Saturday 9 July 2016

KESELAMATAN NEGARA ATAU KESELAMATAN INDIVIDU?


Berbanding banyak pihak yang menuntut agar tindakan lebih proaktif segera diambil demi kepentingan negara berikutan bocornya Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, Salleh Said Keruak seperti biasa, lebih mahukan polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku.

Polis, katanya mesti menyiasat pengakuan Sarawak Report bahawa ia memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Tambah beliau, kerajaan mengklasifikasikan dokumen tertentu (tentunya merujuk kepada Laporan Audit 1MDB) di bawah OSA adalah untuk tujuan keselamatan negara.

Sebaik mengenapasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol perlu diheret ke mahkamah, tegasnya lagi.
Kita tentunya bersetuju bahawa ada dokumen tertentu yang diletakkan dibawah OSA bertujuan untuk keselamatan negara, tetapi apakah Laporan Audit 1MDB, jika tidak diletakkan dibawah OSA, turut mengancam keselamatan negara?

Apakah kerajaan meletakkan laporan itu untuk keselamatan negara atau bertujuan menyelamatkan pihak-pihak tertentu?

Di mana terancamnya keselamatan negara jika OSA tidak dikenakan terhadap Laporan Audit 1MDB itu?

Siapa pula individu yang paling terancam masa depannya jika orangramai bebas membaca dan meneliti Laporan Audit 1MDB tersebut?

Bukankah laporan audit, apatah lagi jika berkaitan syarikat milik kerajaan dan melibatkan harta rakyat, memang bertujuan untuk diketahui ramai?

Pernahkah laporan audit mana-mana syarikat milik kerajaan diletakkan dibawah OSA sebelum ini?

Mengapa Salleh tidak menuntut agar kebenaran Laporan Audit 1MDB itu disiasat dan diambil tindakan demi memulihkan imej dan wibawa kerajaan?

Salleh, Salleh...dulu, kini dan selamanya...serupa saja cara berfikirnya - bukan mencuri yang dianggapnya salah, tetapi siapa yang mendedahkan wajah pencuri yang dilihatnya lebih berdosa besar!!  (SH 09/07/2016).

54 comments:

  1. Pembangkang dan pengkritik menyokong Sarawak Report sebab SR nak memenangkan pihak Pembangkang. Lihat bagaimana Tony Pua sebelum ini bersekongkol dengan Rew Castle beli data palsu, sudah lupa ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke data palsu, tlng buktikan sbb justo pn tk dibicara di msia

      Delete
    2. 9.50...kau ingat rakyat bingai macam kau ke?...rakyat boleh berfikir...ramai rakyat yang tak makan dedak...so...keluarkanlah report tu...biar rakyat baca...ini...kalau disorok macam2 rakyat fikirkan....kata...berani kerana benar....tapi sekarang ni...Berani Kerana Sorok...

      Delete
    3. Yg pelupa tu engko..
      Jerat tak pernah lupa pelanduk terutama pelanduk yg jenis mkn dedak mcm engko. Pi la jilat bontot sibijan tu..

      Delete
    4. Dalam PDRM, ATM dan SPRM, mana ada yg betul2 terer dalam hal IT ni.agikan dlm gomen, sumer kepakaran yg ada CCIE kerja dgn kompeni swasta. Kalo ada CCIE pun, gomen akan bayar gaji gred FXX standard ja.. paling mahal 4k++.

      Mau ke bayar gaji CCIE 80k sebulan utk jaga data OSA??? Drpd bayar 80k utk beberapa ekor CCIE, lebih baik menteri2 rembat dulu.

      Kendian gaduh data terbongeng kat internet.. haha.. padan muka. Beli gajet IT mahal2, juta2..pun x guna.. tapi x reti nak guna. Masih amik jugak budak diploma degree master keje IT ngan gomen. Masih bangga ngan sijil degree bangan IT ni.. Bila kene hack server, pun x tau. Sedang kene hack pun, x reti nak lawan dan jaga sistem dan network. Bebudak keje pun, satu hal.. asyik nak buat duit ja ngan kontrek2 IT gomen. Nak kene hack, gi mampus la.. janji duit masyukkk dlm kompeni sendiri.

      Terlalu banyak gomen nak kene perbaiki sistem. Tak mampu dipikir menteri2 bahlul UMNO dan agensi gomen. Selagi x betulkan yg ini, kita boleh tgk lagi segala data yg terbongeng lagi.. nak ngan x nak ja. Kahkahkah..

