Friday 15 July 2016

WALAU BERUSIA 91 TAHUN, TUN M TIDAK SAMA DENGAN SEJARAH SEMANGAT 46


Ramai pemimpin dan ahli UMNO cuba mempersenda dan memperlekeh hasrat Tun Mahathir Mohamad yang bakal menubuhkan sebuah parti politik baru dan kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan dengan matlamat menumbangkan BN dalam PRU 14 akan datang.

Mereka mengandaikan parti baru itu bakal menerima nasib seperti Semangat 46 yang pernah ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi berkubur akhirnya.

Turut menjadi perlekehan mereka ialah Tun Mahathir sudah berusia lebih 91 tahun sekarang ini dan diandaikan terlalu tua untuk menerajui sebuah parti baru yang berjuang untuk menumbangkan BN serta menjatuhkan Perdana Menteri yang lebih muda daripadanya.

Kata mereka lagi, Tengku Razaleigh dan dan Anwar Ibrahim yang masing-masing berusia awal 50an ketika menubuhkan Semangat 46 dan PKR pun gagal menumbangkan UMNO dan BN, tentunya lebih mustahil Tun Mahathir yang berusia 91 tahun mampu melakukannya.

Jika diteliti dengan mendalam, hujah-hujah mempersenda dan memperlekeh Tun Mahathir itu lebih berkecenderungan semata-mata untuk menutup rasa bimbang yang mula bercambah berkaitan wujudnya parti baru itu.

Semangat 46 memang pernah gagal dan akhirnya dibubarkan serta semua ahlinya kembali menyertai UMNO pada 1996, dua tahun sebelum berlakunya insiden 2 September 1998 di mana Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan.

Parti itu gagal kerana ketika itu tidak ada kemudahan internet dan semua maklumat bergantung sepenuhnya kepada Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3 sahaja. Sebab itu, apabila isu tengkolok salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh pada pilihanraya 1990 dimainkan secara meluas dan diulang-ulang pagi petang siang malam oleh media-media pro UMNO dan BN itu, gabungan pembangkang terus layu kerana tidak berdaya menangkis mainan media yang datang bertubi-tubi.

Pihak pembangkang langsung tidak ada saluran komunikasi yang berkesan untuk memberi penjelasan sesuatu isu kepada rakyat. Yang ada hanya saluran ceramah dan bahan-bahan bercetak sahaja.

Pada pilihanraya 1990 itu, kalau pun pembangkang tidak menang, mereka hampir pasti mampu mencapai keputusan yang lebih baik daripada yang sepatutnya. Dengan PBS keluar BN dan memilih untuk bersama Tengku Razaleigh pada detik-detik akhir sebelum hari pengundian, sukar dijangkakan BN mampu menang dua pertiga pada pilihanraya tersebut.

Namun isu tengkolok salib yang dimainkan secara meluas itu membunuh sama sekali harapan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, Tun Mahathir ketika itu bijak mengambil kesempatan untuk "membunuh"  lawannya dan menggunakan segala kesempatan yang ada. Tetapi, suasananya sudah berbeza sekarang. Bukan saja pemain internet lebih ramai yang memihak kepada blok pembangkang, mereka yang membaca Utusan dan Berita Harian atau menonton RTM dan TV3 pun hanya boleh dibilang dengan jari tinggalnya lagi. Saluran utama maklumat rakyat kini ada dalam genggaman tangan masing-masing.

Pembangkang juga ketika itu menentang Tun Mahathir hanya berkaitan isu-isu kepimpinan yang ditambah dengan kerugian dalam syarikat-syarikat kerajaan yang diperbesarkan serta dikaitkan dengan amalan kronisme dan nepotisme.

Sekarang isunya jauh lebih serius. Selain kepimpinan, kerugian, nepotisme dan kronisme terus berlaku, ia juga turut disertai dengan isu pembaziran, suka bermewah, gila naik jet dan kecurian wang negara yang jelas dan nyata di depan mata.

