Wednesday 27 July 2016

JIKA NAJIB TIADA RASA MALU, TIDAK MALUKAH KITA TERUS BERKETUAKANNYA?


Dua orang rakan baru balik dari luar negara. Seorang berada di Jakarta dan seorang lagi di London  ketika Jabatan Kehakiman AS membuat pengumuman untuk menyita harta-harta berkaitan  wang 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Mereka hanya menonton berita mengenai perkara itu melalui televisyen di bilik hotel masing-masing.

Apabila kedua-duanya turun ke lobi hotel tidak lama kemudian bagi urusan seterusnya, buat pertama kali meraka berasa malu sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Masing-masing berasakan seperti banyak mata sedang memerhati kepada mereka.

Malaysia tidak lagi menjadi bahan berita kerana membuat pelaburan ekonomi yang besar, memberi bantuan kemanusiaan, menolong negara-negara miskin yang kesusahan atau atas kejayaan cemerlang sesuatu bidang, tetapi buat julung kalinya kerana sejumlah harta dalam skala rasaksa (ini yang disebut dalam media Indonesia) bakal dirampas kerana dipercayai daripada hasil curi.

Sebagai ketua kerajaan, apakah Najib Razak tidak malu dengan nasib negara sekarang?

Jika diimbas seketika detik-detik sejak meletusnya isu berkaitan 1MDB ini, Najib boleh dikira pemimpin paling  selamba atau paling "sardin"  dalam dunia. Keselambaan dan "kesardinannya"  mengalahkan selambanya ikan sardin dalam tin.

Didedahkan dengan pelbagai isu yang menghenyak namanya, nama keluarga dan nama keturunannya sebagai anak Tun Razak yang disanjung ramai, Najib seolah-olah tidak berasa apa-apa dengan semua itu.

Jika dia mahu berjubah putih, dia akan memakainya tanpa memikirkan banyak selut kotor telah dikaitkan dengannya selama ini dan diperkatakan oleh seluruh rakyat dan dunia.

Jika dia mahu bercakap soal yang baik-baik seperti berjimat cermat, belanja berhemah, tidak membazir, jangan makan rasuah, jangan salah guna duit rakyat atau lain-lainnya, dia juga mampu berbuat selamba dan "sardin" tanpa melihat kelakuan diri dan keluarganya sendiri.

Begitu juga, dengan selamba dan "sardinnya" dia boleh mengatakan nama-nama yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS perlu membersihkan nama masing-masing, seolah-olah Malaysian Official 1 yang turut disebut dan memiliki segala ciri-ciri dirinya adalah bukan dirinya.

Tetapi, sampai kita sebagai rakyat harus menanggung semua rasa malu kerana berketuakan Najib sedangkan tuan punya badan tidak berasa apa-apa dan hanya "sardin" saja dengannya?

Sesuatu yang harus kita sedari juga ialah selagi ada Najib, Malaysia tidak akan aman dari segala pandangan buruk pihak lain  kerana beliau sudah umpama "bangkai gajah"  yang tidak mampu ditutup dan dilindungi lagi segala onar dan kecurangannya.

Cepat atau lambat, sebelum atau ketika pilihanraya, menyingkirkan Najib haruslah menjadi keutamaan jika kita semua mahu benar-benar aman dan damai hidup di negara ini serta kembali bangga bila berada di luar negara. (SH 27/07/2016).

64 comments:

  1. Najib manusia paling bijak di dunia. Tiada siapo berani tangkap dia. Hidup Najib!!! Bukan dia muka sardin, semua orang di sekelilingnya dan di majlis2 yang buat muka manis, senyum2 dan muka sardin juga, tidak pula mencemek atau berpaling muka! Ini tanya sokongan juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sardin tak layak utk dia kot... dia lebih hanyer dr itu...

      Delete
    2. SAYA TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN DIMANA KESALAHAN DSN DLM HAL INI.BYK YG MENGHEMBUR KATA-KATA YG TIDAK BAIK TANPA BUKTI YG SAHIH.JGN TERGOLONG DR GOLONGAN ORG YG 9 PADA GHIBAH.PADAH DIRIMU KELAK.

