Tuesday, 17 January 2017

BR1M SUDAH JADI SENJATA TUMPUL BUAT NAJIB, BR1M TANPA GST TUN M TENTU JADI PILIHAN


Tun Mahathir Mohamad ternyata bijak dan licik dalam percaturan politiknya. Dalam sekelip mata saja beliau menjadikan Najib Razak dan pengampunya terduduk apabila BR1M tiba-tiba bertukar menjadi senjata yang tumpul buat mereka.

Selama ini BR1M adalah senjata utama Najib untuk memastikan UMNO  dan BN terus berkuasa. Ia digambarkan sebagai tanda prihatin kepada rakyat miskin. Kadang-kadang BR1M juga dijadikan senjata untuk menutup skandal 1MDB, wang RM2,600 juta, kemewahan, pemborosan dan macam-macam onar yang lain.

Lebih dari itu, Najib juga menjadikan BR1M sebagai umpan pilihanraya, meletakkan dalam manifesto dan menyerahkan pemberian melalui pejabat UMNO bahagian-bahagian.

Apabila Tun Mahathir berulangkali menyatakan pemberian BR1M adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang, beliau sebenarnya lebih menujukan tentang aspek perlaksanaan dan cara ia disampaikan.

Dari sudut amalan selama ini, sudah tentu ia merupakan rasuah dan salah. Kenapa mesti pejabat UMNO yang menyampaikannya sedangkan ia hasil kutipan wang rakyat tanpa mengira fahaman politik?

Ramai yang menjangka Tun Mahathir akan terus menolak dan mungkin menghapuskan BR1M berdasarkan pendiriannya sebelum ini. 

Tetapi, dengan bijak dan licik beliau menukar BR1M menjadi suatu pemberian yang halal untuk rakyat miskin, tidak terkait dengan politik dan dijamin dari segi undang-undang.

Tun Mahathir tidak melakukan U-Turn apabila bersetuju mengekalkan BR1M, tetapi hanya menukar cara perlaksanaannya yang menimbulkan banyak persoalan dan pertikaian selama ini.

Malah, BR1M kini sudah menjadi senjata yang boleh menikam Najib. Tidak menyokong Najib dan menolak UMNO serta BN pun tetap juga akan mendapat BR1M, tetapi dalam bentuk yang lebih baik dan terjamin.

Mari kita hayati kembali apa yang Tun Mahathir sebut mengenai BR1M dalam ucapan semasa majlis pelancaran Bersatu baru-baru ini:-

"122. Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan ​diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan ​dalam pilihanraya.
 
"123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai ​Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto ​mana-mana parti.
 
"124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ​ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak ​boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.
 
"125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka ​boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran ​pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi."

Bijaknya Tun Mahathir dalam hal ini ialah beliau sedar matlamatnya adalah untuk menang piliharaya dan mahu mengalahkan Najib, UMNO dan BN. 

BR1M mempunyai penerima kira-kira 7.2 juta orang dan dengan menjadikannya suatu pemberian yang sah di sisi undang-undang serta tidak terkait dengan mana-mana parti politik, mereka pasti akan beralih menyokong Bersatu dan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang.

Lebih membuatkan rakyat akan berbondong-bondong meninggalkan Najib, UMNO dan BN ialah Tun Mahathir juga berjanji untuk menghapuskan GST, suatu bentuk cukai yang banyak memberi kesusahan kepada rakyat, daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada mereka yang diambang mahu diambil nyawanya.

"103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax ​(cukai jualan) mengikut selera rakyat."

Selama ini Najib memberi BR1M dengan anggaran perbelanjaan bagi 2016 ialah RM5.9 bilion tetapi mengautnya kembali daripada rakyat melalui GST sebanyak RM41 bilion setahun.

Untuk tahun 2017, dilaporkan sasaran kutipan GST ialah RM42 bilion.

Dengan itu, BR1M yang diberi Najib tetapi disertai dengan kutipan GST yang lebih tinggi, ia tidak lebih hanyalah suatu sandiwara dan silap mata semata-mata. Beri sikit, kautnya lebih.

