Presiden Perkasa, Ibrahim Ali mengesahkan pihaknya akan meletakkan 50 calon untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket "Barisan Bebas Perkasa."
Jelas beliau, Perkasa tidak akan menggunakan platform parti politik, sebaliknya kekal sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.
Tumpuan kawasan yang akan ditandingi oleh calon "Barisan Bebas Perkasa" ialah majoriti Melayu yang turut ditandingi oleh BN, Pas dan Pakatan Harapan, ujarnya lagi.
Ini tentunya merupakan berita baik bagi orang-orang Melayu. Ini kerana Perkasa merupakan wadah Melayu yang kononnya masih suci dan belum tercemar oleh anasir-anasir luar.
UMNO boleh dikata telah banyak tercemar imej Melayunya kerana di belakang Presidennya, Najib Razak sudah ada Jho Low dan mutakhir ini berbaik-baik pula dengan China.
Jika dikira sebelum ini, UMNO turut gagal memastikan kouta 30 peratus kekayaan negara adalah milik Melayu, malah menjual banyak tanah rizab Melayu kepada syarikat perniagaan milik bukan Melayu.
Pakatan Harapan, jika mengikut tafsiran Perkasa, sudah sah tidak lagi memperjuangkan Melayu kerana ada DAP sebagai ahli komponennya.
Begitu juga dengan PPBM, oleh kerana Tun Mahathir turut berbaik dan selalu duduk semeja dengan Lim Kit Siang, maka perjuangan Melayunya sudah hilang dengan sendirinya.
Demikianlah PPBM daripada kanta mata Perkasa, sehingga Ibrahim Ali sendiri pernah mempersoalkan hala tuju parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu.
Pas pula, mungkin Perkasa susah percaya dengannya. Pendiriannya tidak tetap dan macam nak berbaik dengan semua pihak. Dalam mengata enggan bekerjasama dengan DAP, sebaliknya Pas masih mahu duduk dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR yang ada DAP di dalamnya.
Barangkali ini yang menyebabkan Ibrahim Ali dan Perkasa tidak lagi percaya dengan parti Islam itu.
Maka, hanya Perkasa yang masih suci dan belum tercemar kesucian Melayunya. Kalau umpama janda seksi, Perkasa adalah janda suci yang kematian suami kerana diserang sakit jantung sebelum sempat menikmati malam pertama lagi.
Lalu, kini Perkasa ingin bertanding secara sendirian melawan parti-parti yang turut mendakwa memperjuangkan Melayu juga. UMNO, PPBM, Pas dan Pakatan Harapan semua mahu dilawannya.
Bertanding di 50 kerusi, bermakna Perkasa perlu ada modal sekurang-kurangnya sebanyak RM50 juta untuk membiayai kempen dan pelbagai belanja lainnya.
Itu hanya jika dikira belanja hangus paling minimum RM1 juta diperlukan untuk satu kawasan pilihanraya.
Harap-harap ada Pak Arab pemurah sedia memberi derma kepada Ibrahim Ali dan tidaklah sampai beliau menerima dana daripada Soros untuk tujuan itu.
Berdasarkan kecelaruan dan berpecahnya orang Melayu sendiri disebabkan oleh banyaknya parti politik selama ini (setidak-tidaknya mengikut anggapan Ibrahim Ali), maka peralihan kepercayaan pengundi kepada Perkasa amat tinggi.
Dengan adanya PPBM, UMNO yang dalam pilihanraya lepas menang sebanyak 88 kerusi Parlimen, mungkin terpaksa akur bahawa sebahagian kerusinya akan jatuh ke tangan parti baru itu.
Mungkin akhirnya UMNO hanya mampu menang di bawah 40 kerusi saja. Begitu juga dengan PPBM, jumlah kerusi dimenanginya barangkali sama atau mungkin lebih rendah berbanding UMNO.
Pas sudah tentu jauh lebih rendah daripada itu kemenangannya. Mungkin sekitar 20 atau 25 kerusi saja. Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, walaupun dijangka menang banyak kerusi, tetapi kebanyakannya ialah di kawasan bukan Melayu, di bandar-bandar dan tidak mampu menubuhkan kerajaan.
Memandangkan kepada kecelaruan, perpecahan dan keinginan berubah kepada sesuatu yang baru di kalangan pengundi Melayu, Perkasa akan menang antara 45 hingga 48 daripada 50 kerusi yang ditandinginya.
