Saturday, 23 July 2016

#BeStrongPM - KATA2 PERANGSANG YANG MEMANG SESUAI BUAT NAJIB


Di sebalik penyokong dan penjilat Najib Razak mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman AS membuat penyitaan harta yang menggemparkan dunia berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan Perdana Menteri, dalam masa yang sama muncul pula kempen #BeStrongPM di media-media sosial.

Jika tidak ada kena-mengena, kenapa diminta Najib agar menjadi kuat atau tabah?

Dalam masa yang sama, kempen solidariti itu juga menjadi bahan persendaan di media sosial sehingga #BeStrongPM turut dikaitkan dengan kehidupan di penjara yang sukar, selain maki hamun dan cercaan terhadap Najib.

Apa pun, kempen tersebut secara tidak langsung mengesahkan Najib dan pengampunya berada dalam keresahan. Bukan saja Najib tidak lagi lena tidurnya, penyokong dan penjilat juga barangkali mulai kerisauan memikirkan masa depan masing-masing.

Yang lain-lain pula menafsirkan secara melulu kononnya tindakan Jabatan Kehakiman AS sebagai agenda Yahudi, cubaan campurtangan asing dan keinginan Amerika Syarikat mencabar kedaulatan negara. 

Lihatlah betapa celarunya mereka!

Harus difahami tindakan Jabatan Kehakiman AS itu ialah untuk menjaga kepentingan negara mereka agar tidak dijadikan syurga pencuri dan perompak untuk menghalalkan wang yang dilarikan. 

Ia tidak mengancam kedaulatan dan masa depan Malaysia, malah menunjukkan kepada kita siapakah pencuri dan perompak yang sebenar. Ancaman dan bahaya sebenar kepada negara ialah perompak dan pencuri, bukannya Amerika Syarikat yang mahu menangkap mereka. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman AS.

Kepada yang mengatakan ia agenda Yahudi, kenapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika Najib melantik Apco sebagai penasihat media, ketika 1MDB memberi kepercayaan untuk Goldman Sachs menguruskan dananya atau ketika TPPA setuju ditandatangani?

Mengapa hanya ketika kedudukan Najib terlihat mula terancam, barulah agenda Yahudi dan kedaulatan negara terancam mahu dibangkitkan?

Sebenarnya saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini hanyalah langkah permulaan ke arah pembongkaran yang lebih besar. Ia ibarat perintah mahu menyita harta berkaitan pengedaran dadah sebelum pengedar dadah sebenar dapat ditangkap dan dihukum.

Dalam tindakan AS itu, bukan hanya harta dan aset yang melibatkan Jho Low, Riza Aziz,  Khadem Al-Qubaisi dan Mohamad Al-Badawy yang bakal disita yang menjadi perhatian, tetapi yang jauh lebih penting ialah kebenaran mengenai wang RM2,600 juta yang diterima Najib.

Ke mana wang 1MDB sebanyak RM28,000 juta yang tidak dapat dikesan juga mungkin lebih difahami ke mana menghilangnya?

Walaupun tidak menyebut nama Najib, sebaliknya hanya Malaysian Official 1, mereka tetap mendakwa, bahkan tentunya mempunyai bukti dan dokumen lengkap bahawa wang tersebut bersumberkan daripada bon 1MDB yang diuruskan oleh Goldman Sachs dan kemudian dimasukkan ke akaun Ambank melalui Tanore Finance Corporation.

Dengan ini, saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman AS itu adalah langkah awal ke arah pengesahan siapa sebenarnya penderma RM2,600 juta kepada Najib itu.

Apakah ia benar-benar daripada kerabat diraja Arab Saudi yang memberinya tanpa mengharapkan balasan atau ia daripada Puteri Turki Abdullah Al-Saud, pemilik PetroSaudi yang memberikan wang itu kepada Najib dengan berselindung di sebalik wang 1MDB yang dicaturkan oleh Jho Low?

Bayangkan apabila perbicaraan bermula nanti dan semua yang dituduh serta saksi-saksi dipanggil membela diri, apakah hujah RM2,600 juta itu sebagai derma ikhlas Tok Arab masih dapat dipertahankan?