Berbeza dengan iltizam Tun Mahathir di mana beliau mahu terus memberi BR1M dalam bentuk baru yang tidak lagi diragui, sama seperti bantuan kepada orang miskin, orang tua dan penganggur yang diamalkan di beberapa negara, bahkan dalam masa yang sama rakyat akan dibebaskan daripada cengkaman GST.

Pilihan antara BR1M yang disertai GST dengan BR1M tanpa GST, agak-agaknya banyak mana sokongan yang tinggal untuk Najib? (SH 17/01/2017).

72 comments:

  1. Senjata makan tuan

    Itulah akibatnya bila 'budak hingusan' cuba melawan 'tok guru'nya

    Padan Muka kau najip oi..

    Tambah padan Muka penjilat2 kau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjilat2 itulah yang dikenali sebagai macai UMNO yang mengutip komisyen biasanya memberi komen panjang2, yang dulunya bernama Wan Rosli bertukar nama menjadi Unknown dan baru-baru ini namanya adalah Sahabat sekarang ini guna nama Anonymous tetapi masih tetap mengekalkan sifat kehasanmalikan yang tulen.

      Delete
    2. NAZRI..NOT TO WORRY...TUN MAHADHIR BALING GELAS PUN TAK PECAH...HEHEHEHE...
      BODOH PUNYA BOTAK...PENIPU..

      Delete
    3. Bloggers penyamun kata Tun M buat u-turn dan twist.....mula2 kata BRIM rasuah tapi lepas tu kata boleh bagi BRIM.

      Spesis pencacai memang tak reti bahasa.....tak paham apa maksud Tun M yg tak mau mana2 parti politik menjadikan BRIM satu "alat tajaan" mereka......atau menjadikan BRIM sebagai "umpan tajaan" mereka........
      tapi sebaliknya meletakkan BRIM di bawah pengendalian jabatan kerajaan yg berfungsi dalam pengagihan duit bantuan........sama macam mana fungsinya Pusat Zakat yg bagi bantuan kepada asnaf2 yg layak terima zakat. Simple jer kalo nak pahamkan maksud Tun M ni.

      Memang sah pencacai Penyamun & Co ni tak boleh nak hadam benda2 yg lurus dan jujur......asik tau nak membelit jer.

      Delete
    4. Tun M sememangnya di takdir kan oleh Allah Ta'ala menjadi seorang "genius" dan "tajam akal" sebab itu Najib & kuncu-kuncunya tak boleh challenge dengan Tun M.......
      Najib cuma ada BRIM
      Sedangkan Tun M offer lebih dari itu mansuh GST,,dapat BRIM dan setiap sen dari wang di curi dari 1MBD akan di kembalikan kepada rakyat......!!
      Selamat Tinggal Umno........!!

      Delete
    5. Hairan ya bila GST nak dimansuhkan najib dan kesemua karbinet 1MDB senyap sepi.

      Tetapi bila sampai kat BRIM menyalak sakan mereka ni.

      Sumbangan mana satu yg lebih besar kpd negara GST atau BRIM????

      Bodoh punya najib. Bodoh punya karbinet IMDB bodoh punya Mubarak.

      Delete
    6. Patutnya dengan kutipan GST tu negara jadi bertambah senang dan mewah sebab ada additional income (pendapatan tambahan).......tapi kenapa walau ada pendapat tambahan ni rakyat makin tertekan dengan kos sara hidup?? Gaji graduan pontak cukop sampai hujung bulan.

      Dulu zaman Tun M tak ada additonal income GST......tapi kenapa rakyat boleh hidup senang?? Tak der pulak dengar orang terjun laut sebab tak dapat bayar saman.....tak der orang curi buah dan susu untuk bagi anak makan.

      Delete
    7. Setuju dengan sis Salwah, Tun M memang genius.

      Saya masih ingat satu majalah antarabangsa pernah beri komen berbunyi 'you dont have to like him to admit that he is a genius."

      Almarhum Nik Aziz pun akui Tun M memang seorang genius.

