Sunday 24 July 2016

GANDINGAN ZAHID DAN KJ MAMPU SINGKIRKAN NAJIB, TAPI.....


Jika ditinjau secara mendalam ke lubuk hati sebahagian besar ahli dan pimpinan UMNO, mereka juga sebenarnya mulai bimbang dan celaru berikutan tindakan penyitaan oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap harta dan aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB yang dicuri.

Walaupun hanya Amerika dan Singapura yang sudah memulakan penyitaan setakat ini, harus jangan dilupa bahawa Switzerland, United Kingdom, Australia, Hong Kong, UAE dan Luxembourg turut membuka kertas siasatan yang sama berkaitan pengaliran wang yang diragui berkaitan 1MDB

Dengan itu, bayangkan untuk tempoh setahun dua akan datang, seluruh dunia sentiasa saja sarat dengan pelbagai berita serta pendedahan yang mengaibkan Malaysia berkaitan 1MDB.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling terbalit ialah Najib Razak berikutan 1MDB adalah syarikat yang ditubuhkannya, beliau pengerusi lembaga penasihatnya, artikel 117 M&A 1MDB mensyaratkan tandatangannya wajib diperolehi sebelum pelaburan atau urusniaga diluluskan, Jho Low adalah rakan keluarganya dan Riza Aziz adalah anak tirinya.

Maka, dalam semua keadaan itu, bagaimana Najib mampu memimpin UMNO dan BN ke arah kemenangan dalam PRU 14 nanti?

Kebimbangan paling utama bagi majoriti ahli dan pemimpin UMNO ialah kuasa dan kemenangan dalam pilihanraya. Rata-rata tidak melihat kemungkinan harapan lebih baik untuk mencapai kemenanngan kerana nampaknya isu berkaitan Najib dan 1MDB ini sudah memunjukkan tanda-tanda permulaan yang buruk buat UMNO dan BN.

Najib memang disedari mustahil akan berundur atau meletakkan jawatannya. Beliau tidak mungkin melakukannya bukan saja kerana bimbangkan kehidupannya akan berakhir di penjara, malah yang lebih  penting ialah disebabkan tidak mahu memberi trofi kemenangan lebih awal kepada Tun Mahathir Mohamad yang sentiasa mahu menyingkirkannya.

Najib barangkali lebih selesa membawa keseluruhan UMNO sama-sama tumbang bersamanya. Jika selepas itu ada proses pendakwaan, perbicaraan dan pemenjaraan, Najib tidak lagi keseorangan menghadapinya, sebaliknya akan ditemani sama oleh rakan-rakan seperdosaannya yang lain.

Dalam keadaan ini, bolehkah Najib disingkirkan atau relakah ahli serta pemimpin UMNO yang lain membiarkan saja parti itu kalah dalam PRU 14 nanti?

Setelah Muhyiddin Yassin dipecat dan Shafie Apdal keluar parti, mengikut struktur UMNO dan BN, hanya Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein saja yang boleh beratur menunggu giliran untuk menggantikan Najib.

Dalam keadaan Najib semakin lemah dan rakyat kian menyampah terhadapnya ketika ini, jika ada kalangan dalam UMNO yang memulakan gerakan memintanya berundur dan meletakkan Zahid sebagai pengganti, sambutannya pasti lebih positif dan mudah diterima.

Kali ini tindakan itu bukan disebabkan pemimpin dan ahli UMNO tidak lagi menyokong Najib, tetapi kerana suvival parti. Survival parti bermakna survivallah juga poket dan rezeki sebahagian besar pemimpn UMNO yang banyak bergantung kepada kontrak perniagaan secara runding terus atau disebabkan kekerapan mencium tangan mereka yang berkuasa.

Jika parti hilang kuasa, bukan saja ramai pemimpin UMNO yang berduka lara, malah tiada lagi kontraktor Cina yang boleh terus mereka pergunakan atas nama rakan kongsi, kutipan komisyen atau sebagainya.

Yang penting, siapa yang berani memulakannya. Zahid mungkin sedia menyambut jika ada yang memulakannya, tetapi tentu saja tidak sesuai untuk beliau yang memulakannya. 

