Kalau pun tidak "lumpuh", Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali sekarang ini boleh dianggap "agak tempang" berikutan ramai pemimpinnya di peringkat pusat, negeri serta bahagian telah mengambil keputusan untuk menyertai PPBM, sebuah parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak dalam PRU 14 akan datang.
Diantara mereka itu ada yang memilih untuk terus kekal sebagai ahli Perkasa dan ada juga yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Tetapi, semua yang menyertai PPBM itu mengambil keputusan tidak mahu lagi aktif, enggan menghadiri mesyuarat dan ada juga yang tidak mahu ambil peduli langsung tentang Perkasa.
(Nota 8.05 malam - Sebentar tadi saya baru dihubungi oleh Ibrahim Ali melalui Whatsapp yang mengatakan pertemuannya dengan Tun Mahathir esok tidak ada kena-mengena dengan usaha untuk memulihkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri itu. Beliau juga menolak dakwaan Perkasa menjadi lemah dengan tindakan satu dua pemimpinnya menyertai PPBM, sebaliknya menurut beliau, ia ada hikmahnya dan Perkasa tetap gagah dan perkasa dalam perjuangannya.)
Terbaru yang meletakkan jawatan ialah Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.
Sebelum ini Perkasa dan Ibrahim Ali adalah sinonim dengan Tun Mahathir. Beliau bukan saja menjadi Penaung Kehormat NGO tersebut, malah jika tanpa bantuan serta kelibat bekas Perdana Menteri itu sejak daripada awal penubuhannya, ramai yang beranggapan tidak mungkin Perkasa boleh popular seperti yang ada sekarang.
Sebab itu, ketika Tun Mahathir mahu menubuhkan PPBM, parti yang mirip UMNO, Ibrahim Ali dikhabar-anginkan akan turut menyertai parti itu bersama-sama majoriti ahli serta pemimpinnya.
Langkah itu dilihat tidak mustahil kerana memang diketahui sebahagian besar pimpinan Perkasa adalah mereka yang rapat dan menyokong perjuangan Tun Mahathir, terutama sejak Najib Razak mengambil sikap lebih berlembut terhadap bukan Melayu dalam beberapa dasar serta pendekatan yang diambilnya.
Beserta kemungkinan ahli dan pimpinan Perkasa akan menyertai PPBM itu, Ibrahim Ali turut dikhabarkan akan diberikan salah satu jawatan kanan dalam parti itu.
Bagaimanapun, sikap dan pendirian Ibrahim Ali mula berubah apabila Tun Mahathir bertemu dan bersalaman dengan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 5 September lalu.
Dengan berbaiknya semula Tun Mahathir dengan Anwar setelah lebih 18 tahun bermusuhan dan tidak bertemu, Ibrahim dikatakan mula merasa terpinggir kerana beliau sebelum ini kerap menghentam Ketua Umum PKR itu, termasuk dalam buku biografinya yang bertajuk "Perjuangan Tanpa Noktah."
Buku tersebut, edisi bahasa Melayu dilancarkan oleh Tun Mahathir, manakala edisi bahasa Inggeris dengan tajuk "The Misunderstood Man" pula oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Jun lalu.
Susulan itu, Ibrahim kemudian mempersoalkan hala tuju PPBM dengan menyifatkan kesediaan Tun Mahathir menjalin hubungan semula dengan Anwar dan berbaik-baik DAP telah menimbulkan seribu tanda-tanya.
Bagaimanapun, pendirian Ibrahim Ali itu tidak diterima oleh sebahgaian besar ahli dan pimpinan Perkasa pelbagai peringkat kerana mereka menyifatkan berpadu tenaga dan saling bekerjasama untuk menyingkirkan Najib adalah keutamaan semua pihak demi kepentingan rakyat dan negara.
Sejak itu, Perkasa tidak lagi padu seperti dulu dan Ibrahim Ali seolah-olah umpama panglima perang yang tidak lagi mempunyai ramai askar. Ini berikutan semua yang memilih untuk menyertai PPBM adalah daripada kalangan mereka yang selama ini dikenali vokal serta aktif bersama masyarakat.