      Malah semasa Tun M menjadi pemimpin Malaysia, warga Singapura tidak lagi memandang rendah kepada Malaysia dan mula percaya bangsa Melayu juga mampu melahirkan pemimpin hebat (walaupun tidak dinafikan Tun M juga punya campuran darah India Muslim).

      Malah DAP dahulu juga akui susah nak tembusi kebijaksanaan Tun M. Akhirnya LKS memilih untuk bersama Tun M (dan bukan sebaliknya) untuk selamatkan Malaysia daripada gerombolan penyamun.

      Walaubagaimanapun bijak bukan syarat utama menjadi pemerintah yang baik tapi syarat kedua. Bijak datang selepas baik (termasuk definisi baik ialah amanah dan benar).

      Kalau kurang genius pun masih boleh mentadbir dengan elok selagi ada amanah dan benar itu. Lagipun jentera pentadbiran bekerja dalam satu pasukan dan bukan hanya seorang yang melakukan segalanya.

      Masih ingat zaman Tun Hussein Onn? Pentadbirannya tiada apa-apa idea dan legasi yang hebat tetapi ia masih dianggap pentadbiran yang baik kerana integriti pemimpin itu masih kuat.

      Pantun dulu2 pun ada berbunyi:-

      Kalau mencari tempat mandi pertama teluk kedua pantai
      (ada juga versi pertama ceruk kedua landai)
      Kalau mencari pemimpin negeri pertama elok kedua pandai.

      Pantun Melayu di atas hanya menyebut pandai selepas menyebut elok, bererti elok datang dahulu dan pandai datang kemudian.

      Hadith2 Nabi juga hanya memperkatakan tentang ancaman ke atas pemimpin yang khianat dan menipu rakyatnya dan tidak pernah pula terjumpa hadith2 yang berupa ancaman ke atas pemimpin yang kurang bijak. Rujuk hadith2 no 1797-1801 kitab sahih Muslim.

      Malang sekali Najib telah memilih untuk menjadi pemimpin khianat dan menyusahkan rakyatnya dengan pengkhianatannya itu.

      GST dikutip bukan untuk memberikan kemakmuran kepada rakyat tetapi untuk membayar hutang wang yang ia sakau. Sebagai gula2 diberinya BRIM tetapi peruntukan dan subsidi habis dipotong belaka.

      Itupun dihebahkan seolah-olah BRIM itu datang dari wang gajinya ataupun harta keturunannya.

      Najib memang membuat kemewahan di belakang rakyat. Sama seperti peringatan awal yang pernah diberikan oleh Almarhum Abdullah Fahim Badawi.

      "Ya Allah, sesiapa yang menjawat satu jabatan dk kalangan umatku lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan barangsiapa yang menjawat jabatan dalam pemerintahan umatku lalu dia menolong mereka, maka bantulah ia"- Sahih Muslim 1795.

      Aamiin.

      Najib must go, UMNO-BN will BE-END because of Najib.

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. tun M hanya 1/4 mamak dan 3/4 melayu kan?
      kenapa dibesar2 bahagian 1/4 tu?

      Delete
    10. Apa kesah Tun M mamak ke....paria ke...omputih ke.....siam ke.....janji Tun M tak samun duit rakyat. Tak suruh rakyat jadi kuli batak bayar hutang. Tak menyusahkan rakyat.

      Delete
  2. Aku tak paham kenapa bagi cash. Dapat kat si bapak macam bapak aku, habis dibeli rokok dan bayar hutang ke kawan kawan. Bagi lah kupon yg boleh ditukar menjadi barang dapur kat kedai 1malaysia ke. atau bagi voucher untuk mak aku beli keperluan di pasar ke. BR1M ni dah la bagi cash, pastu kena amik dari wakil umno pulak tu. Loya pulak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI LA UMNO BRO...KADANG2 RASA MALU...SEBAB YG PERKARA BODOH NI ORG MELAYU. MENCURI PUN ORG MELAYU....

      Delete
    2. patulah kau BODOH, bapaknya BANGANG melampau .......

