Hari ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.
Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.
Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.
Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza?
Ke mana perginya RM9 bilion itu?
Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk ke poket sesiapa?
Jika sebelum ini, nilai projek itu yang setinggi RM55 bilion sedangkan anggaran kosnya hanya RM30 bilion dan pengumumannya yang terlihat cukup pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan dan tender terbuka sudah cukup menimbulkan banyak tanda tanya, perbezaan harga RM9 bilion ini tentu saja menambahkan lagi kejutan yang ada.
Semalam, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menjawab dengan pantas atau kalau lewat pun, tidak melebihi dua hari bagi sebarang isu yang timbul dalam negara.
Untuk isu RM9,000 juta yang penuh misteri itu, berapa lama agaknya Najib atau pasukan pengampunya mahu tampil dengan jawapan dan penjelasannya? (SH 06/11/2016).
9RJ kalau dibangunkan infrastruktur Kota Marudu ada baiknya untuk rakyat
ReplyDeleteApa kata Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut?
DeleteRM90 juta atau RM9,000juta???
Ha jawablah apa jawapannya......
Delete9RJ kalau dibangunkan infrastruktur Kota Marudu ada baiknya untuk rakyat
ReplyDeleteSalleh Keruak tak nak tulis blogpost untuk menjawab bagi pihak PM?
ReplyDeleteMark up lagi, jangan tak mark up..
ReplyDeleteRM9 biliion extra ialah untuk MO1 beserta kuncu-kuncunya buat hurray-hurray....!!
ReplyDeleteApa nak hairan dahulu arab derma rm2.6b lepas ini cina pula beri derma rm 9b itu bukan raduah kita negara islam yg tersohor tak kan pemimpin beragama islam nak ambil rasuah derma boleh beri dekat anak bini itu ikhlas agaknya rakyat maladia in bodoh tak tahu derma dgn rasuah tapi duit haram tak apa
ReplyDelete46 billion tu harga pokok Din, belum masuk GST, service charge, komisyen, kos pentadbiran, rasionalisasi, recalibration, blue ocean, tolak-campur naik lah sampai 55 billion. Malaysia the land of endless possibilities..
ReplyDeletejangan lupa kos untuk lobai tarbus duit untuk baca doa.
DeleteSelagi masih ada kuasa, nak menyamun kena tunjuk terang2an rakyat yg bongok tak boleh buat apa2 pun. Cash is king, I have cash, so I'm above the king. King pun tak boleh buat apa2 kan...??? Rakyat nak demo pun kena sekat, jadi apa yg boleh dibuat? Dengar dan tengok ajelah, sambil telan air liur.
ReplyDeleteAlumni Sekolah Atap Rumbia.
Setuju. Cash is king lah sekarang ni yang lebih dari raja raja..tak guna la cakap raja dan rakyat berpisah tiada, tengok dan hadap je zalim yang pemimpin buat.
DeleteHanya Allah SWT Maha Besar.
Baguslah..9bilion tu mungkin dapat menumpulkan nafsu serakah puak tong taik buat sementara waktu.
ReplyDeletePasukan pengampu lambat menjawab sebab fikir boleh telus jangan.Negara China yang menembak mati pesalah rasuah diajak berbelanja boros membuat landasan kereta api.Bina landasan yang tiada cabaran geografi dan cuaca dengan kos melampau tinggi, orang China pun boleh pikiaq dengan siapa mereka berurusa .
ReplyDeleteKeris pahang
ReplyDeleteAku bukanya sekolah tinggi
Cuma pembebel
Aku tak fahamla rakyat malaysia
#Syukur malaysia masih aman?#
Ape ni?
Najib dah buat macam2 hal
Hancur politik
Hancur ekonomi
Hancur sosial
Hancur agama
Hancur raja
Hancur perlembagaan
Masih diam duduk peluk tubuh?
Kenapa negara luar boleh buat demo
Bantah seluruh negara mogok pecat najib
Guling umno bn
Demokrasi adalah bebas pilih walau bukan pilihanraya
Raja dah takde kuasa
Rakyat yang ada kuasa
Aku nak tengok setakat mana rakyat betul berani hapus najib bn umno?
