Sunday 3 July 2016

KENAPA PERLU TAKUT DENGAN DERMA YANG DITERIMA GUAN ENG?


Berikutan pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak cukup dengan mendesaknya agar meletakkan jawatan, pemimpin UMNO dan BN juga mengecam usaha DAP mengumpul sumbangan orangramai bagi menampung wang jaminan RM1 juta yang dikenakan keatasnya.

Selain ada yang mengatakan Guan Eng seharusnya menggunakan wang sendiri untuk membayar wang jaminan itu, seorang Ahli MT UMNO, Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan kutipan derma itu sebagai membebankan orangramai.

Di mana anaknya Reezal belajar kutipan derma sebagai membebankan orangramai?

Derma adalah sumbangan yang dibuat dengan seikhlas hati, ia boleh diberikan  dan boleh juga tidak dilakukan. Tiada paksaan kepada sesiapa untuk wajib atau mesti melakukannya.

Hanya mereka yang mampu, berkeupayaan dan ada keikhlasan saja akan menderma, sebaliknya yang tidak berkemampuan dan tiada keikhlasan, tidak perlu berbuat demikian.

Jadi, di mana logiknya sumbangan itu sebagai membebankan sedangkan orangramai sentiasa diberikan pilihan untuk menyumbang atau tidak?

Lagi pula, orang yang sedia menghulurkan derma kerana ada lebihan wang dalam poket, ia bukanlah suatu bentuk bebanan bagi mereka.

Sekali lagi, di mana datangnya ada yang terbeban apabila menderma?

Dan berikutan sumbangan lebih RM1 juta dapat dikumpulkan hanya dalam tempoh 21 jam, ia jelas membuktikan lebih ramai yang ikhlas hati untuk menghulurkan sumbangan serta sama sekali tidak terbeban dengan huluran yang mereka lakukan.

Reezal juga dipetik sebagai berkata, beberapa pemimpin BN yang didakwa di mahkamah tidak pula mengutip sumbangan orangramai untuk membayar wang jaminan mereka.

Hahaha...ini lagi hujah yang kelakar!

Sebagaimana yang ditulis sebelum ini, jika pemimpin UMNO dan BN cuba untuk mendapatkan sumbangan orangramai untuk membayar wang jaminan atas kesalahan rasuah yang mereka hadapi, cubalah lakukannya dan lihatlah apa yang akan mereka perolehi.

Wang tunai atau maki hamun?

Jika pemimpin BN yang dituduh rasuah dan perlu membayar wang jaminan, bukan mereka tidak mahu mengutip sumbangan orangramai berkaitan dengannya, tetapi kerana mereka tahu apa hasil yang akan diperolehi jika cuba melakukannya.

Sebab itulah tidak ada yang berani melakukannya.

Pokoknya, kenapa pemimpin UMNO dan BN  serta orang seperti Reezal Merican perlu takut dengan sumbangan orangramai yang diterima Guan Eng itu?

Asalkan ia tidak melanggar undang-undang, adalah menjadi hak DAP untuk melakukannya.

Apakah kerana derma yang diterima daripada orangramai itu begitu mendapat sambutan, maka UMNO dan BN mula bimbang kesan sebaliknya kepada mereka berikutan pendakwaan yang dilakukan kepada Guan Eng itu?

Dalam waktu yang sama, meskipun wang jaminan RM1 juta akan dipulangkan suatu hari nanti, wang yang dikutip daripada derma orangramai  itu juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain untuk kepentingan bersama atau jika ada pemimpin-pemimpin lain dihadapkan ke mahkamah dan perlu wang jaminan yang tinggi, sama seperti yang dihadapi oleh Guan Eng.

Seperti kata Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP hanya ada orangramai dan bukannya kerabat Diraja Arab Saudi untuk menghulurkan derma kepada mereka. (SH 03/07/2016).

