Tuesday, 11 October 2016

TUNGGULAH...UMNO JUGA AKAN 'TUTUP KEDAI' KERANA 1MDB?


Mak aiii...sampai dua bank dah ditutup disebabkan oleh 1MDB. "Power" gila tu beb!!

Dalam langkah terbarunya, pihak berkuasa kewangan Singapura atau Monetary Authority of Singapore (MAS) mengumumkan penutupan cawangan Falcon Bank Ltd di negara itu berikutan kaitannya dengan dana 1MDB yang mencurigakan.

Beberapa bulan lalu, MAS sudah pun mengambil langkah yang sama terhadap cawangan BSI Bank.

Kesalahan kedua-dua bank itu sehingga ia diarahkan tutup ialah atas "kegagalan serius berkaitan anti penggubahan wang haram dan pengurusan yang tidak betul."
Dua bank lain, DBS Bank Ltd dan UBS AG Bank pula turut dikenakan denda kewangan oleh MAS atas kesalahan yang serupa.

Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana syarikat milik kerajaan, baik ketika era Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi atau sesiapa yang jadi Perdana Menteri sebelumnya, yang begitu "power" sehingga bank di luar negara tutup kerananya?

Apakah dengan tutupnya dua buah bank di Singapura itu masih belum cukup untuk menunjukkan hakikat bahawa 1MDB memang tempat bersarangnya segala keburukan kepada negara?

Penipuan, penyelewengan, menggubah wang haram, kleptokrasi, berjoli dan segala kejahatan lain yang seneraka dengannya, sebenarnya semua terkumpul dalam 1MDB.

Malangnya, sementara banyak negara lain mula mengambil tindakan, di negara kita sendiri semua kebejatan itu seolah-olah cuba ditutup dengan "warna-warni lukisan"  seperti membaik-pulih masjid, menghantar jemaah haji ke Mekah, kerja-kerja kemasyarakatan dan sebagainya.

Kepada yang terus mempertahankan, malah memuji 1MDB dan memuja orang yang mewujudkan syarikat pelaburan paling bermasalah itu, masihkah mahu bermimpi lagi?

Jika dua buah bank antarabangsa boleh tutup disebabkan 1MDB, apakah tidak mungkin UMNO juga akan "tutup kedai" kerana beban yang diakibatkan  olehnya? (SH 11/10/2016).

90 comments:

  1. Anuor al juburi tidak mahu bersekongkol dgn TSMY. Jelaslah jabat tgn antara madey dgn nuor al juburi bknlah sebab mereka ingin bergabung. BERSATU dan pembangkang saling bercakaran. Ini mmberi peluang kpd UMNO terus dipilih rakyat pd PRU14 berbanding BERSATU. Apatah lg PeeGayAr.
    Nukilan drp Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia diperintah oleh pasangan RM...Datuk seri Robert Mugabe & Datin Seri Rosmah Mansor

      Delete
    2. 12.39..najib bukan hanya samun duit rakyat, bini orang pun dia samun. Mana lah macai macam kau nak letak muka bila najib letak jawatan nanti? Silap-silap umno pun tak mengaku kau ahli...macam noh omar tak mengaku baju merah kerja orang umno.

      Delete
    3. Kalau nak sokong seseorang jangan ada sebab tertentu....Kalau dia tumbang, korang nanti kena tindih !

      Delete
    4. 12.39 kenapa nak alih tiang gol??

      Cam mana dgn cerita MAS arah 2 bank tutup sbb terlibat dgn wang haram 1MDB tu?? Kenapa kau tak nak sentuh pasal ni?

      Dah memang betul bau pekung duit haram tu kuat kan. Jadi tu sebab kau alih tiang gol.

      Delete
    5. Anon 12:39.
      Kau nampak ke Anwar
      liwat jubur emak, isteri dan
      anak2 perempuan kau?
      Laknat punya manusia.
      Pukimak dan pergi mampus la lu...

      Delete
    6. Tak ada modal la tu nak pertahankan abg jibi..sebab tu kona sana sini

      Delete
    7. 12.39
      Aku tak peduli mana kau belajar pun tapi kau mmg BODOH. Kau rasa nak makan pelempang ke atau nak penerajang? Bahasa kau tu cukup bukti berapa dungu nya kau.
      DASAR PENGKHIANAT.
      Kalau tak melihat dgn mata kepala kau sendiri jgn sebarang cakap

      Delete
    8. Mamat ini mabok ketum agaknya.Langsung tak menunjukkan intelektual macam belajar di Conggo saja.

      Delete
    9. Kalo dah pembangkang tu nk wat cmne kn...jilat ler dedak nuor al-juburi tu..ms madey tolak anwar korang marah madey kan??? madey kat nuor peliwat ko mrh madey kan? laa ni ko jilat balik madey...duk ngata dato noh omar, jamal, DSN hipokrit..tp kome pn 2x5 je...

      Delete
    10. Aku rasa orang yg menyamun duit rakyat tu paling buruk dari segala manusia sebab depan rakyat tunjuk bagus dan amanah tapi belakang pijak dan sembelih rakyat.