Mampukah mereka menepis bukti-bukti FBI bahawa wang tersebut bukan daripada 1MDB?

Bagaimana Najib mahu berhujah lagi ketika itu sedangkan sebelum ini beliau bermati-matian mengatakan wang yang diterimanya adalah semata-mata derma dan tiada kaitan dengan 1MDB?

Juga tidak diketahui bagaimana akhirnya nasib rakan baiknya, Jho Low serta anak tirinya, Riza Aziz di tangan undang-undang AS?

Maka, buat sementara ini sesuai sangatlah kata-kata #BeStrongPM itu ditujukan kepada Najib yang hari mukanya semakin celaru dan tidak menentu. (SH 23/07/2016).

78 comments:

  1. #BeBohongPM....lebih sesuai memandangkan beliau kuat dan pandai berbohong.
    Mana nak carik pemimpin mcm ni...berkata bohong,berjanji mungkir,bertanya bisu, berbelanja rakus,berpakaian mewah, berbini? Tu jawab la sendiri......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah kata, isterinya kene ujian Allah yg amat dahsyat!! Ini ujian kecik lagi. Kalo kebas 250 juta mcm projek lembu Syahrizat tu boleh lepas jika unang takat lingkungan law Malaysia. Even duit Petronas trillion ka nonillion ka, takat nak main area Mesia, mmg selamat.

      Kluaq border Mesia, mmg cari nahas la.

      Delete
    2. Ooooooo.....rosmah ada isteri rupanya!!

      Delete
    3. Isteri ke-2

      Delete
    4. 12.49.....Hahahahaha
      Lawak betul la!! Saya nak guling2 gelak jap....Huhu

      Delete
    5. Jadi,najib ni isteri rosmah dan rosmah ni laki najib la. Mcm tu?
      Pulak.....mcm2 ada. Patut huru hara!!!!
      Hahahahaha...

      Delete
    6. Maaf 12.30. Ni saya terpaksa tegur. YA HADI ADALAH SALAH SATU NAMA ALLAH DLM ASMA'UL HUSNA. Jgn dipermainkan sesuatu yg kita kurang arif.
      Ertinya :YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK.Harap maklum

      Delete
    7. Maaf,silap placing la pulak....maaf bro!

      Delete
    8. Rosmah tu suami Najib. Najib tu betina ala pondan ja. Penakot kat suaminya si Rosmah.

      Isterinya Si Najib, main ikut ja cakap suaminya. Sampai letup org pun isterinya berani upah buat kerja ni.

      Delete
    9. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)

      Delete
    10. Astaghfirullah Al-Azim, En. Kassim, maka kite orang kecil nak buat ke apa pula?

      Delete
  2. Sedangkan kafir harbi yang jahat mendapat balasan ALLAH didunia, ini kan pula ORANG ISLAM JAHAT DAN ZALIM.....tunggu lah....mungkin kita sempat melihat BALASAN ALLAH DIDUNIA.

    ReplyDelete
  3. BeStrong TUN M...... LU punya hasil tangan dlm proses Pengantin Perdana Menteri..... LU selesaikan lah.... Apa yg kita lambung itu yg kita hop... Kalau LU lambung najis yg LU hope pun najis.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Lu sarapan pagi tadi tak cukup dedak dengan ketum ke, 10.02.

      Orang cerita lain,lu cerita lain.

      Lu banyak mengong punya orang.


      Delete
    2. itulah Rosamh ni...takkan nak suroh isteri dia jawab semua soalam pasala duit 1MDB

      Delete
  4. zahid mana ? zahid mana?

    mungkin dia masih bercuti rehat kot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steady zahid hamidi....hanglah superman malaysia

      Delete
    2. Zahid anak buah Anwar terdidik dengan helah realpolitik Nuar .... carilah guru yang lurus sikit!

      Delete
  5. Zahid hamidi kan dah berjumpa dgn penderma (raja arab saudi tu).
    Jadi najib penjilat2 najib nak takut apa?
    Nanti raja arab saudi dgn zahid hamidi akan muncul di mahkamah amerika untuk membersihkan dan membebaskan najib.
    Selepas ni Zahid hamidi akan dijulang sebagai wira bangsa, wira negara, wira agama dgn bendera malaysia sebagai jubah untuknya.
    Selepas ni dapatlah anugerah Tun DiRaja Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Wahai pemakan dedak, tak de kerrr #BeStrongRiza, #BeStrongJLow? Alang alang menjilat pekasam, biar sampai ke lubang bontot.