71 comments:

  1. Agaknya di negara ini cuma orang tertentu shj dibolehkan terima atau bagi derma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut kitab biru Tuan Punasihat, Pemimpin mesti di wala'unkan sbb mereka sgt hampir dgn tahap maksum.
      Org yg tak sependapat dgn pemimpin boleh terjerumus dalam kelompok samada kafir harbi, jebon, barua, pengkhianat atau pilkuda....
      Kesimpulan nya rakya mesti memberikan wala' al wala'un kpd pemimpin.

      Ke guaner Din????

      Delete
    2. Yang membebankan rakyat ialah duit lesap 42 juta tu. Duit hilang dibayar Aabar ciplak tu. Sekarang apa cerita pasal duit tu???

      Pegi lantakla kalau towkey2 besar nak derma kat Gyan Eng. Kenapa najib boleh terima 2.6b derma tapi orang lain tak boleh??? Atas dunia ni selain dari Nabi ada orang lain yg maksum jugak ke????

      Sejak bila duit derma jadi beban rakyat?? Kalau macam tu duit derma Palestin....duit derma mangsa banjir....duit derma rumah anak2 yatim & orang2 tua semua membebankan rakyat ke...?????

      Woiiii....tolongla jangan buat lawak badut sarkis atau nak jadi ularmak buat fatwa sendiri untuk menghalalkan matlamat haram yang tersembunyi.

      Delete
    3. Memang betol apa yang orang kata...kriteria nak
      jadi menteri mestilah bodoh...dari AP jadi jawatan kuasa PAC...terus jadi Timbalan Menteri...dan sekarang bodoh nya Reezal dan pun bertingkat tingkat.

      Delete
    4. Duit tabung MEMALI pun pemimpin PAS kebas.. inikan pulak duit gini..

      1. https://youtu.be/Nr4wBsprEXQ

      2. https://youtu.be/D0NQpQjwk_A

      3. https://youtu.be/BlVYwiXe1R0

      4. https://youtu.be/c2rade458ZM

      5. https://youtu.be/6siGKlsrMXc

      Nak bukti apa lagi.. activist PAS sendiri yg dedahkan.

      Delete
  2. Tadi dlm berita tv3/4..teuku adenang ckp hanya pembangkang yg amalkan derma politik...bukan umno/bn yg amalkan. Hahahaha...nak putus urat perut aku gelak pepagi ahad ni dengor kenyataan teuku tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Malaysia ni duit derma tak boleh diamalkan tapi kalau duit rembat boleh....no problem bro.

      Delete
    2. Utk UMNO, sumer boleh..kebas duit zakat ='HALALAN THOYYIBAN. Duit tabung hajee, duit MAIK, YAPEIM, LHDN, KWSP dsbg, sumer boleh..

      Duit arak dan judi pun halal.

      UMNO dan PAS, parti special di sisi tuhan. Duit kutipan MEMALI pun kene kebas.. tu blom kutip2 lagi duit org ramai yg MP-MP dan kepimpinan PAS seleweng.. HARAKAH dah jadi mcm UTUSAN ja sejak Fadhil Noor meninggal..

      Delete
  3. Ada bukti ke sumbangan tu dari orang ramai (public) biasa? Aku rasa kebanyakan nya dari beberapa tokeh tokeh yang dah dapat faedah itu ini dari Guneng. Sorang kasi berpuluh, malahan beratus ribu Ringgit.

    Yang dapat beli tanah gomen di Taman Manggis tuh bayar RM11 juta sekarang tanah dah bernilai RM60 juta. Jadi, beratus ribu Ringgit tak hal kpd depa.

    Gitu jugak yang dapat projek land reclamation dan projek terowong bawah laut berharga berbilion Ringgit tuh.

    Ini Guneng rasuah punya orang. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ye tak ye jugak cakap ko ni kan, 07.47 kan?

      Logik jugak tuh.

      Sekarang aku tanya ko pulak....

      Ada bukti ke sumbangan ni datang daripada tokeh-tokeh yang ko sebut-sebut tu?


      Delete
    2. Inilah satu contoh yang dikatakan UMNO kehilangan peluru dalam menyerang pembangkang. Apa nak kata lagi kalau semua alasan diberi terpalit kat muka Najib balik. Mana nak jumpa dah PM kaki rasuah terang2an zaman internet ni. Nampak berani tapi bodoh piang.