Hishamuddin juga tidak boleh diharapkan untuk memulakannya kerana hubungan kekeluargaannya dengan Najib.

Dalam konteks ini, mereka yang sesuai memulakan langkah untuk menyingkirkan Najib atas nama untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya ialah Pemuda UMNO. Pemuda UMNO ada kekuatan untuk melakukannya.

Lagi pun, dari segi wibawa dan keyakinan ramai, Khairy Jamaluddin jauh lebih baik meninggalkan Hishammuddin. Hishammuddin dianggap tidak banyak berbeza dengan Najib kerana kedua-duanya ada DNA yang sama.

Menyingkirkan Najib melalui asakan dalaman dan kemudian menonjolkan Zahid serta KJ sebagai gandingan baru menerajui parti dan kerajaan adalah sesuatu yang mudah diterima ramai.

Tidak dinafikan bahawa gandingan Zahid dengan KJ adalah pasangan paling ideal dan mantap untuk memimpin UMNO dan kerajaan bagi memulihkan kepercayaan dan memenangi PRU 14 akan datang. Zahid ada sokongan kuat dalam UMNO dan dalam kalangan Melayu luar bandar, manakala KJ punya tarikan di kalangan orang muda dan penduduk bandar.

Tetapi tentulah tidak semudah itu untuk Zahid dan KJ mencipta kemenangan kepada UMNO dan BN. Modal air liur, senyum dan badan sado tidak mencukupi untuk diganti dengan sokongan dan undi.

Oleh kerana buruknya imej Najib dan kerajaan adalah disebabkan skandal 1MDB, prasyarat yang perlu Zahid dan KJ penuhi juga ialah berkaitan 1MDB.

Jika selepas mengambil alih parti dan kerajaan, Zahid dan KJ berani memulakan langkah menyelesaikan keseluruhan isu berkaitan 1MDB, memulihkan semula institusi awam termasuk menukar Peguam Negara dan membawa ke muka pengadilan semua yang terlibat, tidak tercuali Najib kiranya cukup bukti, sudah tentu sokongan rakyat akan melimpah ruah kepada mereka.

Kerjasama dengan semua negara yang sudah memulakan siasatan berkaitan 1MDB mesti terus diperkukuhkan agar tidak ada sesiapa, di dalam negara mahu pun di luar negara, saudara mara dan kaum kerabat yang bersubahat, terkecuali daripada menerima hukuman.

Peluang dan kesempatan memang sedang terbuka sekarang, cumanya,  berani dan bersediakan Zahid serta KJ ke arah itu? (SH 24/07/2016).

67 comments:

  1. Dia tu lulus Oxford kononnya. Nah, itu lah dalil Oxford dah "Overrated" kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu umno semua tak boleh pakai. masih menyokong seorang PENCURI.
      kenapa BODOH sangat melayu umnp ni..

      Delete
    2. Sebab sorang dua mangkok hayon, kau jatuhkan universiti yg dah ujud beratus tahun. Kau ingat Oxford tu setaraf UiTM, UTM ke?

      Kau dulu sekolah mana? SRP lulus tak? Orang fikiran dangkal saja yang berbicara macam kau ni. No intelligence.

      Delete
    3. Hoiiiii zahid mana dia raja arab saudi yg bagi derma 2.6 bilion tu. Ko kata ko dah jumpa.
      Arab gila mana yg ko jumpa. Bakal besan ko ker
      Ko ni zahid mmg manusia lahanat.

      Delete
    4. Puiiiiiiii....

      Delete
    5. Bahasa menunjukkan peribadi. Buruk bahasa yg digunakan maka buruklah peribadi kita.

      Delete
    6. Dalam keadaan sekarang tidak perlu lagi sibuk-sibuk dengan bahasa kerana sudah terlalu lama pihak yang berkuasa tidak habis-habis berusaha memperbodohkan orang ramai.
      Kena lihat isinya secara 'direct' sebab lidah manusia tidak bercabang, hanya lidah biawak dan ular sahaja yang bercabang.