    ReplyDelete
  7. Apabila kebenaran mula menimbul, pemakan dedak mula menikus.
    ketua-ketua bahagaian sudah mula gelabah. Pak Menteri berhati gundah.Najib akan berjuang sehingga titisan darah terakhir. Sila perhatikan siapa yang mula pakai jaket keselamatan dan bersiap untuk terjun dari kapal? Muhyuddin dan shafei akan dijilat balik. Mahathir tetap jadi juara rakyat sebagi Paktua yang sanggup kembali demi maruah sebuah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mappadulung jibgor trumpet macam gajah gergasi...tapi tindak umpama berteloq tikus.
      mahu dusta lagi im4u?

      Delete
  8. Kalau betul suci akan tetap suci tetapi kenapa lah bahlol sangat buat kerja kotor di US lepas tu marah dia orang bila dia orang ambil tindakan yakni campurtangan? Hancur malaysia kerana sifat tamak haloba pemimpin dan kunchu2nya. Biarkan2 si luncai terjun dengan labu2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quranil Karim, surat Al-Fajr:

      (15) Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka dia akan berkata (dengan berbangga): "Tuhanku telah memuliakanku".

      (16) Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata (dengan kecewa): "Tuhanku menghinakanku".

      (17) Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,

      (18) dan kamu tidak saling mengajak memberi makan kepada orang miskin(orang susah),

      (19) dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dengan yang bathil),

      (20) dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.

      (21) Jangan (berbuat demikian). Apabila bumi digoncangkan berturut-turut,

      (22) dan datanglah Tuhanmu serta malaikat berbaris-baris.

      (23) Dan pada hari itu akan diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingatlah, akan tetapi tidak berguna lagi keinsafan itu baginya.

      (24) Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini".

      (25) Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyiksa seperti siksa-Nya.

      (26) dan tiada seorang pun yang dapat mengikat seperti ikatan-Nya.

