

    Dakwaan kewujudan perpuakan yang sengit dalam PPBM, yang membawa kepada tindakan keluar parti secara beramai-ramai oleh sebilangan pemimpin dan ahli PPBM, menjadi indikasi ketidakyakinan Mahathir terhadap Muhyiddin ini.

    ReplyDelete
  37. Faktor ketiga adalah kemungkinan Mahathir dapat membaca arus perubahan di dalam parti paling berkuasa di dalam PH, iaitu DAP, sehubungan dengan isu calon Perdana Menteri ini.

    Tidak seperti sebelum ini, bila isu calon Perdana Menteri timbul semula, pemimpin DAP tidak lagi kelihatan komited menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi terhadap Anwar.

    Ahli baru DAP yang rapat dengan Lim Kit Siang, iaitu Datuk Zaid Ibrahim, mula-mula menyatakan sokongan terhadap Mahathir, dan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran.

    Portal berita Malaysiakini, yang diketahui pro DAP, pula mengeluarkan, pada 25 Mei, hasil kaji selidiknya bahawa 69.9% daripada respondennya bersetuju agar Mahathir menjadi Perdana Menteri jika PH menang.

    Selepas Mahathir menyatakan kesediaan menimbang untuk menjadi Perdana Menteri semula pun, Lim Kit Siang, pada 3 Jun, sekadar menyebut ini akan diserahkan kepada pimpinan PH untuk diputuskan, selain memuji pemerintahan Mahathir pada hari sama.

    Ini sekali gus menjadikan kebenaran penegasan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada 2 Jun mengenai kewujudan konsensus sejak dari awal pembentukan PH bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri boleh dipersoalkan.

    Faktor keempat ada hubungan dengan sifat superiority complex Mahathir yang memandang rendah orang lain dan melihat hanya beliau yang mempunyai kecerdikan, kepakaran dan pengalaman untuk membuat yang terbaik bagi Malaysia.

    Sifat superiority complex Mahathir ini, yang menampakkan hasrat beliau mahupun parti beliau untuk mendominasi PH, boleh menimbulkan masalah besar kepada PH yang proses pembuatan keputusannya didasarkan kepada prinsip konsensus.

    Telah digariskan di dalam Perjanjian PH bahawa perjalanan kerajaan atau pentadbiran PH di setiap peringkat adalah tertakluk kepada Dasar Bersama PH dan pentadbiran Kerajaan PH akan diketuai oleh seorang ketua yang dipilih berasaskan prinsip konsensus.

    Bila PKR berkeras mahukan Anwar dan PPBM berkeras mahukan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sudah tentulah yang akan berkuasa untuk memberikan kata pemutus mengenainya nanti adalah DAP, di samping pengikut setianya, AMANAH.

    Di sinilah kebijaksanaan pemimpin DAP berpolitik, seperti yang diakui sendiri oleh Lim Kit Siang di dalam wawancara beliau dengan seorang penuntut sarjana, iaitu menggunakan satu parti rakan untuk memastikan satu lagi parti rakan lain dapat dikawal.

    Tepat tulisan Pengarang Bersekutu Berita Harian, Kadir Dikoh, 4 Jun lalu, “DAP dengan jangkaan jumlah kerusi terbanyak dalam PH mungkin penentu siapa dan jawatan apa dalam Kabinet PH”, itu pun hanya jika Kabinet PH berjaya dibentuk.

    Apa yang jelas ialah PH hanya indah khabar dari rupa. Buktinya, Perjanjian PH pada 9 Januari 2016 menceritakan mengenai “keputusan bersama”, “pembinaan kesatuan politik” dan “penyelesaian pertikaian” tetapi hingga kini pertikaian terbuka terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  38. DAP & PKR SUDAH SAH TOLAK MAHATHIR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI PAKATAN HARAPAN
    Sudah kali kedua Mahathir menyatakan hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan ketiadaan calon.

    Kali pertama pada 1 Jun 2017, dalam satu temubual dalam Facebook. Kemudian sekali lagi dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review di Jepun pada 6 Jun 2017.

    Kenapa sampai dua kali ulang? Maknanya Mahathir sungguh sungguh benar hendak jadi PM sekali lagi ni.

    Kena ulang banyak kali untuk pujuk dan rayu simpati dari DAP dan PKR.

    DAP menerusi Guan Eng telah tolak hasrat Mahathir untuk jadi PM semula ini. Guan Eng menyatakan pada 6 Jun 2017, dalam Malaysiakini bahawa Pakatan Harapan belum memutuskan lagi siapa jadi PM.

