Wednesday, 26 April 2017

MASA UNTUK PEMIMPIN UMNO TURUT BERTANYA ATAU AZIZ SHEIKH FADZIR BAKAL JADI MANGSA?


Seorang pemimpin UMNO dan wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain yang prihatin, akhirnya turut melontarkan soalan paling mudah - mana perginya wang yang sudah 1MDB bayar kepada Aabar BVI sebelum ini?

Soalan daripada beliau yang merupakan Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu menyusul berikutan penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara 1MDB dan IPIC untuk memikul tanggungjawab terhadap bon bernilai AS$3.5 bilion beserta dengan faedahnya sekali. 

Kata Aziz lagi, beliau menyokong penyelesaian yang dicapai itu, tetapi kerajaan perlu menjelaskan kepada PAC ke mana perginya wang AS$3.5 bilion yang dibayar sebelum ini.

Dalam pertikaian antara IPIC dengan 1MDB sehingga dibawa kepada Tribunal Timbangtara Antarabangsa, wang itu sepatutnya dibayar melalui anak syarikat IPIC, Aabar Investmet PJS tetapi telah dilencongkan kepada sebuah syarikat klon, Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island.
Soalan Abdul Aziz tambah relevan kerana berdasarkan rekod PAC, pembayaran AS$3.5 bilion itu sebenarnya dibuat sebanyak empat kali dalam tempoh yang berbeza.

Bayaran pertama dibuat sebanyak AS1.367 bilion yang dibuat tahun 2012, diikuti AS$993 juta pada November 2014, AS$885 juta pada September 2014 dan akhir sekali AS$295 juta pada Disember 2014?

Bukan saja ke mana perginya wang itu perlu diperjelaskan, bahkan yang tidak kurang pentingnya ialah, adakah 1MDB langsung tidak menyedari pembayaran dibuat kepada syarikat klon, sedangkan ia dibuat sebanyak empat kali dan bukannya secara sekaligus?

Perumpaan mudahnya, katalah  jika kita tersalah meminum air yang telah basi atau masam, apakah sehingga empat kali hirupan, masih tidak disedari juga  ada sesuatu yang tidak kena pada minuman tersebut?

Apatah lagi, berdasarkan penyiasatan antarabangsa, wang yang dilencongkan melalui syarikat klon itu turut dikaitkan secara langsung dengan tindakan yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS, pihak berkuasa Switzerland serta juga Singapura.

Oleh itu, persoalan yang ditanyakan oleh Abdul Aziz seharusnya mendorong sama pemimpin-pemimpin UMNO yang lain untuk turut bangun bertanyakan perkara yang sama jika benar mereka juga mahukan kebenaran sepertimana keinginan rakyat yang lain.

Soalannya mudah saja - YAB Datuk Seri Najib, ke mana sebenarnya pergi wang yang sudah dibayar sebelum ini dan tidakkah persetujuan memikul tanggungjawab terhadap bon itu beserta faedahnya bermakna 1MDB melakukan pembayaran berganda?

Berdasarkan apa yang berlaku sekarang, rakyat merasakan ada yang tidak kena berhubung penyelesaian luar mahkamah itu kerana ia jelas memperlihatkan kaedah "tutup lubang gali lubang" diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selebihnya, terpulang kepada Najib sama ada beliau mampu bersikap jujur dan berterus-terang mengenainya,  tetapi apa jua pendirian beliau setidak-tidaknya boleh dijadikan ukuran antara antara  hakikat "berani kerana benar atau takut kerana salah".

Adakah pemimpin UMNO lain yang berani bertanya menuruti langkah Abdul Aziz atau mereka lebih rela bersubahat dengan berdiam diri berkaitan kehilangan wang yang banyak itu, asalkan jawatan dan kedudukan terus terpelihara? 

Atau juga barangkali dalam sehari dua ini akan kedengaran Abdul Aziz tiba-tiba menjadi mangsa sebagaimana deretan yang lain sebelum ini yang telah dimangsakan hanya kerana bertanya soalan tentang 1MDB? (ShahbudinHusin 26/04/2017).

84 comments:

  1. ada yg kena simen nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rru355 telah berjaya dibentangkan oleh pas di parliament. President pas, haji hadi awing menempa sejarah berjaya membentangkan usaha menaiktaraf hukuman mahkamah syariah. Namun ia ditentang oleh banyak pehak terutama dari pakatan harapan.


      Penulis tidak hairan jika dap menentang rru355. Itu adalah sikap mereka turun temurun. Namun penulis agak hairan jika pan juga menentang.

      Apa hujah pan menentang rru355?

      Hujahnya mudah. Islam bukan mementingkan hukuman tetapi mementingkan maqasid syariah. Hujah ini diterjemah dengan mengadakan seminar maqasid syariah yang diresmikan oleh lim guan eng. Memalukan! Seminar islam diresmikan oleh bukan islam.

      Fahamkah pan tentang maqasid syariah?

      Bagi penulis pan tidak faham atau sekurang-kurangnya keliru, atau mahu memutarbelitkan istilah islam. Ia hanya untuk memenuhi kehendak dap yang menentang syariah.

      Apakah maksud syariah? Syariah secara mudah ialah peraturan islam. Ibadah, muamalah, munakahat, jenayah, akhlak dan aqidah, itulah syariah. Semua hukum itu adalah peraturan, hukum tentang ibadah solat puasa zakat dan sebagainya, hukum nikah cerai, hukum jual beli, hukum membunuh mencuri, hukum mengumpat mengeji, hukum tauhid dan syirik, itulah sayriah.

      Dan tujuan Allah Taala menurunkan semua hukum itu ialah untuk manafaat bagi manusia itu sendiri. Hukum wajib solat untuk membuktikan manusia itu patuh kepada Allah, hukum nikah untuk menjaga keturunan, hukum jual beli untuk menjaga kebajikan, hukum jenayah untuk menjaga nyawa, hukum akhlak untuk menjaga adab, hukum tauhid untuk menjaga aqidah. Itu antara tujuan syariah. Dan tujuan syariah itulah yang disebut maqasid.

      Pan melaungkan “Islam mementingkan maqasid bukan hukuman”. Maka pan menentang naik taraf hukuman rotan dari 6 rotan kepada 100. Dalam kata lain, hukum sebat ditolak pan walau ia termaktub dalam quran sebagai hukum hudud. Sebat adalah hukuman bagi penzina. Ia bertujuan untuk menakutkan. Siapa tidak takut dengan 100 rotan? Kebal benar ia kalau tidak gerun dengannya.