      Delete
  2. Smlam saya jumpa dr untuk berjarum kerana nak umrah hujung tahun ini.
    Saya terperanjat bila dr tu kata TS Pandikar galak hantar warga Kota Belud haji atau umrah bersumberkan wang 1mdb tadi.
    Saya kasihan dgn org yg jadi mangsa. Sia2 buat haji atau umrah.
    Patutlah pertahankan Najib. Ada imbalan.
    Tak tau malu langsung

    ReplyDelete
  3. Buat apa hantar org pergu haji dan umrah kerana duit yg digunakan nungkin duit haram kesian2 dah tu potong q pulak org yg daftar lama tak dpt pergi lagi hai dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah tukang berwayang ugama demi melabur duniawih. Penghabisan si munafik itu malang dalam kubur sempit dan gelap busuk.

      Delete
  4. Buat apa hantar org pergu haji dan umrah kerana duit yg digunakan nungkin duit haram kesian2 dah tu potong q pulak org yg daftar lama tak dpt pergi lagi hai dedak

    ReplyDelete
  5. Salam Sdra Shah

    Memang Power 1MDB!...
    Masakan tidak...setakat ni dua buah bank Swiss Private Banking dan kena tutup....Malahan kegiatan 1MDB dan MO1 serta JLow telah mengerakan pelbagai penguat kuasa dunia bertindak menjejaki "money trail" yang melibatkan matawang dan sistem perbankan mereka...dan nama MO1 pasti tidak ketinggalan disebut dan dikaitkan dengan "money trail" ini.
    Tak kurang juga beberapa insan telah dihadapkan kemuka pengadilan dan ditahan untuk siasatan. Dari timur kebarat dan timur tengah semuanya bergegar...bahkan kepulauan yang aman damai di Caribbean juga menerima padah tsunami 1MDB.

    Di Malaysia...AG kata tak ada apa kesalahan...tutup....Segala siasatan semua tutup...OSA...habis cita.

    Mesyuarat Majlis Raja Raja pun munkin tutup kes ini.

    Apa lagi yang "bukak"...kalau yang nyata terkangkang luas pun dikata tutup.

    ReplyDelete
  6. Tanya Idris Haron, kot kot ini pun Singapura nak Bunuh Melayu juga (?) atau campurtangan asing..

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada helah politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan orang Melayu.

    Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ berbuat demikian dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

    "Kita nak beritahu Amerika, ini Asia Tenggara, ini Malaysia. Negara kita tanggungjawab kita. Apa kredibiliti Department of Justice itu?

    "Serangan ke atas Iraq, (Amerika) kata apa? Ada senjata kimia besar-besaran; senjata kimia yang boleh memusnah dan sebagainya. Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.

    "Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia.

    "Tuan puan, kita kena bangkit. Ini tidak lain dan tidak bukan daripada political plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, sebab dia tahu dengan polisi Datuk Seri Najib bawa ini, boleh angkat Melayu dihormati dan disegani satu dunia," ujarnya.

    Idris memberikan ucapan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang bagi sayap pemuda, wanita, dan puteri parti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO bhg GAmpang pun bleh percaya lebong Idris ni? Aku ingat org KL cerdik2 dan celik sikik dari makcik Felda? Lagi biol pun ada jugak??

      Delete
    2. Singapore bukan Negara cin-Cai macam Malaysia,,andaikata kerajaan Singapore mengarahkan 2 bank tutup ini menunjjukan betapa serious money laundering di Negara mereka,,MO1 & 1MBD telah banyak menyusahkan kepada rakyat dan Negara Malaysia bahkan di seluruh dunia juga......!!

      Delete
    3. Tak nmpak malaysia semakin dihormati didunia pun dibawah pentadbiran najib..

      Kutuk amerika tapi main golf sama2
      Dan joint tppa juga..
      Semua ni zaman najib ja.. Malaysia takda wawasan selain berebut jawatan..

      Delete
    4. Di Singapura ada undang2. Nobody above the law.

      Di Malaysia mana ada undang2 lagi dah.
      The law in Malaysia belongs to somebody...

      Delete
    5. Guna pakai undang2 RIMBA. Kalo orang lain salah ditangkap tapi kalo diri sendiri yang salah tak boleh didakwa. Bukak mulot tanya pon tak boleh !!

      Raja pun DUIT....Cash is King.

      Delete
    6. Minta Idris + Keruak + Rahman saman MAS Singapore kerana kaitkan IMDB dgn penutupan 2 bank di Singapore

      Delete
    7. Mereka boleh booking hari isnin, rabu, khamis Dan jumaat untuk saman.

      Sabtu & ahad cuti. Mahkamah tutup.

      Hari selasa najip dah gazetkan utk saman wsj

      Delete
  7. kenapa Umno tutup kodai selagi ramai ahlinya lebih 3 juta dan tak perlu byk wang utk terus hidup mara kehadapan
    kecuali ramai yang keluwau baru logik atau kena saman ka tapi bagaimana tu nak kaitkan 1mdb dan apakah saman membolehkan umno tutup kodai, agak2 la saja nak sensasi ka ceghita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 juta ahli? Ambik ic org, main daftar jd ahli. Pegi update ahli terkini...umno dah standard NGO je skrg. Kalau pergi bandar besar, orang segan nak mengaku umno.