    Jelas sekali, Guan Eng merujuk pada pengumuman Mahathir yang mahu jadi PM sekali lagi. DAP yang ada banyak kerusi kini. DAP boleh pilih siapa mereka suka.

    Anwar pun telah tolak Mahathir. “Ia bukan keputusan Mahathir, ianya keputusan Pakatan Harapan. Seseorang tidak menawarkan diri (menjadi Perdana Menteri) begitu sahaja sebaliknya perlu ada kesepakatan” kata Anwar di Kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Jun 2017.

    Sudah sah, DAP dan PKR tidak mahu Mahathir lagi. DAP dan PKR hanya mahu pergunakan Mahathir untuk memancing undi sahaja pada PRU14. Mahathir adalah umpan untuk dapatkan undi Melayu bagi calon DAP dan PKR.

    Esok pemimpin Pakatan Harapan akan bermesyuarat lagi. Sudah pasti topik siapa hendak jadi calon PM ini akan dibincangkan lagi.

    Atau mereka akan membincangkan apa sebenarnya peranan PPBM dalam PH. Masih relevankah parti satu kerusi itu dalam PH?

    PPBM nampak kini semakin lemah. Ahli ramai keluar parti. Di Negeri Sembilan dan Perak, PPBM terus lumpuh. Pergaduhan dalaman tidak boleh disembunyikan lagi.

    Krisis tidak dibaiki, tetapi Pengerusinya gila hendak jadi Perdana Menteri.

    Jadi apakah PPBM yang usianya baru 41 kali Jumaat ini masih lagi sekutu kuat kepada PH? Desakan kuat Mahathir untuk menjadi PM semula dan tidak bersetuju Anwar dipilih sebagai calon PM bagi PH boleh membuatkan PPBM disingkirkan dari PH.

    Biarpun sudah ditempelak oleh Anwar dan Guan Eng , Mahathir tetap dengan pendapat keras kepalanya. Egonya masih ada.

    Mahathir dalam wawancara di Jepun itu terlepas juga cakap “walaupun untuk sementara sahaja”. Kenapa hendak jadi PM “untuk sementara sahaja”?.

    Boleh jadi tujuannya adalah untuk dua perkara sahaja. Pertamanya, untuk “sign” meluluskan atau menyelesaikan hal kroninya yang cukup besar dan tersekat selama ini.

    Keduanya, Mahathir akan letak jawatan dan beri jawatan itu pada anaknya sendiri nanti. Dua perkara ini mungkin menjadi agenda besar Mahathir untuk menjadi PM “buat sementara sahaja”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey kata jika dipersetujui ph dia sanggup jadi PM semula...dia tak desak dan paksa sape2:pon..
      Lim guan eng pon tidak menolak secars tetbuka...senua ini merujuk oersetujyan pemuafakatan PH...macai umno yg nak putar...

      Delete
    2. Si Madey dengan Boboinya...si Jijah dengan si Nuarnya...nak jaga tempolok masing-masing....bukan nak jaga rakyat pun....

      Delete
    3. Si najib dgn badak...si lobai hadi dgnanak laki dan menantunye

      Delete
  39. Mahathir dalam wawancara di Jepun itu terlepas juga cakap “walaupun untuk sementara sahaja”. Kenapa hendak jadi PM “untuk sementara sahaja”?.

    Boleh jadi tujuannya adalah untuk dua perkara sahaja. Pertamanya, untuk “sign” meluluskan atau menyelesaikan hal kroninya yang cukup besar dan tersekat selama ini.

    Keduanya, Mahathir akan letak jawatan dan beri jawatan itu pada anaknya sendiri nanti. Dua perkara ini mungkin menjadi agenda besar Mahathir untuk menjadi PM “buat sementara sahaja”.

    Dua kali Mahathir menyebut mahu jadi PM kembali. Kenapa? Sebab mahu yakinkan kroni dan “funder” bahawa PPBM masih lagi ada harapan untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau “funder” lari dan tidak percaya lagi. Susahlah Mahathir.

    Dalam proses mahu menjatuhkan Najib Razak yang gagal dilakukan sejak Julai 2015, Mahathir dipercayai banyak menggunakan dana “funder” kroninya. Usaha ini masih gagal dan dengar kata ada “funder” yang sudah angkat bendera putih terhadap kempen ini.

    “Resources” untuk digunakan sudah “exhausted and limited”. Maka untuk memberi semangat dan harapan supaya “funder” terus memberi sumbangan terpaksalah menyatakan akan jadi Perdana Menteri sekali lagi.