      Demikian dengan potong tangan bagi pencuri, ia membuatkan manusia takut untuk mencuri apabila terdapat orang yang kudung tangan kerana mencuri. Malah di Mekah, apabila azan berkumandang, gerai dan kedai terbiar tanpa ditutup tanpa dikunci kerana orang takut untuk mencuri. Malah terbaru di Brunei, kabarnya kenderaan tidak perlu dikunci kerana hukum hudud menanti jika didapati mencuri.

      Inilah maksud maqasid syariah iaitu tujuan syariah untuk menjaga agama iaitu solat zakat dan hukum bunuh bagi yang murtad, menjaga jiwa iaitu makan minum dan qishah bagi pembunuh, menjaga akal makan yang halal dan had bagi peminum arak, menjaga keturunan dengan nikah dan had bagi penzina, menjaga harta dengan mencari rezeki dan had bagi pencuri.

      Ertinya hukuman pesalah syariah itulah yang mengujudkan kebaikan. Kebaikan itulah tujuan syariah atau maqasid syariah.

      Apabila pan menolak hukuman atau peraturan syariah, ertinya pan tidak memahami maksud syariah. Pan hanya bercakap sekitar nasihat agama sedangkan agama itu mencakupi nasihat dan hukuman, samalah islam mementingkan hukum halal dan haram, mengambil yang halal dibalas pahala dan mengambil yang haram dibalas dosa.

      Implikasi apa yang dilaungkan pan ialah, tidak mengapa tidak menutup aurat yang penting berkelakuan baik, jangan hukum pencuri tapi nasihatkan sahaja jangan mencuri. Namun pan tidak pula menentang hukum penjara kerana mencuri yang diamalkan dalam perundangan malaysia. Pan tidak pula menentang pesalah rogol yang disebat 30 rotan. Pan membisu seribu bahasa.

      Pendapat pan ini iras-iras dengan agama Kristen. Kerana ajaran Paulus, hukuman tidak penting. Bukan prajudis dengan Kristen, tetapi ajaran Paulus menolak hukuman jenayah yang termaktub dalam taurat musa, sebaliknya hanya menitikberatkan hukum kasih. Dan inilah juga yang dilaungkan pan, hukuman tidak penting, yang penting ialah tujuan.

      Wassalam.

      Delete
    2. Dari Segi Bahasa

      .........................

      PAS : Diambil dari Bahasa Arab Al Pas ( Alif Lam Pa alif Siin ) - Erti Kapak

      Kata Guruku Kapak Untuk Orang Islam menegakkan Daulah Islamiyah Kat Malaysia Melalui Demokrasi.



      PAN : Merujuk Surah Ar Rahman Ayat 26 Pan ( beerti akan binasa/perisable )

      PAN: Dalam bahasa English dirujuk pada Kuali Leper

      Komen : Kita pun tak tau apa pasai diaorang pilih kuali mungkin nak goreng rakyat .

      PAS : Dalam Bahasa English takdak makna tapi boleh rujuk pada power steering component

      PAN dalam Bahasa Jawa tak ada makna

      PAS Jawa kata Sesuai

      Dari Segi Sejarah

      .......................

      PAS serpihan Umno .PAS keluar kerana Umno tak nak Jalankan Undang-Undang Islam di Malaysia .

      PAN serpihan PAS.PAN keluar kerana kepimpinan PAS yang menang dalam muktamar terlalu beriya nak Laksana syariat Islam Di Malaysia.

      Dari Segi Kepimpinan

      .............................

      PAS: Dipimpin oleh majoriti kumpulan Ulamak yang berkopiah & ilmu diiktiraf oleh ulamak muktabar sedunia.

      PAN : Dipimpin oleh Otai demontrasi & sebahgian ustaz kepala bogel ( tak berkopiah ) yang diiktiraf DAP & rakan Pakatan Harapan

      Fikir

      .......

      Fikir pimpinan PAS : Kalah Menang no 2. First priority ,Menegakkan Hak Allah mencari Redho Allah

      Fikir pimpinan PAN : Menang sangat penting First priority ,Menumbangkan UMNO Mencari Redho pengundi terutama Non Muslim

      Dari Segi Politik

      .....................

      PAS diakui semua kawan & Lawan Sebagai Parti yang penting untuk menyuarakan Isu Islam & Hak Orang Melayu

      PAN pada pendapat Saya sebagai (Parti Amanlah Najib) coz pemimpin PAN dah kata dimana PAS bertanding dia akan bertanding : Jadi akan berlaku pecah Undi di pihak opposition dan Najib boleh tidur lena coz secara logiknya PRU14 2/3 dah dalam tangan termasuk boleh rampas Selangor.

      Hidden Issue

      ..................

      PAS ditakuti DAP coz kalau PAS berkuasa Bisnez judi ,arak pelacuran & riba akan dicantas sikit sikit .Yang mana tokenya majoriti dari kaum mereka

      PAN jadi salah satu senjata untuk Screw Orang Melayu.Agar Orang Melayu ( majoritinya muslim ) Pecah Undi.Jadi Boleh jadi macam Singapore.Fokus utama adalah di Selangor sekiranya PAS semua kalah kerajaan negeri terkaya iaitu Selangor akan didominan DAP kerana PKR sediri kita pun tau kekuatannya dalam menyatakan hak melayu & Islam ( rujuk apa berlaku di Pulau Pinang )

      Delete
    3. "Seorang pesara bekas pegawai kerajaan negeri Terengganu tak percaya dan bukan itu sahaja malah dia kata bohong. Jangan percaya apabila penulis kata ada yang mengatakan (dikatakan) Mohammad Sabu presiden Amanah dapat RM 15,000 sebulan dari DAP.
      Bekas pesara kerajaan itu tadi ulang beberapa kali jangan, percaya jangan percaya, jangan percaya sangat dengan berita itu. Bohong belaka.


      Penulis boleh percaya kerana kalau tidak mana datang duit sebegitu banyak iaitu satu juta untuk ditawarkan kepada Mohamad Razali Abdul Rahman, bekas setiausaha politik Lim Guan Eng supaya tarik balik report polis terhadap DAP tidak lama dahulu.
      Penulis tak boleh percaya mari mana duit satu juta itu. Banyak tu. Tak mungkin wang pencen yang disimpan selama ini. Bukan macam Datin Seri Rosmah Mansor yang simpan duit sejak kecil lagi itu untuk beli cincin berharga puluhan juta ringgit itu.

      Banyak mana sangat pencen Mat sabu sebagai ahli palimen sehingga dapat simpan duit sebanyak satu juta ringgit kalau tidak ada pihak lain yang memberinya.

