Walaupun disebut namanya dalam ucapan oleh Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Iskandar Samad sebenarnya tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu lalu.
Difahamkan namanya disebut dalam teks ucapan Tun Mahathir kerana kedua-duanya sudah mengesahkan kehadiran mereka sebelum ini.
Tetapi, kenapa tiba-tiba tidak hadir?
Diberitakan kemudian bahawa ketidakhadiran mereka disebabkan adanya "arahan" pada hari yang sama yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin Pas menghadiri majlis tersebut, meskipun persetujuan untuk hadir sudah diberikan sebelum itu.
Akhirnya, satu-satunya orang Pas yang hadir dalam majlis itu ialah Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Namun, beliau tiada apa-apa jawatan dalam Pas, cuma masih Ahli Parlimen bagi parti tersebut. Beliau yang lebih dianggap Pas "harumanis", di luar hijau, di dalam oren, bagaimanapun memberitahu kehadirannya adalah atas kapasiti peribadi.
Dengan yang demikian, ketidakhadiran Pas dengan sendirinya menimbulkan banyak persoalan.
Pas dilaporkan sedang dalam proses rundingan dengan Bersatu dan seperti yang pernah ditulis oleh A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, kata putus sama ada ia berhasil atau sebaliknya, mesti dimuktamadkan pada bulan ini juga.
Tugas mengetuai rundingan diserahkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalainya.
Sekiranya Pas mempunyai kecenderungan untuk bersama dengan parti-parti pembangkang dan sedar rundingan ke arah itu sedang berjalan, keputusan tidak menghantar wakil sedangkan kata setuju untuk hadir sudah diberikan, ia tentu merupakan tanda negatif.
Jika ingin bersama, Pas tentu memilih untuk hadir dan tidak mengeluarkan arahan sebaliknya.
Mahfuz sendiri mempersoalkan sikap Pas dengan mengatakan ia memberi isyarat seolah-olah parti itu enggan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi menumbangkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib Razak sebagaimana yang diinginkan oleh majoriti rakyat sekarang ini.
Apakah boleh ditafsirkan ketidakhadiran Pas kerana parti itu enggan bekerjasama atau kerana adanya pemimpin-pemimpin DAP dan Amanah yang turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut?
Masihkah Bersatu mahu menunggu kata setuju daripada Pas untuk bersama atau harus melupakannya begitu saja?
Mungkinkah Pas hanya mahu bersama dengan Bersatu dan PKR saja, tetapi enggan ada sebarang ikatan dengan DAP dan Amanah?
Jika demikian, mungkinkah ada wujud dua pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dengan Bersatu sebagaimana yang sudah terjalin ketika ini dan satu lagi hanya melibatkan Bersatu, PKR dan Pas?
Atau mungkinkah Hadi Awang sudah melakukan ijtihad untuk terus kekal bersendirian, sebagaimana dilaporkan sebelum ini beliau juga barangkali telah berijtihad untuk hadir ke Iran di sebalik sedang berlaku serangan dan pembunuhan Syiah terhadap Sunni di Syria?
Dalam hal ini, bagi Bersatu khususnya, perlukah Pas terus "dirindui" atau seharusnya dilepaskan begitu saja?
Apakah Bersatu bersama Pakatan Harapan semata-mata serta dibantu dengan sekian banyak isu yang kian melemahkan kedudukan Najib, masih belum cukup kuat untuk mengalahkan UMNO dan BN, jika pun akhirnya Pas menjadi "pengacau" di tengah-tengah? (SH 16/01/2017).
Pengesahan bererti Janji.
ReplyDeleteJanji diengjari bererti___.
*nnt kita tunggu Lobai lukus taska, dia jawap.
Amal U Turn , Nafi Mungkar. Partai Selam Klepto sepiring dedak basi berlauk Taik Low masin perisa nanah Eric Tan, dihirup.dgn segelas kincin lobai haram jadah. Aamin.
saya ahli pas..sekarang ni saya tengok pas parti kong ka li kong.hadi dah gagau duit dari najib. nak cakap apa lagi.
Deleteharap serban aje besar...
Hadi dah kemaruk dedak...
DeletePentaksub hadi telah munum air kencing hadi sebab hadi kaki kencing....
Jangan buat janji dengan Parti Syiah. Pura2 dan menipu ialah budaya mereka. Inilah konsep Ayatollah Iran Marang. Taqiyyah wal Jamaah.
DeleteDulu sibuk cakap pasal Mat Sabu kononnya berfahaman syiah namun ternyata sebaliknya.......!!!
DeleteJika selepas daripada ini PAS membuat keputusan menyertai Pakatan Harapan untuk pertandingan satu lawan satu, tobat lahom aku tidak akan mengundi PAS. PAS jelas merupakan sebuah parti yang tiada prinsip. Jika PAS menang melalui gagasan Pakatan Harapan dan hasil keputusan PRU agak seimbang, terlalu besar kemungkinannya PAS akan menyeberang untuk bersama BN.
DeleteTunggu sekejap..
ReplyDeletePas akan buat keputusan selepas perhimpunan RUU355 nanti.
Anggaran 300,000.. tapi realitinya belum tahu
Kalau yang hadir tak sampai 50,000 maka pas akan ikut pembangkang.
Sememangnya itu perhimpunan RUU355 dan bukan politik. TETAPI pas boleh "mewarnakan" menjadi hijau.
😄😄😄
Tuan Budin,
ReplyDeleteSaya sejak awal lagi konsisten dengan pendapat saya lupakan PAS dan teruskan dengan yang lain-lain.
Saya perasan ada beberapa penyokong PPBM yang masih merindui PAS untuk dibawa dalam kerjasama ini.
Saya faham bahawa kerinduan itu adalah disebabkan pertimbangan dibuat menggunakan perkiraan matematik.
Ada pula saya lebih percaya hati manusia adalah milik penciptanya. Kalau pencipta hati itu letakkan PPBM di hati majoriti pengundi maka PPBM tetap akan menang walaupun pertandingan 3 penjuru.
PAS yang kononnya parti Islam itu pun lebih mahukan harta rampasan perang berbanding perjuangan di medan perang.
Sejak awal kewujudan parti ini pun agama telah dijadikan barang dagangannya.
Kekadang ramai ahli tidak semestinya lebih baik dan sedikit ahli berbanding pihak lawan tidak semestinya lebih lemah.
"Sudah berapa banyak kelompok yang kecil mengalahkan kelompok yang besar dengan izin Allah".
Sekali lagi saya beri pendapat yang sama, lupakan sahaja PAS. Sejarah mereka kafirkan UMNO dan masih belum ditarik amanat Hadi itu, dan bolak balik mereka di dalam hal-hal agama (mutakhir ini RUU 355 pula) menjadikan PAS lebih merupakan liabiti sekiranya diambil sebagai rakan.
Ia bukan sahaja liabiliti di kalangan Muslims dan non Muslims di Malaysia, malah juga pada pandanganNya.
Saya percaya PAS dan UMNO mempunyai ketetapan sendiri dan akan menjadi warta berita di dalam lipatan sejarah selepas PRU14 nanti.
Saya juga setuju ramai ahli bukan pengukur utk menang PRU.
DeleteBuktinya pada PRU13, Pas meraih undi sebanyak 1.6 juta, selaras dengan jumlah ahlinya tetapi PKR dan DAP mendapat undi 3 juta masing2 berbanding dgn jumlah ahli yang jauh lebih rendah dari itu.
Kesimpulanya Pas tidak akan dapat lagi jumlah undi seperti PRU13 dulu.
Jika begitu berapa kerusikah yang mampu dimenangi oleh Pas dalam keadaan sekarang ini Pas ditolak oleh pengundi simpati cina, india dan melayu sendiri?
Sewaktu PRU 13 yang lalu isu-isu seperti 1MDB belum hangat lagi dan isu-isu RM90 juta belum tersebar luas, jangan harap PRU 14 akan menang sebab rakyat rata-rata sudah menyampah dan meluat dengan "politik longkang" sebegini...........!!
DeleteMarah betul cik salwah nampak nya
DeleteSama sama lah kita PANGKAH PH
Kasi JATUH itu orang yang ROMPAK duit rakyat & BN
Kalau meka jatuh @ tumbang
Kemana menteri menteri dedak nak lari
LAS VEGAS kah ?
Tsmy dan tdm org yg pernah menerajui kerajaan. Kerajaan yg kuat boleh melakukan byk perkara berbanding kerajaan yg lemah. Lihat selangor, kekalkan pas utk kuat. Kehadiran pas memudahkan kemenangan, pertandingan 3 penjuru sukar dan syok sendiri. Tarik tali pas lebih kepada bodoh sombong. Mereka pasti kehilangan kelantan jika 3 penjuru dan lebih banyak kerusi utk kalah. 3 penjuru lebih kepada balik seperti dahulu dan terbukti dgn 2 prk. Terpulang kpd pas utk menyulitkan keadaan atau memudahkan perjalanan pembentukan kerajaan. Tolak ansur penting dlm membentuk kerajaan dan dap pun telah faham. Tapi pas pantai timur kurang ilmu dalam tolak ansur kerana berfikiran kita kuat utk buat apa saja.