Berdasarkan sambutan masyarakat terhadap PPBM, termasuk ahli dan pimpinan Perkasa sendiri, Ibrahim kini mula digamit kebimbangan. Dalam waktu terdekat ini, antara kerisauan beliau ialah mengenai jumlah kehadiran dalam Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa pada November ini yang dijangka diadakan di sebuah stadium di ibu kota.
Untuk beralih sepenuhnya menyokong Najib dan kerajaan, Ibrahim dikatakan sedar ia bukanlah langkah yang popular kerana majoriti rakyat sendiri semakin menolak dan menjauhi UMNO dan BN.
Langkah terbaik ialah memulihkan semula hubungan beliau dan Perkasa dengan Tun Mahathir. Bagi tujuan itu, esok iaitu Khamis, 6 Oktober, Ibrahim dikhabar mempunyai jadual pertemuan dengan Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Dijangka pertemuan tersebut bukan saja bertujuan untuk memulihkan semula hubungan yang telah renggang itu, malah juga difahamkan untuk menjemput Tun Mahathir merasmikan Perhimpunan Agung Perkasa pada November ini.
Soalnya, apakah Tun Mahathir bersetuju untuk merasmikan Perhimpunan Agung Perkasa dan tidak "berasa hati" kepada Ibrahim Ali yang tiba-tiba dengan garang mempersoalkan hala tuju PPBM, baru-baru ini?
Jika Tun Mahathir bersetuju pula, apakah ia akan dituruti dengan penyertaan Ibrahim ke dalam PPBM?
Apa pula jawatan tertentu dalam PPBM yang akan diberikan kepada Ibrahim Ali? (SH 05/10/2016).
Adalah lebih baik Ibrahim Ali bekerjasama dgn UMNO-BN drp bekerjasama dgn BERSATU. Ideologi PERKASA lebih mirip dgn UMNO kerana memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam. Sedangkn BERSATU lebih bnyk akan menguntungkn keluarga madey spt mukriz, mokhzani dan lain2.
ReplyDeleteNak ke Perkasa berjuang untuk najib?
DeleteAssalamualaikum encik 16.08. Saya suke soalan Awak. Dan encik 15.53 tolong la jawab.
DeleteHello anon 15.53 ,nak bagi pendapat biar la nampak mcm orang ada otak,nak menipu pun tak ada gaya mcm najib penyamun
DeleteBangkit lah Perkasa, pertahankanlah ahmad maslan, aziz raheeem, ahmad bashah, dan kruak!!!!
Delete15.53 sohih kau ni bebal. Tak payahlah nak komen. Buat malu mak ayah kau je.
DeleteJangan dok percayalah kat katak tua gemok pendik tu.
DeleteMuka dia pun muka penipu.
Katak mana ada wawasan
DeleteAku setuju gak ngan anon 15:53 bab suroh sikatak tua tu tolong Umngok ..pasai katak kan suka makan serangga yg terbang-terbang..katak tak makan dedak..kat Umngok berlambak-lambak langau, lalat dan kelkatu dok menghurung Si bijan..tentu gemok katak..tambah pendek la beliau..kihkihkih..
DeleteAnon 15:53 saya hairan kenapalah kau masuk blog Bro Din dan sanggup di hina dan di caci. Kau ni samaada betul betul bangang atau terpaksa sebab dah ambil sedikit dedak. Aduh kesian.
DeleteAku rs anon 1553 ni high level troll post. Sbnrnya dia nk sampaikan bhw ideologi perkasa ni serupa ngan umno yg hanya semangat melayu dan Islam. Tp hanyalah semangat tu setakat ke kerongkong shj. Ape ler korang ni. Cube baca betul2 dan faham betul2 makna anon 1553 ni. Seteruk-teruk pemikiran org umno x de ler sampai bodoh ke thp dewa spt yg digembar gemburkan dek anon 1553.
DeleteAk pn pikir cm ko gak anon 0020. Semenjak keblkgn ni ada post yg puji bijan umngok melangit. Maksum thp gaban bijan umngok dia buat. Memule ak meluat gak mamat2 ni. Sekali bc mcm pendahaga dedak klas Z. Bc 4-5 kali br ak perasan. Bnyk post sblm ni puji bijan thp melangit. Mcm ler dia x salah langsung. Mmg ak rs dia troll najip dn sekutunya...
DeletePerkasa dah jadi pekasam..........!!