      Delete
    2. pkr tipu keahlian byk mana cuma ada sekitar 20 ribu tapi mengaku 400 ribu, dap mmg tak payah ahli sbb Cina mmg bersama depa, Pan tak sampai 35 ribu, ppbm 350 ribu kononnya parti baru keluaq dari rahim ibu betul ke idak tak tahu la kecuali byk cawangan umno tukar kepada ppbm takat ni tak da pun .. ok la pepehal tunggu masa bershit 19 November ada ramai peserta kuning Melayu sbb Pas dah fed-up dan yang pasti mata sepet je. (ko kalu sorang2 mahu ka mengaku ppbm - soklan cepumas melainkan dalam acara baru mengaku ... so pls use ur common sense)

      Delete
    3. Pembangkang tak perlu gembar gembur bilangan ahli berapa ramai. Kau pun tahu ramai pengundi atas pagar sokong pembangkang. Kau pegi suruh najib buat survey terkini sokongan rakyat terhadap BN. Suruh diorang buat kajian sokongan melayu terhadap umno khususnya...tak lupa juga buat survey impak kes 1mdb & damage yg dibawa najib terhadap parti umno. Pilih je badan survey tempatan atau antarabangsa yg najib percaya..ada berani? PM bangsat kau mana ada telur..dulu janji sblm akhir tahun 2015 nak selesaikan hutang 1mdb dari 42 billion hingga tinggal 17 billion..suruh bagi dia peluang...skrg apa dah jadi? Makin bertambah..50 billion hutang terkini. Nak bayar dengan apa? Duit rakyat jugak kau cedok

      Delete
    4. Apa tujuan umno canang ada ramai ahli? Tak lain tak bukan..ketua bahagian, ketua pemuda nak ketuk mintak peruntukkan lebih. Selain tu nak tipu melayu lain kononnya umno kuat & suruh join sekali. Yang berulang kali kena tipu...orang macam anon 13.36

      Delete
    5. Dah la kena tipu siap nk tipu org lain pulak

      Pemakan dedak semakin cuak. Kontrak bekalan dedak sudah hampir tamat.

      Delete
    6. Ada puak2 sini kata pengundi atas pagar sokong pembangkang..itu dulu tapi tak juga menang..tapi kini pembangkang dah berpecah..berkecai..sampai ujud banyak parti..lepas ni berebut kerusi pula..jangan mimpi nak menang pru akan datang..apa yang nampak hanya sekadar pura2..membesar2kan angka seolah2 ramai menyertai parti mereka..sudah2lah..

      Delete
  8. Apabila hati telah hitam. Sudah tiada lg kebenaran yg boleh dilihat. Semoga allah memelihara saudara seagamaku bg melihat kebenaran. Dunia di akhir zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang tahu tak, semua2 admin blog dapat fulus, hang tgk omak kau tarak masyuk sbb khalid gagap kecundang. Selagi M'sia aman dan perniagaan berjalan saperti biasa, selagi tu la msg2 rebut2 nak fulus tak kira cara mana. Bagi saya siapa2 duduk atas sama saja kecuali asal pendatang tak boleh jadi pm dan tpm dan selagi aset berbilion bilion sampai kiamat pun M'sia tak kan bangkrap cuma org saperti Anwar perlu dielakkan, buat saya Mahathir mmg bagus tapi faktor umur yg terbantut cuma mau naikkan boboi mmg saya amat tidak setuju sbb nampak amat ketara kronismnya. Skrg hang yg hati hitam masih mentah lagi ceghita bab politik jadi jgn extreme sgt, sederhana ja pasai apa kita2 ni dok tang ja kecuali hang masuk gelanggang bergelumang terus dgn politik yang seolah olah tiada lagi akhirat tempat kita2 semua berlabuh.

      Delete
    2. 14.05 kita bukan hidup era 20-30 tahun lepas. Dulu media tutup cerita, kalau ada skandal pun, org cepat lupa. Zaman skrg lain, kau buat salah, anak cucu kau boleh tau detail bertahun kemudian. Najib jadi ketua penyamun, dia ingat malaysia mudah nak lupakan? Generasi akan datang akan ingat dia sbg PM paling celaka

      Delete
    3. mudah2 ko diberikan nikmat kehidupan aman di bumi bertuah selagi ko pandai bersyukur dan tiada kufur.

      Delete
    4. sebab celaka ko berpeluang ambil br1m kalu layak mudah2an membawa berkat atau toksah ambil langsung kalu rasa duit tu duit haram.

      Delete
    5. Brim hanya padan untuk orang macam kau. Mengemis..keje malas. Pendirian tak ada. Sekali orang hulur duit rasa terhutang budi sampai mati. Padahal pemimpin kau korup mengalahkan pemimpin negara afrika. Bodoh punya 14.41, 14.38, 14.05

      Delete
    6. ko tu dulu bukan marah Mahathir skrg nape jilat balik jadi sapa takda pendirian cuba hang cakap ...cakap besaq mengemis la takda pendirian la .. la ni kena mandi kencing lagi pun tak sada2, bangun la woi hang sokong apa sebenarnya hari2 kesalkan kehidupan yg malang, kalu hang kaya aku pasti hang takda dlm blog ini ... ada faham. Kesia Allah jadikan org tak reti melalat sepanjang hayat itu tak betoi .. ini tak betoi, hang pi pulau dok sorang2 lagi baguih.