ReplyDeleteKalu 2 penjuru, saya pasti selepas pru14, ada yg terus kena tangkap utk tindakan ag. Siasatan mungkin dah siap tapi tak lepas kerana ditutup pintu keluar.
Moga pas hilang sombong dan lebih cerdik dalam tindakannya.
Saya berasa amat marah sekali dengan kebodohan pemimpin PH ini yang masih bermati-matian mahu bekerjasama dengan PAS.
ReplyDeletePemimpin pemimpin PH memang BODOH,BODOH,BODOH.
Bro dalam politik x de istilah bodoh, yg bodoh tu yg kena tipu je..yg menipu tak bodoh..
Delete17 : 11
DeleteOiii bahalul
Since PH memerintah SELANGOR
Rezab dah 4 billion tau
Jaman BN dulu ada apa
Berapa rezab nya ?
Ada Air Free ?
Ada tabung anak selangor ?
Ada bagi duit kemasukan universiti ?
Cer ko tanya negeri negeri lain yang di perintah BN
Berapa agak nya rezab negeri negeri meka ?
Pastu compare kan dengan PH
17 January 2017 02.24
DeleteOiii engkau la yang betul betul bahalul.
Yang dikatakan bodoh disini adalah mengenai keinginan PH bekerjasama dengan PAS yang mengkhianati PR sejak 2008, walaupun Tok Guru Nik Aziz masih ada. dan BUKAN tentang kebolehan mentadbir negeri , FAHAM TAK ? Kalau tak faham pergi main guli tepi longkang.
Pas akan beri kerusi utk bentuk kerajaan jika bn tak cukup korum.
ReplyDeleteSkrg mereka berlagak pembangkang memperbodoh ahli sendiri.
Ini lah warna sesumpah manusia yg kononnya beriman..
Allah Azza Wajallah tidak melihat pakaian seperti serban,songkok atau pun jubah seseorang,,tetapi hati dan keikhlasan seseorang akan mendapat kemuliaan dariNya....!!
DeleteYaa..pedulikan saja pas..pm najib khabarnya dh beri peruntukan tambahan kepada pas yg telah dpt 90juta duit gula2..pas sudah hampir diumnokan..biarlah mereka..
ReplyDeleteKalau ya PAS dah collect 90 juta
DeleteTak berbaloi langsung
PAS boleh mohon lebih dari tu
30 BILLION dari kerajaan BN
Dengan duit banyak tu PAS boleh hadap PRU 14 secara solo tanpa couple @ dating dengan sesiapa
Musuh islam tk akan berhenti rosakkan islam kini pas jadimangsa dari sebuah gerakkan islam yg tk dikenali tk dihormati dan disegani telah berjaya setelah di usahakan oleh ustaz fazil dan tok guru Na k aziz dgn segala susah payah selama lebih 30 thn tp kini syg segalanya musnah inilah contoh bagaimna gerakkan islam dirosakkan dari dlm oleh ulamak yg sebenarnya diprogremkan oleh musuh islam secara halus
ReplyDeleteHai takkan tak kenal perangai lobai hadi ulamak donia...
ReplyDeleteLobai Al kincin Wal Donia Hardy. Semua kenal, kuat kafir org dia ni.
DeleteYang tak tahan gelak tu, masih ada Mekayu Selam Bahlul Songlap ALL Jammah Taik Low ,perisa nanah Eric Tan, yg bingai piang! Nak nangis atau ketawa tak tahu la. Janji bunyi Arab, kentut Arab Jahiliah pun, pakat ketar, takut tk dpt masok surgawi. Adoi la..happy la Jibby.
LUPAKAN PAS! Simple.....sekurang kurangnya PH dapat beri isyarat jelas sejelas jelasnya kpd rakyat bhw PH mampu bersendirian. Tanpa PAS, lagi senang Pakatan pembangkang Sabah dapat undi bumiputera kristian di Sabah. Dan PH tak boleh ragu2 keupayaan sendiri di kawasan luar bandar dan felda. Najib dah bagi bola tanggung, apa lagi, libas jerrr laa.
ReplyDeleteSetuju pendapat bro 100%
DeleteAda beberapa persoalan untuk PKR dan Bersatu :
ReplyDelete1. Apakah PKR dan Bersatu yakin bahawa PAS akan diterima oleh penyokong sekiranya PAS dipilih untuk mewakili Pakatan Harapan.
2. Apakah PKR dan Bersatu yakin para penyokong PH dapat memaafkan para pemimpin PAS atas kerosakan yang telah mereka lakukan.
3. Apakah PKR dan Bersatu tidak merasa khuatir tentang penolakan total pengundi cina dan sebahagian besar pengundi bandar terhadap PAS sekiranya PAS dibawa bergabung dengan PH.
4. Apakah PKR dan Bersatu merasa yakin dengan kekuatan sokongan PAS di kalangan orang melayu kerana ramai yang beranggapan PAS adalah sejarah dan indah khabar dari rupa.
Aku tak kisah pas nak join ke tak join ph, itu masalah tgh dan sekutunya pemimpinnya yg tengah berunding dengan ph untuk mendapat bahagian yg lebih baik sekiranya ph berjaya..set tu mana pikir pasal ahli..hanya kepentingan diri yg utama bg mereka..yg aku harap ialah rakyat terutama ahli pas dapat menimbal mana yg baik atau yg buruk sebelum membuang undi...masa depan korang bukan ditangan tgh tapi ditangan korang sendiri...sedarlah..
ReplyDeleteApa laaa PAS ni....Tumbangkan umno dan bn dulu...bersihkan dulu kjaan, langsaikan dulu semua kemelut 1mdb, felda, fgvh dan semua sekali. Tak ada dasar, tak ada ruu atau hudud, tak ada manifesto pon org tak kisah. Tak kan tak boleh pikir, tanpa jadi kjaan, umno akan lingkup sebab tak ada income. Lepas tumbang, umno tak boleh naik lagi selamanya.
ReplyDeletePas adalah parti Islam. Najib adalah org islam dan pemerintah. Haram kita jatuh kan pemerintah islam sekarang.
ReplyDeleteSape pun leh letak label,tp sembah taghut Dan amalkan assobiyyah.. Ikut amanat lobai sedonia.. Jatuh kapir ya kapir harbi.. Faham molek2 tu..lg satu bijan itu adalah dajjal yg nyata dan lobai2 adalah pembantunya yg nyata ..tak puas ati.. Sila patahkan dgn hujah2..
DeleteSiot! Nokharam jadah mana terlepas masuk. Kurrrr...Kurrrr...main luar!
DeleteKalau haram, awat hampa lobai2 dulu hentam kaw2 umno-bn?
DeleteKalau haram, awat hampa ada parti dan bertanding dlm PRU?
Jgn main2 hukum saja pak lobai oi!
Sedap ikut hampa ja pasai hukum2 ni noh?
Hampa (lobai2) sendiri pun cakap mcm ulaq. Sat konar sana. Sat kona sini.
Dari itjihad lobai sedonia, sape mkn dedak haram,maka jd darah daging..klu badan dh haram sama mcm babi dan anjing. Tp tak pe tu utk macai2 je,utk lobai sedonia dia dh ijtihad bg dia hukumnya halalan toyibban.. Mu faham molek2 tu..klu dak batal akidah mu,jd kapir harbi.
DeletePas diresap budaya Syiah. Menurut Qardhawi jangan ada taqrib antara Sunni dan Syiah. Malangnya Ayatollah Hadi Marang tidak wala dan berdusta!
DeletePRI-14 nanti.
DeleteHarap-harap PAS jgn masuk tanding utk mana2 kerusi Dun dan Parlimen.
"HARAM" bertanding. Nanti Najib dan partinya kalah berdosa pulak. Habis semua lobai2 berdosa termasuk Timbalan Ulamak Sedunia lobai Hadi berdosa.
Jadi, bubarkan saja PAS. Jadi badan dakwah saja. Lagipun tak lah menginaya pengundi2 dan mudah utk pengundi2 buat keputusan.
Ingat tu lobai.
Pesan kat lobai Hadi, bubarkan PAS tu dan tak payah masuk bertanding dlm PRU nanti.
Yg paling penting2 lobai2 leh mutaah.. Brg di ingat mutaah tu hanya di bokehkan pd lobai sedonia dan geng dia.
DeleteHujjatul ayatollah al hadi wal merengi.. Sanjungan macai2 yg dok kumpul pahala pangkah parti lobai, tp Lobai2 kejar kerusi,dapat kerusi,tambah Bini atau tukar Bini nk lebih grand lg leh mutaah ..hangpa macai2 tunggu lah bidadari kt syurga bila hangpa dh mati.. Klu Blum mati pangkah no parti lobai... Hidup Malaysia.. Siap!!!!