      Malah, lama kelamaan rakyat boleh pulak nampak kebaikan parti DAP. Patutlah parti ti semakin mendapat tempat di kalangan orang melayu sendiri. Umnk bagi bola tanggung. Bijak

      Delete
    3. ...kan...kan 07.47...dah kena soal balas...soalan cepuintan pulak Tu...sabak sajalah dibln yg termulia Ni...sorry 2 say..haa...haah...apa pun...slmt berayalah...

      Delete
    4. 07:54, ko ada bukti ke sumbangan tu tidak datang daripada tokeh-tokeh yang di sebut-sebut tu?

      Delete
    5. NFH,

      Mengarut le kamu mengata "lama kelamaan rakyat boleh pulak nampak kebaikan parti DAP". Mana baik nya, Dol? Guneng kena dakwa rasuah tu, tak sedor ke?

      Siapa cakap "parti ti semakin mendapat tempat di kalangan orang melayu sendiri"? Bodoh punya mengata bbegitu. Seketul dua frustrated Melayu masuk, kau nak hebohkan ye? Dah desperate sebab ada Merdeka Centre ke siapa buat survey mengatakan Melayu berpegang kpd pendapat DAP ada lah anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

      Delete
    6. Takut ke.................?????

      Delete
    7. Mungkin errr mungkin JLow kredit sejuta terus masuk ke akaun derma tu ...Selepas sekian lama bertapa di samudra luas dan di pulau pulau esotik maka timbul keinsafan dan kesedaran dalam diri dia untuk bertaubat lahum dan insaf atas tata kelakuannya selama ini maka dengan seikhlas hati ia menderma kepada LGE. Kalau tak silap kan dia dan keluarga dia ada bermastautin di P. Pinang. Agaknya gitulah tapi nujum pak belalang pun mungkin silap.

      Delete
    8. Ye le melayu umgok juga bodoh ,Jlow juga yang sapu banyak,melayu umgok kawan baik je,cuci la najis jlow.

      Delete
    9. Ada keberangkalian juga tu, bro. JLow sumbang RM1 juta. Baki RM9 ribu tu je yg rakyat marhaen sumbang. Aku pun tak da bukti nak nafi sumbangan JLow ni... ke guane "Mr. Guneng"?

      Delete
    10. anon 7.47,
      Kamu orang kata bodoh tak dapat diajar,pandai pun tak boleh pakai,Derma Guan Eng tertera dengan no akaun dan tertera transaksi kamu boleh buat enquiry dgn pihak penganjur ,malangnya derma yang najib terima bila dicabar untuk untuk tunjuk no akaun penderma sampai sekarang takut nak buktikan ,apa punya penipu takkan tok arab bawa bebillion ringgit pakai guni beras kut hahaha.

      Beli tanah pokok manggis tahun 2010 memang la Rm11 juta kalau banding harga sekarang jAUH beza urusan pada tahun tak sama bukan macam najib libas tanah TRX yang dikhas untuk pembangunan bumiputra dengan harga RM 60 sekaki wal hal harga sebenar masa sapu RM 1200.
      memang tak berguna la pemimpin umno sekarang untuk orang melayu.lebih baik cina.

      Delete
    11. Mungkin errr mungkin JLow kredit sejuta terus masuk ke akaun derma tu ...Selepas sekian lama bertapa di samudra luas dan di pulau pulau esotik maka timbul keinsafan dan kesedaran dalam diri dia untuk bertaubat lahum dan insaf atas tata kelakuannya selama ini maka dengan seikhlas hati ia menderma kepada LGE. Kalau tak silap kan dia dan keluarga dia ada bermastautin di P. Pinang. Agaknya gitulah tapi nujum pak belalang pun mungkin silap.