      Delete
    7. Dari dulu kami sanjung Tun. Dulu umno..sekarang umno dah jauh tersimpang. Dah jadi parti najib. Nak samakan tun dengan sapa? Dollah badawi? Najib si ketua penyamun? Jauh panggang dari api..kaki tidur, kaki songlap, kaki tipu yg parti pilih teraju negara. Apalah malang nasib malaysia. Lebih malang bila ada rakyat pekak, tuli taknak/takut suarakan hak masing2 macam 15.06

      Delete
    8. Duit br1m bukan najib yg kasi.. Itu tanggujawap kerajaan... Memang kena buat.. Kebajikan rakyat memang tanggujawap kerajaan.. Kalu kerajaan bagi duit br1m kita kena amik.. Kalu amik br1m wajib undi bn itu tak betoi sbb kebajikan adalah tanggujawap kerajaan..

      Tapi najib buat salah tetap salah.. 1mdb najib patut letak jawatan.. Dah buat salah..
      Buat macam paklah letak jawatan sbb prestasi tak memuaskan walau takda duit bilion dlm acc..

      Delete
    9. mana bukti dok pusing la 1mdb (disabotaj babitkan bank negara) sampai pru14 la ceghita tak sudah, silap2 Najib masih ada selepas pru14, takpa hangpa semua boleh main undi pupular plak serupa Anwar dulu dan kata spr berat sebelah (org Najib la katakan). Saya tak sokong sapa2, saya hanya mahu M'sia stabil tu pasai saya cakap sampai kiamat pun selagi aman selagi berniaga lancar selagi aset beratus bilion selagi tu M'sia tak mudah bangkrap tapi jgn kasi org mcm Anwar perintah sbb dia tiada pendirian, saya ada katakan Mahathir terbaik tapi fakto umur terbantut dan nak panjangkan pada boboi?, ini ja saya tak boleh trima.

      Delete
    10. Ya betul..najib dapat derma, najib tak lupa menderma. Najib tak lupa bagi beras free lambang dacing, najib tak lupa sponsor haji ajk masjid. Najib juga tak lupa bagi 200 seorang lepas mengundi bn macam di sg besar hari tu. Seorang pengemis harus menolong pengemis yg lain. Bezanya..najib terima billion, anon 15.06 terima 1k.

      Delete
    11. 15.38 aset beratus billion la, ekonomi negara berada dalam jajaran sempurna la..tu semua rektorik. Sapa lantik najib jadi menteri kewangan? Diri dia sendiri. Jangan cakap sesebuah negara tak mungkin muflis..lihat kegawatan ekonomi 97-98..thailand negara jiran kita hampir bankrup bila gunakan hampir keseluruhan rizab negaranya utk tampung kesan kejatuhan nilai baht berbanding dollar. Tak mustahil negara kita hadapi kesan yg sama bila setiap bulan, makan tahun, kerajaan kutip berbillion gst sebahagiannya utk bayar blk hutang. Dahlah harga minyak dunia jatuh..bila takde duit, rakyat kena pau. Kau pergi la suruh MITI tarik pelabur asing mcm indonesia buat skrg. Ini tak..kilang2, sykt besar asing byk pindahkan lokasi ke luar negara, najib sbg menteri kewangan buat tak tau. Korup idea ke?

      Delete
    12. tahu dah kalu Najib menang hampa lawak la undi popular & spr kroni najib & bagi dedak, tu ja ceghita org yang kalah.

      Delete
    13. http://www.theborneopost.com/2016/08/13/tahap-permodalan-institusi-kewangan-malaysia-kekal-kukuh/

      Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.0 peratus pada suku kedua 2016, menjadikan pertumbuhan 4.1 peratus pada separuh pertama 2016. (baca lah sumber yang soheh- M'sia tidak mudah bangkrap cuma al maklum yg rebut naik atas alasan mudah senang buat duit - tu ja tapi mereka2 politician ni pandai sbb kawal ke tahap yg tidak memungkinkan bangkrap - all under control)

      Delete
    14. Dulu aku 35 tahun jadi ahli umno. Aku sokong umno. Aku pertahankan umno sebagai benteng terakhir orang2 Melayu.

      Apabila umno dah jadi tong taik najib aku tinggalkan umno sebab aku tak mo jadi ulat ulat taik yg makan taik.

      Delete
    15. U-nited M-alays N-ajib O-rganisation

      -ABU-

      Delete
    16. Say no to Umno ...........!!

      Delete
  9. Kat malaysia takda langsung yg didakwa..

    1mdb masalah dunia... Tapi dinegara kita.. Kerajaan masig salahkan pembangkang..

    Salah sendiri macamana?