      Delete
    3. DEDAKMAN just landed

      Delete
    4. Welcome dedakman 1543. Berapa dapat?

      Delete
    5. Dedaknya belum dapat lagi..kena la berkokok-kokok dulu..jadi cam korang nak buat hape..libas sana..libas sini..silap haribulan tertebas diri sendiri..Jib..mintak advance dedak dalam sekilo dua dulu..lapo nih!!

      Delete
    6. Kesian sardin,,dia gak yg kena,najib wat hal sardin yg terbabit.padat mcm sardin,muka slamba mcm sardin..klau kemek,tin sardin jdi mgsa.nasib kau la sardin..

      Delete
    7. The bickering between PKR and DAP may cost them their landslide majority in Penang, say analysts.

      The Malaysian Professors Council’s political, security and international affairs cluster head, Dr Mohamed Mustafa Ishak, said the only people that stood to benefit from the public spat were Barisan Nasional (BN) component parties.

      “This is not the first time the Opposition parties have gone against each other publicly,” he told FMT.

      “They need to resolve this. But it’s very clear that with regards to the Penang snap polls, DAP is the only one which seems to really want it.

      “This will work to BN’s advantage as the public will see that Pakatan Harapan’s (PH) component parties, once again, have not entered the battlefield as one.”

      The feud comes down to one simple reason, Mohamed added, that PKR saw the dangers in calling for a snap election in Penang, while DAP remained oblivious to these fears.

      “PKR was right to see that there is no obvious need for a snap election there. Usually a government dissolves a state assembly, or the Parliament, if they feel the need to go back to the public and ask for the latter’s mandate.

      Delete
  2. Memang tahap giler kesardinan muka dia...... Rasanya satu2nya top in the list dlm dunia. 'Kehebatan kesardinan' dia memang tahap universe & rasanya rekod tsbut X mampu dipecahkan oleh sesiapapun walau 1000 thn akan dtg!!! Memang 'beruntung' kita ber pm kan manusia terhebat yg tiada tandingan ini.....

    ReplyDelete
  3. usahkan diluar negara rakyat malu dengan perompak ini yang kami di dalam negeri ini dah rasa macam muka ditampar kulit khinzir dibust olih orang yg paling berkuasa ini.

    ReplyDelete
  4. usahkan diluar negara rakyat malu dengan perompak ini yang kami di dalam negeri ini dah rasa macam muka ditampar kulit khinzir dibust olih orang yg paling berkuasa ini.

    ReplyDelete
  5. Aku rasa najib mmg semulajadi bermuka sardin...sapa2 pun takan sangka disebalik muka sardin dia ada perangai setan yg tak terhidu sesiapa hatta Tun M sendiri. Aku tak terkejut kalau kes Altantuya, Kevin tong drum dan si Najadi Ambank adalah onar drp najib itu sendiri. Ntah berapa kali dia terlepas drp kes2 rasuah, perempuan2 dan mcm2 cerita yg mula2 aku dgr dulu mmg susah nak percaya tapi sekarang apa org cerita pun aku akan percaya. Sampai bila la si najib nie org melayu kita boleh simpan semata2 dia anak Tun Razak...patut dah lama humban ke dalam jel tanpa segan silu dgn keturunan Razak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu...disebalik rambut putih, muka cerah dan bibir merah tu...ada byk sisi gelap nye

      Delete
  6. Sdr Budin,
    Kah Kah Kah....Muka najib sadin mengalahkan sadin dalam din Kah Kah Kah....kalau sebut Allah swt kita takbir...nabi kita selawat. Umat muslim kita ucap salam tapi ,Najib kita kah..kah..kah.sebab muka sadin. Satu satu nya pemimpin kalah sadin dalam tin.

    Lepas itu ditambah pula ada pakej pula si najib ini , muka sardin campur,penipu,penyamun,penyangak ...penyamar
    perosak,penakut...Paria.Itu la Najib aka Rosmah anak sulong Tun Razak memalukan keluarga dan negara malaysia.Sekarang ini kalau ada yang membela dan mempertahan Najib ini sah jenis iman lemah dan terlalu gila dan obses dengan nikmat dunia lebih dari yang lain lain yang wajib ditaati dan dicintai.