Hari ini tak buat juga demo mogok
Bencanalah negara dan rakyat malaysia
Demo aman BERSIH pun dituduh lebih ganas dari baju merah jamal jamban..apa nak Malaysia ni..
DeleteKenapa sekarang banyak sangat penipuan, penyelewengan, bercanggah itu ini, berdolak dalik, hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak.
ReplyDeleteKalau Allah nak tunjukkan kebenaran, macam mana diputar belit pun tetap terbongkar.
Secerdik cerdik manusia tak dapat tandingi kebijaksanaan yg maha kuasa.
Rakyat sri lanka buang pemimpinnya setelah beliau menjual maruah negaranya pada tahap billion billion dollar pada china. Google search tengok.
ReplyDelete9 bilion untuk bini dialah
ReplyDeleteHadoiii....mencuri menyamun lagi ke?? Yg dulu pun makan tak habis...
DeleteBaru 9b..jika tak ada udang disebalik mee..tak sah la..
ReplyDeleteZaman najib ni semua langkah mempunyai agenda peribadi..bak kata pepatah..seperti tikus membaiki labu..
Ini lah realiti,malaysiaku..tumpah darahku..
Tak pe bro boleh kowtim dgn China laporkan semula nombor yg sama macam dia sebut tu.
DeleteBebagi sesamalah nanti. Diam2 jelah. Bagi on dulu bro. Nanti bagi no account je. Kalau berlebih nanti kita pulangkan balik.
ReplyDeleteSaya orang pantai timur tak mau projek mahal gila ni.
ReplyDeleteAda baik tolong setel masalah banjir di Pantai Timur. Kalau x leh selesai semuanya, at least bantu rakyat yg hidup terjejas masa dia gi main golf dulu. KTM service tu modernkan dulu... ni sibuk nak buat projek yg kita boleh tunda bila ekonomi is better. Dah lah ringgit rendah. Akal letak ke lutut agaknya... duit byk2 berguni2 boleh bawak mati ke? Tak takut Allah ke diorang ni. Jgn lah melampau sangat.Tak takut kena tanya ke nanti?
DeletePusing kepala Wak ngitung billion, Wak cuma bisa hitung sampe RM 50, tu uang upah demo..yang ni apo, billion2, wak ngak ngerti? Modar Wak trus kayak gini.
DeleteWak Nyeh
Sekinchan
Jibby boleh minta tolong arul untuk twistkan figure tu..
ReplyDeleteDuit yang disonglap melalui 1MDB yang disimpan di luar negara sudah dibekukan. Pontianak nak shopping tak de duit maka 9b tu kita tau akan ke akaun siapa.
ReplyDeletebabi tol pemimpin kita = pemimpin kita babi = kita ini apa?
ReplyDeletehahaha... mo1 boleh buat begitu sebab rakyatnya tak kisah.
ReplyDeleteAssalam Tuan Shahbudin,
ReplyDeleteSeperti kita tahu dlm bajet 2017 hampir 30 peratus diperuntukkan untuk gaji kaki-tangan kerajaan.Peruntukkan ini tahun demi tahun akan naik. Majoriti kakitangan kerajaan adalah org Melayu. Cuba bayangkan anak-anak Melayu yg keluar universiti apa akan berlaku?. Budak-budak ini duduk tepi jalan halau nyamok. Ini yang berlaku di negara jiran kita, demontrasi demi demontrasi.
Di negara kita orang Melayu tidak peduli lagi siapa pemimpin mereka janji anak mereka boleh masuk universiti, keluar nanti dapat kerja kerajaan. Peduli apa siapa pemimpin mereka. Anggapan mereka, kalau pemimpin curi duit pun bukan duit mereka. Ini lah sikap orang Melayu majoriti di malaysia. Contoh yg terbaik ialah BERSIH 4, di mana penglibatan jumlah orang Melayu terlalu kecil bandingkan dengan jumlah penduduk Melayu di negara ini.
Demonstrasi yg berlaku di negara jiran dan lawatan PM kita negara Cina sedikit banyak akan tukar senorio politik kita. Orang Cina di negara ini sepatutnya terim kasih pada PM kita dan juga negara Cina erana PM kita sekarang telah jual tanah sangat bernilai, menjual sayrikat janakuasa, pelabuhan strategik, sistem pengangkutan, beri lesen untuk bukak bank perdagangan dan juga beli pulak kapal perang dari negara Cina. Mungkin di negara Cina pm kita bertanya pada pm negara Cina, "apa lagi Cina mau?". Kita bagi murah..murah!.
