Thursday 7 July 2016

ANTARA NAJIB DAN GUAN ENG DALAM SEMBANG2 HARI RAYA


Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya, di samping ketupat, lemang dan pelbagai jenis juadah yang terhidang di depan mata, isu berkaitan Najib Razak dan Lim Guan Eng hampir tidak terlepas daripada menjadi tajuk perbualan apabila berjumpa saudara-mara dan kawan-kawan.

Disebabkan isu Najib dan Guan Eng itu, pertanyaan mengenai keluarga dan anak-anak sudah menjadi topik terkebelakang atau langsung terlupa untuk ditanyakan.

Seorang dibersihkan namanya dan seorang lagi didakwa, tetapi masih ramai yang membuat perbandingan antara kedua-duanya. Antara intipati perbandingan yang kedengaran sambil menyambut Hari Raya ialah:-

Najib

- Dipersoalkan mengenai kesnya yang disiasat SPRM tetapi laporannya bukan saja telah dianggap tiada kes oleh Peguam Negara, malah diarahkan untuk dihentikan siasatan secara serta-merta.

- SPRM dilaporkan kecewa dengan penolakan itu kerana ia dianggap kes yang "straightforward" dan ingin mengemukakan rayuan. Ramai yang tidak tahu apa kesudahannya, sama ada rayuan sudah dibuat atau "tutup cerita", tup-tup yang menjadi tajuk berita ialah dua pegawai tertingginya bakal "dibersarakan".

- Najib diasak berundur daripada jawatannya kerana kepimpinan dan namanya yang sudah tercemar ke seluruh dunia, dianggap telah merosakkan negara.

- Mereka yang sayangkan UMNO mahu Najib berundur kerana bimbang akan kalah pilihanraya dan mereka yang menentang UMNO juga sepakat dengannya kerana percaya lebih banyak kemudaratan kepada rakyat jika beliau lebih lama dipersada kuasa.

- Meski tidak didakwa di mahkamah, sudah dibersihkan dan mungkin akan terus selamat selagi BN berkuasa,  Najib tetap dilihat rakyat sebagai "kotor"' dengan palitan terhadap rasuah, skandal kewangan dan  penggubahan wang haram.

Guan Eng

- Disiasat SPRM dan didakwa di mahkamah, malah Apandi Ali selaku Peguam Negara dan penasihat undang-undang kepada kerajaan telah bertindak mengetuai pasukan pendakwaan.

- DAP dan Pakatan Harapan memutuskan tiada keperluan untuk Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya kerana beliau tidak ada apa-apa pengaruh terhadap SPRM, Jabatan Peguam Negara mahu pun saksi-saksi pihak pendakwa.

- Guan Eng bagaimanapun terus didesak oleh UMNO dan BN untuk letak jawatan dengan maksud tersirat bahawa pengundurannya dipercayai memberi lebih harapan untuk menawan Pulau Pinang. Oleh itu, pendakwaannya dilihat lebih bermotif politik untuk melemahkan DAP dan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan.

- Berbeza dengan pengunduran Najib yang dianggap boleh mengelakkan BN kalah, pengunduran Guan Eng sebaliknya untuk memudahkan DAP di Pulau Pinang dapat dikalahkan.

- Walaupun didakwa atas tuduhan rasuah di mahkamah, keberadaan Guan Eng di jawatannya lebih dibimbangi dan ditakuti berbanding Najib yang sudah dibersihkan, namun kehadirannya kekal merimas dan membimbangkan.

Kesimpulan

- Kenapa Najib yang sudah dibersihkan dan tidak didakwa masih dilihat "tidak bersih"  berbanding Guan Eng yang sudah didakwa dan sedang menunggu tarikh perbicaraan? (SH 07/07/2016).

33 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai ibu Goblok ketahuilah ini bukan blog iklan untuk dapat nomor ekor,,jangan cari kesempatan di dalam kesempitan.....!!!!! Tak ada kena mengena dengan kes Najib dan guan eng langsung....!!!!