      Mustahil dia tak sayang wang sebanyak itu diberi kepada Mohammad Razali Abdul Rahman untuk tarik baik report polis yang dibuat terhadap perancangan jahat DAP untuk menjatuhkan kerajaan umno/BN yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

      Seperkara lagi apakah untung yang diperolehi beliau apabila melabur wang sebanyak satu juta itu. Sudah tentu ada pihak yang beri wang itu untuk membeli Mohamad Razali Abdul Rahman tarik balik report polis yang menjejaskan nama baik DAP di mata rakyat jelata.

      Pasti ada orang tak percaya wang sebanyak satu juta itu dibekalkan oleh DAP dan diberi kepada Mat sabu untuk membeli Mohamad Razali Abdul Rahman agar nama baik DAP terpelihara sebagai sebuah parti yang bakal dan layak memerintah Malaysia ini.

      Tidak dapat dinafikan masih ramai yang percaya akan gerak kerja DAP menggunakan wang, kerana orang melayu memang mudah dan boleh dibeli dengan wang untuk tarik sokongan dan mengundi pada PRU 14 nanti.

      Sejarah telah mem buktikan punca rasuah di Malaysia ini tidak lain dan tidak bukan adalah orang China yang sudah sekian lama membeli orang orang melayu terutama sekali para pemimpin umno.

      Kalau tidak mana mungkin wujud hala tuju pembangunan Negara dan negeri untuk halau orang melayu menerusi pengambilan balik tanah tanah milik melayu di jual kepada pemaju pemaju china untuk tujuan pembangunan hartanah dan rumah rumah kediaman yang tumbuh macam cendawan dimusim hujan.

      Penulis naik hairan mengapa masih ada orang melayu terutama sekali para pemimpin umno yang tidak mahu sedar akan hakikat ini.

      Apakah mereka dilahir kedunia ini apabila diberi amanah memerintah Negara asyik duduk kumpul harta dapat selembah mahu selembah lagi dan lembah demi lembah dan tambah seterus sehingga tergamak membiarkan bangsa Melayu jadi papa kedana.

      Jika inilah kaedah yang diamalkan oleh para pemimpin Melayu (umno) tak mustahil orang orang Melayu suatu masa nanti akan jadi pelarian di Negara sendiri.

      Delete
    4. Anon 16.46 dan 16.48,
      Aku tak nampak apa hebatnya hadi bawang bentang RUU 355 yg aku nampak ahli pas dah kena kencing dgn umno dlm hal RUU 355 yg tak akan kemana hanya permainan pancing undi melayu bodoh yg tak mau guna akal. Pasal PAS parti ulamak yg lain semua banjingan ini adalah atas pandangan sempit dan syok sendiri sebenarnya PAS ini boleh hidup hanya dgn mempermainkan sentimen agama tak lebih dari itu dari dulu sehingga sekarang

      Delete
    5. Dalam tulisan minggu lalu saya telah memperlihatkan bagaimana psikik Bani Melayu telah digunakan untuk menjadikan parti Demokratik Action Parti (DAP) sebagai ‘orang jahat’. Fitnah dan tohmah telah berjaya ditaburkan terhadap DAP. Dalam masa yang sama DAP juga telah terperangkap dalam sejarah dirinya sendiri. Ini telah meyakinkan Bani Melayu bahawa segala tohmah dan fitnah ini betul dan sahih.

      Hari ini DAP terus dicap dan diserang sebagai musuh dalam usaha, taktik dan strategi induk United Malaya National Organisation untuk mendapatkan sokongan Bani Melayu.

      DAP dilihat oleh Bani Melayu sebagai yang lain yang telah memporak perandakan tamadun Bani Melayu. DAP juga dilihat sebagai biduk yang sedang memisahkan kiambang.

      Kalau kita menggunakan ilmu kajian naratrif filem, maka DAP ini dianggap sebagai ‘disruptor’ atau penggangu. Sang penggangu ini wajib ditumpaskan agar kiambang akan bertaut kembali.

      Mari kita lihat sekali lagi filem High Noon arahan Fred Zinnemann yang dibuat pada tahun 1952. Kita akan bertemu dengan Gary Cooper. Sang penyelamat Gary Cooper bangun untuk menewaskan kumpulan samseng dan kaki busuk yang membuat kacau. Di akhir naratif orang kampung dapat diselamatkan oleh sang penyelamat.

      Dalam naratif politik Malaysia sang penyelamat ialah United Malaya National Organisation. Musuh yang wajib terus diserang ialah DAP. Orang kampung yang wajib diselamatkan ialah Bani Melayu.

      Apabila kita semua memahami suasana politik ini maka akan timbul satu persoalan hakiki. Bagaimana pula dengan Malaysian Chinese Association (MCA). Bukankah MCA ini juga parti Bani Cina. Apakah kabilah ini juga wajib ditakrif sebagai yang lain dalam badan politik Malaysia.

      Betul dan sahih bahawa MCA juga ialah yang lain. Justeru jangan terperanjat apabila saya memberi jawapan kepada persoalan ini.

      Berbanding dengan DAP parti MCA ini lebih licik dan amat seni racun politiknya. Kalau DAP berasal usul dari Singapura, parti MCA ini pula berasal dari Tanah Besar China. Satu gerombolan Bani Cina di Tanah Melayu muncul untuk menyokong Parti Kuomintang yang dikepali oleh Jeneral Chiang Kai-shek. Ini ketika berlaku perang saudara 1927-49 antara Parti Komunis China dan Parti Kuomintang.

      Parti MCA ini berhaluan kanan, dan dianggap cawangan Parti Kuomintang. Kuomintang adalah parti pro kaum pemodal, justeru MCA disokong dan didanai oleh oleh tauke dan cukong di Tanah Melayu.

      Awalnya ada kerja sama yang longgar antara gerombolan United Malays National Organsiation dengan puak MCA ini. Tetapi mereka berhadapan dengan musuh yang sama di zaman kolonial Inggeris. Mereka berhadapan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyokong perjuangan Parti Komunis China bawah pimpinan Mao Zedong.

      Kuasa kolonial Inggeris dalam usaha untuk mengalah Parti Komunis Malaya dikatakan telah memaksa Tunku Abdul Rahman untuk bekerjasama dengan MCA. Dengan cara ini sokongan Bani Cina di Tanah Melayu kepada PKM dapat dikurangkan.

      Dari suasana politik inilah muncul apa yang hari ini dipanggil – kontrak sosial - yang dipaksakan oleh Inggeris kepada Bani Melayu. Kontrak sosial ini memaksa Bani Melayu menerima Bani Cina dan Bani India untuk menjadi warga negara Tanah Melayu berasaskan ‘jus soli’. Ini berlaku pada tahun 1945.

      Ini fakta sejarah bukan labun dari Hishamuddin Rais.