    Cara umumkan jadi PM juga adalah untuk menunjuk kan dana diluar akan dapat dibawa pulang dan mereka yang telah membantu akan dapat digantikan semula.

    Itulah Mahathir. Tidak pernah jujur dan selalu membuat kenyataan bercanggah demi menjawab ikut waktu ditanya sahaja. Jawapan lain akan diberi pada waktu lain pula.

    Biarlah jawapan itu bercanggah pun, tetapi ramai tidak sedar dan tidak peduli kerana sudah dikaburkan dengan pelbagai cerita buruk dan kebencian kepada pemerintah.

    Maka kini “game of throne” telah menjadi “wide open”. Mahathir seolah olah tidak peduli lagi dengan Anwar dan Guan Eng.

    Apa tidaknya, bila yang dikejar itu bukan sedikit anak. Siapa pun Mahathir sudah tidak peduli lagi, kerana matlamatnya jelas iaitu mendapatkan “kuasa”.

    Batu halangan Mahathir yang terbesar sekarang adalah Anwar. Mampukah Mahathir pujuk Anwar untuk tidak mahu menjadi PM?

    ReplyDelete
  40. Blog Budin dah dijadikan mirror site Maikumut da Haramkah. Kesian tul, dah la tivisuku yu dinonton 2 juta bunian.
    haha, sukala,lucula tengok kedesperatan pihak EHNAIN dan Kiuseben ni.
    Nak lagi, nak lagi...mana Mr J nii

    ReplyDelete
  41. PKR DAN DAP TETAP TIDAK MAHU MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI
    Isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan ini akan terus berlarutan kerana terdapat 2 individu yang sangat tergila kan jawatan itu dari komponen yang sama.

    Mana mungkin satu bukit boleh ada 2 harimau , begitu lah umpama nya dengan kes penamaan calon PM dalam Pakatan Harapan .

    Jika secara angkat placard “Anwar PM ke 7” boleh mengesahkan bahawa konsensus awal dari PH ada lah Anwar Ibrahim calon nya setelah boneka Wan Azizah melepas kan jawatan , maka hasrat Mahathir untuk mencaturkan orang lain atau diri nya sendiri sebagai calon sudah boleh di kira sebagai tamat dan berakhir.

    Setelah Anwar Ibrahim menyuruh Mahathir diam dan sedar PH bukan rumah untuk beliau tentukan siapa calon Perdana Menteri , maka kini Lim Guan Eng pula bersuara.

    Konsensus telah memilih Anwar Ibrahim maka Mahathir harus akur.

    Konsensus juga bermakna majoriti.

    Maka dengan kenyataan ini tertutup lah rundingan dan tawar menawar untuk orang lain menjadi calon Perdana Menteri dari PH.

    Parti PAN atau Amanah yang di kenali sebagai kuda tunggangan DAP dan tiada nilai untuk bersuara dan hanya bersuara sebagai Pak Angguk pasti sekali memilih apa yang tuan nya DAP pilih.

    Jadi dalam kemelut calon PM ini , ternyata Mahathir dan PPBM nya keseorangan dan berkedudukan songsang melawan arus.

    Apakah yang harus Tun Mahathir lakukan sekarang ini?

    Tujuan Mahathir mahu menjatuhkan Najib juga bermatlamat mahu kuusa Perdana Menteri dengan berselindung sebalik isu 1MDB , maka jika sudah masuk ke PH pun masih tiada laluan untuk tujuan itu , maka elok sahaja bubar PPBM.

    Pada awal nya Mahathir tidak pernah menyatakan diri nya sebagai calon PM, ini kerana dia bermuslihat untuk menaikan nama Mukhriz.

    Namun komponen nya dapat menghidu rencana Mahathir di saat akhir , maka Mahathir segera menukar nama kepada diri nya sendiri pula.

    Apa pun semua parti komponen dalam PH telah mengunci kedudukan dengan menetapkan Anwar sebagai PM dan Wan Azizah sebagai interim.

    Mahathir amat melindungi nama Mukhriz yang di kira lemah dalam politik dari serangan musuh musuh nya, maka atas sebab itu sekali pun Mahathir tidak pernah mencalonkan Mukhriz walaupun itu lah niat nya secara sulit.

    Kini terpaksa lah Mahathir dan kuncu kuncu nya kembali ke drawing board untuk melakarkan semula tipu muslihat dan skim untuk meneruskan matlamat merampas kuasa.

    Malang juga nasib Mahathir setelah pihak sebelah sana (BN) menolak nya dan kini pihak sebelah sini (PH) juga menolak nya.