      Delete
    3. idea bernas. kupon makanan ke pasaraya besar or kecik.

      Delete
  3. Cadangan yg Berna's dr anon 0307,mungkin ganti dgn beras,gula,susu,tepong,haram,kopi,teh Dan barangan makanan utk sebulan atau 3 bulan.ini lebih afdal dr bg tunai... Yg lebih teruk lg g berjudi, menyundal atau beli minuman keras..menambahkan lg gejala sosial.. Mgkn mekanisma agihan perlu di kaji semula.. Tp idea siregar pariah mmg tak boleh pakai.. Tu kaki ampu Dan jilat smah ketoti wal badaki.

    ReplyDelete
  4. Bless
    Ros**h
    In
    Mercy

    Biar
    Ros**h
    Injak
    Melayu


    ReplyDelete
  5. BRIM is a day light robbery tapi malangnya segelintir rakyat tidak mahu faham mekanismenya. Janji dapat duit. 1200 divided by 365 days. Berapa sgt. Kemudian every ringgit dari Brim yg d belanjakan is taxable in the form of GST.
    Mungkin 2atau 3 0penggal dari skrang baru kita nampak the demise of BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MACAM TU LA UMNO PERBODOHKAN ORG MELAYU. TAPI YG HERAN ORG MELAYU MASIH PERCAYA PADA NAJIB..

      Delete
  6. Br1m bagus kepada golongan yg memerlukan, walaupun tak sebanyak mana bagi yg berada..at least takde le orang boleh menyundal kerana xde makan mcm kata si mashitah dulu tu..penyalahgunaan duit br1m bukan pd duit tapi pada manusia tu sendiri, kalo dah kaki membazir, kaki arak dah tentu bila dapat dia membazir beli arak..pisau kalo digunakan untuk cederakan org salah tapi kalo guna untuk potong sayur ok kan?..renung2 kan ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro...pd yg memerlukan. So term yg memerlukan tu kena telus. Apa kes lepas dpt brim snap pic guna i phone upload dlm fb with caption...alhamdulillah dpt brim boleh beli lense dslr baru...

      Delete
  7. Apabila 7.x Juta perlu Br1M, maka Malaysia dh fail.
    7.5Juta dari 10Juta -75%
    (*BUKAN 30Juta yg termasuk bayi dlm buaiyan).
    Maka 75% rakyat kalu dikatakan berganting pada bantuan,itu namanya FAIL terok.
    Jing, ini bukan main petik angka kan?

    ReplyDelete
  8. Lagi satu free money tanpa Ada sebarang produktiviti akan memberi kesan pd ekonomi pada jangka masa panjang. Rakyat akan jd malas dan mengharapkan ehsan gomen. Lg bertambah pendatang asing ke Malaysia nnti jadi.. Mgkn boleh jd renungan... Lobai2 x fikir semua tu, tp terpekik terlolong dgn gegak gempita dgn RUU 355 yg kununnya undang2 tuhan, yg sebenarnya undang2 manusia yg disandarkan PD tuhan...amat buruk lah mereka menulis dgn tangan mereka lalu mereka mengatakan ini datang dari tuhan...lobai2 akan lg seronok skodeng khalwat kt hotel budget tp ketar lutut nk serbu khalwat hotel berbintang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa BR1M pun kebanyakan orang melayu memang semulajadi malas.

      Delete
    2. God Is Dog Spelled Backwards.

      Delete
    3. Kau ingat duit tu banyak sangat ke weh,sehingga pengaruhi seseorang untuk malas bekerja dan tunggu duit brim semata-mata,
      RM1200 di bahagi 12 bulan berapa je sehari,aku rasa nak beli pisang pada beruk zoo pun tak cukup..

      Delete
    4. Untuk beruk2 yang diajar si suarli tu mesti cukup,hehehe...

      Delete
  9. http://www.malaysiakini.com/news/369454

    Lawyer: S'pore court did not implicate Rosmah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0741,

      There were 16 charges. 6 read and straight away pleaded guilty. 10 WERE NOT READ as a plea bargain for lenient sentences in return to for being a state witness.