      Delete
    5. Tgk CIA amerika.. sumer kaki ada CCIE.. ingat sonang ke nak hack server dan barang2 network pentagon?? Kene upah kaki CCIE jugak yg buatkan..

      Gua citer ni.. sbb gomen sampai mampos pun x akan amik atau iktiraf sijil2 professional gini.. melainkan staff2 gomen masih lena bangga dibuai ilusi bangang memiliki diploma-degree-master-phd jer.. tu pun, amik dgn cara menipu semasa bekerja.. walhal dongoi2 ni.. bukan reti haper satu pun dlm hal network design dan hacking.. audit boleh flex la.. pentest lingkup!!

      Delete
    6. Setuju anon 09.50. Pembangkang tidak habis habis dengan fitnahnya. Wall street journal juga salah satu drp proksi pembangkang utk menjatuhkan kerajaan.Tidakkah anda lupa bahawa anuwor al juburi menjalinkan hubungan sulit dengan Yahudi? Siapakah Wall Street Journal? Sudah tentulah ianya tulisan Yahudi. Hairan ea. Pembangkang lebih percayakan kata-kata Yahudi..

      Delete
    7. 2324 da isu yahudi lgi.siapa yang shakehand dgn netanyahu masih ingat lgi,apco tu bkn yahudi,goldman sach bkn yahudi??wall street klu ta pun bru satu yahudi kutua lanun hang lgi teruk dari yahudi la dasar putar belit.

      Delete
    8. 9.50 dan 23.24 kau berdua ni babi ke apa. PM kau tu penyamunlah bongok. Kau cakap apa ni ?? Takyah komenlah bodoh. Kau duduk je diam2 tengok PM penyamun kau tu jahanamkan negara ni. Kau ni species macam Salleh Keruak jugak. Org rompak tak tangkap. Org yg bagi maklumat yg kena.

      Delete
    9. Apa yang Salleh Keruak cakap tu betul lah. Memang jelas DSN tak menipu. Inu semuanya permainan pembangkang untuk mendapatkan undi. Come on ler pembangkang dan madey, makin korang duk suara, makin terserlah kebenaran DSN. Hentikanlah memperbodohkan rakyat. Rakyat patut bersyukur dengan pemerintahan DSN. Negara kita masih aman. Bukan macam negara bergolak macam Somalia...

      Delete
  2. kita tengok sape lagi menteri umnogok yg nok kluor statement bangang...sedarlah kamu wahsi said keruak...kamu sedang membusuk nama kamu sendiri untuk diseranah generasi masa depan.
    Tutuplah selagi kamu terdaya...tapi ingat, kebenaran pasti mengatasi kebatilan

    ReplyDelete
  3. Kesalahan pemimpin2 malaysia akan di OSA kan sebab takut mengancam keselamatan individu pemimpin tersebut yang mencuri duit rakyat daripada di ketahui umum..
    ini akan menggalakan pemimpin2 yang lain turut melakukan perkara yang sama lebih2 lagi salleh keruak sebab kesemua kesalahan mereka di lindungi oleh OSA.
    keselamatan pemimpin2 yang menyeleweng dan menggelapkan wang rakyat akan terancam sekiranya perbuatan mereka terbongkar dan di ketahui oleh rakyat

    ReplyDelete
  4. Itu dia Menteri Kampong . Udah Uang raykat di kebas buat laporan .

    ReplyDelete
  5. Sdr budin,
    Maka benar lah kata sesetengah pihak lagi lama penyamun Najib aka Rosmah menjadi PM semakin hampir malaysia akan menjadi 'paria state 'kerana sah lah Najib akan menghabiskan masa di tampok kuasa dgn menumpu kepada usaha usaha menyelamat diri disamping Rosmah berusaha mengikis harta negara utk survival setelah berambus dari malaysia nanti,dgn laporan AG yg sah tulin dan jelas menunjukkan berlaku rompakan dan penyelewengan maha dashyat dlm sejarah negara saya rasa najib tiada masa utk menumpukan usaha menjaga kebajikan rakyat.

    Semua menteri,pemimpin dlm UMNO serta pemimpin PAS yg bersengkongkol serta org agama dan pegawai kerajaan yg terpaksa bersubahat melingdungi najib ada lah pengkianat dan musuh negara.