Bila negara Cina telah melabur berbillion pasti mereka perlukan jaminan keselamatan untuk pekerja-pekerja mereka di Malaysia. Baju merah tidak boleh serang petaling street seperti mana Duta Negara Cina telah mempertahankan sedikit masa dulu. perbuatan duta itu sebenarnya telah mencampuri urusan dlm negara. Ada menteri UMNO berani tegur?. wal hal org baju merah kena tangkap ada.
senoria politik sekarang telah berubah tuan Budin..di PRU 14 pengundi Cina akan beraleh kepada BN. Pengundi Cina tidak peduli pemimpin ini kaki curi kah atau kaki rembat duit negara, kerana orang melayu sendiri tidak peduli..apa perlu mereka pedulikan?.Biar ada pemimpin mcm ini senang mereka boleh berurusan kerana cash is king...bukankah parti Pas juga mengambil pendekatan seperti ini - janji umno sokong RU355. Bila pemimpin UMNO yakin pengundi Cina akan beraleh kepada BN ...peduli apa dengan RUU 355 Pas itu?. Umno tidak lagi perlukan PAS... macam kita berbuih mulut pun orang Felda tidak akan faham tetap mengundi umno...
Tak boleh tanya di Parlimen pun. Nanti kena dakwa bawah akta hasutan. Jawapan pun tak boleh diberi sebab sudah diOSAkan.
ReplyDeleteBeginilah nasib rakyat Malaysia. Pemimpin mempermainkan demokrasi. Keadaan ini boleh ditonton dalam banyak filem-filem bollywood.
Dalam parlimen tak boleh tanya, di luar lagilah tak boleh, dalam media pun macam tu jugak tak boleh tanya....jadi kat mana yg boleh bukak mulut tanya?? Dalam jamban ke??
Delete9 Billion untuk...
ReplyDelete1. Beg Birkin 100 biji
2. Jet baru
3. Saloon rambut
4.
5.
06:49 jadila mcm pengomen 04:07 ada logik sikit la .. seronok juga la membaca .. ni sikit2 nak wal2kan hal Rosmah pujaan kau tu. Bosan la cerita hal perempuan seolah kamu kau ni suka menurunkan darjat jantina yang kau dilahirkan dari perutnya. Nak kondem, kondem la Najib ke, Umno ke .. betul2 memualkan la org2 yg sama jenis perangai kau.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDuit 1mdb,banyak dah dibekukan di US dan singapore.Jadi ramai penunggu dedak sedang mengangga,macam jamal pak tongkol dan lobai2 lontoih.Pilihanraya tahun depan,cara mana lagi nak dapat duit,terpaksa kelipit china pula,walaupun mengadai tanah melayu..najib kalau tak kelipit duit mati kutu dia.Sejak peninggalan mahathir,apa tingkatan ekonomi dia buat,dia buat bajet,tapi dia klepit duit bajet....hamlau punya orang..chit..kecik..kecik tak nak mampus..sudah tua menyusahkan rakyat.
ReplyDeleteApelah niat najib sbnrnya ye. .X ingat diri tu dah tua tp otak masih lagi duit duit duit..mana nak dibawanya duit tu kalau mati nanti. .eee takutnya..
ReplyDeletenanti dia mati kita tanam dia sekali dgn duit
Deletebuat kubur makam batu marmar biar berat dia
Rembat duit rakyat didahulukan....diri sendiri, keluarga dan kroni diutamakan....kah kah kah sapu sana sini ampu sini sana.....
ReplyDelete04.07...terima kasih atas analisis anda. Pandangan saya sama, sedikit berbeza dari segi sebab musabab.
ReplyDelete1. Setuju pengundi cina bakal beralih ke BN, tapi bukan kerana pasal deal dgn china. Tapi kerana melayu dan bumiputera borneo sendiri tak mau berubah, walhal dah 2 PRU cina nak berubah. Deal dgn china perkara baru, tapi percakapan org cina pasal nak undi bn ni saya dah dengar sejak setahun lepas. Ini kerana parti2 melayu sendiri tak bersatu; pas, bersatu, amanah.