Tun Mahathir tidak pernah dikaitkan dengan kecurian wang negara dan sampai sekarang tidak pernah terbukti ada wang beribu-ribu juta dalam akaun bank peribadinya. Dalam akaun bank Tun Siti Hasmah juga tidak kedengaran ada puluh-puluh juta ringgit jumlahnya.

Tun Mahathir turut membina negara dengan pembangunan yang tak terkira serta menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Syarikat Malaysia gigih melabur di banyak negara dan ke mana-mana negara luar yang kita pergi, sanjungan jarang terlepas daripada menerobos ke lubang telinga. Sebab itu, di sebalik beliau ditentang dalam UMNO, rakyat secara umumnya menghargai banyak sumbangannya.

Di era Najib ini, apa pembangunan yang ada untuk negara dan apa pula harumnya nama Malaysia di mata dunia?

Berkaitan PKR, parti itu belum boleh dianggap gagal sepenuhnya. PKR belum berkubur seperti Semangat 46. Ia masih berjuang untuk menawan Putrajaya dengan bekalan paling ampuh dimilikinya sekarang iaitu Selangor masih dalam genggamannya.

Meskipun sehingga kini Anwar gagal menumbangkan UMNO dan BN melalui parti yang ditubuhkannya, PKR masih terus berjuang ke arah itu. Jalan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri juga belum lagi tertutup sepenuhnya.

Bahkan, dengan Tun Mahathir akan menubuhkan parti baru dan bakal bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dua musuh itu sedang meniti jalan-jalan perdamaian untuk sama-sama menumbangkan Najib.

Apakah Najib cukup kuat untuk berlawan dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar sedangkan dalam proses mendaki laluan politiknya selama ini, beliau lebih banyak menang percuma daripada memperolehi kedudukan melalui perlawanan?

Harus diakui, gagalnya pembangkang di era Tun Mahathir lebih banyak disebabkan kepintaran serta kelicikan bekas Perdana Menteri itu bermain politik.  Sejarah panjang Tun Mahathir bukan saja ketika menjadi Perdana Menteri, bahkan terserlah sebelum itu lagi iaitu ketika era Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.

Tetapi hari ini, Tun Mahathir yang penuh kepintaran, kelicikan dan selalu menang itulah yang sedang cuba berjuang sekali lagi, kali ini bukan lagi untuk kepentingan peribadi atau jawatan, malah sepenuhnya untuk menyelamatkan negara kita ini.

Apakah Najib perlu diberi lanjutan menggenggam kuasa lagi? (SH 15/07/2016).

25 comments:

  1. Kalau Tun M sokong BN, Shahbudindotcom ni akan tulis cerita lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21.49,
      Kalau tun M sokong BN isu penyelewengan dan salah guna kuasa Najib mungkin tiada.shahbudin pun tak akan buang masa.

      Delete
    2. Apa la punya korup minda awak ni? "Kalau"ni tak buleh pakai. Iya atau tidak,tu saja.FAKTA.Bro jgn berfantasi la. Hidup ni realiti. Bukan nak main2,baru tau erti tanggungjawab.
      Rasa tak de idea bernas,duduk diam2 kurang ilmu pergi tambah lagi. Cuma jgn la bawak fakta songsang!
      Faktanya rakyat di tipu,termasuk la anda. Jadi jgn perkecilkan mereka2 yg berjuang demi nusa tercinta. Shahbudin ni buat kerja dia dlm menyampaikan maklumat terkini,apa masalah anda? Anda dok hisap rokok hadap tulisan beliau,kemudian beri komen negatif. Berbaloikah masa yg terluang itu? Melayu kuat tapi tetap memilih utk menjadi LEMAH! Yg selalu nak di kuatkan tenaga,batin je!
      Kesian bangsa ku masih mundur pemikiran.......