      Delete
    2. Amat bagus blog ini keluarkan iklan yang tak senonoh dan tak sopan.

      Delete
  2. Apa hal Pak Din kau benarkan iklan merapu diatas?...ini tok bomoh bugis mana sesat kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu Tok Moh PM yang di utus untuk jampi serapah menghapus komen komen yang anti dia.

      Delete
    2. Dia mai appear sbb pak bugis lanun kan topik utama

      Delete
  3. "Tidak Melepaskan Jawatan" baik Guan Eng ataupun Najib... Kedua-duanya kalau tiada, Malaysia lebih aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guan Eng tu aku tak berapa peduli sebab nanti dia gerenti masuk penjara kerna sudah hasrat BN,yang paling cilaka ini najib,bangsat sapu harta negara kemudian rakyat terbeban,bila dia nak berambos dan mampos kita tak tahu buat jadi PM lagi 10 tahun alamat mampos kering la kau Kluangman.

      Delete
  4. Eh! betul ke, borak utama Hari Raya tertumpu pada Najib & LGE...????
    Di kampong saya pula, tiada siapa nak borak pasal LGE apatah lagi pasal Najib. Semua orang sudah muak, mual dan bosan. Kami happy-happy berselfi dan bergambar. Lepas tu beraya rumah sedara mara. Yang muda-muda pi open house MB Johor and istana, makan-makan and pungut duit raya Sultan. Best, takda scanning masuk istana.
    Yang paling geli hati tu, semua pakat tak mahu bukak buletin utama TV3 DAN TAK LAGI LANGGAN UTUSAN padahal brother saya tu orang kuat umno......HEHEHEHE
    BOSAN katanya - balik-bali Lim Guan Eng dengan Taman Manggis dan rumah 2 juta bawah pasaran.
    Adakah 1MDB sudah mula hilang bisa......?????
    TIDAK, ah. Cuma bosan!
    BILA NAK PRU14 niiiiiii......hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..yg tk kisah tentang Najib, org2 kampung yg tak bagitu bijak shj.

      Lapuran Audit Negara mengatakan US$7billion telah dicuri dari 1MDB. Bukan US$4billion spt lapuran Swiss AG. Bukan US$1billion spt lapuran WSJ. Tapi US$7billion lapuran Audit Negara Msia.

      Org bangang shj tak marah dan tak bincang kaki pencuri negara Najib.

      Delete
    2. aku setuju... dengan ko cakap orang dah muak. MMG dah muak

      Dengan pembangkang yang macam gampang
      yang UMNO macam sarkas
      yang PAS bodus nak mampus

      kita ni berpolitik macam mana .. hanya berpolitik untuk sokong belah kita je ke. Untuk kepentingan PARTI sendiri je ke ????

      tutup mata kalau kesalahan belah kita.. menyalak macam anjing.. bila kena belah lawan.

      Delete
    3. Setuju dgn pendapat 638 bahawa org2 kampong biasa pun selalu berbual pasal pengsonglapan berbilion Ringgit.

      Tapi yang bekerja tungkus lumus menoreh getah, menyabit kelapa sawit atau menanam padi itu tak boleh bayangkan betapa zalim nya orang yang songlap berbilion Ringgit, tak boleh bayangkan berapa banyak nya sebilion itu, ha nya mengeleng ngelengkan kepala mereka.

      Bedebah, kata mereka yang muda, atau yang tua tapi darah masih muda.

      Delete
    4. 06:38,

      Kalau betul, sokong apa anda kata.

      Minat nak tahu, kalau boleh tolong berikan link kpd malumat Laporan Odit kata US7 bilion itu, yang mungkin saya miss membaca nya.