DeleteArahan tidak hadir dikeluarkan olih Najib, pencuri 1mb mlalui lebai Hadi. Najib bagitahu dedak rm90juta aku dh beri, jadi semua arahan terpaksa diikut.
ReplyDeletePas dlm genggaman Najib. Kalau tk ikut ckp Najib, dia akan bocor rahsia dedak rm90juta dia dharurat beri.
Sarawak Report dah tahun depan tak disaman pimpinan Pas. Dah hantar amaran 7 hari SR buat donno saje! Yang paling pelik sampai sekarang Taki kecut telo nak sambong saman. Apakah money trail 90juta akaun Ambank Najib telah bocor? Khianat Pas di banyak tempat semasa PRU13 mesti kerana termakan dedak! Lebai jika dibayar rasuah 90juta tetap jadi ayam. Balak Najib dah tak bagi tebang mesti ada dedak baru ditabur pada Lebai Ayam di Negeri Serambi Mekah.
DeleteMahathir Yang GAGAL dalam Segalanya
ReplyDelete“Why Tun?” “Why?” Itu lah diantara ayat yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO ketika Persidangan UMNO di PWTC dimana Mahathir menguji sokongan orang UMNO terhadap kepimpinan zaman pemenrintahannya.
Lulusnya ujian simpati untuk terus berkuasa telah menjadikan dirinya sebagai orang yang tidak boleh ditegur dan disanggah dalam apa juga keputusan yang dibuat olehnya. Sehingga 2003 Mahathir terus menggunakan pengaruhnya untuk meperkayakan syarikat berkepentingan dengan menggunakan wang rakyat.
Wang rakyat dipergunakan tanpa ada sekatan, tanpa ada halangan terutama kepada anak beranaknya serta syarikat kroni kesayangannya. Setiap bantahan dan halangan yang dilakukan terhadap tindakan yang dilakukan sudah pasti hukuman zalimnya akan berlaku.
PAS amat kenal perangai buruk Mahathir ini, PAS amat kenal tingkah laku Mahathir ini, Sesiapa yang baru lahir sudah pasti akan meyokong kehadiran Mahathir hanya kerana KLCC, Sepang Circuit, Daya Bumi, Jambatan Pulau Pinang, Itu mercu tanda yang dibina oleh nya.
Manakala dipihak rakyat pula kehidupan amat tertekan dizamannya, mana tidaknya rakyat hanya melihat mercu tanda yang dibinanya dengan skandal pembelian tanah yang berpusing-pusing sehingga menjadi ratusan juta peningkatan harganya.
Mahathir tidak pernah bertanggungjawab terhadap kerugian kerugian proton yang telah berusia hampir 30 tahun. Jika berlakunya kerugian dengan sewenangnya Mahathir akan menggunakan wang rakyat untuk menambah modal pusingan untuk memastikan hidup semula.
Mahathir hanya ada KLCC, Sepang Circuit , Daya Bumi, Jambatan Pulau Pinang, hanya untuk rakyat kelas pertengahan dan atasan sahaja. Untuk Rakyat dibawah mereka hanya mampu melihat KLCC dari kejauhan tanpa dapat disentuh dan dinikmati faedahnya.
PAS secara terangan menolak Mahathir didalam Pakatan dan penolakan ini adalah berdasarkan sejarah-sejarah kezaliman Mahathir terutama isu Mamali, dan banyak isu lain yang menjadikan PAS membuang kepercayaan kepada orang yang bernama Mahathir.
Tetapi dikalangan anak muda yang berumur sekjitar 38 tahun kebawah mereka melihat Mahathir adalah KLCC, Sepang Circuit , Jambatan Pualau Pinang, Daya bumi yang mana telah mengambil tanah KTM dimana tanah tersebut yang menjadi gudang kepada KTM ketika itu.
Ketika itu selama 12 tahun gaji guru hanya sekitar RM425 sebulan termasuk cola dan golongan OKU pula hanya mendapat RM60 tanpa kenaiakn selama 22 tahun. Mahahit lebih mementingkan dasar persyarikatan Malaysia yang mana menguntungkan kroni kroninya dan terus membebankan rakyat selama puluhan tahun.
Berbagai usaha pemimpin PPBM untuk memujuk PAS agar bersama dengan mereka dalam PRU14 akan datang, namun usaha untuk membawa PAS semakin hari semakin sukar dilakukan. Ketegasan PAS dalam pemdirian mereka menjadikan pemimpin PKR, PAN dan PPBM hilang sabar. Semuanya berpunca ketidakpercayaan terhadap Mahathir.
Perangai Syiah yang menjadi ikutan Ayatollah Hadi Awang bila mengutok kembali Qardhawi sebagai tidak boleh nampak dan tidak boleh dengar. Semua ulama KUIS dikutoknya tua semua. Nampaknya pengikut beliau yang ada blog tapi tiada pembaca juga bawa cara yang sama. Tiada hormat pada orang lebih tua dan kuat lebong adalah sifat Syiah sejati.
DeleteTapi aku x rasa susah.pun di zaman.mahathir..aku anak beranak happy je..zaman najib penyamun.perit nak Mampuih semua dicukainya masuk.poket dia laki bini
DeleteKalo benarlah tun mahathir bagai dikata 20:56, at least sekarang, dia telah berubah dan cuba membetulkan kesilapannya dengan menolak najib, harap 20:56 memberi sokongan penuh pada tun..benda yg dah berlalu dah tak leh wat apa..yg ada sekarang ni lah yg patut diutamakan...
DeleteHidup Tun!!
Hidup Bersatu!!
Anon 20:56,,tak ada maknanya di zaman Tun M rakyat hidup merempat dan sengsara,,nampak sangat kau punya pembohong,,justru pada zaman kami merasakan nikmat dan mewah, selepas dari zaman Tun M lah sedikit demi sedikit kami merasakan kesempitan ekonomi,,bak kata orang kais pagi makan pagi,,kais petang makan petang,,di zaman MO1 lebih parah dan semakin jahanam kedudukkan ekonomi kami oleh kerana kos sara meningkat,,rasuah berleluasa tidak terkawal,,maksiat di kalangan peminpin pun berleluasa,,justru itu sama ada sedar atau pun tidak di zaman MO1 banyak balak bencana diturunkan oleh Allah Taala, MH370 & MH17,,banjir besar,,1MDB,SRC & sebagainya...........!!
DeleteBetul betul betul tu
DeleteSangat banyak BALA di jaman M O 1
Dengan kopter yang terhempas lagi
Rata-rata pemimpin yang ada didalam PPBM ini bukan dikalangan pejuang malah diantara mereka ini adalah pengamal LGBT termasuk anak-beranak mereka. Begitu juga dengan beberapa pemimpin mereka didalam PKR yang berstatus peguam yang besekedudukan tanpa nikah dan tinggal serumah.
ReplyDeleteKerakusan pemimpin Pakatan dalam melakukan penipuan terhadap rakyat dapat disembunyikan oleh penyokong mereka. Disneyland Ampang dan kekayaan Nga Kor Meng, Adam, dan Zuraidah dimana dikawasan mereka terdapatnya lambakan maksiat perjudian yang dilakukan secara terangan tanpa pembenterasan
Pada masa yang sama juga , pengampu politik yang dahulunya banyak rekod buruk politiknya semasa didalam kerajaan dilakukan. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip cuba bermain psychology dimana menuduh PAS melakukan persetubuhan haram tanpa nikah (bermukah) dengan UMNO.
Seharusnya pemimpin ini sedar bermukah hanya diatas kertas tetapi jika pemimpin ini matang dan berakal semestinya dia membuat kenyataan tentang LGBT yang sudah menjadi amalan anak-anak angkat Mahathir. Ini baru dikatakan bermukah secara nyata.
Sehubungan itu semestinya pemimpin PPBM ini menganjurkan majlis pernikahan anak angkat Mahathir yang mengamalkan gaya kehidupan LGBT secara besar besaran. Jangan perkara dihadapan mata dibiarkan sahaja dan perkara diatas kertas dijadikan isu yang amat besarp.
Beberapa pihak menyarankan kepada anak angkat Mahathir agar bernikah terus lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan., tak payah bermukah, bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram cara begini, tak molek pada mata rakyat dan Allah. Zahid Mat Arip dicabar untuk bertindak.
Kesakitan hati pemimpin PPBM ini dapat dilihat apabila Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang berkata, kesukaran PAS bekerjasama dengan PPBM disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Marah dengan kritikan Mohd Amar terhadap Dr Mahathir itu, Zahid menyamakan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dengan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Kalau PPBM berbangga dengan Mahathir sudah pastinya PAS juga berbangga dengan Datuk Nik Amar. Begitu juga dengan UMNO sudah pastinya berbangga dengan Dato Sri Najib dan PKR berbangga dengan Azmin Ali.