    Ada kah ini waktu terbaik untuk beliau undur diri dan melepaskan apa yang di kejar nya sebagi bukan rezeki nya?

    Sukar juga untuk membuat keputusan jika di kelilingi oleh proksi dan kroni yang tamak dan rakus yang jauh dari agama , kerana PPBM tidak ada penasihat agama.

    Mereka akan tetap mengapi api kan Tun Mahathir meneruskan hasrat kerana di situ ada habuan mereka jika Tun berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa macai umno yg susah hati soal PM jika PH menang?
      ..PH pikirvnak menang dulu...kalo kalah siapa pon dipersetujui tak akan jadi pm

      Delete
    2. Tak kemana pun PH ni....sebelum Pilihanraya nanti berebut kerusi lah tu....dah nak melingkop dah.....

      Delete
    3. Pas pis pus dgn ameno yg akan melingkup..dua dua penipu

      Delete
    4. Majoriti rakyat tak kisah pun kalu tun jd pm.asal bukan orang umno

      Delete
  42. DR MAHATHIR MAHU KEMBALI JADI PM UNTUK SELAMATKAN MUKHRIZ
    TINDAKAN Penasihat Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad mahu kembali diangkat menjadi Perdana Menteri buat kali kedua adalah suatu tindakan amat terdesak.

    Dikatakan sudah habis usaha dan perancangan yang dicatur olehnya untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri, seterusnya Perdana Menteri telah gagal.

    Dia dengan berbekalkan ego dan pengaruhnya cuba untuk memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun gagal. Seterusnya dia mengambil jalan kasar dengan bermusuh sehinggalah sekarang.

    Dengan harapan boleh mempercepatkan usaha menjadikan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan berkawan bersama DAP dan Pakatan Harapan, ternyata Dr Mahathir silap lagi.

    Kepimpinan Pakatan Harapan hanya mahu PPBM menjadi ‘penumpang’ untuk memunggut sokongan dan undi bangsa Melayu, manakala Dr Mahathir pula merasa dirinya berkuasa untuk mencatur keputusan Pakatan Harapan memandangkan dia adalah bekas Perdana Menteri.

    Ternyata tindakannya untuk menaikkan Mukhriz melalui Pakatan Harapan sekali lagi disekat dan tidak dipersetujui oleh majoriti pemimpin Pakatan Harapan.

    Kini dia kembali semula mahu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya.

    Tujuannya hanya satu iaitu mahu menjadikan anak sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri, seterusnya diangkat dengan mudah menjadi Perdana Menteri.

    Ia sama sekali bukan bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia, sebaliknya hanya untuk menyelamatkan hayat politik Mukhriz, seterusnya usaha untuk membawa pulang berbilion hartanya dari luar negara, menurut sebuah sumber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaian dan teori orang bodos...

      Delete
    2. Madey...biar le si Boboi tu bertatih sendiri....

      Delete
    3. al badaki jd pm ., lobai hadi jd co-pm..amecam?

      Delete
  43. SEMAKIN PEMBANGKANG SERANG, SEMAKIN NAJIB RAZAK BERTAMBAH KUAT!
    SEJAK tahun 2015, puak ‘Anti-Najib’ memulakan serangan keatas Perdana Menteri agar beliau dapat diturunkan bagi menggantikan dengan mereka yang lain.

    Bagaimanapun, puak ini masih tidak berjaya untuk melihat Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mantan Perdana Menteri sehinggalah ke hari ini.

    Boleh dikatakan semua ‘peluru’ telah digunapakai bagi tujuan tersebut, malah Najib tetap memegang kuasa dengan tenang dan berjaya menepis segala serangan berkenaan.

    Kini, selepas menghampiri tahun ke 3 serangan, Najib semakin bertambah kuat dan disegani pelbagai pihak.

    Bukan sahaja mereka tidak mampu menjatuhkan Najib, tetapi Perdana Menteri yang mereka terlalu benci itu telah berjaya membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

    Sebagai contoh, pertumbuhan perdagangan Malaysia telah mencatatkan 5 peratus di tahun 2017 iaitu RM569.68 bilion bagi tempoh 4 bulan pertama 2017 berbanding RM460.02 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

    Begitu juga dengan jumlah pelaburan langsung asing negara mencatatkan peningkatan terlalu mendadak. Pada tahun 2009, ia bernilai RM5.1 bilion, manakala tahun 2016 meningkat kepada RM41 bilion.

    Najib juga berjaya membawa Malaysia mengurangkan kadar jenayah dalam negara dengan rekod jumlah penurunan keseluruhan sebanyak 47 peratus sejak tahun 2009.