DeleteJeneral kalau askarnya sikit, tak boleh perang. Askar kalau banyak tapi jeneral sikit pon tak boleh perang. Tapi bila jeneral tak tau nak perang dengan siapa, askar pon konpius. Camni lah...saya cadangkan ahli2 Perkasa diberi penghormatan menjadi pengawal2 perhimpunan Bersih nanti. Satu tugas berat sebab baju merah pon nak buat demo jugak. Saya percaya ibrahim mampu buat. Dan ibrahim pula diberi tugas pujuk PAS hantar ahli2 ke Bersih nanti. Inilah masanya ibrahim tunjuk kredibilitinya sebagai pemimpin yang faham tentang permasalahan negara, bukannya setakat boleh pidato dan ceramah dan buat bising. Perhimpunan Bersih nanti adalah peluang rakyat suarakan rasa tidak puas hati, Perkasa boleh memainkan peranannya.
ReplyDeleteKamu dah baca ke perlembagaa PPBM? Atau ini hanya satu andaian shaja? Kalau dah terbukti pemimpin UMNO songlap duit Negara, masih lagi nak bersubahat dengan jenayah?
ReplyDeleteTak perkasa mana pun si katak gemok ni.
DeleteTemberang saja.
Makan dedak juga tu.
Celaka punya katak
Alamak....ZIKA dah berleluasa...ini nak ALKATAKI pulak melular ke?
ReplyDeleteAljibori & alhippori lebih bahaya dari semua ri ri yg ada..
ReplyDeleteALPENCURI lagi bahaya la...
Delete17.28 lagi bahayaa membiarkan kepala perompak yg dihina oleh pempuan mat salleh memerintah negara..otak kat mana?teloq kat mana?
DeleteYang paling dahsyat ialah Altantuya & Al-1MBD
DeleteAku hairan mcmana melayu bolih jadi ahli dlm pertubuhan yg diketuai olih Brahim???? Tapi bangang lagi melayu2 yg jadi ahli baju merah yg ketuanya Jamal ikan.
ReplyDeleteTurut lagi bodoh adalah melayu2yg jadi ahli dan pengikut dimana ketuanya adalah pencuri duit 1MDB.
Banyak melayu yg hidup dlm tanah melayu adalah jenis2 melayu bodoh dn bangang. Kalau tak de islam, lagi melayu adalah gulongan haprak.
Nasib baik islam ajar sifat2 jujur & amanah dan tidak terlibat dlm gejala maksiat spt menipu, mencuri, dan rasuah.
Anon 17:30..
Delete"Nasib baik islam ajar sifat2 jujur & amanah dan tidak terlibat dlm gejala maksiat spt menipu, mencuri, dan rasuah."
Woiii apa yg kau merapu ni.. kau ingat Najib dan konco2nya serta Melayu totok yg taksub dgn UMNO/BN tu berugama apa?
Anon 17:30,
DeleteKo takyah jawab soalan bodo anon 23:31 tu..bio dia jawab sendiri pasai dia orang umno le tu..tu yg sentap tu..
Buang masa je layan perkasa ni.sikit pun tak boleh pakai.ketua macam katak lompat sana-sini.
ReplyDeleteAgak-agak mana boleh berteduh kat situ dia lompat.
Cakap ada ahli ratus ribu,propa je,siok sendiri.
Macam saya ni pernah berdaftar sebagai ahli perkasa, tapi tak aktif langsung.jadi,tak payah lah anggap saya saya sebagai ahli.
Kalau perkasa masih anggap ahli masih lagi ratus ribu,yang realitinya ahli hanya ratus ratus saja.
masuk pas lah
ReplyDeleteSttment tak betul bersifat mencarut
ReplyDeletelupakan saja ibrahim ali dengan perkasanya. hala tuju perkasa tidak segagah namanya.. sudah jadi perkasam tempat ahli umno yang terbuang.
ReplyDeleteKalau jumpa katak dgn ular. Bunuh katak dulu.
DeleteKatak kalo dibuat sup pon sodap..kalo buat satay..lagi sodap..hingga menjilat kaki wa cakap luuu!!
DeleteAku tak pernah nampak pun apa2 sumbangan perkasa kepada orang2 Melayu selama ini.