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Anon 12:26 Sape kata bahasa menunjukkan perangai peribadi? Tengoklah si Najib, cakap bukan main baik macam orang warak, simpati kat rakyat, nak menolong rakyat yg susah, cakap selalu selit ayat quran tapi perangai sebenar ialah pencuri, pembunuh, tak amanah, pengkhianat bangsa, pemungkir janji, perasuah...

      Delete
    9. 12:26 phiakkkk Tuiiiiiii..

      Delete
  2. Dua2 tak boleh harap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepasang musang haloba berbulu ayam RM1

      Delete
    2. BuDin ni kekadang ngok gak. Tengok la luar dari Umno sama, Umno is dead bro irrelevant in all aspects of Malaysians lives. Umno is a cancer beyond any cure. that's why TDM, SA and many others left but you still ...

      Delete
  3. Sdr budin,
    Secara ikhlas saya nak beritahu sebenarnya umno diambang kehancuran atau kalau tak hancurpun kemungkinan besar sudah masuk zaman kejatuhan kerana kerana seperti mana saya nyatakan sebelum ini,umno bernasib malang kerana diwarisi oleh pemimpin lemah dan bermasalah ekoran pemimpin atas banyak melibatkan rasuah dan tikam menikam dari belakang sewajarnya lah umno dibersihkan dulu dan di tunjanggi oleh barisan baru dgn perjuangan baru kalau tidak negara dan rakyat akan sentiasa menghadapi masalah yg sama disebabkan pemimpin tak berguna seperti yang ada didalam umno sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dan ramai lagi. umno tak relevant lagi d malaysia.
      kita tukar d pru akan dtg

      Delete
    2. Umno dah ada virus dedak sejak dulu lagi, semua nak jadi ajk, ketua caw, ketua bhg umno kerana sudah pasti akan dpt habuan...ngaku je lah

      Delete
    3. Relevan ka, tak relevan ka?? UMNO BN tetap menang PRU14 sekalipun letak beratus2 ekor anjing dan babi sebagai calon.

      Malaysia ini dihuni oleh 97% rakyat yg pengecut dan bacul serta bingai berlapis2.

      Komen2 anda utk melawan Najib dan UMNO adalah hebat. Tapi x cukup utk mengubah keadaan ini.

      Delete
  4. Sdr budin,
    Secara ikhlas saya nak beritahu sebenarnya umno diambang kehancuran atau kalau tak hancurpun kemungkinan besar sudah masuk zaman kejatuhan kerana kerana seperti mana saya nyatakan sebelum ini,umno bernasib malang kerana diwarisi oleh pemimpin lemah dan bermasalah ekoran pemimpin atas banyak melibatkan rasuah dan tikam menikam dari belakang sewajarnya lah umno dibersihkan dulu dan di tunjanggi oleh barisan baru dgn perjuangan baru kalau tidak negara dan rakyat akan sentiasa menghadapi masalah yg sama disebabkan pemimpin tak berguna seperti yang ada didalam umno sekarang

    ReplyDelete
  5. Salam Bro

    Zahid, KJ dan Hishamuddin?...No way!...
    Mereka semua sekutu Najib...kumpulan Kleptes. Dengan sikap mereka terhadap Najib masakini...mereka tidak layak kerana mereka terbukti mendokong pemimpin Kleptes. Mereka adalah sebahagian dari Kleptocracy...sama da mereka makan ke tak makan...mereka adalah anggota dari kumpulan Kleptes ini.

    Kenapa?...dah tak ade orang lain ke yang boleh pimpin Malaysia?...UMNO...jahanam parti kumpulan Kleptes.

    TSMY, Azmin Ali, DSSA....mereka juga pemimpin yang boleh mentadbir negara.

    Kenapa mesti diketengahkan pemimpin UMNO parti Kleptes ini? Cukup cukuplah...Kalau sdra Shah masih bernostalgia dengan UMNO...tak payah lah. Jangan sebut pemimpin UMNO...pelapis pimpinan UMNO juga dah teruk berpenyakit...KJ, Nur Jazlan, Jamal SB, Shahrizat...meluat sekali!...semuanya penyokong Malaysian Official 1...The Chief Kleptes.