    Keintiman Najib dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun puak ‘Anti-Najib’ cuba untuk melaga-lagakan antara mereka berdua, namun ternyata usaha berulang kali itu tidak berhasil sama sekali.

    Najib dan Zahid juga turut dibantu oleh kekuatan ketiga iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang melengkapkan darah pahlawan sebenar dalam pentadbiran kerajaan kita.

    Benarlah kata ilmuan-ilmuan ulung bahawa, Najib Razak bukanlah seorang pemimpin yang mudah ditumbangkang begitu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengigau siang
      Hari saper yg kata najib makin kuat...kalo najib makin kuat najib tak payah beli lobai pas dengan harga 90 jota...hik3... Reputasi perompak makin merudum dengan macam2 krisis....terbaru fgv...

      Delete
    2. Hisamuddin kuat? Cakap pun buih2 mulut gagap2

      Delete
  44. Siapa plak yg layak dlm umno akan dilantik jadi ketua pembangkang jika umno tumbang?...zahid ato hishamudin ato lain orang?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan je lo PH- dah nak melingkop dah....akan berebut kerusi sebelum Pilihanraya....

      Delete
    2. amono dgn pas akn tumbang..kikiki

      Delete
    3. Mana ada dah ketua pembangkang lpas pru...abis menteri2 umno dh masuk bamboo river in

      Delete
    4. Aji eddy la jadi ketua pmbangkang partner dgn geng blok ke3 dia tu

      Delete
  45. sudah terbit warkah Mat Panjang
    konon ini cara menyerang
    Tun Mahathir buruk dicanang
    Dia nak kutuk negarawan terbilang!

    Mat Panjang nama diberi
    tulis berjela muat selori
    tapi semua tak ada isi
    hanyi tulis nak batu api..

    cakap macam pejuang bangsa
    entah ntah kuli kat JASA
    kopipes panjang macam terpaksa
    jika tidak, si Foad murka!

    Mat Panjang rabun tak nampak
    umno dah busuk berbau hapak
    sebab pemimpin jadi perompak
    hal Pakatan nak buat gempak!

    Pelik bin ajaib kita tak reti
    Tun dianggap jahat sekali
    bermacam tuduhan tapi tak bukti
    seret mahkamah tidak berani!

    anytime Tun sanggup kemahkamah
    itu tanda orang berhemah
    Bijan pulak berbagai helah
    dicabar menggigil belakang Kakmah!!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Mat Panjang di beri nama
      Panjang tulis pendek ceritanya
      Karya seperti mesin potostat aje
      Copy pandai akal tak ada..

      Ruang diskusi dia menempel
      Nak tulis sendiri dia terkehel
      Nampak sangat golongan yang jahil
      Takde ilmu barang setahil..

      Negarawan kita di kutuk kutuk
      Dah takde ilmu akhlak pula teruk
      Apakah jasa pada negara yang dia dah buat kita nak tengok
      Cakap macam orang yang dah kena rasuk..

      Walaupun korang pilih jadi macai
      Jangan le semua perkara korang nak tibai
      Gunakanlah sedikit korang punya akai
      Takkan kerana dedak korang dah pewai..


      Delete
    2. Sanggup bayar ratus ribu semata2 untuk elak sapina.

      Pemimpin bacul macam tu lah yang disokong oleh pengkhianat2 yang bangang...

      Delete
  46. DOLU DOLU NIKKY SEKARANG MR KUTTY
    U TURN MCM GILA BABI GEBANG SANA SINI
    GILO BABI DAH TUKAR SAKIT 'GILO MAMAK KUTTY'
    KLU BABI LEH CKP 'SAKIT MAMAK' TUL LAH SI BABI NI.....

    KIKIKIKIKIKI......

    BEBAS ALJUBOORI BERGEMÀ LAGI
    TAK DE PLAK ACARA GULING2 DI SOGO ARI NI
    IGP DI DESAK JUMPA CLARA DI ENGLAND KINI
    BLOGGER BANGLO LAJAK LARIS YG DUK MESIA PUN TAK SAMAN LAGI...

    KIKIKIKIKI...

    PUIIIIIIIIII......... BERAMBUS BARUA DAP@SINGAPORK

    ReplyDelete
    Replies


    1. DOLU DOLU BADAKI SEKARANG MR KIKY
      U TURN MCM GILA BABI GEBANG SANA SINI
      GILO BABI DAH TUKAR SAKIT 'GILO KUCING KIKY'
      KLU BABI LEH CKP 'SAKIT KIKY' TUL LAH SI BABI NI.....