2. Org cina skrg tahu mudaratnya jika tiada keseimbangan ekonomi. Di zaman tun, tahap ekonomi org melayu naik, semua org sibuk mencari peluang perniagaan. Skrg ekonomi dah turun. Maka akan ada usaha jadikan cina sebagai scapegoat. Tapi, oleh kerana isu 1mdb, org cina tahu bahawa melayu tak akan sokong usaha jadikan cina sebagai scapegoat. Isunya skrg bukan kerana cina dominasi ekonomi, tapi kerana melayu yg gagal tadbir ekonomi.
3.RUU 355 bukan lagi isu. Dari dulu lagi cina cakap ini adalah wayang. Logiknya, kalau RUU ni lulus, komponen bn sabah dan sarawak ramai2 keluar bn. Mana lagi untung, kekal sabah dan sarawak, atau tawan kelantan? Minyak lebih betharga dari budu!
4. Pola pengundian cina nanti ialah kekal DAP di peringkat negeri, hantar mca dan gerakan ke parlimen, dan terus hantar duit savings ke spore, hong kong, australia, dan ahemmm...china. In the long run, melayu yg rugi, tak kira melayu umno, pas, amanah, pkr, umno sekali pon.
Jadi tiba masanya bekerjasama tumbangkan umno...dan tumbangkan pas sekali. Apa untungnya pas, saya pon tak tau, saya masih tak faham, kenapa melayu masih sokong pas.
Siapa sebebenarnya jual negara.
ReplyDeletePembangkang serta pihak yang antikerajaan perlu cermin diri sebelum menakut-nakutkan rakyat kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual Malaysia melalui pelbagai perjanjian perniagaan dengan China.
Sebagai contoh, moral bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri wajar dipersoal kerana beliau menyokong dan pernah terlibat dengan siri perhimpunan haram Bersih walaupun sumber kewangannya dikatakan disalurkan oleh George Soros.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, Soros merupakan individu paling dibenci Dr. Mahathir sehingga beliau menggelar hartawan Amerika Syarikat itu sebagai penyangak mata wang.
Malah kata beliau, Dr. Mahathir turut ‘mendidik’ rakyat Malaysia supaya membenci Soros kerana cuba menjatuhkan beberapa negara, termasuk kerajaan Malaysia ketika itu.
“Hari ni Soros, kalau benar, dikatakan memberi bantuan kewangan kepada Bersih manakala Dr. Mahathir pula bersama Bersih berarak di atas jalan raya mengatakan inilah cara terbaik menumbangkan kerajaan.
“Dari segi moral, bagaimana kita boleh membuka negara kita kepada Soros? Dr. Mahathir mengajar kita Soros itu adalah orang paling tidak baik. Sekarang Soros beri sumbangan kepada Bersih dan Dr. Mahathir pula boleh sokong Bersih,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU-14 Parlimen Rantau Panjang yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin di Kampung Kubang Kuau di sini hari ini.
Perdana Menteri hari ini dilaporkan menyelar pihak yang menyebarkan cerita kononnya Malaysia sedang dijual menerusi pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM140 bilion dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu.
Ismail Sabri dalam pada itu berkata, pembangkang kini ketandusan idea apabila membuat tuduhan seumpama itu memandangkan pelaburan asing yang masuk ke negara ini sudah lama berlaku termasuk dari Amerika Syarikat dan Britain.
Tun Mahathir manusia penuh berpura2 dah jumpa Soros pada tahun 2011 lagi kerana Soros banyak tolong Marina Tun Mahathir ‘Tun mahathir sangup berbaik Soros, Tun Mahathir manusia tak ada maruah, serupa dengan anaknya sangup perjuangkan golongan LGBT agenda bawa oleh yahudi di amerika dan Obama pun perjuang LGBT, Tun Mahathir seorang yang terlalu sayangkan anak menyebabkan anaknya rosak.