    ReplyDelete
  6. Sdr budin,
    Maka benar lah kata sesetengah pihak lagi lama penyamun Najib aka Rosmah menjadi PM semakin hampir malaysia akan menjadi 'paria state 'kerana sah lah Najib akan menghabiskan masa di tampok kuasa dgn menumpu kepada usaha usaha menyelamat diri disamping Rosmah berusaha mengikis harta negara utk survival setelah berambus dari malaysia nanti,dgn laporan AG yg sah tulin dan jelas menunjukkan berlaku rompakan dan penyelewengan maha dashyat dlm sejarah negara saya rasa najib tiada masa utk menumpukan usaha menjaga kebajikan rakyat.

    Semua menteri,pemimpin dlm UMNO serta pemimpin PAS yg bersengkongkol serta org agama dan pegawai kerajaan yg terpaksa bersubahat melingdungi najib ada lah pengkianat dan musuh negara.

    ReplyDelete
  7. bodonya menteri sekor nie ....kuat sgt jilat

    ReplyDelete
  8. Polis kena siasat mcmana pencuri duit US$7bilion 1MDB bolih dpt laporan tu dan klasifikasikan lapuran audit dibawah OSA.

    Lapuran tu adalah lapuran awam dn mengikut Fasal 107 Perlembagaan,' juru audit negara hendaklah menghantar laporan2nya kpd Agong yg akan mengarahkan laporan tu dibentang diParlimen.' Bermakna: ia dokumen awam yg terbuka.

    Macamana pencuri duit 1MDB pulak yg dpt lapuran juru odit negara dan terus OSAkan utk lindungi dia????

    Polis Msia nak siasat dan tangkap pencuri duit US$7bilion atau nak siasat lapuran odit awam tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis diraja sudah menjadi polis dinajib.

      Delete
  9. Damn good question, Sdr Shahbudin - Di mana terancamnya keselamatan negara jika OSA tidak dikenakan terhadap Laporan Audit 1MDB itu?

    Depa tak baca apa itu Official Secrets Act. Apa tujuan asal nya dan apa tujuan yang sepatut nya jangan di lupai sentiasa.

    Akta itu berdasarkan Akta serupa di United Kingdom yang di jadikan undang undang Malaya di zaman British kolonial, terutama nya di zaman melawan kominis di negara ini. Jadi, beragai lah menjadi isu keselamatan negara, termasuk berapa biji kereta kebal tiap balai Polis ada di masa kominis sengit mengancam, mengsabotaj, dulu.

    Nasib lah sekarang Rosmah naik jet eksekutif khas untuk dia dan rombongan nya tak dapat nak di cop Rahsia, kalau tak rahsia lah hal itu. Menjadi kartun bila banyak hal di Rahsiakan seolah olah hal2 itu melibatkan keselamatan negara. Keselamatan bussit penyelewengan 1MDB dan berbilion masuk ekaun Najib dan famili nya.

    ReplyDelete
  10. Pulau Pandan jauh ke tengah
    Gunung Daik bercabang tiga
    Risau badan nafas pun mengah
    Disorok baik terbongkar juga

    Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Bohong khianat rapi disimpan
    Tiba janji orang pun tahu

    Buah cempedak di luar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Skandal meledak dunia bergegar
    Adalah ini boleh biar kan?..

    ReplyDelete
  11. Sarawak report adalah mimpi ngeri punasihat mdb artikel yg buat kaduak,dalang,tomboy dan zakarshit kencing.nak blog sr konon podah tiap artikel da baca dgn app kahkahkah.mana wak komidi senyap je masalah keselamatan negara akan parah lagi bila bangla yg fahaman isis berkeliaran di sini.lihat apa jadi bangladesh skrg.tu lah nak untung keselatan negara di abai.buatlah suka hati korang nanti jawablah.

    ReplyDelete
  12. Tom boy tu tak kena tongkat ali lagi. Kalau dah kena mesti terus pakai tudung

    ReplyDelete
  13. Bukan menteri ini ajer bodoh, semua nya bodoh belaka...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Asal2 pun dokumen tu mmg dibuat utk tatapan rakyat supaya maklumat yg tepat dan disahkan boleh dinilai oleh pihak awam. Makna kata dokumen tersebut sepatutnya invalidated maklumat2 yg bersumberkan drp AWSJ, SR dan mana2 item yg bercanggahan boleh disingkirkan. Saya tidak pernah termimpi akan hidup utk menyaksikan pemimpin saya seMUNAFIK seperti Najib, selayaknya dipanggil NAJIS sahaja dan satu golongan MELAYU ISLAM yg redha dipimpin pemimpin semacam ini sehingga sanggup menjadi munafik yg sama demi KUASA, KEDUDUKAN dan WANG. Bila melihat gelagat pemimpin2 melayu berperangai begini terus saya menggeleng2 kepala...