      Delete
  9. TAK KIRA LAH SAMAN SIVIL KE JENAYAH KE SAMAN KHALWAT KE SAMAN ALTANTUYA KE SELAMA INI SEMUA NAJIB TIDAK BERSALAH. YANG PALING UTAMA RAKYAT RAKYAT MALAYSIA AM NYE SUDAH MENGETAHUI DANA NEGARA INI YANG HARUS DIGUNA KAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT NEGARA INI TELAH DIBERI KAN KEPADA ANAK TIRI,ANAK BETINA PUAKA DGN LAKI LAIN DAN TELAH DISALAH DIGUNAKAN UNTUK BERPOYA POYA ,MEMBELI JET DAN SEBAGAI NYE SAPERTI MANA DALAM VIDEO YANG DISIAR KAN OLEH PIHAK AMERIKA.KITA AMAT KECEWA DENGAN ANAK BANGSA PENTADBIRAN PETUALANG PENGKHIANAT INI.HARGA BARANG NAIK,RAKYAT MENANGGUNG KESUSAHAN DAN BEBAN DARI PERBAGAI SUDUT RAKYAT MALAYSIA TANGGUNG BEBAN UMPAMA GST,ANAK ANAK BERSEKOLAH DAN UNIVERSITY TELAH MENJADI PEMINJAM HINGGA PULUHAN RIBU.PELAJAR MENENGGAH MEMBAYAR DGN RIBUAN RINGGIT UNTUK MASUK SEKOLAH MENENGAH DAN BANYAK LAGI PERKARA YANG TELAH MEMBEBANI RAKYAT MALAYSIA. WAHAL ANAK TIRI DIBERIKAN DANA NEGARA YANG BEGITU BESAR JUMLAH NYE BAGI TUJUAN UNTUK DISALAH GUNAKAN.KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKHIATAN DGN PERKARA INI 1MDB INI HARAPAN KAMI SEBAGAI RAKYAT YANG TELAH DIZALIMI,TELAH DINAYAI TELAH DITIPU DAN JUGA TELAH DIKHIANATI AGAR SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAPAT MEMBANTU DGN PIHAK FBI DGN MEMBERI MAKLUMAT SEMUA INDIVIDU YANG MENYOKONG,YANG BERSENGTONGKOL,YANG MELINDUNGI,YANG MENDAPAT FAEDAH UNTUK DITANGKAP DAN DISOAL SIASAT OLEH FBI INI.TERIMA KASIH AMERIKA DAN FBI TERIMA KASIAH AMERIKA DAN FBI TERIMA KASIH AMERIKA DAN FBI DIATAS BERANI MENGAMBIL TINDAKAN DALAM HAL INI.SEBABNYE INI SAJA JALAN YANG BOLEH MEMBANTU NEGARA KITA YANG TELAH DARI DKHIANATI OLEH ANAK BANGSA YANG MENJADI PETUALANG PENGKHIANAT RAKYAT MALAYSIA INI DGN MENGELAPKAN BERBILION BILION DOLAR AMERIKA DANA RAKYAT MALAYSIA.RAKYAT HIDUP MENDERITA,SUSAH DAN SENGSARA AKIBAT SALAH URUS DANA DAN PETUALANG PENGKHIANAT INI TIDAK SAMA SEKALI DIPEDULIKAN BINATANG ANAK BANGSA YAHUDI LAKHANATULLAH YANG BERNAMA NAJIB INI SERTA GEROMBOLAN NYE HARUS DITANGKAP OLEH RAKYAT JELATA DAN DIHUKUM PANCUNG DIHADAPAN RAKYAT.KITA MENYOKONG PENUH PIHAK FBI DAN AMERIKA UNTUK MENGAMBIL KES INI SEBABNYE PARTI PEMBANGKANG GAGAL DALAM OPERASI INI KALAU KITA MENGHARAPKAN.DAN MARILAH KITA SAMA SAM KITA DOA KAN AGAR NEGARA KITA DIKEMBALI SEMULA KEADAAN NYE YANG MANA TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT NEGAR INI.KEPADA SEMUA PETUALANG DAN PENGKHIANAT BERSAMA PEMBELA,PENYOKONG KITA DOAKAN MAK BAPAK MEREKA SEKIRANYE HIDUP DILAKHANT DIMUKA BUMI INI DAN SEKIRANYE TELAH MAMPOS DICAMPAKAN KEDALAM NERAKAN JAHANAM YANG AMAT DALAM DAN LAGI DASHAT AZAP NYE DIATAS KESALAHAN KESIALAN,MENJADIKAN SERTA MELAHIRKAN PETUALANG PENGKHIANAT INI.BEGITU JUGA DGN ANAK BINI PETUALANG PENGKHIANAT INI MOGA DILAKHANAT OLEH ALLAH DIMUKA BUMI SEBAGAI BALASAN DAN SEBEGITU JUGA DGN ZURIAT DAN KETURUNAN MOGA ALLAH HAPUSKAN SEMUA DAN LENYAPKAN DIMUKA BUMI INI.Aamiin.Aamiin.Aamiin.taburkan lah serta perkenankanlah doa kami ya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..sapa nak baca ni???? Taiplah huruf kecil dan buat para...

      Delete
    2. Ada. Najib nak baca ngan sumah. Kan tu khas utk diorang?

      Delete
    3. Marah betul kawan kita ini. Apapun, biar meninggi gunung pun kesalahan mereka, orang2 kampung dan felda buat tak kisah aja, tetap menyokong mereka pd PRU14 nanti. Tengoklah apa yg telah terjadi pd PRK Sg Besar dan K. Kangsar itu.

      Jadi, salah PM dan konco-konconya ke? Siapa yg memilih mereka dlm PRU13? Kita yg salah memberi kuasa kpd salah orang. Kita tanggunglah akibatnya.

      Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mengubahnya. 'God helps those who help themselves'.

      Delete
    4. Marah betul kawan kita ini. Apapun, biar meninggi gunung pun kesalahan mereka, orang2 kampung dan felda buat tak kisah aja, tetap menyokong mereka pd PRU14 nanti. Tengoklah apa yg telah terjadi pd PRK Sg Besar dan K. Kangsar itu.