    Pada yg masih mempertahankan mereka yg buat salah.. Allah akan tanya tak lama lagi

    ReplyDelete
  10. Tolong tutup Ambank sekali. Bank talibarut buat kerja haram. Tak kiralah milik bumiputra ke tak..sebelum zeti berhenti gabenor bank negara Ambank dah kena denda rm50 juta, bila tukar pak saga rambut uban jadi gabenor, entah ambank bayar denda entah tidak..tan sri azman hashim patut rasa malu bank kepunyaannya takde etika. Macam ni ketua kongsi gelap, raja dadah pun boleh selamat simpan duit dalam bank. Haprakkk punya melayu....dalam rumah pun boleh ada mini bar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, tutup saja Ambank tu. Buat malu Arab Malaysian .... tapi di Malaysia 'cash-is-king' ma ...

      Delete
    2. AMbank? Tanya lah arwah Hussain Najadi presidennya alasan apa dia ditembak mati...bukankah sebab dedak ahjibgor yang terkumpul gila dlm akaun bank tu?

      Delete
    3. Nak tanya macam mana orang dah mati. Tapi apa2 hal pun..sapa2 cari pasal dengan najib, jawabnya pindah..ciri2 seorang diktator. Bila kena pressure dgn rosmah, dia kalis kan kat rakyat. PM malaysia pertama kena tampar dengan bini sampai merah2 pipi

      Delete
  11. ada pakcik jual mee goreng kat kedai tu kata jasa najib lebih banyak dari mahathir kerana br1m, perumahan rakyat dsb.
    nampaknya penyokong najib terdiri drpd melayu yg kurang membaca dan cetek ilmu. cuma tengok tv3 dan baca utusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan dah nak bankrap. Gaji pekerja pun tak mampu nak bayar. Kita harap tv3 suku pun tutup kedai lepas najib mangkat. Macam mana pembaca berita tu hari-hari boleh baca berita tipu untuk rakyat malaysia.

      Delete
    2. anon 1503, utusan meloya tu akhbar yg ilmiah ler. Mn mgkin kene bungkus. Penuh dgn fakta2 yg tak bole disangkal. Tak mcm malaysiakini. Penuh dgn spin2 ler katakan....
      Nukilan drp Alumni Newcastle University

      Delete
    3. Anon 1458 bagi tahu pak cik tu. Sebelum zaman najib berapa harga sepinggan harga mee goreng dan air yg dia jual.

      Semasa zaman najib berapa harga sepinggan mee goreng dan air yg terpaksa dia jual pula.

      Zaman najib Msia ni penuh dgn china dolls yg datang berniaga puki di Msia.

      Delete
  12. hmm, begitu hebat kisah 1MDB sehinggakan sebuah bank pangkalan New Zealand (BSI) diarah tutup disusuli Falcon Bank Ltd di Singapura..

    Malang sekali pendakwaan terhadap 6 individu kakitangan bank tersebut akibat kegagalan serius anti pengubahan wang haram yg dikait pada dana 1MDB ?

    maka si jahil yg dungu berteriak dengan wajah yg sombong - inilah buktinya kata mereka- tanpa mengetahui pertuduhan yg dikenakan adalah dibawah akta pencegahan wang haram - bukan bersifat khusus mengikat dan merujuk hanya kepada 1MDB.

    alangkah malang apabila si jahil itu diberi khabar separuh benar - seolah2 dua buah bank yg diarah tutup hanya mengendalikan dana dari 1MDB.

    kenapa kalian terlalu gelojoh dan menampakkan kejahilan diri sendiri ?

    mengapa tidak kalian "mengikuti" perjalanan pendakwaan dan pembelaan dari tertuduh supaya kalian tidak menjadi si tolol yg dipergunakan tanpa akal.

    sekiranya benar dana dari 1MDB yg disabitkan, maka benarlah. Dan sekiranya bukan, maka kamu sesungguhnya tergolong kepada mereka yg melampaui batas.

    tahukah kamu mengapa tiada seorangpun dari "perompak" 1MDB dipertuduhkan ke makamah sampai waktu ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perompak dah cabut lari. Kau tau ke jho low kat mana? Polis malaysia malas nak cari. Ni kalau salah tweet cepat je dia bg reaksi. Ex ceo 1mdb, ex ceo src, 2 lagi cina ambank..hilang tanpa dikesan. Ketua penyamun je yg tinggal. Tapi dia bukan sebarang ketua, dia berkuasa. Ala-ala diktator. Undang2 di bwh tapak kaki dia

      Delete
    2. Nakhoda sewel berkokok dah..

      Boo sama dia..

      Delete
  13. anon 15:31, dulu kau sekolah mana, apa nama cikgu kau..

    tidak ada orang dituduh di mahkamah sebab yang nak tangkap, dibuangnya
    yang nak dakwa, dipecatnya
    yang nak bagi bukti, dia suruh bersara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, walaupun aku mengetahui itulah jawapan yg paling klise yg "diajar" oleh politikus berhati serigala kepada kalian.

      Tiadanya pertuduhan jenayah keatas para "perompak" (mengikut apa yg telah mereka "beriman" dengannya) adalah disebabkan tiada seorangpun dari kalangan "sebijak-bijak" hingga kepada "sebodoh-bodoh" dari kelompok kamu yang punyai bukti untuk memulakan pendakwaan terhadap khabar 1MDB dirompak berbillion rm.