      The other 10 charges, i am pretty sure will implicate rosmah and that was why the lawyer for jens upfront stated his client would plead guilty. When these 16 charges are not challenged in court, the case stopped there.

      THAT IS WHY THE COURT RULING DID NOT IMPLICATE ROSMAH FOR THERE WAS NO CHALLENGE. NO ONE CALLED AS WITNESS TO TESTIFY OTHER THAN JENS WHO STOOD OUT TO PLEAD GUILTY.

      So NoorJahan was quite right about thst. Had there being a challenge, someone has no choice but to reveal who were the signatories

      Delete
    2. Selama mana nak tutup bau bangkai duit haram?? Lama2 terhidu juga.

      Delete
    3. And when it comes to 1mdb and/or its related issues, we are interested in the involvement of office bearers of 1mdb. Rosmah was never part of 1mdb. So why issue a denial about something that was never an issue in the first ?

      Delete
    4. 8.52

      1. When we talk about !MDB fiasco/SRC, we are not only interested in the involvement of office bearers of 1MDB/SRC but equally concerned with what happened to the billions lost!

      2. Following that we also want to know about the controversial RM2.6 bil royal arab donation and or RM42mil SRC (returned or otherwise).

      3. In the case of RM2.6 bil, it has been proved beyond reasonable doubts in the recent court case involving Jens, the former Manager of Singapore branch Falcon Bank that the donor was from four accounts belonging to one Eric Tan@Jho Low.

      4. Zahid, DPM was equally proven wrong. In other words he lied

      5. The alleged letter/s from the arab sheikh was false as even the Auditor General refused to accept inspite of PAC Chairman’s insistence.

      6. All these news, then reported by Sarawak Report and earlier alleged as slanders by najib and his henchmen were actually true.

      7. It is very true Rosmah was never part of the 1MDB team.

      8. Sarawak Report has heard through very well-placed sources that there was therefore a check on the use of these accounts, which was that the actual signatory was not Jho nor Eric, but someone else. That signature was needed to authorise payments.

      9. Sarawak Report has been told that this signatory was a woman with whom Jho Low was closely associated in the matter of 1MDB. So, when insiders informed us over a year ago that Rosmah Mansor had complained over Jho Low’s spending, exclaiming “It’s my money as well”, perhaps this is what they were referring to?

      10.This is an insinuation, not an allegation.

      11. 8.52, you were correct, why issue a denial about something that was never an issue in the first?

      12. Nonethless, now it has become an issue when SR published it.

      13. SR has all the while being accused of slandering. However, SR has been exonerated on the issue of RM2.6 bil donation….has it been not?

      Delete
    5. 09.44...good points bro. I only touched on the unnecessary denial, in relation to the article linked by 07.41. Nevertheless, as you have pointed out, we need more answers, as there are more questions raised now after court rulings on 6 cases related to sturzenegger. Bet they will be more questions to arise after the 10 charges are to be heard again. We actually need an RCI on this mess, otherwise it will take years to find out the complete true picture, whole, and unabridged.

      Delete
  10. MCA: Forest City investors using Dr M’s ‘second home’ policy

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/369473#ixzz4VyIE8VqH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Second home policy is meant to bring in high end people, professionals, rich retirees...bukan bawak people by the plane load....basic bro, basic

      Delete
    2. Macam mana twist pon, apa pon yg dicakap.....tetap tak boleh nak nafikan skandal 42 juta duit SRC.....duit KWAP....2.6b dalam akaun peribody....

      Putarlah tang mana pon.....tetap tak dapat nak tutup pekong skandal yg saentero dunia dah dapat bau.