Justeru itu, setiap rakyat ada pegangan fahaman politik mereka , rakyat melihat apa yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu, Kini keborokan Mahathir sudah jelas dipandang mata. Apakah matinya Mahathir didalam penghinaan kerana tidak pernah melarang anak serta anak angkatnya yang dikatakan mengamalkan amalan songsang?
Suasana Di Stadium Malawati Umpama Suasana Di Pyongyang
ReplyDeleteSuasana semalam di dalam Stadium Malawati, Shah Alam terasa seperti di Pyongyang, Korea Utara apabila para hadirin yang hadir majlis perasmian PPBM berdiri dan menjerit memberi sokongan kepada Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka menjerit “hidup Tun” berkali-kali dan berdiri tetapi dari raut wajah mereka ada emosi yang mengatakan bahawa ia hanya dibuat-buat dan berpura-pura.
Ia adalah hasil daripada surat yang tersebar yang menunjukkan pengurusan PKR mengerahkan ahli-ahli mereka untuk hadir ke Stadium Malawati dan mengaku menjadi ahli PPBM dan dikerah memakai baju merah sama seperti ahli parti itu.
Takkan lah para hadirin yang hadir boleh betul-betul menyokong Dr Mahathir kerana sebelum itu Dr Mahathir sudah memenjarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Suasana itu mirip di Pyongyang kerana, rakyat Korea Utara menzahirkan sokongan ke atas Pemerintah Tertinggi kerajaan itu Kim Jong Un dalam keadaan begitu yang nampak tidak asli dan dibuat-buat.
Jika Jong Un hadir pada satu-satu majlis semua hadirin bangun dan melaungkan kata-kata pujian kepada Jong Un seperti dia pemimpin paling hebat dalam kalangan rakyat.
Ia adalah sokongan terpaksa kepada seorang diktator yang memerintah negara berkenaan.
Dr Mahathir dulu adalah seorang yang digelar diktator oleh para penyokong PKR kerana didakwa memerintah Malaysia secara kuku besi ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Semalam, kehadiran di Stadium Malawati yang terletak di sebelah Stadium Shah Alam itu tidak lah ramai dan ia tidak pun penuh.
Malah, selepas selesai ucapan oleh Dr Mahathir, ramai pengunjung pakat bergerak balik keluar dari stadium dan tidak mendengar ucapan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas itu.
Mu kot yg LGBT.
DeleteCkp ikut kepala lutut ja.
Mkn dedak terlebih kot
Bagaimana Cara Mahathir Menjerat PAS
ReplyDeleteTugas Mahathir adalah untuk menguruskan DAP manakala Muhyiddin pula menguruskan PAS. Melainkan PAS bersetuju kepada beberapa bentuk kerjasama atau pakatan pilihan raya, dan tiga penjuru atau lebih pertandingan dielakkan pada pilihan raya umum akan datang, pembangkang akan lebih teruk daripada pilihan raya umum 2013, apatah lagi dapat menggulingkan Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya. Dan itulah sebabnya Kit Siang tidak menghadiri pelancaran rasmi Pribumi malam tadi.
Berita hangat hari ini adalah mengenai pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi (PPBM turut dikenali sebagai atau Pribumi) di Stadium Malawati di Selangor. Walau bagaimanapun, orang tidak bercakap mengenai jumlah kehadiran orang ramai yang sedikit bagi parti yang mendakwa ia akan menggantikan Umno, sebuah parti dengan empat juta ahli. Sebaliknya cakap-cakap ini adalah tentang mengapa Lim Kit Siang tidak hadir pada pelancaran sedangkan pada 4 Disember 2016 di konvensyen DAP, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tetamu kehormat dan telah duduk di meja utama.
Penjelasan adalah sebenarnya sangat mudah dan cukup jelas jika anda telah mengikuti perkembangan politik di Malaysia sejak dua tahun lepas. Seperti Mahathir sendiri berkata, untuk pembangkang dapat memenangi pilihan raya umum akan datang (atau hanya mengulangi prestasi pilihan raya 2013) ia hendaklah pertandingan satu lawan satu. Ini bermakna tiada pertandingan tiga penjuru atau lebih. Dan untuk itu berlaku PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang sama ada sebagai ahli gabungan atau sekurangnya-minimum mempunyai pakatan pilihanraya dengan Pribumi.
Dari apa yang dilihat sedang berlaku, ianya tidak akan berlaku yang PAS akan tidur sebantal dengan DAP. Malah, DAP pernah berkata demikian sebaik sahaja selepas mereka meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 selepas hanya dua tahun sebagai ahli gabungan: bahawa ia tidak akan duduk di meja yang sama dengan membiarkan PAS tidur sendirian di atas katil yang sama.
Pada pilihan raya umum 2004 DAP telah melakukannya. Mereka enggan menyertai semula Barisan Alternatif dan bersendirian dan pilihan raya umum 2004 ternyata menjadi prestasi yang paling teruk dalam sejarah pembangkang. Jadi, suka atau tidak, pada tahun 2008 DAP terpaksa menyertai semula pakatan pembangkang. Tetapi mereka menukar namanya kepada Pakatan Rakyat supaya ia akan dilihat sebagai satu gabungan baru dan DAP tidak akan dilihat sebagai menjilat kembali ludah sendiri.
Malah, seperti Mahathir sendiri berkata, mereka perlukan PAS menyertai Pakatan Harapan atau sekurang-kurangnya masuk ke dalam pakatan dengan mana-mana parti pembangkang lain untuk memastikan tidak akan ada pertandingan tiga penjuru atau lebih. Dan oleh sebab itu Lim Kit Siang tidak hadir pada pelancaran parti Pribumi malam tadi. Jika Kit Siang menghadiri pelancaran Pribumi malam tadi ianya boleh merosakkan usaha Muhyiddin Yassin, yang cuba mendapatkan PAS untuk bersetuju bekerjasama dengan pembangkang.
Mahathir adalah tetamu kehormat DAP pada 4 Disember 2016 tetapi Kit Siang tidak hadir malam tadi
Tugas Mahathir adalah untuk menguruskan DAP manakala Muhyiddin pula menguruskan PAS. setakat ini Mahathir telah berjaya dengan DAP dan juga berjaya mendapatkan Kit Siang bersetuju dengan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sekiranya Umno dan Barisan Nasional digulingkan. Mahathir juga telah bersetuju untuk Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tetapi perjanjian dengan PAS masih belum berlaku lagi.
Mahathir tahu bahawa jika Kit Siang menghadiri pelancaran Pribumi malam tadi ianya akan menutup pintu kepada PAS dan Muhyiddin tidak akan dapat meyakinkan PAS untuk masuk ke dalam beberapa bentuk perjanjian atau pakatan. Jadi Kit Siang menjauhkan diri malam tadi untuk memastikan bahawa perjanjian dengan PAS masih boleh dibuat
Sejarah telah membuktikan bahawa untuk mendapatkan PAS dan DAP untuk tidur di katil yang sama adalah lebih sukar daripada cuba untuk mendapatkan Mahathir bersara dengan bergaya dan aman. Tengku Razaleigh Hamzah telah cuba pada tahun 1990 tetapi gagal. Akhirnya dia terpaksa menubuhkan dua pakatan pembangkang berasingan: satu dengan PAS yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah dan satu lagi dengan DAP dipanggil Gagasan Rakyat.
ReplyDeleteItu, bagaimanapun, tidak membantu pembangkang mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1990. Malah, Barisan Nasional berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dengan 71% kerusi. Akhirnya, selepas kegagalan pilihan raya umum 1995, Tengku Razaleigh berputus asa dan menutup partinya. Jika beliau tidak boleh dapatkan PAS dan DAP untuk tidur di katil yang sama maka ia adalah sia-sia untuk meneruskannya.
Pada pilihan raya umum 1999 PAS dan DAP hampir tidak mencapai persetujuan. Selama 11 jam rundingan tidak mencapai kata sepakat sehinggalah Anwar (yang ketika itu menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh) mengambil alih rundingan dan berjaya mendapatkan PAS dan DAP untuk mencapai persetujuan. Pada dasarnya Anwar umpama gam yang menjadikan PAS dan DAP bersama-sama (walaupun Anwar tidak dapat menghalang PAS dan DAP bertengkar dua tahun kemudian pada tahun 2001, yang mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif dan pergi bersendirian pada pilihan raya umum 2004).
Hari ini, bagaimanapun, Anwar tidak lagi berada ‘dalam gambar’ dan telah menjadi tidak relevan. Jadi sekarang Pribumi sepatutnya menjadi gam tersebut. Tetapi perkara telah pergi begitu jauh terpesong yang PAS dan DAP mungkin tidak akan mencapai apa-apa persetujuan selamanya. Oleh itu, walaupun Mahathir menguruskankan DAP, Muhyiddin perlu berusaha kepada PAS. Tidak akan berlaku seorang lelaki boleh bekerja pada kedua-dua pihak pada masa yang sama. Dan itulah sebabnya Kit Siang tidak menghadiri pelancaran malam tadi. Jika dia berbuat demikian maka Muhyiddin tidak akan dapat untuk menguruskan PAS.