      KIKIKIKIKIKI......

      KES FELDA BERGEMÀ LAGI
      TAK DE PLAK ACARA GULING2 ATAS JALAN DI PERAK MACAM HARITU
      IGP DI DESAK JUMPA CLARA DI ENGLAND KINI TAPI TAK BERANI
      SARAWAK REPORT PUN TAK DI SAMAN LAGI...

      KIKIKIKIKI...

      PUIIIIIIIIII......... BERAMBUS BARUA BN@PAS PIS PUS

      Delete
    2. Mat singapork kena sawan GILA BABI...MERAPOO MEROYAN KEBULORAN..HAHAHAHA...

      Delete
  47. LAWYER TERNAMA DI FITNAH KRONI ALJUBOORI
    4 INCI PUNYA HAL SATU MALAYSIA KECOH SANA SIÑI
    AIR MANI BERSEPAH MÈRATA SAPA YG DERMA NIH
    KOÑO ADA ALIBI DAN SAKSI SEKO PUN TAK MUNCUL LAGI...

    KIKIKIKIKIKI.... BERAMBUSSSSSS BARUA DAP@SINGAPORK...

    ReplyDelete
  48. Adehhh...dh la muka tak hensem bodoh lgi pulak tu mat singapork ni. Pastu dunggu lagi sikit ade jgk. Ingt ahmad maslan la paling bodoh n dunggu kat dlam umno. Upenya ade lagi yg lagi dunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mcm diorg ni bijak sbnarnya.tp terpaksa memperbodoh dan mendungukan kan diri sebab nak bela dato sri bijan yg dh kelu lidah nak berkata2 utk isu 9.5j dh dkt 11hari

      Delete
  49. Hidup Malaysia.. Hidup Negaraku... Sesiapa yang memerintah sekalipun perlu ada intergriti MENDAULAT ISLAM dan NEGARA MALAYSIA... Sudah-sudah la shah ooiii.... nak tabur fitnah di bulan ramadhan...

    ReplyDelete
  50. Mat Singapork mula nak jolok
    Bijan dulu bukan pun elok
    dengan girlfriend rapat berpeluk
    tak jadi kawin, cuma nak cilok!

    hari raya menjelang tiba
    tidakkah Mat berhati hiba
    ke Pulau Kukkoos bila nak mula
    kuatkan sampan, laut gelora..

    Pulau Kukkoos banyak kelapa
    bolehlah Mat bawa ke Malaysia
    bagi Matmaslan jangan dilupa
    untuk perah santan kelapa..

    bab memerah umno yang pandai
    tak cukup gaji, negara di gadai
    berbillion ringgit bos dah tibai
    tak cukup lagi naikkan cukai!

    Mat Singapork sila berambus
    baliklah kamu ke Pulau Kukkoos
    Pakatan menang kamu tak bagus
    takut nanti kamu direbus!!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Mat singapork tu bukannya apa
      Tak tahan lapar hampir nak gila
      Daripada mat duduk mengata ngata
      Kan elok aje mat pegi berbuka..

      Biasanya bulan puasa orang mengumpul pahala
      Mat pula mengumpul dosa
      Pada semua orang mat nak tala
      Sia sia aje mat, ko berpuasa..


      Delete
    2. Fan Tun membawa bola ke dalam kaw penalti lawan, mengumpan bola kpd Perak Man yg terus melibas maut ke muka si Tikus/anonyMOUSE Kejora....GOLLL..GOLL..
      ..KOJOL jugak akhirnya si Kejora...!!

      Delete
  51. Bodonya artikel ko budin..yg mnjadi prsoalan ko ttg siapa2 tu, apa jaminan PH lebh baik.? Lg hancus ada la..sbb kapla mcm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lagi bodoh..

      Belum cuba belum tahu. Dulu selangor dan penang pun korang tuduh macam2 jugak.. ok je hingga hari ni.
      Berbanding kerajaan kleptokrat kegemaran manusia pengkhianat macam kau ni..terang2 membawa kerosakan.

      At least jika ph jadi kerajaan..gst akan dihapuskan berperingkat dan dajjal2 1mdb akan disiasat sehingga ke lubang cacing dan wang yg disonglap itu dikembalikan..

      Pengkhianat macam kau mana peduli semua tu..

      Delete
    2. Sang Tikus/anonyMOUSE Kejora Pengecut lagi Penakut dah terkeluar dari rukun iman ke 6..tidak percaya akan qadak & qadar, malah taksub dgn 'succession plan' ciptaaan barat/kaum kafir.