      Delete
    5. http://sarawakreport.us2.list-manage.com/track/click?u=57b26bbe9d2acafa19363b0d2&id=b1db3c8415&e=9d9a1d2df5

      Delete
  5. mp amno tidak ada kekuatan moral untuk tolak matjib
    mungkin masing maisng ada kudis yang boleh
    dijadikan kes
    selalunya macam tulah dalam amnooo
    lombu pun boleh duk kondo
    itulah salahnya bial orang biasa pilih mp amno yang harap cari makan ngan toke dedak
    bukan untuk jaga kepentingan kawasan parlimennya

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP DAP, PKR dll apa beza nya?

      DAP Nga Ngeh di Perak hentam rasuah tanah balak dan pertanian beribu ekar dari Nik Aziz MB Kelantan di masa itu sebab nakkan PAS Mohd Nizar dapat jadi Menteri Besar Pereka sekejap dulu.

      Kes sekarang Guan Eng di heret ke mahkamah atas tuduhan rasuah kau lupa ke? Apa daaaaaaaaaa

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. husni tk perlu jelaskan.rakyat mahu najib bibir pink jelaskan hal sebenar.laporan menunjukkan skandal 1mdb najib mmg berlaku.ini bukti report yg tidak dibenarkan di hebah pade umum kepade rakyat semua terutame yg pemakan dedak tegar http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/2016/07/the-shocking-truth-about-1mdb-we-unlock-the-officially-secret-ag-report/ buat haters pakatan harapan pkr - dap - pan/amanah seperti pemakan dedak tegar,pengundi2 atas pagar,pengundi2 hantu dan pos sile lihat bukti hadam cukup2 reti?

    ReplyDelete
  8. 70 ribu ziarah Najib.Wow.
    Adik2 dan ibu Najib termasukah? Ada berita mengatakan adk2 Najib lagi selesa bercuti d luar negara.
    So much said about togetherness but. nothing come out of it.

    ReplyDelete
  9. Perbedzaan lagi:

    Najib disiasat kerana ambik RM42million dari SCRI. Pandi bukan shj clear Najib tapi pegawai SCRI yg jelas mencuri duit tu dan masuk dlm akaun Najib.

    Ms Phang jual rumah kpd Guan Eng secara sukarela, dan tak de melakukan kesalahan jenayah. Pandi tuduh dua2 Guan Eng & Ms Phang rasuah.

    Sbb aoa tuduh Ms Phang yg tak bersalah. Sbb Ms Phang bercakap benar. Kalau tak tuduh, Ms Phang akan jadi saksi pendakwaan..dn dgn keterangannya mahkamah terpaksa membebaskan Guan Eng. Kalau Pandi tak panggil sebagai saksi, pembela akan berhujah ada perkara dari Ms Phang yg Pandi hendak sembunyikan. Dgn dituduh, dia tak bolih jadi saksi pendakwaan & Pandi tak perlu panggil dia sebagai saksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa cakap Ms Phang cakap benar dan tak bersalah? Tak baca kisah SD atau Surat Sumpah dia?

      Jangan bangang mengatakan orang yang di tuduh di mahkamah tak bersalah. Yang boleh mengata begitu ha nya lah Hakim. Dan boleh di lawan hingga ke Mahkamah tertinggi - Mahkamah Federal.

      Delete
    2. ..kau yg bangang percaya blog Umno. Sebab dlm SD dia bercakap benarlah, Polis Penang tutup kes. Ada kau dengar Ms Phang dituduh membuat SD palsu.

      Kau yg bangang...SD dan surat sumpah Ms Phang, sama lah tu.

      Tak payah Hakim nak kata salah atau tidak. Org cerdik pun bolih kata. Org bangang shj tak reti berfikir. Ada ke Najib ambik rasuah RM42million dar SCRI, tak rasuah. Apa tak suruh Hakim untuk adili samada tu kesalahan rasuah atau tidak?????

      Delete
  10. perbezaan paling ketara. Najib dibersihkan tanpa ada sebarang proses pembersihan. Semuanya diputuskan oleh peguam negara yang dilantik oleh Najib.