      Delete
    3. Apa punya semak awak punya mentality macam tak pergi sekolah punya cara pemikiran,lebih baik diam dari bercakap yang merepek-merepek

      Delete
    4. Salwah,selalunya komen awak kira ok,tapi bukan bagus la... yg ni paling bengong la kira. Pasal awak tak paham. Dah lama saya dok perhatikan, segala tempat awak balun. Jgn rasa takbur sangat,tak kira lah awak siapa pun.
      Ada saya peduli?
      Rupanya awak ni la melayu yg mundur...kesian,itu pun jika anda melayu! Jika tidak lagi haprak la anda! Hahaha
      Lagi satu awak ni mesti jenis suka berkalau. Simpan sikit bengong tu bro! Buat malu je. Ingat tu...pesan org

      Delete
    5. Sokong pendapat 00:30. Salwah di kata bodoh, marah. Tapi kasi komen yang berisi sikit lah. Komen ikut tajuk dan isi kandungan pos itu.

      Kalau bodoh pun, salin c&p mana mana ayat di pos itu, cakap awak setuju ke tak setuju, cukup lah.

      Delete
  2. Nampaknya teori Tunku R.A.H.M.A.N. hampir menjadi kenyataan. Najib akan menjadi PM terakhir Malaysia dengan terkuburnya Umno bersama berbilion-bilion wang rompakan yang berjaya dilarikan. Nampaknya KJ bakal menggigit jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turkey berdarah.. Erdogan pemgasas isis pembunuh rakyat syria di guling oleh tentera. Inilah kawan baik Saudi wahabi gilababi. Amin ya rabalalamin.. Hancurkah ASWJ????!!

      Polis sedang berperang dgn tentera. Rusia dah di ancam di laut mati... Mkanan dah sampai d Palestin.. Saudi ketawa..

      16 Julai 2016 6:49 PG

      Delete
  3. Singkat btul Anonymous 21.49...masih pkai lampin kot n minum susu dedak....masih merangkak lagi ikut mane dedak.ditabur....shooshh...p main jejauh...busuk.najis..

    ReplyDelete
  4. Anon 12.49

    Kalau Tun M sokong BN , Shahbudin akan buat liputan di Sungai Buluh .
    Tajuknya
    PENYAMUN LANUN BUGIS merengkok di Sungai Buluh.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,Anwar dah beri restu pada Mahathir,nampaknya gabungan mahathir Anwar cukup mantap,anwar sudah lama memaafkan mahathir,Mahathirpun memaafkan anwar,Apa lagi yg ditunggu.Mengimbas kembali semasa anwar dalam umno dulu,anwar tubuhkan team wawasan,di mana Najib,mahyuddin,Zaid di bawah anwar.Cuma najib masa itu enjoy sakan kesana -kemari,salah satu kes besar najib,di Ming court Port Dickson,penyelamat najib ialah isa pendek,sebab itulah isa pendek dibagi habuan yg cukup lumayan dari najib.Jika tidak rahsia najib bocor.Nasihat saya pada team2 mahathir dan group2 reformis,supaya mendekatkan diri,binalah hidup baru,bekerjasama ,saya percaya dgn pengelman masing2,strategy nak jatuhkan BN,cerah.Mahathir sudah 91 tahun,tiada apa yg nak dikejarkannya.Pada saya dia rasa amat bertanggung jawab,keatas apa yg berlaku dlm negara sekarang,kalau boleh sebelom dia meninggalkan kita,dia nak pastikan negara ini BERADA ditangan orang2 yg BAIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ramai yg sebijak anda alangkah hebat bangsa melayu. Tahniah saudara.

      Delete
    2. Isa pendik? Pendik tang mana?

      Delete
    3. Setuju, amat mantap pendapat 22:48 itu. Harap keluarkan pendapat selalu.

      Dan kalau boleh, perenggankan komen sdr tu supaya lebih senang di fahami dek pembaca.

      Delete
  6. sdr budin,
    Beza antara perjuangan Tun M sekarang dengan Semanagat 46 adalah macam lagi dengan bumi ,semangat 46 berjuang kerana dendam dan sakit hati Tengku Razaliegh kalah dalam PAU 1988 dan perjuangan S46 tertumpu kepada melayan nafsu sarakah KU LI untuk jadi PEE MMM.