    ReplyDelete
  16. Kita ini kalau dah makan dedak kenalah berjuang habis habisan salah pun kena kata betul di padang mahsyar nanti terimalah balasannya

    ReplyDelete
  17. Kita ini kalau dah makan dedak kenalah berjuang habis habisan salah pun kena kata betul di padang mahsyar nanti terimalah balasannya

    ReplyDelete
  18. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  19. din, keruak nie memamng lebih bangang dari 3.85
    satu dunia dah baca but sikeruak nie suruh siasat siapa yg bocorkan pulak ??? bukan depa nak siasat najib kamjat
    nielah buat rakyat marah and buang umno buat selama lamanya

    ReplyDelete
  20. Menteri penjilat terhebat seantero dunia.

    ReplyDelete
  21. Rakyat menuntut siasatan samada keputusan mengOSAkan laporan audit 1mdb tersebut adalah satu lagi tindakan salahguna kuasa, sekiranya benar (dan sepatutnya) akta berkenaan hanya boleh diguna utk melindungi kepentingan negara.

    ReplyDelete
  22. Orang mcm Salleh Said Kruak ni lah yang disebut haramjadah (3X) oleh Tok Jib.
    Nasib baik aku masih manusia lagi.

    ReplyDelete
  23. Woiiiii keruak poddahhhh walkernawalik

    ReplyDelete
  24. Mr.Salleh your reasoning is what Malays call "songsang". You blame the victim of the crime and protect the culprit. Sorry, but why did they name you "saleh" when your behavior is consistently "fasad"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooiiii...doggie Salleh and not Mr lahhhh....he is just a barking dog for Najib. Mr is for gentleman of intergrity ad honesty. Doggie is for people like Salleh. That was what his job list is...when appointed Minister.

      Delete
    2. hehehe,... how much is that doggie in the window woof wooof!

      mari nyanyi mainan macai
      https://www.youtube.com/watch?v=1hVo8Xjx6Vg

      Delete
  25. Rakyat Msia terutamanya orang melayu patut berbangga, dlm Msia ada juga seorang melayu yg penuh integrity & beerani iaitu Ketua Odit Negara, Ambrin Buang. Dlam lapuran oditnya tanpa segan dan takut, dia lapur RM27billion( US$7bilion) duit 1MDB telah hilang atau dicuri yg dikepalai olih Najib & Jlow.

    Berbanding melayu2 sampah & kucing kurap yg pegang jawatan tinggi spt Pandi Dobi & Khalid Twitter yg diperguna bagai anjing olih Najib dan Abu Kassim yg bagitu takut utk melapor secara umum hasil siasatan SPRM terhadap Najib dan kini mcm anjing dihalau keluar sebagai Ketua Sprm, Ambrin adalah permata yg menyinar dikalangan sampah2 ni.

    Rakyat Msia 'salute' Ambrin Buang.....lapuran odit yg diOSA olih pencuri & penyamun kini bacaaan satu dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, sokong dan alu alukan apa yang di kata di atas.

      Delete
  26. Said Keruak ha nya menguak aje ke? Bila nak saman Sarawak Report?

    Mesti tak berani punya. Sebab nanti kena humban dek boss, Najib. Najib takut bila bicara, di panggil jadi saksi, di soal bertalu talu dek peguambela sebelah sana, hingga terborai 1-2 skandal lain pulak.

    Kes dia saman pihak tempatan pun loyar Najib mintak Hakim buat "summary judgment" supaya tak sampai ke peringkat bicara penuh, nak elakkan di panggil sebagai saksi. Hakim berkenaan tak kasi apa yang dia mintak. Settle out of court le dia gamak nya.

    Pahal pun Said di lantik Menteri ha nya sebab dia asyik melaung laung mengampu Najib di blog nya. Mesti sensitif kpd apa yang Najib mahu dan tak mahu. Kalau si Keruak mahu pun, Pandi Peguam Negara mesti tak mahu. Dia lebih mengampu Najib dari Keruak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karabau kota bolot tu. Dia ingat dia pandai.