      Delete
    3. Putar la,goreng la mcm mana pun, gua tetap x pangkah umno/bn atau partai lobai yg di label kan Dan di jaja Islam.. Sape2 pun leh label dia Islam..hatta org bwk ajaran sesat sekali pun.. Kita kata dia sesat pd pandangan Kita, dan dia pulak kata Kita yg sesat pd pandangan dia.. Nk tau mana yg benar, tunggu lah mati... Renung2 kan lah... Jd lobai jgn melompat sgt, ingat dgn RUU 355 dh dpt tiket ke syurga.. Tu untuk lobai presideng sedonia.. Mu pangkah ambo dua kerusi parlimen dan DUN.. Pahala mu berganda...mu dpt masuk syurga mudah safaat berganda.. Utk ambo pitih boleh lebih sikit dh Ada 2 kerusi, Bini boleh tambah atau mana dh menopause leh tukar..mu jgn bantah. Mu faham molek2 tu.

      Delete
  11. Pemimpin dulu bukan sekarang

    Pemimpin dulu memperjuangkan kemerdekaan
    Pemimpin dulu melakar pelan pembangunan
    Pemimpin dulu menggariskan jalan perpaduan
    Pemimpin dulu menggerakan negara kearah pemodenan dan perindustrian
    Pemimpin dulu yakin dengan perlunya modal insan
    Namun pemimpin sekarang tanpa rasa bersalah menggadaikan kemerdekaan
    Namun pemimpin sekarang tanpa rasa berdosa mengabaikan pembangunan
    Namun pemimpin sekarang tanpa perihatin meruntuhkan perpaduan
    Namun pemimpin sekarang tanpa malu merosakan negara yang tengah menuju puncak kecemerlangan
    Namun pemimpin sekarang tanpa ambil peduli menggagalkan pembangunan modal insan
    Namun pemimpin sekarang tanpa malu tanpa segan terus aktif menyamun
    Namun pemimpin sekarang tanpa sedar diri terus menyalahguna kuasa
    Namun pemimpin sekarang walaupun tahu jalannya dah nak sampai penghujung jalan masih berlagak nabi yang maha suci

    Bukan salah ibu mengandung
    Bukan salah bapa penyebabnya
    Yang pasti bersalah kita rakyat jelata
    Membuta mata untuk melihat kemungkaran
    Memekan telinga untuk mendengar yang fakta
    Membisu mulut untuk berkata yang benar.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  12. Setuju ganti BR1M ngan barangan keperluan spt beras. Biar Jabatan Kebajikan dan agensi2 kjaan salur. Banyak agensi2; bukan banyak sangat kerja pun. Lagi baik bagi catuan, spt 3 bulan sekali. Pejabat2 kjaan boleh buat store room. Memang benda free susah nak tarik balik, spt hari cuti malaysia antara paling banyak di dunia. Macam subsidi tarik balik orang bising.

    ReplyDelete
  13. GST TAK KENA....BR1M HALAL...Wahhh!! Memang lebih menarik.

    Minta ditimbangkan supaya DAP hanya sebagai rakan strategik menyokong perjuangan tapi bukan dlm satu logo pakatan supaya melayu akan 100% rasa lebih selamat. Kalau DAP di dalam logo pasti tujuan baik ni akan hancur utk ganti UMNO BN. Najib akan terus tersenyum sbb dia tahu dia akan terus menang dgn perpecahan. Faktor DAP mesti dicari formula tidak berada dlm logo ini, sebaliknya kerjasama mrk hanya sepakat konsep satu lawan satu shj.

    ReplyDelete
  14. d jemput membaca artikel pendek saya berjudul "sengketa d antara ds najib dgn tun m - usaha ikhlas yg tak kesampaian".

    saya tlh berusaha utk mendamaikan mereka berdua sejak 2014 lagi tapi tlh d cemuh n d halang olih rosmah.

    saya beriltizam utk menentang pasangan klepet ini dgn slogan - utk mengenyah kan rosmah dr tahta kekuasaan, najib wajib d korban kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Rahman tolong bagi link nak baca artikel tu.
      Terima kasih.

      Delete
  15. Yb Rafizi dh ckp awal2 lg GST ni akan menyebabkan semua rakyat terkena kesannya. Nahhhhh..skrg baru padan muka hampa. Tanggung lah sbb sokong sangat Najib dulu.