      Delete
    3. si bodoh 1452..pencacai ameno pas

      Delete
    4. Dulu pru yg lepas xda isu besar pun dah 51%..dh ada 2-3 isu besar mcm skrg ni mau 80% aku rasa

      Delete
  52. ZAID IBRAHIM RAGUI JIKA PKR PIMPIN PAKATAN HADAPI PRU14
    Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang meragui kemampuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi Pililhan Raya Umum (PRU) akan datang mencadangkan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengetuai gagasan berkenaan.

    Bekas Menteri Undang-Undang itu meragui kemampuan PKR untuk memimpin PH, terutama dalam menghadapi PRU ke-14 akan datang.

    “PKR boleh jadi bijak dan membenarkan PPBM memimpin Pilihan Raya Umum ke-14 atau terus meratap sugul,” kata Zaid yang menulis dalam Twitter beliau.

    “DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) boleh jadi realistik, atau mereka boleh terus tenggelam dalam fantasi. Ini hari penentuan untuk mereka juga,” ujar Zaid.

    Sebelum ini PPBM dilaporkan mahu mengangkat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH, diikuti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden PH.

    Media juga melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat PH di dalam struktur kepimpinan gagasan pembangkang itu.

    PPBM juga mencadangkan jawatan Timbalan Pengerusi PH disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula sebagai Timbalan Presiden PH.
    Manakala Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu dinamakan sebagai Naib Presiden PH.

    Bagaimanapun, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan yang disebarkan itu semalam yang mengaitkan bapanya akan dilantik Pengerusi PH.

    Memetik sumber laporan Malay Mail Online, DAP dan PAN didakwa tidak begitu selesa dengan cadangan dari PPBM itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI BERITA SEBENAR MALAY MAIL BUKAN SEPERTI YG DIOLOK-OLOK OLEH SI PENIPU KEJORA JAHANAM.

      PETALING JAYA, June 9 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) confirmed today that it had an alternative proposal for Pakatan Harapan’s leadership lineup, but declined to reveal details.

      PPBM deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir also said internal matters within the Opposition pact should not have been divulged by any parties, after Malay Mail Online reported today that PPBM was pushing for its leaders, Tun Dr Mahathir Mohamad and Tan Sri Muhyiddin Yassin, to head Pakatan Harapan.

      “I am confirming that we have a different structure from the original one which was discussed.

      “Okay, I’d like to confirm that it is not necessarily the same structure,” Mukhriz said, when asked if PPBM's proposed structure was the same as Malay Mail Online's report.

      In the report, a Pakatan Harapan leader told Malay Mail Online that PPBM has proposed that its chairman Dr Mahathir and president Muhyiddin be appointed Pakatan Harapan’s chairman and president, with PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim as adviser.

      In PPBM’s proposal for the official Pakatan Harapan presidential council lineup, the less-than-a-year-old party suggested that Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is PKR president, be made the Opposition pact’s deputy chair, PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali as Pakatan Harapan deputy president, and DAP secretary-general Lim Guan Eng and Parti Amanah Negara (Amanah) president Mohamad Sabu as the coalition’s vice presidents.

      In the press conference today, Mukhriz and Pakatan Harapan presidential council chair, Dr Wan Azizah, said that details about the federal Opposition’s leadership will be announced next week.

      She added that the Opposition has also not decided on its prime minister-designate.

      Pakatan Harapan’s initial proposal had placed Dr Wan Azizah as chair of the federal Opposition coalition, together with Muhyiddin, Mohamad and Lim as the vice chairmen.

      PPBM only officially joined Pakatan Harapan in March. The coalition is planning to formally register with the Registrar of Societies (RoS), ahead of the 14th general election due by August next year.

      Delete
  53. FYUOOO....

    PM SAPA YG NAK DI PILIH MEREKA
    GARA GARA 'PLÀIR'KAD PUNYA ANGKARA
    KECOH GILO BABI PUAK PUAK DISANA
    DIVERT ISU MAKA DIJAJA KETUA PEMBANGKANG PULA

    KETUA PEMBANGKANG TETAP OŔANG YG SAMA
    SEBAB BARISAN AKAN MENANG BERGAYA SUMA STATEMENT NAK HIBUR ATI YG GUNDAH GULANA
    RAKYAT DAH SEDOR SAPA PENGKHIANAT DURJANA
    BERAMBUSSS BARUA BARUA SEMUA.....!!!!



    KIKIKIKIKIKIKI...... INI KALI HAAAHHHHHH....!!!