      Delete
  27. Kalau di saman atau di dakwa, mungkin kah ada Hakim di Malaysia berkata -

    Prosecuting lawyers 'are lacking brain cells and don't understand criminal trials', blasts retiring judge

    Senior judge Christopher Ball QC has blasted the crown prosecution service, accusing them of making 'daft decisions' and failing to understand trials because they 'don't have sufficient brain cells'.

    Aku rasa ada sorang yang tentu kena blast begitu kalau ada Hakim di Malaysia yang nak retire dan geramkan keadaan negara kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  28. aiyaaa mane mau lari najib?skandal tetap skandal lol.ko pergi tido lokaplah lepas pru 14 nanti ok? http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/2016/07/damning-summary-by-the-auditor-general-on-1mdbs-petrosaudi-ventures/ mane2 pengundi yg pro hadi awang pas,harun din,nik abduh tu tengok hadam puas2 ye.najib rasuah pun kau sokong gileke ape korang?baik pengundi2 tinggalkan pas ramai2 pru14 nanti.undi pakatan harapan pkr - dap - pan/amanah ramai2 jgn undi bn umno dan pas ok?lawan tetap lawan,ALLAH HU AKHBAR

    ReplyDelete
  29. dah lama tebenam dalam kejahilan sampai dah tak tau
    nak beza antara kebenarn dan kemungkaran
    dah terang terang memang ada yang cuba disorokkan
    dari orang awam

    ReplyDelete
  30. Ni la masaelah nyer bile lantik karabau jadi menteri..sepatutnye bunyi dia..kuaaaak..kuaaaak..bukannyer..woof..woof..woof..itu bunyi anjing..ni musti dah lupe jati diri daa..

    ReplyDelete
  31. Menteri drp kota bolot ni mmg kolot mulut mcm tong sampah

    ReplyDelete
  32. Menteri Penerangan pun dah gelabah dalam mempertahankan bos nya. Apatah lagi untuk menerang kepada rakyat. Itulah padahnya kalau menipu untuk menutup kebenaran.
    Akibat tidak dapat menahan rasa gusar dan takut dari rakyat mengetahui perkara yang sebenar tentang 1mdb, salleh berada dalam tekanan.
    Sebab itulah bila SR mendakwa mereka mempunyai akses keatas laporan audit 1mdb yang diOSAkan, salleh "melompat" minta polis menyiasat dakwaan SR.
    Tindakan bodoh salleh seperti "mengiakan" laporan SR itu BENAR. Sebab itulah salleh mengeluarkan kenyataan untuk kali kedua setelah "diberi nasihat".
    Kenyataan kedua salleh; laporan audit hanyalah sebahagian kecil dari siasatan yang telah dibentangkan oleh PAC. Maksud salleh, PAC dah bersihkan 1mdb dari sebarang kesalahan pengurusan kewangan. Maka "point" ini telah diguna pakai oleh tentera siber mereka untuk mempertahankan najib.
    Sedangkan laporan PAC sendiri tidak dapat dilengkapkan kerana tiada laporan audit, dan rakyat diminta untuk menunggu laporan audit sebelum menghukum pentadbiran najib. Malangnya bila laporan audit siap, terus diOSAkan tanpa boleh dibaca oleh anggota PAC.
    Salleh dan tentera siber mereka sudah mula main wayang untuk kelirukan fikiran rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh biawak ni da terlebih mkn lemang dedak time raya ni..tu yg tersalah ckp..lemang dedak,ketupat dedak,,biskut raya dedak,air pon perisa dedak..wartawan tanya pon sampai tersalah bg jwpn..jwpn sepatutnya adalah simple.."rakyat semua tak perlu ambil tahu,ddk diam2,pkl8 mlm tgk laporan di tv3 atau bc akhbar utusan sahaja sambil mentekedarah biskut raya..sekian.."

      Delete
  33. Apakah rakyat boleh terima kenyataan dari PDRM yang mengesahkan laporan SR itu PALSU??? Jawapannya TIDAK.
    Kecuali rakyat dapat melihat laporan audit yang telah diOSAkan.

    ReplyDelete
  34. Dari dulu dan selamanya dah di bilang doctor ni hanya bawa penyakit mental je ... Langsung tak mendatangkan kebaikan pada rakyat .