      Delete
    12. Aku nak tanya Anon 7.47 apa bukti 2.6 bilion tu derma dari pak arab? Mana buktinya duit derma tu dah dipulamgkan? Mana bukti sahih hitam putih yang berkait pasal derma dan memulangkan derma tu? Bukti cakap dengan air liur saja ke?

      Delete
    13. 12:35,

      Kau ni DAP bodoh. Kamu kata Derma Guan Eng tertera dengan no akaun dan tertera transaksi tapi kau suruh pembaca pulak buat enquiry dgn pihak penganjur - kan itu amat bodoh macam Red Beans selalu buat.

      Kau nakkan orang picaya tapi suruh orang buat enquiry dgn penganjur pulak. Kupra worak kau.

      Delete
    14. Bila orang Bodoh berhujah, ... Kesian lihat "cow" 747

      Delete

    15. 10.36 n 14.03

      Kalo nak defend 07.47 pun gunakanlah hujah yang bernas dan boleh diterima akal.

      Jangan tunjukkan diri tu bodoh berlapis-lapis.

      Delete
  4. sdr,sedikit kesilapan..bukan 21 hari,tapi 21 jam dan tahukah sdr bahawa 1/4 dari kutipan itu datang nya dari orang melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa cakap, Mamat? Mustahil org Melayu kasi 1/4.

      Kau ada bukti ke? Atau cakap dari lubang belakang?

      Delete
    2. Hebat betul mamat ni... hello, aku pun tengah fikir nak sign up as ahli DAP. Malu aku dgn Melayu mcm ko ni dan pemimpin dan ularmak Melayu yg mcm ko cakap tu... cakap dari lubang belakang...

      err... nak bukti juga ke yg aku ni Melayu? Haha.... bukti kan aku dulu yg ko ni Melayu, bukan mamak.

      Delete
    3. 1239 lubang belakang tak basuh punya. Menyamar sebagai Melayu ngata nak join DAP. Pada hal dia Cina Bukit tulen.

      Bila bertanya nak bukti dia Melayu tu, nyata dia tak basuh berak punya jenis.

      Delete
    4. Anon 7.59
      Bukan 1/4 , tetapi 1/3 dari derma tu datangnya dari penderma melayu dan bumiputra ...

      Apa ? kau orang nah marahkan aku ke sebab turut menderma ...?
      Aku bukannya penyokong DAP atau peminat LGE . Aku saja nak lihat apa AG Apandi nak buat dalam mahkamah ??

      Ini kerana , Apandi yang sama kata ...
      Najib ada 2.6 billion dalam bank , dia kata okey .
      Najib sebat 42 juta duit SRC , dia kata okey .
      Najib gelapkan 4 billion wang KWAP , dia kata okey .
      Rosmah belanjakan 45 juta kat Jakel ( Shj ) , dia kata okey .

      Delete
  5. rasuah itu sebahagian dari budaya nenek moyang dorang dr tanah besar china.. kalau tak rasuah, judi, mabuk, betina bukan ciner namanya..
    apa nak heran..orang melayu pun dah ramai minat dengan budaya rasuah yang dipanggil makan komisyen 10%..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak tau saudara orang Islam kat sana jauh lebih ramai bilangannya dari jumlah di Malaysia ni.

      Tapi tak de pulak penah dengar dorang kat sana sibuk nak potong tangan orang, hukum orang tak puasa atau mengintai dalam kelambu orang lain.

      Penyakit rasuah ni PM islam yang dapat derma dari putera Arab pun pandai buat tak yah cina ajar. Suma bangsa di dunia boleh terkedu dengan kehebatan PM Islam dari Malaysia. Hebatnya..

      Delete
    2. Ye le yang minat rasuah tu banyak dalam UMNO ,siPAS pun dah berbaik baik dengan Umgok elok la tu ,lagi teruk dari cina

      Delete
    3. Puak2 umgok ni dah mangli dgn nasihat.., bengong x leh nak ajak, bodoh piang x leh nak ikut. hati dah keghas kedekiang.

      betullah kata Tun M.. dlm umngok dah x ada lagi yg cerdik. tu yg jadi pemimpin.. apē hal yg pula yg kaki pelahap dedak..??

      lu pikiq laa sendiri....