    BARUA DAP@SINGAPORK .. PLURALIST MURTAD.. SYIAH KAFIR.. LIBERALIST PENSABOTAJ EKONOMI BERAMBUSSSSSS.....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang Tikus/anonyMOUSE Kejora Pengecut lagi Penakut dah terkeluar dari rukun iman ke 6..tidak percaya akan qadak & qadar, malah taksub dgn 'succession plan' ciptaaan barat/kaum kafir.

      Cara dia mengilai 'kikikikiki' pun dah mengesahkan dia nie jembalang pontianak tolol meloyakan.

      Delete
    2. Rakyat sedar sb tu makin ramai protes...kau tu mat singapork sampai telor dah lanjut pon tak sedar2 lagi bijan tu mmg pelingkop anak beranak

      Delete
    3. Taksub sangat kat umno sampai takleh tukar sampai kiamat.maksum sampai takda parti lain untuk di undi dh kt malaysia bagi mat singapork.

      Delete
  54. Bro Othaman dah bagi sebijik
    kena selepuk kikikik
    sedap lepuknya seperti wajik
    kikiki demam tak pergi masjid!

    Bro Perak Man pun dah siku
    kena selepuk kikiki dah bisu
    menangis balik mintak menyusu
    terus nenen dibalik kelambu!

    kikiki kejora Mat singapork
    apa rasa kena berdepuk
    Otai Pakatan jangan kau sibuk
    masuk kesini mesti dihempuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha terbaik bro fan tun..

      Besarnya angan angan mat
      Masih menyanjung pemimpin kleptokrat
      Di fikirnya BN akan selamat
      Rasanya fikiran mat sudah tak sihat..

      Pergilah mat bertanya tanya
      Harga barang tinggi ramai ke yang suka
      GST tu mat tak kena bayar ker
      Rakyat akan pastikan BN mendapat balasannya..


      Delete
  55. BN tu pun bersatunya hapa, bercakaran sesama sendiri dari paling atas Najib Zahid ke paling bawah tukang jamban pakai tuala. Cuma diorang ni pandai kaberap main wayang di depan khalayak depan tv. Yg UMNO bercakaran sesama sendiri, yg MCA MIC jadi macai bodoh kena buli UMNO.

    ReplyDelete
  56. Memang sekali fikir mcmtulah logik akal dan emosi. BN penuh skandal dan makin mereput semua setuju. Manakala PH nampak bersih dan suci hari ni. Tp ingat! BN 40 tahun lampau juga nampak suci bersih dan perjuangan mertabatkan melayu, mertabatkan agama, dipenuhi ahlinya dari golingan guru agama dan guru akademik. Tp bila negara dilimpahi minyak dan sumber bumi yg kaya, pemimpin BN kemudiannya bertukar dan yg menggantikan semuanya tamak dan kosong jiwa perjuangan melayu dan islamnya. Akhirnya mereka jadi tamak dan menyeleweng dr perjuangan golongan lama.

    Nah! Sekarang PH. Cuba fikir PH siapa dan parti apa? Tiada langsung jiwa melayu dan agama. Mereka dipenuhi parti2 yg mendokong liberal dan anti Islam seperti DAP dan PKR. Malah ada yg anti hak melayu. Bayangkan 40 tahun akan datang. Bagaiamana rupa mereka ini pula akan berubah? Kemudian akan diganti pula oleh generasi pemimpin yg mcmna agaknya? Mana perjuangan melayu? Mana perjuangan Islamnya? Bagaimana rupa haloba dan kerakusan mrk agaknya mengaut kekayaan?

    Jalan selamat ialah dengan berjuang buat perubahan pd parti UMNO atau dlm PAS. Sbb mrk masih ada sikit2 nilai perjuangan melayu dan Islamnya. Bukan dlm PH yg bercelaru.

    Yang paling membimbangkan musuh beridealogi freemason dan liberal berkulit bangsa melayu membiak subur sihat dlm DAP dan PKR. Musuh melayu dan Islam menggunakan wadah parti2 PH ini nak cabut satu persatu institusi agama islam dan melayu macam penjajah British dulu cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih nak pusing isu agama dan kaum. Rasis tahap barua dah.kalah dh israel bab rasis klu lawan puak umno ni.

      Macam ko sorg je sembayang kat malaysia ni.

      Delete
  57. Rakyat sendiri akan menolak Pas kelantee yg kini tak fokus membela rakyat sebalik byk melakukan onar ketika rakyat ingin perubahan kepimpinan, tunggu ketika dan saat menjelang pru shj

    ReplyDelete
  58. Ambo tokse doh pakoh puok pas.xpo la biar la nok jadi gapo gapo pong pahni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...