      Delete
    6. Kpd penganut2 Partai Kapak spt
      1646 kat atas.ni.
      YANG PALING HERAN, TAPI,TAPI, yg cow lupa HERAN ADALAH :

      APAKAH KAU YAK HERAN KETUA PUJAANMU ITU BOLEHN PULA SEKONGKOL DGN PENCURI. YA PENCURI. YAYA PENCURI!
      Fakta:
      Maklumat yang XAVIER bawa awal2 dulu lagi tu, sekarang TELAH, SAH ianya BENAR. YA BENAR.
      Maka dgn itu,
      Apa lah kira boleh ,Tuang Hangba Bustari A'leem tokong jelaskan. Soalan :
      BOLEHKAH Ketua pujaan mu itu sekongkol,subahat dgn puak MUNGKAR?


      Ok, Cuba jawap dgn padat hemah tanpa perlu maki.

      Saya tunggu.

      Delete
    7. Paling tidak aziz tanya juga.
      Hadi awang dgn tok tok lobai pas pernah ke bertanya pergi mana duit rakyat ni?
      Dah dapat 90 juta boleh tutup mulut ker.
      Apa hukumnya wahai tok tok lobai pas? Sah2 dah bersubahat sama dah ni.

      Delete
    8. Apalah nak di herankan jika Mat Sabu di bayar 15,000 sebulan olih kerajaan Pulau Pinang ??

      Isa Ketot di bayar 150,000 atau 1.8 juta setahun untuk menghancurkan FGV . Penoroka Felda tak berubah pun ,masih macam dulu . Yang harunya sekarang Felda tangguh bayaran untuk buah hingga tiga bulan .

      Delete
    9. Politik matang, jgn lawan depan-depan.. Lawan dalam selimut aje... Mcm tu ke? Pondan betul...

      Cite2 nak pegang ace card kononny... Harap2 kluar card joker la dari tangan2 pak lebai2 nie nnti...

      Klu yea pun, Rasulullah tu tegor terus klu dah salah... contohi la ke nabi... Nie tak dah mcm2 skandal ameno, boleh layan bisu plak...

      Nak jadi setan bisu ape ke... Exco ameno buat jahat kena tangkap pun, tak komen... Berat..

      Klu dulu, dah berbakul2 dah ko maki org ameno... La dah jd adinda Kanda... Tak muhasabah otak org pas nie...

      Delete
  2. First!!! FuUuuCccKkk..kikikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. keris merayon... itu yb umno yang tanya

      Delete
  3. Ataupun C4 meletop

    ReplyDelete
  4. Duit Rm 3.5 billion itu jatuh ke tangan-tangan ghaib yg mendapat habuan atas angin

    ReplyDelete
  5. Lidah Najib tak rasa apa-apa...terminum air basi buat tak tahu sahaja... asalkan dapat minum...basi, halal, haram... belakang kira...huhu...

    ReplyDelete
  6. Sahabat...sila bagitau saudara abdul aziz sheikh fadzir; dan kita semua kat sini; tentang bloomberg yg "melaporkan" ipic dah confirm dapat duit usd3.5b dari 1mdb. Dah puas 2 hari aku cari artikel kat bloomberg, tapi tak dapat. Oleh kerana kau tahu Sahabat, jadi jgn segan tunjuk bukti pads ahli parlimen kulim tu. What say you Sahabat, it is about time you prove your argument... for once.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg takkan jumpa punya article tu sebab Ipic yg asli dah kata duit US3.5b sebagai deposit tak masuk dlm akaun dia.
      Ipic asli takde masalah sbb dia akan dpt balik duit bailed out US1.2b dari 1mdb seperi yg dipersetujui.

      Yg bermasalah sekrng siapa yg akan menanggung US3.5b, US1.2b dan hutang 1mdb yg lain???

      Delete
  7. SELESAI DI LUAR MAHKAMAH ADA TAK KENA...
    KUASA MAHKAMAH JANGAN DITERTIKAI PULAK....!!
    MINTAK MAMAK SENDIRI SAMAN YG BAWA
    SAMPAI SKG MAMAK TAK BERANI NAK BAWAK


    .... dah kantoi spinnnn .. mahkamah benar selesai luar mahkamah... ada pulak tuduh ada yg tak kena...
    mintak mamak pulak yg bawak... telo mamak masuk lam perut...

    ... BERAMBUS BARUA SINGAPORK@ DAP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro 1700,

      Dari mana duit untuk bayar nanti, duit rakyat atau duit jho low dan najib?

      Delete
    2. Anon 17:00

      Pandai betullah awak ni buat lawak bodoh ...mahkamah mana pula yang benarkan masaalah IPIC~1MDB di selesai luar mahkamah ??

      IPIC tak pernah merujuk pun kes ni ke mahkamah . IPIC hanya merujuk ke tribunal timbangtara je .

      Tak heranlah apabila Najib melebelkan para barua dia bangang dan biol !

      Delete
  8. Blogger shahbudin teruk mengutuk pas sebagai parti tidak guna.
    Tahukah anda blogger shahbudin dan keluarganya adalah bekas ahli umno yg memberikan undi kepada umno di setiap pilihanraya..
    Soalan saya siapa lagi haram jadah..orang pas atau keluarga budin..undi undi dari tangan mereka menyusahkan semua orang.
    Sekarang pandai pulak marah..dah berak merata marah orang tak tolong basuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dlm ni ex-umno..Masa umno Blum korup...Tun Dan kawan2 dlm ppbm pun dulu ex-umno,org amanah ex-pas..
      Jadi what your point?

      Delete
    2. Dari cara penghujahan persoalan sudah sah dpt kenak pentaksub penganut Islam Partai kapak songsang.
      Patutlah dipukul kanak sampai kena potong kaki,dibomb sana sini, sembelih, simen.
      TALIBLILIAH (*TAL8BAN JAHILIAH) rupanya 1725 ni.

      Delete
    3. Ramai ex umno ya..ex haram jadah la..lagi tepat..punggung busuk lagi tu..geng pakatan tak sempat nak cuci bagi habis

      Delete
    4. Anoy 18.56
      Apa masalah ph dgn punggung Busuk? .
      Apa yg geng pakatan tak cuci?..
      Serious tak paham komen ko ni..
      Apa yg ko Cuba nak sampai Kan..
      Ckp terus terang..Jgn belit mcm ularmak pas..