      Delete
  6. Guaneng tidak sepatutnya guna wang derma utk wang jaminan. Spatutnya guna wang zakat mcm menteri2 yg guna wang zakat.. opssss.. alamak guaneng bukan islam lah pulak... tak dapat lah guna wang zakat... ayo....

    ReplyDelete
  7. Bukan nya takut Guneng dapat derma RM1 juta. Cuma tipu helah nya. Melainkan depa tunnjukkan rekod kesemua yang beri itu ha nya lah RM10, 20 atau RM50 aje. Kalau gitu boleh le di kata derma dari rakyat biasa (oedinary public).

    Kalau tak, mungkin duit itu kebanyakan nya datang dari tawkeh tawkeh yang dah dapat ganjaran dari projek projek Gungeng. Kalau gitu, derma itu pun rasuah. Korapsi di atas korapsi. Korapsi nak membebaskan orang yang korap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9.32
      Kamu tu sama biol macam reezal marican otak udang ,Guan Eng tertera dgn No Akaun diberi secara tulus dan terbuka serta transaksi sekali ,yang najib lanun derma sampai sekarang tak berani nak tunjuk no Akaun penderma yang asyik nampak masuk akaun sendiri dari caymen island.bahlol la kamu

      Delete
  8. Setiap drama atau filem mesti ada pelakon lelaki dan pelakon wanita serta hero dan heroin barulah lengkap sesuatu filem dan derama itu maka sama2lah kita tonton cerita selanjutnya

    ReplyDelete
  9. Setiap drama atau filem mesti ada pelakon lelaki dan pelakon wanita serta hero dan heroin barulah lengkap sesuatu filem dan derama itu maka sama2lah kita tonton cerita selanjutnya

    ReplyDelete
  10. saya akan sokong calon dap (pakatan harapan) d pru akan dtg. saya org melayu. umno bukan parti.melayu lagi. umno parti najib.
    klu org melayu umno kata dap parti komunis. macmana pula mca. apa beza cina dap dan cina mca.
    bangun melayu umno. buka mata..jgn jadi bodoh.
    pas tak boleh percaya lansung. selalu cakap pasal hudud.
    di negara cina islam lebih ramai dari malaysia. tak kecoh pasal hudud.
    ini hudud pas bukan hudud islam. org melayu pas jgn tengok hadi mcm tokong hindu.
    kenapa la bodoh sgt org melayu skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan padang jaul ke negeri Cina lihat Indonesia yg ada 92% orang ISLAM. Baru Provinsi Aceh yg ada Hukum Syaria itu pun Hudud belum ada tanda di pakai.

      Delete
    2. Orang Melayu tak bodoh. Yang bodoh tu kau. Bangang dan hamjadah, kata Najib di kempe PRU13 dulu.

      Bila kau sokong DAP, bodoh nya naik ke skala 10. Tak terhingga bodh kau. DAP yang dah berpuluh tahun di kenali sebagai anti-Melayu, anti-Islam, menyebabkan pergaduhan kaum, kau nak sokong. Coba kau hantokkan kepala kau ke dinding berpuluh kali, kot kau sedor kebodohan kau itu.

      Tapi kau mungkin Cina Bukit DAP yang menyamar sebagai Melayu. Kalau gitu, kau pigi terojun ke Laut China Selatan aje le.

      Delete
    3. alo tuan..pada aku undi umno dan pas. baik aku undi dap.
      umno pencuri duit rakyat. paham tak..pencuri pun org melayu nak sokong ke...BODOH PUNYA 13:52

      Delete
  11. Hahaha... macai2 pemakan dedak big badut mata buta agaknya... dinosaur kelepit bilion2 dlm akaun peribadi depan mata tak nampak, kuman seberang pulau pulok dia orang nak bising!

    ReplyDelete
  12. Pelik lah... pasal derma tulus ikhlas pon nak jadi issue.