    Manakala Tun M sekarang perjuangan tertumpu untuk menyelamatkan negara daripada segerombolan anjing anjing lapar dan buas diketuai najib yang mahu melingkup negara melalui penyelewengan menguna syarikat mungkar 1MDB.

    sebab itu S46 tak kemana kerana asas penubuhan parti adalah kianat dan dendam serta melayan nafsu berahi keturunan darah raja yang elitis yang tidak langsung merasakan kesusahan rakyat kelantan yang banyak hidup dalam kemiskinan tegar( mana dia hairan hidup dalam kemewahan dan bernafsu buas).

    Semua kuncu kuncu najib terutama mneteri macam Ismail sabri sebenarnya sudah standard otak udang dan kaki ampu jadi kenyataan diberi semuanya bodoh ,tapi kalau kerja mereka ini pemalas ,kalau makan dan sex nafsu mereka ini mengalahkan ular sawa dan biawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong pendapat ini. Harap keluar selalu memberi pendapat di sana sini.

      Delete
  7. Mereka hanya tahu memperlekehkan orang. Tapi tak tau membawa negara ke tahap lebih tinggi. Itu lah tahap kualiti mereka. Patut la negara kita jadi bahan lawak di peringkat global.

    ReplyDelete
  8. Tun m terus berjuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tetapi hari ini, Tun Mahathir yang penuh kepintaran, kelicikan dan selalu menang itulah yang sedang cuba berjuang sekali lagi.......kesempurnaan"

      Canon in D
      https://www.youtube.com/watch?v=jXC9tuumjiA

      Delete
  9. Kenyatàan tpm depa akan guna tektik yg pernah diajar oleh tun untuk menentang tun and the geng. Once a moron will always stay a moron.Just imagine orang macam ni yg Umno nak kita lantik sebagai PM sekira najib dah tiada. Badut sarkas ni semua harus di tamatkan perkhidmatan. Sungguh kurang cerdik.

    ReplyDelete
  10. Salam budin.
    Maaf lari tajuk sikit.
    Saya nak tahu,
    1). sekiranya saya menyertai parti yang akan ditubuhkan, adakah keahlian umno saya terbatal secara automatik?
    2). Sekiranya tidak terbatal secara automatik, perlukah saya menulis surat kepada umno bahagian atau ada borang resmi untuk batal keahlian dipejabat umno?
    Saya dan keluarga tidak mahu najib berbangga dengan 3juta ahli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keahlian UMNO terbatal secara automatik jika kita masuk mana2 parti lain

      Delete
  11. din, bukan aku and family bahkan ramai kawan kawan lain tak sabar nak joint party baru TM.
    kami semua dah lama potong 2 kad ahli umno sebab najib laknatullah and menteri dedaknya.
    aku harap akan jadi kenyataan tak lama lagi.
    pada go fly kite @ langau, esok ahad, lusa senanyan, tulat SELASA...ADA TELOQ ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada teloq. Tapi dah kecut. Macam bos dia. SR tak saman, WSJ tak saman. Jawab pun tidak, ha nya menafikan saja.

      Kalau Najib dah macam itu, apa tah lagi pemakan dedak nya. Nanti dia desperado macam di kempen PRU13, dia balon penyokong penyokong dia yang tak membantu dia keluarkan fakta dan hujah, di kata nya bangang, hamjadah.

      Kesian pemakan dedak dia - mcm mana nak bantu, sebab takda fakta dan hujah yang kukuh, yang rakyat boleh terima. Menteri dia Said Keruak pun gitu juga. Asyik membalun, tak beri penerangan yang jelas. Terutama nya di mana pergi nya RM28 bilion yang Ketua Audit kata lenyap dari ekaun 1MDB.

      Delete
  12. Salam En Budin,

    Dahulu TDM berkempen sampai ke NU Autralia kpd pelajar Malaysia utk menjatuhkan Tengku AR. Di Camel Club Singapote TDM bertemu dgn teknokrat Melayu utk menibai Tengku. Sekarang TDM buat second round, TDM bertemu pelajar di London. Modus operandi TDM berulang. Dedakman Najib jgn pandang enteng usaha org tua ini.Jgn gelak ketawa akhirnya terkencing spt kata Kadir Jasin, cabaran adalah tonik yg mujarab bg TDM.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...