Semalam Mahathir menegaskan dengan sangat jelas bahawa jika ingin melihat pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum akan datang ia perlu berdasarkan kepada pembangkang yang bersatu padu. Dan ini bermakna ianya mesti termasuk PAS dan dengan tiada tiga penjuru atau lebih pertandingan. Sehingga saat ini ianya tidak akan berlaku kerana dalam ucapannya malam tadi Mahathir menghina PAS. Tetapi anda tidak boleh menyalahkan seorang lelaki untuk menaruh harapan. Lagipun, Pakatan Harapan tidak diterjemahkan kepada ‘kerjasama harapan’ jadi harapan adalah satu-satunya perkara yang mereka boleh gunakan pada masa ini.
Ini yang dikatakan oleh Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agong PAS:
ReplyDelete(The Star) – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak mahu sama sekali ada kaitan dengan sama ada Amanah atau DAP. PAS hanya terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.
“Kita tidak boleh menghalang Parti Pribumi daripada bekerja dengan Pakatan Harapan tetapi mereka tidak boleh menarik kita bersama-sama,” kata Takiyuddin.
Rundingan antara PAS dan Parti Pribumi telah berjalan dengan baik dan perjanjian kerjasama boleh ditandatangani tidak lama lagi.
“Mereka berminat dalam rundingan kerusi untuk bertanding tetapi ia adalah terlalu awal untuk itu. Kami juga mendengar dari mulut Tan Sri Muhyiddin sendiri bahawa dia tidak akan kembali kepada Umno. Kita perlu jaminan selepas pengalaman kami dengan Tengku Razaleigh (Hamzah), “kata Takiyuddin
Najib Tun Razak masih akan kekal Perdana Menteri sehingga 2020 dan seterusnya
Jadi kelihatan seperti pintu sebenarnya telah pun ditutup sama ada Kit Siang menghadiri pelancaran parti malam tadi atau tidak. Dan pertaruahan saya ke atas Najib Tun Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri hingga 2020 dan seterusnya.
Apa yang juga sangat menarik malam tadi adalah Mahathir mengumumkan bahawa pembangkang akan mengekalkan BR1M jika ia berjaya berkuasa. Sebelum itu Mahathir mengatakan BR1M rasuah tetapi dia kini menyedari bahawa ini tidak akan membantu memenangi undi untuk pembangkang. Mungkin Mahathir kini menyedari bahawa pengundi mana-mana sahaja di dunia adalah didorong oleh wang dan akan mengundi berdasarkan doktrin ‘apa yang ada untuk saya’.
Satu lagi pengumuman menarik yang dibuat oleh Mahathir adalah bahawa pembangkang akan menghapuskan GST jika ia mereka berkuasa. GST, bagaimanapun, membawa masuk kira-kira RM40 bilion setahun sebagai pendapatan dan tidak ada kerajaan di dunia boleh mentadbir negara tanpa cukai atau pendapatan. Oleh itu, untuk menggantikan yang ‘hilang’ RM40 bilion setahun, Mahathir bercadang untuk menggantikan GST dengan cukai jualan, sama seperti perkara-perkara yang pada dilaksanakan dahulu. Ya, pada masa lalu pendapatan datang daripada cukai jualan (dan juga cukai pendapatan, cukai korporat, duti import, dan lain-lain).
Sebenarnya perkara tersebut seperti wain lama dalam botol baru. Mereka hanya menukar nama dari GST kepada cukai jualan. Umpama pegawai belian memberitahu pembekal, “Saya tidak mahu menerima rasuah. Rasuah adalah haram. Tetapi berilah komisen jualan ke atas semua pesanan yang saya buat. “Ya, dan apabila GST ditukar nama kepada Cukai Jualan, rakyat Malaysia akan dapat hidup bahagia selama-lamanya.
Siapa Lagi Jaguh “U-Turn” Kalau Bukan Dr Mahathir
ReplyDeleteSeorang bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan itu selama 22 tahun akhirnya digelar seorang ‘Jagu U-Turn” dek kerana prinsipnya yang hampir kesemua diperjuangkan ketika berkuasa kini berubah demi kuasa politik dan perasaan benci.
Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika berkuasa berkata sesuatu untuk memastikan dirinya terus berkuasa tetapi kini mengubah prinsip demi mendapatkan talian hayat membantunya untuk menjatuhkan orang lain yang sedang berkuasa.
Bekas Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu cukup dibenci oleh Dr Mahathir sehingga disumbatkan dalam penjara kerana kesalahan salah guna kuasa dan meliwat ketika zaman pentadbirannya.
Kemudian, Dr Mahathir menggelarkan Anwar sebagai seorang pesalah moral yang tidak layak menjadi Perdana Menteri negara ini.
Kini, pusing balik dan dia berkata Anwar kini sudah layak jadi Perdana Menteri dan turut sama memperjuangkan supaya Anwar yang dipenjara sekali lagi kerana meliwat dibebaskan pula untuk menyokongnya.
Dulu, jadi Presiden UMNO, Dr Mahathir kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang rasis dan hanya mahu merosakkan orang Melayu dan negara melalui parti itu.
Dr Mahathir menanam doktrin di dalam minda rakyat yang sokong Barisan Nasional (BN) pada masa itu supaya menjauhkan diri dari DAP dengan pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa parti itu hanya membawa perpecahan.
Kini, sebab hendakkan sokongan dari Kit Siang dia pun u-turn kata DAP adalah parti yang baik serta bakal memelihara kepentingan bangsa Melayu dan negara. Padahal, rakyat boleh lihat bahawa DAP tidak berubah secara jelas pun, tetap perangai sebegitu rupa.
Pada tahun 1997 ketika zaman kegawatan ekonomi, dengan lantang Dr Mahathir menyelar pedagang mata wang George Soros dengan tuduhan beliau memperdagangkan mata wang Ringgit sehingga ia menjadi lemah dan merudum.
Tapi, pada tahun lepas barulah terdedah bahawa Dr Mahathir dan Soros adalah sahabat baik dan Dr Mahathir juga ada menerima dana dari penyangak itu untuk menggerakan misi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Himpunan demonstrasi jalanan dulu amat ditakuti oleh Dr Mahathir. Pada zaman rusuhan Reformasi oleh Anwar dulu, Dr Mahathir mengerahkan pihak berkuasa menyuraikan peserta himpunan secara ganas, ditangkap serta dtembak gas pemedih mata.
Jentera penyembur menyuraikan rusuhan juga digunakan pada masa itu. Segala-galanya, berubah apabila Dr Mahathir tiba-tiba pada himpunan Bersih 4 menyokong perhimpunan haram sebegitu dengan hadir di tengah-tengah perhimpunan haram itu di Dataran Merdeka.
Kemudian, pada Bersih 5, dia turun sekali lagi dan berucap di sekitar KLCC menghasut rakyat untuk menggulingkan Najib.
Dalam majlis perasmian PPBM Sabtu lepas pula, Dr Mahathir yang dulu kata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu rasuah kini bertukar prinsip dan bersetuju mengekalkan BR1M namun dengan syarat-syarat tertentu.
Kenapa tidak dalam ucapan itu, Dr Mahathir umumkan sahaja jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, BR1M akan dihapuskan serta-merta.
Beliau juga takut orang ramai akan marah kepadanya kerana memansuhkan bantuan berkenaan.
Boleh dikatakan hampir semua perkara sudah diputarbelit oleh Dr Mahathir demi untuk kembali berkuasa dan boleh memberikan “bantuan” kepada para kroninya jika PPBM menang dan menerajui pentadbiran negara ini.
Gelaran ‘Jaguh U-Turn’ hanya akan membuatkan rasa kagum ramai orang terhadapnya kembali pudar dan musnah serta jasa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri perlahan-lahan luntur selari dengan peredaran masa.
Mungkin akhirnya nanti, diri beliau akan dilupakan begitu sahaja
Umnu hati hitam dan jeles tengok pas nak berbaik dgn bersatu.
DeleteNgeri sangat umnu tengok bersatu dgn menifesto canggih.
Wei...kalau nak tahu ahli umnu ramai dah pilih sebelah bersatu. Cuma umnu tak tahu sebab semua buat dlm diam dan tak umumkan.
Jadi yg ko copy paste nak hentam bersatu kat blog ni umpama mencurah air ke daun keladi.
Tak mungkin Tun M dilupakan...Hang tuah sampai sekarang ni pun orang ingat walaupun yg diketahui hanya ceritanya..masalahnya ialah pemimpin nak dikenang sebagai apa? Pengklepet negara atau pejuang negara..pengklepet bukan saja dikenang malah akan diludah oleh generasi seterusnya..