    ReplyDelete
  7. Sdr Budin,
    Kah Kah Kah....Muka najib sadin mengalahkan sadin dalam din Kah Kah Kah....kalau sebut Allah swt kita takbir...nabi kita selawat. Umat muslim kita ucap salam tapi ,Najib kita kah..kah..kah.sebab muka sadin. Satu satu nya pemimpin kalah sadin dalam tin.

    Lepas itu ditambah pula ada pakej pula si najib ini , muka sardin campur,penipu,penyamun,penyangak ...penyamar
    perosak,penakut...Paria.Itu la Najib aka Rosmah anak sulong Tun Razak memalukan keluarga dan negara malaysia.Sekarang ini kalau ada yang membela dan mempertahan Najib ini sah jenis iman lemah dan terlalu gila dan obses dengan nikmat dunia lebih dari yang lain lain yang wajib ditaati dan dicintai.

    ReplyDelete
  8. Silent Elegant ketika Musa Hitam utk ampu Pak Lah ketika itu...skrg " Selamba Sardin" kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Najib dah tentu akan berusaha bermati2an mencari jln utk menyelamatkan dirinya dari dihumban ke sg buloh wp dia tpksa gunakan skrip temberang pak awang!!! Ini krn dia tahu dia masih dikelilingi lanun musibat yg setia berkhidmat .... yg berstatus 2x5 mcm dia juga.... sama2 mengamalkan 'you scratch my back I scratch yours'.... so nak Xnak terpaksalah sama2 memecahkan kepala masing2 terus berusaha mncipta tipu muslihat tahap budak tadika....coz mrk maklom once najib kena mrk pon akan terpalit sama!

    ReplyDelete
  10. Kekadang hamba terfikir , perlu ke rentap turun si muka sardin ni. Nak harap dia sedar dan turun sendiri jgn harap lah.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Najib telah "hijack" Ketuanan Melayu untuk tunaikan nafsu syaitannya sendiri... tua serabok!

      Delete
  12. Replies
    1. Seburuk2 sardin dibuat sambal dimakan org.
      Seburuk2 najib berbibir pink tak berguna langsung!
      Dasar penyangak negara.

      Delete
  13. Gelaran yang boleh dipertimbangkan:

    BAPA SARDIN DUNIA (BSD)

    ReplyDelete
  14. ada seorang perogol yg tlh d tangkap basah. air mani nya dpt d kesan dlm faraj mangsa. bukti nya amat jelas sekali. namun olih kerana perogol itu anak kpd orang yg amat berkuasa dia mampu memberi berbagai alasan utk melewatkan tangkapan n d bicarakan.

    akhir nya olih kerana tekanan yg amat hebat n bukti yg amat jelas, maka bapa nya terpaksa lah mengaku perbuatan keji itu.

    namun utk mengelak drpd menanggung malu, bapa perogol tlh mencari jln utk mensabitkan rakan2 anak nya terlebih dahulu dgn harapan proses pengadilan akan memakan masa yg lama n anak nya mungkin masih bolih d selamatkan. 'fat hopes'

    begini lah agak nya kedudukan Najib sekarang.

    kapada yg amat berbahagia Tun Rahah ; johari; nizam; nazim n nazir, saya secara ikhlas merayu agar Najib dpt d pengaruhi utk berundur. perbuatan keji nya tlh terburai sekarang n tiada siapa akan dpt memulih kan keadaan bahkan ia nya akan menjadi lebih buruk.

    Najib atas dorongan n pengaruh kuasa yg mengawali nya sudah mencemarkan nama baik Tun Razak. dia harus d adili n jika d sabitkan kesalahan d kenakan hukuman setimpal.

    usaha utk mamulihkan nama baik keluarga harus d teruskan tanpa penglibatan Najib n Rosmah

    sekian.

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 ade la keluarga dia baca... tolong la kami merayu, suruh la dia dengar...