    Tapi jangan khuatir ..... Najib punya gomen atau Najib sendiri atau juga Salleh Keluak bersama sama kuncu dia bolih saman itu Sarawak Report . Hari selasa ada lebih kurang 48 jam lagi ... sempat suruh Hapa rizam prepare kertas saman !!!!

    ReplyDelete
  35. Hahaaaaa....Sarawak Report Clare Brown mengelar Salleh, Minister of Fun.

    Aku pulak tak bagitu. Salleh ni lebih sesuai dipanggil Minister of Fun and Clown.

    Kenyataan dia semua mcm clown..pelawak mega.... betul2 clown. Dulu ada Rahman Kota belud, Nazri, Zahid, Azalina, Ismail & Kaprawi...siang malam mempertahankan Najib. Apasal En Budin, mereka ni semua senyap2 sekarang. Sekrang hanya Salleh..membuat one man stand up comedynya.

    Skrang bukan kes RM2.6billion derma Arab lagi yg WSJ dn SR ckp dicuri dari 1MDB. Skrang kes Amrin Buang ckap RM28billion( US$7bilion) dicuri olih Najib dan the geng dari 1MDB.

    Najib patut saman Ambrin Buang dan bukan WSJ atau SR skrang.

    ReplyDelete
  36. Bukan Minister of Fun tapi Ninister of Infant..cam budak-budak.

    ReplyDelete
  37. Cuba tengok muka salleh semasa dia bercakap, apa yang anda lihat ? Dia sudah hafal apa yang dia hendak cakap dan tidak boleh mengambil soalan daripada pemberita. Dia hanya mampu tulis dalam blog. Dia tidak boleh jawab kepada mana-mana pihak kerana dia tahu yang fakta itu lebih bijak daripada dia. Itulah Salleh, seorang lagi yang sungguh memalukan ayahnya yang seorang veteran terpuji di Sabah !

    ReplyDelete
  38. BE SMART DAN MENJADI KAYA DENGAN KURANG DARI 3 HARI MENGGUNAKAN KAD ATM BLANK

    Kami adalah satu pasukan carding profesional dengan cincin yang besar di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 2 juta ATM dijangkiti malware dan skimmers kami, kami boleh merebut data kad bank termasuk trek 1 dan trek 2 dengan pin kad. Laman ini menyediakan berita hacking, eksploitasi dan kelemahan untuk penggodam beretika. huraian panjang halaman ini menyediakan berita hacking, eksploitasi dan kelemahan untuk penggodam beretika. Sila ambil perhatian bahawa kami penggodam beretika dan oleh itu hanya menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggodam sistem ujian dan orang ramai tidak lain. Kami adalah satu pasukan carding profesional. Kita pula klon kad ini menggunakan data yang menyambar ke kad ATM sebenar yang boleh digunakan untuk menarik diri di ATM atau sapu di kedai-kedai dan POS. Kami menjual kad ini kepada semua pelanggan kami dan pembeli yang berminat di seluruh dunia.

    .......... PENERANGAN BAGAIMANA KAD INI KERJA ..........

    Anda hanya slot dalam kad ini ke dalam mana-mana Mesin ATM dan ia secara automatik akan membawa satu MENU pada 1 VAULT # 1000, VAULT # 2 5000, semula diprogramkan dan keluar, BATAL. Hanya klik pada salah satu daripada bilik kebal, dan ia akan membawa anda ke satu lagi SUB-MENU SEMUA, LAIN-LAIN, EXIT, BATAL. Hanya klik pada orang lain dan masuk ke dalam jumlah yang anda ingin untuk menarik diri daripada ATM dan anda mempunyai ia ditunaikan serta-merta dilakukan.

    terdapat Berbeza-beza jenis kad

    Kad yang menarik diri daripada $ 10 hingga $ 10,000
    Kad yang menarik diri daripada $ 10 hingga $ 20,000
    Kad yang menarik diri daripada $ 10 hingga $ 30,000
    Kad yang menarik diri daripada $ 10 hingga $ 50,000
    Kad yang menarik diri daripada $ 10 hingga $ 100,000

    *** NOTA: JANGAN EVER membuat kesalahan dengan MENGKLIK "SEMUA" OPTION. KERANA IA AKAN AMBIL OUT ALL JUMLAH OF THE VAULT TERPILIH. Untuk mendapatkan e-mel kad semula di dukeblankhacker@outlook.com ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...