      Hatta setiap dari "penolong" kamu di luar negara yg tidak terikat atau ditekan pada undang-undang di Malaysia (yg kamu juga telah "beriman" bahawa undang-undang berada dibawah kuasa Najib), dari "sehebat-hebat" hingga "selemah-lemahnya" juga tidak mampu berbuat demikian kerana tiada menemui bukti yg kukuh.

      Mereka hanya akan terus mengisi dadamu dengan pendustaan demi pendustaan agar dengannya kamu akan "berjuang demi keadilan" untuk meruntuhkan sebuah kerajaan.

      Setelah kamu "beriman" akan setiap dari jalan yg "sah" untuk menumbangkan pemerintah sudah disekat.

      Maka kamu diajar supaya rela dikumpul dan diarak bagaikan haiwan ternakan di jalanan, dan kelak kamu akan mula menumpahkan darah diatas kebodohan dan kejahilan dirimu sendiri.

      kamu adalah golongan yg tidak mahu bersyukur dan tidak pernah belajar dari kebodohan bangsa Arab yg menempah kecelakaan jauh lebih memudaratkan akibat menjadikan puak kafir sebagai penolongnya. rantaian kebodohan yg digelar - Arab Spring -.

      Benarlah janji Allahswt.

      Delete
    2. Kalao si Erm... Nakhoda nih naik meluat, jelak dgn nukilan2 Tn Shahbudin, kenapa masih layari; kenapa masih nak buang masa membacanya; kenapa masih nak kondem2...

      Sebetulnya - Langau2 dah hurung blog Tn Budin sbb langau-langau dah mula tak boleh berpijak, melompat2 kepanasan. Sokongan rakyat semakin susut mendadak. Langau2 dah takde cara lain, kena all-out. By hook or by crook...

      Kunun - nak bagi pencerahan. Hakikatnya - cuba memperbodoh2kan...

      -ABU-

      Delete
    3. Anon16.49.Memang kau ni dah jenis BANGANG.Tak boleh terima hakikat kerana dah terima byk Dedak

      Delete
    4. Cam mana nak buktikan, baru nak tanya sikit pun dah kena bawak balai? Sape berani menyoal, tuggulah akibatnya. Kalau tak mampos, kena cantas, kena pecat atau kena tukar. Demokrasi la sangat.

      Yang bersuara dlm FB pun kena cekup. Blog pun ada yg diblock. Ada media akhbar internet yg melaporkan yg sebenar pun ada yg dah gulung tikar.

      Kejap kata tak ada duit yg masuk akaun peribadi, WSJ bohong!! Nanti Selasa nak saman. Pastu alih2 tukar cerita kata ada pulak.....tapi derma pak arab. Macam cerita budak tadika.

      Bila Tun ajak berdebat tak nak tapi kata nothing to hide.

      Derma pun tak ditunjuk hitam putih transaksi bank. Banyak mana yg dipulangkan pada penderma?? Mana black n whitenya? Cukup cakap air liur saja ke?

      Delete
    5. erm, selamat malam sahabat.

      Apabila kamu mendatangkan suatu pertuduhan maka kamulah yg "dibebankan" terlebih dahulu untuk membuktikan. Ini adalah panduan syariat.

      sehingga sekarang tiada seorangpun dari kalian yg membawa pertuduhan berkait 1MDB hadir bersama pembuktian melainkan hanya berteriak tanpa henti.

      paling tidak masuk akal, kamu yang membuat pertuduhan kemudian kamu meletakkan beban pembelaan kepada si tertuduh.

      Dunia ini masih ada tempat untuk kalian mencari pengadilan sewajarnya - heret "siperompak" dengan membawa segala "buktimu". bukan dengan menunggu "siperompak" menyerahkan tengkuknya.

      mengikuti kisah 1MDB - versi kalian merupakan sebuah kisah yang tiada kesudahan - lebih hebat dari filem superhero Hollywood - penuh debaran disulam misteri-ia akan diulang selagi ada yang sudi meluangkan masa untuknya.

      Ini hanya secebis dari beribu-ribu kisah yang dimainkan politikus berhati serigala - bercampur-baur diantara yg benar dan fitnah.

      Hakikatnya si jahil tak akan sama sifatnya pada mereka yang mengetahui.

      Pernahkah kalian bertanyakan kepada politikus berhati serigala dan lidah2 yg membawa pertuduhan selama bertahun-tahun akan perihal 1MDB - mengapa tidak didedahkan sumber maklumat yg diperolehi, kepada para pentaasub yg jahil dan menyombong diri.

      Antara ciri-ciri "pembuktian" -

      1. Tarikh,masa dan lokasi
      2. Dokumen yang disahkan
      3. Rekod video atau audio
      4. Saksi
      5. Pengakuan bersumpah

      setiap dakwaan perlukan kesemua pembuktian atau sekurang-kurang salah daripadanya, tanpa perlu kepada tanda soal ( ?? ).

      Apabila suatu khabar noktahnya disertai tanda soal, ia adalah bersifat pertanyaan.

      maka kamu sangat beruntung andai pihak yang ditanya sudi memberi jawapan.

      Malang sungguh keadaan kamu. Seringkali didustakan politikus berhati serigala.