      Delete
    5. Umno zaman dulu tak korup??Abis anwar berahim perjuang apa selama ni.
      Budin,
      Ularmak pas membelit pun at least diaorang takdak saham pangkah umno selama ni...malaysia dah jadi rosak sebab tangan2 yang pangkah pemimpin korup..tu sebab kau lagi haprak

      Delete
    6. Anoy 21.15
      Kenapa?..Berdosa ker pangkah umno dulu?..
      Dulu pas kapir Kan umno..Skrang siap cium mulot tu camner Citer?..
      Dulu Kat umno kapir .. Skrang berpeluk tampar tu Kira camner?.
      Hehehe...Mcm biasa..Geng ularmak Dan ustak2 pas..Auta,pusing,guna Al-Quran,hadis..Lebih Islam daripada org lain..
      Yang paling best..Dh terjamin surga utk org pas dibawah syafaat hi.eddy

      Delete
    7. Pangkah umno mmg celaka..sebab dari tangan itu naiklah najib dan rosmah..

      Delete
    8. Anoy 21.57
      Kenapa ko tak salahkan tun razak jer senang..Kalu tun razak tak main dgn Bini dia mln tu..Bini dia tak Akan megandung..Najib pun tak Kan lahir..Bingai Punya org

      Delete
    9. Mamat nie hidup dalam sejarah ke... Yg hak tetap tetap hak...

      Yg bingung, nak ikut nnajib jahanamkn negara dah kenape...

      Delete
  9. The agreement is conditional on the Arbitration Tribunal in London making a "consent award" by May 31.

    The settlement is the first major step towards addressing IPIC's claims, which included $3.5 billion in bonds, plus interest amounting to $4.8 billion, a $1.2 billion loan plus interest, and about $481 million owed to IPIC's subsidiary Aabar, a source who asked not to be named told Reuters.

    - Reuters -


    Duit billion keluar macam beli coklat saja. Belanja dalam negara semua kena potong.

    ReplyDelete
  10. Mana lg Duit tu..
    Tu yg beratus juta dlm akaun najib tu la Duit 1mdb..
    Atau Ada org masih percaya duit tu derma Pak arab..
    Kot Ada yg percaya Duit tu najib kena Toto 1 prize apa?..

    ReplyDelete
  11. Itu wang sudah kami faraid dan pembahagiannya adalah mengikut undang-undang penyamun taraf antarabangsa.

    ReplyDelete
  12. TIGA KALI HANGUS

    Pertama

    USD1.8 billion pegangan 40% dalam usahasama 1MDB - Petrosaudi pada tahun 2009.

    Kedua

    USD3.5 billion pertama bayar pada Aabar BVI. Syarikat bunian yang tak ada kena mengena dengan IPIC.

    Ketiga

    USD3.5 billion ganti rugi pada IPIC. Asalnya pinjam untuk beli janakuasa. Mana semua janakuasa tu sekarang?. Dah jadi hakmilik Republik Komunis China.

    Jumlah keseluruhan yang hangus ialah USD8.8 billion. Bersamaan RM39 billion.

    Kemana semua duit tu hilang?.

    Beli kapal layar, jet peribadi, hartanah mewah di Amerika, buat filem lucah, barangan kemas Ros, beli Hadey Awang dan yang paling SAHIH RM4 billion dalam akaun peribadi Najib.

    PS...tu belum termasuk duit KWAP RM4 billion, hutang bank Malaysia RM5 billion. Hutang Deutsche Bank RM4 billion. Pinjam duit kerajaan RM950 juta.

    Copy & paste from Mohd Hanizam Yunus

    ReplyDelete
  13. Apa punya Melayu BANGSAT !
    Apa punya Islam HAMPAS !

    Apa nak jadi Partai Kebangsaan bunyi penjajah cap KERIS KARAT.
    Partai Islam Melayu KAPAK ARAB KARAT.

    Kata 3 Juta, mulut terkancing, sorang takut tanya.
    Partai Lobai pulak ,lgi la susah nak tanya wali2. Takot sgt subsidi bidadari kena poton nnt.Shahaat kena jaga walau pun dah reput dimamah ulat.
    Pura semata, Tak ada takut langsong...

    ReplyDelete
  14. Tn Shbdin,
    T.kasih kerana mengemukakan soalan ini, kena pada masanya.
    Mengenai 'wakil' Kulim, Bandar Baru, mungkin bolehlah di agak, banyak lagi dedak akan dicampak, dijadikan menteri penuh dll, dan sekiranya tanya dan tanya lagi, baru la diserah pd sang serigala.
    Andainya itulah natijahnya, beliau bukanlah mangsa utama kerana beliau telah lama dlm barisan pemimpin yg sokong 'pemerintah', yg tetap derita dari kejelikkan ini, adalah rakyat terbanyak. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. Kepada yang benar benar ikhlas nak tau pasal bayaran rujuklah kat blog LSS. Sayang bukan semua orang suka apabila isu ini selesai. Ringgit makin kukuh sejak penyelesaian ini. Pasaran matawang mengakui perkara ini dah beres. Kalau negara perlu keluarkan duit berbillion yang lebih untuk bayaran tentu ringgit akan merudum. Alhdulillah. Saya menjemput mereka yg cintakan kebenaran untuk sama sama bersyukur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur rega kembong dari rm 7 masa pru 13 dh jd rm 18 henget skrg dkt Pru 14.

      Delete
    2. Mr J toksah komen kalu dah bodoh piang macam ni. Datuk Aziz tanya mana pi duit yg hilang tu. Hang boleh jawab dak. Kalu tak boleh jawab duduk diam diam. Atau hang tak tau pun duit mula dah disonglap oleh Jho Low. Hang tau dak sapa Jho Low ni?

      Delete
    3. Apa yg selesai?.1mdb Ada masalah ker?
      Apa masalah 1mdb?..
      Kenapa perlu bayar berpuluh juta kepada Syarikat asing?..
      Apa masalah sebenarnya 1mdb ni?..
      Rugi berniaga ker?..Duit hilang ker?..
      Siapa Punya kerja?
      Berapa ramai yg dah didakwa?..
      Kenapa kerajaan yg perlu masuk campur dan Bantu 1mdb ni?..
      Apa tujuan penubuhan 1mdb ni?..
      Mana nak dapatkan laporan audit 1mdb ni?.
      Sorry lah..Banyak tanya,br keluar gua..
      Siapa,kenapa,mengapa..Dh ko paham bc blog LSS..Tolong la explain dari awal..
      Kami2 Kat sini ni bodoh .Tak reti pasal kes 1mdb ni..

      Delete
    4. Anon mr j..todah lah ko nk cover 1mdb tu? Bnyak benar salh laku dan ketirisan dlm. Syarikat tu.at least kalu 1mdb tu buat highway free tanpa tol dari jb sampai perlis takpe gak..tetiba je tau rugi berbelion..pelik betul aku ngan orang ameno ngan totok pas ni ..apsal la bengap sangat. Kepala korang terhantuk masa lahir ek

      Delete
    5. Mr. J . Saya yakin anda adalah salah seorang dari beberapa kerat yang percaya secara melulu dengan apa yang di utarakan olih blogger LSS , blogger halimunan yang dayus kerana tidak berani menonjolkan diri sebenar .