DeleteGOLONGAN MUDA YANG JAHIL KISAH SILAM TUN MAHATHIR ADALAH SASARAN SYED SADDIQ
ReplyDeleteDalam satu laporan, Ketau Armada Parti Pribumi Bersatu menyatakan bahawa sejumlah 40% keahlian baru Pribumi adalah golongan muda.
Walaupun parti dipimpin oleh ‘Dinosour Jurasik Park’, tetapi kata Syed Saddiq, 40% ahlinya golongan muda.
Ini munasabah kerana Syed Saddiq pun muda dan senanglah masuk jarum di universiti dan menghasut kawan kawan.
Tambah lagi, seperti Syed Saddiq, golongan muda adalah jenis “rebel” dan menyangka semua orang lain bodoh lembab dan tidak sepandai mereka, itu biasalah.
Selain itu golongan muda adalah golongan jahil sejarah, maka senanglah manipulasi otak mereka untuk masuk ke parti Pribumi.
Mereka mereka yang tidak tahu dizaman mereka belum wujud lagi perkataan “bailout” tanpa siasatan dan laporan lengkap berjumlah berbillion telah “free flow” kepada syarikat Kroni milik sahabat Tun Mahathir.
Di era tidak boleh “bertekak”, tidak boleh perlekeh dan mengejek ejek pemimpin seperti hari ini di Media Sosial, pemimpin Pribumi telah pun melakukan banyak kerja “haram”.
Maka itulah sebabnya golongan muda menjadi sasaran parti Pribumi, kerana orang dewasa dan matang kenal “siapa” itu Pengerusi Pribumi.
Akibat tabiat dan perangai jijik pemimpin itu, maka orang dan ahli UMNO telah “reject” dia lalu di kutip oleh pembangkang.
Ketika perilaku jijiknya yang asyik memperkayakan kroni dan proksinya menggunakan kuasa Presiden UMNO yang sekaligus menjadikan dia Perdana Menteri, orang UMNO sekian lama telah berdiam diri melihat dia buat apa sahaja kepada kawan kawan dan sahabatnya yang bukan pun ahli UMNO.
Kerana kesetiaan tidak berbelah bagi dan mahu tutup aibnya, ahli UMNO hanya melihat dengan mata sayu sahaja. Orang UMNO beri kesetian, orang lain jadi jutawan.
Dan apabila hari ini dia melampau batas menghina ahli UMNO yang telah memberikan dia kuasa membina kekayaan kepada anak beranak dan sahabatnya barulah ahli UMNO bangkit bertindak balas dengan mengungkit semua najis najis yang dia pernah lepaskan berselerak di tengah jalan.
Ini namanya “tit for tat” apa apa cacian yang ahli UMNO lemparkan kepada dia hanyalah berunsur tindak balas.
Maka atas kenyataan Syed Saddiq, yang juga tergolong sebagai juara debat jahil kisah lampau Mahathir, kononnya 40% golongan muda penuhi keahlian Pribumi itu memanglah boleh di terima.
Malah bertambah lojik bila Syed Saddiq nyatakan mereka terdiri dari yang berusia 18-35 tahun.
Apalah mereka tahu berkenaan “kroni”, “Nepotisma”, “bailout” guna wang rakyat untuk kroni, pembunuhan mangsa Memali, beli tanah mahal dari kroni guna wang Petronas untuk KLCC , serah syarikat MAS kepada kroni dan beli semula dengan harga mahal setelah kroni lingkupkan.
Maka lojik sangatlah golongan muda yang boleh terima pemimpin banyak “palat” kerana mereka jahil kisah silamnya.
Mungkin lagi 60% orang tua adalah yang kecewa dalam UMNO, tiada masa depan dalam UMNO, kumpulan pencen tidak ada kerja dan sedikit Pan Handler yang berharap habuan dengan wujudnya Pribumi.
Akhir sekali, pada tahun lalu Syed Saddiq ada berjanji akan umum jumlah keahlian Pribumi, ini sudah tahun baru 2017, masih belum berani umumkan kah? Sudah berapa hari Selasa?
Syed Saddiq mendabik dada keahlian 40% golongan muda kedalam Pribumi itu satu rekod baru, tetapi Syed Saddiq lupa memiliki pemimpin tertua berusia 91+ juga rekod, dan pemimpin tua inilah yang memimpin, apa guna ramai ahli muda jika yang memimpin itu ‘dinosour zaman jurasik’.
MAHATHIR BUKTIKAN DIA ‘BIG BOSS’ PPBM YANG SEBENAR – AZWANBRO
ReplyDeleteTun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan menunjukkan kuasanya yang sebenar di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila menentukan hala tuju dan matlamat parti dengan meminggirkan presiden parti itu sendiri.
Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata, tindakan bekas perdana menteri itu sudah jelas membuktikan sikap gila kuasa dan mengenepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam bersuara.
“Ia amat terang lagi bersuluh di mana Tun Mahathir menggunakan pentas semalam mempamerkan dirinya sebagai ‘The Big Boss’ bagi PPBM. Muhyiddin sebagai Presiden jelas dipinggirkan pada masa Tun Mahathir sendiri yang menentukan hala tuju dan matlamat parti.
“Saya percaya Tun Mahathir mempersiapkan landasan ini untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk memenuhi impiannya menjadi perdana menteri,” katanya kepada Astro AWANI semalam.
Ketika berucap dalam majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor malam tadi, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi parti itu turut membayangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan akan diagihkan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Kenyataan Dr Mahathir itu turut disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘jaguh U-turn’ apabila sering mengubah pendirian termasuk dalam isu pemberian BR1M.
Perdana Menteri berkata, pada 26 Disember lalu, Dr. Mahathir membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Dalam pada itu jelas Khairul Azwan, ketidakhadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menimbulkan tanda tanya.
“Pelbagai alasan bakal diberi oleh mereka kelak. Ia juga dilihat sebagai satu jenaka kerana Tun Mahathir telah dengan gembira hadir konvensyen DAP baru-baru ini.
“Apa juga cerita mereka, saya percaya perancangan sulit untuk menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri dan Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri masih wujud,” tegasnya.
Dimana Wakil DAP Semasa Perasmian Parti Bunga?
ReplyDeleteDikalangan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), majlis perasmian parti berkenaan mereka aakan anggap sebagai berjaya. Ini kerana, majlis perasmian berkenaan dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dengan kehadiran beberapa orang pemimpin utama Pakatan Harapan semalam, mereka menganggap, PPBM kini sah diterima masuk kedalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun kehadiran semalam sekitar 2,500 hingga 3,000 orang sahaja, jauh dari apa yang di sasarkan iaitu 10,000 orang.
Bukan mahu mengulas tentang jumlah kehadiran semalam. Apa yang ingin diulaskan disini adalah, bagaimana tiada seorang pun wakil DAP muncul pada majlis berkenaan. Tiada kelibat Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang yang merupakan sahabat terbaharu Mahathir.
Juga tiada kelibat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng malah, langsung tiada wakil DAP dalam majlis berkenaan. Cuma yang ada adalah wakil dari parti-parti “hamba suruhan” DAP bagi mewakili mereka ke majlis berkenaan.
Timbul persoalan, adakah DAP masih tidak mengiktiraf PPBM sebagai salah sebuah parti komponen mereka? Jika Konvensyen DAP yang berlangsung bulan lalu, tanpa di pelawa, Mahathir muncul dan duduk disebelah Kit Siang, namun kali ini, adakah Kit Siang mahupun DAP tidak diundang kemajlis berkenaan? Adakah langsung tiada wakil DAP yang sudi untuk setidak-tidaknya menjengah majlis berkenaan?
Jika ada yang mendakwa, DAP ada menghantar wakil mereka ke majlis perasmian berkenaan, mungkin mereka boleh mengulang semula kata-kata aluan Mahathir sewaktu memulakan ucapan retoriknya semalam. Beliau hanya menyebut nama Wan Azizah, Azmin Ali, Muhyiddin Yasin, Mukhriz Mahathir, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mat Sabu. Langsung tiada nama wakil DAP disebut.
Adakah Mahathir terlupa untuk menyebut nama wakil DAP? Jawapannya sudah tentu tidak. Mana mungkin Mahathir boleh terlupa untuk menyebut nama wakil DAP dalam majlis sebesar ini? Paling utama, sepanjang pemerhatian pihak media semalam, langsung tiada kelibat wakil DAP dalam majlis ini.
Apa sudah jadi pada hubungan akrab PPBM dan DAP? Adakah sudah timbul masalah sehingga langsung tiada kelibat wakil DAP dalam majlis ini? Bukankah DAP kini melaungkan, mereka menerima apa jua kaum yang ada pada Pakatan Harapan? Mana mungkin majlis yang dilangsungkan oleh kaum Melayu menyisihkan DAP dalam majlis ini?