      Delete
    2. Adik beradik satu hal lah....ni tun rahah sendiri sebagai ibu tak rasa apa2 ke? Darah daging nya di panggil penyamun,kulit muka tebal mcm kulit babi dan lagi hebat MUNAFIK. Takkan Tun rahah tak malu? Kaum munafik ni mana tempatnya Tun? Neraka jahanam,Tun! Paham tak?

      Najib buat hal,angkara rosmah. Habis seluruh keluarga Tun Razak terpalit. Tak ke hina? Takkan keluarga Tun mmg tak berguna,cuma najib je. Dia menganiaya rakyat,takkan Tun sebelahi dia?

      Saya tak merayu utk pujuk najib,tapi suruh lah najib berhenti. Tak cukup2 lagi ke? Nazir pun kau harus ingat. Kaya dunia je lah yg kau dapat....akhirat nanti tau la kamu.

      RAKYAT DAH BETUL2 BENCI DAH KAT ANAK TUN, DARAH DAGING TUN TU.

      Delete
    3. sama saja satu famili tuhntah2 bapak dia sekali
      ye lah bapak dia jd pm 6 tahun saja tak sempat la kita nmpk noda

      Delete
  15. PAKAT ramai2 berdoa lepas solat..jika dia benar2 ada menyelewang harta negara..maka jatuhkan dia dan konco2nya dalam keadaan paling hina. Ameeen

    ReplyDelete
  16. Anak Tun Razak seorang penyamun ...
    Kenapa takde wartawan interview Pn Rahah? Mungkin dah kena perintah berkurung kot atau dah Di bisu kan ...

    ReplyDelete
  17. Mana dia menteri2 lMDB najib dan ketua2 bahagian UMNO Malaysia yg kata duit tu derma ikhlas drp putera arab saudi? Tunjuklah muka
    Kenapa skrng ni berdiam diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana duit mereka tergamak menganiaya dan memfitnah Tun Mahathir. Mereka sanggup bunuh career Muhyiddin Yassin, Mukriz, Shafie Apdal dan ramai lagi.
      Siapa yg sebanarnya berkonspirasi memecat mereka ni?
      Doa orang2 yg dianiayai mmg cepat dimakbulkan tuhan.
      Nasib orang2 yg kamu semua telah aniaya memang sudah diketahui.
      Nasib kamu semua selepas ini bagaimana pula?
      Manusia lahanat mcm kamu semua ni pasti menerima pembalasan.
      Tunggulah pembalasan ti. Di antara cepat dan lambat saja datangnya.

      Delete
    2. CUBA BACA DAN KAJI NAMA2 YG KAU TULIS NI BODO.SAMA JE TERUK DENGAN PEMIMPIN YG KAU XSUKA SKRG.ANK2 BEKAS PERDANA MENTERI MANA YG KAYA DI MALAYSIA DAN MENTERI2 YG LAIN.ALLAH NK TUNJUKKAN PADA MEREKA ATAS KESALAHAN MEREKA SENDIRI.

      Delete
    3. DEDAKMAN just landed

      Delete
    4. Dedakman hidup papa kedana sebab tu dia iri hati tgk orang lain senang

      Delete
    5. Anon 1547 jgn kata orang lain bodo kalau diri kau sendiri tu jahil

      Delete
  18. Itu tandanya si najib ni hatinya dah habis hitam legam sehingga boleh buat muka innocent walaupun selepas semua orang dah tahu dia penyamun.
    Bahasa kasarnya pula ialah kerana si najib telah menampal kulit babi pada mukanya maka sebab itu ia tidak lagi punya rasa malu.

    ReplyDelete
  19. Itu tandanya si najib ni hatinya dah habis hitam legam sehingga boleh buat muka innocent walaupun selepas semua orang dah tahu dia penyamun.
    Bahasa kasarnya pula ialah kerana si najib telah menampal kulit babi pada mukanya maka sebab itu ia tidak lagi punya rasa malu.

    ReplyDelete
  20. Kalu sardin mulut pink memang dah rosak, Ikan busuk tu, jangan pakai.Buang saja kedalam tong sampah. Se elok nya tanam jangan bagi kucing pun makan.