    Yg PM kita dapat "derma" berbilion2 atas kapasiti PM.. AG dan SPRM buat pekak aje. Pemakan dedak UMNO buat senyap aje. Keadilan terpilih !!! .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata bodoh, kau marah. Kan derma berbilion dah di godam berhari hari sejak setahun dulu.

      Jadi, korapsi derma dari tokeh tokeh kpd Guangeng mesti lah di canangkan jugak.

      Delete
  13. Biol dah kepala pemimpin Umno. Sukati kami la nak derma,duit kami sendiri. Bukan paksaan pun. Salah ke menderma? Lim guan eng nak buat apa kat duit tu sukati dia la. Dah kami sukarela nak derma. Macam boss kau reezal,dah dapat derma 2.6 billion,sukati dia la nak pakai bayar kad kredit. Kalau salah,bagitau kat pahlawan bugis hang tu reezal.

    ReplyDelete
  14. Biol dah kepala pemimpin Umno. Sukati kami la nak derma,duit kami sendiri. Bukan paksaan pun. Salah ke menderma? Lim guan eng nak buat apa kat duit tu sukati dia la. Dah kami sukarela nak derma. Macam boss kau reezal,dah dapat derma 2.6 billion,sukati dia la nak pakai bayar kad kredit. Kalau salah,bagitau kat pahlawan bugis hang tu reezal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa "kami" tuh? Yang kasi RM10 sorang tak begitu banyak. Yang kasi berpuluh malahan beratus ribu pun ada beberapa tawkeh korap. Kau tak masuk kira sebagai "kami" yang tu.

      Delete
    2. Tak yah banyak cakap la.aku pun boleh tanya apa bukti ko kata derma tu dari tokey tokey korap??senang citer,kalau utusan malaysia kena saman,pemimpin umno kena saman ke..coba ko suruh dorg minta derma..tak kisah sapa yg derma,tokey arab pun boleh derma. Coba try.

      Delete
  15. Bukti pemimpin umngok makin bongok dan takut bayang bayang s'dri

    ReplyDelete
  16. Aik...derma Rm 1 juta dibisingnya. Camne plak derma Rm 2.6 bilion???? At least LGE still kata tu derma..tak de ler kadang-kadang derma Raja Saudi, kadang-kadang sumbangan hapuskan ISIS ler...kadang-kadang duit PRU ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda bukti derma LGE tu kebanyakan dari orang ramai biasa. Tokeh tokeh yang korap beri berpuluh namun beratus ribu ringgit sorang.

      Delete
    2. Anon 13:20...kepala otak hang lah!!!!

      Wang tu dari tokeh kah, dari mamak/mami kah, dari tokcik hang kah...apa kau pedulik. Sekurang-kurangnya, perkaara ni tidak disembnyikan atau dirahsiakan...tak macamm pak ponjot hang! Bodoh piang punya spesis.. Ghaplah.

      Delete
    3. 1458 marah. Mesti betui apa aku kata.

      Delete
  17. Blog MACAI umno semua dah kecut teloq.
    Tengoklah tajuk blog masing-masing on derma LGE ni.
    Bagi nak rak cuba menipu diri.
    Kenyataannya, peluang nak dapat undi tsunami Cina untuk PRU14 sudah semakin tipis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Najib masih memimpin di PRU14, peluang menang tipis lagi bagus. Memang di harapkan Umno/BN kiok di PRU14 supaya Najib di ganti.

      Di PRU15 UMNO/BN boleh ambil semula Putrajaya. Kot kot ada PRU tergempar ke apa tak lama salepas PRU14, boleh ambil balik Putrajaya lebih awal.

      Pokok nya, asalkan Najib tak memimpin atau merintah lagi.

      Delete
  18. RM1 juta derma malaon tu boleh pertikai. Derma RM2.6 billion yang masuk senyap2 dalam akaun penyamun negara boleh pulak dia buat buta dan pekak badak. Spesis si kitol ni rasa rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak Najib letak jawatan le. Gitu jugak Guangeng.