    Guan Eng sedang melalui proses pembersihan. sama ada bersalah atau tidak itu tidak penting yang penting laluilah dulu proses pembersihan biarlah mahkamah tentukan.

    Tapi pada masa yang sama aku setuju guan eng letak jawatan.. APA YANG NAK TAKUT ??? macam lah tak boleh lantik balik nanti.

    sebab alasan yang sama diguna pakai oleh DAP dan UMNO untuk melepaskan diri. hey come onlah.

    APA YANG SUSAH SANGAT NAK LETAK JAWATAN ?????? MANGKUK HAYUN BANGSAT POLITIKUS NI. BAIK NAJIB BAIK GUAN ENG PEGILAH MAMPUS !!!!!!!!!

    - pemerhati atas pagar.

    ReplyDelete
  11. Tak setuju Najib dan Guan Eng tak di bualkan di Hari Raya. Berjumpa tak lama tentulah masa habis di gunakan bertanya khabar sanak saudara, tapi bila lama aje, dah tentu timbul topik bila Najib boleh dapat di gantikan.

    Sebab dia gunakan segala kuasa yang ada pada nya untuk tidak di nyahkan dek parti, dan sebab ada hampir 2 tahun lagi ke PRU14, ramai yang berkeputusan perlu di sembahayang hajatkan supaya Allah SWT menggerakkan sesuatu yang membikin dia letak jawatan atau di gantikan dek Majlis Tertinggi UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Nik Aziz MB PAS Kelantan dulu, depa sembahayang hajat nak "KO"kan UMNO.

      Sekarang nakkan "KO"kan Najib, jangan KO kan UMNO.

      Delete
  12. Amat memalukan kalau org Melayu beragama Islam buat perangai tak senonoh seperti rasuah penyamun penyangak tapi masih kata bersih mana utz2 nyg pandai kata kafir harbi tetapi tak berani nak tegur org islam yg makan duit haram 2x5 saja itulah negara islam

    ReplyDelete
  13. Amat memalukan kalau org Melayu beragama Islam buat perangai tak senonoh seperti rasuah penyamun penyangak tapi masih kata bersih mana utz2 nyg pandai kata kafir harbi tetapi tak berani nak tegur org islam yg makan duit haram 2x5 saja itulah negara islam

    ReplyDelete
  14. Negara koboi..kata musa hassan

    ReplyDelete
  15. Negara koboi..kata musa hassan

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya semua...dan khas kepada para dedaktroper's di sini, sikit saja nak tanya..

    Sebelum korang semua bercakap pasal 'banglo' Lim Guan Eng, pernah dak korang semua tengok 'istana' para ketua umno bahagian kat kampung2 orgtua korang. Walaupun tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan, korang tak terasa bangga ka bila tengok 'istana' yg tersergam megah dalam kampung korang tu..???

    Setakat 'banglo' 2nd hand tua lebih 30 tahun yang LGE beli dengan duit loan bank, tanah sejemput luas sikit dari lot rumah teres.... Mana nak boleh lawan 'istana' kampung.

    Untuk cuci mata korang yg tak dak kampung.... cuba try pi tengok 'istana' Kampung Idaman, Pandamaran, Klang. Ala2 mini Disneyland wooooo.....

    ReplyDelete
  17. Negara koboi..kata musa hassan

    ReplyDelete
  18. banyak lagi lombu amno yang rela ditipu
    oleh ketua ketua lombu
    sebab tu ada yang kata biar rasuah asalkan malayu
    selagi amno tak kemano
    denagn dedak yang pandai dipaksa jadi boddo
    maka nampaklah macam orang boddo bial
    pertahankan ketua lombu

    ReplyDelete
  19. Hakim pon bukan hebat sangat. Tengok bekas ketua hakim negara abd hamid mohamad. Dia suruh umno pas bersatu selamatkan pm najib. Fikiran dia semacam ketua jkkk atau ketua umno cawangan kampong. Kalo umno tiada sapo nk jaga melayu?? Hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...