    ReplyDelete
  21. Dia muka sardin dari dulu,kini dan selama-lamanya.......!!!!!

    ReplyDelete
  22. Sardin pun sardinlah.goreng pon sodap, pencacai dan pendedak tetap makan.si sardin bini semoh sangat kuat kerana dialah pendekar sardin @ king RM.Benua asia kleptokrasi bakal menjelma.

    ReplyDelete
  23. gerakan 3M kali ini akan menjadi tsunami. pemakan dedak memang tengah gelabah.kalau di Malaysia bangkai gajah mampu ditutup. tetapi bila USA buat kerja semua terbarai.

    makin terserlah siapa aniaya mahyudin dan mukhriz.
    makin terserlah keperwiraan Mahadir..dato yg bangkit
    bila melihat negara sedang terancam.

    bangkitlah rakyat malaysia.kita bina negara baru.

    najib dan pemakan dedaknya termasuk 113 ketua bahagian yg kaya raya mesti di ajar.

    ketuanan melayu adalah topeng umno.
    mereka adalah musang.ada yang berjanggut.

    ReplyDelete
  24. gerakan 3M kali ini akan menjadi tsunami. pemakan dedak memang tengah gelabah.kalau di Malaysia bangkai gajah mampu ditutup. tetapi bila USA buat kerja semua terbarai.

    makin terserlah siapa aniaya mahyudin dan mukhriz.
    makin terserlah keperwiraan Mahadir..dato yg bangkit
    bila melihat negara sedang terancam.

    bangkitlah rakyat malaysia.kita bina negara baru.

    najib dan pemakan dedaknya termasuk 113 ketua bahagian yg kaya raya mesti di ajar.

    ketuanan melayu adalah topeng umno.
    mereka adalah musang.ada yang berjanggut.

    ReplyDelete
  25. bukan bangkai gajah tuan din, tapi bangkai raksaksa

    ReplyDelete
  26. Org muka terompah mana nak malu kulit tebal lepas tu beballah pulak

    ReplyDelete
  27. Org muka terompah mana nak malu kulit tebal lepas tu beballah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu siapa terompah najib ke jamban? Jawapannya annuar musang.

      Delete
  28. Bolehlah dicadangkan kepada individu mahupun pertubuhan atas rasa tanggungjawab mengajak rakyat malaysia di setiap pelosok negeri mengadakan solat hajat......moga kebenaran akan terserlah dan semoga yang bersalah akan dilaknat Allah.... pada aku kepadaNya lah tempat sesuai untuk mengadu......lagi bagus jika dibandingkan solat hajat untuk selena gomez tu.......YB Mahfuz pada aku boleh disyorkan untuk menggerakkan solat hajat ini!!!!!

    ReplyDelete
  29. Kite rakyat stakat komen2x kt blog ajelah. ade kite buat ape2? xde.. kite biar je dia kt atas tu.. biar je.. tgkkan je.. telan air liur je.. geleng2 kpala..sedar kite semua dh dudk bwah jambatan, duit dh xde rege, mrempat kt ngara sendri sbb kos hidup tggi. kite tggu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so apa yg kau syorkan
      jgn nak kritik saja
      perlu diingat kami rakyat mathaen ni kena kerja cari rezeki nak cover kos sara hidup yg makin hari makin tinggi
      malam saja la ble baca blog sebelum tidur
      luahkan rasa hati kat blog
      esok smbg kerja
      org kaya menteri kbu pendedak boleh la

      Delete
  30. what can be done....?he is cool smart guy...leading morons .....

    ReplyDelete
  31. berapa ramaikah yang berdoa untuk keselamatan Malaysia juga semua rakyatnya.

    ReplyDelete
  32. Xbole jatuh kan hukum ke atas Haji Mohd Najib. Hahahahaha

    ReplyDelete
  33. Mengikut petua org tua tua, kalau seseorang itu terkena nasi kangkang memang mukanya "sardin" tak ada perasaan apa apa, dah jadi macam zombi...