Oleh kerana tiada pihak mampu menubuhkan kerajaan dan sebuah kerajaan campuran perlu dibentuk, maka Ibrahim Ali daripada "Barisan Bebas Perkasa" yang menang paling banyak kerusi dipersetujui untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baru bagi Malaysia.
Horey....Hidup Melayu...Hidup Melayu..
Horey...Hidup Melayu...Hidup Melayu...
Bangun..bangun...bangunlah....dah nak malam dah ni....
Ahhh...mengigau lagi di petang-petang begini!! (SH 20/11/2016).
Heh..gila ka aku ni?? (Sambil tampar pipi 1000x).
ReplyDeleteNota: Tertidur waktu petang, biasa la mengngong.sikik bangun gelap ngarib2 ni.
Pak Brahim ni sakit,,tak usahlah nak fikirkan hal nonsense beliau.....!!
DeleteIbrahim Ali jd perdana menteri? Itu tidak cukup pelik. Yg palaing PELIK bin HAIRAN apabila ada yg join perkasa. Konon2 memperjuangkn hak2 melayu...kah3
Deletemat sabu apa kurang nya.gagah dan crediblity nya tinggi.punya sokongan kuat dari ph.layak untuk jadi pm.ibrahim ali jadilah tpm dulu.
ReplyDeleteMat Sabu setakat jd penghulu kampung layak la. Kalau jd menteri...lebih teruk negara ni drp si bijaN
DeleteKatak ooo katak
ReplyDeleteKenapa kau panggil hujan
Macamana aku tak panggil
Aku nak jd Piem
Aku nak nak jd Piem
US ada Donald Trump...msia bakal ada Donald Tong Drump. Bising lebih, isi tarak.
ReplyDeleteBrahim ali jadi PM?!Warrghh..Bwa ha haa,ka ka ka,kih kih kih,koh koh..Tolonglah hentikan lawakmu ini,Budin!Tolonglah hentikan,hentikann..Budinnn..Kah kah koh koh keh ngeh ngeh ngoh nguehh..wa tak bley tahan...
ReplyDeleteKahkahkahkah....
ReplyDeleteItulah Budin...hang tido waktu mahgrib....orang tua selalu pesan jangan tido waktu senja...
Nasib baik hang mimpi katak je....kalau mimpi kuntilanak ke...lang suir ke...ei!...serammmmm...
Siapa peduli dengan Brahim Katak ni...kerja dia nak tonggang orang je...kalau dah katak tongganglah katak jugak...baru katak sejati.
Agaknya Najib kat Amerika Latin tu mimpi apaye?...KUNING!!!!!....Najib mimpi dunia jadi Kuning....pening.
Damned you Najib!
Gila Ada 44 jenis. INI adalah salah satunya.
ReplyDeleteKita dok berusaha klu dpt 1 lawan 1 menentang umno/bn yg korup....dia pulak awal2 dah bgi anti climax punya statement.... rasanya parti pas pun dah mnyuarakan hasrat bertanding atas platform sendiri belom lagi geng pakatan yg lain. Alamat jawabnya wal hasil balik asal wal asal Xdak hasil laaa perjuangan & harapan majoriti rakyat....
ReplyDeleteRakyat perlu buat ketetapan sendiri. Tak kira diorang dari parti mana sekalipun, andainya parti diorang gagal bermuafakat dlm pakatan pembangkang, hendaklah undi calon pakatan pembangkang. Waima anda ahli pas dan pas letak calon sendiri, anda perlu undi calon gabungan pembangkang. Tinggalkan saja pimpinan parti yg pentingkan diri sendiri keseorangan
DeleteDin,
ReplyDeleteKalau brahim nie ada akai dah tentu dia pakat sekali dng Tun , tapi nampaknya dia nie hanya TIN KOSONG !!!
hingaq saja lebih tapi habuk pun tak ada.
betapa bodohnya ahli perkasa kalau depa ikut telunjuk tin kosong nie.
sapa lah nak sokong perkasa nie !
perkasa nie baguih tapi dipimpin oleh tin kosong macam ibrahim nie, sayang sekali.
anyway, aku tak lena din, sebab aku memamng tau dia nie tin kosong and tak lebih dari tu...
hidup tun and hidup pembangkang !!!