Jika ada yang masih ingat, pada Perhimpunan Agung UMNO, pasti akan ada wakil MCA, Gerakan dan MIC menyertai perhimpunan berkenaan. Malah, DAP turut menghantar wakil ke konvensyen PKR dan PAN sebelum ini. Adakah PPBM kini hanya level “macai” buat DAP sehingga parti teragung Pakatan Harapan ini langsung tidak sudi menghantar wakil mereka?
Kesian kat kau.Menulis dengan niat nak mempertahankan najib si pencuri.Kerja lah katakan.Menipu dan mencuri sudah dijamin HALAL oleh jakim.
DeleteBiarlah jaguh u turn sekalipun..jangan jadi jaguh perompak.penipu penyamun penyangak mcm tuan mu
ReplyDeleteUcapan 140 Perenggan Yang Penuh Penipuan Dan Cakap Kosong
ReplyDeleteMungkin hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam tidak menyedari, ucapan selam satu jam 30 minit semalam mengandungi 140 perenggan yang secara amnya dipenuhi dengan kata-kata fitnah, caci mencaci dan hanya cakap kosong.
Bayangkan, sebaik sahaja beliau memulakan ucapannya pada jam 9.15 malam, seperti zikir harian, beliau mula melancarkan pelbagai serangan terhadap kerajaan dan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan pelbagai kecaman, fitnah dan penipuan. Pelbagai perkara dikaitkan dengan Perdana Menteri samada berkaitan dengan 1MDB, GST, BR1M dan macam-macam lagi.
Menariknya, hadirin yang hadir dalam lingkungan 2,500 hingga 3,000 akan bersorak setiap kali Mahathir memulakan semua pertuduhannya terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Bagi mereka, apa yang keluar dari mulut Mahathir adalah ucapan keramat walaupun hakikatnya, selama 1 jam 30 minit ucapan Mahathir dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan andaian yang tidak berasas dan tanpa bukti.
Dalam ucapan 140 perenggannya, beliau buat kesekian kalinya menafikan sebarang jawapan yang telah diberikan kepada pihaknya untuk menjawab segala pertuduhannya. Seolah-olah menyiram air kedaun keladi, tiada apa pun dapat mengubah pendiriannya dan lebih buruk lagi, beliau kekal dengan pegangan fitnahnya terhadap Datuk Seri Mohd Najib.
Dipentas milik partinya sendiri, mungkin sahaja Mahathir boleh berlagak suci dan alim, namun hakikat sebenarnya, segala belangnya kini sudah semakin disingkap oleh mereka yang pernah rapat dengannya. Seperti biasa, Mahathir tetap Mahathir dan beliau tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap semua pertuduhan yang memaliti beliau.
Dalam ucapan sepanjang itu, Mahathir hanya menyentuh sedikit sahaja hala tuju PPBM di dalam Pakatan Harapan dan apa yang beliau dan partinya ingin lakukan andai kata memperolehi kuasa kelak. Itupun, ianya boleh dianggap sebagai menru bulat-bulat apa yang telah dilakukan kerajaan hari ini. Agak melucukan, beliau hanya mengubah pada namanya sahaja tanpa sedikitpun menambah baik atau memansuhkannya
Sebagai contoh, cukai GST yang dakwanya sebagai membebankan, beliau bercadang untuk meneruskan cukai berkenaan cuma namanya sahaja diubah kepada VAT. Apa bezanya VAT dan GST sedangkan kedua-dua jenis cukai ini adalah sama kecuali pada namanya sahaja?
Mungkin ada yang beranggapan, Mahathir menyerlahkan auranya untuk menyampaikan ucapan perasmian selama 1 jam 30 minit dengan 140 perenggan. Namun jika kita mempunyai akal yang waras, apa yang disampaikan Mahathir boleh dianggap sebagai stereotype yang sentiasa diulanginya hampir kesemua ceramah-cerama PPBM yang dihadirinya.
Persoalannya, berbaloikah meluangkan masa 1 jam 30 minit untuk mendengar ucapan 140 perenggannya sedangkan perkara yang sama sudah di ucapkannya sejaksetahun yang lalu?
MAHATHIR SAMBUT “MANGSA MANGSA” BARUNYA DI PERHIMPUNAN PRIBUMI
ReplyDeletePelbagai pihak telah memberi pelbagai jumlah mengikut tafsiran masing masing berkenaan berapa ramai orang akan hadhir pada majlis pelancaran parti terbaru komponen Pakatan Harapan ia itu Parti Pribumi Perkasa Malaysia.Jika di ikutkan pada ramalan pihak Pribumi sendiri dijangkakan 25,000 akan hadhir walaupun kapasiti stadium Hanya boleh memuatkan maksima 15,000 orang sahaja. Mungkin 15,000 itu untuk jumlah seat diats sahaja.Tetapi bukan jumlah yang menjadi pesoalan, persoalan nya adalah sambutan boleh di kira hambar dan “predicted”.Seperti di jangka Mahathir akan ulang pembunuhan “character” Najib, daan jangkaan ini benar dan tepat.Parti Pribumi ujud pun atas sebab yang sama ia itu kerana Tun Mahathir marah kepada Najib kerana telah tidak melayan “perintah” dan “kehendak” nya yang bermacam macam dan berjela jela.Pada ucapan nya malam tadi Tun Mahathir sahkan bahawa pendirian nya sememang tidak konsisten sama seperti dakwaan nya terhadap 1MDB.Boleh juga dikatakan telah membuat U- turn dari pendirian awal nya terhadap GST dan BRIM.Mungkin Tun menyedari BRIM amat diperlukan oleh kalangan rakyat bawahan dan B40 maka jika berlawan arus Tun Mahathir akan disisih oleh rakyat seramai 7 juta yang menerima terus dan beberapa juta lain yang berkaitan dengan 7 juta orang itu sebagai abang adik kakak ayah dan ibu hatta Tun Mahathir akur.Bagi GST pula kata Tun malam tadi ia akan di fikirkan cara baru untuk mengganti nya atau menukar nya, sah sekali ia tidak praktikal lansung kerana hampir seluruh dunia telah menerima dan melaksana kan nya, Cuma dinegara mereka pembangkang tidak sejahat dan sebodoh seperti pembangkang di sini yang membangkang apa sahaja dan membangkang segala perkara walaupun yang baik untuk rakyat.Apa yang jelas pada perhimpunan malam tadi ada lah betapa Tun Mahathir begitu seronok mendapat “crowd” sendiri dan golongan yang di boleh manipulasi dan pergunakan.Setelah “crowd” dulu yang terdiri dari kalangan orang UMNO tidak mahu lagi terikat dan jadi mangsa untuk di perguna kan oleh Tun Mahathir dan para kroni dan proksi nya.Kini dengan audien terdiri dari mereka yang jahil kisah lampau Tun Mahathir maka boleh lah Tun Mahathir pergunakan dan perkuda kan mereka sesuka hati sebagaimana orang UMNO kena pada masa lalu.Orang UMNO yang telah memberi sokongan dan kesetiaan kepada nya sekian lama boleh digelar bodoh dan makan dedak hanya kerana enggan dipergunakan lagi oleh nya setelah tidak lagi menjadi Presiden.Boleh dikatakan orang UMNO menolak secara total dari terus dimangsakan oleh Tun Mahathir.Atas sebab itu lah setelah gagal perguna orang UMNO maka Tun Mahathir lari kepada pembangkang untuk pergunakan mereka pula.Namun, dibelakang tirai masing masing menyimpan cara untuk memakan sama sendiri di saat akhir nanti.Kini setelah susah payah dan sedari dari realiti, maka PPBM baru mampu membuat himpunan untuk majlis pelancaran parti mereka.Pembohongan dan permainan persepsi bahawa jutaan ahli UMNO akan menyertai nya hanya lah mimpi di siang hari sahaja.Dengan berlansung nya majlis malam tadi , maka kita dapat melihat betapa “mangsa mangsa” baru Tun Mahathir akan diperguna kan untuk meneruskan cita cita peribadi nya.Orang lama dan matang akan jauhi diri dari Tun Mahathir selain yang hadhir kuncu kuncu nya yang ada bahagian masing masing ketika dia berkuasa dan mereka yang mengharapkan sambungan habuan bila dia berjaya nanti.Selain itu yang sokong adalah pegawai pencen yang tiada benda untuk di buat diwaktu lapang dan sejumlah anak muda yang jahil perbuatan lampau Tun Mahathir.Mereka ini adunan terbaik untuk menyokong Tun Mahathir yang defisit sokongan dan mereka amat sesuai untuk diperguna kan oleh Tun Mahathir.Selamat menjadi “mangsa”
Anda mangsa klepet bawah ketiak hippo.
DeleteFatwa lobai2, sapa2 yg copy paste tanpa sanad dan ijazah adalah haram, mak pak dia pun anak haram. Dh haram mcm anjing Dan babi.. Nauzubillah
ReplyDeleteNak copy paste panjang lebar bukak blog sendiri la. Tengok ada org baca tak
ReplyDeleteBetul tu. Saya scroll down ja.