      Delete
    6. Bangang dari percakapan yang berdolak dalik, cara mengelak, lari bila ditanya, hari ni cakap lain esok lain, cerita pun bertukar2, dulu kata tunggu laporan audit tapi bila ada laporan di OSAkan pula. Macam2 kejadian lagi yang jadi. Semua menjurus kpd PEMBOHONGAN.

      Bila Tun usulkan saman kenapa tak sahut cabaran tu, kenapa nak dibatalkan? Bila diajak berdebat kenapa tolak? Kalau semua dah tak salah lagi suci apa yg nak takut??

      Tunggu satu hari Allah tunjukkan semua pekong yang disembunyikan. Masa tu nanti kau boleh belayar dgn nakhoda penyamun kau tu.

      Delete
    7. 19.29 walaupun meluat dia kena jugak masuk sini sebab dah termakan dedak jadi kerja kenala buat.

      Delete
    8. Sebagai contoh - si empunya blog ini mendapat habuan (hmm, Dedak)daripada politikus berhati serigala untuk menjadi lidah penyampai sebagai blogger ??. Dan tuduhan ku ini aku nasabkan daripada "sumber-sumber yang boleh dipercayai".

      Lalu aku memaksa si empunya blog ini supaya "membuktikan" apa yang aku tuduhkan, sebagai pendustaan.

      apakah sifat "sumber-sumber yang boleh dipercayai" itu merupakan suatu pembuktian ??

      Maka sekiranya si empunya blog mengambil tindakan atau hanya sekadar berdiam diri atau kembali mencabar supaya aku datangkan terlebih dahulu pembuktianku.

      Apakah cukup aku hanya membela diri hanya dengan menyatakan tuduhan aku adalah melalui dari "sumber-sumber yang boleh dipercayai".

      Nauzubillah himinzalik.








      Delete
    9. Petikan dari halaman Blog Saudara Din Turtle:

      FINMA adalah badan yang menyelia sistem kewangan Swiss, lebihkurang macam fungsi Bank Negara Malaysia. Tugas mereka adalah memastikan semua bank2 mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebarang kecuaian atau pelanggaran akan didenda.

      Memetik kata CEO FINMA -

      “The issues surrounding 1MDB form one of the largest cases of suspected corruption in recent times. The global financial system has been blatantly misused. Suspect financial flows in the billions have been shifted through banks of multiple nationalities and financial centers on three continents, and warning signals ignored. Where Swiss banks or their foreign operations have played an unacceptable role, they will be sanctioned. It is equally important for the future health of the financial system that through close international cooperation all relevant parties are brought to justice.”

      Delete
    10. Tuan Shahbudin.

      Tolong ambil perhatian....!!!
      Nakhoda haram jadah ni dah melampau kata tuan yg empunya blog ni dapat habuan dedak. Dia ingat sume org cam dia makan dedak cap samun.




      Delete
    11. erm, selamat pagi sahabat ..

      kenyataan CEO FINMA swiss itu bukan bersifat pembuktian 1MDB terlibat dalam penyelewengan - ia merupakan penegasan dan amaran kepada mana2 Bank yg beroperasi di Swiss akan di kenakan tindakan mengikut undang-undang sekiranya didapati melakukan atau bersubahat atau cuai dari menyekat aktiviti jenayah kewangan.

      Ia mengambil contoh mengenai segala khabar penyelewengan berkait 1MFB yg menjadi "HIT" tetapi tanpa disertai pembuktian.

      Siasatan money flow berkait 1MDB yg dilakukan 6 buah negara tidak menemukan pembuktian - hatta siasatan FBI juga tidak menemukan pembuktian Najib menyonglap berbillion rm, melainkan ia telah pun dijawap dan disahkan sipemberi (disahkan menteri luar Arab Saudi) berkait 2.6b. soal Najib menafi dan kemudian terpaksa mengakui ia lebih terikat kepada "keuntungan bersama" didalam urusan politik dan agama antara UMNO dan kerajaan Arab Saudi.

      Lidah si kafir yang membawa pertuduhan 2.6b itu adalah hasil rompakan dana 1MDB tidak pernah dapat dibuktikan sampai waktu ini.





      Delete
    12. Takyah konar sana sini la Nakhoda sewel

      DOJ buat money trail lg mana lesapnya duit wan emdibi

      Boleh kau buat money trail tentang dakwaan kau yg budin ada terima dedak jugak?

      Kalau xboleh then kau ermm hmmm kat Bini kau je la. Sapa pun xbaca merapu kau yg ngalahkan rpk nu

      Delete
  14. Saya tak kenal siapa si anon 15.31, it must be good. What was it that you had. Where can i get some.

    ReplyDelete
  15. Selagi bumi tidak terbelah dua selagi itulah Najib tidak akan menyerah kalah..

    Itulah sumpah dan falsafah pahlawan bugis. Najib dijangka akan membuat beberapa keputusan dramatik tak lama lagi. Tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kawin lain? Nak ceraikan rosmah? Nak cabut lari? Nak belanja seluruh rakyat malaysia dengan duit curi? Kahkahkah...

      Delete
    2. Najib cakap apa pun orang dah tak percaya. Dia buat apa pun orang tak peduli. Pergi mam lagi bagus

      Delete
    3. Kuasa yg dipegang itulah merupakan Talian Hayatnya. Itulah yg menjadi benteng utk elak dari didakwa, dibicarakan, ditangkap dan akhirnya dijatuhkan hukum ke atasnya.