    Dah tiba masanya Malaysia dipimpin oleh orang lain yang nampak lebih bersih.

    Get rid of Kleptocracy...and all the kleptes and their kind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seteju..kita hapus kan umno. umno tak boleh d percayai lagi.
      azmin dan mukriz layak jadi PM
      MAHADHIR MAHYUDIN ANWAR LIM KIT SIANG SANUSI LING LEONG SIK DAN SAMI VELU jadi penasihat negara

      Delete
    2. Hehehe...Mr. Pondan nak jadi PM.
      Auwwwwww...
      Puiiiii....

      Delete
  6. ahli2 UMNO ni dungu semuaaa...mereka akan tetap setiap bersama tuan presiden walau sama2 masuk longkang Dinn..

    ReplyDelete
  7. Bro Jgn lupa pepatah org org Tua Kita
    You help me I help u
    You kill me I kill u
    Utk mendapatt jawatan Dlm parti umngok
    Mestila terdiri Dari mereka yg benaruah rendah cintakan Dunia

    ReplyDelete
  8. Hishamudin bapuk tu nak jadi pm? Bapuk nak jadi pemimpin kami? Kirim salam sajalah.

    ReplyDelete
  9. Did you know that the word KLEPTOCRACY originated from two Malay words? 'Klepet' in Malay means lie or to tell lies. Another Malay word 'Klentong' also has the same meaning.

    When both words are combined and practised in a democratic country, a new word is born...

    KLEPet + klenTOng + demoCRACY = KLEPTOCRACY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas!Bak sireh pulang ke gagang.

      Delete
    2. And the deceitful madman is called?

      KLEPTO MANIAC!!!

      And his bongkak bomoh wife?

      KLEPTO DUKUNMA!!!

      Delete
  10. Lebih afdal UMNO BN ditumbangkan saja, segala isi dalam parti berkenaan harus ditenggelamkan bersama kerana jelas dan amat terang, pimpinan dalam parti berkenaan hampir semuanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat. Mereka mereka inilah yang telah menyukarkan kepala perasuah negara digulingkan dan mereka ini jualah yang menyebabkan kepala penyamun negara, anak Razak terus bertahan walau pun cukup nyata kes 1MDB ini adalah penipuan dan rompakan terancang PM Najib dan kuncu kuncu rapatnya. Beberapa kepelikan dan perkara luar biasa dalam pentadbiran yang selama ini tidak berlaku, telah berlaku di era Najib malah sehingga hari ini Najib Razak tidak berani untuk bersemuka dengan rakyat untuk menjelaskan dan menjawab pertanyaan berhubung 1MDB. Najib telah mempergunakan sepenuhnya menteri menteri macai dan pemakan dedak untuk mempertahankan beliau walhal yang benar2 tahu perihal 1MDB yang lesap adalah dirinya. Ini adalah seiring dengan kata pepatah, Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Ketakutan Najib Razak berhadapan denga rakyat dan keengganan menjawab dan bersemuka dengan Tun M berhubung isu ini adalah merupakan satu bukti untuk memahami bahawa segala punca kehilangan berbilion duit negara ini adalah hasil kerja kotor Najib Razak, Rosmah Mansor, kaum kerabatnya serta Cina pembelit Jho Low yang memang begitu rapat dengan keluarga ini. Doakan muga Najib dan keluarga ini dihimpa kehinaan sehina hinanya kerana telah mengkhianati rakyat