    GST ni cukai dari lanun zaman moden.
    NAK SOKONG LG NAJIB

    ReplyDelete
  16. Dengan br1m payout dlm 7 biliion++, cekau balik dari rakyat..42 billion forecast utk 2017? Najib....najib...6 kali ganda kau ambil dari rakyat selayaknya negara cukup modal tanpa perlu menggadaikan tanah tumpah rakyat malaysia.
    Teruk sangat dah sistem kau ni...modal mcm tu punya besar pun tak mampu meningkatkan ekonomi negara?
    Patut lah kau dinamakan ' pm paling teruk/lembab/bodoh di Asia...@ dunia' kot!
    Billion bayar pada advisor kau,ini je yg kau mampu buat? Patut sangat lah kau berhenti dan mulakan hidup baru kau ngan family....cuti la puas2! Modal pun ada banyak 2.6 tambah lagi 42....pergh!!!
    Tak gitu jib?

    ReplyDelete
  17. Aku lbh suka dia cuti dlm penjara. Biaq padan muka laki bini tu. Pemimpin yg mendajaikan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Saya tak salahkan najib. salahkan kita sendiri kerana beri undi pada umno/bn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok2 perangai hang mcm iblis, hang taichi kat mak pak hang yg lahirkan hang...good!

      Delete
    2. 10.16 betul tu sebab undi kitalah maka The Klepets berkuasa.......sapelah mereka tanpa undi kita?? Undi kitalah yg meletakkan mereka di atas.

      Next PRU jangan harap aku nak pangkah lagi. Mari semua.........kita betulkan kesilapan kita sebelum nasib keturunan generasi kita diperjudikan dan tergadai.

      Biar makan ikan kering tapi hati senang........dari makan daging badak tapi jadi kuli batak tolong bayar hutang besar gunong.

      Delete
  19. Hak rakyat..untuk rakyat...tak salah membantu rakyat..sudah jadi tanggungjawab kerajaan...GST..semua rakyat kena bayar..BRIM..segelintir rakyat yang dapat..bantuan dlm apa bentuk pun..jika diguna pakai atas nama parti..untuk kepentingan parti..itu yang salah..nampak ada unsur rasuah......perlaksanaan @ pemberian bukan atas kapasiti parti ...tak kira brim..wang ehsan..wang apa ke..itu baru betul...tapi buat masa ini..BRIM hasil GST..itu duit sendiri....kerajaan ambil banyak..bagi balik sikit..mana ada membantu...itu pun klu ada dapat bantuan BRIM ini....Najib Nazak membuat polisi menambah beban rakyat laksanakan GST....Beri BRIM..ambil kesempatan atas kesempitan dan beban hidup rakyat yang dicipta tambah oleh UMNO..BN..Najib Nazak..Rosmah Badak Ketot..tujuan dia agar rakyat beranggapan Umnok /Be-end yang baik..membela rakyat....Semua Tak Tahu..😆😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa zaman tun x de br1m, pasal ekonomi baik,org boleh cari makan, walaupun gaji murah tapi sepadan dengan saraan hidup, minyak murah, ringgit malaysia ada nilai..tapi skang gaji mahal pun tak mampu nak sara hidup pasal kos yg tinggi..salah siapa? Tentulah salah pemerintah..dia yg create masalah, bagi solution ciput pastu berbangga2 plak tu..br1m is not a problem, the problem is najib..

      Delete
    2. Pasal betina tu nafsu besar nk duit berbillion krn bermillion dh kecik bg dia. Akibatnya bunga pinjaman dlm USD Kita kena bayar tiap 6 bulan Dan tiap kali itu lah ringgit akan jatuh.. Barang di ingat bayaran bunga saja berbillion... Mmg dia wanita puaka... Biar tuhan mati kan dgn azab atau di hina dunia Dan akhirat...

      Delete
    3. Hutang yg kita tanggung tu adalah punca dari toyol dan badak. Kerana nak bermewah-mewah maka duit kita dirembat dan akhirnya kita terpaksa tanggung hutang yg tak berkesudahan.