      Saya ada menyatakan , LSS @ Lim Sian See ( yang mengaku bukan nama sebenar ) adalah dari lidah pengarang akhbar the Star kepunyaan MCA .
      Besar kemungkinan juga LSS yang mengaku seorang businessman besar adalah Jho Low . Paling tidak , dia adalah kuncu Jho Low yang turut menerima habuan dari duit yang di curi dari 1MDB .

      Delete
    6. WAHAI MR J :
      ULASAN ANDA YANG BERBUNYI"KALAU NEGARA PERLU KELUARKAN WANG BERBILION YANG LEBIH UNTUK MEMBUAT BAYARAN, TENTU RINGGIT MERUDUM'BEGITU PELIK DAN BEGITU DUNGU.
      HABIS KERAJAAN NAK BAYAR IPIC DENGAN KERTAS SURAT KHABAR KE?
      ATAU DENGAN BULU KETIAK....

      BODOH LAH AWAK MR J.....
      LAIN KALI TAK PAYAH MASUK BLOG NI....
      BUAT KALAH PERBICARAAN JE....

      APAPUN KITA TUNGGU NILAI RINGGIT PADA MINGGU DEPAN HINGGA AWAL MEI BAGI MEMBUKTIKAN KEBENARAN.

      Delete
    7. Mr j yg bodoh ni ckp jgn berburuk sangka dengan 1 mdb..semua tau yg negara dah rugi berbelion ringgit..pasni kalu ada orang pukul dan rompak dia hatta kena cabul pun kita ckp jgn berburuk sangka kat perompak tu, mungkin dia nk pinjam duit ko...kikiki..bodohnye la..malu weh anak bini ko

      Delete
    8. Mr J ni kependekan bagi mr jilat gamaknya

      Delete
  16. BLOG LSS.....tiada fakta. We are government servants who know the details. Jangan tipu. Tiada yang selesai. Malah terus memudaratkan rakyat dan Negara.

    1901, anda kurang ilmu dan ada masaalah blind loyalty dek termakan dedak. Mana dapat duit untuk bayar, duit rakyat????


    ReplyDelete
  17. Banyak dan panjang komen copy n paste. Kemudian suruh rujuk pulak blog orang utk komen. Tolong la komen guna ayat sendiri. Itu tanda anda faham apa yg dibaca. Contohnya duit src 42 juta masuk akaun najib. Ag confirm duit itu masuk, tapi tak boleh diambil tindakan. So, soalannya, duit src 42 juta tu sudah dipulang atau belum? Kenapa polis dan sprm tak ambil tindakan kepada yg memasukkan duit src 42 juta ke dalam akaun najib kerana itu adalah kesalahan pecah amanah.

    Contoh 2, 1mdb akan bayar kepada ipic sebagai penyelesaian luar mahkamah. Sebelum ini, mof2 kata 1mdb ada fakta kukuh utk tidak bayar kepada ipic kerana bayaran telah dibuat. So, kenapa bayar lagi jika dah bayar. Banyak lagi contoh tapi cukup la 2 utk balaci jawap dgn hp baru. Bukan copy n paste. Nanti banyak pulak copy n paste utk bertanya tapi tak faham.

    ReplyDelete
  18. Disaran Attack Team Samsang A9, dan Squid CyberSTUD QSeben berlatih jawap latihan yg diberi cikgu 2002.
    Silalah Mr J, Sahabat, Keris Berayon dan sewaktu.
    Ingat strictly No C&P dari web2 tak laku semua tu.

    ReplyDelete
  19. .

    Masuk angin ke luar asap.

    Bayar sana, bayar sini.
    Hutang sana, hutang sini.
    Kebas sana, kebas sini.


    Tak nampak apa-apa pun kebaikannya pada rakyat..

    Bertambah susah hidup ada lah lagi..

    Dalam hal besar macam ini, melayu (pemimpin) tak pandai berniaga. Nak menipu tetapi sendiri kena tipu.

    ReplyDelete
  20. Apa lah jenis hantu kopipes
    Dlm blog tuan shah, ruang di perabih
    Harap lain kali komennya ditapis
    Isi tah apa apa, kuahnya lebih..

    Bukan kata aziz sorang je yang hairan
    Kita disini pun juga perlu jawapan
    Melainkan,mat singapork, sahabat, mr J dan macai seangkatan
    Depa tu semua di alam khayalan..

    3.5 billion bukannya sikit
    Boleh menjana ekonomi yang perit
    Adakah mereka ingat duit tu jatuh dari langit
    Dibiarkan hilang tanpa diungkit..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perak Man ,
      penjelasan sedikit ... 3.5 billion tu adalah dalam US dollar .

      Delete
    2. Terimakasih atas penjelasan pak diny
      3.5 billion tu dalam usd
      Kalo mengikut nilai dalam rm terkini
      15.223 billion jumlahnya jadi..

      Delete
  21. 4x lencongan. Bukan hanya 1MDB x sedar, ipic jua high ngan air ketum. Bukan hanya ipic high ngan air ketum, auditor luar pun sama-sama high tumpang sekole.

    Most improbable everybody on high despite the many checks and controls. The checks and controls can only be bypassed if everybody are all colluding thieves, including even the janitor, in one big grand theft.

    Lembaga pengarah 1MDB ni apa fungsi mereka kalau bukan tergolong orang-orang yang x bertanggungjawab. Orang lain mungkin kata tanggungjawab apa benda: lembaga yg terdiri dari lembu-lembu yang dicucuk hidung yang mahu x mahu terlibat dlm bab subahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg saya fhm lembaga pengarah dh warning bbrp Kali tp lembaga penasihat (najip le) yg kata teruskan..

      Delete
  22. Folks pls remember that a crime has been committed. USD3.5 was stolen and sent to Aabar BVI. Talking about settlement with ipic only benefits Ipic. What about getting some justice. Do the crime, Do the time. There is an Elephant in the room.

    Only good people will be able to run a good goverment.

    By now surely we the rakyat can distinguish between The Good, The Bad and The Ugly who will be contesting in the next PRU.

    ReplyDelete
  23. Perak Man, Kuah dia pun ceroi saja. Jawab nya tuang dalam parit saja.