    ReplyDelete
  11. penyangak penyamun ganti penyangak pemyamun

    ReplyDelete
  12. Mengharapkan pencuri dan perompak untuk selesaikan masalah kecurian?KJ sendiri adalah seorang Si Kitol.Zahid pulak siapa yang tak kenal?Selepas Najib,....PM berikutnya juga nanti adalah perosak negara,selagi UMNO berkuasa.Majoriti pemimpin dalam UMNO dan juga parti politik yang ada adalah terdiri daripada mereka yang mencari untung untuk perut sendiri,tidak amanah dan korup.Mana mungkin akal mereka mampu membangunkan bangsa dan negara.Adakah lagi golongan cendekiawan dan cerdik pandai di Malaysia ini?Ini lah masalahnya bila yang mengepalai dan menghuni fakulti di pusat pengajian tinggi juga sama spesisnya seperti ahli politik.Politik dan demokrasi ini sudah tidak lagi sesuai untuk mentadbir kehidupan.Ahli politik kita lebih utamakan kepentingan diri dan partinya.Kita perlu buang konsep ini dan gantikan dengan kepimpinan yang pentingkan rakyat yang diwakilinya.Saringan perlu dibuat untuk memilih seorang pemimpin melalui peperiksaan atau ujian psiko-metrik.Pasti yang bangang,badut,kaki bodek,kaki ampu,kaki tidur,yang SRP tak lulus,SPM tak lulus dan termasuk yang ijazah celup,ijazah sarjana celup,dan juga PhD celup tak akan lulus ujian ini.Sekurang-kurangnya perlu ada daya usaha untuk memilih yang terbaik,yakni jujur,ikhlas dan amanah.

    ReplyDelete
  13. Saudara Shahbudin.
    Terima kasih kerana memancing respon.
    Bukankah telah jelas apabila para pemimpin dan mereka yang berautoriti hanya sibuk mempertahankan penjenayah-penjenayah dan tidak langsung mahu mengambil maklum lebih lanjut tentang wang 1MDB yang dikatakan Pendakwa Raya USA telah dicuri oleh penjenayah-penjenayah yang dinamakan secara jelas dan oleh penjenayah nombor satu yang diperihalkan juga secara jelas sebagai Pegawai 1 Malaysia itu menunjukkan bahawa mereka juga bersekongkol sama, sama ada sebagai orang-orang yang bersubahat atau orang-orang yang melindungi.
    Natijahnya mereka adalah sama sahaja - penjenayah.
    Maka apakah yang terbaik untuk mereka, iaitu orang-orang yang melakukan jenayah, orang-orang yang bersubahat dalam jenayah, orang-orang yang berkongsi hasil jenayah dan orang-orang yang melindungi mereka-mereka itu selama ini dan hingga ke hari ini?
    Justeru, masih mahukah kita memberi penghormatan kepada penjenayah?
    Masih mahukah kita beri kebebasan kepada penjenayah?
    Paling utama sekali, masih mahukah kita terus menerus dipimpin oleh sekumpulan besar penjenayah?
    Tepuk dada, tanya selera.
    SEMOGA MEREKA SEMUA HILANG LABEL MUKA TAK MALU!

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. din, aku tak setuju timbalan penyangak and kaki bodek jadi pemimpin.
    TSMY, mukhriz, azmin adalah yg terbaik.
    Aku dah kerat dua kat ahli umno and kalau boleh nak semua menteri kabinet yg dok sokong najib nie kita humban depa masuk jail.
    aku tak percaya langsong zahid...maklumlah dah jumpa penderma arab...tuihhh.

    ReplyDelete
  16. UMNO tiada jalan lain, andai ditakdir Malaysian Official 1 terbukti korup dan seleweng kuasa maka beliau dan seluruh rangkaian tali barut beliau perlu dihitung secukukp adil.
    Tapi jgn harap ianya berlaku kerana sistem survival UMNO dipenuhi duit. Nak raih undi nak menang pemilihan.... duit jadi pokok pilihan. Yang memilih pun dah ketagih duit. SPR kena buat kerja supaya PRU dan PRK terhindar dari elemen rasuah politik. Ujud penguatkuasa undang membenteras rasuah politik. Mungkin benda ni boleh dipelajari dr Singapura dan Jepun.
    Sekarang parti politik kena duduk semeja bincang serius macamana nak hindar sistem feudal ni. Nak tuduh MP/ADUN kerajaan korup tapi MP/ADUN pembangkang pun 2X5... BUKAN SEMUA!!!!
    Berbalik parti UMNO, semenjak skandal 1MDB meletup kelemahan UMNO pun kuat bunyi bergegarnya. Lu pikir la sendiri.