DeleteKalau mahu difikirkan, ada kebenaran kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas sebelum ini Dr Zuhdi Marzuki yang menyatakan parti itu terbuka untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas PRU 14. Saya ingat ini jalan yang terbaik.
ReplyDeleteIni kerana kerjasama antara parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya untuk menghadapi PRU ke 14 secara satu pasukan adalah agak mustahil dan amat sukar dirundingi kerana masing-masing tidak mahu berkompromi untuk melepaskan kerusi masing-masing.
PPBM sebenarnya tidak perlu lagi membuang masa dengan Pas. PPBM sebenarnya tak perlukan Pas. PPBM hanya menerlukan DAP (undi orang Cina) dan PKR (untuk undi masyarakat yang tinggal di bandar/pinggir bandar). PPBM pula fokus kepada kerusi-kerusi di luar bandar khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Jika Pas juga meletakkan calon-calon mereka di kerusi-kerusi yang ditandingi PPBM, PKR dan DAP then let it be. May the best candidate win. Inilah masanya PPBM untuk mengukur kekuatannya sebenarnya. Waima parti-parti lain pun dalam pembangkang. Bagi mengukur sejauh mana parti-parti ini khususnya PPBM yang baru ditubuhkan dapat diterima oleh rakyat khususnya diluar bandar.
Kerjasama dengan parti Pas, kalau boleh diwujudkan pun hanya boleh diwujudkan sesudah pilihan raya. After all the dusts have settle down. Kerjasama ini adalah bagi tujuan untuk membentuk kerajaan jika ditakdirkan BN kehilangan banyak kerusi. Pada masa inilah dapat diketahui kekuatan sebenar parti masing-masing.
Parti mana yang dominan dalam pakatan pembangkang dan parti mana yang tidak. Parti mana yang menang paling banyak kerusi dan parti mana yang dianggap parti nyamuk. Jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti pembangkang ini jika dicampur, adakah mampu membentuk majoriti mudah untuk membentuk kerajaan campuran.
Di sini pembangkang boleh menggunakan model yang digunakan oleh Parti Konservatif di Britain pada pilihan raya Great Britain pada tahun 2010 di mana kerajaan campuran terpaksa diwujudkan kerana tiada parti yang menang secara majoriti. Parti Konservatif dan parti Liberal Demokratik berada pada kedudukan seri.
Parti Konservatif dibawah David Cameron terpaksa membentuk kerajaan campuran bersama parti Liberal yang dinaungi Nick Clegg untuk membentuk kerajaan. Maka terbentuklah kerajaan baru di Great Britain yang ditunjangi parti Konservatif dan parti Liberal Demokratik. dengan David Cameron dilantik sebagai Perdana Menteri dan Nick Clegg sebagai Timbalan Perdana Menteri. Parti Buruh bawah kendalian Gordon Brown bertukar menjadi pembangkang.
PPBM tidak perlu lagi menunggu sehingga pertengahan Januari. Keputusan sudah boleh dimuktamadkan sekarang. Pintu rundingan dengan Pas sudah TERTUTUP rapat. Panjangkan usul ini kepada kepimpinan tertinggi PPBM dengan segera!!..
PAS..Parti Ajaran Syiah jual agama
DeleteUMNO..Umat Melayu No Otak jual bangsa
UNDI PAS = UNDI UMNO
PAS mempunyai pengelaman yang panjang tinggal di bawah pemerintahan UMNO yang mana Mahathir menjadi PM. Mereka tahu pahit manisnya berada di bawah kekuasaan Mahathir sebagai PM. Mungkin mereka merasa lebih selesa bersama UMNO dg Najib sebagai PM daripada bergabung bersama pakatan yg mana Mahathir akan mengawal segala tindak tanduk mereka.
DeleteItulah hasil kejayaan parti2 pembangkang menafikan majoriti dua pertiga umnobn bermula di pru 2008. Sewaktu DS Anwar memulakan gerakan reformasi. Kerajaan UmnoBN dah tak boleh buat sesuka hati krn ahli2 pembangkang dlm parlimen semakin ramai.
DeleteBermulanya gabungan pembangkang yg kuat sbg check n balance kerajaan umnobn.
Skrg kerajaan kleptokrasi Najib pergunakan Hadi dan PAS sbg pengacau undi dlm pru akan dtg. Sbb tu skandal rasuah 90juta PAS sampai la ni lebai2 penunggang agama buat dek je mcm takde maruah. Nak saman SR pun tak berani sama mcm najib.
Skrg hidup rakyat marhaen dah terhimpit dgn pelbagai bebanan. Harta negara digadaikan pd org luar, kantung negara dirompak sesuka hati dll. Bayangkan kalu Najib menang lg di pru14. Apa akan jadi pd rakyat dan Msia khususnya org Melayu? Fikir guna akal bkn guna siku atau lutut.
APA nak heran ngan pas.bak kata tun m,3 penjuru,5 penjuru pbersatu x heran.ayoh kawan,berfikir sebagai pemerintah,bkn pembangkang.melayu dah cukup terhina krana najib rosmah,1md b.D r tg rahmat.
ReplyDeletePartai komunis Malaya yg di dokong oleh China komunis membunuh Dan mencacat ramai tentera Dan polis melayu selepas Kita merdeka.. Mereka mati bg mempertahankan negara menjadi Malaysia berdaulat dan tidak tunduk pd mana2 kuasa besar. Skrg perjuangan mereka jd sia2 krn bijan jual negara pakai timbang Kati utk Selamat kan tengkuk dia dan anak bini dia. Najib dh jd thaghut dan akibatnya jd kafir harbi.. Ikut sahibul samahah mufti Pahang yg kapir harbi jika di bunuh dpt pahala dan klu terbunuh dpt jannah.. Bkn saya yg berfatwa. Tp fatwa mufti yg muktabar.. Hidup ATM, hidup PDRM.. Hidup Malaysia.. Siap!!!!
ReplyDelete
DeleteDemi Tuan Inggeris yang menjajah, maka ramai melayu mati mempertahan kan ladang2 dan lombong tuan Inggeris mereka. Cian kan?
Termasuk Bukit kepong
DeleteTermasuk Bukit kepong
DeleteDengan titah perintah dymm yg di pertuan agong sebagai komander tertinggi ATM.. Darurat di perintahkan dan ATM ambil alih kuasa dan perlembagaan di gantung.. Bijan Dan anak istrinya ditangkat dan diberi rawatan duduk atas bongkah ais pakai spender Dan smah dikurung dlm bilik merah yg kesemuanya merah Dan lampu merah di pasang 24 jam. Menteri2:telah mati tertembak krn memberontak dan langgar kurfew.. Jamal jambani tertembak di kepala semasa berbalas tembak dgn ATM ..tammat...
Deletemasa jaman ingeris mlayu jadi talibarut dan pakturut ingeris lawan cina komeneh..
Deletejaman mandeka mlayu jadi kulibatak anak cucu cina komeneh..
pemimpin mlayu islam. kerajaan mlayu islam,menjadi boneka cina..
bila makbapak jadi talibarut dan pak pak turut..anakcucu habih jadi buta perot..
Hati-hati komer
ReplyDeleteYang menuleh komen panjang lebo nampak macam macai UMNO itu, tidak lain tidak bukan adalah dulunya Wan Rosli yang kemudiannya bertukar identiti menjadi Unknown dan baru-baru ini namanya adalah Sahabat dan dalam posting ini, udah guna nama Anonymous pulak. Tujuannya bukan apa, sebenonya dia dibayo komisyen oleh UMNO. Itulah caranya dia cari makan...jadi macai UMNO nak tanggung anak bini. Nampak beno kehasanmalikan komennya. Harap maklum.
Bior nya le yeop, udah gitu Cara Cari makan deme.teman doakan bior le rezeki dia halal. Klu idak, apa yg di makan anak Bini dia bara api dari api neraka.
ReplyDeleteskg ni pembangkang berusaha keras nak gulingkan bn...ketua parti bn yg tersasar dari landasan kepimpinan...ketua yg kena singkirkan dulu....dalam soal pas ni..untuk memudahkan pas buat keputusan cepat sebelah mana yg pas pilih...ahli2 pas perlu singkirkan hadi...lantik ketua pas yg baru...pas rosak bukan kerana ahli...tetapi kerana hadi...ketua yg hancai boncai...jadi singkirkan hadi...gulingkan dia...lantik org baru jadi ketua pasti akn ada perubahan...banyak ahli pas yg hebat2...jauh lebeh hebat dari hadi...sekarang ni berduyun2 ahli pas yang dah rasa ada sesuatu yg tak kena dgn cara hadi...lagi besar serban dililitkan dikepala..lebeh terserlah kebongkakkan dan kebodohan hadi...inilah bahananya kalau kadok dah naik junjung...hadi ni umpama hulubalang yang tiba2 diangkat menjadi raja...
ReplyDelete