      Jadi, salah PM dan konco-konconya ke? Siapa yg memilih mereka dlm PRU13? Kita yg salah memberi kuasa kpd salah orang. Kita tanggunglah akibatnya.

      Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mengubahnya. 'God helps those who help themselves'.

      Delete
  10. Abu Kasim & Sprm kena ada telur sikit supaya Pandi Dobi ditangkap dan dituduh dibawah sek.212 Kanun Keseksaan kerana melindungi najib dari didakwa dan dibawah sek.218 kerana mengarahkan Sprm menutuk kes RM2.6bilion dgn menipu wang tu adalah derma Arab sedangkan wang tu adalah hasi rompakan JLow dari 1MDB.

    Selepas Pandi Dobi dtangkap dan didakwa, Najib pula didakwa dibawah sek.165 Kanun Keseksaan menerima RM2.6billion.

    Abu Kasim kena tunjuk telur kerana beliau adalah dayus kerana berundur dari jawatan ketua Sprm selepas didesak olih penjenayah.

    Cuba bayangkan seorang General dimedan peperangan meninggalkan post nya sebab didesak olih musuh. Ia perbuatan dayus melarikan diri dari medan pertemporan dan bolih dipancung kepala nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dh dayus xde telur nk tunjuk dah...pegawai lain dlm sprm kena naik.

      Delete
  11. Kalau betul suci akan tetap suci tetapi kenapa lah bahlol sangat buat kerja kotor di US lepas tu marah dia orang bila dia orang ambil tindakan yakni campurtangan? Hancur malaysia kerana sifat tamak haloba pemimpin dan kunchu2nya. Biarkan2 si luncai terjun dengan labu2nya.

    ReplyDelete
  12. Apa nak takut dengan konspirasi yahudi...kita kan ada YA HADI sebagai tuang Punai Sehat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan 12.30
      YA HADI ADALAH NAMA ALLAH DLM ASMA'UL HUSNA membawa maksud YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK. Jgn sampai kita tersalah paham dlm memberi komen. Harap maklum.

      Delete
    2. 13-11, nak cakap apa pun, tgk konteks sama ya. Takdak kene mengena dgn Allah pun kontek ayat tu kat sini. Jgn jadi bingai sangat sumer nak kene tie dgn Allah dan rasul segala bagai.

      Ka ko ni budak LCE UMNO tu ka yg boleh jadi MB Kedah. Patut la biol. X paham politik, jgn datang lawat sini lagi. Hantukkan saja kepala bingai ko ke dinding. Khalas.

      Delete
    3. 14.14....rupanya kau kapir lahanat. Tak reti bahasa,bangang mcm dedak2 jugak. Soalnya jgn pakai dua maksud,sial tak ada agama mcm ni la kan? Nak makan pelempang jugak la ni,bahalol punya kaum

      Delete
    4. Org lain boleh buat main,dgn aku tak pasal lumpuh kau nnt!!!

      Delete
    5. Barang sesiapa mengenal Tuhan-nya maka dia tidak akan tergugat atau melompat dgn kata2 cemuhan atau pujian kpd Tuhan-nya melainkan dia menyekutukan Tuhan-nya itu dgn kata2 tersebut dimana perbuatan menyekutukan Tuhan-nya dgn apa2 sekali pun adalah Syirik.

      Mula2 mengenal ugama ialah dgn mengenal Tuhan.

      Awalludin Makrifatullah.

      Delete
  13. Tunku Aziz soal mengapa FBI bypass 1mdb Dan PAC, AG Pandi dah clear PM.

    Nak Jawab Tunku, kaki jilat tegar tu x payah lah panggil FBI jawab. Soalan pra tadika.

    FBI buat forensic yg Di inginkan rakyat Malaysia Dan audit Negara tapi byk halang. Duit Masuk, keluar, siapa, stmt bank jelas. Tiada derma, pulang balik, siapa tuan punya goodstar, Abar bvi yg ambil duit dibank dsb.

    Bagai FBI perlu mentaliti forensik bukan kabberap selindung belakang OSA utk cari kebenaran Salah laku kewangan.