KATAK tu chakap nak letak Chalon lima puh kusi beb - saper payung kos nya tu ? M O 1 sponsor kut - buat kira kira belakang tabir dengan KATAK ni - kasi picah undi
DeleteAda kemungkinan tu : - )
Mentri mentri ada yang dapat 2 juta sorang
Kalau KATAK mungkin LEBEY skit kut
Mana ada orang join NGO bermotif politik tapi tak bertanding pilihanraya? Ibrahim ali dah habis ikhtiar deal dengan parti politik tapi temui jalan buntu. Ramai ahli perkasa dah cabut sertai parti politik. Untuk selamatkan keadaan, ibrahim ali cakap pasal peluang bertanding walaupun atas tiket bebas. Dia tak boleh selamanya dok atas pagar. Pelik kenapa ibrahim ali taknak join ppbm...padahal rapat dgn tun.
ReplyDeleteIbrahim Ali jadi Perdana Menteri? Confirm dia dah gila.
ReplyDeleteKatak pun dia kata sexy...gila dah tu
DeleteNak hantar dia kemana?
DeleteTanjung Rambutan atau Tampoi ke?
Allahhuakbar minta allah simpangkan jgnlah dia ini jadi Pm Malaysia saya lebih rela Lim kit siang atau Lim Guan Eng dari Dap jadi PM Malaysia kalau melayu kelantan inilah jadi Pm hancur org melayu jadi kataklah akhirnya hidup Lim hidup Dap
ReplyDeleteAku pun sama.
DeleteLebih baik berPMkan
Lim Guan Eng daripada
Katak yang tidak ada
pendirian ni...
Tak baik kata dia begitu
DeleteMungkin itu adalah cita cita nya
Tidak kah kalian tahu
Dia adalah MAT JENIN yang suka berangan :-)
Minum air Detox dulu Datuk Kasi cuci usus usus dgn salur tahi tuuu. Biar lancar otak nak fikir ya.
ReplyDeleteTindak tanduk Ibrahim Ali akhir2 ini amat mencurigakan. Nak kata terima dedak tiada bukti.
ReplyDeleteTapi ianya amat kelihatan seperti itu.
Salam Budin,
ReplyDeleteBetul ke Bloger Dinturtle original telah pulang ke rahmatulllah? Malumat ini dikongsi oleh bloger Cucu Tok Selampit
Ya betul, beliau meninggal dunia 6.30 petang tadi dan akan dikebumikan 10 pagi esok di Kuala Terengganu. Alfatihah buat Allahyarham dan takziah kepada keluarganya.
DeleteIbrahim Ali seorang yang bankrap idea.Dia hanya ada sedikit idea merapu sekadar untuk meneruskan kelansungan hayat politik berkepentingan diri.Walau bagaimanapun,idea terbaiknya adalah apabila dia menangguk di air keruh dengan menubuhkan Pribumi Perkasa semasa era Pak Lah.Spesis ini akan kelihatan ada fungsinya ketika ada situasi bermasalah.Bukan dia boleh selesaikan masalah bangsa pun.Sekadar kononnya,pertubuhannya itulah yang akan dan mampu menyelesai masalah agama,bangsa dan negara.Bila Tun Mahathir menubuhkan Bersatu,maka ini sudah tentu akan menjejaskan kegembiraan Ibrahim Ali sebagai pemimpin Pribumi Perkasa.Lantas arah tuju Mahathir dipersoal oleh beliau.Kenapa begitu?Kerana dia takut kehilangan keistimewaan yang dinikmati.Melawat seluruh pelusuk benua di mana saja ada pelajar Melayu untuk merasmikan Kelab Pribumi Perkasa luar negara.Ini adalah contoh melayu yang perlukan masalah untuk mereka kelihatan sibuk bekerja.Kalau tidak ada masalah,itu tidak jadi masalah,kerana mereka ada kemahiran untuk mencipta masalah.Sejak dari muda sehingga tua,golongan ini mengumpul harta melalui cara ini.Tetapi,apakah sumbangan sebenarnya Ibrahim Ali kepada bangsa Melayu?Atau kepada negerinya sendiri?Kebarangkalian Ibrahim Ali diberi 'derma' oleh Najib yang menerima derma daripada Tok Arab,adalah sangat tinggi.Tindak tanduk si Ibrahim Ali ini sejak berpuluh tahun lamanya sudah melayakkannya berdiri sebaris dengan legenda sastera rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir,Pak Kaduk,Si Luncai,Mat Jenin,dan terbaru antaranya juga adalah Mat Mazlan,Anuar Musa,Keruak dan ramai lagi.Teringat pula saya kepada Shaberry yang terlibat dalam usaha memecah rekod Malaysia di Sarawak baru-baru ini dalam membuat laksa terbesar,yang akhirnya dibuang semua setelah rekod berjaya dicipta.Kita faham ianya tidak selamat lagi untuk dimakan setelah lama terdedah.Namun,apakah penting sangat usaha ini untuk negara dan bangsa?Ini semua adalah bersifat Pak Pandir,Lebai Malang,Mat Jenin,dan Mat Mazlan.