    ReplyDelete
  17. KJ ada DNA korup - menang kerusi kerana politik wang

    Zahid pula DNA anwar masih melekat - pun politik wang

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAHAWANG SAH RAJA!
      Ketuanan haprak yang buli anak melayu!

      Delete
  18. Salam shah,
    Dari pemerhatian saya, terlalu ramai yang bersetuju najib itu pencuri dan penyangak. Pergilah kemana-mana kampung atau daerah. Dibandar atau luar bandar, semuanya percaya najib penyamun.
    TETAPI mereka tidak boleh buat apa-apa kerana mereka rakyat biasa. Perasaan mereka berbelah bagi antara sayangkan negara dan bencikan kan najib.
    1. mereka berpendapat tidak ada lain kerajaan yang boleh mentadbir negara ini selain umno/bn.
    2. Penyokong umno/bn yang selama ini disemai perasaan benci mereka pada pembangkang terutama DAP membuatkan mereka sukar untuk berpaling tadah.
    3. Perasaan kepartian. Maksudnya selama ini mereka asyik mengutuk PAS, jadi mana mungkin mereka buang ego dan kembali sokong PAS.
    4. Takut hilang jawatan. Salah satu sikap orang melayu ini kalau ada jawatan tapi tak bergaji pun tak mengapa janji dia ada jawatan.
    Hanya apa yang mereka harapkan adalah kebangkitan dari pihak atasan parti untuk singkirkan najib. Malangnya semua ketua bahagian sokong najib kerana jawatan dan kewangan.
    Tindakan tun untuk menubuhkan parti baru adalah merupakan jalan keluar dalam permasalahan ini. Saya yakin, bukan saja ahli umno yang tidak bersetuju dengan najib saja akan menyertainya malah akan disertai mereka yang berada diluar parti.

    ReplyDelete
  19. Umno dah tak relevan lagi utk tadbir negara kita, umno gila kuasa dan gila dedak.

    ReplyDelete
  20. Saya tidak berapa sedap hati dengan menantu bekas Pm zzzz.

    ReplyDelete
  21. Apa kata kita cdgkan azalina said jd pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yg bernas. dia bolih cover semua jenis makhluk dlm Malaysia.

      Delete
    2. Ini pasti Jins Harun setuju.
      Kerana dia pun termasuk dalam grup jin.

      Delete
    3. Kita panggil dia Bang Yang Berhormat

      Delete
    4. Susah sikit bro, Rosima n Cowgirl oso eyeing for the post. Heh3��

      Delete
  22. Yg ada di Kabinet Najib semua ada kertas case yg boleh di
    buka bila2 Najib nak. Semua sudah di kunci yg bising hari2 ada 2 atau 3 Mentri di paksa bising. Baru2 ini ada Mentri baru Md Nor dah jadi mansa Najib......MAKAN DEDAK DI PERAMKAP SENDIR.....Tidak mukin mereka berani .

    ReplyDelete
  23. Boleh ka UMNO survive pada tahap ni, walaupun sapa yang menggantikannya. Macam org yg kena kanser tahap 4, secara disiplin perubatan = dah tak ada harapan dahhh....

    Dan boleh ka UMNO menukar pemimpinnya. Sejak Najib ambil alih UMNO @ menjadi Presiden UMNO, pemilihan parti pernah dibuat ka ? @ asyik bertangguh jaaaa.... PRU13 dah lepas punnn... UMNO masih tak boleh buat pemilihan lagi.

    Mungkin kena @ akan ditangguh selepas PRU14 dan pada waktu UMNO dah berkubur.

    ReplyDelete
  24. Jika pemimpin-pemimpin yg ada sekarang ini juga mentadbir negara selepas PM Najib, tak payahlah. Dikhuatiri lari dari mulut harimau masuk mulut buaya. Lebih parah nanti jawabnya.

    Yang eloknya, tukar habis. Selepas 'Congress' dijatuhkan, India bangun dan maju juga bahkan jauh lebih baik. Di Jepun begitu juga, selepas LDP dijatuhkan, negara itu terus membangun.