    FBI tak main wayang kulit belit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Tunku Aziz ni dah jadi pemakan dedak tegar selepas keluar DAP. Apa nak dihairankan.

      Delete
  14. Patriotik ... bangsa Amerika memang patriotik bila berbicara tentang sempadan kesejahteraan hidup rakyat. Walaupun diperintah oleh "kafir harbi", mereka tak sanggup rasuah hidup subur dalam halaman depa.
    Ini sangat berbeza dengan negara kita Malaysia yang penuh dengan 1001 rasuah. Di Malaysia, rasuah adalah patriotik. Sesiapa yang menentang rasuah akan dianggap pengkhianat negara terutama etnik Melayu ni. Rasuah sudah menjadi darah daging bagi rakyat Malaysia terutama Melayu ni. Lebih memalukan ialah Melayu ni mengaku Islam pulak.
    Masa bila Amerika masuk campur dalam hal ehwal Malaysia seperti dakwaan KM Melaka dan konco2nya? Sedih melihat Melayu kita ni yang masih buta dalam melihat kebenaran. Depa (Amerika) dah bagi tahu yang depa tak sanggup pencuri @ penyangak dari luar berleluasa di dalam negara depa sebab depa khuatir rakyat depa akan terlibat sama. Lihat jiran kita sudahlah, bank pun depa sanggup sita semata-mata kerana kepincangan ini.
    Kalau ikut konco Tok Jib, Amerika, Singapura, Switzeland, ... memang HARAMJADAH. Berkomplot menjadi PM Malaysia yang suci murni ni.

    ReplyDelete
  15. Lim guan eng mesti terus ulas kesnya
    Biar AG sakit jantung mati masa dedah
    Bukti

    Tengok muka pun dah nazak sakit AG tu

    ReplyDelete
  16. Ampu lah byk2 pembodek najib

    30julai bantahan seluruh negara

    Ayuh rakyat tamatkan riwayat bn umno najib dan kroninya

    ReplyDelete
  17. Hangpa buatlah apapun, tapi kali ni hang kalah dgn bom atom dari peguam negara Amerika, hangpa najib and kuncu nak lari kemana, ahli2 pulak nak lari pada parti baru dr mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak lari lagi tapi dah siap pen di tangan hanya tunggu borang saja. Kami dah tak sanggup duduk dalam kapal yang dah hilang haluan.

      Delete
  18. Di mana Jho low & Riza.Kebab tangkap mereka

    ReplyDelete
  19. Pulau Pinang bandar baharu
    Francis Light menjadi raja
    Bila dibanding Malaysia dahulu
    Rasa berlinang si air mata

    Kalau ada jarum yang patah
    Jangan disimpan di dalam peti
    Pencacai penyokong semua melatah
    Kata ini agenda Yahudi

    Tinggi tinggi simatahari
    Anak karabau kena accident
    Bukan sanang jadi menteri
    Mesti cover saya punya president

    Ketua pemuda negeri Kedah
    Salahkan lain bukannya jibbo
    Sokong membuta membawa rebah
    Banyak ke dedak dari si hippo?

    ReplyDelete
  20. #BeSleepPM#, hope you can have sweet dream when you sleep... Tomorrow is a new day...

    ReplyDelete
  21. There is a lot of controversy surrounding the prime minister, Najib, but we hope that sooner or later the truth will be revealed. It is surprising how politicians have a way of twisting everything to their own advantage. Help with Quantitative Thesis Analysis

    ReplyDelete
  22. betullah tu.tengoklah hadi awang presiden pas kate ape " kite benci umno bn,tapi kite takkan panggil us untuk jatuhkan umno bn.kite tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur.kalau us masuk malaysia,kite akan bersama dengan kerajaan sekarang untuk halau usa "

    pengundi2 semua kene tau ade 2 jenis musuh.musuh yg terang nyata ialah BN UMNO.musuh dalam selimut paling bahaya penyebab musuh terang nyata kekal berkuasa buat sesuka hati hingga rakyat jadi mangsa.api dalam sekam guntuing dalam lipatan seperti PAS harus ditolak rakyat same seperti menolak bn umno yg keparat. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  23. Kalu tindakan AS lakukan tak betoi.. Apa lagi. Lawan la... Saman balik.. Kenapa diam.. Ini dlm fikiran saya

    ReplyDelete
  24. Soalan Cepumas!!!
    DI MANAKAH RIZA DAN JHO LOW SEKARANG?