ReplyDeleteAlfatihah blogger din turtle baru meninggalkan kita jam 6 petang tadi.
ReplyDeleteAlfatihah blogger din turtle baru meninggalkan kita jam 6 petang tadi.
ReplyDeleteAlfatihah blogger din turtle baru meninggalkan kita jam 6 petang tadi.
ReplyDeletePak brahim ni teringin jugak nak rasa dedak. Dengaq cerita dedak ni sedap.
ReplyDeletePerjuangan sekarang bukan terhad kepada melayu sahaja tetapi seluruh warganegara. Islam tidak pernah menyisihkan penganut agama lain selagi tidak melakukan perkara yang mengganggu umat islam menjalankan kewajipan mereka. Adakah seorang melayu melakukan jenayah atau kesalahan dikecualikan daripada hukuman? Tidakkah kita perlu mewujudkan keharmonian hidup dalam sekitaran pelbagai bangsa, agama dan kaum. Sesiapa jg yg memimpin perlu mengutamakan kebajikan seluruh rakyat.
Ikulah ajaran islam yang sebenar.
Zahid: Guna Sosma ke atas Maria? Tanyalah IGP dan AG-http://m.malaysiakini.com/news/363524
ReplyDelete- Boleh pulak macam tu. Macam mana boleh menteri ni? TPM lagi. Habis tu IGP, PDRM bawah siapa kalau bukan bawah KDN? Nanti kalau ada MP tanya kat parlimen takkan IGP pulak nak jawab. Sah-sah menteri yang kena jawab kan? Berani buat tapi tak berani nak bertanggungjawab..
Zahid: Guna Sosma ke atas Maria? Tanyalah IGP dan AG. Menteri KDN tak bertanggungjawab. Confirm dia ni dah gila. Bukan Ibrahim Ali aje...
DeletePengkhianat Nik Aziz ni nak jadi PM?
ReplyDeleteSudahlah Ibrahim Ali, jadi katak lagi baik.
Kah... kah... kah... kah... kah...
Biasalah...politik Malaysia skg ni...peribahasa melayu banyak dicipta untuk ditujukan kepada org2 yg bersikap begini...diantara peribahasa yg selalu disebut...telunkuk lurus kelingking berkait...buang batu sembunyi tangan...kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan...kuman diseberang laut nampak gajah didepan mata tidak kelihatan..dan yang paling tepat untuk politikus kita adalah...buat bendang diatas belakang orang...
ReplyDeleteDia dapat ilham dari Philippine dan USA. Tak lama lagi ketua kerajaan seluruh dunia terdiri dari manusia kurang siuman.
ReplyDeletestok dedak semakin hari berkurangan.. letak calon untuk dapatkan bekalan dedak. Sudah dapat dedak tarik diri jd calon.. tektik lapuk tu..
ReplyDeleteDah dapat dedaklah tu....untuk pecah undi PPBM. Jika wakil perkasa menang, sudah tentu join umno. Ini ibrahim dia kerja untuk dapat duit pribadi.
ReplyDeleteSemua orang melayu sudah kenal ibrahim ali, ppbm tak perlu bimbang. Kawasan rumah dia pun dia kalah dg anak nik aziz. Ibrahim nak bertanding di kuala lumpur ke?.....merapu saja.
Katak berangan nak jadi PM
ReplyDeleteKeh...keh...keh
Selupe mimpi woooooo....
Silap-silap... konspirasi bersama BN - saje nk kasik pecah undi di kwsn2 populasi Melayu berketumpatan tinggi...
ReplyDeleteAngan angan sang katak kah kah kah!!!
ReplyDeleteKalu tok guru pilih ambo btanding di parlimen, ambo akan pertahan ketuanan islam sekalipon terpaksa lompat atas meja parlimen.... wakakaaa.... sekali org bagi peluang, memang dia lompat TAPI lompat sokong kerajaan najib... oii.. katak, jom masuk maharaja lawak, kot2 ada puteri nak tlg 'frenchkiss'. TOING.. terus jadi PM.
ReplyDelete