ReplyDeleteDok sembang riuh rendah ada ler
Pak Berahim nak main semua kolam. Perangai dulu tak berubah langsung. Badan dah bau tanah tapi tak sedar diri. Nak lebih2 nanti najib pulak tutup paip. Dia ni patut duduk rumah je jaga ibadah. Ada dan takde pun serupa je. Patut kita semua tak payah layan dia ni. Tumpulah apa yg ada. Lagi banyak highlight kat dia ni. Kita semua kena jual balik.
ReplyDeleteBerahim pendik
DeleteIni lagi satu lompat sikatak lompat dari kelantan org yg tak punya pendirian kaki cari untung juga harap Tun hati2lah dgn manudia yg tak punya pendirian nak cari dedak dan untung saja selamat jalanlah Perkasa jadi barua umno lagi baik
ReplyDeleteKatak boroi...makan dedak punya katak.
DeleteAnak tok pegawa tu. Pi sekolah balik sekolah pun kena dukung.
Pundek punya katak
Ini lagi satu lompat sikatak lompat dari kelantan org yg tak punya pendirian kaki cari untung juga harap Tun hati2lah dgn manudia yg tak punya pendirian nak cari dedak dan untung saja selamat jalanlah Perkasa jadi barua umno lagi baik
ReplyDeleteNGO2 tertentu ditubuhkan oleh ahli2 politik yg gagal. Ada juga NGO ditaja parti2 politik utk tujuan tertentu berasaskan kepentingan parti politik itu sendiri.
ReplyDeleteSejauh mana pencapaian Perkaaa dlm membela umat Islam dan bangsa Melayu perlu dinilai sebaiknya. Kelantangan Ibrahim Ali diharap benar2 membawa kebaikan.
Cerita pasal ezam, ibrahim ali..sesiapa saja nak masuk ppbm masuk aje lah. Yang taknak masuk kita jgn paksa. Katakan formula tun M berjaya, tanding 1 lawan 1 dgn BN dan menang pru 14, gerenti ramai ahli umno lompat parti. Takkan kita nak tolak? Cuma 1 nak nasihat..berhati2. Kalau diorang nak curah bakti, silakan. Kalau nak jadi penyamun macam najib, ahli ppbm harus halau mereka. Pemimpin kat malaysia mmg dah lazim riwayat politik mereka ada sejarah lompat parti. Kita ahli biasa tak cari makan hasil politik tetap teguh dgn pendirian kita..urus tadbir negara harus lebih baik dari kerajaan yg ada skrg.
ReplyDeleteTun M akan bersikap terbuka,yang pasti rakyat dan negara diutamakan.Hebatnya Tun M, dengan sesiapa walaupun dulunya musuh tapi sifat pemaaf Tun M demi negara tidak boleh dinafikan. Contoh, ahli parti S46 diterima semula ke dlm UMNO demi orang Melayu dan negara.Tun M boleh memaafkan pemimpin S46 malah sesiapa saja boleh berbaik dgn Tun M demi negara.Teguran Tun M seperti seorg ayah kpd anak kecuali si anak berkelakuan seperti Anakku Sazali,itu mungkin menguris hati Tun M.Pembangkang boleh menang jika tanding 1 lawan 1,tiada sabotaj pd saat akhir antara parti pembangkang,terima secara positif stratergi atau formula yg Tun M cadangkan,saya dpt rasakan majoriti rakyat berada di belakang Tun M walaupun rakyat tahu pembangkang di Malaysia tidak konsisten dlm memperjuangkan isu rakyat.Mungkin pembangkang di Malaysia kekurangan dana jika dibandingkan dgn BN. Mungkin kehebatan Pak Berahim juga sudah tiba dipenghujungnya kerana UMNO sudah ada jaguh yg lebih hebat dari Pak Berahim iaitu Datuk Jamal Yunos dan Ali Tinju.
ReplyDeleteBERAHIM KATAK DAH TERSEPIT. HARI TU LANTANG SANGAT PERSOAL HALA TUJU PARTI BERSATU YANG BERBAIK DGN ANWAR DAN DAP UTK JATUHKAN NAJIB. INILAH TOKOH MAAL HIJRAH SEPANJANG ZAMAN YG TELAH DINOBATKAN OLEH BRO TT @ HISHAMUDDIN RAIS. PADAN MUKA. KAHKAHKAHKAH
ReplyDelete