    ReplyDelete
  25. Semua cai cai 'over-react' sedangkan yang punya badan relaks je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah cara tuan khalifah merosakkan umat jelata dan membebankan manusia .....dia jadi pezalim raja wang di iringi tuan puan menteri macai Bani diorang - untuk kuasa diorang kepada keuntungan diorang sahaja.

      Delete
  26. Aku nak buat filem berjudul "681 American Pies" tapi mengadapi masalah biayaan. Ada sesiapa sudi jadi pembiaya seperti senang-senang Red Granite dapat "penyumbang" wang? Filemnya tak lah kompleks: sekitar episod 681 American Pies (daripada hikayat raksaksa 1MDB) tu sahaja pun dah cukup modal untuk buat filem yang terbukti nanti lebih hebat daripada Jason Bourne punya.

    ReplyDelete
  27. Kesihan NAJIB selama ini dia hanya seorang yg berlakon di depan pentas sedangkan di belakang takbir..isterinya lah pengarah bagi setiap lakonannya.

    Koemtar pulak yg jadi sasau melihat lakonan sumbang Najib dan memang patut BE STRONG di berikan kepadanya ...dan nampaknya komtar tidaklah se SETRONG NAJIB yg amat patut di sanjong sehingga mati memandangkan dia tidak kecelaruan dan berperangai KEBUDAK BUDAKAN maca semua orang yg menghinanya..dia hanya perlu BERSELAMBA MUKA JEA dan buat muka BODOH dengan orang orang Malaysia yg dianggapnya AMAT BODOH SEKALI kerana masih menyokongnya dengan adanya BE STRONG PM tu.
    Sepatutnya orang MALAYSIA BERASA MALU DGN NYA Kerana dia dah beri perbagai PERUNTUKAN DAN JANJINYA PUN DAH DI TEPATI...masih juga dirinya di hina sehina hina SEORANG GELANGDANGAN yg perlukan sesuap nasi utk hidup esok harinya.
    Bayangkan lah kalau NAJIB TAK HIDUPKAN 1MND sudah pasti sehingga kini tidak ada BRIM danPEMBANGUNAN AKAL yg begitu ISLAMIK.
    So tolonglah doakan dia utk mendapat keredahan Allah kerna dia amat berjasa seperti seorang NABI bukannya seperti seekor babi.
    Kertawa lah wahai orang orang hina PM...hari ini harinya mana tahu esok esok Kekuasaan PM boleh meruntuhkan AMERIKA siapa tahu?.

    ReplyDelete
  28. MASUK FELDA DALAM DEWAN CERUK HULU DALAM PAU LEMBU PAWAH TERPEKIK TERLOLONG...TANGAN BERGELUMANG TAIK...HARAMJADAH PUNYA MANUSIA.

    ReplyDelete
  29. Apalah yg ditakutkan sangat pembodek2 ini terhadap DAP Amerika yg rakyat takut ini sebenarnya ialah penyamun penyangak perasuah yg bertopengkan islam kerana ia memalukan negara org melayu agama islam jgn sebab seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit hailah kebau2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komputer/hp akak ada virus ni.. Kena cuci.. Komen keluar 2 kali

      Delete
  30. Apalah yg ditakutkan sangat pembodek2 ini terhadap DAP Amerika yg rakyat takut ini sebenarnya ialah penyamun penyangak perasuah yg bertopengkan islam kerana ia memalukan negara org melayu agama islam jgn sebab seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit hailah kebau2

    ReplyDelete
  31. Cubaan campurtangan asing dan keinginan Amerika Syarikat mencabar kedaulatan negara??

    PM mana yang bawak presiden Amerika datang melawat Malaysia 2 kali? PM mana terhegeh-hegeh tumpang sekaki naik kereta presiden AS 'The Beast'? PM mana pergi bercuti di Amerika main golf dengan presiden Barack Obama?