    Pendek kata, 'There's no such thing only a certain party has the ability and capacity to rule and administer the country'. Adalah satu kejahilan yang amat nyata jika rakyat menganggap hanya UMNO(BN) yang layak memerintah negara ini. Adalah teori yg tak munasabah langsung hanya UMNO mampu membela bangsa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaikan hanya musang mampu diamanahkan menjaga reban ayam.. hehehe..

      Delete
    2. Teori R.A.H.M.A.N. menunjukkan Najib sebagai penutup kpd. amenu/bn PM M'sia...
      Walau pun kita bukanlah percaya sangat dgn. nujum Pa'Belalang tapi sekurang2nya ia mengsahkan hayat amenu/bn sudah sampai penghujungnya. Kata orang dah sampai jalan mati. Udah tiada penghubungnya lagi.

      Sebenarnya amenu nie dah rosak ..., dari hujung rambut sampai kehujung kaki, dgn.dedak dan tawaran jawatan. Itulah juga formula yg. diguna pakai Najib untuk servive hayatnya dlm. amenu. Utk. tutup mulut, dedak yg. disumbatnya. Yg. susah nak dikawal, di SOSMA kan. Di buang drp. parti. Dilucutkan jawatan. Inilah kerja buat Najib bagi yg. menongkah arus.

      Amat malang sekali kpd. melayu yg. ber teori "hanya amenu saja dapat membela melayu dan memerintah negara". Amat malang lagi melayu yg. merelakan dirinya diperbodoh kan oleh puak2 nie. Walau pun lslam yg. mereka anuti, tapi kita tetap diperbodohkan lagi dgn. yg. berserban dan jubah, yg. bersekongkol dgn. Najib.
      Sangat benarlah kata2 Rasul s.a.w. diakhir zaman nanti yg.bercakap benar dianggap dusta. Yg.berdusta dikata benar.
      Apakah bani melayu sudah hilang jatidiri bila pangkat, kemewahan, nafsu sudah tidak dapat dikawal lagi...???

      Delete
  25. Bagaikan hanya musang mampu diamanahkan menjaga reban ayam.. hehehe..

    ReplyDelete
  26. Umno bn serta pemimpinnya tidak releven lagi merekalah bersekongkol menyebabkan rasuah berleluasa merekalah penyangk2 yg menghancurkan negara kerana kuasa dan harta yg penting sekarang Ybhg Tun bersama Dap dan rakan2 sekutunya harus bergerak dan bersatu agar pru14 dpt menumbangkan umno dan bn ayoh Tun

    ReplyDelete
  27. Umno bn serta pemimpinnya tidak releven lagi merekalah bersekongkol menyebabkan rasuah berleluasa merekalah penyangk2 yg menghancurkan negara kerana kuasa dan harta yg penting sekarang Ybhg Tun bersama Dap dan rakan2 sekutunya harus bergerak dan bersatu agar pru14 dpt menumbangkan umno dan bn ayoh Tun

    ReplyDelete
  28. Najib adalah PM paling tak berguna dalam sejarah malaysia. PM sampah..menyusahkan rakyat

    - ikhlas dari rakyat biasa.

    ReplyDelete
  29. UMNO sekarang = Untuk Mempertahankan Najib Olny = Untuk Menyembunyikan/Melindunbgi tuaN jhlOw.

    Apa Brand UMNO sekarang.