    ReplyDelete
  34. Najib manalah reti malu bang din. Samalah dgn Azwan bro. Muka tak siap. Ni PDRM dah nak panggil dia utk bantu siasat. Minta siasat sekali kes dia samun tu

    ReplyDelete
  35. Aku rasa Lee chong Wei tidak akan dpt pingat mas di Sukan Olimpik.

    Sbb: Najib dh melawat & bertemu pasukan badminton dan ucap selamat berjaya & bersalaman.

    Najib & bini dia memang bawa bala selalu & juga malapetaka. diOlimpak London, Rosmah yg dtg. Aku dh predict, Lim Chong Wei akan kecundang.

    Tegok lah nanti...harap2 ada org alim yg ucap selamat kpd pasukan badminton supaya bala yg dibawa Najib dpt dihapuskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Najib mana ada bini. Laki dia adalah

      Delete
    2. org alim pun tak berapa nak boleh pakai dah sekarang
      tak berkatpun

      Delete
  36. dinegara sendiri tak jumpa bukti
    dinegara orang jumpa pulak
    patutnya 1mdb minta kerjasama negara luar untuk cari pencuri
    ni negara luar pulak yang minta kerjasama 1mdb
    apa hal ni???

    ReplyDelete
  37. Kereta Potong:
    Aku kecewa lah.

    Kereta the Beast:
    Kenapa pulak?

    Kereta Potong:
    Walau pun aku sempurna, tiada siapa nak beli aku. Huh huh hu....

    Kereta the Beast:
    Aku pun kecewa jugak tapi ada orang nak beli aku.

    Kereta Potong:
    Aiks! Tak macam aku, sepatutnya hang happy la kalo ada orang nak beli hang.

    Kereta the Beast:
    Masalahnya ada orang yang nak beli aku walau pun kulitnya lebih tebal daripada aku.

    ReplyDelete
  38. Frustrated. Kena tunjuk le kebenaran tidak bersalah tu sekarang.......daripada terus memahipulasi perkataan menunggu kebenaran yg datang entah bila.




    ReplyDelete
  39. pengundi2 yg waras akal fikirannya wajib tendang bn umno najib razak keluar dari semua dun dan parlimen pru14 nanti jike mahu gst haram untuk kegiatan haram mereka dihapuskan serta merta,minyak diturunkan harga dan semua penyamun hak rakyat ditangkap bicara sumbat ke dalam lokap. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  40. Tukar kerajaan BN/UMNO di PRU14.

    ReplyDelete
  41. Saya mendapat tahu bahawa ank tiri najib ada membuat filem crita "DUMB AND DUMBERS TOO"
    patut para2 menteri dan pengikut setia PM Najib berlumba2 membodohkan diri menjadi pengampu dan membodek najib dengan berbagai ragam dan lawak mempertahan najib seperti Annuar musa, Salleh keruak,Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Yeuku Adnan Manshur dan Nazri Aziz..
    tergelak melihat mereka2 membodohkan diri..hahahahaha

    ReplyDelete
  42. Jika umno tersungkur nanti kamu sayap sayap umno harus memikul tangungjawab. Sedih bagaimana umno yg gagah perkasa disuatu masa dulu telah melahirkan generasi bodoh dan tidak amanah.

    Jangan fikir umno ni mak bapak kamu yang punya, kamu hanya pemegang amanah. Apa sudah jadi dengan lagu "Anak kecil bermain api" yg selalu didendangkan pada perjumpaan umno. Lani buat satu lagu yang bertajuk "anak kecil pemakan dedak" kerna umno telah melahirkan anak2 pemakan dedak yang lebih bahaya dari segala dadah atau benda benda yang mengkhayalkan.Sedih hanya saorang atau sepasang atau sekumpulan kecil dapat menhancur satu genrasi.

    Hentikan Mendendangkan lagu semangat dalam perhimpunan. Sebaik nya digantikan dengan bacaan talkin saja.

    Kamu boleh hilang wang ringgit, harta benda tetapi bukan maruah, sekira nya kamu hilang maruah maka kamu hilang segala galanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...