    ReplyDelete
  24. Manusia akan percaya apa dia nak dan tak semestinya apa yang betul. Yang dah benci PAS dan UMNO akan mencari cari berita benar atau palsu untuk burukan kedua parti ini. Yang baik tak akan nampak langsung. Malang kerana menyebarkan fitnah ini besar padahnya di hari akhirat. Tolong islahkan sama Islam insyaAllah pahala besar menanti di hari pembalasan. Sekali lagi saya menjemput saudara bersyukur sama saya atas kurniaNya atas negara ini. Jangan tak bersyukur sampai Allah tarik nikmat yang diberi. Kalaupun rasa pemimpin ada kekurangan mari kita sama berdoa Allah memberi petunjuk pada pimpinan untuk betulkan kekurangan. Dapat pahala insyaAllah daripada meyebarkan fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit 1mdb hilang bukan fitnah. Fakta yg nyata. Hilang dibank kerana pecah amanah. Hilang dlm poket mungkin tercicir. Duit kita dalam bank tak ada yg usik kecuali akaun tak aktif.
      Percaya satu hal, fikir akan fakta satu hal. Ikut tanpa fikir satu hal, ikut dengan berfikir hal lain. Mudah untuk faham cerita berfakta air liur sukar nak faham fakta berekod.

      Delete
    2. Cer Citer apa yg fitnahnya?..Nk gak tahu..Bila kebenaran dibongkar dikatakan fitnah..Penipuan pula diangkat sebagai kebenaran..

      Delete
    3. Dah tahu atau masih pura-pura tidak tahu kenapa debat Nazri di halang?

      Bila dah sampai macam ini pun kata fitnah..

      Delete
  25. Datuk Aziz pernah vocal sebelum ini tetapi berdiam diri agak lama juga. Kini dia muncul dgn mengemukakan soalan cepumas. WHY?

    Adakah dia dapat menghidu sesuatu. Adakah Kedah pasti tumbang pada PRU yg akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan yg baik. Mohon beri pandangan.

      Saya tidak percayakan Dato Aziz walaupun ia suarakan 'kebenaran' disebabkan ia begitu lama mendiamkan diri.

      Pada pandangan saya ia hanyalah taktik 3 beradik ini untuk kekal dalam bisnes walau siapa yang berkuasa.

      Musa masih totok UMNO dan Najib tak salah apa-apa.
      Kadir dah tubuhkan parti baru dan UMNO salah semuanya.
      Kini Aziz pula letakkan sebelah kakinya di PH tapi sebelah kakinya lagi kekal di BN.

      3 beradik politic for business hanya play safe.

      Delete
  26. RUU355 bersamaan rm3.55billon hilang.

    umno guna bangsa tipu melayu,pas guna agama tipu melayu.

    yg untungnya pemimpin2 BRAHMIN mereka.

    Macai-macai dan walaunta:kasta PARIA,berpatah arang,sibuk dgn cut/paste,basuh buntut pemimpin2 mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu sama siKl Najib buat upacara besar sumbangan RM80J pada tahf8z.
      Disaat sama diJohor, insan kecil yg baru dipotong 2 kaki, koma, menyahut panggilan Illahi. Tubuh kecil ini dilanyak dialam Pendidikan Tahfiz yg mula rakus ala Taliban.
      Mencari kambing hitam senang.
      Adun Media primat utk sejukkan perkara inu juga senabg.
      Arah salah yg dituju Malaysia amat bahaya.
      Ketua politkus beesikap Brahmin tidak peeduli soal BESAR. Lebih munafaat bg mereka Marhaen Paria sekadar dibekal dedak dudok diam.
      Jahanamlah Melayu berterusan dlm mimpi megah.
      Makin kotor dan hina kesucian Islam dimata dunia.
      Ada mereka ketua politikus klepto kisah?
      Sudah tentu TIDAK !

      Delete
    2. .
      .

      Semua ini tidak berlaku sebelum ini?

      Yang tiada kaitan dengan agama adalah kerana kemurkaan Allah pada Najib.

      Yang berkaitan dengan agama seperti Sekolah Tahfiz adalah kerana kemurkaan Allah pada Hadi..

      Berdoa lah supaya kita selamat dari kesialan dan dari kemurkaan Allah.

      Delete
    3. 2333, Doa setiap hari berkali2 dah buat.
      Allah tidak bantu Bangsa yg sentiasa sempitkan diri mereka. Politikus dan loba Kingcin asuh nslayu jhn guna akal, taat biar Brahmin fikir.
      Politikus Lobai momok nyanyokkan Islam supaya hanya hembus jampi mereka yh mujarab.
      Habis tu? Benyai infinite loop lah

      Delete
    4. Anon 23.33, jangan sebut tentang Allah apa yang kita tidak diberi pengetahuan mengenainya. Macam tulah ramai pengomen blog - banyak andaian dan syak wasangka. Ini kerana dendam kesumat dan benci kepada kerajaan. Setan mengambil peluang dan membarakan perasaan. Sampai kita membuat andaian terhadap Allah, hamun ulama', menentang perkasaan syariah, memfitnah pemimpin dan bersekutu dengan musuh Islam. Agak apakah kesudahan perbuatan kita ini? Insaflah saudara dan baliklah ke pangkal iman.

      Delete
  27. Mr J, saya faham apa yg cuba disampai oleh tuan tetapi adakah kita mendapat pahala jika kita membiar kemungkaran berlaku dihadapan mata kita tampa berusaha membetulkanya. Kemungkaran yg kita dapat lihat dan rasa akibat daripadanya.

    Sudah berapa banyak penafian dibuat dengan mengulangi perkataan fitnah dan sebagainya oleh pemimpin kita. Akhir sekali kebenaran muncul dihadapan kita. Perlukah kita masih bersangka baik.

    Bagaimana pulak hukum menuduh orang yg bercakap benar sebagai penyebar fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, apa yg dibentangkan di blog ini hanyalah dengar cakap dan bukan bukti. PAC yg dianggotai oleh 5 pembangkang telahpun tandatangan documen mengatakan 1MDB tak hilang duit. Menteri luar Arab Saudi dah confirm derma kepada PM. Tapi isu ini masih diputar oleh sebahagian mereka yg hendak main politik. Malangnya kita terjebak sekali. Ringgit Malaysia mengukuh mendadak sejak semalam lepas berita penyelesaian 1MDB keluar. Pasaran matawang dah terima penyelesaian ini. Kalau sebaliknya berbillion perlu dibayar matawang akan merudum. Namun masih diputar isu ini untuk kepentingan politik tertentu. Saya nasihat saudara jangan terjebak. Carilah kebenaran saudara sendiri. Bacalah semua berita termasuk dari sumber kerajaan. Dan doalah semoga Allah menampakan kebenaran.

      Delete
    2. Hello....
      Bila pula pembangkang tandatangan tak hilang duit sedangkan laporan audit di osa kan. Dan lg mereka hanya tandatangan pada dokumen yg mereka setuju saja. Dan mereka juga marah kerana ada dokumen yg dikeluarkan selepas ditandatangan.