      Delete
  19. Najib lah sikitol

    ReplyDelete
  20. Bapak najib nak jatuhkan tunku abd rahman,gunakan mageran,dan createkan issue 13mei 1969. Anak razak,sibuk nak buat Keselamatan negara,sibuk dgn issue is,bersedondon dgn pas,sama2 gunakan rakyat untuk kepentingan perut masing2. Ramai orng2melyu/cina mati katak kerana gara2 bapaknajib,tunggu dan lihat bila ank rajaK tewaspilihanraya,ramai geng2 sarban tarbus akan jadimangsa,berlawan dgn kafir harbi. BAPAK BOREK ANAK RINTIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nak keluorkan propaganda DAP, dah lama tak jalan, abeng. Jangan rasis, jangan tiup bara 13 Mei 1969.

      Delete
  21. Klu Dap dan LGE saya pun bersedia untuk menderma insyaallah tetapi klu bn umno sampai dunia kiamat 5sen pun saya tak akan beri begitulah hinanya bn umno tu

    ReplyDelete
  22. Klu Dap dan LGE saya pun bersedia untuk menderma insyaallah tetapi klu bn umno sampai dunia kiamat 5sen pun saya tak akan beri begitulah hinanya bn umno tu

    ReplyDelete
  23. Kelak yang menderma akan menyesal.............TUNGGU DAN LIHAT sajalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monkey Shooter3 July 2016 at 20:47

      Memang benar sangat tu. Semasa aku walaun dahulu sanggup himpun wang seminggu rm50 semata2 nak memberi sumbangan jihad kepada parti PAS. Sekarang ni aku amat menyesal kerana parti yang aku sokong dengan jiwa dan raga sudah menyokong kezaliman dan presiden parti penuh dengan dendam kesumat. Pemimpin dan keluarga mereka hidup bermewah2 dengan elaun dan pendapatan sebagai Adun atau MP. Kesusahan rakyat langsung tidak mereka ambil peduli. Mereka ini bukannya Kafir Harbi tetapi sesuai digelar Munafik yang duduknya neraka mereka lebih dalam dari kaum kafir.

      Delete
  24. Punya nk kritik din smpai kritik nmpk bodoh. Klau sekolah agama atau masjib mintak derma rupanya membebankan org ramai bg umno. Klau depa derma mungkin xikhlas kot..

    ReplyDelete
  25. amno hanya yang boddo dan pandai
    saja mau sokong amno
    amno pandai

    ReplyDelete
  26. Yang ada di UMNO sekarang ada ali party Najib yang pintar sudah keluar UMNO Yg minta LGE bela uang sediri kurang pintar. Seandai DAP nak orang kaya bela bisa aja ramai yg akan hampir buat menuntukan sokong dari raykat mereka minta ali bisa dan raykat support. BODOH AG MINTA BILA
    UANG 1 Million buat DAP POPULAR.

    ReplyDelete
  27. Woi inzal...

    Yg membebankan rakyat ialah cukai seperti cukai pendapatan dan gst tu..

    Majoriti dipaksa bayar tu..

    ReplyDelete
  28. spesis seperti reeeeeeeeeeeeezal naina mareeeeeecan ni dari dulu hingga sekarang ada mission demi kejatuhan kerajaan melayu islam melalui "DALAM".

    mereka berjaya tonjolkan persepsi yg mereka mewakili dan jaguh anak watan bumiputera di semenanjung tanah malayu.

    belajarlah dari kisah mendaliar... malah keturunan ini ada di serata semenanjung tanah malayu.

    celik lah hati wahai anak watan peribumi... ada spesis yg telah masuk ke dalam organisasi anda...

    antaranya... abdul azeeeeeeeeeeez abdul raheeeeeeeem BIN ABDULLAH.

    shafieeeeeeeee BIN ABDULLAH.

    irwan sareeeeeeeeegar BIN ABDULLAH.

    aleeeeeeeeewe hamsa.


    raheeeeeeeeeeem tamby chik.

    ReplyDelete
  29. Derma ahli keluarga tebusan abu sayap ko suka hati guna ke lain... boleh pulak... mangkok jamban betui...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...