Anda lihatlah gambar ini ianya gambar diambil 2011 berjumpa Soros dengan Maria chin, Marina bersama bapanya Tun Mahathir dan gambar ini diambil oleh orang2 pkr sendiri. Lihat sendiri dan menilai kebenarannya.
http://4.bp.blogspot.com/-jfQ-mTmlz_4/TdAVrDr3RzI/AAAAAAAAAGw/MpjJiGurcN8/s1600/Tun+Dr+M+%2526+Soros.jpg
Engkau masih tak faham...apa orang umno cakap, rakyat berpendidikan dah tak caya. Inilah hasilnya bila kredibiliti zero. PRU lepas siap rtm ngan tv3 tunjuk video si saiful buat sumpah...jumlah kerusi parlimen bn lagi teruk di zaman pak lah. Kau tulis la panjang2, selagi ianya umno, org felda jerr caya
DeleteOoo, tahu dah kalau bn menang nanti sahlah spr tak adil maka juak2 berperanan akan jadi macam Thailand nanti, maka lumpuh ekonomi kau juga yg untung sebab bukan org Malaysia kau tak suka Malaysia makin hebat dan menghasut atau kalau org Malaysia sememangnya pengkhianat. Mahu cerita kredibiliti sudah la sama juga sama2 sangsi. Aku percaya apa aku baca dan engkau percaya apa yang engkau baca. Kita berdua boleh jadi hakim kah senario yang begini??? Ini lah dinamakan demokrasi yg dibuat org, yg dionarkan pun org. Jadi jgn emosi jgn pula memaksa. sendiri punya pilihan.
DeleteCuba kau org tengok yg pi sana tu siapa?
ReplyDeleteAjib...kak Mah...si Muddin..
Anak beranak..sepupu sepapat melindungi penjenayah si Riza tu.
Takkan pihak berkuasa Malaysia masa di airport tak perasan utk menangkap si Reza tu.
Boleh lepas bebas mcm tu ja...
11:22 gossip je bro apa sebab Riza dah ada di Malaysia takda siapa pun buat report supaya dia boleh didakwa, pegi tanya Mr Bean tu.
ReplyDeletebanyak sembang saja kita ni....no action....kehidupan marhaen makin terhimpit...mana hilang semua ulamak? Alamak banyak la....serban sana jubah sana...marhaen tertindas...Malaysia tanahairku
ReplyDeletetuhan sedang tunjuk bangsa sendiri perintah akan bangrapkan negara dgn mencuri besar2an...tuhan tunjuk jugak bangsa yg mereka cemburu dan takuti pegang amanah rakyat dgn telus yakni singapura top10negara terkaya didunia. tapi mereka tutup mata buat tak nampak tetap nak bangsa sendiri songlap dan perintah...tuhan akan hukum sampai terduduk...itu maknanya tuhan maha adil..dimata tuhan semua manusia adalah sama....hanya yg ikut perintahnya akan diangkat dan dijayakan
ReplyDeletePada pandangan bodoh saya....Kos ECRL yg dicanangkan oleh semua ne tak berbaloi sebenarnya RM50bil....tapi lebih afdal dan berbaloi jika digunakan kos RM50bil tersebut untuk membina Lebuhraya seperti PLUS atau DUKE di sepanjang NEGERI SARAWAK - NEGERI SABAH sepertimana yg dilaksanakan di Semenanjung...Saya orang Kedah, bekerja dan bermaustatin di Negara Brunei Darussalam...pada pandangan saya Lebuhraya seperti dari Johor - Bukit Kayu Hitam, Kedah ini amat berguna dan lebih diperlukan di Borneo. Ini disebabkan oleh logik akal untuk memudahkan perhubungan dari segi masa dan ekonomi menjana pendapatan Negara Malaysia...yang jauh didekatkan...yang susah dipermudahkan...yang di pedalaman dikeluarkan dengan cukup mudah dan mesra alam...baru la tranfomasi berintegriti berpalimen...barulah Kepimpinan Terhasil dengan cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dibangga2kan sejak awal memimpin Malaysia sejak 2008...hasil nya yg ada hanya menaiktaraf Pan-Borneo yg mcm jalanraya Persekutuan Lama sepanjang Johor - Kedah...
ReplyDeleteFikir-fikir Lah !!!!!
Terima Kasih...
Brunei - Kota Kinabalu ( 8 jam perjalanan berkereta )
Brunei - Kuching ( 16 jam perjalanan berkereta )