    ReplyDelete
  32. #bestrongnajib..
    1. Naikan jumlah br1m. Contohnya rm1200
    2. Suruh kak mah pakai tudung kalau boleh yang labuh
    3. Belajar dari hadi untuk lilit serban, sentiasa lah bawa tasbih.
    4. Hantar dan taja seberapa ramai untuk buat haji dan umrah, kalau boleh pakcik dan makcik kat kampung.
    5. Ajak lah kak mah buat umrah/ haji lepas tu surih la tv3 buat liputan dimekah. Tunjuk kan pada orang kampung yang diri ini adalah islam dan bukan penyangak, penyamun atau perompak.
    6. Hidupkan kembali yahanana keseluruh negara atas nama anda sebagai penaja. Biar 1mlaysia tahu yang anda adalah penyebar syariat islam.
    7. Cari lah orang yang mirip anda dan kak mah, kemudian suruh mereka mengaku bahawa mereka lah yang bercuti dalam kapal mewah bersama jho low dan bukan anda.
    8.malangnya ada satu perkara yang anda tidak mampu lakukan iaitu membuktikan 2.6b itu duit derma. Sememangnya anda penjenayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempoi Joe!....Washington akan selamatkan Najib akhirnya.Najib akan gadai segala yang ada untuk lepaskan diri.Contoh,....pengkalan tentera Amerika Syarikat di Sabah.Ada orang suka meliwat,.....tapi Bugisman biarkan diri diliwat oleh cina dan Uncle Sam.Malaysia dalam gerhana.

      Delete
  33. Isu skandal penyelewengan kuasa antarabangsa 1MDB ni pernah dikategori ranking no.2 dunia selepas skandal piala dunia FIFA Afrika Selatan. No. 1 dah selesai.

    ReplyDelete
  34. Phoooooooaaaaatttt kentut taik tu bersuara lagi. Dia kata muhyiddin menipu pasal 1mdb.

    Cermin muka kau dululah phooooooaaaatttt.

    Drp menteri jatuh jadi ketua pengarah jasa saja. Itu pun atas ehsan supaya kau dapat beli beras untuk anak bini kau.

    Jangan main politiklah phooooooaaaatttt kalau tak reti. Rakyat di Batu Pahat dah tolak kau hidup2. Kalah tu buat cara kalah jgn dok mengidam kerusi mp dan jawatan menteri lagi lah. Siot punya budak. Orang Batu Pahat tengok muka kau pun muka taik. Orang dok kata oiiiii....tengok muka taik tu balik kampong dah. Kali ni nak bela kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puad terpaksa buat kerja-kerja mencuci seperti ini. Kalau tak buat nanti 24 jam kena buang kerja, macam former AG. Dia tahu kerja haram jadah ini dibenci oleh ramai insan di bumi ini. Masakan dia tak tahu konsekuennya?

      Delete
    2. Puad terpaksa buat kerja-kerja mencuci seperti ini. Kalau tak buat nanti 24 jam kena buang kerja, macam former AG. Dia tahu kerja haram jadah ini dibenci oleh ramai insan di bumi ini. Masakan dia tak tahu konsekuennya?

      Delete
    3. En mustapa kena check komputer/hp.. Ada virus rasanya sbb slalu posting komen keluar 2 kali.. Peace en mustafa

      Delete
  35. Sudah undur sajalah Najib
    Rakyat dah bosan lah

    ReplyDelete
  36. Najib nak undur tapi laki dia tak bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. #BeStrongPM menghadapi suamimu

      Delete
  37. #BeStrongPm...xleh pakai. #BeWarePm..baru btul.

    ReplyDelete
  38. #wolfofputrajaya be setong okay.mkn byk2 kari kambing besok bole jalan myocardial infarction the best option.

    ReplyDelete
  39. bstlong cakap bohong bstlong sapa mau tolong
    kesian pm6 ni

    ReplyDelete
  40. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete
  41. Hello! Thanks for sharing knowledgeable post, I have read it very carefully. I just found this post very effective to make the concept strengthen.
    I wanted to request you please visit my website, I have also post the knowledgeable information. If you need help with the writing essays are also offering writing services. Here is the Url of my website

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...