      Yg tersepitnya kita........yg senangnya dia 7 keturunan toyol badak makan tak abes.

      Delete
  20. Aku doa je pompuan bernafsu besar tu kaku atas katil tak boleh buat apa2. Jika Allah komakan aerial sharon 8 tahun, aku rasa 5 tahun pompuan tu kaku pun dah cukup.
    Ringgit naik, gst hapus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ramai yg menanggung susah kerana dia. Dah ramai yg sumpah seranah........lama2 dia pon termakan sumpah orang dan doa orang yg dianiaya. Cuma tunggu masa dan hari yg Allah tentukan tu datang.

      Balasan tu sudah pasti.......memang itu janji Allah tiap perbuatan ada balasannya melainkan dia bertaubat dan pulangkan semula apa yg bukan menjadi hak dia.

      Dengan manusia boleh tipu tapi dengan Allah jangan buat main memang makan diri.


      Delete
  21. Tun M sepatutnya x sebut akan teruskan BRIM..Tetapi bagi satu nama baru untuk bantuan ini.naik kan had kelayakan..pendapatan 5 ribu kebawah layak dapat bantuan kerajaan ini

    ReplyDelete
  22. There will be in all more than a million foreigners living in JB Forest City and the 60 other developments. These new places will not become a foreign country but they will have an inordinate percentage of foreign people. If they stay long enough, they will be entitled to become citizens of Malaysia.

    Yes, I promoted foreign direct investment. But it was not about buying land in Malaysia, developing them and selling them to foreigners who will stay here.

    FDI is about investment in the manufacturing industry. Malaysian companies will construct the building and Malaysians will work in the industries. They will acquire skills and start their own manufacturing business.

    (Tun Mahathir)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpama kit ada 4 ekar tanah. Kita jual 3 ekar pada orang luar. Tanah kita tinggal 1 ekar saja. Jadi soalnya sekarang milik tanah siapa yg lebih besar? Kita atau orang luar? Sikit demi sikit lama-lama jadi bukit.

      Kalau pelaburan buka kilang tak apalah sebab ia akan beri peluang pekerjaan kepada orang kita tapi kalau tanah dan rumah kita gadai, ia akan MENAMBAH LUASKAN lagi penempatan dan pemilikan hartanah orang asing di bumi kita.
      Tak gitu??

      Delete
  23. Kadang2 halal kadang2 haram Dari tok guru mana dia belajar nih, Dari Ayah Pin yg baru turun Dari kerajaan langit kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni sesat. muhasabah diri elok2. Suka ko la nk dengar takmau. Tapi ingat, jgn bg anak bini keluarga makan menu dedak basi ko tu. Tambah lahi nila dilauk bersama Tahi Low perisa Eric Tan, dihirup bersama Jus kincin Lobai pusing Sadonia ice blended tu. Nasihat terbaik ni.

      Delete
  24. Insyallah hapus lenyap najib umno bn..amin

    ReplyDelete
  25. Allah panjangkan umut tun m mesti Ada sebab.92 thn blh bercskap 1 jam lbih.x bersembur àir liur mcm najib.Cuba byangkan kal,au tunm tiada skrgni,APA nasib kita?

    ReplyDelete
  26. Aku dah komen 2tahun lalu...jika pakatan jadikan matlamat mereka hapuskan gst..kami sekeluarga akan undi pembangkang..tak sangka Bersatu yg suarakan pasal hapus gst ini.

    So..12 votes go straight to PPBM/Opposition next GE. In sya Allah

    ReplyDelete
  27. Kengkawan....sesape yg layak terima Br1m kita ambil duit tu n kita gunakan duit itu utk jatuhkan ketua cawangan UMNO di tempat masing2

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. Itu lah kehebatan otak Tun ,dalam duk puak sana spining jaguh u turn bla bla depa tak sedar yg Tun dah hunus senjata tajam

    ReplyDelete
  30. Itu lah kehebatan otak Tun ,dalam duk puak sana spining jaguh u turn bla bla depa tak sedar yg Tun dah hunus senjata tajam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...