      Delete
  16. ok tunggu ..... M'sia politik bagai nak muntah adegannya.
    Dulu ludah ... la ni berpeluk sakan ... nak Slmt M'sia konon yg kita2 semua tahu utk keponpong msg2 ja.

    ReplyDelete
  17. Saya teringat kisah Nasarudin(Bendahara/Bendahari)Partai Demokrat Indonesia,ketika itu SBY adalah Ketua Dewan Pendiri Demokrat dan juga President Indonesia.KPK(Indonesia Anti Corruption Commission)buru Nasarudin ke Singapore,Malaysia dan Columbia(di tangkap di Columbia)KPK sewa Jet buru Nasarudin.SBY tak campur tangan walaupun Nasarudin bendahari parti beliau.Nasarudin didapati bersalah kerana rasuah.

    ReplyDelete
  18. isu baju merah Ini wayang aje.Bukan berani bunuh orang.Jadi bagi duit buat kecoh dan tekanan terhadap kes 1 MDB dapat dikurangkan.Sama juga dgn SPRM wayang konon tangkap sampai kesabah dan serawak>tak payah disemenanjung ini pun ramai puak puak menteri ni yang simpan duit dirumah berbilion bilion harus ditangkap .Ini Azam kaki berlakun sapa tak kenal.

    ReplyDelete
  19. Budak kenan kata raja2 tak masuk campur
    Biola...negara muflis padan muka
    Tengok jee

    Rakyat merempat miskin
    Raja tidur atas duit rakyat la

    Keris pahang

    Bantahan seluruh negara ayuh rakyat semua

    Serentak..tumbangjan bn umno ros jib
    Keris pahang

    ReplyDelete
  20. Negara greece dah bankcrupt tahun lepas lg. Jika harga minyak dok maintain sekitar Usd50 dalam 1 atau 2 tahun lg. Bankrupt ler mesia. Secara mudah, hutang lg byk dr. Income negara. Sebelum nie around 30% income adalah dari petronas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20.43 jangan risau dgn hutang negara yang berbilion2 tu Msia boleh maju, berkembang pesat. Rakyat hidup mewah, kilang2 tumbuh macam cendawan lepas ujan, peluang pekerjaan masya-Allah tak usah cakapla melimpah2.

      Negara2 luar pasti kagum dengan kecekapan pentadbiran kita hari ini. Tengok rata-rata di mana saja negara2 luar memuji dan mencontohi Msia. Kecekapan pentadbiran kita ni tak boleh dinafikan lagi, memang cekap dan amanah.

      Berbanggalah kita jadi rakyat Malaysia salah satu negara yang cukup harum di dunia.

      Delete
    2. Malaysia Maju?

      Rakyat mewah?

      Kilang tumbuh mcm cendawan lps ujan?

      Pentadbiran malaysia cekap?


      Ni bukan mabuk dedak atau ketum lg dah. Ni statement gila babi namanya.

      Delete
  21. Tuan Budin,

    Saya belum pernah lagi mendengar dan merasa kebodohan tahap ini.Jika sebelum ini belum pernah berlaku tetapi ini Kali kah kebodohan ini sudah berlaku.Apakah kebangangan ini????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara kita sebenarnya sangat pintar sehingga negara Amerika syarikat hendak membunuh orang melayu.Sungguh jahanam perasan hasad dengki PHD negara Amerika nak bunuh orang melayu gara2 1mdb.APA boleh buat negara jiran(singapork) pun tutup 2 bank gara2 skandal 1mdb.Kalau kita tak dapat saman WSJ dan SR yang jauh, lebih baik saman negara jiran (singapork) yang menghina kemajuan dan keuntungan pelaburan 1mdb.Dua bank yang berurusniaga dengan 1mdb, berani singapork tutup.Sangat sial kafir harbi menutup 2 bank yang berurusan dengan 1mdb.Rakyat Marhaen sangat berterima kerana 1mdb rakyat dapai tunaikan ibadat haji.

      Delete
    2. Nak saman singapore tunggula Selasa depan. Hari ni tak sempat, dah suntuk sangat. Selasa depan ok. Dont worry janji dikotakan.

      Delete
    3. Anon 0218,

      Amerika nk bunuh org melayu? Maka utk selesaikannya dgn cara main golf dgn presidennya ke?

      Tak boleh saman WSJ & SR sbb jauh? Kat planet/galaksi mana pusatnya 2 paper ni agaknya?

      Singapore kapir harbi? Bukak buku teks agama anak kau baca balik apa maksudnya kapir harbi tu.

      Rakyat malaysia bterima kasih sbb 1mdb baru dpt pegi haji? Sebelum 1mdb ni org malaysia xada sekor pun ke yg g buat haji?

      Bodoh nak mampos. Karangan budak darjah 6 lagi bernas drp kau.

      Delete
  22. sbb anuar lawan tu semua la dia kena penjara tk kira zaman mna pun, tpi skrg keadaan terok sgnt.msa dia rkyt masih bolh bernafs lega dn rkyt dpt merasa borang brown saham. skrg ramai yg tutp kedai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...