      Amboi, sedap mulut je ko ckp.

      Delete
    3. Apa pulak tak hilang duit. U baca report pac yg mana? Pac suruh diambil tindakan terhadap ceo 1mdb, tapi nfa. Jadi pekerja najib lagi ada. U kasi fakta bro. Bukan tulis jer ikut apa yg dapat dlm taklimat. Kasi baca dulu, laporan pac berkaitan 1mdb. 2 Lembaga pengarah letak jawatan bro kerana tak puas hati ceo buat keputusan tak ikut arahan lembaga pengarah. Semua bab duit bro bukan pasal buat janji air liur.

      Delete
    4. Mr J hati gelap hitam langsung tak nampak kebenaran.

      Delete
    5. Wahai Mr J Attack Team Sonsang_A9.
      Siapa yg fitnah ni. Keluar lah hujah patahmu yg tidak boleh disanggah.
      Cepat, sanggah berisi, kalu tidak 2.99 Juta Ahli UMNO bertekad keluar parti sebab TIDAK sanggup bergelumang dalam subahat Pencurian wang Rakyat muda tua miskin kaya, oku,yatim, narhaen.
      Nampak mcm Roh UMNO dah sah sudah diangkat naik.
      Yang tinggal bangkai Biawak yg busuk reputnya sudah siluar kawalan.
      Baim awak explain elok2. Apa hal kerahsiaan 1mdb ni? Mana pihak wajib..CEO, Jho Low, Anak Tiri. Tak kan Polis cari tak jumpa2 lago?
      MR J dan seangkatan,
      The floor is yours. Tapi kami mau fakta yg sahih dan halal.

      Delete
    6. Oii mr j yg bangang..bukan ke pac yg lame dah dibubarkan jibby sial tu..nur jazlan naik menteri task force mdb dibuabrkan..peguam negara dan gabenor bank negara dipecat..ko ingat kami bodoh mcm ko..gi la simpan kebodohan ko tu sorang sorang

      Delete
    7. Mr J,

      Mahukah saya doakan kehancuran bagi pihak yang bathil dan menipu, dan saudara hanya perlu aminkannya.

      Kenapa takut jika saudara benar-benar yakin di pihak yg benar.

      Tidak seperti si polan yang memutarkan lidah seperti yahudi apabila berbahas tetapi lari beralasan seperti nasrani bila diajak bersumpah laknat.

      Delete
  28. Now everyone can become lobai..bila orghe pas join ameno..orghe ameno pun bolehla gunakn agama nk suruh rakyat taat pd pemimpin..pas pis pus

    ReplyDelete
  29. Bro Perak Man nak cerita sikit
    Anon 17.25 memang berpenyakit
    Keluarga Tuan Budin dia nak ungkit
    Jasa kat umno bukan sedikit

    Orang yang bijak mengelak jahat
    Apa lagi pemimpin khianat
    Otak berfikir mata melihat
    Pemimpin ini sudah pun tenat

    Itu sebab berbondong pergi
    Pada umno orang tak sudi
    Peringkat bawah sampai tertinggi
    Wang ringgit sanggup mengabdi

    Baik pemuda atau pun puteri
    Nak bagi ilmu sahsiah diri
    Bab ilmu mereka nak lari
    Kalau rombongan muka berseri

    Kalau nak perang perlu senjata
    Ilmu pengetahuan mereka tak bisa
    Menari berhibur bersengkang mata
    Ke majlis ilmu macam terpaksa

    Walau dimomok bertambah ahli
    umno orang buat tak reti
    Janji pemimpin rakyat dah lali
    Memang umno takde kualiti..!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dah sedar dan telah berubah
      Umno yang sekarang sudahlah parah
      Masalah kleptokrasi dan juga rasuah
      Disokong pulak parti pas, memang haram jadah..

      Anon 17:25,Apalah disungkit peribadi orang
      Cubalah gunakan politik matang
      Komen berfakta boleh berbincang
      Bukan berkelakuan seperti binatang..

      Kalau pemimpin dah kaki tipu
      Anak buahnya pun sama semuanya haru
      Parti umno sekarang sudah merapu
      Tiba lah masanya, tukar yang baru..

      Walau berapa banyak dedak ditabur
      Rakyat berfikir tak akan makan
      Wahai umno janganlah takbur
      Inshaa Allah PRU 14 nnt, kamu diturunkan..


      Delete
    2. Tepat sekali bro Fan Tun dan bro Perak Man...

      Itu hanyalah taktik orang-orang yang masih kekal dalam UMNO untuk mengecil-ngecilkan orang-orang yang telah tinggalkan UMNO.

      Lain Ulu lain parang
      Lain UMNO dulu lain UMNO sekarang.

      Delete
  30. Minister says letter confirms Aabar BVI is IPIC subsidiary

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/380374#ixzz4fJfrHyOC

    Statement ini dr Johari 2nd finance minister.

    Whats troubling me is even though it is true about the letter, why borrow dari abang and bayar balik kepada adik walaupun depa dari satu bapak. Ini business bukan pinjam dekat mana mana lebai kampong.

    Your're a finance minister man, only show what a trouble person you are.

    Sudahlah YB letak jawatan saja lah dari memperbodoh diri sendiri dihadapan berjuta rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai YB Minister J,
      BNM berkeipayaan buat forensik money trail.
      Untuk latihan pertama. ambil RM1 dari wallet anda. Trace tengok.
      Awak akam dapati aebahagian dari RM1 ini datang dari cukai hasil titik peluh SAYA !!.
      Oleh itu, kerja elok2 sikit, nnt sy tak halalkan.
      Ok sambong kerja,
      Assignment:
      Aabar (kosong) = genuine.
      Aabar BVI = clone aka PIRATE.
      OK, Start digging and atop acting stupid !

      Delete
  31. Yang sepatut tampil untuk menjawab asyik membatu. Yang menjawab bagi pihak pulak macam tahu.
    Bagaimana kesudahan cerita kita tunggu selepas PRU 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang baru NOTHING TO HIDE...sebab SEMUA Anak Butik Tahik Low dah keluar.
      Well, Wahai 2.99 Ahli bawahan set pencium tangan UMNO,

      APO LO TONGGU LAGI dok tenggek dalam jamban tu?
      Kapala Butir Tahik Low semua dah tubik abih Mat, Minah !!!
      Tak busuk ker?

      Delete
  32. Pantuan 2 kerat untuk renungan lobai dan penganut pas,,

    parti pas parti kapak
    memang hampas,memang haprak

    Alumni SIMEN, KONGKRIT

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...