    ReplyDelete
  30. Najib bukan seorang PENCURI maupun seorang PEMBOHONG. Dia hanya ambil secubit dan bukan sebakul duit judi anak tirinya dan dia lakukan demi semangkok nasi utk rakyat Malaysia dan apa salahnya di ambil sekumit dari dan semangkok tu ytk anak anak dan bininya sentiasa kelapar setempal dgn bentuk badannya.
    Baik Zahid maupun KJ ...tolong lah jangan hiraukan apa orang kata asalkan sebagai orang sekumpulan dalam satu baldi biarkan NAJIB lakukan PERJUANGANNYA SEHINGGA KE LIANG LAHAT.
    Rakyat MALAYSIA...SENTIASA MENDOAKAN YG TERBAIK UTK NAJIB MAJU KE DEPAN MENGHADAPI CABARAN ANADI ANASIR YAHUDI yg mendalangi KOMPLOT MENJATUH MARUAH NAJIB anak beranak.
    Hari ini biar kita sebagai rakyat Malaysia jadi JAHIL asalkan NAJIB hidup penuh kemewahan dgn DUIT HARAM mana tahu esok esok di timpa malang kita rakyat Malaysia juga yg susah.
    Moral of the story kita perlu ingat bahawa apa yg NAJIB BUAT HARI NI KEPADA RAKYAT MALAYSIA BERDASAR KATA KATA PERANGSANG seperti 7 sikap yg boleh melemahkan diri kita : TIDAK AMBIL TAHU . TIDAK BERFIKIR . MENGANGGAP DIRI TERLALU SIBUK. MENGANAIKAKAN BOLEH HIDUP SENDIRI . TIDAK PUNYA MASA UTK MEMBACA DAN MENCARI ILMU DAN TIDAK BERMINAT.
    HIDUP MELAYU UTK NAJIB.

    ReplyDelete
  31. kj jgn mimpi zahid komedi jgn berangan nak amik alih pm dan tpm.ko pun ade skandal rasuah yg cukup besar.adik zahid dpt bwk masuk bangla 1.5 juta orang setahun 2016,2017 dan 2018 total semua 4.5 juta orang lagi mau jadi pmka?gilaka ape.kj kbs pun lesap rm 100 juta lagi mau jadi tpmka,kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat hang dok kutuk KJ ni ah? Hang x tahu ke budak bmx tu menang 1st prize rm40? Dia lah menteri yang paling berhemah semasa berbelanja.

      Delete
  32. Walau apa-apa pun survival Mat Mampu Gulung bergantung sentiasa kepada sama ada dia mampu teruskan falsafah "cash is king"nya itu sekarang. Kita mesti ingat sebahagian besar daripada 681 American Pies telah "dipulang balik ke si penderma" seperti tuan empunya sebuah kedai dobi dakwa.

    Atau "duit itu dipulang balik ke akaun asalnya di s'pore" yang sekarang telah dibekukan?

    Buat masa yang kritikal ini sekarang sumber duit itu saja yang boleh digunakan sebagai taburan dedak dalam parti yang jijik saya nak sebut.

    Kita kena faham dengan budaya parti yang jijik saya nak sebut: ada dedak maka sayang, kalau tiada hang kena terajang. You live by the sword and you die ditto.

    ReplyDelete
  33. Budin, maseh kelihatan maseh ada darah umno dlm bdn tuan. Ramai lagi pemimpin2 dari PH yg layak, amanah,kredible blh jadi pm malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena baca tulisan saya dengan otak kiri. Darah Umno dah habiis kot...ha3

      Delete
    2. Budin, saya maklum mungkin tulisan tn cuba utk huruharakan penyokong kj & hisham....tapi secara tk langsung tn promosikan pemimpin2 dari umno jugak.

      Delete
    3. Budin, saya maklum mungkin tulisan tn cuba utk huruharakan penyokong kj & hisham....tapi secara tk langsung tn promosikan pemimpin2 dari umno jugak.

      Delete
  34. Budin, maseh kelihatan maseh ada darah umno dlm bdn tuan. Ramai lagi pemimpin2 dari PH yg layak, amanah,kredible blh jadi pm malaysia.

    ReplyDelete
  35. Biarkan UMNO duduk kat bawah pulak,baru pemimpin2 ni tau Langit tu Tinggi ke Rendah..Bila pemimpin2 UMNO kufur Nikmat dan lupa pd Amanah yg diberi oleh Rakyat maka Kehancuranlah yg sebaik-baik balasan drp Allah swt..

    ReplyDelete
  36. Budin tak usah celaru. Kau nak KJ ? Budak 100 juta tu ? Jangan harap. Mcm guan eng, tunggu masa budak ni pun turut sama. Cuma tunggu masa beb !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...